P. 1
Bola Tampar

Bola Tampar

4.9

|Views: 43,252|Likes:
Published by mei
Sejarah dan kemahiran Bola Tampar
Sejarah dan kemahiran Bola Tampar

More info:

Published by: mei on Sep 13, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

BOLA TAMPAR

Sejarah dan Perkembangan Bola Tampar
Pengenalan Asal usul bola tampar telah mencetuskan perdebatan yang hangat. Walaupun asal usulnya tidak jelas, adalah dipercayai bahawa permainan yang hampir sama dengan bola tampar telah dimainkan beberapa ratus tahun dahulu di Amerika Tengah dan Selatan serta di Asia Tenggara. Howard Keith (1942) di dalam bukunya Sports and Games telah melaporkan bahawa bola tampar di Amerika telah diubahsuai daripada Fraust Ball yang diperkenalkan di Jerman pada tahun 1893. Begitu juga dengan permainan Minton yang dibawa ke Amerika oleh David McConnaughly Jr. pada tahun 1895. Kedua-dua jenis permainan tersebut mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan bola tampar Morgan. Walau bagaimanapun, Morgan tetap berpendirian bahawa beliaulah yang telah mencipta permainan bola tampar. Permainan bola tampar mula diperkenalkan pada tahun 1895 di Gimnasium Y.M.C.A., Springfields, Massachusettes, Amerika Syarikat oleh Prof.William J. Morgan (1870-1942) sebagai suatu permainan rekreasi. Morgan sebagai seorang pengarah fizikal telah dipertanggungjawabkan untuk mencipta suatu permainan rekreasi untuk sekumpulan lelaki yang enggan bermain bola keranjang. Pada peringkat mula, bola keranjang dipukul dengan tangan supaya ia sentiasa di udara. Kemudian jaring diletakkan di tengah dan beberapa peraturan diwujudkan. Jaring ditinggikan kepada tujuh kaki namun bermain dengan bola keranjang telah menyebabkan tangan pemain menjadi sakit kerana menahan beratnya. Morgan seterusnya telah meminta pertolongan syarikat Spalding untuk mencipta bola baharu yang dihasilkan dengan menggunakan kulit anak lembu. Sejak itu, permainan ini terus diminati dan diterima oleh Mesyuarat Pengarah Fizikal. Pada mulanya, bola tampar dikenali dengan nama Mintonette dan diubah kepada Volleyball oleh Prof H. T. Halstead pada tahun 1896. Populariti bola tampar bermula pada tahun 1900 apabila Kanada menjadi negara pertama menerimanya dan kemudiannya diperkenalkan ke India pada tahun yang sama. Sukan bola Tampar terus berkembang apabila ia diperkenalkan ke Cuba (1905), China (1906), Jepun (1908), Puerto Rico(1909) dan Filipina (1910) sebelum ianya diperkenalkan ke Eropah.

Semasa Perang Dunia Pertama, tentera Amerika Syarikat memperkenalkan permainan bola tampar ke Eropah; Yogoslavia (1918), Czechoslovakia dan Poland (1919) serta Rusia (1922). Secara beransur-ansur permainan bola tampar telah berkembang daripada peringkat permainan berbentuk rekreasi kepada sukan yang dipertandingkan. Pada tahun 1934, usaha pertama menubuhkan persatuan antarabangsa dan komisi khas telah bermula. Pada tahun 1936, usaha diteruskan semasa Sukan Olimpik Berlin tetapi telah diganggu oleh Perang Dunia Kedua. Perkembangan tersebut telah menyebabkan banyak persatuan bola tampar ditubuhkan. Persatuan Bola Tampar Amerika Syarikat ditubuhkan pada tahun 1928 dan diikuti oleh Czechoslovakia, Poland, Rusia, Jepun dan Filipina. Perancis, Itali dan Belgium masingmasing telah menubuhkan persatuan bola tampar pada tahun 1936,1945 dan 1946. Pada tahun 1947, Federation Internasionale de Volleyball (FIVB), iaitu sebuah badan rasmi bola tampar dunia ditubuhkan dengan 14 ahli. Presiden pertama badan tersebut ialah Paul Libaud (Perancis) yang memegang jawatan selama 37 tahun.

