P. 1
Nota B(1)

Nota B(1)

|Views: 274|Likes:

More info:

Published by: Mohd Noh bin Md. Yunus on Jul 07, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/23/2014

pdf

text

original

Masalah pembentukan negara bangsa adalah berkaitan dengan perbezaan kaum.

Sejauhmanakah anda bersetuju dengan kenyataan ini? PENGENALAN Negara adalah wajah dunia yang kita inginkan – suatu cerminan makna dalam konteks yang lebih luas. Ini kerana, sifat dunia yang mempunyai penghuni yang pelbagai daripada kepelbagaian bangsa, bahasa, kepercayaan agama, budaya, dan sebagainya, menuntut satu titik penerimaan yang bersifat universal agar dunia ini menjadi indah dan selamat untuk didiami. Sebermula dari zaman Yunani, kemudian kita ke Tanah Arab, dan seterusnya beralih ke Eropah, dan kini sampai di Timur, kita menyelami falsafah hidup (ilmu) yang dibawa oleh para-para Doktor dan Profesor bagi mencari solusi masalah-masalah yang membelenggu manusia seluruhnya. masalah pembentukan negara bangsa adalah berkaitan dengan perbezaan kaum. Saya kira, persoalan yang perlu dijawab dahulu – untuk apa pembentukan negara bangsa bagi sesebuah negara? Seiring dengan pendapat yang menyatakan bahawa, kehidupan itu memaksa kita untuk membuat pilihan, mengukur sesuatu benda mahupun perkara dari segi baik atau buruk dan untuk memberi formulasi tentang ukuran nilai tersebut. Oleh yang demikian, melalui esei ini, ianya akan dibincangkan dengan mengambil beberapa pandangan daripada sarjana-sarjana kontemporari, serta menggunakan pendekatan skeptikal dengan gaya kritis yang berprinsipkan universal stand point. NEGARA BANGSA Negara bangsa merujuk kepada sebuah negara yang berdaulat dengan rakyatnya hidup bersatu padu, tanpa dipisahkan oleh ikatan primordial yang sempit seperti kaum, keturunan, agama, bahasa, budaya, daerah, dan sebagainya yang dilihat boleh membawa kepada perpecahan. Rakyat di negara tersebut juga mempunyai keyakinan serta kepercayaan yang tinggi kepada sistem pemerintahan dan undang-undang yang dilaksanakan di negara tersebut. Pembinaan negara bangsa merupakan matlamat utama sesebuah negara dan boleh dianggap sebagai kemuncak kejayaan bagi sesebuah negara, pentadbiran serta penduduknya (Rodzi Razak 2009). Setiap di kalangan rakyat di sesebuah negara mesti merasakan bahawa mereka adalah sebahagian daripada negara, kerana ia penting sebagai prasyarat kepada kemajuan negara tersebut. Wang Gungwu (2004), menegaskan, “...in its ideal form, it was defined to mean that every state should consist of people who believed that they belonged to a single nation.” Berdasarkan kepada definisi dan konsep berkenaan dengan negara bangsa oleh beberapa sarjana di atas, kita faham bahawa, kata kekunci bagi menjelaskan konsep tersebut adalah “kesatuan”, dan kekunci bagi menjelaskan masalah pembentukannya adalah “perbezaan”. Yang pasti, ianya masih berkisar dan menciri tentang sebuah negara itu sendiri. Dalam menjelaskan teori munculnya sebuah negara, Aristoteles berpendapat, negara itu adalah sebagai gabungan daripada bahagian-bahagian – yang menurut urutan besarnya adalah individu, keluarga, kampung, dan negara (wujud unsur “perbezaan” dan “kesatuan”). Individu tidak boleh hidup secara sendirian. CABARAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
1

