P. 1
18718617-pendidikan-bersepadu

18718617-pendidikan-bersepadu

|Views: 5|Likes:
Published by Perdull Der Chopper

More info:

Published by: Perdull Der Chopper on Jul 11, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/22/2014

pdf

text

original

1

BAB 1: PENGENALAN Pendidikan Bersepadu adalah wadah terbaik menentukan generasi yang dilahirkan. Ini kerana setiap genarasi yang dilahirkan merupakan pelapis kepada pembangunan dan kemajuan negara. Apakah sebenarnya Pendidikan Bersepadu? Pendidikan bersepadu adalah bagaimana ilmu pengetahuan berkembang dan subur bersama nilai murni. Dengan kata lain, Pendidikan Bersepadu ini menekankan kepada ilmu pengetahuan disamping didorong oloeh nilai-nilai dan akhlak mulia. Dalam konteks masyarakat Islam, ilmu mengurus diri (fardu ain) dan mengurus sistem (fardu kifayah) dapat menyatukan diri atau diharmunikan supaya mempunyai kekuatan pemikiran serta nilai murni. Itulah serba sedikit konsep Pendidikan Bersepadu yang diamalkan di Malaysia dan berbeza dengan diamalkan di barat bersifat sekular. Aspek yang perlu dititikberatkan ialah Minda generasi muda penting diperkasakan dan pada masa sama kemahiran berfikir perlu diberi keutamaan. Antara kekuatan minda dan kemahiran berfikir, ia perlu dipandu oleh nilai. Tanpa nilai, apa yang difikir boleh menjadikan pemikiran hampa dan kosong. Seperti yang saya huraikan serba sedikit diatas tadi, ternyatalah bahawa nilai dan akhlak amat penting bagi genarasi muda dalam memperkasakan diri menuntut ilmu. Nilai adalah ukur tara yang memberikan manusia pedoman mengenai buruk baik sesuatu perkara. Selain itu, serba sedikit ianya turut memberi kesan kepada seseorang. Contohnya Bercakap benar umpamanya adalah nilai dan amalan baik. Jika kebenaran yang disampaikan, maka kebenaran juga diterima. Apabila kita berdusta, maka ia akan memudaratkan diri dan orang lain. Pendidikan bersepadu menjadikan nilai al-Quran sebagai sumber berdirinya ilmu dan akhlak manusia. Mempelajari akidah ialah mempelajari mengenai faktor ghaib, iaitu Allah dan menghubungkannya dengan benda nyata. Jadi kertas kerj ini akan membincangkan serta membandingkan Pendidikan Bersepadu yang dikemukakan barat dengan paradigma Pendidikan Bersepadu di Malaysia serta menekankan kepada konsep, matlamat, dan kokurikulum.

1 Ini kerana Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai budaya. La Sula. 2. 20. 2000. MATLAMAT PENDIDIKAN. Justeru itu. Pendidikan Bersepadu menurut acuan Malaysia ialah berpusatkan kepada Allah iaitu pada hakikatnya Allah adalah maha mengetahui. Akibatnya." jelasnya. 15. Seperti di Malaysia. hlmn. Umar Tirtarahardja dan Drs. Dr. masyarakat Barat menjadi kucar-kacir.2 Selain tiu. Bangi. DAN KOKURIKULUM MENGIKUT ACUAN MALAYSIA. segala kebenaran ilmu tidak perlu dipersoalkan lagi dan tidak memerlukan kajian saintifik berulang kali untuk menentukan kebenarannya. 2007. . 2 Prof. Pendidikan Bersepadu yang diamalkan di Malaysia juga amat berbeza dengan konsepnya di barat di mana di barat agak sekular dan liberal serta mempersoalkan sesuatu kebenaran ilmu yang pada hakikatnya adalah benar. hlmn. barat menanggung pelbagai kesan dan akibat antaranya ialah Berlakunya gejala sosial yang kronik di Barat adalah berpunca dari pergaulan bebas antara lain undang-undang Barat membenarkan perkahwinan sesama sejenis sekaligus mengiktiraf hubungan sejenis yang terkutuk itu.2 BAB 2: KONSEP. Institusi keluarga yakni institusi terpenting dalam mewujudkan masyarakat yang sejahtera. Tajul Ariffin Noordin dan Dr. Pengantar Pendidikan. pendidikan yang dikemukan oleh barat iaitu menggunakan konsep garis lurus tidak sesuai diamalkan di Malaysia. Jakarta Departemen Pendidikan & Kebudayaan. Nor Aini. Pendidikan Bersepadu: Ilustrasi dan Penjelasan Lengkap. agama dan bangsa. anak-anak tidak 1 Dr. semakin hari semakin dilanda kehancuran.1 KONSEP: Pendidikan Bersepadu ialah Pendidikan yang menekan kepada nilai yang murni dalam menuntut ilmu pengetahuan. Selain itu. Agama persekutuan bagi Malaysia ialah agama Islam justeru pendidikan yang diamalkan di Malaysia ialah Pendidikan Bersepadu yang tidak memisahkan antara kepentingan duniawi dan ukhrawi. Pendidikan itu bukan sahaja dapat merapatkan jurang ekonomi antara masyarakat bahkan ia mampu menyediakan rakyat untuk menghadapi masa depan dan globalisasi.