Peraturan
Kawasan Permainan

Kawasan permainan merangkumi gelanggang permainan dan zon bebas.

Dimenesi ➢ Gelanggang permainan adalah sebuah segiempat tepat bersimetri berukuran 18x9m ,dikelilingi oleh satu zon bebas sekurang-kurangnya 3m lebar dan dengan suatu ruang bebas dari sebarang gangguan yang tingginya sekurangkurangnya 7m dari permukaan permainan. ➢ Untuk pertandingan dunia FIVB ,zone bebas hendaklah berukuran sekurangkurangnya 5m dari garisan tepi dan 8m dari garisan belakang.Ruang bebasnya hendaklah sekurang-kurangnya 12.5m tinggi dari permukaan permainan. Permukaan Permainan ➢ Permukaan mestilah rata ,mengufuk dan sekata. ➢ Untuk pertandingan dunia FIVB ,hanya permukaan kayu atau bahan sintetik sahaja dibenarkan .Semua permukaan mestilah terlebih dahulu diluluskan oleh FIVB. ➢ Permukaan permainan mestilah bebas dari sebarang punca-punca yang boleh menyebabkan kecederaan kepada pemain .Adalah tidak dibenarkan bermain di atas permukaan yang kasar atau licin. ➢ Bagi gelanggang dalam dewan,permukaan permainan mestilah berwarna cerah .Untuk pertandingan dunia FIVB ,warna putih bagi garisan dan warna yang berlainan bagi gelanggang permainan dan zon bebas adalah diperlukan . ➢ Bagi gelanggang terbuka di luar ,kecuraman 5mm semeter dibenarkan untuk pengaliran air.Garisan gelanggang yang diperbuat daripada bahan pejal tidak dibenarkan.

Peralatan ➢ Peralatan permain terdiri daripada jersi,seluar pendek dan kasut sukan.

➢ Jersi,seluar pendek dan stokin mestilah seragam ,bersih dan sama warna untuk satu pasukan.Semasa pertandingan dunia FIVB untuk dewasa,warna kasut mestilah seraga untuk sesuatu pasukan tetapi jenamany boleh berbeza warna. ➢ Kasut mestilah ringan dan mudah lentu dengan tapak getah atau kulit tanpa tumit. ➢ Jersi pemain mestilah bernombor dari 1 hingga 18 terangkum. ➢ Nombor-nombor tersebut mesti dilekatkan pada tengah bahagian depan dan belakang. ➢ Warna nombor mestilah jelas dan muda dibeza daripada warna jersi dan mempunya ketinggian minimum 10cm di depan dan 1cm di belakang.Lebarnya jalur yang membentukkan nombor-nombor tersebut hendaklah sekurangkurangnya 2cm. Bola ➢ Bola hendaklah berbentuk sfera, diperbuat daripada suatu lapisan kulit yang mudah lentur dengan satu pundi getah atau bahan yang serupa di dalamnya. ➢ Warna : Seragam dan cerah ➢ Ukur lilit : 65-67 cm ➢ Berat : 260-280 gram ➢ Tekanan di dalam : 0.30-0.325g/cm
2

Pertukaran Yang Dibenarkan ➢ Jika kedua-dua pasukan tiba untuk sesuatu perlawanan dengan memakai jersi yang sama warna ,maka pasukan tuan rumah mesti tukar jersinya .Di gelanggang berkecuali ,pasukan yang disenaraikan terdahulu pada jadual pertandingan mesti menukar jersinya. ➢ Referi pertama boleh membenarkan seorang atau beberapa orang pemain:  Bermain tanpa kasut  Menukar jersi yang basah semasa selangan set atau selepas penggantian pemain,dengan syarat jersi baru itu mempunyai warna,corak dan nombor yang sama.

➢ Dalam cuaca yang sejuk ,referi pertama boleh membenarkan pasukan bermain dengan pakaian latihan,dengan syarat mempunyai warna dan corak yang sama bagi keseluruhan pasukan dan dinomborkan dengan betul. Objek dan Pakaian yang Dilarang ➢ Adalah dilarang memakai objek-objek yang boleh menyebabkan kecederaan atau memberi sesuatu kelebihan yang tidak semula jadi kepada pemain. ➢ Pemain boleh memakai cermin mata atau risiko sendiri. ➢ Adalah tidak dibenarkan memakai pakaian seragam yang tidak mempunyai nombor yang rasmi atau warna yang berbeza daripada pemain lain. Kesalahan-kesalahan Dalam Memainkan Bola ➢ Pukulan Empat Kali  Sesuatu pasukan didapati melakukan kesalahan jika memukul bola sebanyak empat kali (tidak termasuk bola yang dihadang) sebelum menghantarkannya semula ke pihak lawan. ➢ Bola Dipegang  Kesalahan berlaku jika seseorang pemain didapati tidak memukul bola dengan jelas atau memegang dan melambung bola. ➢ Sentuhan Dua Kali  Kesalahan juga berlaku apabila seseorang pemain memukul bola dua kali berturut-turut atau bola itu menyentuh beberapa bahagian badan secara berturut-turut (kecuali pukulan penerimaan bola pertama). ➢ Menyeberangi Jaring  Semasa mengadang, seseorang pengadang boleh menyentuh bola pihak lawan tanpa mengganggu pemain pihak lawan sebelum atau semasa pihak lawan membuat pukulan serang.

Kemahiran Asas
1. Kemahiran servis Servis dilakukan untuk memulakan permainan.Servis dilakukan dari bahagian belakang luar gelanggang.Terdapat dua jenis servis,iaitu servis bawah tangan dan servis atas kepala.

S

ervis

Atas Kepala Kawasan kontak bola dalam servis bawah tangan adalah pada bahagian lengan.

 Kaki dominan di belakang .  Fleksi kedua-dua belah lutut.  Pegang bola pada aras atas pinggang.  Ayun tangan dan kontak bola pada aras pinggang.  Pukul pada bahagian bawah bola.  Tangan memukul ke arah sasaran.

2. Kemahiran menyangga

Menyangga ialah kemahiran mengawal bola yang diterima. Kemahiran ini juga bertujuan untuk menaikkan atau melambungkan bola ke udara.

 Fleksi kedua-dua belah lutut.  Luruskan kedua-dua belah tangan di hadapan badan.  Kontak bola pada lengan tangan.  Kedua-dua belah tangan ikut arah pergerakan bola.

3. Kemahiran mengumpan Mengumpan ialah kemahiran melambungkan bola ke udara bagi membolehkan rakan sepasukan melakukan rejaman.

 Fleksi kedua-dua belah lutut.  Kedua-dua belah tangan di atas kepala.  Kontak bola di hadapan dahi.  Luruskan siku dan lutut serentak.  Kedua-dua belah tangan arah ke sasaran.

4. Kemahiran merejam Merejam ialah kemahiran untuk mematikan bola dalam gelanggang pihak lawan bagi mendapatkan mata.Pemain perlu memukul bola dengan tapak tangan dengan kencang ke kawasan pihak lawan.

 Bergerak ke arah bola.  Lompat dengan kedua-dua belah kaki.  Kontak bola dengan tangan lurus.  Pukul pada bahagian atas bola.  Fleksi kedua-dua belah lutut semasa mendarat.

5. Kemahiran menghadang Mengadang ialah kemahiran untuk menghalang rejaman yang dilakukan oleh pihak lawan.Kemahiran ini memerlukan kuasa otot kaki semasa melakukan lompatan.

