Pelan Penilaian ke Arah Pencapaian Hasil Pembelajaran Program

Riza Atiq Abdullah bin O.K. Rahmat Pusat Pembangunan Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia

1. Pendahuluan
Penialaian memainkan peranan yang amat besar dalam pembelajaran. Ia bukan sahaja menilai pencapaian pelajar tetapi juga memacu pemebalajaran. Tugasan-tugasan yang diberikan sebagai penilaian formatif akan menyebabkan pelajar membangunkan pemikirannya sendiri dan menunjukkannya dalam bentuk makalah, rekabentuk, pengiraan, lukisan atau pengaturcaraan computer (Milne et al. .2008). Penilaian summatif pula menyebabkan pelajar akan memberikan tumpuan kepada proses pemebelajarannya dengan sedaya upaya untuk mendapatkan markah tetinggi. Jika penilaian formatif dan summatif dirancangan dengan baik, pembelajaran pelajar akan terarah dengan sendirinya kepada matlamat yang dikehendaki. Oleh itu jika matlamat dan hasil pembelajaran program ditetapkan lebih awal, maka semua penilaian formatif dan summative boleh dirancang supaya semua aktiviti pembelajaran pelajar menjurus ke aras pencapaian matlamat tersebut. Sebenarnya pencapaian matlamat dan hasil pembelajaran program adalah amat penting dan perlu dibuktikan melalui penilaian-penilaian yang tepat dan boleh dipercayai. Ini menyebabkan semua akftiviti pembelajaran-pengajaran dan penilaian perlu disejajarkan dengan matlamat dan hasil pembelajaran (Biggs,2003). Penilaian yang sejajar bukan sahaja akan membuktikan pencapain pelajar tetapi juga menyebabkan pelajar akan melakukan aktiviti yang sejajar tanpa disuruh. Bahkan apa yang dilakukan oleh pelajar lebih penting dari apa yang dilakukan oleh pensyarah dalam mencapai matlamat dan hasil pebelajaran program (Shuell, 1990).

2. Mengapa perlu menilai
Penilaian bukan semata-mata untuk menilai pencapaian pelajar, tetapi ia amat berguna untuk berbagai tujuan. Ia boleh digunakan untuk memotivasi dan memacu pembelajaran, menilai keberkesanan pembelajaran dan menambah baik pengajaran-pembelajaran. Pelajar akan menumpukan perhatian kepada apa yang dinilai. Penilaian yang baik akan menyebabkan pelajar belajar dengan baik. Kelemahan pelajar pula dapat dikenal pasti dan oleh itu langkah-langkah pembaikan dapat dilakukan. Di samping itu ia amat berguna sebagai keabsahan institusi samaada hasil pembelajaran yang dijanjikan telah dicapai. Kegagalan mencapai hasil pembelajaran bermakna kegagalan pentadbir jabatan, fakulti dan university untuk mengotakan janjinya. Hasil penilaian juga dapat digunakan untuk pemilihan dan pengijazahan pelajar. Secara ringkasnya, kenapa perlu menilai, boleh dilihat dalam Rajah 1.

1

Rajah 1 Keperluan menilai (Sumber: Falchikov, 2005)

3. Pensejajaran Penilaian kepada Hasil Pembelajaran Program
Sering kali pensyarah mengandaikan semua hasil pembelajaran kursusnya telah tercapai apabila silabus telah dihabiskan. Andain seterusnya ialah apabila semua kursus telah ditamatkan maka hasil pembelajaran program telah dicapai. Tetapi apa sebenarnya yang terjadi ialah pelajar hanya menumpukan perhatian kepada penilian. Perbezaan perspektif ini boleh dilihat dalam Rajah 2.

