Soalan Contoh Masyarakat digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam kerana banyak kelebihannya.

Huraikan kelebihan-kelebihan pengangkutan awam kepada masyarakat. Rangka Karangan

Pendahuluan - Inovasi dalam sistem pengangkutan Isi-isi Penting i. mengurangkan kesesakan lalu lintas ii. menjimatkan masa dan kos perjalanan iii. memudahkan perjalanan seseorang iv. mengurangkan pencemaran alam Penutup - lebih banyak kebaikan menggunakan pengangkutan awam

Karangan Contoh Dunia sentiasa mengalami inovasi dalam sistem pengangkutan dari semasa ke semasa. Dalam era globalisasi kini, pelbagai jenis kenderaan yang moden telah dicipta bagi menggantikan kenderaan yang konvensional. Pada masa kini, terdapat pelbagai jenis kenderaan awam seperti monorel, ERL, komuter, bas, teksi, kapal terbang dan sebagainya. Pengangkutan awam yang moden itu pula mampu untuk memainkan peranan yang penting kepada sesebuah negara untuk menuju ke arah kemajuan. Dengan perkataan lain, pengangkutan awam yang terdapat di negara kita juga tidak kurang pentingnya kerana terdapat pelbagai kelebihan yang akan diperoleh apabila masyarakat menggunakannya. Kelebihan utama pengangkutan awam adalah dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di ibu kota atau bandar-bandar besar yang lain. Hal ini demikian kerana, kebanyakan rakyat Malaysia gemar menggunakan kenderaan sendiri terutamanya ketika ingin menuju ke tempat kerja. Di samping itu, mereka kebiasaannya bersikap bagai enau di dalam belukar,

melepaskan pucuk masing-masing ketika berada di jalan raya. Perkara ini akhirnya mengakibatkan kesesakan jalan raya yang serius. Oleh hal yang demikian, pengangkutan awam seperti komuter, monorel, ERL (Express Rail Link), LRT (Light Rail Transit)) dan sebagainya dapat memainkan peranan yang penting untuk membendung masalah kesesakan jalan raya yang semakin kronik di ibu negara kita.

Penggunaan pengangkutan awam juga dapat menjimatkan masa dan kos perjalanan. Sebagai contohnya, ERL dapat memendekkan masa perjalanan jika dibandingkan dengan penggunaan kereta. Tambang pengangkutan awam seperti komuter dan LRT juga amat berpatutan berbanding dengan masa perjalanannya yang telah disingkatkan. Oleh itu, jika dibandingkan antara pengangkutan awam dengan kenderaan biasa, masyarakat akan mendapat manfaat sekiranya menggunakan pengangkutan awam. Harga petrol yang tidak menentu di pasaran global telah memberi impak yang negatif kepada rakyat yang menggunakan kenderaan peribadi. Oleh hal yang demikian, banyak perbelanjaan boleh dijimatkan sekiranya orang ramai menggunakan pengangkutan awam. Selain itu, pengangkutan awam juga akan memudahkan perjalanan seseorang. Dengan adanya pengangkutan awam seperti ERL dan LRT, sistem pengangkutan yang lebih efisien berbanding dengan kenderaan persendirian dapat diwujudkan tambahan pula banyak tempat di ibu kota yang termasuk dalam jaringan pengangkutan awam tersebut. Perkara ini sekali gus dapat meningkatkan kadar ketepatan atau kepantasan seseorang ke sesuatu destinasi. Perkara ini seharusnya diberikan pertimbangan oleh anggota masyarakat agar menggunakan kenderaan awam untuk ke sesuatu destinasi. Oleh itu, kenderaan awam sepatutnya menjadi pilihan utama masyarakat kerana kelebihannya banyak sekali. Penggunaan pengangkutan awam yang lebih mesra alam pula akan dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Pengangkutan awam seperti monorel, LRT dan ERL ialah kenderaan awam yang mesra alam kerana tidak mengeluarkan asap. Hal ini secara langsung dapat membendung pencemaran alam sekitar terutamanya pencemaran udara di negara kita. Perkara yang di sebaliknya pula akan berlaku jika seseorang menggunakan kenderaan persendirian mereka seperti kereta atau motosikal yang terbukti menyebabkan pencemaran alam sekitar. Jadi,

pihak berkuasa perlulah mengambil langkah yang sewajarnya bagi menghalang pencemaran udara yang semakin serius pada masa ini, seperti kata pepatah, ³Sediakan payung sebelum hujan´. Intihanya, pengangkutan awam mempunyai kelebihan yang lebih banyak jika hendak dibandingkan dengan penggunaan kenderaan persendirian. Oleh itu, anggota masyarakat digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam jika hendak pergi ke tempat kerja. Sekiranya langkah ini tidak diikuti sudah tentu banyak masalah yang terpaksa dihadapi oleh anggota masyarakat akibat pencemaran alam yang berpunca daripada asap kereta dan motosikal. Jadi, kita perlulah menyokong langkah kerajaan yang menggalakkan penggunaan pengangkutan awam melalui kempen µkongsi kereta¶ untuk ke tempat kerja. Sekiranya kempen ini mendapat sokongan daripada masyarakat, sudah tentu masalah pencemaran udara dapat diatasi, di samping dapat menjimatkan perbelanjaan anggota masyarakat. Soalan 2 Semangat kejiranan sudah longgar dalam masyarakat kita kalau kita lihat sejak akhi-akhir ini. Keadaan ini menimbulkan pelbagai spekulasi kepentingan semangat ini diamalkan.Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk meningkatkan semangat ini dan kepentingannya. .............Semangat kejiranan merujuk semangat membantu masyarakat setempat terutama jiran bersebelahan dalam kehidupan seharian mereka. Sememangnya semangat kejiranan ini semakin hilang dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan pelbagai isu semasa pula. Jadi, ada banyak kaedah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat ini berterusan kerana memang ada kepentingannya. .............Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semua konsep rukun tetangga di kawasan perumahan mereka. Rukun tetangga berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama pada malam hari. Aktiviti ini memerlukan pembabitan semua pihak tanpa mengira kaum yang mampu menanam semangat kejiranan ketika melakukan rondaan bersama-sama. Oleh itu, hubungan rapat yang terjalin melalui rukun tetangga ini mengeratkan lagi perhubungan antara jiran.

.............Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan pelbagai majlis yang bercorak setempat. Majlis perkahwinan, rumah terbuka dan hari keluarga mampu menghidupkan semula semangat yang murni ini. Semua jiran akan beramah mesra dan mengenali satu sama lain melalui majlis seperti ini. Sesungguhnya, semangat kejiranan berupaya tumbuh dengan subur berdasarkan majlis sebegini. .............Kerajaan turut mampu memainkan peranan dengan mengadakan kempen kesedaran semangat kejiranan ini. Penggunaan media massa seluas mungkin dengan iklan yang menarik sudah pasti berupaya menarik perhatian masyarakat terhadap isu ini. Masyarakat akan mula mempersoal tahap semangat kejiranan mereka dan berusaha ke arah mengekalkan serta meningkatkan semangat itu di kawasan mereka. Sememangnya kerajaan berperanan penting dalam memulakan usaha memupuk semangat mulia ini. .............Dalam masa yang sama sikap dan persepsi masyarakat perlu berubah. Masyarakat hendaklah memandang semangat kejiranan ini sebagai satu perkara penting dalam kehidupan bermasyarakat. Semangat ini perlulah diutamakan dalam sebarang tindakan yang ingin dilaksanakan oleh masyarakat. Jelaslah, paradigma yang baru ini memastikan semangat kejiranan akan terus mekar dalam masyarakat kita. .............Kepentingan semangat ini sudah pasti dalam mewujudkan semangat perpaduan. Dalam masyarakat berbilang kaum yang wujud di negara ini pemupukan konsep perpaduan amat strategik. Sesuatu masyarakat sesebuah negara itu terbentuk daripada individu yang saling berjiran sebelum berkembang menjadi satu umah. Oleh itu, semangat kejiranan menjadi titik tolak pembentukan konsep perpaduan nasional. ............Kesimpulannya, semangat kejiranan memang boleh dicapai melalui beberapa kaedah yang dijelaskan tadi. Semua pihak perlulah berusaha untuk memastikan semangat ini terus diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Mungkin kita semua harus bertanya diri sendiri "siapakah jiran kita?

Soalan 3 Amalan berjimat cermat dan menabung.. .. Kerajaan telah mengambil inisiatif bagi memupuk semangat menabung dalam kalangan pengguna. Anak-anak harus dididik mempunyai tabungan sendiri di rumah iaitu menabung wang lebihan perbelanjaan sekolah mereka dan menggunakan simpanan mereka apabila ingin membeli barangan keperluan sendiri.... ....... Pengenalan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah contoh kesungguhan kerajaan untuk menyedarkan masyarakat akan pentingnya perancangan masa depan kerana kita perlu menyediakan payung sebelum hujan.... .. bank Rakyat dan sebagainya kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.... ..... Ibu bapa juga boleh membuka akaun simpanan anak-anak di bank-bank tempatan seperti Bank Simpanan Nasional . Oleh itu....Antara langkah efektif yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengalakkan rakyat Malaysia mengamalkan sikap mulia ini adalah dengan menanmkan sikap rajin menabung. Sikap boros ketika berbelanja haruslah ditangani agar tidak menyusahkan diri dan keluarga. Institusi perbankan hendaklah dimanfaatkan sebagai tempat menyimpan wang yang selamat dan hasil daripada tabungan ini dapat digunakan untuk keperluan masa depan yang lebih gemilang.......Ibu bapa juga seharusnya memupuk sikap suka menabung kepada anak-anak sejak dari kecil lagi... langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil untuk menanamkan sikap berjimat cermat dalam kalangan masyarakat.Amalan berjimat cermat merupakan sikap yang mulia dan seharusnya dipraktikkan sepenuhnya oleh masyarakat Malaysia apatah lagi dengan keadaan harga barangan yang semakin meningkat kesan daripada kenaikan harga bahan bakar di pasaran dunia.

. Ketika berbelanja. Barang-barang yang mahu dibeli perlu disenaraikan.. Perbelanjaan berhemat ini wajar dipraktikkan bagi mengelakkan sebarang pembaziran dan masyarakat hendaklah membeli barangan mengikut keperluan. .. penggunaan kad kredit juga patut dielakkan kerana akan menambah beban tanggungan hutang dan lama kelamaan pengguna akan mengalami masalah kewangan.. beringat sebelum terkena.. masyarakat hendaklah sedar akan peluang yang terbuka luas untuk melabur dan seterusnya mendapat dividen yang diagihkan pada setiap tahun. pelbagai pihak wajar memainkan peranan agar amalan berjimat cermat menjadi budaya masyarakat kita setiap masa tanpa mengira peringkat umur...Sebelum membeli barangan... amalan berjimat cermat sudah pasti akan melahirkan masyarakat yang bijak dan progresif kerana mempunyai sumber kewangan yang mencukupi dan sudah tentu untuk jaminan masa hadapan yang lebih cerah.. ...Masyarakat juga hendaklah prihatin akan peranan skim-skim saham amanah... perancangan yang teliti hendaklah dilakukan terlebih dahulu. mayarakat wajar berpegang pada peribahasaberjimat sebelum terlambat. .. Oleh yang demikian. Justeru..... Hal ini pasti akan mendatangkan kebahagiaan kepada masyarakat kerana masyarakat yang bahagia mempunyai masa depan yang terjamin.. namun bertindaklah hari ini.. Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna telah menjayakan Minggu Saham Amanah bagi memupuk kesedaran melabur dalam kalangan pengguna...Kesimpulannya.... Oleh itu. bukan mengikut nafsu. berfikirlah untuk hari esok... seperti kata tokoh Mahatma Gandhi......

. Hal ini telah mencapai satu tahap yang amat merimaskan dan membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah.. masyarakat dan lain-lain lagi.. setiap masalah yang berlaku tentu mempunyai puncanya. ibu bapa.... kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalam kalangan pelajar dan semakin serius masalahnya.Soalan 4 Kejadian Buli Dalam Kalangan Remaja Buli semakin berleluasa di sekolah kita.... mengejek. .... kerajaan.Menurut kajian.Antaranya ialah kekurangan penghayatan nilai-nilai agama yang ada pada pelajar yang sanggup melibatkan dirinya dalam kes buli.. menumbuk...... ³Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang´.Selain itu... Mereka sanggup berbuat demikian hanya untuk mendapatkan perhatian orang lain dan menunjukkan kekuatannya kepada orang lain...... kes buli yang berlaku di sekolah semakin berleluasa dan menjadi-jadi. Oleh itu. ... . Terdapat beberapa punca yang telah dikenal pasti sebagai penyumbang kepada masalah kes buli ini.. ibu bapa yang kurang memberikan belaian kasih sayang dan prihatin kapada anak juga menjadi antara puncanya kes buli ini berlaku...Apakah itu kes buli? Kes buli membawa maksud masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut. Ibu bapa yang selalu sibuk mencari duit dan bersikap materialistik telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak mereka.... Ringkasnya.. mereka semakin ketandusan nilai kemanusiaan dalam diri mereka sendiri.. Keadaan ini menyebabkan masyarakat semakin gusar. (ubah suai karangan isi agar sesuai dengan SPM) . memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya. Huraikan punca-punca dan langkahlangkah yang tercetus.. Memang tidak boleh dinafikan bahawa dewasa ini...... menghina. ....

