You are on page 1of 3

Hari-hari anda pening dengan masalah anak anda.

Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi pun tak basah. Asyik risau, risau, risau dan risau...! Kerenah mereka teramat mengguris hati dan perasaan anda. Sebagai ibu dan ayah, airmata sering tumpah mengenang perbuatan mereka yang tidak wajar sebagai seorang anak. Keluarga yang aman mula berantakan. Anak -anak yang mula kenal dunia, semakin tak kenal dengan ibu dan ayah sendiri... Didikan dan kasih sayang yang diberikan selama ini bagaikan tak menjadi. Seperti air yang tumpah ke daun keladi. Anak yang sepatutnya mampu berdikari, kini tak kenal diri sendiri. Asyik enjoy, enjoy, enjoy dan enjoyyy.... Sampai bila anak kita nak enjoy?? Bila dia nak fikir masa depan dia?? Bila dia nak solat 5 waktu dengan betul?? Bi la dia nak belajar bersungguh -sungguh?? Dan bila dia nak dengar cakap kita sebagai ibu dan ayah?? Memang pening, pening, pening dan pening...

Paling menyakitkan hati apabila anak yang ditatang bagaikan minyak yang penuh selama ini, tiba-tiba meninggi sua ra dengan kita. Terkedu sebentar kita dibuatnya. Astaghfirullah.....itulah zikir yang mampu kita lafazkan di hati. Hari demi hari berlalu, perangai anak kita bertambah genting. Dari meninggi suara, membawa kepada balik lewat malam. Sudahlah nak ke subuh baru sampai rumah, mulut dan baju mulai berbau rokok. Hapak dan tengit hidung kita membaunya.

Tak cukup itu perangainya, pakaian yang sopan sudah bertukar zaman. Zaman hip-hop, dipakainya hip -hop. Zaman punk, dipakainya punk. Zaman gothic, dipakainya gothi c. Zaman black-metal, dipakainya black-metal. Zaman shuffle, dipakainya shuffle. Dan entah apa -apa lagi fesyen zaman ini. Aurat?? Tak payah cerita... Bukan sahaja dedah rambut, diwarnakannya pula. Ada perang, putih, biru dan hijau. Bila dilarang, jawabnya 'up to date'. Yang lelaki mula sibuk nak ber'bangle' (gelang) dan berantai. Bukan sebarang jenis bangle dan rantai. Mesti ada gambar atau lambang sesuatu. Kononnya dia mewakili kumpulan tertentu. Jadi, jangan nak usik atau nak kacau. Nanti padah jawabnya! Itu hal lelaki, yang perempuan pula, mula sibuk dengan alat mekap solek. Baru umur 15 -16 tahun, berangan nak jadi artis. Nak cun, nak lawa, nak glamor, nak jadi penyanyi, nak jadi pelakon dan macam -macam lagi... Exam?? PMR, SPM tolak tepi...yang penting ENJOY dulu!!!

Boyfriend?? Girlfriend?? Sekolah rendah lagi dah pandai. Handphone tak lekang di tangan. Siang malam sms... Bangun tidur sms, mandi sms, berus gigi sms, sarapan sms, di sekolah sms, di rumah sms, nak tidur malam pun sms lagi. 24 jam sms! Itulah tanda anak tersayang kita sedang angau. HOT bercinta... Masuk sekolah menengah, kita ibu ayah kena hati -hati jenis anak begini. Urusan dia keluar rumah, kita wajib ambil tahu. Kalau tak nak ambil tahu, sesekali ada masa check leher anak perempuan kita sebelum terlambat...

Ada lagi ke masalah anak kita?? Ada lagi, banyakkk.....lagi. "Ayah beli motor. Along nak motor 125, nak pergi sekolah." Si ayah garu-garu kepala, "Eh, sekolah belakang rumah jer. Jalan kaki dah sampai. Tak sampai 10 minit pun" bisiknya perlahan. Ayah yang bertanggungjawab kena fikir, sekolah dekat nak motor, motor pulak 125. Sah! Mesti nak merempit... AstaghfirulLah... Banyak lagi masalah anak-anak moden zaman kini... Ponteng sekolah, melepak, lari dari rumah, kaki cyber, clubbing, hidu gam, dan 1001 macam gejala sosial yang mereka lakukan... Nak dibiarkan..."Oh! Tidak sama sekali" getus hati kita. Anak yang tersayang mulai dinasihatkan dengan berhati-hati agar hatinya tidak terusik sama sekali. Tutur kita sebagai ibu dan ayah begitu halus dan lembut sekali. Dengan harapan agar terbuka pintu hatinya mendengar ungkapan nasihat penuh bermakna supaya kembali ke pangkal jalan menjadi anak yang soleh dan solehah.

Tak cukup dengan lisan sahaja, diselang -seli tangan membelai lembut kepala anak tersayang. Agar kulitnya terasa tangan itulah yang bertanggungjawab membesar dan membelanya selama ini. Bukan lisan dan tangan sahaja berperanan, hati yang sensitif mulai tersentuh. Airmata yang ditahan -tahan mulai melimpah keluar. Suara yang te nang diulam kata dan bahasa terkawal sedari awal, mulai sebak. Emosi merintih dan merayu mulai membuak keluar. Semuanya berlaku dengan spontan. Bukan dipinta -pinta. Hasilnya...

Anak tersayang menoleh memandang muka kita dengan dahinya yang berkerut. "BOSAN!"tinggi suaranya sambil menepis kasar tangan yang membelai kepalanya. Lalu bangun terus ke biliknya dan menghempas pintu sekuatnya. Tak lama kemudian dipasang radio dengan bunyi yang kuat. Terpana kita... Terasa halilintar tembus ke telinga terus me nusuk ke hati."Bukan ini yang aku ajar selama ini..." kata hati. Hati ibu atau ayah mana yang tidak pedih, jika anak sudah berperangai begitu. Laksana cerita lama 'Si Tanggang Anak Derhaka'. Nauzubillah min zalik... Minta dijauhkan Allah dari menjadi anak yang derhaka. Sesuatu mesti dilakukan... Ya!!! Sesuatu mesti dilakukan sebelum terlambat!!!