Perspektif Pensyarah

Objektif

Hasil Pembelajaran

Aktiviti Pengajaran

Penilaian

Perspektif Pelajar

Penilaian

Aktiviti Pembelajaran

Hasil Pembelajaran

Rajah 2 Perspektif pensyarah dan pelajar (Sumber: Biggs, 2004)

2

Perbezaan perspektif ini menyebabkan sering kali hasil pembelajaran tidak tercapai, terutama yang melibatkan domain afektif dan psikomotor. Masalah ini menjadi lebih besar dengan penumpuan oleh pensyarah kepada domain kognitif sahaja dalam penilaiannya. Sebenarnya inilah yang berlaku; penilaian formatif dalam bentuk tutorial, tugasan dan projek dan penilaian summative ditumpukan kepada aspek pengetahuan sahaja manakala aspek sikap dan kemahiran kurang diberikan perhatian. Bagi pensyarah, ia telah berpuas hati kerana telah menghabiskan silabus dan menyediakan soalan peperiksaan yang baik. Bagi pelajar pula ia juga berpuas hati kerana telah mencapai markah yang tinggi. Apa yang kurang disedari oleh pensyarah dan pelajar ialah hasil-hasil pembelajaran yang berkaitan dengan domain afektif atau sikap dan domain psikomotor atau kemahiran kurang diberikan perhatian yang menyebabkan pelajar tidak mencapai hasil pembelajaran program sepenuhnya.

4. Petunjuk bagi penilaian
Kerangka Kelayakan Malaysia telah menetapkan supaya semua program pengajian pada aras 6, iaitu sarjana muda mesti mempunyai hasil pembelajaran yang merangkumi lapan (8) bidang berikut: 1. Penguasaan ilmu dari segi kedalaman, lebar dan kesukaran. 2. Kemahiran praktikal atau psikomotor dari segi bidang dan kerumitan 3. Kaedah saintifik, pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan otonomi membuat keputusan. 4. Kemahiran berkomunikasi, kepimpinan dan berkerja dalam pasukan 5. Pengurusan maklumat dan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat 6. Keperibadian, etika, perkongisan nilai dan keprofesionalan 7. Tanggung jawab sosial dan keabsahan 8. Keusahawanan dan kemahiran mengurus Dari kelapan-lapan bidang hasil pembelajaran di atas, hanya bidang pertama sahaja yang boleh diukur dan dinilai melalui peperiksaan dengan baik. Bidang-bidang lain memerlukan kaedah penilaian yang lain seperti seperti eksperimen, projek multi-disiplin, kajian kes, pembentangan dan portfolio. Bagi tujuan penilaian, setiap bidang hasil pembelajaran ini perlu diperincikan dan ditetapkan petunjuk-petunjuk yang akan diukur. Sebagai contoh, bidang keempat (4) Kamhiran berkomunikasi, kepimpinan dan berkerja dalam pasukan. Bidang ini terdiri dari tiga komponen dan setiap komponen memerlukan beberapa pentunjuk penilaian seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1. Petunjuk yang diberikan dalam Jadual 1 boleh ditambah atau diubah suai mengikut keperluan program. Lebih banyak petunjuk penilaian maka lebih banyak pengukuran yang perlu dilakukan. Sebaliknya jika petunjuk sangat sedikit, penilaian yang baik tidak dapat dilakukan terhadap pencapaian prestasi pelajar.

3

Jadual 1 Contoh Petujuk Penilaian bagi Hasil Pembelajaran Program No. Bidang Hasil

Komponen

Petunjuk penilaian

Pembelajaran Program
Kemahiran Berkomunikasi Kemahiran mendengar Kemahairan menyampaikan idea secara bertulis Kemahiranmembuat pembentangan dengan yakin dan berkesan Kebolehan menerima tanggungjawab Kebolehan mengambil kira pandangan berbeza individu lain Kebolehan membawa ahli kepada satu konsenses Kebolehan membuat keputusan tepat untuk kepentingan bersama Kebolehan mengenalpasti dan mengembangkan potensi ahli lain Kebolehan menghormati pandangan, pendirian dan kepercayaan orang lain Kebolehan memberi sumbangan kepada perancangan dan menyelaraskan hasil usaha kumpulan Bertanggungjawab terhadap keputusan kumpulan Berkebolehan membantu rakan-rakan lain secara proaktif

4

Kemahiran berkomunikasi, kepimpinan dan berkerja dalam pasukan

Kepimpinan

Bekerja dalam pasukan

5. Alat Penilaian
Penilaian melalui ujian dan peperiksaan berkesan untuk menentukan pencapaian hasil pembelajaran dalam domain kognitif. Hasil pembelajaran dalam domain lain seperti kebolehan berkomunikasi, kepimpinan, bekerja dalam pasukan, kebolehan mencerap dan menganalisis data, etika, profesionalisme, tanggungjawab social, keabsahan, keusahawanan dan kebolehan mengurus tidak mungkin diukur dan dinilai dengan menggunakan ujian dan peperiksaan. Kaedah-kaedah lain mesti digunakan bagi mengukur dan menilai hasil pembelajaran seperti ini. Di antara kaedah-kaedah itu adalah diberikan dalam Jadual 2.

4

Jadual 2 Contoh Kaedah Penilaian bagi Hasil Pembelajaran

Hasil Pembelajaran

Kaedah PembelajaranPengajaran
Kuliah, pembecaan, menulis laporan berkenaan satu-satu aktiviti Tutorial, tugasan menulis karangan Projek, tugasas Projek dan kajian kes PBL dan kajian kes Projek rekabentuk, rekacipta dan lukisan Pembentangan, debat, lakonan, penulisan lapora Projek berkumpulan Projek dan tugasan

Contoh Kaedah Penilaian

1

Berkebolehan menerangkan

Tugasan dan peperiksaan

2 3 4 5 6

Berkebolehan menghuraikan dan menjelaskan Berkebolehan mengintegrasi Berkebolehan mengaplikasi Berkebolehan menyelesaikan masalah Berkebolehan merekabentuk dan merekacipta Berkebolehan berkomunikasi

Tugasan, peperiksaan dan pembendangan secara lisan Projek dan tugasan Projek, kajian kes dan eksperimen Projek, kajian kes dan experimen Projek, eksperimen dan lukisan rekabentuk atau rekacipta, pameran, portfolio Tugasan mendengar, debat, pembentangan, menjawab soalan secara lisan, tugasan Projek dan pembentangan Projek dan tugasan

7

8 9

10

Berkebolehan memimpin dan berkerja dalam pasukan Berkebolehan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat Berkebolehan mengurus dan bersikap keusawahan

Projek dan tugasan

Projek dan tugasan

6. Kesahihan dan Kebolehpercayaan Alat Penilaian
Kesahihan sesuatu alat ialah ia benar-benar menilai kompetensi yang dikehendaki. Manakala kebolehpercayaan sesuatu alat bermakna ia akan menghasilkan skor yang sama bagi keadaan yang berbeza atau penilaian dilakukan oleh penilai yang berlainan. Jika kita melihat alat penilaian tradisi yang banyak bergantung kepada peperiksaan akhir kita akan melihat ketidak sahihan alat ini untuk menilai pencapaian seperti pemikiran keritis, kreativiti, kepimpinan dan yang seumpamanya (Falchikov, 2005). Bagi pengukuran pencapaian pelajar dalam bidang ini alat-alat lain adalah diperlukan. Di antara contoh-contoh alat yang boleh digunakan adalah ditunjukkan dalam Jadual 2. Bagi penilaian domain afektif atau sikap dan psikomotor atau kemahiran, alat penilaian yang biasa digunakan ialah rubrik. Rubrik dibangunkan untuk memperjelaskan tahap pencapai pelajar yang boleh diberikan markah tertentu. Oleh itu jika dua atau lebih penilai memerhatikan prestasi kehiran atau sikap seseorang pelajar, mereka semua akan memberikan markah sama. Contoh rubrik yang biasa digunakan ialah seperti yang ditunjukkan dalam jadual 3.

5

Jadual 3: Contoh rubric bagi mengukur kebolehan merekabentuk ujikaji

Hasil pembelajaran Berkebolehan merekabentuk ujikaji berasaskan objektif kajian

5
Ujukaji yang direkabentuk menepati objektif, berjaya menyelesaikan masalah serta dapat menghasilkan data/keputusan yang boleh mengesahkan penemuan

4
Ujukaji yang direkabentuk menepati sebahagian objektif dan berjaya menyelesaikan masalah serta menghasilkan data/keputusan yang boleh mengesahkan penemuan

3
Ujukaji yang direkabentuk menepati sebahagian objektif dan hampir berjaya menyelesaikan masalah serta hampir menghasilkan data/keputusan yang boleh mengesahkan penemuan

2
Ujukaji yang direkabentuk menepati sebahagian objektif tetapi tidak berjaya menyelesaikan masalah serta tidak menghasilkan data/keputusan yang boleh mengesahkan penemuan

1
Ujukaji yang direkabentuk tidak menepati objektif dan tidak berjaya menyelesaikan masalah serta tidak menghasilkan data/keputusan yang boleh mengesahkan penemuan

Markah

85 – 100

70 - 84

55 - 69

40 - 54

< 40

(Sumber: PPA, 2008)

7. Penyediaan Pelan Penilaian
Pelan penilaian ialah satu pelan yang menyeluruh untuk memastikan semua kompetensi atau petunjuk penilaian bagi setiap hasil pembelajaran dinilai secukupnya. Ia seperti satu metriks dua dimensi, iaitu hasil pembelajaran serta keompetensi atau petunjuk penilaian di satu dimensi dan aras kompetensi, tempat serta masa penilaian dilakukan pada dimensi yang satu lagi. Ia perlu dilakukan di peringkat kursus dan juga di peringkat program. Pelan seperti ini amat penting kerana perkara-perkara berikut:     Ia memastikan semua petunjuk hasil pembelajaran dinilai dan dengan demikian memastikan pencapaian setiap hasil pembelajaran dinilai Ia memastikan penilaian dilakukan dengan seimbang bagi semua kemahiran, pengetahuan dan sikap yang hendak diukur. Ia memastikan tiada yang terlebih nilai dan tiada yang terkurang nilai. Ia memberikan keyakinan kepada pihak-pihak berkepentingan terutamanya ketika akreditasi.

Dalam pelan ini, aras kompetensi perlu ditetapkan hingga ke peringkat yang tertinggi, Bagi tujuan ini Taksonomi Bloom boleh digunakan bagi menentukan atas kompetensi dalam bidang kognitif, psikomotor dan afektif. Apa yang penting, pada akhir program, kesemua kompetensi yang menjadi komponen Hasil Pembelajaran Program telah dinilai dan dibuktikan telah tercapai. Seterusnya hasil penilaian digunakan dalam aktiviti penambah baikan. Memanangkan pelan penilaian mempunyai peranan yang amat penting, ia perlu memiliki sifat-sifat berikut: 1. Merujuk kepada Pernyataan Misi dan Visi universiti

6

2. Hasil Pembelajaran Program dan Kursus yang jelas. Alan tetapi fokus penilaian diberikan kepada Hasil Pembelajaran Program 3. Pelan ini adalah hasil perbincangan yang meluas di kalangan ahli-ahli fakulti yang terlibat dengan program 4. Ia merupakan bahagian yang berintegrasi dengan kurikulum 5. Ia berjalan secara berterusan, bukan berkala 6. Ia boleh diuruskan 7. Ia melibatkan penilaian yang perbagai, kuantitatif, kualitatif, langsung dan tidak langsung 8. Pelajar memahami peranan mereka dalam pelan ini seperti bagaimana penilaian ini digunakan dan bagaimana ia menolong mereka 9. Hasil penilaian digunakan oleh fakulti atau jabatan untuk penambah baikan, bukan sebagai aktiviti akhir. (Sumber: Kansas State University)

