Tafsiran: “AI-Quran” ialah Imam kita dan Panduan kita.

Dalam ayat suci ini Allah Ta’ala mengajar kita supaya tiap-tiap pekerjaan yang baik hendaklah dimulakan dengan menyebut nama Allah Ta’ala, iaitu dengan membaca: , semoga pekerjaan kita itu diberkati Allah Ta’ala dan berjaya. Dengan melakukan yang demikian, bermakna kita berserah bulat-bulat kepada Allah Azza wa Jalla sesudah kita berusaha dan berikhtiar. “Allah” : ialah nama yang khas bagi Zat Tuhan Yang Wajib AlWujud, yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya. Kalimah “Allah” ini dinamakan “Lafzu’l Jalalah’’yakni kalimah yang menunjukkan “Kebesaran Allah”, dan juga dinamakan “Sultanu’l Asmaa”’ yakni “Raja segala nama Tuhan”.“Ar-Rahmaan”: (Yang Maha Pemurah), “Ar-Rahiim”: (Yang Maha Mengasihani), kedua-duanya ialah di antara nama-nama Allah (AIAsmaa’u’l Husna) yang menunjukkan bahawa Allah Ta’ala amat melimpah rahmatNya kepada sekalian makhlukNya. Puji-pujian itu ialah cara atau keadaan yang menzahirkan sesuatu sifat yang baik dan sempurna pada yang dipuji seperti kecantikan, keindahan, kejayaan, kesempurnaan, kebesaran, dan keagungan. Kerana segala kesempurnaan dan kebesaran serta keagungan dan kekuasaan itu hanya ada pada Zat Allah Yang Maha Kuasa: maka hanya Allah Ta’ala sahaja yang berhak menerima puji-pujian, sebagaimana Allah Ta’ala jua berhak memuji ZatNya sendiri. Menurut huraian Sahibul-Fadhilah Datuk Haji Muhammad Noor, Penyemak Kitab Tafsir ini: Satu-satunya jalan bagi menyatakan iman dan takwa kepada Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Kuasa, yang menguasai hari Pembalasan (hari Akhirat) ialah dengan beribadat atau memperhambakan diri kepadaNya dengan penuh rasa ikhlas dan tawadhu’.Tidak ada lain yang berhak disembah atau diperhambakan diri kepadanya selain dari Allah Yang Maha Kuasa; demikian juga tidak ada lain tempat kita memohon pertolongan iaitu dari Allah Yang Maha Pemurah. Pengertian “ibadat” secara ringkas dapat diertikan sebagai menunjukkan rasa taat setia dan perhambaan diri kepada Allah ‘Azza wa Jalla yang dikenangkan limpah kurnia kebaikanNya serta dirasai dalam hati nurani akan kehaibatan kekuasaanNya . Allah Ta’ala perintahkan supaya kita tidak menyembah selainNya, kerana Dialah sahaja Tuhan yang wajib disembah dengan sebenar-benarnya. Kita juga diperintahkan supaya hanya memohon pertolongan kepadaNya. Ayat ini seolah-olahnya bertentangan dengan ayat 2, surah Al-Maa’idah yang menyuruh manusia bertolong-tolongan antara satu sama dan dalam membuat amal kebajikan dan bertakwa kepada Allah Ta’ala. Yang bererti kita disuruh supaya meminta pertolongan sesama manusia; sementara ayat 5 dalam surah Al-Fatihah ini menyuruh supaya kita hanya memohon pertolongan kepada Allah Ta’ala semata-mata.Sebenarnya tidak ada pertentangan di antara kedua-dua ayat itu, kerana usaha dan amal perbuatan manusia adalah bergantung kepada adanya sebab-sebab yang dapat menghasilkan kejayaan itu dan ketiadaan halangan-halangan yang merintanginya.

Demikianlah kejadian alam ini, segala yang berlaku itu pada keseluruhannya adalah melalui adanya sebab-sebab dan syarat-syarat yang telah diatur oleh Allah ‘Azza wa Jalla. Manusia sebagai makhluk Tuhan telah diberikan nikmat ilmu pengetahuan melalui akal fikirannya yang waras, di samping itu diberikan tenaga kekuatan untuk mengatasi sesuatu halangan. Oleh itu, yang menjadi tanggungjawab bagi manusia ialah menggunakan segala ikhtiar dan daya usaha, meliputi cara-cara bergotongroyong dan bantu-membantu antara satu sama lain, yang disertakan dengan doa memohon bantuan dan pertolongan kepada Allah Subhaanahu wa Ta’ala. Semuanya ini adalah merupakan sebab-sebab yang telah ditentukan oleh Allah Ta’ala bagi pelaksanaan sesuatu pekerjaan. Dan segala-galanya itu tidak lain hanyalah merupakan usaha ikhtiar kita sahaja. Setelah kita berusaha dan berikhtiar maka kita serahkan pula Penentuan natijah dari usaha kita itu kepada Allah Yang Maha Kuasa. Penunjuk hidayah yang dipohonkan di sini ialah penunjuk yang disertakan dengan taufik supaya kita sentiasa berada pada jalan yang diredhai Allah Ta’ala. “Orang-orang yang dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka” ialah Nabi-nabi, Rasul-rasul dan orangorang yang beriman serta beramal salih. Dan jalan mereka, selain daripada beriman serta beramal salih ialah membimbing manusia ke jalan kebaikan dengan perbuatan-perbuatan yang baik dan perkataan yang murni serta sanggup menanggung beban dan tanggungjawab dengan penuh ikhlas, sabar dan bertakwa. Itulah dia “AsSiraatu’I Mustaqiim” (jalan yang lurus). Menurut Hadith Nabi Muhammad s.a.w.: "Orang-orang yang dimurkai" itu ialah kaum Yahudi, dan “Orang-orang yang sesat” ialah kaum Nasrani.” (Tafsir Al-Alusi, 1:90).Ada juga Ahli Tafsir yang memberikan huraian lanjut mengenainya. Menurut Sahibul-Fadhilah