 Badan dan tapak tangan menghadap jaring.  Lompat dengan kedua-dua belah kaki.  Luruskan kedua-dua belah tangan ke atas.  Jarakkan jari-jari tangan.  Mata pandang arah pergerakan bola.  Fleksikan kedua-dua belah lutut semasa mendarat.

Latihan Ansur Maju
Latihan Membuat Servis
Latihan servis patut dilakukan pada permulaan,petengahan dan akhir sesi latihan untuk menyesuaikan diri pemain dengan suasana permainan sebenar. 1. Servis dilakukan ke arah dinding melepasi garisan 7m.Latihan dimulakan pada jarak 3m,6m dan seterusnya 9m.Latihan diadakan secara berseorangan (Rajah 5.2) 2. Servis dilakukan secara berpasangan daripada garisan tepi gelanggang.Pemain melakukan servis secara bergilir-gilir. (Rajah 5.3 )

3. D bermula pada jarak 3m,6m dan 9m (Rajah 5.4 )

alam latihan

ini,servis dilakukan secara berpasangan dan bola dipukul melepasi jaring.Servis 4. Untuk latihan ini,tali direntang 1 meter di atas jaring.Servis dilakukan secara berpasangan dan bola mesti melepasi ruang antara paras atas jaring dan tali 1 meter tersebut (Rajah 5.5 )

5. melakukan servis dan menghantar bola ke gelanggang lawan yang telah dipetakkan dan dinomborkan 1-6.Pemain melakukan servis sercara

Pemain

berseorangan mengikut giliran dan menghantar bola ke petak-petak tersebut mengikut turutan nombor dari 1 hingga 6 (Rajah 5.6 ) 6. Servis dibuat melepasi jaring dan dihantar ke tempat yang ditetapkan ,iaitu di tempat rakannya berdiri.Rakan pasangan ditugaskan mengutip bola dan bertukar peranan setiap lima servis.Bola yang dikutip dileret ke arah pembuat servis (Rajah 5.7)

7.

Latihan servis ini dilakukan mengikut kumpulan dengan bilangan pemain antara empat atau enam orang.Pemain melakukan servis secara serentak tetapi mengikut giliran daripada seorang ke seorang pemain.Bola yang masuk ke gelanggang pihak lawan termasuk bola yang menyentuh jaring adalah dikira.Masa tiga minit diberi dan bilangan servis yang berjaya dikira.Ulang latihan sebanyak dua kali.

8. Latihan ini dilakukan tanpa giliran ,pemain melakukan servis sebanyak mungkin dalam tempoh tiga minit.Dua orang pemain ditugaskan untuk mengira bilangan bola yang berjaya dihantar ke gelanggang pihak lawan.Manakala dua orang pemain pula ditugaskan untuk mengutip bola.

Latihan Membuat Mengumpan
1. Perseorangan .Pemain melambung bola tinggi ke atas dengan postur

hantaran atas dan menangkap bola dengan postur yang sama.Ulang sebanyak 10 kali (Rajah 5.8)

2.

Perseorangan .Pemain ke atas sebanyak 10 kali (Rajah 5.9 ). melambung bola dengan postur

hantaran atas dan menyambut bola selepas ia melantun daripada lantai.Ulangi

3. Berpasangan .Pemain A melambung bola lalu ditangkap oleh pemain B.

Pemain B akan terus melambung tinggi ke atas untuk ditangkap oleh pemain A.Kedua-dua pemain membuat lambungan dan tangkapan secara berglir-gilir dengan postur hantaran atas.Ulangi sebanyak 10 kali (Rajah 5.10).

4.

Berpasangan.Perla kuan yang melantun tersebut (Rajah sama seperti latihan daripada lantai.Lakukan latihan secara bergilir-gilir sebanyak 10 kali 5.11 ). 3 tetapi bola dilambung dan ditangkap oleh pemain B hanya selepas bola

5. Berpasangan .Pemain A melambung bola kepada pemain B.Pemain B

membuat hantaran atas tanpa menangkapnya.Cuba perhatikan bahawa bola tidak terjatuh.Perlakuan ini diulang sebanyak 10 kali sebelum kedua-dua pemain bertukar peranan (Rajah 5.12 ).

6.

Berpasangan .Latihan pemain A .Pemain dimulakan dengan melambung bola B membuat

hantaran terus kepada A dan hantaran dibuat berulang-ulang dengan hantaran dipastikan tinggi.Teruskan latihan sehingga diberi isyarat oleh jurulatih (Rajah 5.13 ).

7.

Berpasangan .Pemain A melambung bola ke hadapan pemain B .Pemain bergerak pantas ke bawah bola untuk menerimanya,tangkap dan tolak bola kepada pemain A.Ulang sebanyak 10 kali dan tukar peranan antara kedua-dua pemain.

8. Berpasangan.Ulang latihan 7 dengan menghantar bola ke kiri dan ke kanan

antara kedua-dua pemain (Rajah 5.14 ).

9. Berpasangan.

Ulang latihan 7 dan 8 ini,penerima terus menghantarkan bola menangkapkan terlebih

.Dalam latihan tanpa dahulu.

Latihan Membuat Menyanga
1. Perseorangan.Dalam kedudukan berdiri,pemain melambungkan bola

,kemudian membengkokkan lutut untuk menerima bola selepas ia melantun dari lantai gelanggang .Pemain menggunakan kedua-dua belah tangan untuk menerima bola dengan postur hantaran bawah yang betul (Rajah 5.15 ).

2.

Berpasangan. Pemain A bersedia dalam kedudukan melutut dan kedua-dua tangan dalam kedudukan menerima bola ,terletak di antara dua kaki.Pemain A mengayunkan tangan ke atas untuk memukul bola yang dilepaskan oleh pemain B dari paras tertinggi.Titik sentuhan bola ialah sebelum tangan selari dengan lantai (Rajah 5.16 ).

3. B

erpasangan .Pemain A melambung

bola tinggi supaya ia melantun kira-kira satu meter di hadapan pemain B.Pemain dalam dan A.Ini kali dan peranan pemain B merendahkan badan postur hantaran bawah memukul bola kepada diulang sebanyak 10 kemudian bertukar antara kedua-dua (Rajah 5.17).

4. Berpasangan .Pemain A memulakan latihan dengan melambung bola kepada

pemain B .Pemain B membuat hantaran bawah selepas bola melantun dari lantai.Pemain A juga berbuat demikian.Latihan ini boleh diteruskan sehingga diberi isyarat oleh jurulatih (Rajah 5.18).

5. Berpasangan .Pemain A melambung bola kepada pemain B .Pemain B

bergerak untuk menyambut bola dengan membuat hantaran bawah semasa bola masih di udara.Tukar peranan selepas 10 hantaran (Rajah 5.19).

6. B

erpasanga emain A B membuat

n.P dan

hantaran bawah bertubi-tubi supaya bola tidak terjatuh.Bilangan hantaran yang dapat dilakukan dikira sebelum bola terjatuh (Rajah 5.20 )

7.

Berpasangan .Dalam latihan ini,anda boleh gunakan bola tampar atau bola jaring atau bola keranjang.Pemain akan menerima bola dengan kedua-dua tangan,menghantarnya dengan hantaran bawah dan terus merendahkan badan untuk menggulingkan bola.Perlakuan ini diulang sehingga isyarat diberikan oleh jurulatih (Rajah 5.21).

8. B

erpasangan .Pemain menerima

bola dengan kedua-dua tangan ,diikuti dengan tangan kanan,tangan kiri dan kemudian dengan dua belah tangan sekali lagi.Ini diulang secara bergilir-gilir sehingga diberi isyarat untuk berhenti oleh jurulatih.
9. Berpasangan. Pemain menerima bola dengan memukulnya ke atas di

hadapan diri sendiri,diikuti dengan pukulan ke arah rakan latihan,iaitu pemain

A.Ini diulang secara bergilir-gilir sehingga diberi isyarat untuk berhenti oleh jurulatih.
10. Berpasangan.Pemain membuat hantaran bawah semasa bergerak ke

hadapan ,belakang,dan sisi.Pemain melambung bola secara bergilir-gilir.

Merejam Bola
1. Latihan penujuan secara perseorangan a. Pemain berdiri dalam satu barisan di belakang garisan serang. Apabila isyarat diberikan oleh jurulatih, penujuan tiga langkah ke hadapan dilakukan oleh semua pemain.
b. Latihan (1) diulangi dengan pemain menghadap jaring dan berdiri pada

garisan serang dalam tiga atau dua barisan. Selepas isyarat diberi, pemain di hadapan akan membuat penujuan tiga langkah dan selepas itu bergerak untuk berbaris di belakang (lihat Rajah 5.27(a)). c. Latihan yang sama seperti (2) diulangi dengan pemain berada dalam dua barisan. Pemain membuat penujuan mengikut giliran dari kedudukan di luar gelanggang. Lihat Rajah 5.27(b).

2. Latihan memukul bola berpasangan. Pemain B memegang bola dengan menghulurkan tangan ke atas. Pemain A memukul bola dengan gaya merejam. Perlakuan memukul diulang sebanyak 10 kali dan selepas itu kedua-dua pemain bertukar peranan (lihat Rajah 5.28). 3. Merejam bola yang dipegang secara berpasangan. Pemain A meletakkan bola di satu tapak tangan dan menghulurkannya ke atas untuk pemain B membuat rejaman. Ulang sebanyak 10 kali dan tukar peranan (lihat Rajah 5.29).

4. Melompat dan menangkap bola secara perseorangan. Pemain melambung bola ke atas, lalu melompat dan menangkapnya pada takat tertinggi dengan gaya rejaman, iaitu menggunakan satu tapak tangan di hadapan bola dan satu lagi di belakang. Ulang perlakuan sebanyak 10 kali.

5. Melambung dan menangkap bola secara berpasangan. Pemain A melambung

bola untuk pemain B. Pemain B melompat dan menangkap bola dengan gaya rejaman dari luar gelanggang seperti latihan (4).
6. Melompat dan menangkap bola yang selari dengan jaring. Jurulatih melambung

bola selari dengan jaring kepada pemain B. Pemain B berlari menuju jaring, melompat dan menangkap bola dengan gaya rejaman. 7. Merejam bola yang dilambung. Perlakuan adalah sama seperti latihan (6), tetapi pemain memukul bola perlahan. Ketinggian bola adalah lebih kurang satu meter dari aras atas jaring.

8. dilambung. Ulang latihan (7). Tetapi dalam latihan ini bola dipukul dengan lebih kuat lagi.

Merejam kuat bola yang

Latihan Mengadang Bola
1. Bola yang dipegang. Pemain A memegang bola dengan kedua-dua tangan sambil menghulurkannya ke atas. Pemain B cuba mengadang bola dengan dua tangan. Ulang perlakuan ini 10 kali dan tukar peranan selepas itu (lihat Rajah 5.32). 2. Bola yang digerakkan. Ulang Latihan 1. Pemain A menggerakkan bola ke kanan dan ke kiri. Pemain B cuba mengadang bola itu dengan dua belah tangan. Ulang 10 kali dan tukar peranan selepas itu. 3. Mengadang tanpa bola. Pemain berdiri di depan jaring dan cuba melompat setinggi yang boleh untuk melakukan adangan dengan kedua-dua belah tangan tanpa bola. Kemudian, pemain bergerak ke kanan dan ke kiri sambil melakukan perlakuan yang sama (lihat Rajah 5.33).

4. Menyentuh bola di atas jaring. Ulang latihan 3. Kali ini pemain melompat dan menyentuh bola yang dipegang oleh rakan di sebelah jaring seakan-akan melakukan adangan. Ulang sebanyak tiga kali dan bertukar peranan dengan rakan.

5.

Mengadang bola yang dihantar dari sebelah jaring. Pemain A berdiri di hadapan jaring dengan postur mengadang. Pemain B menghantar bola ke atas jaring untuk ditangkap oleh pemain A. Pemain A menangkap bola dan menghantarnya kepada pemain B sebelum menjejak kaki di gelanggang. Ulang tiga kali dan tukar peranan dengan rakan. 6. Mengadang bola secara berpasangan. Tiga pemain berdiri di atas kerusi sambil memegang bola. Bola-bola dihulur melepasi aras atas jaring. Dua pemain melompat serentak untuk menyentuh bola tanpa menyentuh jaring. Kedua-dua pemain membuat tiga lompatan dan selepas itu bertukar peranan selepas tiga lompatan. 7. Mengadang dalam kumpulan empat orang. Empat pemain atau dua pasangan berhadapan dengan dua orang dalam satu gelanggang. Semua pemain bergerak ke jaring dan membuat lompatan melompat sambil menyentuh rakan atau pasangan masing-masing. Ulang beberapa kali sambil bergerak ke sisi.

8. Mengadang seorang-berdua-bertiga a) Ketiga-tiga pemain X1,X2 dan X3 melompat setempat dan serentak untuk mengadang. b) Pemain X2 bergerak ke sisi pemain X1. Ketiga-tiga pemain melompat serentak apabila pemain X2 tiba di sisi pemain X1. c) Pemain X2 bergerak ke kedudukan asal dan ketiga-tiga pemain melompat serentak. d) Pemain X2 bergerak ke sisi pemain X3 dan ketiga-tiga pemain melompat serentak apabila pemain X2 tiba di sisi pemain X3. e) Pemain-pemain X1, X2 dan X3 bergerak ke tengah dan melompat serentak. f) Pemain X1 dan X3 bergerak ke tempat asal dan melompat serentak bersama pemain X2.

9. Ulang latihan 8 dengan menggunakan tiga biji bola. Tiga orang pemain berdiri di atas bangku sambil memegang bola.

10. Jurulatih melambung bola kea rah perejam untuk membuat rejaman dari sebelah gelanggang. Dua orang pemain cuba mengadang bola dari sebelah gelanggang lain.

Butiran Mengajar
Kemahiran Asas Servis Teknik ➢ Rendah dan condongkan badan ke depan ,sebelah kaki di hadapan.
➢ Tangan hayun dari belakang

➢ Bola dilambungkan sebelum dipukul ➢ Pandang bola
➢ Tangan ikut lajak (pindah berat badan)dan tuju ke

sasaran Menyangga bola ➢ Bersedia dengan merendahkan badan,sebelah kaki di hadapan ➢ Mata memandang kea rah bola ➢ Luruskan kedua-dua belah tangan ➢ Kontak bola di bahagian lengan bawah ➢ Luruskan lutut apabila menyangga ➢ Sangga dengan ketinggian 2m di atas kepala ➢ Kawal bola dalam petak ukuran 2mx2m Merejam ➢ Bersedia ➢ Berlari dan melonjak menggunakan kedua belah kaki ➢ Hayun tangan,lentik badan,mata pandang bola untuk merejam(bola dilambung oleh ‘feeder’) ➢ Hayun tangan ikut lajak Mengumpan ➢ Bersedia
➢ Rendahkan badan,lutut dibengkokkan ,jari

dibuka,siku dibengkokkan atas hadapan

dahi,kedudukan kedua-dua lengan membentuk segi tiga. ➢ Kaki diluruskan ikut lajak ➢ Selepas kontek dengan bola,tangan diluruskan ikut lajak.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->