Pelan yang baik tidak bermanfaat jika ia tidak dilaksanakan dengan baik. Ia memerlukan seorang wira untuk menerajuinya. Wira ini akan menjadi pengurus dan penggerak semua pihak yang terlibat untuk menjayakan pelan. Di antara langkah-langkah yang perlu dijalankan untuk menjayakan sesebuah pelan penilaian ialah: 1. Menentukan alat yang boleh mengukur dengan sahih dan tepat bagi hasil pembelajaran melalui petunjuk-petunjuknya 2. Menyediakan penyegitigaan supaya setiap petuntuk pengukuran dinilai sekurangkurangnya tiga kali untuk memastikan kesahihan pengukuran. 3. Sediakan kaedah pengutipan dan penyimpanan data hasil pengukuran yang digunakan untuk penilaian 4. Gunakan hasil penilaian untuk penambahbaikan program di samping untuk kegunaan penilaian pelajar.

Bagi tujuan perlaksanaan, Jadual 4 adalah memberikan satu contoh pelan penilaian satu program. Dalam jadual ini disenaraikan Hasil Pembelajaran Program dan petunjuk (indicator) pengukuran masing-masing. Ditunjukkan kursus-kursus yang menjadi tempat pengukuran serta aras kompetensi yang dikehendaki mengikut Taksonomi Bloom. Semua markah pengukuran yang ditetapkan dalam pelan ini perlu disimpan dalam satu pangkalan data yang setara. Markah-markah ini dianalisis untuk membuat penilaian pencapaian seseorang pelajar. Ketiadaan pelan seperti ini akan menyebabkan pencapaian pelajar terhadap Hasil Pembelajaran Program tidak dapat dinilai dan tidak dapat dibuktikan. Bahkan pelajar kurang bermotivasi untuk menumpukan aktiviti mereka ke arah pencepaian Hasil Pembelajaran Program.

7

Jadual 4 Contoh Pelan Penilaian Satu Program

8. Penilaian dan Kajian Tindakan
Penilaian bagi Hasil Pembelajaran bagi satu-satu program melibatkan banyak pengukuran kompetensi setiap pelajar seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4. Ia jauh lebih banyak dari penilaian gred dalam penilaian tradisional. Semua angka-angka ini perlu dikumpulkan untuk dijadikan bahan bukti pencapaian pelajar berbanding dengan Hasil Pembelajaran Program. Di samping itu ia boleh digunakan untuk tujuan penambahbaikan program, termasuk penambah baikan pelan pengukuran. Analisis seperti ini boleh dilakukan dengan mendalam untuk menilai keberkenasan kurikulum, kaedah penyampaian, alat pengkuran dan kelemahan-kelemahan pelajar yang perlu diperbaiki. Angka-angka dan penilaian hasil kajian tindakan seperti ini juga diperlukan untuk tujuan akreditasi.

9. Kesimpulan
Penilaian yang dirancang dengan baik bukan sahaja boleh menilai pencapaian pelajar tetapi juga memberikan motivasi kepada pelajar untuk menumpukan aktiviti pembelejarannya ke arah mencapai Hasil Pembelajaran Program. Ini bermakna pelan penilaian bertindak seperti pisau dua belah mata, pertama ia menilai dan membuktikan pencapaian Hasil Pembelajaran dan kedua ia menyebabkan pelajar menumpukan perhatian kepadanya.

Rujukan
Biggs, J. 2003. Aligning teaching and assessment to curriculum objectives. Learnignteaching Support Network Generic Centre.

8

Biggs, J. 2004. Aligning teaching for constructing learning. The higher Education Academy. citeseerx.ist.psu.edu/viewdoc/download?doi=10.1.1.116.5166. Atas talian 14hb. Ogos 2010. Falchikov, N. 2005. Improving Assessment Through Student Involvement: Practical Solution for Aiding Learner in Higher and Further Education. Routletge Falmer. Newyork. 32. Milne J, Heinrich E. dan Morrison D. 2008. Technological support assignment assessment: A New Zealand higher education survey. Australasian Journal of Educational Technology. 24(5): 487-504 PPA. 2008. Rubrik Pengukuran Kemahiran Generik Shuell T.J. 1990. Phases of Meaningful Learning. Review of Educational Research. 60(4): 531-547

9

Master your semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Cancel anytime.