Datuk Haji Muhammad Noor bin Haji Ibrahim - Penyemak Kitab Tafsir ini - bahawa kesimpulannya seperti berikut: “Orang-orang yang dimurkai Allah” ialah orang-orang yang mengingkari atau menyembunyikan sesuatu perkara agama yang telah diketahuinya betul dan benar, atau orang yang tidak mahu menerima sesuatu hukum agama yang sampai kepadanya dengan keterangan-keterangan yang sah kerana beberapa sebab yang mempengaruhi jiwanya seperti: perasaan takassub atau fanatik kepada sesuatu pendapat, keinginan hendak menjaga nama dan taraf, ingatan hendak memelihara keadaan dan kedudukannya yang turun temurun, atau fikiran hendak menghormati sesuatu keadaan masyarakat. "Orang-orang yang sesat” pula ialah orang-orang yang tidak berpengetahuan agama kerana tidak berusaha untuk mempelajarinya atau orang yang pengetahuan agamanya tidak betul, kerana dipelajarinya dengan tidak menurut peraturan dan jalan yang sebenarnya. Orang-orang yang tersebut kalau mereka tidak sesat dalam urusan kebahagiaan hidup dunia kerana sihat pancaindera dan tepat pendapat akal mereka pada zahirnya, maka tak dapat tidak mereka sesat dalam urusan kebahagiaan hidup di akhirat. kerana pengetahuan agama Allah sahaja yang sanggup menunjuk dan membimbing pengikutnya kepada kebahagiaan akhirat

terdiri daripada usul ad-din dan cabang-cabangnya seperti akidah. 2. Kelebihan Fatihah jelas apabila diwajibkan dalam setiap rakaat solat seperti riwayat al-Bukhari. Nas-nas hadis yang menunjukkan banyak kelebihan surah al-Fatihah antaranya : 1.w. mengesahkannya dalam beribadat. Dua cahaya yang digembirakan oleh malaikat iaitu al-Fatihah dan penutup surah al-Baqarah seperti riwayat Muslim daripada Ibn Abbas.a. . Mekah dan Madinah sebagai menghimpun antara riwayat-riwayat. Zabur dan al-Furqan daripada surah alFatihah seperti riwayat Imam Ahmad daripada Ubay bin Ka’ab. Abu Daud. 6. INTI PATI DAN KANDUNGAN Al-Fatihah mempunyai makna-makna alQuran yang diasaskan dengan maksudmaksud secara ijmal.Al-Fatihah – Keistimewaan dan fadilatnya Oleh DR. Penyembuh penyakit seperti terkena patukan ular.w. As-Shahid Hasan al-Banna dalam risalahnya – Mukadimah fi at-Tafsir – berkata : Tiada syak siapa yang tadabbur al-Fatihah yang mulia ini pasti dapat melihat kayanya makna dan keindahannya serta 5.a. meminta pertolongan dan doa. Surah al-Fatihah termasuk surah-surah Makkiah seperti yang dinyatakan oleh alWahidi dalam Asbab an-Nuzul dan athTha’labi oleh Ibn Abi Syaibah. Ini dinyatakan al-Bukhari dan Muslim daripada Abi Said al-Khudri.w. 4. Muslim dan at-Tirmizi daripada Abu Hurairah. Tiada tandingan dan bandingan dengan mana-mana surah dan kitab seperti Taurat. ia diturunkan dua kali. Ibn Sunni. Justeru dinamakan Um al-Kitab kerana menghimpun segala maksudmaksud asas. Um al-Kitab. at-Tabarani daripada Mujahid daripada Abi Hurairah : menangislah iblis ketika diturunkan alFatihah di Madinah. Menghimpun Pendapat yang ketiga. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI SURAH ini dinamakan dengan berbagaibagai nama seperti al-Fatihah. Mempunyai tujuh ayat dengan ijmak yang bersalahan ulama pada cara bilangannya. al-Hakim yang mensahihkannya daripada Kharijah bin asSalt at-Tamimi daripada bapa saudaranya yang datang bertemu Rasulullah s. sabda Rasulullah s. Sebesar-besar surah dari segi kelebihannya seperti riwayat al-Bukhari daripada Abi Said bin Mu’alla. kala jengking dan lain-lain. Injil.w : Makanlah. dan menceritakannya. 3. Abu Said bin al-A’rabi. sama ada basmalah termasuk dalam ayat atau tidak.Selain itu memohon hidayah ke jalan yang benar di samping menetapkan iman dan jalan orang-orang solehin. sedangkan al-Alusi menyebut sebahagian ulama mengira sampai dua puluh dua nama. sama ada secara tauqif daripada nabi atau ijtihad para sahabat. Aku pun membaca al-Fatihah selama tiga hari sebanyak dua kali pada waktu pagi dan petang setiap hari. aku datang kepada Rasulullah s. Menyembuh penyakit gila seperti riwayat Imam Ahmad. Inilah sebahagian daripada fadilat alFatihah. Abu Naim dan al-Baihaqi. aku hembus ke mukanya kemudian dengan izin Allah dia sembuh dan diberikan kepadaku 100 ekor kambing. menjauhkan daripada golongan yang dimurka Allah dan yang sesat. tasyri’. iktikad dengan Hari Akhirat. siapa yang berjampi dengan bathil? Sesungguhnya kamu berjampi dengan sebenarnya. kemudian lalu di perkampungan yang terdapat seorang lelaki yang dirantai dengan besi lantas kata keluarganya : Adakah kamu boleh rawatnya. as-Sab’ai al-Masthani dan lain-lain. ibadah. kerana kamu datang daripada sahabatmu (Rasulullah s.a. Ada pendapat yang menganggap surah ini termasuk surah Madaniah berdasarkan kepada apa yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah.) yang amat baik. an-Nasa’i. beriman dengan sifat-sifat Allah yang mulia.a. Imam alQurtubi menghitung 12 nama Fatihah. dan pulang. Ibn Jarir.

