You are on page 1of 22

Penghargaan

Terlebih duhulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Majlis Daerah Raub Pahang kerana telah memberi kerjasama yang baik pada saya ketika saya membuat kajian di sana.

Penghargaan ini juga saya tujukan kepada guru Sejarah saya iaitu Cik Rubaizah bt Ghazali kerana telah memberi bimbingan dan panduan kepada saya untuk menyiapkan folio ini pada waktu yang ditetapkan.

Tidak lupa juga, saya ingin berterima kasih kepada seluruh ahli keluarga saya, khususnya pada ayah saya Encik Mohd Shahadan bin Abd Rahman dan pada ibu saya Mazlina bt Halim. Bantuan berbentuk material dan moral yang diberikan telah banyak membantu saya untuk menyiapkan folio ini.

Selain itu juga, saya ingin berterima kasih kepada rakan-rakan saya iaitu Nurul Nabilah bt Yunos, Nor Aina Syakirah bt Mohd Nor dan Siti Nazihah bt Samat kerana banyak membantu saya untuk menyiapkan folio ini. Sesungguhnya komitmen mereka akan dikenang sepanjang hayat saya.

Objektif kajian

Melalui Kajian Sejarah Tempatan yang dijalankan, saya berharap agar dapat mengetahui dengan lebih lanjut Majlis Daerah Raub. Jika sebelum ini saya hanya mengetahui nama Majlis Daerah Raub sahaja tetapi melalui kajian ini saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang Majlis Daerah Raub seperti latar belakang dan sejarah penubuhannya. Secara keseluruhannya kajian ini dapat mewujdkan semangat cinta dan bangga dengan kewujudan institusi pentadbiran ini iaitu Majlis Daerah Raub.

Kajian ini juga menjawab persoalan yang berada di fikiran saya tentang matlamat Majlis Daerah Raub. Selain itu juga dapat mengetahui tentang visi dan misi Majlis Daerah Raub dengan mendalam lagi. Di samping itu, saya berharap dengan kajian ini saya dapat mengetahui perenanperanan Majlis Daerah Raub.

Kesimpulannya disini, kajian ini dapat mendekatkan pelajar dengan institusi pentadbiran tempatan serta dapat menanamkan perasaan cinta akan institusi pentadbiran ini.

Kaedah Kajian

Saya telah melakukan pelbagai kaedah bagi memperoleh maklumat yang diperlukan untuk menyiapkan kerja khusus ini. Saya memgunakan kaedah pemerhatian, kaedah lawatan, kaedah menganalisis dokumen, kaedah temu bual dan selari dengan kemajuan ICT, saya telah menggunakan kaedah internet bagi memperoleh matlamat tambahan.

Kaedah pemerhatian  Kaedah pemerhatian adalah kaedah pengumpulan maklumat yang penting mudah dan cepat di lakukan. Maklumat yang hendak dikumpulkan dapat diperoleh dengan cara melihat dan mencatat perkara-perkara yang berkaitan dengan maklumat yang hendak dikumpul.

Kaedah lawatan  kaedah lawatan adalah kaedah pengumpulan maklumat dengan cara menyaksikan kesan sejarah dengan mengambil gambar sebagai bukti.

Kaedah temu bual  Kaedah temu bual adalah kaedah pengumpulan maklumat secara lisan dengan berjumpa dan menyoal jawab dengan seseorang biasanya kaedah ini sesuai untuk mengumpul data berkait dengan berita, pendapat atau nasihat.

kaedah menganalisis dokumen


 Semasa lawatan ke MDR, saya telah diberikan pelbagai dokumen mengenai MDR

seperti Laporan Prestasi Majlis Daerah Raub tahun 2011.


y

Kaedah melayari internet  Bagi mendapatkan maklumat tambahan saya telah melayari laman web MDR. Alamatnya http/www.mdraub.gov.my.

1.0 Institusi Pentadbiran Tempatan


1.1 Nama rasmi / Nama Ringkas / Nama lain Nama rasmi bagi kawasan kajian saya ialah Majlis Daerah Raub. Ia juga dikenali sebagai MDR. 1.2 Lokasi Kawasan Majlis Daerah Raub ini telah diperluaskan dengan mengambil keseluruhan kawasan Bukit Fraser dan lain-lain kawasan dalam daerah Raub kecuali kawasan hutan simpan berkuatkuasa pada 7 November 1997 melalui warta kerajaan negeri Pahang bertarikh 31 Disember 1998 jilid 51/27/ no. PW3270. 1.3 visi penubuhan / misi / matlamat / objektif a) Visi penubuhan menjadikan Majlis Daerah Raub sebagai sebuah PBT yang unggul, sejahtera dan mampan menjelang tahun 2013 Keterangan visi : Menjelang 2013, Majlis Daerah Raub akan menjadi sebuah PBT yang Berjaya berdasarkan strategi dan pelan tindakan yang dirangka, di samping program bersama masyarakat, selain mewujudkan Bandar Selamat.

b) Misi memastikan Majlis Daerah Raub menyediakan persekitaran bersih, pembangunan terancang dan perkhidmatan cemerlang berteraskan pengurusan yang berkualiti dan berintegriti Keterangan misi : Majlis Daerah Raub kini sedang merangka pelan pembangunan yang mampan di semua jabatan / bahagian / unit bertujuan mencapai misi yang digariskan oleh YB Perdana Menteri iaitu Satu Malaysia. Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan . c) Matlamat mewujudkan satu jentera pentadbiran dan sistem pengawasan pentadbiran yang baik serta pengurusan tenaga manuia yang teratur dan cekap bersesuaian dengan peranan sebagai pusat pentadbiran Majlis Daerah Raub d) objektif penubuhan MDR  Memperkasakan tadbir urus serta responsif terhadap keperluan pelanggan.  Memperkukuhkan dan memantapkan sumber hasil majlis  Mewujudkan persekitaran yang kondusif supaya masyarakat hidup selesa, sihat dan selamat.  Memastikan pembangunan scara terancang dan terkawal.  Melaksanankan pelaksanaan undang-undang dan peraturan dengan telus, adil dan berhemah.  Mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan perbandaran.  Meningkatkan kecekapan dan berkesanan bagi projek pembangunan.

2.0 Latar Belakang


2.1 sejarah pembukaan (asal usul / tarikh / pengasas) Majlis Daerah Raub (MDR) ditubuhkan melalui warta kerajaan negeri Pahang pada 4 Jun 1981 jilid 34 / 12, no. GN 339, Pelan no. PN 1236 yang berkuatkuasa pada 1Julai 1981. Ianya merangkumi kawasan seluas 110.31 kilometer persegi. Kawasan MDR telah diperluaskan dengan mengambil keseluruhan kawasan hutan simpan berkuatkuasa pada 7 November 1997 melalui warta kerajaan negeri Pahang bertarikh 31 Disember 1998 jilid 57 / 27, no, GN 1082 Pelan no. PN 3270. Oleh yang demikian, perluasan kawasan MDR bertambah daripada 110.31 kilometer persegi kepada 138.359 kilometer persegi. Kawasan MDR adalah seperti berikut iaitu :  Keluasan kawasan MDR : 138.359 kilometer persegi  Kawasan operasi : 96.279 kilometer persegi

2.2 Undang-undang  undang-undang kecil (mengkompaun kesalahan-kesalahan) kerajaan tempatan (Majlis Daerah Raub) 1983  undang-undang kecil (mengkompaun kesalahan-kesalahan) Jalan, Parit dan banggunan (Majlis Daerah Raub) 1983  undang-undang kecil bayaran pelan dan permit (Majlis Daerah Raub) 1983  undang-undang kecil pemungutan, pembuangan dan pelupusan sampah sarap (Majlis Daerah Raub) 1983  undang-undang kecil pengendali makanan (Majlis Daerah Raub) 1984  undang-undang kecil kawalan dan penyeliaan tempat-tempat makanan (Majlis Daerah Raub) 1986.  undang-undang kecil taman (Majlis Daerah Raub) 1986  undang-undang kecil pelesenan tred, perniagaan dan perindustrian (Majlis Daerah Raub) 1987  undang-undang kecil penjaja (Majlis Daerah Raub)1987  undang-undang kecil kedai gunting ramput dan pendandan rambut (MDR) 1987  undang-undang kecil iklan (Majlis Daerah Raub) 1989  undang-undang kecil iklan pilihanraya (Majlis Daerah Raub) 1990  undang-undang kecil tandas awam (Majlis Daerah Raub) 1992  undang-undang kecil kerja tanah (Majlis Daerah Raub) 1998  undang-undang stor kayu dan kerja kayu (majlis Daerah Raub) 1999  undang-undang vendalisme (Majlis Daerah Raub) 2006  undang-undang kecil pelesenan anjing (Majlis Daerah Raub) 2007.

2.3 Perincian Peranan / Tanggungjawab bidang tugas pentadbir Yang Dipertua : Nama : YH Dato Haji Ismail bin Haji Mohd Ali Tugas : menentukan dan meluluskan sesuat usul

Ahli majlis :  YH Dato Haji Mustaffar Kamal bin Haji Abdul Hamid  YH Dato Haji Azinuddin bin Abd Rahim  YH Dato Lim Nget Yoon  Tuan Haji Ahmad Sabri bin Zainal Abidin  YM Tengku Abd Rahman bin Tengku Perang  Puan Jariah bt Hashim  Encik Kamal bin Shariff  YM Raja Ali bin Raja Meran  Encik Anuar bin Mat Din  Encik Abd Aziz bin Abas  Encik Shaari bin Suhor  Encik Mohd Nazri bin Romly  Encik Hamzah bin Bahri  Encik Arif bin Abd Hamid  Puan Hajah Maimon bt Haji Mohamad

 Encik Yap Choon Moey  Encik Chan Siew Pin  Encik Khoo Foo Ping  Encik Chong Ah Yu  Puan Soo See Chi  Encik Muniamdy A/L Kannan  Supt Wan Mohd Samsudin bin Wan Osman  Dr. Rafidah bt. Abd Latif  Encik Shahrul Nizam bin Siajam Tugas : melaporkan masalah yang dihadapi dalam kawasan yang diwakili oleh mereka.

Jabatan Pertanian : Nama : Tuan Abd Rahim bin Ramli Tugas : menilai jumlah kutipan cukai pintu, taksiran, lesen dan kompoun.

Jabatan perancangan dan pembangunan Landskap : Nama : Puan Raznee Hana bt Rosli Tugas : merancang infrastruktur seperti kedai dan rumah.

Jabatan Kawalan Banggunan : Nama : Encik Azhari bin Abd Hashim Tugas : mengendalikan projek jalan dan infrastruktur.

Jabatan Perkhidmatan Masyarakat dan Pembangunan : Nama : Encik Abd Kamal bin Hashim Tugas : menjaga kebersihan Bandar dan mengendalikan permohonan lesen niaga dan sewa yang menjadi sumber.

Unit Audit Dalaman : Nama : Cik Norhalisa bt Kamarudin Tugas : menganalisis dan melaporkan kemajuan system kepada pihak atasan

Unit Undang-Undang : Nama : Cik Nazmi bt Sani Tugas : mengendalikan aduan dan menyelaraskan aduan yang dilaporkan oleh penduduk tempatan.

Unit perhubungan Awam / Korporat : Nama : Puan Nani Kartini Bt Abd Kamal Tugas : mengendalikan bahagian aduan dan menyelaraskan aduan yang dilaporkan oleh penduduk tempatan. Setiusaha : Nama : Cik Nurul Nazreen bt Nordin Tugas : menguruskan bahagian pentadbiran Jabatan khimatan pengurusan : Nama : puan Razalina bt Haji Raus Tugas : menguruskan hal-hal pentadbiran dan jawatan serta mengendalikan bahagian surat-surat Mesyuarat. Jabatan Perbandaran Nama : Nur Fara Shida bt Mustafar Tugas : memastikan pengurusan sumber kewangan berjalan lancer dan menguruskan cukai, Lesen, sewa dan denda yang dikenakan.

2.4 Cara Pelantikan Pentadbir Tempatan Ahli-ahli majlis, Majlis Daerah Raub telah dilanjutkan tempoh perkhidmatan berdasarkan kelulusan penyambungan tempoh perkhidmatan seperti berikut :  Melalui majlis mesyuarat kerajaan Pahang yang ke 34/2010 pada 27 Oktober 2010 dilanjutkan mulai 1 Januari 2010 sehingga 31 2010  Melalui majlis mesyuarat kerajaan Pahang ke 34/2010 pada 27 Oktober 2010 dilanjutkan mulai 1 Julai 2010 sehingga 31 Disember 2010.

PENGHARGAAN

OBJEKTIF KAJIAN

KAEDAH KAJIAN

INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN

LATAR BELAKANG

You might also like