. ...Namun begitu....Di samping itu... Pengawasan yang longgar di sekolah juga menjadi puncanya kerana telah memberi peluang kepada pelajar yang ingin menjalankan pembulian mereka terhadap pelajar lain..... ........ Jika kawan-kawannya merupakan pembuli.. ...... . Pendidikan Islam. Dengan itu....... Aktiviti seperti kuiz tentang kes buli juga boleh dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif dalam menangani masalah kes buli ini...Terdapat pelbagai langkah drastik yang boleh dijalankan untuk membendung dan membanteras kemelut ini.. ceramah atau kempen seperti kempen anti buli juga boleh diadakan secara berterusan di setiap sekolah dari semasa ke semasa bagi menyedari para pelajar agar menjauhi diri daripada gejala buli.Pihak sekolah juga boleh menggalakkan para pelajar supaya menyertai Kelab Pencegah Jenayah di sekolah dengan aktif. pihak sekolah juga perlu sentiasa memastikan bahawa pengawasan di setiap pelosok kawasan sekolah seperti di belakang bangunan sekolah dan kaki lima sekolah yang sunyi diperketat supaya tidak memberi sebarang peluang kepada mereka yang mempunyai keinginan untuk membuli mangsanya...... Pendidikan Sivik dan sebagainya.. pelajar akan menyedari bahawa perbuatan buli ini merupakan satu kesalahan dan pelajar juga didedahkan dengan pelbagai maklumat tentang kesan buruk daripada perbuatan membuli dan cara-cara mengelakkannya daripada terbabit dalam kes buli ini.Selain itu... Antaranya ialah pihak kerajaan seperti Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus menitikberatkan isu kes buli ini dalam pelajaran di sekolah dengan melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral.. pelajar tersebut juga akan terikut-ikut perbuatan kawannya supaya dapat diterima oleh ahli-ahli kumpulannya. ........... para pelajar yang masih berumur setahun jagungdan berdarah setampuk pinang ini mudah terpengaruh dengan tindakan rakan sebayanya..Bak kata pepatah µtiada penyakit yang tiada penyembuhnya¶... Hal ini kerana para pelajar akan memperoleh lebih banyak pengetahuan tentang caracara mencegah masalah kes buli sekiranya pelajar menjadi pemangsa dalam kes itu dan para pelajar juga boleh menyebarkan informasi yang diperoleh itu kepada rakan-rakan yang lain agar semua pelajar tahu akannya.

Pihak sekolah boleh berjumpa dengan pelajar yang disyaki melibatkan diri dalam kes buli dan juga ibu bapanya untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut dan mendapatkan jalan keluarnya. µketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan dirinya berjalan senget¶. para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha untuk membendung gejala ini....... ..... Para pelajar yang ternampak kes buli itu berlaku atau menjadi mangsa pembuli harus memberanikan diri untuk melaporkan kepada pihak sekolah dengan segera agar masalah itu dapat diatasi dengan secepat mungkin demi kesejahteraan sekolah. Ibu bapa haruslah menampilkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka supaya anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka kerana pada tanggapan anak mereka.... pihak sekolah yang telah menerima laporan aduan daripada pelajar juga harus berusaha mengatasi masalah itu dengan bersungguh-sungguh dan bukan sebaliknya dengan menutup kes itu dengan sesuka hati sahaja..... .. sedangkan mereka juga sering mengejek.Langkah yang lain ialah para pelajar juga harus pandai memilih kawan kerana para pelajar biasanya juga akan mudah terpengaruh dengan perbuatan kawannya...Selain itu.... . masalah kes buli akan semakin bertambah dan berleluasa lagi. Contohnya... menghina orang dan sebagainya... Bak kata pepatah µbapa borek...... Pihak sekolah harus mengenakan hukuman yang setimpal kepada pelajar tersebut agar dia tidak mengulangi perbuatan itu lagi dan juga dijadikan sebagai iktibar kepada pelajar yang lain. anak rintih¶.. Perkara ini sama juga jika kawan pelajar itu sentiasa melibatkan diri dalam kes buli di sekolah. .....Di samping itu..... maka pelajar tersebut juga akan dipengaruhi dan membaca bersamasama. jika kawannya minat membaca buku. Janganlah ibu bapa berlakuan baik di hadapan anak-anak sahaja.... perbuatan ibu bapa adalah sentiasa betul dan patut diikuti. ... Jika kes ini masih tidak dibicarakan...... ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk membendung kemelut ini....Manakala....

Hasrat negara kita yang ingin mencapai Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagai angan-angan Mat Jenin semata-matanya.. ibu bapa juga harus sentiasa mengambil perhatian tentang keadaan anak mereka semasa di sekolah dan memberikan belaian kasih sayang yang sepenuhnya kepada mereka supaya mereka tidak berasa sunyi dan diabaikan. . di samping mengejarkan kebendaan dalam kehidupan dan sibuk bekerja........ Bak kata peribahasa Melayu µpemuda harapan bangsa. Semoga berkat daya usaha yang gigih. .... kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan mengangkat martabat bangsa dipersada dunia.Natijahnya.. semua pihak haruslah sehilir semudik dan sehati sejiwa dalam usaha menangani masalah kes buli ini walaupun kita terpaksa mengharungi likuliku yang penuh dengan onak duri ini.... Oleh itu. Ibu bapa juga harus memupuk anak mereka sejak kecil lagi seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya agar sentiasa sudi meluahkan isi hati dan masalah yang dihadapi kepada mereka bagi mengatasinya bersama-sama. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara yang penting dan akan menerajui negara ini pada masa depan.. pemudi tiang negara¶... selagi masalah ini masih berleluasa.Tambahan pula..... impian negara kita yang ingin melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal sebagai khayalan sahaja..

. Kerajaan telah mengambil langkah bijak dengan menjadikan binaan lama tersebut sebagai salah satu daripada Warisan Kebangsaan. . Malaysia kaya dengan bangunan dan monumen bersejarah. Isu tersebut pernah menjadi polemik pelbagai lapisan masyarakat kita. zaman kegemilangan bandar pelabuhan Melaka pada abad ke-15 dan . Belanda dan Portugis masih dapat dilihat dan perlu dijaga dan bukanlah untuk dimusnahkan. terdapat pelbagai kepentingannya kita perlu mengekalkan bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita. . Senario ini telah menggunakan ruang yang luas sehingga memakan tanah yang berhektarhektar. Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama 52 tahun. mitos atau legenda. «««. «««. Mengapakah ada kejadian seperti ini berlaku? Adakah perlu bangunan tersebut diruntuhkan? Tepuk dada tanyalah selera. Bincangkan kepentingan memulihara dan mengekalkan bangunan bersejarah di negara kita. Monumen. Sebagai contohnya. Sebenarnya. kita dapat membuktikan bahawa sejarah Malaysia yang telah dicatat merupakan sesuatu yang realistik dan bukanlah cerita-cerita dongeng.Satu daripada kemaslahatan bangunan bersejarah perlu dikekalkan ialah bangunan bersejarah dapat dijadikan sebagai bukti yang kukuh kepada sesuatu era atau peristiwa sejarah yang telah berlaku. Banyak kilang perindustrian. kesan yang ditinggalkan oleh penjajah kolonial seperti British. pusat beli-belah dan perumahan dibina bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Antara isu yang hangat yang telah dibincangkan adalah sama ada Stadium Merdeka patut dirohohkan untuk pembangunan kerana bangunan itu tidak lagi berfungsi sebagai tapak akvtiviti sukan lagi. bangunan bersejarah amat penting untuk generasi kini dan juga generasi yang akan datang kerana dengan kewujudan bangunan bersejarah.Soalan 5 Kepentingan Memelihara dan Mengekalkan Bangunan Bersejarah di Negara Kita. mengikut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat bermaksud bangunan yang dibina untuk memperingati seseorang atau peristiwa penting.Pembangunan di negara kita semakin hari semakin maju dan pesat seiring dengan nama Malaysia yang kini berjaya menempa nama di persada antarabangsa. Di samping itu.

Perancis. kelemahan kepemimpinan dan juga kelemahan tentera pada zaman Kesultanan Melaka. bangunan bersejarah di negara kita sememangnya tidak perlu diruntuhkan kerana yang baik dijadikan teladan. Fenomena ini sudah menjadi suatu perkara biasa di beberapa buah negara Eropah seperti di England.Paul. maka kita dapat terus mara ke hadapan tanpa mengulangi kesilapan yang telah dilakukan oleh masyarakat terdahulu.Bukan itu sahaja. Negara kita jugamampu menjadi negara yang setaraf dengan negara-negara maju yang lain bagai berdiri sama tinggi duduk sama rendah sekiranya kita tidak mengambil mudah dan mengambil iktibar daripada sejarah negara.George di Georgetown. Kota A Famosa di Melaka yang merupakan sebuah kubu pertahanan yang kukuh telah dibina oleh Portugis setelah mereka berjaya menakluki Melaka dapat dijadikan iktibar. Oleh itu. Penaklukan ini terjadi kerana terdapatnya masalah perpaduan. Sebagai contohnya. . Pulau Pinang dapat mengimbas kembali detik-detik sejarah negara yang pernah suatu masa dahulu dijajah dan juga dapat membuktikan bahawa berlakunya penjajahan awal pemerintahan British di Semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-18. Kota Cornwallis. Sebagai contohnya. usaha meruntuhkan bangunan bersejarah dan monuman negara tidak wajar dilaksanakan. bangunan bersejarah dan monumen dapat menarik pelancong baik pelancong domestik mahupun pelancong dari luar negara untuk melawat ke negara kita. dan . galeri seni lukis dan pusat pelancongan. Itali. Bangunan ini juga menjadi salah satu faktor dominan pelancong bercuti di negara kita selain menyaksikan pemandangan alam yang indah.abad ke-16 dapat dirasai dengan wujudnya Pintu Gerbang Porta de Santiago. namun jika kita menghayati sejarah di sebalik bangunan tersebut semula serta mengambil pengajaran daripada peristiwa yang telah berlaku. «««. Oleh itu. bangunan bersejarah tidak perlu diruntuhkan sebaliknya dipulihara dan diubah suai. . Walaupun ada antara bangunan bersejarah yang hanya menggambarkan sejarah hitam negara. bangunan lama hendaklah diubah suai untuk dijadikan muzium. Selain itu. «««. Gereja St. Masjid Kling. Bangunan Stadhuys dan Gereja St. dari sudut pelancongan pula.Pendapat sesetengah pihak yang mengatakan bahawa bangunan bersejarah perlu diruntuhkan adalah tidak berasas kerana bangunan bersejarah dan monumen lama dapat memberikan teladan dan iktibar kepada masyarakat terutamanya remaja kini yang mempunyai semangat patriotisme yang semakin menipis. yang buruk dijadikan sempadan. Tegasnya. Gereja Christ.

. «««. generasi baharu akan lebih menghargai dan peka akan perkembangan sejarah negara. Pancutan air Horse dibina sebagai memperingati seorang inspektor polis negeri Selangor. bangunan bersejarah dan monumen sememangnya mempunyai nilai yang tersendiri. Bangunan Kelab Di Raja Selangor dan Dataran Merdeka telah dibina bagi kemudahan sosial dan rekreasi khasnya kepada rakyat British dan Eropah yang berkhidmat di Tanah Melayu pada akhir abad ke-19. dan Cambridge di England telah berjaya melindungi sebahagian besar daripada bangunan bersejarah mereka dengan baik. yakni ³tak kenal maka tak cinta´.Di samping itu. bangunan dan monumen lama juga memainkan peranan yang penting dalam pendidikan di negara kita khususnya para pelajar dan penyelidik. Usaha seperti ini dapat menarik lebih ramai pelancong dari seluruh dunia dan dapat menjadi sumber pendapatan negara. bangunan dan monumen ini secara tidak langsung dapat membantu industri pelancongan negara. Pemuliharaan dan penghayatan kemaslahatan bangunan bersejarah persis peribahasa. pelancong juga dapat melawat bangunan bersejarah dan melihat monumen-monumen yang terdapat di sekitar bangunan selain menikmati keindahan alam semula jadi negara kita dan artifak-artifak di dalam muzium dan galeri seni lukis bagai menyelam sambil minum air. Oleh itu. bangunan bersejarah amat penting dalam pembentukan minda generasi muda negara terutamanya ke arah penghayatan warisan dan khazanah negara. seseorang dapat mengetahui bukan sahaja kepentingan Kuala Lumpur dalam era kolonial British tetapi juga kehidupan dan kebudayaan masyarakat penjajah dan tempatan pada ketika itu. Hal ini akan membentuk sebuah masyarakat yang sensitif terhadap sebarang perobohan atau pemusnahan bangunan bersejarah. . dengan terdapatnya bangunan dan pancutan air Horse di sekitar Dataran Merdeka dan Masjid Jamek di pertemuan Sungai Gombak dan Klang di Kuala Lumpur. Oleh itu. Dengan terdapatnya bangunan bersejarah. Pelbagai ilmu yang dapat dipelajari dengan memahami dan mengkaji bangunan dan monumen lama. Bandar-bandar bersejarah seperti York. Begitu juga halnya dengan kepentingan pancutan air Horse yang telah dibina di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Raja Laut pada tahun 1897. Sesungguhnya. Bath. Di samping itu. Oxford.Belanda. Sebagai contohnya. «««.Secara tuntas. pihak kerajaan pula perlulah mewartakan bangunan . Bangunan dan monumen yang bersejarah merupakan aset yang patut dipelihara dan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. iaitu Encik Steve Harper.

.. kerajaan telah membina kemudahan lebuh raya baru ke Cameron Highland agar pusat pelancongan ini mudah dikunjungi pelancong. mereka perlulah dikenakan tindakan undangundang..Antara usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan ialah menambah kemudahan pengangutan dan perhubungan ke destinasidestinasi yang menarik di negara kita...bersejarah sebagai bangunan yang perlu dikekalkan dan dilestarikan. Desaru dan sebagainya. Dengan cara ini. Oleh hal yang demikian..Tahun 2007 telah diumumkan sebagai Tahun Melawat Malaysia oleh kerajaan memandangkan industri pelancongan berpotensi untuk dimajukan di negara kita. Sebagai contohnya. Kemudahan pengangkutan ini dapat memberi peluang yang lebih banyak kepada pelancong untuk pergi ke destinasi yang mereka sukai.. mana-mana pihak yang merobohkan atau memusnahkan bangunan bersejarah.... Banyak tempat menarik yang terdapat di negara kita boleh dikunjungi oleh pelancong-pelancong asing dan tempatan seperti di Cameron Highland. Huraikan usaha-usaha yang mampu dilakukan untuk meningkatkan industri pelancongan negara. bak kata pepatah ³tak lapuk dek hujan.... Jadual penerbangan ke Malaysia juga perlu ditambah terutama dengan mengadakan promosi tambang murah kepada pelancong asing yang ingin melawat ke Malaysia. .. bandar raya Melaka.. Sektor pelancongan juga perlu dimantapkan kerana sektor ini mampu memantapkan ekonomi negara kita.... . Soalan 6 Usaha Menggalakkan Kemajuan Pelancongan Negara Industri pelancongan membawa sumber pendapatan negara.. . .. Genting Highland.. Oleh itu pelbagai usaha boleh dilaksanakan untuk memajukan industri pelancongan tersebut sama ada oleh pihak kerajaan sendiri mahupun agensi yang berkaitan. para pelancong akan berasa selesa apabila berkunjung ke Malaysia. tak lekang dek panas´..

.. Sebagai contohnya. .... usaha untuk meningkatkan jumlah tempat-tempat penginapan seperti hotel dan chalet perlu ditingkatkan..... sekiranya usaha seperti ini dilaksanakan secara berterusan.. kemudahan seperti bank.... jumlah pelancong asing yang akan kembali semula ke Malaysia akan bertambah di samping menggalakkan kedatangan pelancong baru.. Kawasan pelancongan mestilah sentiasa bersih dan diselenggarakan dengan baik. promosi yang giat dapat memastikan semua maklumat pelancongan disebarkan secara berkesan bagi menarik kunjungan pelancong.. Langkahlangkah seperti ini mampu menjadi daya tarikan pelancong untuk terus menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang diminati. kementerian Pelancongan telah mengadakan promosi kebudayaan bagi menarik pelancong dari Asia Barat seperti di Dubai dan Arab Saudi.. insuran serta pusat membeli belah perlu dibina di kawasan pelancongan. Begitu juga halnya dengan kemudahan prasarana bagi membolehkan pelancong membeli-belah dengan selesa...petugas di kawasan pelancongan perlu ditambah bagi memastikan kebersihan sentiasa terkawal.. usaha yang dijalankan oleh Hotel Seri Malaysia memperkenalkan pakej penginapan murah berserta makanan tradisional tempatan telah berjaya meningkatkan jumlah pelancong menginap di hotel tersebut.. Usaha ini boleh dilaksanakan dengan memperbanyakan pembinaan hotel lima bintang yang mengenakan kadar bayaran berpatutan diiringi dengan bilik yang selesa untuk menarik minat pelancong....Justeru. .... Sebagai contohnya...Salah satu aspek penting yang ditekankan oleh pelancong terutama pelancong asing ialah aspek kebersihan dan kemudahan prasarana. Penggunaan internet dapat memastikan semua pelancong memperoleh maklumat berguna mengenai destinasi pelancongan menarik dan aktiviti pelancongan di Malaysia... Promosi tentang destinasi pelancongan yang menarik. Petugas..Pada masa yang sama..Selain itu... kebudayaan dan karnival jualan boleh di laksanakan dengan giat sama ada di dalam mahupun di luar negara. Usaha mempromosikan negara ini juga boleh dijalankan melalui penggunaan teknologi maklumat seperti internet bagi menyebarkan maklumat tentang pelancongan di negara ini. kerajaan juga perlu mengadakan lebih banyak promosi untuk menjelaskan aktiviti pelancongan yang diadakan di negara kita. Jelasnya. Sebagai contohnya..

. pemandu teksi yang dianggap ³duta pelancongan negara´ haruslah bersikap ramah.Selain usaha tersebut. Hal ini sesuai dengan pepatah Melayu.... agensi-agensi pelancongan perlu bersikap lebih kreatif bagi menerokai bidang pelancongan baru. manakan dapat sagunya´.. .. Rakyat perlulah menunjukkan nilai sopan santun dan lembut bahasa kerana ³bahasa menunjukkan bangsa´.. Pada masa yang sama. mesra dan menjauhi amalan ingin mengambil kesempatan atas kehadiran pelancong asing bagi mengaut keuntungan mudah.. rakyat negara ini harus mengubah sikap mereka dengan melayan pelancong tempatan atau asing ini dengan lebih baik agar kunjungan mereka ke Malaysia sentiasa memberi kenangan manis di sepanjang hidup mereka... pelancongan perubatan dan sebagainya....... jika usaha yang dilakukan amat kurang dan terbatas.Memandangkan persaingan dalam industri pelancongan semakin sengit.... .. . ³tak kenal maka tak cinta´. Umpamanya. bagaimanakah hasrat untuk melihat sektor pelancongan di negara kita merentasi benua dan dunia menjadi nyata? Segala tindakan yang dirancang dan direncana memerlukan bantuan dan kerjasama daripada semua pihak... Jadi. Jika pelancongan versi baru ini tidak dicuba di negara kita. ...Tuntasnya.. pelancongan alam sekitar. mampu menarik jumlah pelancong berkunjung ke Malaysia. ³jika tidak dipecahkan ruyung. usaha menarik pelancong ini turut dipikul oleh rakyat negara ini. Keramahan rakyat negara ini harus dibuktikan melalui sikap ikhlas melayan tetamu kita itu.... .. Konsep pelancongan perlu diperluaskan dengan memperkenalkan pelbagai jenis pelancongan seperti ³ekopelancongan´... Semoga melalui keprihatianan dan rasa bertanggungjawab dan cinta akan negara. kita tidak akan mengetahui potensi yang dapat diperoleh daripada industri pelancongan tersebut. pelancongan pendidikan... sikap ramah dan suka membantu pelancong harus diutamakan oleh rakyat Malaysia. pelbagai aktiviti sukan seperti Le Tour De Langkawi serta persidangan antarabangsa seperti Persidangan APEC yang diadakan di Kuala Lumpur. nama Malaysia akan menjadi sebutan dan tumpuan utama seluruh penduduk dunia untuk berkunjung sambil merehatkan minda mereka..

. Thailand dan Indonesia malah turut menjadi tumpuan pelancong asing dari Asia Barat. Di kawasan hutan semula jadi ini pelancong dapat menjalankan aktiviti riadah sambil menikmati keindahannya mahupun menjalankan kajian tentang flora dan fauna yang terdapat di situ. Malaysia juga mempunyai hutan semula jadi iaitu hutan hujan Khatulistiwa yang berusia lebih dua juta tahun.... jumlah pelancong yang direkodkan semakin bertambah bukan sahaja pelancong dari negara jiran seperti Singapura.. Industri pelancongan ini juga mempunyai potensi besar dan mampu dijadikan sumber ekonomi baharu yang menguntungkan.. Tempat menarik tersebut lazimnya menjadi tumpuan pelancong asing yang berkunjung ke negara kita.Antara faktor tersebut adalah kerana Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati. Justeru. Bincangkan faktor-faktor yang merangsang perkembangan industri pelancongan tersebut. Sebenarnya terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan Malaysia menjadi tumpuan pelancong. .. Saban tahun... Eropah dan Amerika Syarikat.. Sebagai contohnya.. Sektor pelancongan merupakan salah satu industri perkhidmatan terpenting di negara kita... . Justeru.Soalan 7 Faktor Menggalakkan Pelancongan di Malaysia...... . Di kawasan ini. banyak syarikat besar yang tumbuh ³bak cendawan selepas hujan´ mahupun agensi kerajaan yang giat melaksanakan usaha bagi menarik pelancong berkunjung ke Malaysia.. para pelancong dapat menikmati keindahan alam semula jadi yang unik di samping melihat pelbagai tanaman hawa sederhana iaitu sayur-sayuran serta buah-buahan tropika.Malaysia merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di dunia... kewujudan kawasan reakrasi seperti ini dapat menarik pelancong dari dalam dan dari luar negara. Malaysia memiliki kawasan rekreasi di tanah tinggi yang mempunyai suhu sejuk seperti Cameron Highlands dan Genting Highlands..

.. idali dan lain-lain.... bersih dan berpasir putih.. ketupat dan rendang manakala kaum India pula terkenal dengan masakan kari..Selain itu.. Pulau Kapas dan Pulau Tioman... Malaysia juga kaya dengan pelbagai makanan tradisional yang dapat dinikmati oleh para pelancong. keistimewaan tersebut berjaya menambat hati para pelancong untuk terus berkunjung ke negara kita. perkembangan industri pelancongan di negara kita juga turut disebabkan oleh kewujudan banyak pulau yang indah dan menarik...... kerajaan telah mewartakan kawasan itu sebagai Taman Laut. Selain itu. Jadi.. kemajuan industri pelancongan tanah air dibantu oleh wujudnya keunikan budaya di negara kita. Di kawasan pantai ini juga disediakan pelbagai aktiviti untuk para pelancong seperti berkayak.. Di antara pulau yang menjadi tumpuan para pelancong di negara kita termasuklah Pulau redang. Masyarakat Melayu misalnya terkenal dengan makanan seperti Sate... Oleh itu. Ramai pelancong barat yang mengambil kesempatan bercuti di Malaysia untuk berjemur di bawah sinaran matahari terik terutamanya di kawasan pantai yang terdapat di Malaysia.. berperahu layar mahupun mandi-manda. Bagi memastikan pelancong dapat menikmati keindahan semula jadi di kawasan pulau tersebut.Pada masa yang sama. Gabungan budaya masyarakat Melayu... Kaum Melayu umpamanya terkenal dengan tarian inang dan zapin manakala kaum Cina pula terkenal dengan tarian naga... Kemudahan prasarana di kawasan ini dijaga dengan rapi bagi memastikan kawasan ini sentiasa bersih dan selesa untuk kunjungan para pelancong. Malaysia dapat menarik lebih ramai pelancong yang sekaligus dapat menjana kemajuan industri pelancongan negara.. Hal ini disebabkan juga oleh keadaan pantai yang terdapat di Malaysia amat cantik. tosei.. Corak iklim seperti ini amat digemari oleh pelancong asing khususnya pelancong dari negara-negara barat seperti negara Eropah dan Amerika Syarikat..Di samping itu. Cina dan India telah berjaya meningkatkan kunjungan pelancong asing ke Malaysia.. dengan adanya keistimewaan tersebut. ... Para pelancong juga akan dapat merasai ³syurga dunia´ dengan melakukan aktiviti skuba di kawasan batu karang yang terletak di Pulau Kapas sehingga diakui sebagai satu daripada tujuh keajaiban dunia.. perkembangan industri pelancongan di negara kita juga disebabkan oleh keadaan iklim semula jadinya yang panas sepanjang tahun.. Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang memiliki masyarakat majmuk maka pelbagai budaya menarik terdapat di sini... ...

..... pelancongan perubatan. nama Malaysia akan menjadi sebutan dan tumpuan utama seluruh penduduk dunia untuk berkunjung sambil merehatkan minda mereka. Justeru. pelancongan pendidikan dan lain-lain.. . peranan kerajaan dan agensi pelancongan berserta dengan kerjasama daripada semua masyarakat adalah amat diperlukan. sukan Le Tour De Langkawi dan sebagainya. Pesta Makanan Tradisional Malaysia..... Tumpuan promosi bukan sahaja terhad ke negara-negara Eropah atau Amerika Syarikat malah meliputi semua negara di dunia termasuk di Asia Barat dan di Asia Timur.... Pada masa yang sama. manakan dapat sagunya´. Sebagai contohnya. sektor pelancongan merupakan sektor baru yang berpotensi untuk menyumbang pada ekonomi negara.. .... Industri ini masih perlu diterokai kerana ³kalau tidak dipecahkan ruyung. Kementeria Pelancongan telah mengadakan pelbagai pertunjukan kebudayaan dan destinasi pelancongan Malaysia ke beberapa buah negara sebagai usaha mempromosikan Malaysia kepada pelancong asing.. .. Malaysia juga turut memperkenalkan konsep pelancongan baru seperti ³ekopelancongan´.Intihanya.. ³agrotourism´. Semoga melalui keprihatianan dan rasa bertanggungjawab dan cinta akan negara..Justeru keunikan budaya masyarakat di Malaysia telah berjaya menjadi daya tarikan kepada para pelancong untuk berkunjung ke negara kita. kerajaan juga turut mengadakan pelbagai aktiviti tahunan bagi menarik lebih ramai pelancong seperti mengadakan Pesta Flora Kuala Lumpur... Dengan usaha yang berterusan ini maka sektor pelancongan di Malaysia semakin berkembang maju.Peranan pihak kerajaan dan agensi kerajaan yang berkaitan dengan pelancongan juga turut memajukan sektor pelancongan di Malaysia..

. Namun begitu... Masyarakat menganggap sistem pengangkutan awam terutamanya bas awam tidak boleh diharap dari segi ketepatan waktu operasinya. kemelut pengangkutan awam ini turut dikaitkan dengan amalan pengurusannya yang tidak cekap.. . kemelut utama ini harus diselesaikan oleh kerajaan jika mereka mahu melihat rakyat negara ini berduyun-duyun menggunakan pengangkutan awam tersebut.Selain itu. masih banyak kelemahan yang kerap menjadi sungutan orang ramai.. Kadaan ini menyebabkan jumlah pengguna pengangkutan awam terutama LRT agak kurang dan tidak menyeluruh.. pengangkutan awam menjadi pilihan orang ramai untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain. ... .. Kelewatan bas kerap berlaku dan tidak mengikut jadual perjalanan yang ditetapkan. Rangkaian pengangkutan awam di negara kita adalah seperti pengangkutan bas awam.Dalam sistem perhubungan...... Kadar tambang terutamanya bagi penumpang teksi dan LRT adalah dianggap mahal terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah serta menghalang mereka daripada menggunakan sistem pengangkutan itu dengan lebih kerap... . pelbagai kemelut yang melanda sistem pengangkutan awam negara kita harus difahami untuk menangani masalah yang sudah berlanjutan sekian lama.. Hal ini menyebabkan . Memang sudah banyak usaha yang dilakukan untuk menyatukan semua perkhidmatan ini tetapi kejayaannya masih jauh lagi.Soalan 8 Masalah Pengangkutan Awam Di Negara Kita Pengangkutan awam merupakan salah satu pengangkutan yang amat penting di negara kita. ... Sistem Transit Tren Ringan (LRT).. Terangkan kemelut yang melanda sistem pengangkutan awam di negara ini. Oleh itu. Jadi.. teksi.. Sistem pengangkutan ini turut menjadi pilihan golongan marhaen khususnya bagi mereka daripada golongan masyarakat pertengahan dan yang kurang berkemampuan... monorel dan sebagainya.... .Sudah pasti dilema utama yang dihadapi oleh masyarakat terhadap sistem pengangkutan awam kita ialah kos atau tambangnya yang agak mahal.. . Kebanyakan daripada mereka hanya menggunakan pengangkutan awam hanya apabila terdesak atau hanya untuk ke pejabat sahaja.

Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan. Masalah penjagaan bas awam...... . contohnya di antara stesen monorel dengan stesen LRT atau di antara stesen bas dengan tesen monorel. Sikap tidak prihatin mereka ini telah memberi satu imej negatif kepada semua pekerja yang bekerja dalam sistem pengangkutan awam negara kerana seekor kerbau membawa lumpur... pengangkutan awam turut turut terjejas akibat tindakan segelintir pekerja mereka seperti pemandu teksi dan pemandu bas yang tidak sopan ketika memandu. Ada di antara mereka yang masih mengamalkan sikap ingin menjadi sang juara di jalan raya.. Hal ini bukan sahaja membahayakan penumpang kenderaan tersebut malah pada masa yang sama turut membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Hal ini menyebabkan penjalanan penumpang terganggu kerana terpaksa beratur untuk membeli tiket sebelum menaiki pengangkutan awam yang lain pula.Malah. semuanya terpalit... masyarakat bukan sahaja kecewa melihat kegagalan pengangkutan awam mematuhi jadual perjalanan malah pada masa yang sama kegagalan untuk menjaga kualiti perkhidmatan pengangkutan awam turut dirasai. satu sistem tiket yang bersepadu harus diadakan oleh kerajaan sebelum kemelut ini menjadi semakin rumit untuk diselesaikan.... sudah pasti keadaan ini dianggap merumitkan kehidupan masyarakat. Justeru. semua pekerja pengangkutan awam harus diberi satu kursus untuk memastikan mereka lebih mesra pelanggan dan .. Sering kali masyarakat mengadu kerakusan pemandu pengangkutan awam di jalan raya yang dibuktikan oleh meningkatkan kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam ini. Maka. . LRT dan teksi turut dikatakan termasuk dalam kategori yang mengecewakan kerana penyelenggaraannya yang tidak menyeluruh..Kita juga sering terdengar rungutan orang awam yang mengatakan bahawa tumpuan perkhidmatan awam di negara kita tidak menyeluruh.. Oleh itu. Kalau anda sering menggunakan pengangkutan awam sudah pasti anda akan menghadapi masalah untuk menukar sistem pengangkutan. . Hal ini bertambah rumit kerana masalah kekurangan pengangkutan tambahan atau ³fider bus´ di kawasan itu. Kemudahan stesen LRT umpamanya hanya terletak di kawasan tertentu yang kadang-kala menyukarkan orang ramai tiba ke pejabat.masyarakat sukar untuk merancang dan menjangka tempoh perjalanan yang bakal mereka hadapi. .... Masalah kelewatan sampai ke tempat kerja menjadi isu utama akibat kegagalan pihak pengurusan mengatasi masalah tersebut.

Kesungguhan pihak kerajaan untuk mengambil langkah awal dalam menangani masalah ini amat ditagih dan pihak berwajib tidak harus bertindak hanya apabila isu itu menjadi tatapan masyarakat dalam media massa negara. ada sebahagian kenderaan tersebut turut di saman oleh pihak polis biarpun masalah ini timbul akibat kelemahan pengurusan terbabit. . Sekiranya perkara tersebut masih terus didiamkan tanpa sebarang tindakan.Kesimpulannya. Mungkin sudah sampai masanya kerajaan bertindak tegas dalam kemelut ini dan bukan bersikap ³sudah terhantuk baru terngadah´. Jelasnya. Hal ini bukan sahaja menyebabkan berlakunya kesesakan malah kadang-kala boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. Lebih malang pula..bukannya dibenci oleh pelanggan serta masyarakat awam yang lain. rungutan pengguna pengangkutan awam tersebut perlu ditangani dengan baik agar pengangkutan awam di negara kita tidak menjadi ³indah khabar dari rupa´. . . Kelemahan ini bukan sahaja menyukarkan orang ramai meletakkan kenderaan mereka malah menghalang orang ramai untuk menaiki kemudahan awam tersebut.... kita bimbang hasrat kerajaan untuk menjadikan pengangkutan awam sebagai salah satu pengangkutan utama di negara kita akan terkubur..... masalah pengangkutan awam di negara kita amat perlu diambil berat oleh pihak yang terbabit.Banyak juga aduan yang sering kita baca di dada-dada akhbar mengenai rungutan orang awam tentang kekurangan tempat letak kereta di stesen LRT dan komuter...... kekurangan tempat untuk meletakkan kenderaan menyebabkan orang ramai meletakkan kenderaan mereka sesuka hati atau di tepi-tepi jalan.... Di beberapa buah stesen komuter dan LRT di ibu kota Kuala Lumpur umpamanya. . .. Hal ini berlaku kerana kurangnya perancangan yang teliti sebelum projek tersebut dilaksanakan..

Jelaskan langkah-langkah untuk menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam . Jikalau bukan kita sebagai warganegara Malaysia yang menyokong pengangkutan awam... kerajaan juga harus mengambil contoh pelaksanaannya di negara barat seperti di Melbourne. . komuter dan monorel. langkahlangkah yang proaktif dan drastik hendaklah diimplementasi untuk menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam. Pertubuhan tersebut dapat mempercepat proses perlaksanaan sistem tiket bersepadu yang masih dalam peringkat kajian.... Kerajaan juga telah mengadakan pelbagai langkah untuk menggalakkan orang ramai supaya menggunakan pengangkutan awam bagi mengatasi masalah kesesakan khususnya di kawasan bandar. kerajaan haruslah melaksanakan sistem tiket bersepadu dengan harga yang mampu dibeli oleh orang ramai khususnya mereka yang berpendapatan rendah supaya dapat menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam.Menurut satu kajian yang dibuat dalam kalangan rakyat... musim bertukar´. Sistem Transit Tren Ringan (LRT).. teksi. .. Rangkaian pengangkutan awam di negara kita boleh dikategorikan sebagai pengangkutan bas... Kereta api. Di Melborune penumpang hanya perlu membeli satu tiket pada . Oleh itu.. Untuk menyesuaikan diri di mata dunia dan memenuhi kehendak rakyat... Pengangkutan awam di negara kita sedang berkembang maju.Soalan 9 Langkah Untuk Menggalakkan Orang Ramai Menaiki Pengangkutan Awam di Negara Kita.... Selain itu. siapakah lagi yang mesti menyokongnya? Lantaran itu.³Zaman beralih. Malaysia telah menjejakkan kaki ke satu ambang yang rancak sekali. Malaysia telah mengalami pelbagai anjakan paradigma. Kerajaan telah berusaha menyediakan prasarana yang mencukupi untuk memastikan sistem pengangkutan awam berjalan lancar. selepas tamat penjajahan asing selama 446 tahun yang telah lama menghantui rakyat.. Kerajaan haruslah menubuhkan sebuah Lembaga Pengangkutan Awam (PTA) untuk menguruskan pengangkutan awam di negara kita. . Australia. banyak pihak mengatakan bahawa kepelbagaian sistem tiket untuk menggunakan rangkaian perkhidmatan awam yang berlainan telah mengurangkan minat mereka untuk bergerak dari tempat asal ke destinasi lain dengan penukaran rangkaian perkhidmatan awam.

..Pada masa yang sama... Hal ini kerana langkah ini dapat menghiburkan rakyat dalam perjalanan mereka...... kelemahan perkhidmatan dan kelewatan jadual perjalanan pengangkutan awam akan merumitkan kehidupan masyarakat dan menyebabkan mereka kurang berkeyakinan terhadap pengakutan awam di negara kita. Para penumpang berpeluang untuk menonton pelbagai siaran televisyen ketika berada dalam perjalanan mereka dan menjadikan perjalanan lebih menarik. langkah kerajaan menggalakkan pemasangan televisyen di dalam bas ekspres mendapat banyak komen yang baik daripada orang ramai. Perkara ini haruslah diperluaskan dalam pengangkutan awam yang lain seperti Komuter dan LRT untuk menarik lebih banyak penumpang menaiki pengangkutan awam. Lantaran itu. . . Kekerapan pengangkutan awam adalah salah satu unsur untuk menarik perhatian penumpang terutamanya mereka yang memandu kereta atau menunggang motosikal.. penumpang tidak akan membazirkan masa untuk menunggu ketibaan pengangkutan awam tersebut. .. Selain menghiburkan para penumpang ketika dalam .. Bilangan kereta api atau bas awam haruslah dipertingkatkan jumlahnya bagi memenuhi kehendak rakyat serta mengatasi masalah kekurangan pengangkutan awam di sesetengah kawasan yang menjadi rungutan orang ramai. kekerapan KTM di negara kita pasti dapat ditingkatkan. Jadi jikalau sistem tiket bersepadu ini dapat direalisasikan.. Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan. Dengan menggunakan lokomotif berkuasa elektrik.. Selain itu.kos yang rendah untuk menaiki kereta api atau menaiki bas.. KTM (Kereta Api Tanah Melayu) haruslah mencontohi perkhidmatan kereta api di negara Jepun yang telah menggunakan kuasa elektrik seprti shinkansen (bullet train) sehingga mencapai kelajuan melebihi 200 kilometer sejam. Dengan kekerapan perjalanan pengangkutan awam yang tinggi.. . jumlah penumpang pastilah dapat mencapai sasaran yang telah diramalkan oleh pengendali pengangkutan awam. Hal ini bertepatan dengan peribahasa ³serampang dua mata´.Langkah seterusnya yang dapat menarik perhatian rakyat untuk menaiki pengangkutan awam ialah meningkatkan kuantiti dan kualiti pengangkutan awam. cara ini haruslah dilaksanakan untuk mendapatkan semula keyakinan rakyat terhadap sistem perkhidmatan pengangkutan awam... Hal ini dapat mengurangkan masa perjalanan orang ramai secara keseluruhannya. Pendekataan ini bukan sahaja dapat menjimatkan wang golongan yang kurang berupaya tetapi juga dapat memudahkan rakyat untuk mengatur pejalanan laluan harian mereka.

pemasangan alat ini dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya khususnya bas yang sering diperkatakan oleh orang ramai... siaran televisyen juga mampu menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat dengan menyiarkan rancangan cinta akan negara. sistem perakam perlu dipasang di semua kenderaan awam di negara kita. Tindakan kerajaan menyenaraihitamkan pemandu yang kurang berdisiplin akan dapat mengatasi masalah pekerja pengangkutan awam yang tidak bersopan sekali gus melenyapkan pekerja yang tidak berkualiti. Hal ini sentiasa menjadi rungutan . Kerajaan juga perlu lebih kerap mengadakan pemeriksaan bagi memastikan pemandu pengangkutan benar-benar mereka yang berkelayakan atau bebas daripada sebarang penyalahgunaan dadah.. Pemeriksaan oleh pihak berwajib seperti Jabatan Pengangkutan Jalan atau pihak polis juga perlu menyeluruh bukan sahaja kepada kakitangan pengangkutan awam tetapi perlu juga melihat pada keadaan dan keselamatan pengangkutan awam yang digunakan bagi memastikan keselamatan pengguna pengangkutan tersebut terjamin.. keyakinan orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam di negara kita akan meningkat. ...perjalanan... tempat meletakkan kenderaan perlu ditambah bagi mengelakkan orang ramai meletak kenderaan mereka di tepi-tepi jalan atau di tempat lain yang tidak sesuai. Pemasangan alat perakam ini dapat merakamkan bukan sahaja perkara yang berlaku di sepanjang perjalanan malah dapat merakamkan kelajuan pengangkutan awam tersebut..Bagi mengatasi masalah pekerja pengangkutan awam yang kurang berdisiplin. Di kawasan stesen komuter atau LRT umpamanya.... .. Kemudahan seperti alat pendingin udara juga perlu dipertingkatkan bagi menjadikan penumpang berasa lebih selesa apabila menaiki pengangkutan tersebut. langkah memasang televisyen memang dapat menarik perhatian para penumpang untuk menaiki pengangkutan awam.... Kemudahankemudahan sampingan seperti ini pasti akan dapat meningkatkan bilangan penumpang pengangkutan awam kerana orang ramai boleh mendapatkan perkhidmatan yang berkualiti dengan banyaran yang minimum.. Pada masa yang sama.Pihak pengurusan atau pengendali pengangkutan awam juga perlulah lebih peka untuk menyediakan kemudahan hiliran bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan ini. Manisfestasinya. Dengan cara itu. . Hal ini akan dapat mengurangkan masalah kenderaan awam seperti bas yang dipandu terlalu laju sehingga melebihi had yang dibenarkan.. rancangan yang mengimbas kembali detik-detik bersejarah di negara kita dan sebagainya. .

tetapi mereka tetap akan menggunakan perkhidmatan awam sebagai pengangkutan utama mereka jika konsep kebaikan menggunakan pengangkutan awam tertanam dalam jiwa mereka.. mengurangkan pencemaran udara. Melalui pendidikan... Biarpun langkah ini memerlukan biaya yang agak tinggi namun kesannya pada sistem perhubungan di negara kita adalah amat besar. Begitu juga halnya dengan pengangkutan tambahan atau ³bas fider´ yang dikatakan menjadi masalah kepada pengguna komuter dan LRT. Pihak sekolah dicadangkan supaya memberi penerangan tentang kebaikan-kebaikan menggunakan perkhidmatan awam dan keselamatan menggunakan pengangkutan awam supaya dapat menanam konsep yang mendalam kepada fikiran pelajar agar menaiki perkhidmatan awam. .orang ramai kerana bukan sahaja boleh mengakibatkan kesesakan malah pada masa yang sama turut menjadi punca berlakunya kemalangan jalan raya... pengangkutan awam banyak membawa kemaslahatan kepada masyarakat di negara kita seperti dapat mengurangkan kesesakan dan kemalangan.. Walaupun mereka memiliki kendera sendiri... Jarak atau lokasi pengangkutan awam seperti komuter dan LRT juga perlu ditambah dari semasa ke semasa agar lingkungan pengguna yang dapat menaiki kemudahan awam tersebut turut meningkat.. Oleh itu langkah-langkah menyediakan kemudahan tambahan bagi meningkatkan kualiti pengangkutan awam tersebut perlu dilaksanakan agar pengangkutan awam di negara kita tidak dianggap ³indah khabar dari rupa´..Kesimpulannya. Kekurangan pengangkutan bas tambahan ini telah menyukarkan pengguna pengangkutan tersebut jika kawasan stesen tersebut jauh dari pejabat. Usaha ini bukan sahaja perlu ditumpukan kepada para pelajar.. kita dapat melahirkan golongan yang bergantung pada perkhidmatan awam seperti kereta api dan bas sebagai pengangkutan utama mereka. . Justeru adalah penting sekiranya bas-bas tambahan ditambah bilangannya bagi memudahkan dan mempercepat perjalanan seseorang dari rumah ke destinasi yang dituju. .. .. menjimatkankan masa malah mengurangkan kos kehidupan kita ..Hal ini dapat meningkatkan bilangan penumpang untuk menaiki pengangkutan awam. pendidikan sejak kecil juga merupakan salah satu langkah untuk menggalakkan rakyat tempatan menaiki pengangkutan awam...Seperti kata peribahasa Melayu yang berbunyi ³melentur buluh biarlah dari rebungnya´... tetapi harus juga diperluas kepada mereka yang dewasa untuk mengubah imej dalam hati mereka apabila menaiki pengangkutan awam.

Malahan sesetengah taman perumahan dimasuki pencuri setiap mal am buat satu tempoh yang panjang. Malangnya. Masalah utama ialah kesulitan yang dihadapi oleh kerajaan untuk membanteras kemasukan pendatang asing tanpa izin ini. Hal ini menyebabkan . mereka terns melakukan jenayah di Bini. dan Jabatan Imigresen terpaksa bekerja keras untuk memberkas mereka. Kedutaan asing pula kurang bekerjasama.sehari-hari. Soalan 10 KESAN KEMASUKAN PEKERJA ASING Ekonomi Malaysia kebelakangan ini berkembang dengan pesat. Kedutaan asing enggan mengeluarkan dokumen perjalanan sementara kepada rakyatnya supaya mereka dapat dihantar balik. dan masa kerajaan terbazir dalam usaha mencegah kemasukan pendatang tanpa izin. Keselamatan sosial kita juga terancam. kita perlulah menyahut seruan kerajaan agar menggunakan pengangkutan awam sebagai kaedah untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain. Mereka melarikan diri ke Malaysia supaya terlepas daripada serbuan pihak berkuasa negara asal mereka. Mereka ditahan dan ditempatkan di kern tahanan sementara. Kes-kes rompakan. Ada antara pendatang asing tanpa izin ini merupakan penjenayah yang dikehendaki oleh pihak berkuasa di negara asal mereka. Namun kemasukan pendatang asing tanpa izin yang banyak telah menimbulkan pelbagai masalah. Pihak polis. wang. dan rogol sering berlaku. Projek pembangunan raksasa berjalan dengan lancar. Hal ini menyebabkan banyak tenaga. Malaysia kini menjadi tumpuan pendatang asing yang ingin mencari rezeki lumayan. Jadi. . sebagai pengguna jalan raya yang bijak. Oleh itu. Mangsa akan menanggung trauma sepanjang masa. wujudlah peluang pekerjaan yang meluas dan timbul masalah kekurangan tenaga kerja. Kita juga berharap agar dengan langkah-langkah yang telah dan sedang dilaksanakan ini maka pengangkutan awam di negara kita akan menjadi lebih maju setanding dengan pengangkutan awam di negaranegara lain seperti Jepun. Kedutaan asing juga enggan membiayai kos penghantaran pulang. pembunuhan. Amerika Syarikat dan Australia. Sebagai hasilnya. tentera.

menjual barang kemas. Pada ketika nilai wang kita jatuh dengan teruknya. . untuk menghadapi lanun Filipina yang menggunakan senjata canggih untuk melakukan rompakan pada siang hari. Buruh asing yang sah akan dikenakan pemeriksaan kesihatan. peluang pekerjaan rakyat semakin sempit. dan pembantu rumah kerana gaji mereka jauh lebih murah. Mereka akan mendirikan kawasan perumahan secara haram. pendatang asing tanpa izin tidak berbuat demikian. Pihak majikan lebih suka mengupah pendatang asing tanpa izin dalam sektor perladangan. banyak antara mereka melibatkan diri dalam perniagaan. misalnya membuka gerai makanan. pembinaan. Akibatnya. Kes-kes penjenayah warga Indonesia ditembak mati dalam serbuan polis bukanlah kes yang luar biasa lagi. juga mendatangkan masalah perumahan. seperti sistem pembuangan sampah dan air kumbahan. rakyat kita menjadi mangsa. pencemaran alam sekitar akan berlaku. Sabah. Kawasan setinggan ini tidak teratur dan kekurangan kemudahan asas. Terdapat juga kawasan perkampungan haram yang mewah. Kedatangan pendatang asing. penyakit kelamin. Hak rakyat kita juga sedikit sebanyak terjejas. berumah besar tanpa membayar cukai pendapatan. dan sebagainya. Selain itu. batik dan sebagainya. Kesihatan mereka kurang terjamin. lampu hiasan. Ada antara mereka menghidap AIDS. Hal ini pasti menjejaskan peluang pekerjaan rakyat kita sungguhpun bukan semua rakyat kita berminat dalam bidang pekerjaan ini. Imej negara kita juga terjejas kerana ini menggambarkan kelemahan pentadbiran kerajaan serta pengagihan ekonomi yang tidak seimbang. khususnya yang tanpa izin. Sesetengah kumpulan pendatang asing ini pula membuka kawasan hutan sebagai kawasan perumahan mereka. pembangunan negara pada mas a akan datang juga terbantut kerana kemunculan setinggan ini. tibi. Oleh itu. Statistik telah menunjukkan bilangan rakyat yang menghidap penyakit tibi meningkat semula. Banyak pendatang asing tanpa izin juga disahkan sebagai pembawa kuman HIV dan hepatitis. Sebaliknya. dan air.penduduk tempatan hidup dalam ketakutan. Banyak antara mereka berasal dari kawasan mundur di negara asal mereka. Hal ini memang tidak adil kepada rakyat kita. Malah tentera kita terpaksa dikerah ke Semporna. Malah ada antara mereka yang menjadi kaya-raya. Selain itu. lengkap dengan bekalan elektrik. Hubungan mereka secara seksual dengan pelacur tempatan akan mempercepat jangkitan AIDS. Penyakit-penyakit berbahaya juga akan merebak dengan meluas.

budaya dan ekonomi. (APA) PLKN juga bertindak sebagai satu makanisme bagi pembentukan disiplin diri remaja. (MENGAPA)Walaupun terdapat segelintir pihak yang memperlekeh usaha kerajaan ini namun terdapat juga ibu bapa yang menerima baik program tersebut kerana percaya bahawa PLKN menjadi . Program ini merupakan gabungan daripada latihan ketenteraan dan penanaman nilai-nilai patriotik kepada generasi muda ke arah cinta akan negara. (KESIMPULAN) Hal ini membuktikan PLKN mampu membina remaja yang memiliki semangat patrotisme yang tinggi. juga menimbulkan masalah. (BUKTI) Menurut Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN). (MENGAPA) Hai ini disebabkan oleh perubahan masa dan cara hidup pada masa kini menjadikan mereka leka sehingga tidak tahu erti kesusahan dan penderitaan hidup generasi sebelum merdeka. Namun kehadiran mereka.Kita memerlukan tenaga asing dalam pembangunan negara. PLKN dilancarkan untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan peserta melalui modul kenegaraan yang didedahkan. (APA) Melalui PLKN remaja dapat menyemai nilai-nilai patriotik yang semakin luntur dalam kalangan remaja pada hari ini. sekaligus melahirkan generasi yang mengetahui hal kenegaraan yang berkaitan dengan kerajaan. terutamanya golongan tanpa izin. sebanyak 82 peratus remaja memiliki semangat patriotisme yang tinggi selepas tamat menjalani kem PLKN. Program ini berbeza daripada kerahan tenaga yang dilaksanakan oleh beberapa buah negara lain kerana program ini menggunakan modul dan acuan kita sendiri yang disesuaikan dengan keadaan sosial. Kerajaan perlu menangani masalah ini dengan serius supaya rakyat kita tidak menjadi minoriti di tanah airnya sendiri. Sesetengah daripada mereka pula langsung tidak mengetahui nama kementerian dalam kerajaan. kedaulatan negara dan cabaran dari dalam dan dari luar negara. Program yang dilaksanakan ini sebenarnya banyak mendatangkan kebaikan walaupun terdengar suarasuara yang meragui keberkesanannya. Soalan 11 Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah dilancarkan oleh pada 16 Februari 2004. (BAGAIMANA) Jadi.

titik peralihan yang penting dalam membentuk disiplin anak-anak mereka. sebagai insan. jelaslah bahawa PLKN mampu memperkukuh ikatan integrasi antara kaum dengan wujudnya bibitbibit kasih sayang dan saling menghormati antara satu sama lain. (APA) Jika ditinjau dari perspektif lain pula. (BAGAIMANA) Hal ini dikatakan demikian kerana masa lapang peserta selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia diisi dengan kegiatan yang berfaedah dan dapat mendisiplinkan diri peserta dengan jadual yang ditentukan. Program Latihan Khidmat Negara yang dijalankan memang mendatangkan kebaikan kepada remaja mahupun negara. kita ditagih agar menyumbangkan jasa dan bakti. (BUKTI) Majoriti bekas pelatih telah menunjukkan perubahan sahsiah yang membina seperti lebih bertanggungjawab terhadap keluarga. Peristiwa hitam 13 Mei perlu dielakkan daripada berulang lagi dan kerajaan mengambil langkah pelaksanaan PLKN sebagai satu usaha untuk mewujudkan satu Malaysia yang adil antara kaum. kebudayaan dan agama dapat dihimpunkan dalam satu wadah bagi menyuburkan semangat perpaduan kaum. Program ini juga dapat mematangkan fikiran mereka setelah menjalani latihan dan menguji ketahanan mental dan fizikal. . (MENGAPA) Hal ini penting kerana Malaysia mempunyai pelbagai kaum seperti kaum melayu. Hal ini samalah dengan objektif PLKN yang bukan sahaja mahu membentuk semangat cinta akan negara dalam diri peserta malah turut menggalakkan mereka menyumbangkan keringat kepada masyarakat. gajah mati meninggalkan tulang dan manusia mati meninggalkan nama. Hal ini kerana semasa menjalani aktiviti program mereka tinggal bersama-sama. berfikiran positif dan mempunyai hala tuju yang jelas. cina dan india. program ini yang melibatkan pelbagai kaum juga dapat memperkukuh integrasi nasional. (KESIMPULAN) Oleh itu.(KESIMPULAN) Rentetan itu. rakyat dan kadaulatan ini ditadbir melalui satu sistem pentadbiran. harimau mati meninggalkan belang. bak kata pepatah. semua pihak khususnya para remaja dan ibu bapa perlu menyahut seruan kerajaan dengan menyertai program ini agar modal insan yang cemerlang. Sesungguhnya. gemilang dan terbilang dapat dilahirkan. Oleh itu. penekanan aspek disiplin dalam PLKN telah menyebabkan rata-rata peserta melalui suatu peralihan yang besar dalam hidup mereka. (BAGAIMANA) Melalui program ini. Jurulatih PLKN juga membantu pelatih memahami cara negara yang merangkumi tanah air. remaja daripada berbilang kaum. Secara tuntas.

Kanak-kanak suka membaca bahan yang menarik. Di kedai buku itu. Sebaik sahaja ibu bapa selesai membaca akhbar. ibu bapa juga boleh membantu dalam menyelesaikan masalah ini dengan membawa anak mereka ke kawasan kedai buku. comel dan memberikan mereka pengetahuan umum. mereka boleh berkongsi maklumat itu dengan anak mereka pula. Akitviti ini boleh dijalankan secara berkala seperti setiap hujung minggu atau bulan melawat kedai buku yang berhampiran rumah mereka. majalah dan buku. Usaha ini hanya akan berjaya jika pemupukan itu dibuat sejak kecil lagi oleh ibu bapa tanpa banyak alasan lagi. Anak juga boleh dilatih . Kanak-kanak begitu mudah tertarik ilustrasi kartun terutama siri kartun yang terkenal kerana inilah jiwa mereka yang sebenarnya.Soalan 12 Minat membaca perlu dipupuk sejak usia muda agar tabiat suka membaca dapat direalisasikan oleh masyarakat negara ini. anak-anak diberi peluang untuk memilih bahan bacaan yang mereka minati pula dan menghabiskan masa berjam-jam di sana pula. Selain itu. Langkah awal ialah kanak-kanak ini perlu didedahkan dengan bahan bacaan berbentuk hiburan terutama yang berkaitan dengan minat mereka. Jelaskan cara-cara yang berkesan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak. Malah. ada pelbagai cara yang boleh dibuat untuk menanam minat membaca ini dalam jiwa kanak-kanak kita. Penjelasan daripada ibu bapa tentang sesuatu perkara boleh mencetuskan minat anak untuk membaca tentang perkara itu dengan lebih mendalam. Bahan-bahan bacaan ini hendaklah dipenuhi dengan gambar dan lawak jenaka yang boleh menarik perhatian mereka. Contoh Jawapan: Tanpa diketahui puncanya minat membaca memang satu tabiat yang sukar untuk ditanam dalam jiwa masyarakat kita terutama dalam kanak-kanak. Jadi. Anak-anak sudah pasti akan ternanti-nanti untuk melakukan aktiviti yang serupa pada minggu hadapan pula. sikap berkongsi pembacaan juga boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk menarik minat anak mereka untuk membaca.

Jelaskan langkah-langkah yang dapat dilakukan untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar. dan sebagainya pula. Konklusinya. membelek gambar dan akhirnya akan berminat untuk mengetahui isi kandungan buku tersebut pula. Golongan muda ini mudah meniru perkara yang mereka nampak terutama apabila melihat ibu bapa sendiri mempamerkan minat membaca di rumah. Kanak-kanak perlu diberi pendedahan jenis buku yang bersesuaian dengan tahap umur dan minat mereka. Kanak-kanak akan melihat-lihat kulit buku. Tindakan awal ialah kementerian telah mewajibkan konsep penyerapan nilai merentas kurikulum. Kewujudan perpustakaan mini di rumah turut membantu mencetuskan sikap suka membaca dalam jiwa kanak-kanak. pelbagai tindakan yang bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berketerampilan mampu dilaksanakan untuk mencapai hasrat ini. Kesemua matlamat ini menyebabkan pihak Kementerian Pendidikan melihat penghayatan nilainilai murni itu sebagai sesuatu aspek penting dalam pendidikan. Maka.dengan meminta mereka mereka membaca tajuk utama akhbar harridan. minat membaca dalam kanak-kanak ini boleh dipupuk dengan mudah jika tahu kaedah yang betul. Tindakan ini amat bijak kerana . Kemelut disiplin yang melanda pelajar kini telah menguatkan lagi hujah yang memerlukan kewujudan pelajar berketerampilan ini. berkemahiran dan bersahsiah tinggi. Bak kata pepatah ³melentur buluh biarlah daripada rebungnya¶ yang membuktikan betapa pentingnya amalan membaca ini diterapkan sejak awal. Dalam konsep ini semua guru tanpa mengira subjek yang diajarnya perlu memasukkan nilai-nilai murni kepada pelajar ketika melaksanakan tugas mereka. Contoh Jawapan: Matlamat pendidikan adalah untuk melahirkan satu lapisan masyarakat yang berilmu. iklan. Soalan 13 Penghayatan nilai-nilai murni dapat membentuk pelajar yang berketerampilan.

Kesimpulannya. Sesungguhnya. Pada masa yang sama nilai murni dalam jiwa pelajar juga turut terbentuk menerusi aktiviti kokurikulum sebegini. aktiviti kokurikulum perlu ditingkatkan agar keterampilan pelajar dapat diketengahkan. tindakan ini memastikan semua pihak terutama guru melaksanakan tugas yang serupa yakni memupuk sikap pelajar yang terpuji. Justeru. Sebenarnya. kewujudan kem peningkatan sahsiah yang sistematik mampu menjadikan kewujudan pelajar yang beketerampilan ini sesuatu yang pasti. Mereka boleh melaksanakan kem peningkatan sahsiah pelajar secara berkala dan terancang. Keadaan ini juga membuktikan kepada pelajar bahawa semua nilai-nilai positif yang dinyatakan oelh guru itu bukanlah sukar untuk dilaksanakan oleh mereka. Kerjasama semua pihak terutama pihak guru amat diperlukan untuk memastikan visi ini menjadi satu kenyataan yang sejati. kokurikulum mampu melahirkan satu golongan pelajar yang bersikap positif dan murni jika dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Jelaslah. Masalah yang timbul ialah banyak aktiviti kokurikulum ini yang dilaksanakan secara hangat-hangat tahu ayam sahaja.sebelum ini hanya guru-guru tertentu sahaja seperti guru disiplin atau kaunseling yang perlu memupuk sikap positif dalam jiwa pelajar mereka. Semua pelajar yang dianggap mempunyai masalah disiplin akan menyertai kem ini untuk memulihkan jiwa mereka semula menjadi pelajar yang terbilang kelak. Bukan sahaja pihak sekolah memperkenalkan konsep tertentu kokurikulum dan guru memberikan teladan yang baik tetapi Unit Kaunseling setiap sekolah turut boleh memainkan peranan tertentu. semua langkah yang disuarakan tadi boleh dilaksanakan dengan segera. Kelakuan guru perlulah diawasi dengan baik sama ada ketika mengajar di sekolah atau beriadah di luar sekolah untuk dilihat oleh pelajar. guru-guru juga memberikan teladan yang baik kepada pelajar mereka. Tambahan pula. Kegagalan untuk mendapatkan kerjasama yang jitu boleh menyebabkan jumlah pelajar yang bermasalah di negara ini terus bertambah saban . Pada masa yang sama. guru yang mampu memberikan contoh teladan yang baik berupaya menjadikan pelajarnya lebih bersikap mulia lagi.

? Aktiviti seperti ini mampu menjadikan kehidupan warga tua lebih menarik dan tidak menjemukan . kanak-kanak itu ibarat kain putih harus menjadi renungan kita semua untuk bersama-sama mendidik dengan baik golongan ini. Jelaslah. kerajaan juga boleh menganjurkan pelbagai aktiviti yang melibatkan mereka. Populasi warga ini semakin hari semakin bertambah di negara ini terutama di kawasan bandar. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk memudahkan kehidupan warga tua di negara ini. Peribahasa orang tua-tua.? Pengumuman dasar ini sudah pasti akan menjadikan warga tua lebih ceria kerana sedar bahawa negara terus menghargai mereka walaupun mereka sudah tidak lagi bekerja.tahun. ada beberapa langkah yang boleh dilakukan oleh kerajaan. Pertambahan jumlah penduduk warga tua ini menyebabkan negara memerlukan satu perancangan baru untuk menjadikan kehidupan warga ini lebih baik dan ceria setelah penat bekerja memajukan negara. Kerajaan boleh mengumumkan bahawa semua warga tua boleh menikmati pelbagai kelebihan yang boleh meringankan beban kewangan mereka seperti pemberian diskaun tambang pengangkutan awam. kos hospital dan juga pembelian barangan yang sering diperlukan oleh mereka. Penganjuran lawatan ke tempattempat menarik khas untuk warga tua harus dilakukan dengan kerap seperti setiap hujung minggu dan sebagainya. kerajaan harus mengumumkan satu dasar yang boleh menjadikan kehidupan warga emas lebih ceria. Selain mengumumkan hari warga tua. Soalan 14 Tajuk: Warga tua di negara ini terus bertambah saban tahun terutama di kawasan bandar. Contoh Jawpan: Warga tua sering dikaitkan dengan mereka yang berumur lebih daripada 55 tahun yang juga dikenali sebagai warga emas. Langkah kerajaan ini sudah pasti akan meringankan beban kewangan mereka terutama kos rawatan yang begitu mahal dan risiko mereka yang juga tinggi kerana sudah berusia lanjut. swasta dan masyarakat untuk menceriakan kehidupan warga emas ini. Maka.

Jelaslah. semakin banyak rumah orang tua didirikan semakin bermaknalah kehidupan warga tua kerana mereka mempunyai tempat untuk berlindung pada masa akan datang. Semua pihak harus sedar dan menerima kenyataan bahawa tanpa warga tua tiadalah warga muda. Pandangan yang sebegini menyebabkan sering berlaku perbezaan pendapat antara golongan muda dengan tua yang membawa renggangnya hubungan antara mereka. Pembinaan rumah warga tua harus diperbanyakkan terutama di kawasan bandar kerana sudah ada peningkatan permintaan terhadap ruang buat warga emas ini. Namun langkah yang paling efektif untuk menjadikan kehidupan golongan ini bermakna ialah sikap masyarakat terhadap kumpulan umur ini harus berubah menjadi lebih positif. Kesimpulannya. Bayangkan jika anda sudah tua dan disisihkan oleh anak. Kemudahan yang disediakan di rumah orang tua ini juga perlulah lengkap dan bersesuaian dengan keadaan fizikal dan kemampuan kewangan warga tua supaya kehidupan mereka lebih ceria. warga tua bukanlah sampah masyarakat yang harus dibuang setelah penat menabur budi selama ini kepada negara dan golongan muda. masyarakat terutama warga belia harus menerima hakikat bahawa lumrah hidup akan menyaksikan yang tua menjadi muda lalu belajar memahami golongan tua ini. Kumpulan masyarakat ini berhak menerima layanan yang terbaik mungkin daripada negara dan masyarakat tanpa sebarang alasan.mereka serta dalam masa yang sama mampu untuk meningkatkan semangat mereka untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan kerana mereka bergaul dengan rakan-rakan seusia. Keadaan kehidupan bandar yang penuh cabaran dan tekanan hidup yang tinggi menjadikan warga emas sasaran mudah segelintir anak yang menggunakan alasan terlalu sibuk untuk menghantar ibu bapa mereka ke rumah bantuan kerajaan ini. Sebenarnya. Sesungguhnya. tidak memahami perasaan orang muda. . usaha melakukan lawatan ini menjadikan kehidupan mereka lebih berharga dan mampu memberikan satu matlamat untuk mereka meneruskan kehidupan. Kita sering menyaksikan banyak pihak terutama golongan muda yang menganggap orang tua sebagai penyibuk. lambat bergerak dan sebagainya.

aktiviti pembangunan yang tidak terancang di lereng bukit .kita sering dikejutkan dengan kejadian bencana alam Isi-isi Karangan i. aktiviti pembalakan menjadi faktor berlakunya bencana alam i.PELAJAR PERLU FIKIR Sikap masyarakat terhadap warga tua y y y Masih ada yang tidak peka dengan nasib mereka dengan mencemuh dan tidak menghormati warga tua Malah ada anak yang sanggup menghantar ibu bapanya ke Rumah Orangorang Tua Menganggap mereka boleh hidup tanpa warga tua Kebaikan membantu warga tua y y y y Usaha membalas jasa dan pengorbanan mereka terhadap golongan muda Menunjukkan jasa mereka amat dihargai Memastikan kehidupan warga tua terpelihara dan tidak melarat memberikan imej yang baik kepada masyarakat dan negara Soalan 15 Sesetengah bencana alam yang berlaku adalah disebabkan perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab. Rangka Karangan Pendahuluan . individu-individu yang tidak bertanggungjawab melakukan pembakaran terbuka iii. Jelaskan sebab-sebab bencana alam yang berlaku akibat perbuatan manusia sendiri. anggota masyarakat membuang sampah ke dalam longkang dan sungai iv.

sesal dahulu pendapatan. Kesannya. Berita-berita yang menyedihkan hati kita ini terpampang di dada-dada akhbar dan dikongsi bersama-sama oleh manusia sejagat. bencana alam ini pasti akan terjadi. namun antara sedar ataupun tidak. sudah menjadilumrah alam iaitu apabila tiba saat dan ketikanya. kita sering dikejutkan dengan bencana alam yang berlaku di seluruh dunia. biasanya akan terdedah kepada hujan dan menyebabkan hakisan tanah berlaku. haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Tiada satu kuasapun yang mampu menangani kuasa alam. tsunami. terdapat segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab yang suka melakukan pembakaran terbuka. Selain itu. gempa bumi dan letusan gunung berapi yang sering melanda dunia. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh yang akan meragut nyawa dan menyebabkan kerosakan harta benda. banjir kilat. tiada jalan penyelesaian untuk menghalang bencana alam ini daripada berlaku. kerana yang kelihatan hanyalah asap. namun kejadian bencana alam yang berpunca daripada sikap manusia itu sendiri perlu diberikan perhatian agar nyawa manusia tidak terancam. Kawasan hutan yang telah ditebang dan jika tidak digantikan dengan anak pokok yang baharu. Fenomena ini dibuktikan melalui kejadian tanah runtuh. Hal ini nampaknya remeh. namun asap inilah yang menyebabkan kejadian jerebu yang menyulitkan kehidupan manusia.Penutup . Hal ini demikian kerana. langkah yang bijaksana dan efektif perlulah dijalankan untuk menangani masalah ini daripada berlaku. Individu-individu yang terbabit dalam aktiviti pembalakan seharusnya memikirkan kesannya sebelum menebang pokok kerana. aktiviti ini menjadi faktor berlakunya bencana alam. Malangnya. kita seharusnya sedar dan berhati-hati semasa melakukan sesuatu perkara kerana pandang jauh . Oleh itu. bencana alam ini telah meragut banyak nyawa yang tidak berdosa. Aktiviti pembalakan memang merupakan antara penyumbang ekonomi negara. Oleh itu. jerebu. sesal kemudian tiada gunanya.semua pihak harus bekerjasama dan berganding bahu Karangan Contoh Dewasa ini. Jerebu ini pula boleh menyebabkan pesakit asma mengalami masalah dan menyebabkan penyakit mereka semakin kronik.

melepaskan pucuk masingmasing´. Hal ini demikian kerana. Oleh itu. kalau bukan kayu pula yang menjadi hulunya´. sistem perparitan akan tersumbat oleh sampah sarap yang dibuang ke dalam sungai dan longkang. semua pihak haruslah bersama-sama dan berganding bahu dengan mengamalkan peribahasa ³seperti aur dengan tebing´ untuk menangani masalah ini. Kejadian ini sudah pastinya akan menyusahkan banyak pihak yang tidak berdosa. sudah pastinya semua pihak terpaksa menanggung akibat buruk daripada sikap kita sendiri. Seterusnya.dilayangkan. Sebagai kesimpulannya. Sebagai contohnya. Masalah sistem perparitan yang tersumbat ini pula akan menyebabkan banjir kilat berlaku. sebenarnya Allah menganugerahkan alam ini kepada kita . pihak berkuasa haruslah mengkaji masalah ini hingga ke akar umbinya. pandang dekat ditukikkan supaya tidak berlaku sebarang bencana. Punca lain yang menyebabkan bencana alam ini berlaku adalah disebabkan oleh aktiviti pembangunan yang tidak terancang di lerenglereng bukit. Janganlah kita mengamalkan peribahasa ³seperti enau di dalam belukar. golongan ini sebenarnya menganiayai masyarakat seperti kata pepatah. terdapat sesetengah anggota masyarakat yang tidak bertanggungjawab iaitu dengan membuang sampah ke dalam longkang dan sungai dengan sesuka hati. Kita harus sedar bahawa. anggota masyarakat perlulah sedar bahawa tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar tidak terletak di bahu kerajaan semata-mata. Hal ini disebabkan oleh pihak pemaju yang membangunkan kawasan tersebut tidak mengambil langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan berlakunya kejadian tanah runtuh. Secara sedar atau tidak. Perkara ini penting dilakukan kerana kebanyakan kejadian tanah runtuh berlaku akibat pergerakan air di dalam tanah yang menyebabkan tanah itu longgar dan mudah runtuh. Keadaan ini sudah tentu menimbulkan keadaan yang tidak selamat dan boleh menyebabkan tanah runtuh berlaku. Mereka tidak membuat sistem perparitan yang sempurna untuk menyalurkan air atau membina tembok konkrit untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh. Oleh itu. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu kita untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar dan membantu kita untuk menyelamatkan nyawa manusia sejagat yang tidak berdosa. sebanyak 14 buah rumah banglo di Bukit Antarabangsa musnah akibat tanah runtuh dan mengorbankan empat nyawa pada 6 Disember 2008 yang lalu. ³kapak tak boleh membelah kayu. Jika perkara ini tidak dilakukan.

Maklumat yang disalurkan amat pantas. Anda ingin menyuarakan pandangan tentang kebaikan teknologi maklumat untuk dimuatkan dalam majalah sekolah anda. Kerajaan telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan sekolah-sekolah . Mereka hanya perlu menggerakkan tetikus untuk mendapatkan maklumat terkini dalam sesuatu bidang. Kerajaan telah mengambil langkah yang serius untuk menerapkan budaya teknologi maklumat kepada masyarakat. banjir dan kemarau? Oleh hal yang demikian. Mahukah kita hidup di dalam kawasan tanah runtuh. sebelum bertindak. tanyalah selera. Tulis pandangan anda selengkapnya. Sejumlah peruntukan yang besar telah dilaburkan untuk tujuan itu. Berdasarkan usaha dan iltizam kerajaan yang tinggi itu. nyatalah bahawa bidang teknologi maklumat mempunyai manfaat yang sangat besar kepada masyarakat dan negara ini. Soalan 16 Teknologi maklumat mendatangkan banyak kebaikan kepada masyarakat dan negara.sebagai amanah untuk dijaga. masyarakat boleh mendapatkan maklumat dari seluruh dunia. Selain itu teknologi maklumat dapat meningkatkan mutu pendidikan negara kita. jerebu. Hanya dengan memiliki sebuah komputer peribadi yang disambung dengan perkhidmatan internet. Teknologi maklumat merupakan agenda baharu yang begitu diberikan oleh negara kita. masyarakat negara ini tidak ketinggalan untuk mengikuti perkembangan. Melalui kemajuan dalam bidang penyebaran maklumat. Oleh itu penguasaan teknologi maklumat mampu menjadi masyarakat Malaysia sebagai masyarakat berinformasi. Teknologi maklumat mampu menjadikan masyarakat negara ini sebagai sebuah masyarakat yang sentiasa peka dengan perkembangan dan pergolakan dunia. Contohnya masyarakat Malaysia boleh mengikuti pergolakan politik di Timur Tengah melalui skrin komputer mereka. tepuklah dada. Berbagaibagai kempen dijalankan untuk menjelaskan kepada masyarakat tentang pentingnya teknologi maklumat.

Pelajar perlu memiliki kemahiran untuk mengendalikan komputer dan mereka sendiri yang akan meneroka segenap bidang ilmu yang dipelajari oleh mereka. kita mampu menempatkan diri setanding dengan negara-negara maju dalam bidang telekomunikasi. Malah seseorang pelajar boleh melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat tertinggi menggunakan media komputer. Guru akan dianggap sebagai pemudah cara. Kerajaan tidak perlu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar pegawai untuk berkursus di luar negara. Oleh yang demikian sebagai sebuah negara yang ingin mencapai status negara maju. mutu pendidikan negara meningkat setahap lagi ke arah kemajuan. Apabila terlaksana kelak. Contohnya penubuhan Universiti Tun Abdul Razak merupakan satu langkah ke arah penerokaan ilmu di ruang siber tanpa menghadiri kuliah secara lumrah. Jadi. Baru-baru ini pula saintis Malaysia berjaya menghasilkan satelit ringan yang dikenali sebagai Tiongsat-1. Contohnya negara kita telah melancarkan satelit telekomunikasi kita sendiri yang dikenali dengan nama MEASAT 1 dan MEASAT 11. Selain itu dengan pemindahan teknologi ke negara kita lebih banyak pihak yang mendapat . Pembinaan Koridor Raya Multimedia telah membuka peluang pelaburan kepada syarikat-syarikat antarabangsa untuk beroperasi di sini. jelaslah teknologi maklumat menjadikan negara kita setanding dengan negara maju. Penekanan dalam kemajuan teknologi maklumat akan menggalakkan pemindahan teknologi secara langsung dan tidak langsung.bestari yang menjadikan teknologi maklumat sebagai teras pendidikan. Segala proses pembelajaran dan pengajaran akan dikendalikan oleh komputer. Dengan penubuhan universiti maya ini. Teknologi maklumat juga mampu meletakkan negara kita setanding dengan negara-negara maju. Malaysia mestilah menitikberatkan bidang ini dan menjadikan kita berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan negara-negara maju. Dengan ini mereka akan memindahkan teknologi canggih ini untuk dipelajari oleh rakyat negara kita. Oleh sebab itulah negara kita mengeluarkan belanja yang banyak untuk meningkatkan segenap aspek yang berkaitan dengan teknologiu maklumat. Sumber rujukan pula adalah dari sumber-sumber multimedia. Dengan pelancaran satelit-satelit ini. sumber rujukan yang utama bagi pelajar bukan lagi guru mereka. Dalam zaman ini kemajuan sesebuah negara diukur dengan pencapaian dalam bidang teknologi.

pergantungan manusia terhadap teknologi maklumat sememangnya tidak dapat dinafikan. Perniagaan hari ini dijalankan melalui kaedah e-dagang atau perdagangan elektronik. Sistem hidup manusia masa depan akan lebih bergantung kepada kemajuan dalam bidang ini. Soalan 17 . Oleh itu. untuk memastikan wawasan negara untuk menjadi sebuah negara maju boleh direalisasikan dengan penguasaan dalam bidang teknologi maklumat.com merupakan sebuah syarikat penjualan bahan bacaan yang sangat terkenal dan telah membuktikan kejayaan dalam e-dagang ini. Peniaga pula hanya perlu meneliti skrin komputer untuk menjual barangan mereka. peluang pekerjaan telah disediakan untuk dimanfaatkan oleh penduduk tempatan. Oleh yang demikian. Hal ini kerana pasaran dapat diperluas melalui internet. kita tidak harus ketinggalan untuk menguasai kemahiran teknologi maklumat kerana bidang ini akan terus berkembang dari semasa ke semasa.manfaat. Pembeli dari dalam dan luar negara dapat melihat produk dengan hanya menekan tetikus. Contohnya Amazon. di samping membuat pesanan. Malah pada masa kini pun. Teknologi maklumat juga dapat meningkatkan ekonomi negara. Sebagai rakyat Malaysia. Selain kerajaan mendapat hasil cukai. kemajuan teknologi dapat menggalakkan pemindahan teknologi ke negara kita. Natijahnya. Kesimpulannya. Melalui kaedah ini peniaga tidak lagi perlu menyediakan ruang niaga yang besar dan memerlukan kos yang tinggi. teknologi maklumat dapat meningkatkan ekonomi negara. kita perlu menyokong usaha ini di samping menyediakan diri untuk mempelajari pengetahuan baru berkaitan teknologi maklumat agar kita tidak dianggap seperti katak di bawah tempurung. Perdagangan cara ini ternyata lebih berkesan kerana menjimatkan masa dan tenaga pembeli.

. Dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia. . Pengangkutan awam ada banyak kepentingan.mengeratkan hubungan antara kaum dan saling menghormati antara satu sama lain. 4. . monorel. Pengangkutan awam menggalakkan interaksi sosial dalam kalangan masyarakat. .menjimatkan masa masyarakat yang berurusan di bandar. 1. perkhidmatan penerbangan tambang murah. .namun belum berhasil. 5.masyarakat Malaysia dapat berinteraksi antara satu sama lain.kesesakan dapat dielakkan. kereta api laju. . Kesedaran untuk menggunakan pengangkutan awam dalam kalangan masyarakat agak rendah. . justeru kemalangan juga berkurangan. .tambang pengangkutan awam lebih murah. bilangan kenderaan dapat dikurangkan.pengenalan pelbagai jenis pengangkutan awam moden spt LRT.wujud persaingan sihat antara syarikat pengangkutan awam.Kepentingan Pengangkutan Awam Pendahuluan. . Penggunaan pengangkutan awam dapat menjimatkan wang. . . . Dapat meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia.mendokong gagasan 1 Malaysia yang mementingkan perpaduan. Membimbangkan kerajaan . .Lebih ramai orang menggunakan pengakutan awam.kenaikan harga minyak sering berlaku. dari segi infrastruktur dan modal insan.penggunaan kenderaan persendirian dapat dikurangkan. 2. 3. .negara rugi apabila kadar kemalangan yang berlaku tinggi. Pengangkutan awam dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas di bandar-bandar utama. .pelbagai langkah diusahakan .penggunaan yang optimum akan menggalakkan syarikat pengakutan awam membaiki perkhidmatan.kos bahan api kenderaan dapat digunakan untuk perkara yang lebih penting.

melepaskan pucuk masing-masing terutama di kawasan bandar. Sikap yang diamalkan semasa kecil biasanya akan kekal hingga dewasa. Budaya barat diagung-agungkan manakala nilai cinta akan tanah air sendiri diketepikan. Kesimpulan . . Soalan 18 Langkah-langkah menyemai semangat patriaotisme dalam kalangan anak-anak. Kanak-kanak akan ingat pada pengajaran dan ikut kata ibu bapa.. sifat mementingkan kebendaan dan diri sendiri telah biasa diamalkan dalam kalangan masyarakat. Ibu bapa harus mendidik mereka tentang sejarah kemerdekaan negara dan kepahlawanan tokoh-tokoh terkenal yang berjuang demi tanah air. Semangat patrotik yang disemaikan dalam jiwa bakal pemimpin negara turut akan diingati dan dipraktikkan oleh mereka pada masa hadapan. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Generasi muda kini pula kurang bersikap patriotik. Pada zaman atom ini. Mereka perlu disedarkan bahawa kepentingan semangat patriotisme.pengangkutan awam memang banyak kepentingannya. Kanak-kanak harus didedahkan kepada nilai cinta akan negara dan sifat-sifat patriotik. Tidak kurang sikap seperti enau dalam belukar. Jika tidak negara kita akan terus dibelenggu pelbagai masalah pengangkutan.meningkatkan imej negara sebagai negara yang mempunyai pengangkutan awam yang selamat. Semangat patriotik memang harus diamalkan dalam jiwa rakyat negara ini semenjak mereka kanak-kanak lagi. Semua pihak perlu mengubah sikap untuk menggunakan pengangkutan awam.

negara kita dapat membangun dengan pesat dan menjadi negara maju. Ibu bapa wajar menjadi teladan kepada kanakkanak. Maka wujud patriotisme dalam pembentukan sahsiah insan-insan mulia. . pertandingan menulis esei berkaitan dengan tokoh yang mempertahankan negara. Kanak-kanak yang cepat belajar daripada ibu bapa akan mengikut jejak mereka dengan mengamalkan semangat patriotik . perbuatan membelot negara akan dikeji dan lahirlah keinginan rakyat untuk memberi sumbangan untuk kepada negara. Dengan semangat itu. Pihak berkuasa juga boleh mengambil beberapa langkah untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan kanak-kanak. pertandingan kolaj dengan bertemakan topik merdeka atau sejarah. Mereka harus menerapkan semangat patriotik dalam kehidupan. Mereka perlu mendedahkan amalan yang mengandungi unsur patriotisme kepada kanak-kanak. guru-guru yang mengajar di sekolah patut menekankan unsur-unsur patriotik terutamanya dalam mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Moral.Bapa borek anak rintik. Selain itu. pertandingan melukis dengan bertemakan "negaraku" dan lain-lain lagi. pertandingan kolaj dengan topik merdeka atau sejarah. Secara tidak langsung. pengaruh guru turut beperanan penting dalam usaha menyemai semangat patriotik dalam jiwa rakyat negara ini semenjak kanak-kanak. Pelbagai pertandingan boleh dianjurkan sempena bulan penghayatan merdeka. Secara tidak langsung semangat patriotik dapat disemaikan dalam jiwa kanak-kanak semasa mereka mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan. Misalnya. Mereka perlu mendorong kanak-kanak lahir perasaan bangga dan syukur terhadap negara serta cinta akan negara.

Mereka akan mengagung-agungkan budaya luar negara serta kurang kesedaran untuk mempertahankan maruah negara. umpama menatang minyak yang penuh. ibu bapalah yang insan yang bertanggungjawab mencorakkannya. Demikianlah perbuatan derhaka dapat dicegahkan dan kukuh semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. mereka akan terpikat oleh dunia di luar dan meninggalkan tanah air demi kepentingan negara sendiri dan tidak mahu melakukan perbuatan tidak setia kepada negara seperti mambakar bendera negara. Rasa bangga sebagai warganegara Malaysia semasa Jalur Gemilang dikibarkan. Mereka tega menghabiskan masa dan tenaga bahkan wang ringgit demi melihat anak-anak mereka berjaya. Soalan 19 Peranan Ibu Bapa memastikan Kecemerlangan Anak-anak Anak ibarat kain putih . birulah ia. kemungkinan mereka akan kurang perhatian terhadap isu-isu negara dan tidak mempunyai sifat-sifat patriotik. jika biru. semangat patriotik mesti disemaikan dalam jiwa rakyat negara ini semenjak mereka kanak-kanak. Sebaliknya. Corak yang dihasilkan itu bakal menentukan siapakah anak-anak pada masa hadapan.Jika semangat patriotik tidak disemaikan dalam jiwa rakyat negara ini semenjak mereka kanak-kanak. dengan mencurhkan kasih sayang semata-amata tidak mungkin akan dapat menjadikan anak-anak seorang insan yang berbakti. justeru usaha-usaha lain harus ditimbal balik dan diambil kira. . Maka wawasan 2020 dapat dicapai dan Malaysia akan menjadi negara gemilang. Ibu bapa sentiasa mengharapkan dan mendambakan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna serta berbakti terhadap orang tua. Jika merah. Kesimpulannya. Demi mencapai keinginan tersebut ibu bapa sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan hasrat hati mereka itu terlaksana dengan jayanya. merahlah ia. Namun. Kebanyakan ibu bapa menyayangi anak mereka dengan setelusnya.

maka tidak akan wujud sebarang kekangan. Apabila anak-anak telah diterapkan dengan nilai-nilai murni seperti menghormati oarng tua dan berbudi pekerti luhur. Sedikit penegasan perlu diberikan. Solat merupakan perkara terpenting yang perlu dipantau oleh ibu bapa. Rasulullah S. Malah. Menghukum apabila anak-anak melakukan kesalahan tidak bererti ibu bapa membanci. Dalam usaha mendidik anak-anak ibu bapa perlu mengamalkan toleransi. Apabila perasaan kasih sayang dan bertegas sudah menjadi sama rata. mereka pasti akan melakukan yang terbaik demi membahagiakan diri sendiri dan ibu bapa yang tercinta.W bersabda yang bermaksud. Solat dapat mendidik anak-anak untuk sentiasa melakukan perkara baik dan menjauhi perkara mungkar. segala apa yang dirancang pasti menjadi nyata. Oleh hal yang demikian. nescaya kesudahan yang baik akan menjadi milik kita. langkah awal wajar diambil oleh ibu bapa untuk meralisasikan hasrat murni itu iaitu dengan cara menerapkan dan memberikan didikan agama yang sempurna. Perpeganglah kepada peribahasa tersebut. ibu bapa boleh menuruti rengekkan dan permintaan anak-anak. perasaan kasih sayang dan bertegas dalam bicara perlu menjadi tunjang utama. Ibu bapa tidak perlu memanjakan anak-anak sehingga mereka merasakan bahawa diri seperti anak emas dalam keluarga. mereka harus berpada-pada.Memetik kata-kata pakar motivasi terkenal Malaysia Dr. sudah pasti segala apa yang dianganangankan oleh ibu bapa akan menjadi realiti. tetapi hal ini merupakan tanda ibu bapa menyayangianak-anak. cahaya keimanan pasti dapat menyuluh engkau ke jalan kebahagiaan´. Namun. ³ suruh dan perintahlah anak-anakmu mendirikan solat sedari umurnya tujuh tahun´. Hal ini bertujuan mengelakkan anak-anak menjadi manja dan besar kepala. Seterusnya usaha yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan harapan melihat anak-anak mereka berjaya itu tercapai adalah dengan bermain ³tarik tali¶ dengan anak-anak. Jadi apabila benteng pertahanan diri mereka sudah cukup teguh. . Insan yang berguna ialah insan yang tahu nilai diri dan estetika. H.A. ³Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Anak-anak akan sentiasa mengawal tingkah laku dan peradaban mereka.M Tuah Iskandar ³seribu mancis tidak dapat menerangi engkau dalam kegegalapan namun.

rambut tidak putus tepung tidak berselerak´. Anakanak akan memberontak akibat desakan yang bertubi-tubi daripada ibu bapa. Apabila minyak pelincir sudah dituang. . Ibu bapa perlu mengasuh anak-anak untuk memahami dan mendalami ilmu. Anak-anak umpama jentera yang memerlukan minyak pelincir bagi menlancarkan pergerakannya. Hasrat ibu bapa untuk menyaksikan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna tidak akan berhasil jika ibu bapa sahaja yang bertungkus lumus menggembleng tenaga. Kebanyakan ibu bapa mengharapkan anak-anak berusaha untuk mencapai mimpi mereka tanpa memikirkan kemampuan sebenar anak-anak. ada menyebut ³usah direnung ke langit hingga terlupakan bumi. bak kata pepatah. sedangkan bumi sedia di tapak kaki´. Dato Dr Fadzillah Kamsah. Begitulah kata-kata azimat yang ditinta oleh Alex Osborn. Sehubungan dengan itu. Tun Dr Mahathir pernah berkata. apabila situasi ini berlaku. ³banyak masalah di dunia ini berpunca daripada sikap manusia yang tidak pernah berusaha memahami antara satu sama lain dan berbincang untuk melepaskan diri daripada sebarang musibah´. ³Umpama menarik rambut dalam tepung. Anak-anak pula perlulah berusaha untuk mencapai keinginan tersebut.³Lampu Alladdin tidak akan bersinar dengan sendiri tetapi Alladdin akan mengosoknya terlebih dahulu´. kedua-dua belah pihak perlu melaksanakan tanggungjawab masing-masnig bagi memastikan kelangsungan perjalanan hidup mereka. Oleh yang demikian langkah drastik yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna ialah dengan menyelami hati dan keinginan anak-anak. yang dikejar tidak dapat yang diikendong berciciran. Dalam konteks ini. Oleh itu. Setiap insan memiliki paradigma dan pandangan yang berbeza dalam menentukan hala tuju hidup mereka. maka akan lencarlah pergerakannya. sedangkan langit tidak mungkin digapai. Tertekan dalam konteks ini bermaksud bahawa anak-anak akan berasa dalam dilema sama ada menurut kemahuan diri dan menghancurkan harapan ibu bapa atau menurut kemahuan ibu bapa dan merobek hati sendiri. ibu bapa perlu memikirkan sedalam-dalamnya atas segala tindakan yang akan diambil. Nah. Cara sebegini akan dapat menghindari anak-anak daripada berasa tertekan. ibu bapa perlu memberi sedikit penekanan terhadap kepentingn pendidikan dalan sanubari anak-anak. ibu bapa perlu sebaik-baiknya mengetahui rasa hati anak-anak. lain yang diharap lain yang menjadi.

. Tiada paksaan dalam menuntut ilmu. mulakan dengan kata-kata yang lembut kerana kata-kata yang lembut umpama air yang menyirami tanah yang tandus´.Selanjutnya ibu bapa haruslah memberikan sedikit ruang kepada anakanak untuk melakukan apa yang mereka hajati. Sebaliknya dorongan dan kata-kata semangat perlu diberi untuk menaikkan semula semangat membara anak-anak. ibu bapa tidak boleh terus memaksa. Desakan dan paksaan akan menjatuhkan anak-anak. ibu bapa tidak boleh terlalu mengongkong anak-anak. asalkan tidak menyimpang dan tersasar jauh ke lembah kehancuran. yang menjadi tanah dan baja ialah ibu bapa´. Dalam memastkan anak-anak berhsil menjadi insan yang berguna. Ahli Falsafah Pascal mengungkapkan ³kalau kita berusaha mencapai keinginan. Justeru mulakan dengan kelembutan dalam memastikan kejayaan menjadi hak hakiki dan azali anak-anak. Sebaliknya dorongan dan nasihat akan mendorong anak-anak untuk berjaya kerana ³anak umpama bunga-bunga yang tumbuh di taman. Jika anakanak tidak mampu meneruskannya.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful