INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA TEMERLOH (KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN) KAMPUNG BONGSU 28500 LANCHANG PAHANG DARUL

MAKMUR

KERTAS PENERANGAN
KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM

CODE AND NAME
TAHAP / LEVEL

C-051-1 JURUTEKNIK ELEKTRIK RENDAH

TAHAP 1

NO. DAN TAJUK MODUL/ MODULE NO.

AND TITLE

M06 SINGLE PHASE DISTRIBUTION BOARD

NO DAN PERNYATAAN TUGASAN / TASK(S) NO

AND STATEMENT

02.05 INSTALL DISTRIBUTION BOARD 02.06 INSTALL DOMESTIC EARTHING SYSTEM INSTALL SINGLE PHASE DISTRIBUTION BOARD USING ELECTRICAL HAND TOOLS, EQUIPMENTS AND MATERIALS SO THAT THE SINGLE PHASE DISTRIBUTION BOARD AND ACCESSORIES INSTALLED, FITTING AND TESTING CARRIED OUT ACCORDING WITH ELECTRICAL REGULATION AND SPECIFICATION. C-051-1/M06/KP1 Muka : 1 Drp : 8

OBJEKTIF MODUL /

MODULE OBJECTIVES

NO. KOD / CODE NO.

TAJUK :

PENGENALAN KEPADA PAPAN AGIHAN ELEKTRIK DOMESTIK

TUJUAN : Kertas penerangan ini akan menjelaskan mengenai definisi dan komponen-komponen bagi papan agihan elektrik domestik. Di samping itu, fungsi-fungsi bagi setiap komponen-komponen papan agihan elektrik domestik diterangkan bagi memberi pemahaman & pengetahuan di dalam bidang pendawaian elektrik domestik.

NO. KOD / CODE NO.

C-051-1/M06/KP1

Muka: 2 Drp: 8

PENERANGAN : 1. Pengenalan · Papan agihan (distribution board) ialah satu tempat pengagihan bagi kabel litar akhir dimana bekalan elektrik utama diagihkan kepada litar-litar yang lebih kecil mengikut sesuatu lokasi / penggunaan. Litar bekalan elektrik dari papan agihan disambung secara selari. Kerosakan pada sebarang litar tidak akan mengganggu litar yang lain. Ia mengandungi fius tamatan bumi yang disambungkan pada litar-litar kecil di rumah. Fius ini berfungsi untuk memutuskan litar elektrik jika terdapat lebihan arus elektrik. Wayar fius akan melebur apabila arus berlebihan mengalir melalui fius tersebut.

· · ·

Rajah 1 : Kotak Papan Agihan

NO. KOD / CODE NO.

C-051-1/M06/KP1

Muka: 3 Drp: 8

2.

Komponen-komponen pada Papan Agihan (Distribution Board) Domestik · Komponen papan agihan terdiri daripada :a) b) c) d) e) Fius perkhidmatan Meter kilowatt jam (kWj) Suis utama Pemutus litar bocor ke bumi / Earth leakage circuit breaker (ELCB) Pemutus litar kecil / Miniature circuit breaker (MCB)

2.1

Fius Perkhidmatan · Fius ini berfungsi untuk mengawal bekalan elektrik jika berlaku arus berlebihan.

Rajah 2.1 : Fius Perkhidmatan · · Ia juga berfungsi sebagai pemutus litar sekiranya berlaku lebihan arus mengalir pada pendawaian di rumah. Fius perkhidmatan biasanya diletakkan di luar rumah dan dihubungkan dengan wayar hidup bekalan.

NO. KOD / CODE NO.

C-051-1/M06/KP1

Muka: 4 Drp: 8

2.2

Meter Kilowatt Jam (kWj) · Meter kilowatt jam berfungsi menyukat dan merekodkan kuantiti tenaga elektrik yang digunakan oleh pengguna setiap bulan.

Rajah 2.2 : Meter Kilowatt Jam · · · Meter kilowatt jam biasanya diletakkan di luar rumah untuk memudahkan pegawai TNB membaca bacaan penggunaan meter tersebut. Alat ini adalah hak milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) Terdapat dua (2) jenis meter kilowatt jam, iaitu :a) Jenis analog b) Jenis digital

NO. KOD / CODE NO.

C-051-1/M06/KP1

Muka: 5 Drp: 8

2.3

Suis utama · Suis utama berfungsi untuk mengawal pengaliran arus elektrik ke seluruh litar elektrik di dalam rumah.

Rajah 2.3 : Suis Utama

· · ·

Wayar hidup dan neutral dari meter kWj disambungkan ke suis utama Suis utama adalah sejenis suis dua kutub satu arah (DSPT) yang mengandungi fius. Suis ini perlu dimatikan terlebih dahulu apabila hendak memperbaiki sebarang kerosakan pada litar elektrik atau menukar fius.

NO. KOD / CODE NO.

C-051-1/M06/KP1

Muka: 6 Drp: 8

2.4

Pemutus litar bocor ke bumi · Pemutus litar bocor ke bumi / Earth leakage circuit breaker (ELCB) berfungsi sebagai alat pemutus bekalan elektrik secara automatik apabila berlaku kebocoran elektrik ke wayar bumi atau litar pintas.

Rajah 2.4 : Pemutus litar bocor kebumi /

Earth leakage circuit breaker (ELCB)

· · ·

Dari suis utama, wayar bekalan disambungkan ke Pemutus litar bocor ke bumi (ELCB). Alat ini perlu diuji dari masa ke semasa untuk memastikan ianya berfungsi dengan baik. Cara menguji ialah dengan menekan butang berwarna kuning/putih, iaitu punat tekan uji. Apabila punat tekan uji ditekan, bekalan elektrik ke rumah akan terputus. Keadaan ini menunjukkan ELCB masih berfungsi dengan baik. Jika tidak, ELCB perlu digantikan.

NO. KOD / CODE NO.

C-051-1/M06/KP1

Muka: 7 Drp: 8

2.5

Pemutus litar kecil · Pemutus litar kecil / Miniature circuit breaker (MCB) adalah satu alat perlindungan arus lebihan yang mempunyai kadar kapasiti pemutusan yang tinggi yang disambung kepada pendawaian soket plug dan pendawaian lampu / kipas.

Rajah 2.3 : Pemutus litar kecil /

Miniature circuit breaker (MCB)

· · ·

Ianya berfungsi untuk memutuskan bekalan elektrik sekiranya arus elektrik yang tinggi melebihi kapasiti MCB. Apabila berlaku kerosakan alatan elektrik atau pendawaian, litar akan terputus dengan sendirinya. Suis ini tidak akan berfungsi selagi kerosakan tidak diperbaiki.

NO. KOD / CODE NO.

C-051-1/M06/KP1

Muka: 8 Drp: 8

SOALAN : 1. Jelaskan apakah definisi papan agihan (distribution board).

2. Komponen a. b. c. d. RUJUKAN : 1. 2.

komponen yang terdapat pada sesebuah papan agihan domestik ialah : -

A Samad Hanif (2004), Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Edisi ke 2 , Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Haji Mohd Nasir Haji Abdul Manan (2005), Panduan Pendawaian Elektrik Domestik Edisi ke 2 , IBS Buku Sdn. Bhd, Selangor.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful