You are on page 1of 4

PANTUN EMPAT KERAT (BUDI) (MALAY POEM ANALYSIS)

Pantun tergolong dalam genre puisi tradisional. Bentuk pantun yang paling luas digunakan ialah pantun empat kerat. Dua baris pertama mewakili pembayang maksud yang bertemakan unsur alam atau kerenah manusia. Dua baris akhir mewakili maksud sebenar yang hendak disampaikan. Antologi "Harga Remaja", iaitu teks komsas tingkatan 4 menampilkan dua nukilan pantun empat kerat yang bertemakan budi dan jenaka. Pantun Budi diselenggarakan oleh Dr. Anwar Ridhuan (halaman 5) mengandungi 4 rangkap. Pantun Jenaka (halaman 6) pula diselenggarakan oleh Dr. Harun Mat Piah mengandungi lima rangkap. Pantun Budi menceritakan perihal budi yang baik bakal diingati orang. Selain itu, budi yang baik akan menjadi sebutan orang sepanjang masa. Pada keseluruhannya, budi dikaitkan dengan nama baik seseorang.

Rangkap 1:

Terang bulan terang di paya, Anak kambing memakan rumput, Jika tak kenang kepada saya, Nama yang baik tidak tersebut.

Jelas sekali bahawa pemantun mahu dirinya dikenang dengan sebutan nama baik, iaitu budi. Rangkap 2: Anak merak mati tersangkut, Mati dipanah Seri Rama, Resam di dunia juga disebut, Orang yang mati meninggakan nama.

. Sekali lagi penegasan tentang nama baik seseorang dibawa hingga ke mati. Budi yang di tabur oleh si mati akan tetap menjadi sebutan. Rangkap 3: Anak itik terenang-renang, Air pasang tenang-tenangan, Budi sedikit bila kan hilang, Itu menjadi kenang-kenangan. Budi, tidak kira sedikit atau banyak tidak akan hilang atau luput daripada kenang-kenangan orang yang pernah menerima budi.

Rangkap 4:

Anak ikan berlima-lima, Mati ditimpa punggur berdaun, Kasih tuan saya terima, Sebagai hutang seribu tahun.

Budi dikaitkan dengan kasih sayang. Orang yang menerima budi menganggap dirinya berhutang seribu tahun. Maknanya, hutang budi dikenang sepanjang hayat dan dibawa ke mati.

Tugasan: a) Berikan maksud resam di dunia. (1 markah) b) Nyatakan tiga kepentingan budi yang baik terhadap seseorang. (3 markah)

c) Jelaskan dua cara anda membalas budi baik seseorang. (4 markah)

Analisis Tugasan Soalan: a) Soalan petikan: memerlukan jawapan ringkas tanpa huraian. b) Soalan petikan: Ambilan isi petikan, tetapi perlu diprosakan mengikut ayat penyata. c) Soalan KBKK: Isi luar petikan, perlu penjelasan tentang dua cara.

Cadangan Jawapan: a) Maksudnya ialah adat kehidupan.

b) Kepentingan budi yang baik ialah menjadi kenangan orang lain, disebut hingga ke mati, dan dianggap sebagai hutang oleh si penerima budi. c) Saya akan membalas budi seseorang dengan cara mengucapkan terima kasih supaya dia berasa dihargai. Selain itu, saya akan berdoa agar orang berkenaan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Sinopsis
"Ibu dan Ceper"
(Antologi Harga Remaja) Tingkatan 4
Sungai Ceper mengalirkan airnya dengan arus yang kuat. Penulis membandingkan kekuatan Sungai Ceper dengan kegigihan ibunya. Sungai Ceper masih belum tercemar dan berfungsi untuk mengairi sawah padi. kepelbagaian fungsi sungai tersebut diumpamakan oleh penulis seperti kegigihan seorang ibu yang mengerjakan sawah bagi menyara keluarganya.Ibu merupakan merupakan seorang wanita yang rajin. selain bersawah, dia juga menetak mengkuang bagi menampung kelangsungan hidup keluarganya. Ibu aktif juga dalam aktiviti kemasyarakatan seperti membantu kenduri kendara, menziarahi jiran sekiranya ada kematian. Suaminya agak pemalas kerana amat kurang membantu menyara keluarga. Si ibulah yang berhempas pulas menggunakan tulang empat kerat untuk menguasahakan sawah. Si suami banyak menghabiskan masa dengan memenuhi hobinya iaitu memikat burung ketitir. Penulis menjelaskan bahawa Sungai Ceper memusnahkan padi tanaman ibunya. Penduduk di seluruh kampung menjadi papa kedana kerana padi mereka musnah sebagai akibat banjir. Selain banjir, kemarau turut mengancam penduduk kampung juga. Kemarau yang berpanjangan menyebabkan tanaman padi mati. Ibu terpaksa mendapatkan bekalan air di perigi. Penulis teringat akan kisah lampaunya. Penulis yang kini sudah beranak dan bercucu teringat akan kisah arwah ibu dan bapanya. Ibu tidak dapat bekerja mengusahakan sawah padi setelah terjatuh kerana terlanggar tunggul kayu. Akibatnya, ibu terus lumpuh dan tidak dapat bergerak lagi. Bapanya pula semakin tua dan tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu keluarga. Penulis teringat akan kisahnya menjaga ibu dan ayahnya yang sudah tua. Ketika menjaga ibunya yang sudah tua, kadang-kala terdapat kesalahan yang dilakukan yang mengores hati ibunya. Penulis amat menyesali kesilapannya. Keadaan Sungai Ceper digambarkan semakian kotor kerana pencemaran. Pelbagai bahan buangan terdapat dalam sungai tersebut. Air sungai semakin sedikit dan dasarnya semakin cetek sehingga menyebabkan sungai tersebut gagal berfungsi. Air sungai tersebut tidak mengalir lagi. Kekotoran di sungai tersebut amat menjijikkan. Kini, penulis dan keluarganya mengambil alih kerja-kerja mengusahakan sawah padi. Walau bagaimanapun, keriangan mengusahakan sawah padi berbeza daripada zaman sebelumnya. Hal yang demikian kerana sungai tersebut tidak mampu lagi mengairi sawah seperti yang digambarkan ketika zaman ayah dan ibunya masih muda. Mengikut pengamatan penulis, kematian ibunya sama keadaan seperti yang dialami oleh Sungai Ceper. Dipetik daripada LemBaraN PeNDiDik (http://norliza86usm.blogspot.com)

TEMA Kepentingan tonggak keluarga yang gigih dan bersemangat yang sama pentingnya dengan sungai yang menjadi sumber air kepada manusia dan tumbuh-tumbuhan.

PERSOALAN

1. Kepentingan air kepada kehidupan manusia


2. 3. 4. 5. 6. NILAI Hubungan simbiosis antara manusia dan alam sekitar Kegigihan dan kesabaran Sifat tidak bertanggungjawab manusia Peranan wanita Kasih sayang

1. Kasih sayang
2. 3. 4. 5. 6. Sayang akan alam sekitar Berdikari Kecekalan Kesyukuran Bermasyarakat

PENGAJARAN

1. Kita mestilah menyayangi ibu, menghargai dan menyanjungi jasanya


2. Kita mestilah menyayangi dan menghargai alam sekitar 3. Sebagai ketua keluarga, kita mestilah bertanggungjawab menjaga isteri dan anak-anak dan tidak membiarkan isteri sahaja bekerja menyara keluarga 4. Janganlah sesekali berputus asa jika sekali gagal atau ditimpa bencana 5. Rajinlah berusaha kerana kerajinan akan menjadikan kehidupan kita bertambah baik dan tidak dilanda masalah

You might also like