Dalam islam tidak salah mempelajari ilmu keduniaan bahkan Allah juga menggalakkan umatnya supaya meneroka rahsia-rahisa Allah berpandukan jalan yang diredai olehnya. matlamat yang penting ialah mebina nilai dan akhlak yang sempurna selaras dalam proses menuntut ilmu. 2007. Apa yang saya ingin tekankan ialah akhlak yang baik akan terjelma dalam amalan nilai-nilai murni dan akan melahirkan potensi intelek yang sihat.2 MATLAMAT PENDIDIKAN: Matlamat Pendidikan Bersepadu sebenarnya ialah berpusatkan kepada Allah iaitu percaya bahawa setiap ilmu adalah datang darinya. Ini kerana dalam dunia era goblalisasi ilmu sains dan teknologi amatlah penting dan dititikberatkan. Pendidikan bersepadu itu boleh mengatasi masalah gejala sosial sebagaimana berlaku di Barat. suami tidak memperdulikan isteri dan isteri pula bebas bergaul dengan sesiapa sahaja. kepercayaan dan keyakinan kepada Allah. 2.3 KUKURIKULUM Sebenarnya dalam aspek Kukurikulum bersepadu ialah cuba mengimbangi ilmu agama. 4 Pendidikan Bersepadu: Ilustrasi dan Penjelasan Lengkap. Selain itu. serta jauh dari sifat-sifat tercela.3 Dengan ini.4 Kemajuan yang dicapai dunia sekarang ini memerlukan kemajuan sains dan teknologi. 30.3 lagi menghormati ibu bapa. Matlamat pendidikan bersepadu juga melahirkan masyarakat serta penuntut yang baik dan mulia ini bermakna matlamat agung pendidikan ialah untuk membina pembangunan manusia. Sebenarnya ia menyentuh mengenai akidah. Universiti Teknologi Malaysia. hlmn. 3 Kamarul Azmi Jasmi. 2. . ilmu sains kemanusiaan dan ilmu sains tabii. hlmn. Pendidikan dan pembangunan keluarga cemerlang. 29. Bangi.

K. MATLAMAT PENDIDIKAN. konsep Pendidikan di barat juga boleh diertikan sebagai meletakkan kebebasan akal begitu tingi sehingga dibolehkan meragukan ilmu wahyu serta dengan dorongan ilmu falsafah juga membuatkan masyarakat barat mempersoalkan segala ilmu yang diperolehi. 3. keruntuhan isntitusi kekeluargaan dan bermacam lagi5.4 Selainj itu. Konsep bagi Pendidikan Moden barat sebenarnya didorong aspek globalisasi dan ditunjangi oleh falsafah pendidikan barat. 1995. Kaunseling Islam: perbandingan antara amalan dan teori kaunseling barat. Kukurikulum ini sepatutnya dijadikan sebagai budaya dalam membina masyarakat yang harmonis dan berakhlak mulia.1: KONSEP Seperti yang ditekankan diatas dari segi Pendidikan Bersepadu di Malaysia jelaslah bahawa ia menekankan kepada nilai-nilai murni untuk membentuk pelajar yang berakhlak mulia. Ini jelas lagi jika kita imbas kepada konsep falsafah barat sehinggakan adanya terdapat satu bab mengenai Skeptisme iaiti meragukan terhadap segala perkara. Dalam menuntut ilmu. unsur demokratik juga boleh dikaitkan kerana induvidu bagi masyarakat barat mempunyai hak mutlak untuk membina nilai baru menurut 5 Kamal Abd. tidak kira apa jua ilmu. .L Utusan Publication and Distributors. kekuatan rohani amat penting. 3. hlmn. Manaf. 10. DAN KUKURIKULUM MENGIKUT ACUAN BARAT. perlaksanaan kukurikulum adalah berperingkat dan dimulakan dari bawah ke atas misalnya dari tahap satu hinggalah ke tahap enam. Tanpa agama manusia akan hidup dalam keadaan huru hara dan tanpa pegangan. Selain itu. Sebab itu tidak hairan mengapa di Barat banyaknya masalah yang berkaitan dengan gejala sosial. ianya berbentuk bebas atau liberal dimana masyarakat barat berfikiran terbuka tanpa berpandukan atau merujuk kepada ilmu wahyu seperti yang terdapat di Malaysia. Antara sebab musabab wujudnya kukurikulum di dalam pendidikan ialah semata-mata untuk membina kekautan rohani selari dengan kekuatan akhlak yang berteraskan kepada agama.0: KONSEP. Selain itu. Tetapi apa yang terdapat di barat pula adalaha berlainan. Selain itu.

2 MATLAMAT PENDIDIKAN Seperti yang kita faham. pemikiran liberal yang diamalkan oleh mereka membebaskan daripada nilai agama. Unsur yang dinyatakan ini menjadi asas dan tunjang pemikiran bagi mereka. barat pada masa itu berada dalam keadaan terumbang-ambing berikutan pengongkongan dari pihak gereja. Jadi. 3. Selain itu. Sebab itu tidak hairan mengapa kesannya begitu ketara sehinggakan timbulnya masalah sosial dan keruntuhan akhlak yang begitu meruncing. Justeru kehidupan sekular yang diamalkan oleh mereka ini sebenarnya memisahkan agama dengan semua urusan kehidupan tanpa dibatasi oleh sesautu perkara. maka semakin jauh ianya daripada tuhan. dunia islam pada masa itu sudah maju lebih terkehadapan dan lahirnya tokoh-tokoh pemikiran islam terkemuka seperti Ibn Sina. di barat khususnya mengamalkan Model Garis lurus iaitu model yang menekankan semakin tinggi pendidikan manusia itu. nilai pegangan dan kepercayaan mereka lebih berasaskan kepada fakta saintifik yang bersumberkan kepada fungsi akal semata-mata. Lagipun pihak gereja pada masa itu tidak meggalakkan pemikiran fatalistic dan bercirikan kepada sains. Matlamat pendidikan yang diamalkan oleh mereka juga ialah seolah-olah mengeksploitasi kepentingan induvidu lain dan semakin jauhlah hubungan mereka dengan tuhan mereka. tidak hairan mengapa Malaysia tidak mengikut model ini yang juga dinamakan Model garis lurus. Tujuan mereka hanyalah satu iaitu belajar untuk diri serta mendapat kedudukan yang tinggi agar mereka dipandang golongan bijak pandai di mata .5 kepentingan dan kemandirian induvidu tersebut. Jika kita imbas kembali pada zaman gelap. Ibn Batuta dan lain-lain lagi. Walhal. Itulah matlamat pendidikan barat yang cuba menakul sesuatu perkara berdasarkan kepada rasional akal semata-mata tanpa melihat aspek dari sudut agama mereka. Al-Khawarizmi.

Berbeza di barat bahawa semakin tinggi tahap pendidikan seseorang itu. maka induvidu itu wajib mempercayai bahawa ilmu yang didapati oleh seseorang itu ada batasannya. Selain itu. maka manusia makin jauh daripada tuhan. Ini kerana jelas bahawa ilmu yang mereka pelajari serta mereka dapati hanyalah untuk diri mereka semata-mata serta bersifat materialistic dan liberal. hlmn. semakin rancaklah mereka mengenepikan agama serta berpegang teguh kepada sains dan penakulan akal. 4.L Utusan Publication and Distributors.6 masyarakat. 10 6 Pendidikan dan pembangunan keluarga cemerlang. hlmn.0 BAHAN RUJUKAN Kamal Abd.6 Dengan era globalisasi dunia tanpa sempadan. K. Umunya pendidikan di barat ini bersifat induvidualistik dan materialistic iaitni bertujuan semata-mata untuk mencapai kepuasan diri tanpa batassan. Kukurikulum pendidikan mereka juga berbeza iaini semakin tingi pendidikan seseorang itu. maka semakin jauhlah mereka dari tuhan serta ilmu wahyu. pendidikan acuan di Malaysia juga menekankan kepada nilai-nilai murni serta memupuk kepada akhlak yang baik bagi melahirkan masyarakat yang harmonis. Ini didorong oleh aspek liberal yang diamalkan di kebanyakan Negara barat serta gagal untuk menyediakan jalan atau satu jambatan untuk berhubung dengan tuhan mereka. Kaunseling Islam: perbandingan antara amalan dan teori kaunseling barat. Universiti Teknologi Malaysia. 5. Jadi tidak hairan mengapa isntitusi kekeluargaan dan masalah gejala sosial di barat begitu meruncing. 1995.0 KESIMPULAN Jika kita amati Pendidikan di barat serta di Malaysia ternyata amat jauh sekali berbeza ini kerana di Malaysia menekankan kepada unsure ketuhanan iaitu setinggi mana ilmu seseorang itu. 3. 15. Manaf. .3 KUKURIKULUM Jelaslah bahawa pendidikan di barat menolak dan mengenepikan pegangan agama dan ilmu wahyu.

hlmn. 20. .7 Kamarul Azmi Jasmi. Jakarta Departemen Pendidikan & Kebudayaan. Pendidikan Bersepadu: Ilustrasi dan Penjelasan Lengkap. Umar Tirtarahardja dan Drs. 2007. La Sula. Nor Aini. 30 Tajul Ariffin Noordin dan Dr. Pendidikan dan pembangunan keluarga cemerlang. Bangi. 2000. hlmn. Universiti Teknologi Malaysia. 15. Pengantar Pendidikan. 2007. hlmn.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->