Berdasarkan penelitian berkenaan dengan negara bangsa yang telah dibincang seperti di atas, jelas menunjukkan bahawa, istilah negara bangsa itu sebenarnya dianggap penting (sebab) dan ia muncul tatkala kebanyakan negara-negara dunia (negara membangun terutamanya) menghadapi kesukaran dalam membangunkan negara yang bersifat majmuk dengan ciri-cirinya tersendiri dalam ruang sejarah yang terbina—kesan daripada kolonialisme. Di samping itu, ia juga dianggap penting dan dikatakan sebagai prasyarat kepada kemajuan sesebuah negara. Ini kerana tanpa rakyatnya mempunyai satu pemikiran terhadap satu negara bangsa, maka sebarang bentuk kerjasama untuk kepentingan negara sukar dilaksanakan sepenuhnya. Bagi mengisi konsep ini, beberapa istilah seperti ‘perpaduan negara’, ‘kesetiaan kepada negara’, ‘keharmonian’ dan ‘tolak ansur perlu difahami dan diterapkan ke dalam amalan dan kehidupan rakyat (Ruslan Zainuddin et.al 2005). Namun di Malaysia contohnya, istilah-istilah seperti Ruslan Zainuddin jelaskan tersebut, telah wujud dan terpakai di Malaysia melalui teras Lima Rukun Negara-nya. Justeru persoalan, mengapa Malaysia masih tidak berjaya dalam membentuk negara bangsa setelah lebih 50 tahun merdeka? Apakah dengan usaha pembentukan negara bangsa ini, maka ia dilihat sebagai usaha ke hadapan, atau ke belakang? Persoalan tersebut, Abdul Rahman Embong (2000) ada jawabnya; yang menurut beliau jika ditinjau dari segi sejarah, bangsa Malaysia adalah satu konsep baru bagi rakyat berbilang kaum di negara ini. Apabila Malaya diisytiharkan merdeka pada 31 Ogos 1957, yang dilahirkan ialah sebuah negara, bukan bangsa. Begitu juga, apabila Malaysia terbentuk pada 1963, yang kita miliki hanyalah negara Malaysia, sedangkan bangsa Malaysia yang utuh dan bersatu padu masih jauh daripada terwujud. Tetapi ironinya, bukankah wajar sebuah negara yang lahir itu harus seiring dengan lahirnya sebuah bangsa—yang merdeka, mempunyai nilai patriotisme di dalam jiwa dan sepunya, kerana bangsa tersebut berkongsi wilayah dan kedaulatan bersama. KRITIKAN DAN PENDAPAT Konsep asas dalam pembentukan negara adalah adalah tanah, rakyat, kerajaan, dan kedaulatan. Manakala konsep asas dalam pembentukan negara bangsa adalah negara, bangsa, kerajaan, dan perlembagaan. Sekiranya diteliti kedua-duanya, wujud kontradiksi awal pemahaman tentangnya; yang menunjukkan bahawa konsep pembentukan negara bangsa adalah sub kepada konsep pembentukan negara, kerana terdapat asas negara di dalamnya, dan bukannya bagi menjelaskan (memahamkan) bahawa negara bangsa adalah negara—suatu istilah yang diputarbelitkan. Justeru, kita perlu bersetuju bahawa kepentingan kepada asas pembentukan negara bangsa tidak boleh melangkaui asas kepentingan pembentukan negara, kerana wujud elemen kedaulatan yang perlu dititik beratkan. Kontradiksi antara keduanya perlu diperjelas bagi mendapat gambaran tepat, bagi mencari masalah dan isu sebenar, dan tidak lari daripada membincang masalah sebenar—the root of cause. Perbezaan kaum bukanlah masalah kepada pembentukan negara bangsa sekiranya dinilai dalam erti kata pembentukan negara. Ini kerana, negara bangsa boleh dibentuk (Wang Gungwu 2004) sekiranya kita benar-benar serius ke arah itu. Hal ini pastinya menuntut pilihan (choice) dan pengorbanan oleh individu atau rakyat itu sendiri. Kita ambil contoh kes etnik Cina dalam perbincangan tentang hal yang sama oleh beberapa sarjana melalui buku suntingan Leo Suryadinata (2004) tersebut. Kita dapat lihat bahawa faktor berlakunya “masalah” pembentukkan negara bangsa di Malaysia, Indonesia, dan Singapura adalah berpunca daripada etnik Cina yang datang dari negara China sewaktu era kolonial di rantau Asia Tenggara atas
2

urusan dan aktiviti ekonomi. Sebelum negara-negara tersebut merdeka, telah berlaku suatu proses membuat “pilihan” (suatu keputusan) tawar menawar di antara para elitis untuk membentuk consociotional politic (teori permuafakatan: Lijphart 1968) dikalangan wakil-wakil dari kalangan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum (kaum pendatang dan kaum asli/bumiputera), hingga membentuk suatu persetujuan yang dizahirkan dalam perlembagaan negara; walaupun terdapat perbezaan dari segi teknikal, namun semangat penubuhannya (the spirit of) tetap sama—untuk mewujudkan sebuah negara. Tidak muncul masalah perbezaan kerana semua kaum telah bersetuju. Tetapi mengapa sekarang tidak bersetuju pula? Sekiranya ditinjau, unsur negara bangsa di negara Indonesia dan Singapura, lebih sedikit berbanding dengan Malaysia. Begitu juga dengan semangat patriotisme dan nasionalisme di antara kedua-dua negara tersebut dengan Malaysia. Ukurun ini dinilai berdasarkan nilai asas sebagai bukti kepada identiti bangsa sesebuah negara iaitu melalui bahasa pertuturan yang digunakan, perkongsian dan penerimaan budaya dominan yang sama, dan hal ini berpunca (pastinya) daripada dasar pendidikan negara masing-masing. Kerana ada yang membenarkan hanya satu aliran sahaja—aliran kebangsaan, dan ada yang membenarkan aliran vernakular. Sudah tentu ini merupakan pilihan yang dibuat oleh wakil dari kaum-kaum tertentu, sama ada untuk memilih untuk membenarkan hal ini berlaku, atau sebaliknya. Justeru, apakah kebaikan yang didapati hasil pilihan yang dibuat itu kepada negara, mahupun kepada negara bangsa? Memetik kata-kata Ridhuan Tee Abdullah (2011), beliau telah mengkritik tindakan beberapa pemimpin kaum Cina di Malaysia dengan menyatakan jika dari kecil beliau (orang Cina) mendapat pendidikan sekolah rendah Cina, kemudian belajar di sekolah menengah Cina, masuk universiti Cina, beliau yakin, adalah sukar bagi orang Cina untuk bertutur dalam bahasa Melayu (bahasa kebangsaan)—saya panjangkan; bekerja di syarikat yang pastinya dimiliki orang Cina dan tinggal di kawasan Cina. Bukankah seperti wujudnya sebuah negara dalam negara. Dan beliau mempersoalkan pula, berapa ramai ahli politik dan ahli perniagaan Cina apabila disoal dalam bahasa Melayu, terus tiba-tiba beralih kepada bahasa Inggeris atau bahasa ibunda. Baiklah, persoalan saya dalam hal ini, adakah sekiranya bahasa selain daripada bahasa Melayu ingin diangkat dan digantikan sebagai bahasa kebangsaan, maka adakah kaum Melayu akan bersetuju? Apakah masalahnya sekira bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa kebangsaan secara menyeluruh—meliputi pertuturan umum dan bahasa ilmu? Jadi, dasar pendidikan negara yang dilihat sebagai peranan utama bagi membentuk perpaduan negara, kesetiaan kepada negara, keharmonian, dan sikap tolak ansur dikalangan masyarakat, telah gagal dalam memainkan peranannya dek pemahaman cetek tentang kepentingan negara (nasional interest). Polisi sosial masyarakat yang longgar oleh pemerintah mewujudkan ruang kebejatan sosial itu sendiri, sehingga membuat tuntutan dan desakan yang merugikan negara (bangsa). Ini semua atas dasar kebebasan dan hak asasi manusia yang telah didefinisikan oleh pihak-pihak tertentu secara tidak konsisten dan tidak proposional, serta ghairah dalam menuntut kuasa. Yang mana merupakan susulan (kesan) kepada kelemahan dasar pendidikan negara tersebut—akibat fahaman pluralisme yang berkembang segar dalam mengarah polisi sosial dalam komposisi dan struktur yang tidak jelas. S.M Zakir sekali lagi menegaskan, masyarakat plural bukan sekadar masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai etnik, agama atau bahasa. Tetapi masyarakat plural menyangkuti soal kesaksamaan dalam politik, ekonomi, budaya termasuk agama. Kesaksamaan dalam masyarakat plural ini dicapai dengan mewujudkan nilai baru yang menghapuskan nilai fundamental seperti hak bangsa peribumi, penghapusan nilai kebangsaan yang berteraskan nilai peribumi, dan terakhir sekali akidah agama. Pluralisme menekankan prinsip hak asasi manusia yang berasaskan individu sebagai puncak kepada hukum keadilan. Ia
3

bermula dengan penegasan hak sama rata manusia tanpa mengira agama dan bangsa. Dalam pada itu, ia menyerapkan prinsip liberalisme Barat yang menegaskan kebebasan individu dan penolakan bahawa kebenaran hanya ditentukan secara mutlak oleh agama. Sebaliknya kebenaran bukan sesuatu yang eksklusif (lingkungan nilai dan prinsip agama) tetapi adalah sesuatu yang terbuka dan boleh sahaja diterima dHari pelbagai sumber termasuk daripada nilai dan prinsip pelbagai agama serta ideologi pemikiran individu. KESIMPULAN Sesebuah negara tidak boleh lari dari unsur kesatuan melalui indikator—satu identiti bangsa yang menggunakan satu bahasa sebagai bahasa rasmi dan bahasa pertuturan, satu budaya, satu impian, satu harapan, dan sebagainya. Sekiranya kepelbagaian (yang merupakan masalah) itu dibenarkan sekalipun, maka ia tidak boleh menjejaskan kepentingan nasional (negara), justeru, melihat konsep perpaduan dan integrasi dalam masyarakat harus dilestarikan dengan tidak melayan segala tuntutan yang bersifat kepentingan kaum-kaum tertentu berbanding kepentingan nasional negara tersebut.

4

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->