kerana Allah bersifat Maha Perkasa di atas setiap sesuatu. yang bermaksud Tuhan yang diabdikan dengan sebenarnya. antara lain dapat dilimpahi cahaya pada hatinya. yang bertamadun atau tidak. Sebaliknya apabila disebut ar-Rahman atau ar-Rahim sahaja. Justeru Allah mukadimahkan ayat ini pada semua surah kecuali surah atTaubah. 4. Agama pilihan Allah bagi hamba-hambaNya yang diuji. ar-Rahman dan ar-Rahim.t : Hai manusia. Dua masa ujian.w. perasaan dan harapan doa kepada Ilahi yang diisyaratkan daripada hikmah pemilihan surah ini pada setiap rakaat solat. Hadis ini dihasankan oleh anNawawi. Tuntutan Allah terhadap hamba-Nya beribadat dan bergantung kepada-Nya tanpa sekatan dengan yang lain. 3. Ini kerana mengikut sebahagian ulama. iaitu Allah. Dicabut Dinaskan dalam hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Majah daripada Abi Hurairah bahawa Rasulullah s. Gesaan ini jelas dengan arahan Allah dalam ayat pertama yang diturunkan dalam surah al-`Alaq. surat. dalam melakukan segala pekerjaan hendaklah dimulakan dengan nama-nama-Nya yang mulia dan dijadikan sunah bagi sekalian makhluk-Nya sama ada percakapan. kitab dan hajat-hajat. kamu semua fakir (berhajat) kepada Allah. Ibn Jarir berkata : Sesungguhnya Allah mendidik nabi-Nya Muhammad s. Al-Alusi dalam kitabnya – Ruh al-Ma’ani berkata : Ulama khilaf adakah ayat ini khusus untuk umat ini atau tidak? Abu Bakar at-Tunisi menaqalkan ijma’ ulama bahawa Allah mukadimahkan setiap kitabNya dengan basmalah. As-Syeikh Abdul Rahman Habannakah alMidani di dalam kitabnya Ma`arij atTafakkur membahagikan inti pati al-Fatihah kepada empat : 1. sedangkan ar-Rahim khusus untuk ahli taat di Hari Akhirat. As-Shahid Syed Qutb dalam tafsirnya – Fi Zilal al-Quran antara lain berkata : Sesungguhnya surah ini mengandungi inti pati akidah Islamiyah tasawwur Islami. Allah adalah nama bagi zat yang wajib ada yang bergantung segala alam dengan-Nya seperti firman Allah s. ia akan terputus. Ar-Rahman dan ar-Rahim menunjukkan rahmat Allah yang meliputi sekalian makhluk.keserasiannya. maksud `terputus’ di sini adalah dicabut daripada kebaikan dan berkat. Semuanya tidak menamakan anak-anak mereka dengan nama Allah. sama-ada kepada Allah. dan Allah bersifat Maha Kaya lagi Terpuji.a. Ar-Rahman lebih umum dan di dunia ini. 2. Ar-Rahman dan ar-Rahim apabila disekalikan sebutannya memberi makna yang berbeza. Satu-satunya nama yang dikaramahkan Allah ialah nama-Nya sendiri `Allah’ yang tidak disekutukan oleh mana-mana makhluk termasuk manusia yang Islam atau bukan. ujian di dunia dalam kehidupan semenjak lahir dan hingga kiamat terhadap tuntutan Allah. bersabda yang maksudnya : Setiap sesuatu yang tidak dimulakan dengan basmalah. Dalam basmalah terdapat tiga nama Allah. Justeru dinamakan surah ini Um al-Quran kerana rangkuman segala inti pati al-Quran TAFSIR AYAT PERTAMA Basmalah maksudnya : Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.w.w. Inilah ajaib nama ini. . ayat ini untuk memohon rahmat sedangkan surah at-Taubah mengkisahkan tentang perang atau hukuman Allah. iaitu Allah menunjukkan kepada nama khas bagi zat yang Maha Suci tidak disekutukan dengan yang lain. Tuhan yang sebenar atau tuhantuhan lain yang bathil. Makna ayat ini ialah. Asas iman yang wajib diimani hambahamba Allah yang diujinya ketika berkelana di dunia secara mesti. Sebaliknya ilah menunjukkan umum. hanya sirat al-mustaqim yang dapat kemenangan yang disuruh pohon hidayah kepada-Nya. Perbezaan antara Allah dan ilah. akan memulakan menyebut nama Allah sebelum setiap sesuatu dengan memohon pertolongan kepada Allah dalam segala urusan.a. ia mewakili antara satu sama lain seperti pendapat Syeikh Abdullah Sirajuddin di dalam tafsir surah al-Fatihah.

atas wazan – fa`ill – menunjukkan banyak tetapi lafaz `Rahman’ lebih banyak hurufnya daripada `Rahim’. Ibn al-Qayyim berkata: Himpunan antara ar-Rahman dan ar-Rahim mempunyai makna yang cukup indah. `Ar-Rahman’ – sebahagian ulama menganggap khusus untuk nama Allah dan tidak digunakan sifat yang lain. al-Allamah Abu Su’ud membezakan antara sumpah dan minta berkat. Himpunan antara ar-Rahman dan ar-Rahim kerana beberapa perkara: . Kemudian beliau menambah noktah ini : Kamu hampir tidak mendapati pada mana-mana kitab. bukan Allah sahaja? Persoalan ini timbul adakah diminta harap atau doa kepada Allah atau nama Allah. Kebanyakan lafaz `Rahman’ digunakan dalam al-Quran merangkumi rahmat kepada orang Islam dan bukan Islam. Inilah yang sahih seperti kenyataan ahli tahqiq daripada kalangan mufassirin. ini kerana kenyataan seseorang dengan Allah boleh diandaikan sebagai sumpah dan juga tabarruk. Kenapa disebut dengan nama Allah. Rahman memberi makna segala nikmat yang besar. ar-Rahman atas wazan – fa’lan – untuk menunjukkan lebih dan banyak. .Penguat pujian kepada Allah dengan sifat rahmat-Nya yang memberi kesan kepada hamba-Nya. Nama ar-Rahman meliputi segala alam yang kesannya dapat dilihat dan dibuktikan. Oleh itu diletakkan nama Allah untuk membezakannya. Secara umumnya. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI AYAT ketiga (AR-RAHMAN AR-RAHIM). Supaya hamba-Nya tahu bahawa Allah Tuhan mereka bersifat Rahman dan Rahim untuk menjadikan mereka taat dan beribadah memohon kepada-Nya. Dan keputusan kaedah oleh ulama bahasa Arab bahawa bertambahnya binaan huruf menunjukkan bertambah maknanya. ihsan dan banyak kurniaan-Nya. 2. Ada pendapat yang mengatakan bahawa kedua-dua lafaz ini memberi makna yang satu kecuali yang kedua menjadi penguat kepada yang pertama. Inilah pendapat as-Sobban dan al-Jalal. Inilah khusus al-Quran. Ma`arij at-Tafakkur. tetapi Allah sendiri yang menyuruh bertawassul dengan nama-Nya. . kerana hendak diibaratkan dengan banyaknya rahmat. Inilah pendapat yang rajih mengikut ahli tahqiq. . Sedangkan makna Rahim segala nikmat yang seni lagi kecil. sedangkan ar-Rahim menunjukkan bergantungnya dengan apa yang dirahmatinya. seolah-olah yang pertama sebagai sifat dan yang kedua sebagai perbuatan.Isyarat kepada rahmat-Nya dengan mengutus nabi akhir zaman sebagai rahmat untuk sekalian alam. `Ar-Rahim’ – juga diambil daripada rahmat. hampirhampir menjadi nama khusus. justeru dengan menghayati kalimat ini menambahkan lagi ketaatan kita kepada Allah. jin dan lain-lain dicipta dengan rahmat Allah. Sedangkan lafaz `Rahim’ digunakan untuk rahmat yang khusus bagi orang yang beriman. Himpunan antara ar-Rahman dan ar-Rahim adalah di atas jalan takhsis (khusus) selepas umum.Meminta rahmat dan kasih sayang bagi menunjukkan sangat suka dengan nikmat Allah. Dua sifat ini diambil daripada rahmat. termasuk menurunkan al-Quran dan lain-lain. Justeru banyak ayat `ar-Rahim’ datang dengan ibarat `al-Ghafur’ Maha Pengampun yang tidak dapat kecuali orang yang beriman. Maksudnya : Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Hikmah dikhususkan sebutan ar-Rahman dan ar-Rahim dalam basmalah kerana beberapa perkara : 1. justeru tidaklah menjadi masalah. Ibn Jarir menegaskan. Kedua. Jawabnya : Dengan Allah. iaitu ar-Rahman menunjukkan sifat yang berdiri bagi Allah. Dan semua makhluk seperti manusia.Isyarat kepada sempurnanya rahmat Allah yang besar dan seni terhadap hamba-Nya di dunia dan akhirat. Tetapi pendapat ini daif. tidak ada di dalam al-Quran kalimah tambahan tanpa makna yang dimaksudkan. Inilah pendapat Sheikh Abdur Rahman Habannakah dalam tafsirnya. . ******************************************** * Ibadah – Matlamat asal ciptaan jin dan manusia Tafsir Al-Quran & Asbabun Nuzul Oleh DR.

Justeru amat munasabah didatangkan dengan jumlah ini untuk mengesahkan bahawa Rab ini bersifat Rahman dan Rahim. bertujuan kesungguhan prihatin dan orang Arab mendahulukan yang paling penting daripada yang penting seperti jawapan alQurtubi. Dalam ibarat yang lain – Ya Allah kepada-Mu saja kami ibadah dan kepada-Mu sahaja kami minta tolong. Jadilah ia sifat perbuatan baginya. justeru hari ini sebagai pemisah. Justeru sifat Rahmaniah dan Rahimiah dinyatakan untuk membuka ruang cita-cita hamba dalam memohon keampunan sekalipun sudah tergelincir.Makna ayat ini seperti kata Ibn Abbas : Kami ibadah kepada-Mu dan tidak ibadah kepada yang lain.Ayat keempat (MALIKI YAUMID DIN). Bahasa yang digunakan adalah ramai – kami ibadah dan kami minta tolong. Syeikh Sirajuddin berkata : Ayat ini menegaskan beberapa perkara: . AsSyahid Syed Qutb mengibaratkan ayat ini dengan gambaran yang besar lagi mendalam berhubung dengan keseluruhan iktikad Hari Akhirat yang menjadi pemisah antara dua golongan manusia yang beriman dan yang ingkar. Allah juga pemilik pada hari tersebut yang tidak disertakan oleh manamana makhluk dalam pemilikannya. Kedua-dua bacaan ini mutawatir mengikut bacaan qurra’ yang sepuluh. ikhtiar dan kudrat yang memungkinkan bagi mereka melakukan kebaikan dan kejahatan. Didahulukan kalimah `kepadamu’ daripada kalimah `kami ibadah’. seolah-olah dia berkata : Hai Tuhan. zaman dikehendaki juga dengan setiap sesuatu padanya yang maddi atau maknawi. `AdDin’ bermakna agama atau disebut hari balasan dan penghisaban Allah terhadap hamba-Nya. `Yaum’ dengan makna hari. jadilah hamba yang mukalaf mencari kebaikan dan jalan yang selamat lebih penting daripada segala-galanya. . . .Faedah sebutan ar-Rahman dan ar-Rahim selepas lafaz `Rab al-`alamin’ ialah lafaz Rab menggambarkan kebesaran. Syeikh Abdul Rahman Habannakah berkata : Dua bacaan ini saling menyempurnakan dalam menunaikan makna yang dikehendakinya.Ingatan kepada amalan yang baik kerana pasti dibalas mengikut amalan masingmasing. . masa. Boleh jadi tanggapan pandangan bahawa Rab ini amat keras tanpa kasihan belas terhadap hamba-Nya yang sudah tentu diselubungi hatinya perasaan takut dan putus asa. Maksudnya : Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. `Maliki’ dengan dipanjangkan `ma’ memberi maksud pemilik. Maksudnya : Yang menguasai hari pembalasan. iaitu digunakan `kami’ . Tirmizi. Justeru aku sertakan bersama ahli tauhid dan aku berdoa bersama mereka.” Inilah juga kenyataan Umar al-Khattab : “Hisablah (hitunglah) dirimu sebelum kamu dihisab.Ayat kelima (IYYAKA NA’BUDU WA IYYAKA NASTA`IN). Syeikh Abdullah Sirajuddin dalam tafsirnya menambah sebab yang lain. `Iyyaka na’budu’.Dalil bahawa semua hamba yang mukalaf dikurniakan Allah akal. sedangkan `ma’ tanpa dipanjangkan memberi maksud raja. Abu Hayyan dalam tafsirnya.w. sedangkan mungkin pelaku ibadah seorang saja.Hikmah yang sebenarnya kerana orang baik dan jahat tidak sama. ketua dan kuasa. fikiran. Sabda Rasulullah s. Ibn Majah dan alHakim daripada hadis Syaddad bin Aus: “Orang yang cerdik ialah orang yang sentiasa muhasabah dirinya dan beramal untuk bekalan selepas mati. di dalam hadis riwayat Ahmad. Allah pada hari tersebut adalah raja pada setiap sesuatu dengan kerajaan-Nya yang besar. Ini kerana kami semua ibadah kepada-Mu dan meminta pertolongan dengan-Mu. Bahru al-Muhit berkata : Dimulakan dengan sifat rububiyah jika Rab dengan makna ketua. tanpa sebarang sekutu dalam kerajaan-Nya walaupun dalam bentuk gambaran sekalipun. justeru terimalah doaku bersama mereka. Abi Su’ud berkata : Ini kerana pengiktirafan hamba betapa lalai dan cuainya dia ketika berdepan di pintu Raja segala Raja (Allah) yang dimintanya pertolongan hidayah secara perseorangan. As-Syahid Hasan al-Banna menafsirkan bahawa jika perkara yang demikian.” . aku hamba yang fakir lagi hina tidak layak untuk munajat-Mu secara bersendirian.a. tuan atau pemilik yang berhak diabdikan. Didahulukan yang kena buat (maf`ul) daripada perbuatan memberi maksud terbatas dan takhsis kepada ini sahaja.Ingatan kepada wujud dan benarnya hari ini sebagai pembalasan.

ditanya tentang hak Allah terhadap hamba dan hak hamba terhadap Allah. .Ibn Khatir mendefinisikan ibadah pada syarak dengan ibarat daripada himpunan kesempurnaan kasih sayang.Dengan beribadah hamba berada dalam pemeliharaan Tuhan. tahap tertinggi daripada segala ketundukan dan kepatuhan yang tidak mungkin berlaku dari segi syarak dan akal mengerjakan ibadah selain-Nya. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI AYAT keenam (IHDINAS SIRATHAL . Hadis Mu’az. seperti doa orang berbuka puasa ketika berbuka adalah mustajab kerana ia dilakukan selepas beribadah. sedangkan meminta tolong adalah permintaan mereka.Menghampirkan diri kepada Allah. tunduk. Pada syarak pula ialah: . iaitu ibadah puasa. antaranya: . ketundukan dan kepatuhan. Nabi bersabda : “Ya Mu`az. Ibadah diasaskan kepada beberapa faktor: .Dapat mengecapi kemanisan iman.Ibadah adalah hak Allah. `Ya Allah tolonglah aku untuk mengingat-Mu.Oleh kerana hamba semuanya fakir dan berhajat kepada Allah Yang Maha Kaya. . bersyukur kepada-Mu dan baik dalam beribadah kepada-Mu’.w.w. Rahsia ibadah dan kesannya: Terdapat banyak kelebihan ibadah.a. patuh dan merendah diri sepenuhnya kepada Allah s. roh dan jasad hamba menjadi sebati dalam ketaatan. . . takut dan mengharap.Dengan beribadah. mengakui dan meyakini bahawa Allah sahajalah yang layak menjadi tumpuan segala ketaatan.Pemerhatian bahawa kesemuanya itu bagi melaksanakan kewajipan hak Allah seperti hadis Muaz yang bersama Rasulullah s. .Konsep ibadah merupakan asal matlamat ciptaan jin dan manusia.w. . Meminta doa dan pertolongan kepada Allah merupakan arahan Allah dan Rasul-Nya melalui nas-nas al-Quran dan hadis.” (Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud). taat.Ibadah merupakan amanah yang besar yang dipikul oleh manusia. Ibadah pada bahasa ialah kehinaan. Kuasa dan Sempurna. ..t. . tunduk dan takut. . .pada ibadah dan meminta tolong sebagai iklan betapa berhajatnya semua untuk ibadah kepada Allah yang menciptakan mereka.Doa yang didahulukan dengan ibadah amat mustajab. aku kasih kepadamu.Mendapat kegembiraan daripada Allah. hati. . merendah diri. .Perlaksanaan hamba segala perbuatan dan perkataan yang disyariatkan Allah dengan disertakan ketaatan dan ketundukan untuk Tuhannya. tunduk patuh. ******************************************** * Sirathal mustaqim – Mengapa kita meminta hidayah? Tafsir Al-Quran & Asbabun Nuzul Oleh DR. . justeru permintaan hendaklah diadukan kepada-Nya juga. aku wasiatkan supaya jangan kamu tinggalkan selepas solat doa ini. .Ibn Jarir mendefinisikan ibadah ialah. `Iyyaka nasta`in’. Hikmah didahulukan ibadah daripada meminta tolong ialah: .Mendapat keamanan daripada Allah.Dengan beribadah dapat menukar pengabdian yang umum kepada yang khusus. justeru perlaksanaannya dengan meminta doa dan meminta pertolongan kepada Allah hingga akhir hayat. meminta tolong kepada Allah nescaya Allah menolongnya sehingga dapat ditunaikan hak ibadah dan dapat keluar daripada kezaliman dan kejahilan.Taat kepada Allah dengan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang melalui Rasulullah s.Al-Alusi pula mendefinisikan ibadah ialah.Ma’rifah kepada Allah dan iktikad keEsaannya.a.

dan hamba-Ku apa yang diminta. 4. segala keterangan agama yang berkaitan dengan akhlak hamba yang zahir dan batin dalam kehidupan dunia beribadat untuk Tuhan mereka. Zad al-Masir menyebut empat pendapat pada maksud ihdhina. tunjukkan kami sentiasa di atas sirathal mustaqim. 3. al-Hasan. Persoalannya kenapa orang Islam meminta hidayah. Selesai memuji Allah amat sesuai meminta seperti firman Allah dalam hadis qudsi : Separuh untuk-Ku dan separuh lagi untuk hamba-Ku. thabit dan tetapkan kami di atas petunjuk seperti percakapan orang Arab. Sirath dibaca dengan sad atau sin mengikut qiraat mutawatir. Tanpa dinafikan hakikat hidayah daripada Allah tetapi permohonannya hendaklah diteruskan kerana arahan Allah dan Rasulnya s. Ibnu al-Jauzi melalui tafsirnya. Sirathal mustaqim merupakan jalan Rasulullah s. 2. 3. Maksudnya.a. Kemudian meminta hajat menjadi lebih mudah ditunaikannya seperti pendapat Ibn Kathir. Begitu bahasa semua orang Arab. Maksudnya. dan .a. dibuang perkataan sentiasa seperti pendapat Ibn al-Anbari. 2. Mujahid mentafsirkannya dengan kebenaran. 3. Ilhamkan kami. 5. Jalan ke syurga seperti yang dinaqalkan daripada Ibn Abbas.MUSTAQIM). ada riwayat menyebut kitab Allah. Maksudnya tambahkan untuk kami hidayah. iaitu jalan. Di sini disenaraikan makna lain bagi sirath : 1. Dinamakan sirath kerana perjalanan mudah tanpa menelusuri kepayahan dan kesibukan. nasihat dan peringatan. yang akhirnya membawa kebahagiaan dunia dan akhirat. dan pilihan untuk hamba-Nya daripada agama. Thabit dan tetapkan kami sebagaimana pendapat Ali dan Ubay.Hidayah umum bagi semua makhluk. sedangkan mereka telah diberi hidayah? Terdapat tiga jawapan di sini : 1.w. 1. Ibn Abbas. 4. hukumhukum. Sekalipun kembali kepada satu sahaja iaitu mengikut bagi Allah dan Rasul. Kemudian ulama berselisih pada mentafsirkan sirath. ilham dan masuk ke dalam hati. 2.Hidayah petunjuk dan mengetahui kebaikan. Ibn Jarir berkata : Ijmak ummah daripada ahli tafsir semuanya bahawa sirathal mustaqim ialah jalan yang terang yang tidak bengkang bengkok. Agama Islam seperti pendapat Ibn Mas’ud. seperti riwayat Abu Soleh daripada Ibn Abbas dan pendapat Mujahid. Hidayah merupakan kurniaan Allah yang paling besar untuk hamba-Nya. Hidayah dalam al-Quran mengandungi beberapa makna : . Maksudnya : Tunjukkilah kami jalan yang lurus.a. Taufiqkan kami. dan para nabi dahulu.w.Hidayah taufiq. Kitab Allah seperti riwayat Ali daripada Nabi s. Dengan hidayah perjalanan hamba berubah daripada suasana yang penuh dengan maksiat kepada limpahan cahaya iman dan ketaatan. Tunjukkan kami. Sirathal-mustaqim ialah jalan yang dipilih Allah untuk dirinya dalam perlaksanaan segala takdir.w. . Abu al-Aliah dan lain-lain. Inilah keadaan yang paling sempurna selepas puji. Jalan yang membawa petunjuk kepada agama Allah. Yang dimaksudkan hidayah di sini ialah yang ketiga. . Lafaz sirath menunjukkan syariat. .Sirathal Mustaqim.

Keikhlasan yang benar dan tawajjuh kepada Allah Tuhan Rabbul `Alamin. Allah sendiri mentafsirkan nikmat kurniaanNya kepada golongan tertentu seperti maksud firman-Nya dalam surah an-Nisa’ ayat 69 dan 70 maksudnya : Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya). dan Allah cukup mengetahui. siddiqin. 2. Dan tidak menjaga wuduk kecuali orang yang beriman. Sentiasa istiqamah.Justeru. Hadis ini seperti kata at-Tirmizi – hasan gharib. Ibn Qutaibah berkata : Sesat ialah hairan dan menyimpang daripada kebenaran. Para orang yang baik. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya. bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.a. bersabda. disebut golongan yang terkecuali daripada mendapat nikmat iaitu ada dua golongan : 1.w. diumumkan lafaz nikmat supaya dapat dimasukkan semua.a. Istiqamahlah kamu dan jangan menghitung. iaitu para nabi. As-Syaukani berkata. Para syuhada. Ayat ini sebagai dalil bahawa sebesar-besar nikmat Allah ke atas hamba-Nya ialah nikmat hidayah dan taufiq kepada iman.w. 3. ******************************************* Amin – Penutup segala doa Oleh DR. Tafsiran ini dikuatkan dengan riwayat Abdul Razzak. iman dan istiqamah dalam kehidupan Muslim merupakan inti pati kejayaannya dalam mengikut sirathal mustaqim. Golongan yang dimurkai Allah. gabungan daripada hidayah. sabda Rasulullah s.a. Tanpa dinafikan nikmat yang cukup banyak tidak mungkin dihitung seperti yang diketahui.w. Imam Muslim meriwayatkan hadis Sufian bin Abdillah al-Thaqafi. Katakanlah. Yang demikian itu adalah kurnia daripada Allah. Para siddiqin. . Riwayat at-Tirmizi menyebut bahawa Rasulullah s. Para nabi dan rasul.w.a.. Golongan yang mendapat nikmat Allah : 1. Para solihin. Aku beriman dengan Allah kemudian istiqamah. diulangkan lagi maksudnya sebagai penguat dan tafsiran jalan yang diberikan nikmat oleh Allah. -Sirathal lazina an`amta `alaihim. Tidak istiqamah iman seorang hamba sehingga istiqamah hatinya. Ayat ketujuh (SIRATHAL LAZINA AN`AMTA `ALAIHIM GHAIRIL MAGHDHUBI `ALAIHIM WA LADDHAALIN) Maksudnya : (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka.a. Selepas diterangkan ahli nikmat. Berjalan di atas sirathal mustaqim memerlukan kepada dua perkara asas : 1. sabda Rasulullah s. 5. tentang Islam yang tidak pula ditanya kepada orang lain lagi. Riwayat Imam Ahmad dan Ibn Majah kadhi Thaubaa bahawa Nabi s. 2. thabit dan tetap dalam melakukan perkara fardu dan sunat serta menjauhi daripada yang haram dan larangan. 4. bertanya Nabi s.inilah jalan yang diiltizamkam oleh golongan yang diberikan nikmat Allah daripada kalangan nabi-nabi.w. 2. dan ketahuilah sesungguhnya sebaik-baik amalanmu ialah solat. menamakan golongan yang dimurkai ialah Yahudi dan golongan yang sesat ialah Nasara. syuhada dan orang-orang solihin.. dan tidak istiqamah hatinya sehingga istiqamah lidahnya. Golongan yang sesat. mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahkan nikmat oleh Allah. Selepas diminta hidayah sirathal mustaqim. orang-orang yang mati syahid dan orang-orang soleh. Riwayat Imam Ahmad daripada Anas. para siddiqin. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI GHAIRIL MAGHDHUBI `ALAIHIM WA LADHAALIN.

w.a. begitulah yang diharap. Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam dan lain-lain. Imam an-Nawawi berkata : Ini gesaan yang amat besar agar diaminkan. Moga-moga Allah masukkan kita dalam golongan nikmat-Nya dengan sentiasa dapat hidayah dan taufik di atas landasan yang sebenarnya. maka letakkanlah `amin’ nescaya diterima Allah bagimu.w.w. Ashab as-Sunan dan lainnya daripada Abi Hurairah bahawa Rasulullah s. Justeru layaklah laknat ditimpa ke atas Yahudi dan kesesatan bagi Nasrani. sabda Rasulullah s. Menurut sunah. Sebenarnya kedua-dua golongan ini Yahudi dan Nasara adalah sesat dan dimurkai. an-Nasai dan lainnya daripada Abi Musa al-Asy’ari.Ibn Kathir berkata : Begitulah juga pendapat Ibn Abbas. Kenapa Allah menisbahkan kepada-Nya pada nikmat. Al-Hafiz al-Munziri berkata : Dikatakan amin merupakan satu nama daripada nama-nama Allah. Mengikut riwayat Abu Daud dengan sanad yang hasan daripada Abi Zuhair an-Namiri. 2. Kelebihannya jelas berdasarkan riwayat Syaikhan. maksudnya : Perkenankanlah.a. Ia boleh dibaca panjang atau pendek mengikut bahasa Arab. Dalam riwayat Muslim. bersabda : Apabila imam menyebut amin. seperti ayat `yang telah Engkau kurnia nikmat’ tetapi pada kemurkaan dan kesesatan tidak dinisbahkan kepadaNya seperti `yang Engkau telah murka dan sesatkan ?’ As-Syeikh as-Sobuni di dalam Sofwah atTafasir menjawab : yang demikian itu untuk mengajar hamba beradab dengan Allah. Amalan Ibn Kathir membezakan antara golongan yang mendapat nikmat dengan golongan yang tidak. Hilal bin Yasaf dan Ja’far bin Muhammad. Ayat ini membahagikan tiga golongan manusia : 1. : Apabila pada ayat akhir Fatihah. Imam Ahmad dan lainnya daripada Wail bin Hujr daripada Rasulullah s. Justeru disunatkan pemisahan antaranya dengan akhir surah al-Fatihah dengan berhenti seketika. amin diertikan dengan “Ya Allah terimalah doa kami”.a. Ulama-ulama nahu menyatakan amin sebagai fi`el (nama perbuatan). selepas dibaca al-Fatihah hendaklah dibaca `amin’ berdasarkan dalil riwayat Ashab as-Sunan. ar-Rabi’ bin Anas. Mengikut ulama. yang menyuruh dibaca panjang `aamin’. Ibn Abi Hatim berkata : Aku tidak tahu di kalangan mufassirin yang menyalahi tafsiran ini. hendaklah kamu aminkan bersama. iaitu kejahatan dan keburukan tidak dinisbahkan kepada Allah secara beradab. Inilah pendapat al-Hasan dan az-Zajjaj. sahabat Rasulullah s. Golongan yang mendapat nikmat Allah. Inilah juga pendapat Mujahid. Ini kerana golongan yang tahu dan meninggalkan apa yang disuruh selayaknya dimurkai. Seperti yang dihikayatkan daripada Ibn al-Anbari daripada Ibn Abbas dan al-Hasan. iaitu jalan ahli iman berdasarkan kepada kebenaran ilmu dan beramal dengannya. kerana sesiapa yang aminnya bersamaan dengan amin malaikat. ini adalah sesat. 3. kecuali sifat yang lebih khusus murka ke atas Yahudi dan sesat bagi Nasara kerana thabit dengan nas-nas hadis dan athar. Sedangkan Yahudi melupuskan amalan dan Nasara pula hilang pedoman ilmu. Golongan yang sesat dan menyimpang daripada ajaran Allah. Golongan yang mendapat kemurkaan Allah. ¥ AMIN. Abu Daud. yang apabila mendengar orang berdoa ia berkata : . Dan dikatakan maknanya : Ya Allah perkenankan. nescaya diampunkan baginya dosa yang terdahulu. Ia kalimah yang bukan daripada al-Quran secara ijmak. berlainan dengan yang tidak mengetahui disangkanya benar tetapi bukan sebenarnya.w. Kalimah Ada pendapat menyatakan maksud amin ialah.a.

bersabda : Amin. akhlak hingga kepada tawajjuh kepadanya dalam permohonan hidayah dan istiqamah di atas jalan yang lurus. . At-Tabarani di dalam kitabnya ad-Doa’. Sifat-sifat Tuhan dipaparkan satu persatu bagi menggambarkan kekuasaan. Pengistiharan kehambaan untuk diabdikan hanya kepada-Nya sahaja. khusyuk dan menghinakan diri. dan Ibn Mardawaih dengan sanad yang daif daripada Abi Hurairah berkata : Rasulullah s. Makna dan maksud yang tinggi nilainya dan fahamannya merumuskan dasar-dasar kehidupan Muslim sama ada dari segi akidah. iman. Inilah mukjizat al-Quran. Ini boleh menolong kefahaman dan tiadalah sesuatu yang lebih manfaat untuk hati daripada membaca al-Quran dengan tadabbur dan khusyuk. Sedangkan Mazhab Hanafi dan Abu Thur menganggap tidak wajib.w. didapati kalam Allah tidak mungkin dapat difahami dengan sepenuhnya oleh akal manusia sekalipun kebijaksanaannya dikurniakan. Inilah yang diriwayatkan daripada Abdul Razzak. Justeru pendapat jumhur lebih kuat dari segi dalilnya. Mukadimah dengan sebutan nama Allah sebagai pembuka bicara dan perbuatan orang-orang Islam yang hanya bergantung kepada-Nya sahaja dalam harapan dan pertolongan. Tambahan dengan penjelasan hidayah kepada golongan yang Allah kurniakan nikmat. hadis Ubadah bin as-Somit daripada Nabi s. pemilikan mutlak dan kerajaan pada Hari Pembalasan.w.w. kecuali meminta ampun untuknya. Bacaan Fatihah menjadi syarat sah solat mengikut kebanyakan ulama seperti Malik. seperti metrai di atas surah menegah daripada dizahirkan ke tangan orang yang tidak layak. khatam Tuhan Rab al-Alamin di atas lisan hamba-hamba-Nya yang beriman. Selepas menyelami makna-makna dan maksud di sebalik tabir ayat demi ayat dalam al-Fatihah.a. Ibn Jarir dan Abu as-Syeikh daripada Ikrimah katanya : Nabi Musa berdoa sedangkan Nabi Harun mengaminkan dan Allah memakbulkan untuk kedua-duanya. Ini dikuatkan lagi dengan riwayat adDailami daripada Anas yang menyebut : sesiapa yang mengkhatamkan bacaan Fatihah dengan amin. berhenti di setiap kepala ayat (tempat waqaf) dan berilah hak-hak bacaan mengikut tajwid tanpa menyusahkan dan memayahkan diri sehingga banyak menyibukkan lafaz-lafaz daripada maknamakna. Al-Allamah al-Munawi dalam syarah hadis ini berkata : Dengan makna bahawa amin mencegah doa daripada rosak dan ditolak. kerahmatan. kebesaran. Terangkum di dalamnya kisah umat terdahulu Termakbul Ditutup dengan khatimah doa – amin. sabdanya : Tidak sah solat tanpa bacaan Fatihah. Sebaliknya meminta berlindung daripada golongan yang dimurka dan sesat dalam melayari kehidupan dan dijauhi daripada jalan-jalan mereka agar sentiasa dalam inayah Allah s. tetapi riwayat Bukhari dan Muslim. begitu juga permohonan dan pertolongan diungkap selepas lidah dibasahi dengan pujian. Orang-orang yang menghendaki sesuatu dan mengaminkannya secara bersekutu akan mendapatkannya dengan doa.khatamkanlah doamu dengan amin kerana amin seperti cop di atas surah. nescaya tidak kekal di langit malaikat yang hampir. Luahan daripada lubuk hati kesyukuran yang mutlak kepada Allah di atas segala nikmat-Nya dijelmakan dalam ayat yang kedua. Kemudian pengkhususan permohonan hidayah dilafazkan supaya sentiasa thabit di atas keimanan dan perjalanan orang-orang solihin. Justeru surah ini dinamakan Um al-Kitab kerana terkandung di dalamnya segala maksud-maksud asas. As-Syeikh Hasan al-Banna dalam penutup tafsir surah al-Fatihah mengungkap kata : Bersungguhlah kamu membaca dalam solat dan lainnya dengan perlahan dan penuh perhatian. syariat.t. semoga segala kehendak itu termakbul dan dimustajabkan Allah. Shafie dan Ahmad.a.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful