Pandangan Tokoh-tokoh Pengasas Pendidikan Awal Kanak-kanak y Pandangan Tokoh-tokoh Barat

:

JOHANN HEINRICH PESTALOZZI (1746 ± 1827) Beliau dilahirkan di Zurich, Swizerland. Beliau membuka sebuah sekolah di ladangnya dikenali dengan nama ³Neohof´ pada tahun 1774. Di sekolah itu diintegrasikan kehidupan di rumah, pendidikan vokasional dan pendidikan untuk bacaan dan tulisan.

Idea-idea beliau mengenai pendidikan: Anak-anak perlu dibimbing secara perlahan-lahan berdasarkan potensi yang ada padanya. Bimbingan itu perlu bermula daripada pengalaman deria kepada idea yang abstrak. Percaya bahawa pendidikan adalah diasaskan kepada pengalaman-pengalaman deria. Melalui pengalaman itu kanak-kanak boleh mencapai potensi mereka yang semulajadi. Beliau percaya pengajaran boleh dibentuk berdasarkan objek. Oleh itu, pembelajaran konsep hendaklah dengan melalui manipulatif seperti membilang, mengukur, merasa dan menyentuh. Guru yang baik ialah guru yang mengajar kanak-kanak bukan mengajar mata pelajaran. Beliau juga percaya kepada kumpulan pelbagai umur. (multiage grouping). Beliau yakin bahawa ibu adalah orang yang terbaik untuk mengajar anaknya.

FRIEDRICH FROEBEL (1782 ± 1852) Seorang tokoh pendidikan dari Jerman. Beliau digelar sebagai ³Bapa Tadika´. Pada tahun 1837, beliau menubuh sekolah taman kanak-kanak yang dinamakan ³Kindergarten´. Beliau adalah seorang yang kuat beragama dan menganggap manusia secara semulajadinya adalah baik dan dunia adalah tempat bekerja dan manifestasi terhadap Tuhan.

Menurut beliau ³kanak-kanak umpama biji benih, ibu bapa dan pendidik umpama tukang kebun, kindergarten pula ialah taman untuk kanak-kanak. Oleh itu kanak-kanak

perlu belajar dalam persekitaran yang terancang dan kanak-kanak berkembang melalui main´

Antara idea-idea Froebel ialah: Taman kanak-kanak perlulah dipenuhi dengan keindahan untuk menarik perhatian kanak-kanak. Sekurang-kurangnya ia dicat dengan warna yang terang, mempunyai bilik yang senang dimasuki cahaya, dipenuhi dengan taman-taman, binatang dan gambargambar. Dilengkapi dengan kerusi meja yang sesuai untuk kanak-kanak. Keadaan bilik janganlah sempit kerana menyusahkan perjalanan aktiviti. Kelas prasekolah perlu dipenuhi dengan pemandangan, bunyi-bunyian dan objek-objek untuk kanak-kanak yang mempunyai bentuk yang mudah, saiz dan warna. Suasana di taman kanak-kanak hendaklah dapat mengawal kanak-kanak daripada pengaruh jahat yang terdapat dalam masyarakat dan bahaya alam semulajadi. Di taman kanak-kanak perlu dipupuk dengan perkembangan mental, fizikal dan sosial kanak-kanak. Taman kanak-kanak merupakan satu pendekatan terhadap latihan kanakkanak. Pendidikan adalah pembinaan watak atau peribadi kanak-kanak. Ia hendaklah berdasarkan kepada keperluan dan keupayaan kanak-kanak. Menurut beliau, kanakkanak mempelajari sesuatu melalui perbuatan. Ia perlu diberi kebebasan. Beliau menekankan kaedah bermain kepada kanak-kanak dan belajar melalui membuat. Beliau mencadangkan dalam mendidik kanak-kanak perlu menggunakan objek supaya menimbulkan minat dalam pembelajarannya. Beliau menekankan disiplin diri terhadap kanak-kanak dan motivasi dalaman adalah penting bagi kanak-kanak. Pembelajaran bukanlah sesuatu yang terpisah dan ia saling berkaitan antara satu sama lain. MARIA MONTESSORI (1870 ± 1952) Merupakan tokoh pendidikan di Rome. Berpengalaman mendidik kanak-kanak yang terencat akal. Pada tahun 1899, beliau menubuhkan sekolah kanak-kanak cacat di Rome. Montessori menyokong Froebel dalam pendapat membenarkan kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain. Beliau mengutamakan latihan daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan yang bertujuan bagi membolehkan kanak-kanak mendapat

pengalaman dan latihan menggunakan deria dengan cekap. Beliau berpendapat dalam mendidik kanak-kanak ia mestilah menghormati kanak-kanak dan haknya. Oleh itu, persekitaran yang terancang, kemahiran hidup, disiplin diri dan arahan adalah prinsip penting dalam pendidikan kanak-kanak. Menurut beliau, pendidikan adalah untuk menolong kanak-kanak membentuk serta membantu perkembangan intelek, fizikal, sosial, emosi dan rohani.

Montessori mengemukakan beberapa konsep asas dalam pembentukan kurikulum kanak-kanak pada peringkat awal. Antaranya adalah konsep berikut;

a. Minda yang mudah menyerap

Menurut Montessori, minda kanak-kanak mudah menyerap sesuatu maklumat yang diterima melalui deria mereka, sebelum mereka bersedia untuk diajarkan konsep tersebut. Seorang kanak-kanak mula menyerap kejadian yang berlaku disekelilingnya dan menyusun pengalaman ini daripada saat kelahiran lagi.

B. Persekitaran yang tersedia Persekitaran yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak adalah persekitaran yang lengkap dengan pelbagai bahan yang akan menyokong pembentukan konsep dan pengetahuan kanak-kanak apabila kanak-kanak memerlukannya. Peranan guru adalah menunjuk ajar cara menggunakan bahan pembelajaran tersebut pada masa yang sesuai.

C. Didikan diri Kanak-kanak mampu menjelaskan persepsi mereka dan menyusun pengalaman melalui aktiviti yang sesuai, apabila persekitaran mereka disusun secara lengkap dengan pelbagai bahan pembelajaran yang menarik. Kanak-kanak berkebolehan menyusun pengetahuan mereka apabila mereka terlibat dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Guru tidak perlu mengajar kanak-kanak secara formal. Guru hanya menunjuk ajar perlu mengajar kanak-kanak secara formal. Guru hanya menunjuk ajar

dan membimbing mereka dalam pemilihan bahan dan aktiviti.

d. Bahan pembelajaran Guru hanya menunjuk ajar cara yang ³betul´ bagaimana menggunakan bahan tersebut selepas kanak-kanak memilih aktiviti pembelajarannya secara bebas dan sukarela. Mengikut Montessori, matlamat kurikulum pada peringkat awal adalah bagi memajukan diri kanak-kanak daripada segi; penumpuan perhatian; kemahiran mmerhati dan meneliti; kesedaran berkenaan susunan dan peraturan; keseimbangan pergerakan; kesedaran persepsi dan kemahiran praktikal; konsep matematik; kemahiran bahasa; kemahiran menulis dan membaca; kebiasaan dengan seni kreatif; pemahaman berkenaan alam semulajadi; pengalaman dan pemahaman berkenaan sains social; pengalaman menggunakan kemahiran berfikir secara kritis melalui pengalaman menyelesaikan sesuatu masalah.

e.Tempoh sensitif Tempoh sensitif adalah tempoh yang paling sesuai untuk kanak-kanak menguasai sesuatu kemahiran. Tempoh tersebut dapat dikesan apabila kanak-kanak menunjukkan kesediaan dan minat bagi mempelajari sesuatu kemahiran dengan sentiasa menanya soalan dan sentiasa tertarik bagi memerhati dan menyentuh sesuatu bahan pembelajaran. Menurut falsafah Montessori;

Ibu bapa patut diberi latihan dalam perkembangan kanak-kanak dan cara menggunakan pengetahuan ini dalam membimbing anak mereka. Terdapat tempoh sensitif yang merupakan masa paling sesuai bagi kanak-kanak menerima maklumat dan konsep tertentu. Tempoh sensitive ini berbeza mengikut kadar perkembangan seseorang kanak-kanak. Kanak-kanak mampu melatih diri sendiri, dengan bimbingan yang minimum daripada orang dewasa. Kanak-kanak yang biasa berdikari dalam proses pembelajaran akan terus belajar

secara demikian apabila dewasa kelak. Maklumat yang diterima melalui deria adalah maklumat asas dalam semua jenis pembelajaran. Bahan pembelajaran yang dibentukkan oleh Montessori melatihkan kanak-kanak berdikari dalam mengurus diri dan persekitarannya melalui pengalaman sebenar dan kegunaan bahan manipulatif dan ³betul diri´. Guru akan meningkat pengetahuan mereka melalui pengalaman dengan kanak-kanak. Kanak-kanak memerlukan persekitaran dan alat pembelajaran yang tersusun dan bersaiz kanak-kanak. Guru perlu menyediakan persekitaran yang lengkap bagi membantu kanak-kanak belajar secara bebas. Peranan guru hanya membantu kanak-kanak, bukan memaksa ataupun menentu arah pembelajaran mereka.

Bagi mencapai matlamat ini, terdapat beberapa prinsip dalam kaedah Montessori iaitu berdasarkan kepercayaan beliau terhadap pendidikan awal kanak-kanak. Antaranya ialah: - Menghormati kanak-kanak dan hak mereka. - Konsep kebebasan - Menguasai kemahiran dari mudah ke sukar - Kanak-kanak dididik secara bersepadu dan menyeluruh - Kanak-kanak melakukan aktiviti arahan kendiri. - Pentingnya disiplin diri - Terdapat tempoh sensitif yang berbeza bagi setiap kanak-kanak - Kanak-kanak menyerap masuk pengetahuan dan menggunakanya. Kanak-kanak mengajar diri mereka sendiri. - Kanak-kanak belajar dengan lebih baik dalam persekitaran yang disediakan hendaklah membolehkan kanak-kanak belajar secara sendiri.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful