P. 1
MODUL RUMUSAN 1994-2008

MODUL RUMUSAN 1994-2008

4.33

|Views: 11,007|Likes:
Published by anon-130797

More info:

Published by: anon-130797 on Sep 13, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/01/2015

pdf

text

original

JULAI 2008 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah membaca dan

cara-cara menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 perkataan. Percambahan idea baharu dalam bentuk yang lebih tersusun dan jelas diperoleh melalui amalan membaca. Oleh sebab itulah dikatakan bahawa amalan membaca sebagai jambatan ilmu. Amalan yang baik ini dapat mengasah fikiran supaya lebih bercapah, di samping menyuburkan perkembangan jiwa seseorang. Sehubungan dengan itu, orang yang kurang membaca akan ketinggalan dalam segala bidang. Orang yang banyak membaca akan mempunyai imaginasi yang tinggi berdasarkan buku yang dibacanya. Namun begitu, berapa ramaikah rakyat negara kita ini yang mengamalkannya? Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa amalan membaca hanya dapat dilihat di institusi pengajian tinggi, di perpustakaan dan di sekolah sahaja. Berdasarkan Laporan Kajian Tabiat Membaca Rakyat Malaysia, kadar literasi atau celik huruf di negara ini ialah 93 peratus. Walau bagaimanapun, kajian itu mendapati bahawa rakyat Malaysia kini hanya membaca dua bush buku setahun. Keadaan ini masih tidak memaaskan walaupun tabiat membaca rakyat Malaysia telah bertambah baik. Satu dekad yang lalu, rakyat Malaysia hanya membaca satu halaman buku setahun. Terdapat beberapa faktor yang menjejaskan proses pembudayaan amalan membaca di negara ini. Antaranya, harga buku yang mahal, khususnya buku ilmiah yang diimport. Hal ini menyebabkan pembeli berfikir berkali-kali sebelum membeli buku. Keadaan ini banyak berlaku dalam kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi. Selain itu, sikap rakyat yang tidak menitikberatkan aktiviti keilmuan juga menjadi penyumbang kepada kadar pembacaan yang rendah. Persepsi orang ramai bahawa membaca hanya berlaku semasa proses menuntut ilmu harus dikikis. Untuk menangani persepsi yang salah itu, beberapa tindakan waj ar diambil secara berperingkat-peringkat dan berterusan. Oleh hal yang demikian, usaha ini akan menimbulkan kesedaran bahawa orang yang membaca akan memperoleh ilmu yang berguna sepanjang hayatnya dan akan sentiasa dihormati oleh orang lain. Amalan membaca ialah usaha yang dikaitkan dengan pembinaan ilmu pengetahuan dalam diri individu berkenaan. Menerusi amalan membaca, seseorang individu dapat meningkatkan penguasaan bahasanya dan membolehkan seseorang itu maju dalam kehidupannya. Amalan membaca harus dipupuk supaya usaha memartabatkan ilmu itu tidak didukung oleh sesetengah pihak sahaja. Setiap lapisan masyarakat perlu menggembleng tenaga untuk memastikan bahawa amalan membaca dapat dibudayakan. Tambahan pula, kini segala ilmu dan maklumat lebih mudah diperoleh melalui Internet. Oleh itu, hasrat kita untuk menjadi bangsa yang maju dan bermaklumat akan dapat dicapai sekiranya kita tahu menghargai dan memartabatkan ilmu melalui pembacaan.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada `Membaca Santapan Rohani dan Minda' oleh Huzaimi Baharudin, Dewan Masyarakat, Januari 2006)

NOV. 2007 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang tindakan mengatasi masalah disiplin murid di sekolah dan kesan masalah itu kepada negara. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Pada masa ini Kementerian Pelajaran Malaysia sedang berusaha untuk memperkasakan pendidikan di negara kita kerana pendidikanlah yang akan menentukan hala tuju sesebuah negara. Menerusi pendidikan juga kita akan dapat melahirkan pemimpin yang berwibawa, berkaliber dan kental jati diri. Walau bagaimanapun, hasrat mumi kementerian ini menghadapi beberapa kekangan, antaranya termasuklah masalah disiplin murid di sekolah-sekolah. Untuk mengatasi masalah ini(kementerian telah menubuhkan Jawatankuasa Petugas Khas Menangani Gejala Disiplin) Sehingga penghujung tahun 2004, sebanyak 250 pendapat awam ditenma di samping ratusan aduan yang dikategorikan dalam masalah salah laku murid. Tindakan lain yang diambil oleh Kementerian Pelajaran adalah dengan membuka talian penting dan e-mel untuk mangsa buli dan keganasan di sekolah. Dengan cara ini. Kementerian Pelajaran akan mendapat maklumat tentang masalah disiplin dengan lebih tepat. lbu bapa dan orang aware boleh membuat aduan tentang masalah disiplin mund. Selain itu, maklumat boleh disalurkan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) kepada pegawai yang bertanggungjawab. Bagi menangani masalah disiplin yang berat, pihak sekolah dibenarkan untuk mendapatkan bantuan daripada polis. Sekiranya perlu, pihak polis dibenarkan untuk menahan murid yang berada di luar kawasan sekolah pada waktu persekolahan. Kementerian Pelaj aran telah mengingatkan pihak sekolah bahawa mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib j ika menyembunyikan kes disiplin yang berlaku di sekolah masing-masing. Hal ini demikian kerana Kementerian Pelaj aran menerima laporan bahawa terdapat pihak pentadbir sekolah, terutamanya sekolah yang berstatus elit, cuba menutup kes disiplin di sekolah mereka. Sebenarnya masalah disiplin yang berlaku ini boleh ditangani menerusi prosedur yang sedia ada seperti mengenakan hukuman rotan, denda, gantung sekolah dan buang sekolah. Namun demikian, sebelum hukuman dikenakan, setiap kes itu mestilah disiasat puncanya terlebih dahulu. Tindakan ini diambil supaya kita dapat berlaku adil kepada murid tersebut kerana ada murid yang melakukan kesalahan disiplin semata-mata kerana ingin akan perhatian dan mereka sebenamya bukan penjenayah. Kita akui bahawa masa depan negara amat bergantung pada kejayaan dan kemantapan sistem pendidikan. Kemantapan ini pula bergantung pada kecemerlangan kakitangan Kementerian Pelajaran melaksanakan peranan masing-masing. Dengan itu, akan tercapailah hasrat negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada `Realiti Semasa Masalah Disiplin Pelajar' oleh Noor Khairiyati Mohd. Ali, Dewan Masyarakat, April 2005)

JULAI 2007. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan terumbu karang di Malaysia dan kaedah pemuliharaannya.. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Batu karang merupakan haiwan kecil yang ada kaitan dengan anemone laut. Setiap haiwan batu karang dinamai polip. Badannya berisi: bendalir dan kelihatan seperti plastik. Hujung mulutnya dikelilingi sesungut bersengat yang digunakan untuk menangkap haiwan air yang lalu di hadapannya. Polip menghasilkan satu rangka batu kapur keras yang mengelilinginya dalam bentuk cawan. Apabila polip itu mati, rangka yang keras itu akan terus kekal. Kejadian batu karang yang mcmbentuk terumbu karang seperti yang dapat dilihat sekarang bukan tercipta dalam masa sehari dua tetapi mengambil masa beratus-ratus tahun. Terumbu karang tercipta dalam pelbagai bentuk, saiz dan warna. Hidunan laut ini diangkap perhiasan `lantai laut' atau ‘pelangi laut'. Kira-kira 30 peratus ikan yang ditangkap di Malaysia bergantung hidup pada terumbu karang. Jika terumbu karang itu musnah, ikan-ikan kehilangan habitat dan jumlahnya akan berkurangan. Akibatnya, pendapatan nelayan terjejas dan manusia kekurangan satu sumber protein yang terbesar. Pemuliharaan terumbu karang sangat penting kerana fungsinya adalah untuk melemahkan kekuatan ombak selain penting bagi sektor pelancongan. Terumbu karang boleh memecahkan air dan menyerap atau memesongkan 90 peratus tenaga ombak. Secara tidak langsung, kewujudan terumbu karang dapat mengelakkan hakisan pantai yang serius. Dari sudut pelancongan pula, terumbu karang sentiasa menjadi tarikan pelancong. Terumbu karang yang cantik menjadi tumpuan penyelam seperti di beberapa kawasan perairan Terengganu, Kedah, Pahang, Sabah dan Sarawak. Kehadiran ramai pelancong mendorong pelbagai pihak menyediakan kemudahan yang selesa kepada para pelancong dan usaha ini membantu pembangunan di kawasan tersebut. Selain itu, suatu hal yang menarik tentang batu karang ialah penemuan terkini oleh para saintis. Mereka mendapati batu karang boleh menjadi pengganti tulang manusia kerana strukturnya yang seakan-akan tulang manusia. Tulang tiruan yang diperbuat daripada batu karang yang telah mati itu dinamakan coragraph. Penemuan ini memberikan harapan baru kepada para doktor dalam usaha menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pengganti tulang manusia. Walau bagaimanapun, terumbu karang juga tidak terlepas daripada ancaman kepupusan. Antara ancaman yang dihadapi ialah pencemaran air dan aktiviti manusia seperti pengambilan batu karang dari dasar laut dan kaedah penangkapan ikan yang merosakkannya. Oleh itu, kita pcrlu melindungi terumbu karang untuk mengelakkannya daripada musnah dan pupus. Jika kita membiarkan terumbu karang yang menjadi sebahagian daripada ekosistem maritim itu musnah, kita bukan sahaja kehilangan khazanah berharga malah turut terdedah kepada ancaman bencana alam dalam hidup kita. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada `Memulihara Terumbu Karang' oleh Anida Salwani, Berita Harian, 13 November 2001)

NOV 2006

Baca petikan dibawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara melahirkan masyarakat berbudi bahasa dan kesan terhakisnya amalan berbudi bahasa dalam masyarakat. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Sejak zaman-berzaman, generasi tua terasuh dengan budaya dan adat sopan yang menitikberatkan nilai-nilai budi dalam setiap perbuatan dan perbualan. Mereka sentiasa meletakkan budi bahasa sebagai pelengkap kehidupan berhemah. Budi bahasa lazimnya merujuk kepada tutur kata, kelakuan dan sopan santun yang meliputi akhlak mulia. Untuk menyuburkan amalan yang mulia ini, kerajaan melancarkan Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni. Justeru, kesedaran sivik masyarakat umum mestilah ditingkatkan oleh semua pihak untuk melahirkan warganegara yang berhemah tinggi. Sementara itu, amalan berterima kasih hendaklah disuburkan semula. Alangkah eloknya tradisi dalam masyarakat silam ini diamalkan secara menyeluruh di mana-mana sahaja pada setiap masa. Dalam kehidupan bermasyarakat, nilai kerjasama dan tolongmenolong tidak boleh diabaikan. Amalan ini akan menyemai perasaan hormatmenghormati di samping mengeratkan hubungan sesama anggota masyarakat. Antara amalan harian yang perlu kita lakukan untuk mengembalikan warisan silam itu termasuklah budaya berbahasa yang sopan dan berakhlak mulia. lbu bapa bertanggungjawab dalam mendidik dan membentuk sahsiah anak-anak supaya membesar dengan akhlak yang terpuji. Cabarannya hebat kerana ibu bapa kini terhimpit oleh tuntutan kerjaya masing-masing. Pada peringkat sekolah pula, guru-guru perlu mendidik murid mereka supaya berbudi bahasa dan mengamalkan nilai-nilai murni kerana banyak masa murid dihabiskan di sekolah. Satu langkah drastik yang dilakukan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia adalah dengan memperkenalkan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Oleh sebab itu, amalan berbudi bahasa wajib kita laksanakan baik di sekolah atau di rumah. Malahan amalan ini perlu dihayati dan diamalkan oleh seluruh rakyat. Dengan perkataan lain, setiap orang bertanggungjawab dalam mengekalkan nilai budi bahasa itu. Jika hal ini dapat diwujudkan, maka usaha untuk mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020 akan berhasil kerana nilai-nilai murni merupakan satu daripada ukuran kemajuan bangsa dan negara. Budi bahasa dan amalan murni tidak dapat bercambah tanpa usaha untuk memupuknya. Rakyat dan kerajaan mesti berusaha beruama-sama untuk mewujudkan masyarakat yang berhemah tinggi dan berbudi bahasa. Untuk tujuan itu, kita perlu ingat-mengingatkan supaya amalan murni yang kian terhakis itu menjadi amalan pada setiap masa. Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni merupakan kemuncak tindakan kerjaan untuk menerapkan amalan mulia ini dalam fikiran, perilaku dan hati budi warganegara Malaysia dalam pelbagai lapisan masyarakat. Kempen ini diharapkan dapat meneguhkan keperibadian dan mempamerkan jati diri dan imej rakyat Malaysia yang positif kepada masyarakat antarabangsa.

JULAI 2006 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kelebihan kcrja berpasukan dan cara-cara pemimpin membentuk kerja berpasukan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Bcgitu banyak pcribahasa Melayu yang mengingatkan kita tentang betapa pentingnya amalan bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu kerja. Antaranya termasuklah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing dan bukit sama didaki, lurah sama dituruni. Konsep bekerjasama inilah yang menjadi asas kepentingan kerja berpasukan dalam organisasi yang bermula pada awal abad kc-18, selcpas berlakunya revolusi perusahaan dan berkembang sehingga sekarang. Sebclum revolusi perusahaan, pengurusan dan pentadbiran organisasi dilakukan oleh pekerja yang mendapat arahan daripada ketua mereka. Mereka tidak berpeluang untuk memberikan pendapat atau berbincang tentang kerja yang hendak dilaksanakan. Sebaliknya, pekerja diarah seperti robot yang dikawal. Lauza (1985) telah mendefinisikan kerja berpasukan sebagai kumpulan yang terdiri daripada beberapa individu yang bekerja secara bersama-sama dan kejayaan seseorang pekerja bergantung pada kejayaan kumpulan. Pemimpin atau pengurus yang berjaya membentuk dan mengemudikan kerja berpasukan dengan berkesan akan dapat melahirkan organisasi atau institusi yang produktif dan cemerlang. Antara kebaikan kerja berpasukan ialah kerja atau tugas yang dipertanggungjawabkan akan menjadi lebih mudah dan berkesan, di samping dapat mewujudkan suasana persekitaran kerja yang harmonis dan menyeronokkan. Kerja berpasukan juga menyebabkan terbentuknya komunikasi berkesan antara ahli kumpulan. Apabila sesuatu tugas dan tanggungjawab diamanahkan kepada sesebuah kumpulan, maka ahlinya akan memulakan perbincangan sama ada secara formal atau tidak formal. Langkah ini merupakan asas komunikasi yang berkesan dalam kumpulan. Semasa perbincangan akan muncul lontaran idea di samping pendapat pro dan kontra tentang sesuatu isu. Langkah ini akan menghasilkan satu keputusan yang dipersetujui secara kolektif tentang cara untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka. Keputusan kolektif ini juga akan menjadi pemangkin kepada ahli kumpulan untuk memberikan komitmen mereka terhadap tugas dan tanggungjawab yang akan dilaksanakan. Antara prinsip kcrja berpasukan ialah komunikasi yang kerap, berkesan dan berterusan. Secara tidak langsung, hal ini akan mewujudkan hubungan yang baik dan akrab dalam kalangan ahli. Kekerapan berinteraksi sesama ahli akan memberikan peluang kepada mereka untuk saling mengenali, mengetahui dan memahami kelebihan dan kekurangan masing-masing. Akhirnya akan tcrcctuslah perasaan hormat-menghormati dan bekerjasama sesama mereka. Apabila terdapat rakan yang tidak dapat menyertai kumpulannya kerana masalah tertcntu, tugas yang ditetapkan masih dapat dilaksanakan oleh ahli kumpulan yang lain. Kerjasama dalam kumpulan kerja juga dapat mendorong ahli mencapai visi dan misi yang pasti akan membantu kecemerlangan organisasi tcrsebut.

NOV 2005 Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah hidup berjiran dan cara-cara memupuk semangat kejiranan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemantapan dan keutuhan hubungan dalam setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri masyarakat yang berkualiti. Semangat kejiranan dapat memainkan peranan yang amat penting dalam menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni. Jiran ialah orang yang tinggal paling hampir dengan tempat kediaman kita. Segala perkara yang berlaku pada diri kita terlebih dahulu diketahui oleh jiran. Oleh itu, jiran merupakan orang yang paling mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana. Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak berwajib atau sanak-saudara. Jiran yang berbeza latar belakang pekerjaan, pendidikan, agama dan budaya akan memberikan manfaat yang besar kepada kita. Hal ini kerana mereka memiliki pengetahuan dan kemahiran yang boleh kita kongsi bersama-sama. Di samping itu, jiran yang sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamatan setempat daripada sebarang ancaman seperti kecurian, penyalahgunaan dadah dan budaya samseng. Segala perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah dengan semangat kerjasama dan keprihatinan sesama jiran. Gejala sosial seperti khalwat, penderaan kanak-kanak dan kes-kes jenayah dapat dibendung jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkannya kepada pihak berkuasa. Kita perlu bertindak sekalipun gejala tersebut tidak menimpa ahli keluarga sendiri. Setiap ahli masyarakat seharusnya beringat sebelum terjadi sesuatu yang buruk, bak kata pepatah, `sediakan payung sebelum hujan'. Jiran yang hidup dalam suasana berkerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain sudah semestinya dapat menjana program yang menyumbang kebajikan kepada masyarakat setempat. Rahsia kejayaan program ini terletak pada persepakatan dan persefahaman yang mantap sesama jiran. Perpaduan ialah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam keadaaan aman dan damai. Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya memupuk semngat toleransi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka. Sekiranya hal ini diabaikan, maka lambat-laun akan tercetuslab bibit-bibit permusuhan yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan. Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Hanya negara yang makmur dan sejahtera sahaja yang akan dapat meneruskan agenda pembangunan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

JULAI 2005
Baca petikan di bativah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara

menguruskan tekanan dan kepentingan pengurusan tekanan kepada individu. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Tekanan didefinisikan sebagai situ tindak balas mental dan fizikal terhadap pengalaman pahit atau sukar yang dialami oleh seseorang. Tekanan yang berterusan akan memberikan kesan buruk terhadap mental, emosi dan jasmani.Oleh itu, tekanan perlu diurus dengan baik supaya tindakan-tindakan yang terhasil merupakan tindakan yang mencerminkan kebijaksanaan dan bukan tingkah laku melulu yang memalukan. Ekoran itu setiap individu perlu mengetahui caracara menguruskan tekanan dengan baik supaya tekanan tidak menguasai diri mereka. Pepatah ada mengatakan bahawa mencegah lebih baik daripada mengubati. Kita perlu mengelakkan gejala ini sebelum terlambat dengan mengamalkan budaya hidup sihat, bukan sahaja dari segi pemakanan tetapi juga dari segi pergaulan. Beriadah merupakan salah satu amalan budaya hidup sihat. Aktiviti ini membolehkan seseorang itu mendapat tidur yang berkualiti dan menghindarkan kemurungan serta meningkatkan daya tahan. Kita juga perlu membuang segala perasaan buruk dan sentiasa berfikiran positif. Hal ini dapat dilakukan dengan memberikan kata-kata perangsang yang dapat meredakan perasaan negatif supaya kita berada dalam keadaan yang lebih terkawal dan seimbang. Walau bagaimanapun, jika kita gagal berbuat demikian, kita boleh memikirkan hikmah atau kebaikan di sebalik perkara-perkara buruk itu. Seseorang itu dapat menegaskan kepada dirinya bahawa seteruk mana sekalipun sesuatu perkara itu menyakitkan hatinya, bukan bererti dunia telah berakhir dalam hidupnya. Kita hendaklah memahami bahawa kitalah yang bertanggungjawab menentukan emosi kita. Oleh itu, kita hendaklah ingat bahawa perasaan marah tidak memberikan keuntungan, sebaliknya keadaan diri sendiri akan menjadi lebih buruk. Tekanan juga boleh diatasi dengan cara memikirkan perkara-perkara yang menggembirakan kehidupan kita. Contohnya, seseorang itu boleh mengimbau kejayaankejayaan yang telah dicapai selama ini kerana dengan berbuat demikian, dia berasa lebih yakin dan mampu menghadapi cabaran. Penglibatan diri dalam kegiatan kemasyarakatan dapat menghindarkan tekanan dalam diri kita. Pergaulan dalam masyarakat membolehkan kita tidak keseorangan dalam menghadapi masalah hidup. Oleh itu, luahkan masalah tersebut kepada orang yang boleh dipercayai secara terus-terang dan tidak menyimpannya dalam hati kerana masalah yang dipendam akan menjadi racun yang membunuh secara senyap. Berjenaka juga dapat mengurangkan kerunsingan kerana dengan ketawa seseorang dapat melupakan masalah yang dihadapinya. Di samping itu, kita perlu kembali kepada kepercayaan agama masing-masing supaya dapat menenangkan fikiran dan emosi. Kita perlu sedar bahawa masalah hati tidak dapat diatasi sekiranya kita lemah dalam penghayatan agama.

JULAI 2004 : Diubahsuai daripada arahan soalan yang asal. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang masalah yang dihadapi oleh sektor perubatan awam di Malaysia dan cara-cara mengatasinya.. Panjang rumusan hendaklah ticlak melebihi 120 perkataan. Pertumbuhan pesat pusat-pusat perubatan swasta di negara ini telah mewujudkan fenomena penghijrahan kakitangan perubatan dan kesihatan dari sektor awam ke sektor swasta. Penghijrahan ini bukan sahaja melibatkan doktor dan doktor pakar malah turut melibatkan jururawat dan juruteknik. Keadaan yang berlaku ini sudah tentu menimbulkan masalah kekurangan tenaga kerja di hospital kerajaan. Penghijrahan ini menjejaskan mutu perkhidmatan kesihatan untuk rakyat, terutama yang berpendapatan rendah dan tidak mampu mendapatkan perkhidmatan di pusat perubatan swasta. Jika kita tinjau hospital-hospital di luar bandar khususnya, bilangan doktor di sini jauh daripada cukup dan tidak dapat memenuhi keperluan orang ramai. Fenomena tidak cukup doktor nampaknya sudah berlarutan sejak sekian lama walaupun setiap tahun ribuan doktor telah lulus dari pusat pengajian tinggi di dalam dan di luar negara. Menurut Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), sebelum tahun 1980, kira-kira 45% doktor berkhidmat di sektor swasta. Namun, semenjak tahun 1980 apabila kerajaan menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam perkhidmatan perubatan dan kesihatan, jumlah doktor yang berhijrah semakin meningkat. Antara tahun 1983 hingga tahun 1997, bilangan hospital swasta, wad ibu bersalin dan pusat latihan kejururawatan bertambah daripada 119 buah kepada 216 buah. Kebanyakan pusat rawatan ini hanya terdapat di bandar besar dan menyediakan perkhidmatan untuk penjagaan sekunder dan tertiari. Pada pertengahan tahun 90-an pula, terdapat 55% doktor yang berdaftar telah berkhidmat di sektor swasta. Universiti Sains Malaysia telah kehilangan 19 orang tenaga pengajar fakuiti perubatan pada tahun 1988. Pada tahun 1998, kekurangan tenaga dan kualiti tenaga pengajar juga turut menjadi isu. Persatuan Perubatan Malaysia menganggarkan bahawa terdapat kira-kira 30% jawatan doktor di hospital awam yang masih belum diisi. Malah terdapat juga kekurangan kakitangan dalam bidang paramedik. Perkembangan pesat pusat perubatan swasta telah menggalakkan perpindahan doktor kanan dan doktor pakar dari hospital kerajaan. Perpindahan ini disebabkan oleh hasrat mereka untuk mendapatkan gaji yang lebih baik dalam sektor swasta. Keadaan ini menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan sumber tenaga manusia dalam sektor perubatan awam. Perpindahan doktor kanan dan doktor pakar ini turut menjejaskan latihan untuk bakal doktor pakar dan menjejaskan perkhidmatan perubatan yang kebanyakannya dilaksanakan oleh doktor-doktor dalam perkhidmatan awam.

NOV 2004 Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faedah penubuhan badan khas bagi membantu pesakit kronik dan sebab-sebab penubuhannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 perkataan. Dari masa ke masa kita dihadapkan dengan kes-kes pesakit kronik yang merayu simpati orang ramai supaya memberikan bantuan kewangan bagi membolehkan mereka mendapatkan rawatan segera. Kita berbangga kerana ramai dermawan yang sanggup memberikan sumbangan kemanusiaan seumpama ini. Namun begitu, cara ini bukanlah langkah yang terbaik dalam kalangan masyarakat penyayang. Hal ini demikian kerana pesakit-pesakit kronik yang memerlukan rawatan segera terpaksa meminta bantuan daripada individu atau dermawan tertentu. Golongan pesakit kronik ini juga biasanya berusaha untuk mendapatkan bantuan daripada orang ramai melalui media elektronik atau media cetak. Kita percaya bahawa adalah lebih wajar diwujudkan badan khas untuk membolehkan pesakit-pesakit kronik mendapat bantuan kewangan. Badan khas ini juga dapat membiayai rawatan segera supaya mereka tidak perlu membuat rayuan kepada orang ramai. Di samping itu, orang ramai atau badan-badan yang ingin menderma dapat menyalurkan sumbangan secara sistematik kepada badan berkenaan supaya dapat disampaikan kepada pesakit kronik yang memerlukan bantuan. Kita percaya bahawa dengan cara ini, bantuan akan dapat disalurkan secara lebih tersusun, terhormat dan telus. Pesakit kronik pula tidak perlu memainkan sentimen simpati orang ramai melalui media. Dengan cara ini, gagasan masyarakat penyayang akan dapat dilihat lebih adil, proaktif dan komprehensif. Semua penghidap penyakit kronik akan memperoleh manfaat dan bukan hanya pesakit kronik yang mempunyai kedudukan tertentu sahaja. Namun begitu, orang ramai yang ingin menyumbangkan derma secara langsung kepada individu tertentu masih boleh berbuat demikian. Sumbangan mereka ini haruslah digalakkan. Langkah mereka akan mengurangkan beban badan yang dicadangkan supaya badan ini dapat menumpukan perhatian kepada golongan yang tidak berupaya untuk mendapat bantuan daripada pihak lain. Dalam pada itu, kita sedar bahawa telah wujud banyak badan kebajikan dan badan amal, baik yang ditubuhkan oleh kerajaan mahupun yang ditubuhkan orang ramai. Kita harus bersyukur kerana badan-badan ini telah banyak memberikan sumbangan kepada kebajikan rakyat di negara ini. Namun begitu, jika ada dasar penyelarasan yang lebih berkesan, kita percaya lebih banyak anggota masyarakat yang memerlukan bantuan akan mendapat manfaat. Sememangnya kerajaan dan badan-badan amal tidak akan dapat membantu semua orang yang memerlukan bantuan tersebut. Kita berharap agar penyelarasan yang berkesan akan mampu memberikan manfaat kepada golongan yang berkenaan seluas-luasnya. Penubuhan badan ini dapat menentukan keperluan bantuan sebenar pesakit dari segi jenis, kos dan tempat rawatan. Secara tidak langsung, badan ini dapat memastikan bahawa wang yang disumbangkan itu dimanfaatkan sepenuhnya. Sesungguhnya, kewujudan masyarakat penyayang yang mampu melindungi kebajikan anggotanya yang daif merupakan salah satu ciri penting sesebuah negara penyayang.

JULAI 2003 : Diubahsuai daripada arahan soalan yang asal Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kekangan yang akan dihadapi untuk memberi kuasa polis bantuan kepada pihak pentadbir sekolah dan faedahfaedah memberi kuasa tersebut. Panjang rumusan hendaklah tidak melehihi 120 patah perkataan. Cadangan memberikan kuasa polis bantuan kepada pengetua atau guru disiplin pernah dibangkitkan ketika isu masalah sosial di kalangan pelajar hangat diperkatakan. Syor itu dibuat kerana guru disiplin dikatakan takut bertindak terhadap pelajar nakal kerana bimbang akan keselamatan diri mereka terancam. Dengan adanya kuasa polis bantuan itu, guru disiplin atau pengetua boleh bertindak seperti anggota polis, termasuk menahan reman pelajar yang terbabit dalam kegiatan yang bertentangan dengan undang-undang sehingga selesai siasatan. Walau bagaimanapun cadangan itu mendapat bantahan daripada ibu bapa atas alasan penggunaan kuasa polis bukan jalan penyelesaian terhadap masalah disiplin pelajar. Mereka berasa tindakan menakutkan pelajar tidak mendatangkan kesan yang mendalam, sebaliknya pelajar perlu diberi kesedaran mcnerusi nasihat, rundingan dan kaunseling. lbu bapa jua bimbang akan berlakunya penyalahgunaan kuasa oleh pengetua dan guru disiplin. Persatuan guru pula beranggapan bahawa pengetua dan guru disiplin yang diberi kuasa polis bantuan akan sentiasa terikat dengan undang-undang dan prosedur polis, sedangkan pada masa yang sama mereka terikat pula dengan peraturan Kementerian Pendidikan. Kesannya pengetua menghadapi dilema dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab kepengetuaan. Hal ini bukan sahaja menambah beban tugas pengetua bahkan juga mencetuskan pelbagai kerumitan. Walaupun langkah ini boleh dilihat sebagai salah satu usaha mumi antara pihak polis dan Kementerian Pendidikan untuk membendung masalah disiplin di sekolah namun pemilik kuasa ini juga terdedah kepada tindakan undang-undang oleh ibu bapa dan penjaga yang kurang berpuas hati dengan tindakan yang dikenakan terhadap anak-anak mereka. Dalam pada itu, kedua-dua pihak ini perlu mencari titik pertemuan yang berkaitan dengan peruntukan undang-undang, jenis kuasa polis, had serta tanggungjawab pengetua dan guru disiplin ketika melaksanakan kuasa polis bantuan itu. Satu lagi persoalan yang timbul ialah bahawa kebanyakan guru disiplin dan pengetua tidak mempunyai pengetahuan ilmu undang-undang yang mendalam sebelum boleh menerima kuasa itu. Jadi adakah mereka mampu dan berani bertindak dalam keadaan yang sedemikian. Para guru juga akan beranggapan bahawa langkah ini hanya akan menunjukkan kegagalan mereka dalam mendidik para pelaiar menjadi insan yang sempuma sebagaimana yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hal ini akan mencalar imej mereka sebagai pendidik menurut kaca mata masyarakat. Walau apapun alasannya, cadangan ini haruslah dihalusi sebelum dilaksanakan agar pelaksanaannya dapat diterima oleh semua pihak dan mencapai matlamat sebagaimana yang diharapkan.

NOV 2003 : Diubahsuai daripada arahan soalan yang asal. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan pelabelan makanan dan hak-hak pengguna. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Pelabelan makanan ialah keterangan tentang tahap kandungan nutrien yang terdapat pada label makanan. Hal ini merupakan keterangan yang benar tentang kualiti pemakanan bahan makanan tersebut. Peraturan makanan sekarang yang dikenal sebagai Peraturan Makanan Malaysia 1985 tidak mewajibkan pelabelan makanan pada setiap makanan. Perkara ini termasuklah makanan yang bertujuan khusus seperti susu formula bayi dan makanan berasaskan bijirin untuk bayi dan kanak-kanak. Pelabelan makanan memberikan keterangan tentang kandungan nutrien setiap makanan yang dikeluarkan. Langkah ini dapat membantu pengguna membuat pilihan yang lebih bijak tentang makanan yang hendak dibeli. Pada masa yang sama, usaha ini merupakan cara untuk memberitahu pengguna tentang kualiti sesuatu bahan makanan. Makanan yang diperkaya dengan vitamin atau mineral tertentu perlu ada keterangan tentang jumlah nutrien pada labelnya. Bagi makanan di pasaran yang didapati mempunyai pelabelan makanan, kebanyakan label berkenaan diletakkan sendiri oleh pengeluar secara sukarela. Walau bagaimanapun, tidak terdapat sebarang pelarasan dari segi format yang digunakan untuk menerangkan kandungan nutrien dalam makanan. Adakala berlaku kesilapan pada pelabelan nutrien itu. Di kebanyakan negara, pelabelan makanan tidak diwajibkan. Namun, kini banyak negara yang sedang mengkaji keperluannya kerana pelabelan makanan memainkan peranan penting dalam memajukan industri makanan. Pelabelan makanan dapat menyokong aktiviti pendidikan pemakanan kerana langkah tersebut menggalakkan penggunaan prinsip makanan dalam pemilihan makanan. Secara langsung, hal ini dapat membantu suri rumah menyediakan sajian yang bermutu dan seimbang untuk keluarga. Tindakan ini juga membolehkan pengeluar makanan dan peruncit mengutamakan kandungan zat makanan dalam setiap produk yang dikeluarkan dan dijual kepada pengguna. Kriteria dalam pemilihan makanan yang akan diwajibkan pelabelan ialah kekerapan produk makanan itu digunakan, jumlah kuantiti yang dimakan dan pentingnya produk makanan tersebut. Tenaga, protein, karbohidrat, dan lemak merupakan aspek penting dalam pelabelan makanan. Maklumat tentang nilai tenaga perlu diberikan sebagai kilokalori setiap 100g atau setiap 100 ml makanan atau setiap bungkus makanan jika bungkusan itu hanya terdiri daripada satu hidangan. Maklumat tentang jumlah protein, karbohidrat, dan lemak dalam makanan perlu dinyatakan dalam setiap 100g atau setiap 100 ml atau setiap bungkus jika bungkusan itu hanya terdiri daripada satu hidangan. Secara tidak langsung, keadaan ini akan menggalakkan pengguna membeli makanan yang berkhasiat dan sesuai dengan keperluan mereka.

JULAI 2002 : Diubahsuai daripada arahan soalan yang asal. Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang peranan Industri Kecil dan Sederhana dalam pemhungunan ekonomi negara dan langkah-langkah memajukannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Industri Kecil dan Sederhana (IKS) merupakan satu daripada kegiatan ekonomi negara yang penting. Oleh sebab itu, Malaysia perlu mengambil lebih banyak inisiatif bagi merancakkan lagi pertumbuhan industri ini selain memberi penekanan kepada pembangunan industri berat. Perkembangan industri kecil amat penting dalam konteks pembangunan sesebuah negara. Pembangunan IKS mempunyai kepentingan yang amat luas bagi membolehkan Malaysia wujud sebagai negara perindustrian yang dinamik. Selain menyediakan keperluan dalam negara, IKS juga boleh menumpukan usahanya kepada mengeksport pelbagai jenis barangan industri. Orientasi kepada penggantian import boleh mengurangkan pengaliran wang ke negara lain. Malaysia mengimport pelbagai jenis barang industri dari luar negara termasuk alat ganti kenderaan, bahan makanan, alat-alat elektronik dan alat-alat pertanian. Alat-alat ini boleh dibuat sendiri dengan menggunakan bahan-bahan tempatan sekiranya IKS dapat dibangunkan. Langkah ini amat penting bagi menjadikan Malaysia tidak terlampau bergantung kepada barangan import yang semakin membebankan negara dari segi pertukaran mata wang. Pembangunan industri berat yang berlaku di negara ini terutama industri besi dan keluli, industri motor, petroleum. elektronik dan percetakan boleh mendorong perkembangan IKS. Di samping itu, IKS juga dapat membantu kerajaan mengukuhkan sektor perindustrian negara. Pemindahan kepakaran teknologi boleh berlaku sekiranya industri berat dapat meluaskan skim latihannya kepada IKS. Sekiranya Konsep Payung dapat diwujudkan dalam konteks pembangunan industri berat dengan IKS maka peranan industri berat akan lebih terserlah dari segi mengukuhkan perkembangan IKS. IKS terus berkembang dalam mencorakkan struktur ekonomi negara. Melalui Dasar Perindustrian Negara, IKS telah melahirkan golongan industrialis yang berwibawa dan dapat memainkan peranan positif dalam usaha Malaysia menjadi negara industri. IKS dalam tempoh jangka panjang boleh berkembang dan beransur-ansur menjadi industri berat. Negara membangun seperti Malaysia perlu menyediakan pelbagai insentif bagi membangunkan IKS tempatan. Dengan perkembangan ekonomi yang pesat pada abad ke-21 dan selaras dengan Wawasan 2020, Malaysia telah merangka Pelan Induk Pembangunan Industri yang melibatkan pembangunan pelbagai bentuk dan jenis industri agar setanding dengan negara-negara maju. Melalui Pelan Induk Pembangunan Industri ini adalah diharapkan hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian akan dapat dicapai dengan lebih cepat sebelum tempoh yang ditetapkan.

NOV 2002 Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah untuk meningkatkan penggunaan teknologi maklumat di kalangan kakitangan kerajaan dan masalah-masalah yang dihadapi. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Kini terdapat pendedahan oleh beberapa pihak bahawa ada kakitangan kerajaan yang enggan menggunakan kemudahan teknologi maklumat di jabatan masing-masing. Perkara seumpama ini tidak harus dibiarkan berterusan dan kakitangan kerajaan yang terlibat harus memandang serius pendedahan tersebut.. Menyedari hakikat ini, kerajaan bertindak mengadakan pelbagai kempen kesedaran di kalangan kakitangan. Kesannya, sebahagian kakitangan kerajaan mulai sedar akan kepentingan teknologi maklumat dan telah berjinak-jinak menggunakan komputer. Mereka mula mengubah sikap dan menganggap penggunaan teknologi maklumat bukan lagi membebankan sebaliknya membantu mereka menghadapi cabaran dan perubahan. Sementara itu, ketua-ketua jabatan pula mula mengenal pasti kakitangan di jabatan masing-masing yang belum menguasai kemahiran komputer ini dan merangka program untuk mendekatkan mereka dengan alat-alat ini melalui pelbagai kursus. Kita faham bahawa terdapat sebahagian kakitangan kerajaan yang tidak begitu positif pandangannya terhadap teknologi maklumat ini. Mereka lebih selesa menggunakan alat-alat dan cara lama. Menyedari hal ini, kerajaan bertindak menggantikan peralatan lama dengan peralatan canggih dan mereka terpaksa belajar menguasainya supaya dapat melaksanakan kerja dengan mudah seperti orang lain. Di samping itu, kerajaan menggalakkan penggunaan e-mail dalam urusan pentadbiran. Urusan pendaftaran, pembayaran dan sebagainya yang dilakukan secara e-mail dapat menjimatkan masa dan kos. Tindakan ini mendorong kakitangan kerajaan memahirkan diri dengan internet.. Perkara ini perlulah dipandang serius kerana keperluan teknologi maklumat dalam pentadbiran sudah banyak dan lama dihebahkan oleh kerajaan. Sesiapa yang tidak menyertainya sudah pasti akan ketinggalan. Keadaan ini akan menjejaskan keupayaan daya saing negara dan menggagalkan usaha untuk mewujudkan kerajaan elektronik. Dengan itu, tidak patut mana-mana kakitangan kerajaan ketinggalan dalam perkembangan teknologi maklumat. Bagi mengatasinya, kerajaan telah mula mengambil kakitangan baru yang mempunyai kemahiran komputer. Kerajaan sudah melakukan pelbagai usaha besar untuk menyemai budaya teknologi maklumat. Pada peringkat negara, usaha ini merangkumi penubuhan Koridor Raya Multi Media dan menggalakkan pemilikan komputer peribadi melalui kelonggaran mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk tujuan tersebut. Negara sedar bahawa masa depan dunia terletak pada pengurusan maklumat, lebih-lebih lagi gagasan k-ekonomi menghendaki peningkatan keupayaan teknologi maklumat di kalangan masyarakat dan rakyat di negara ini. Selain itu, Unit Pemodenan Pentadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU) telah merangka program yang sesuai supaya kakitangan kerajaan menguasai teknologi maklumat. Sesungguhnya kemakmuran masa depan negara terletak pada keupayaan rakyatnya termasuk kakitangan kerajaan menguasai teknologi maklumat..

NOV 2001 Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang tanggungjawab penulis dan cabaran-cabaran yang akan dihadapi. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Penulis sebenarnya memikul tanggungjawab yang sangat berat dalam mencorakkan cara berfikir dan bertindak anggota masyarakat. Ini kerana hasil tulisannya sama ada yang diterbitkan dalam media cetak atau media elektronik, secara langsung atau tidak langsung memberikan kesedaran, bimbingan dan tunjuk ajar kepada masyarakat. Untuk mencetuskan perubahan dan mengajak masyarakat ke arah kebaikan, penulis perlulah terlebih dahulu memupuk dan menjiwai kebaikan dalam kehidupannya. Jika penulis sendiri mengalami penjajahan fikiran dan jiwa, maka tulisannya tidak akan dapat menjurus ke arah kebaikan. Mustahil penulis boleh mendidik jiwa dan pemikiran masyarakat jika dia sendiri tidak terdidik. Masyarakat akan hilang keyakinan kepada mereka dan proses pembangunan negara akan terencat kerana masyarakat mengalami krisis nilai yang gagal ditangani oleh penulis. Mesej kebenaran dan kebaikan dapat disampaikan melalui seruan yang berhikmah dan pengajaran yang baik. Oleh sebab itu, penulis mestilah terlebih dahulu berubah kepada kebaikan atau berusaha ke arah itu. Jika tidak, kayu yang bengkok tidak akan menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Penulis bukanlah peniaga yang sangat terikat oleh kehendak komersial untuk melariskan jualannya. Justeru itu, penulis sekali-kali tidak boleh merosakkan masyarakat dengan menghidupkan sesuatu yang diminati dan ada nilai komersial sehingga menghancurkan akhlak dan budi pekerti. Tulisan berunsur gosip-gosip liar, lucah dan skandal memang laris tetapi hakikatnya boleh merosakkan jiwa dan pemikiran. Wajarkah penulis 'mencari makan' dengan cara ini? Sebagai pemimpin tidak rasmi, mereka mestilah berusaha menyelesaikan masalah yang berlaku dalam masyarakat dengan buah fikirannya yang bernas dan memberikan formula penyelesaian melalui tulisan mereka dengan perantaraan media massa yang ada. Tanpa usaha bersungguh-sungguh oleh penulis, sudah pasti krisis nilai yang berlaku dalam masyarakat akan berterusan. Malang sekali sekiranya penulis bukan sahaja tidak boleh memberikan formula penyelesaian masalah, malah mereka mencipta masalah baru. Tulisannya penuh dengan fitnah, caci maki, adu domba, umpat keji, penghinaan dan seupamanya. Akhirnya, berleluasalah permusuhan, pertelingkahan dan krisis. Media sudah dijadikan gelanggang silat, bukan permaidani penyelamat. Sehubungan dengan itu, penulis dianggap gagal jika tulisannya tidak mampu menyelesaikan masalah masyarakat. Tulisannya walaupun indah dan sedap dibaca umpama pisau perhiasan, sungguhpun cantik tetapi tumpul untuk memotong. Oleh sebab itu, penulis mestilah mempunyai maruah hidup untuk tidak mengorbankan prinsip kerana harga diri seseorang, termasuk penulis terletak pada prinsip hidupnya.

NOV 2000 : Diubahsuai daripada arahan soalan yang asal. Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor penghalang kemajuan sektor pertanian di Malaysia. dan langkah-langkah mengatasinya. Rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Kebelakangan ini sektor pertanian mendapat perhatian lebih istimewa, mungkin kerana menyedari risiko melaksanakan projek dalam sektor tersebut tidak sebesar yang dihadapi dalam industri pembuatan. Apa yang kita nampak, risiko dalam industri pertanian disebabkan pergantungannya yang begitu besar kepada keadaan alam khususnya faktor hujan dan panas matahari. Sektor ini juga kurang diberi penekanan pada masa lalu, terutama dari segi pemasaran yang banyak membantutkan usaha pertanian untuk digerakkan secara agresif dan masalah penyakit yang boleh memusnahkan tanaman dan ternakan. Bagaimanapun, hari ini kita terpaksa menerima hakikat bahawa sektor pertanian adalah penyelamat kepada ekonomi negara jika negara diancam kejatuhan nilai mata wang dan nilai pasaran saham yang merudum. Menyedari hakikat ini, kita berpendapat bahawa kerajaan perlu membuka ruang untuk menghidupkan sernula sektor ini secara bersungguh-sungguh. Ini tidak bermakna bahawa kita mengalih perhatian daripada sektor perindustrian ke sektor pertanian semula kerana tidak dapat dinafikan sektor perindustrian membawa hasil yang lebih besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan pendapatan negara, Dalam keadaan sekarang, kerajaan perlu menggalakkan petani bergiat cergas memajukan industri pertanian kerana pada realitinya sektor ini merupakan sektor yang paling selamat. .Kesempatan ini juga perlu digunakan untuk mengerakkan golongan muda merebut peluang dalam sektor pertanian dan tidak semestinya berhijrah semata-mata untuk bekerja makan gaji. Tarikan untuk rakyat bergiat dalam sektor ini adalah menerusi kemudahan yang disediakan oleh pelbagai pihak sama ada kerajaan, bank, institusi atau agensi terbabit. Sebelum ini ramai yang merungut kerana kesukaran mendapat dana untuk mengusahakan tanah. Bank dan institusi kewangan tidak begitu melayan permohonan mengusahakan projek pertanian kerana pihak berkenaan menganggap sektor ini kurang menguntungkan berbanding dengan projek industri pembuatan atau perkilangan. Bank dan institusi kewangan juga mengenakan pelbagai syarat yang ketat kepada petani untuk mengusahakan tanah mereka. Semua ini menyebabkan sektor pertanian hilang tarikannya. Keadaan bertambah serins apabila petani bersikap dingin untuk mendapatkan nasihat pakar daripada pelbagai institusi yang berasaskan pertanian seperti Universiti Putra Malaysia (UPM), FELDA, RISDA dan Persatuan Peladang Kawasan (PPK). Kita tidak wajar disogok dengan alasan bahawa sektor pertanian tidak dapat memberikan keuntungan kepada rakyat dan negara.

JULAI 1999 : Diubahsuai daripada arahan soalan yang asal. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang akibat pembakaran hutan secara terbuka dan cara-cara mengawalnya.. Rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan Kebakaran hutan secara terbuka yang berlaku di negara ini sudah mencapai tahap serius lebih-lebih lagi apabila kebakaran itu beriaku pada musim kemarau. Oleh sebab kekurangan air maka kebakaran itu akan merebak dengan pantas dan sukar di kawal. Tragedi itu memburukkan keadaan cuaca di negara ini. Oleh yang demikian, amaran keras tentang pengawalan kualiti alam sekitar yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dalam kes pembakaran hutan tidak boleh dipandang ringan. Pihak yang ingkar, hendaklah didakwa di mahkamah. Di samping itu, kerajaan negeri hendaklah bertindak tegas terhadap pembakar hutan di negeri masing-maauig. Kebanyakan negeri mempunyai kawasan hutan yang luas dan kemungkinan berlaku kebakaran hutan adalah tinggi Apabila hutan terbakar, api sukar dipadamkan kerana tiupan angin yang kencang, kesukaran perhubungan dan kekurangan peralatan. Tambahan pula, kerja-kerja memadamkan kebakaran hutan memerlukan tenaga pekerja dan wang bukan sedikit Sehubungan ini, kerajaan-kerajaan negeri hendaklah mengambil langkahlangkah pencegahan untuk mengelakkan kerugian dan pembaztran. Kabinet telah meluluskan dan memberi kuasa kepada polis, bomba, jabatan kesihatan dan pihak berkuasa tempatan untuk menahan, menyiasat dan mendakwa mana-mana pihak yang melakukan pembakaran hutan secara terbuka. Menerusi langkah ini, diharapkan perbuatan membakar hutan boleh dibendung kerana selama ini tugas itu hanya dilakukan oleh pegawaipegawai Jabatan Alam Sekitar sahaja. Keempat-empat agensi ini wajar mernbuat penyelarasan bagt mengelakkan pertindihan kerja. Pembahagian kawasan pemantauan mesti disusun secara sistematik. Kerja-kerja pemantauan mesti dilaksanakan segera bagi mengelakkan kemungkinan ada pihak yang tidak bertanggungjawab meneruskan perbuatan ini. Kebakaran hutan bukan sahaja menimbulkan persekitaran yang tidak sihat malah tindakan tersebut membunuh pelbagai spesies binatang yang terdapat di kawasan berkenaan. Selain itu, kebakaran juga memusnahkan tumbuh-tumbuhan dan akar kayu yang boleh dijadikan ubat-ubatan. Pembakaran hutan dilakukan oleh pihak tertentu untuk mengusahakan kawasan itu secara haram sama ada untuk bercucuk tanam atau tujuan lain. Oleh itu, pihak: berkuasa mestilah sennasa meninjau kawasan hutan yang berkemungkinan diteroka secara haram.. Rakyat pula mesti prihatin untuk menghalang tindakan tidak bertanggungjawab ini kerana kebakaran hutan bukan sahaja menimbulkan masalah debu tetapi juga mencemarkan alam sekitar. Lagipun tindakan memusnahkan tumbuhan hijau samalah dengan kita merelakan alam ini terdedah kepada pelbagai bencana

NOV 1999 Baca petikan di bawah dengan teliti dan tuliskan satu rumusan tentang kekangan dalam penerbitan buku ilmiah di negara kita dan langkah-langkah memajukannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Banyak penerbit swasta kurang berminat untuk menerbitkan buku-buku ilmiah yang mempunyai pasaran yang terhad sedangkan kos pengeluarannya pula tinggi. Ini adalah ekoran daripada peningkatan kos pengimportan kertas dan bahan-bahan cetak. Keadaan ini dialami bukan sahaja oleh negara kita malah oleh negara-negara membangun yang lain. Para penerbit tidak berani menanggung risiko kerugian kerana penerbitan ilmiah ialah penerbitan yang tidak berorientasikan keuntungan. Jika dibandingkan dengan penerbitan bahan-bahan bacaan ringan seperti majalah hiburan, humor dan novel, kadar keuntungannya bukan sahaja sedikit malah untuk mendapatkannya mengambil masa yang agak lama. Walaupun dari aspek perniagaan penerbit-penerbit tidak mendapat keuntungan tetapi mereka berjaya menyebarluaskan ilmu pengetahuan kepada pembaca. Pada keseluruhannya, pengembangan penerbitan ilmiah di negara ini, khasnya jurnal masih di peringkat awal. Hampir keseluruhan jurnal ilmiah yang sedia ada berusia antara 15 hingga 25 tahun sahaja. Penerbitan ilmiah mula berkembang setelah penerbitan jurnal terawal iaitu 'Malaysian Nature' pada tahun 1925. Perkembangan dan peri pentingnya jurnal sebagai media wacana ilmiah di kalangan penyelidik dan ahli akademik adalah sealiran dengan hala tuju penubuhan sesebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang bersandarkan kepada tiga elemen iaitu pengajaran, penyelidikan dan perundingan. Tanpa kehadiran pelbagai bahan bacaan ilmiah ini, para penyelidik, penyampai ilmu dan penerima pengetahuan itu juga tidak mempunyai bahan sokongan untuk memperdalam ilmu yang diperkatakan. Kegigihan menerbitkan wacana ilmiah di negara ini hanya dilakukan oleh penerbit yang memperoleh sumbangan kewangan atau tajaan seperti IPT, DBP atau institut-institut penyelidikan. Hasil kajian UNESCO yang diterbitkan pada tahun 1988 turut mengenal pasti kekurangan tenaga kerja yang terlatih sebagai halangan pembangunan buku ilmiah di Malaysia. UNESCO juga mendapati bahawa Malaysia tidak mempunyai sistem pengedaran dan promosi yang mantap terutama di kawasan luar bandar. Penerbitan ilmiah, sama ada diterbitkan secara komersil atau tidak, terpaksa bekerja secara rapat dengan penulis berwibawa yang sangat-sangat diperlukan. Negara kita ketandusan penulis-penulis seperti ini. Kesannya, kebanyakan artikel yang diterbitkan kurang bermutu. Ini menjadi faktor yang menyebabkan penjualan hasil tulisan ilmiah terjejas dan edarannya di pasaran terhad. Tambahan pula pengguna hari ini bijak memilih dan menilai kualiti bahan bacaan mereka. Bahan bacaan ilmiah yang lebih berkualiti dari luar negeri akan menjadi pilihan mereka walaupun harganya lebih tinggi berbanding bahan ilmiah tempatan. Dalam usaha membina korpus penerbitan ilmiah, semua pihak perlu memberikan komitmen yang tinggi serta bersama-sama memikirkan dan menjayakan usaha melahirkan penerbitan ilmiah yang berwibawa. Untuk itu, IPT awam dan swasta sebagai pusat kecemerlangan ilmu seharusnya melipatgandakan usaha untuk mempertingkat bilangan pengeluaran buku ilmiah yang bercorak tempatan di samping mengawal mutunya.

NOV 1998 : Diubahsuai daripada arahan soalan yang asal. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan belia menguasai isu antarabangsa. dan masalah-masalah dalam menguasainya. Panjang Rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Kebelakangan ini Malaysia mengarnbil bahagian secara aktif dalam hampir semua persidangan sama ada yang diadakan di dalam atau di luar negara. Penyertaan Malaysia ini sudah membuktikan bahawa betapa soal hal-ehwal antarabangsa amat penting dalam konteks melaksanakan dasar luar kita. Lebih penting, suara negara ini adalah untuk keadilan dan kita menentang setiap perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh manusia. Tetapi apalah ertinya jika pemimpin kita sahaja yang berjuang sedangkan golongan belia hanya berpeluk tubuh dan tidak ambil peduli tentang apa yang sebenarnya sedang berlaku. Belia seharusnya tidak ketinggalan melibatkan diri dalam isu global ini. Jika mereka tidak mengikuti perkembangan itu, mereka akan ketinggalan dan tercicir buat selama-lamanya. Atas dasar menyedari kecetekan ilmu golongan belia dan remaja mengenal soal antarabangsa inilah Menteri Belia dan Sukan mengajak mereka supaya mengambil tahu tentang isu dan masalah globalisasi ini. Kita menganggap saranan ini mempunyai sinifikasinya yang tersendiri kepada belia bukan sahaja untuk membolehkan mereka mengenali diri mereka, malah tahu perkembangan semasa dunia. Kita mencadangkan kepada Kementerian Belia dan Sukan agar menjalankan kempen besar-besaran untuk mengenalkan belia dan remaja dengan isu antarabangsa. Program yang dianjurkan bukanlah terbatas kepada peraduan kuiz dan pertandingan seperti syarahan dan perdebatan tentang topik antarabangsa semata-mata , malah belia dan remaja hari ini mestilah digalakkan berdebat menerusi Internet. Jika kita lihat dalam Internet hari ini, pelbagai isu sudah pun diperdebatkan. Mereka yang tahu memanfaatkannya dapat menimba ilmu menerusinya. Tentunya kita tidak mahu golongan belia dan remaja kita asyik berbincang tentang perkara yang remeh-temeh yang kurang memberi faedah kepada diri dan masyarakat. Dalam keadaan dunia hari ini yang sering berubah, kita memerlukan belia dan remaja yang berfikiran kritis dan mampu melihat sesuatu perisitiwa dan menterjemahkannya kepada keadaan di negara ini. Dengan cara ini mereka dapat menghargai kemakmuran dan kemerdekaan negara dengan membandingkan peristiwa yang berlaku di serata dunia. Jika kita menjadikan isu antarabangsa sebagai satu standard untuk mengukur kematangan belia dan remaja, kita percaya bahawa mutu golongan belia perlu ditingkatkan lagi. Jika mereka golongan pelajar, pengetahuan dan ilmu di dada mereka perlu diperluas bukan hanya berkisar kepada jurusan ilmu yang mereka pelajari semata-mata. Soal-soal antarabangsa bukanlah sesuatu yang perlu dipelajari tetapi perlu dikuasai.

JULAI 1997 : Diubahsuai daripada arahan soalan yang asal. Baca petikan di bawah dengan teliti , kemudian buat satu rumusan tentang kesan penggunaan internet di negara ini dan cara-cara mengawalnya.. Panjang rumusan hendaklah antara 100 hingga 120 perkataan sahaja. Penggunaan internet atau rangkaian komputer antarabangsa mendedahkan masyarakat kita kepada pelbagai maklumat termasuk nilai hidup yang negatif. Jika kita tidak berhati-hati dalam hal ini, maka masalah keruntuhan moral di kalangan belia yang menghantui Barat akan muncul di hadapan kita: Satu hal serius yang termuat dalam internet ialah bahan-bahan lucah yang dapat diterima oleh sesiapa sahaja yang melangganinya sama ada di rumah atau di pejabat. Oleh sebab itu, kerajaan harus berbuat sesuatu untuk membendungnya atau kita akan membiarkan golongan remaja menggugat nilai murni masyarakat. Namun demikian, sebagai sebuah negara yang sedang berusaha mencapai status negara maju, Malaysia tidak boleh terasing dalam perkembangan ini. Jika hal ini dikesampingkan, sudah tentu negara akan ketinggalan dalam sistem perhubungan yang canggih. Tambahan pula saluran maklumat seperti internet ini amat diperlukan oleh negara terutama dalam bidang pendidikan, ekonomi, pentadbiran dan hubungan antarabangsa. Walau bagaimanapun, dalam keghairahan menggunakan internet ini, kita tidak mahu maklumat yang disalurkan itu tidak sesuai dengan budaya negara ini. Internet ialah satu fenomena baru dan undang-undang yang berkaitan dengannya belum ada. Justeru itu, kerajaan harus mengambil langkah segera untuk menggubal undang-undang yang berkaitan dengannya. Pada masa ini JARING yang menjadi penyalur internet di negara ini bertindak sebagai penapis atau penyekat maklumat negatif daripada diperoleh orang ramai. Tindakan seumpama ini juga dapat disifatkan sebagai usaha melindungi rakyat daripada gejala buruk tetapi tindakan ini dilakukan tanpa sokongan perundangan. Ibu bapa harus mengambil langkah yang sewajarnya untuk melindungi anak-anak mereka daripada terdedah kepada gejala tersebut. Selain itu, tindakan orang ramai diperlukan dengan memaklumkan perkara itu kepada pihak berwajib jika mereka dapat mengesan bahan lucah dalam internet. Sekalipun terpaksa menghadapi cabaran baru ini, kerajaan perlu mengamalkan dasar langit terbuka supaya kita dapat bersaing dengan negara maju dalam era globalisasi. Kita perlu memastikan bahawa internet harus selamat dibawa masuk ke rumah, institusi pendidikan dan sebarang tempat yang memerlukan perkhidmatannya. Jika kita berpendapat bahawa internet boleh menggugat sistem moral maka kita harus berhati-hati apabila melangganinya. Dengan itu, langkah kerajaan untuk meluaskan perkhidmatan internet di negara ini akan mencapai matlamatnya

NOV 1997 : Diubahsuai daripada aragan soalan yang asal. Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tuliskan rumusan tentang akibat aktiviti pembalakan di negara ini pada masa sekarang dan langkah-langkah memulihkannya. Panjang rumusan hendaklah antara 100 hingga 120 perkataan sahaja. Tragedi keruntuhan Highland Tower dan tanah runtuh di jalan susur Karak, laluan yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Genting Highlands sepatutnya dijadikan iktibar tentang kerakusan manusia mengejar kebendaan. Sebarang aktiviti manusia tanpa mempedulikan kepentingan alam sekitar akan membawa padah kepada diri sendiri. Pengeksploitasian sumber alam untuk kepentingan ekonomi semata-mata telah diwarisi sejak zaman penjajahan. Amalan sedemikian terbawa-bawa sehingga ke hari ini, iaitu manusia sanggup menebang pokok dan menarah bukit dengan sesuka hati untuk memenuhi matlamat ekonomi jangka pendek mereka. Perubahan cita rasa penduduk dan kegiatan komersial yang semakin meningkat menyebabkan permintaan terhadap pelbagai jenis bangunan terus bertambah. Terdapat pula kecenderungan di kalangan pemaju perumahan untuk membina bangunan kediaman tinggi di kawasan bandar disebabkan kekurangan tanah dan kegiatan mengambil untung yang berlebihan. Sejajar dengan itu, para kontraktor mula gemar akan kawasan bukit-bukau sebagai tapak pembinaan mereka. Akibatnya kawasan bukit-bukau yang selama ini menjadi sebagai kawasan tadahan hujan, mulai ditarah dan digondolkan. Malah dua pusat peranginan utama, Genting Highlands dan Cameron Highlands, yang dahulunya begitu terkenal dengan udaranya yang sejuk telah menjadi semakin panas. Perkembangan ekonomi yang bertambah pesat sejak akhir-akhir ini tidak mungkin akan dapat menjamin pengekalan kawasan hutan yang sedia ada. Tambahan pula terdapat laporan yang menyatakan bahawa kegiatan pembalakan telah menyebabkan seluas 800 ribu hektar hutan telah dibersihkan dalam masa setahun, sedangkan kadar penanaman semula hutan jauh lebih rendah daripada keluasan itu. Pemulihan hutan melalui aktiviti penanaman semula juga memerlukan masa yang panjang. Seorang pakar botani dari Universiti Malaya pernah menganggarkan bahawa dalam masa sepuluh tahun, hasil balak akan berkurangan sebanyak separuh daripada yang ada pada masa kini. Malahan kini saiz balak yang dibawa ke kilang lebih kecil daripada saiz balak dahulu yang lebih besar. Dijangkakan beberapa tahun lagi industri berasaskan kayu negara akan menghadapi kekurangan bekalan kayu yang meruncing. Sebagai alternatif, balak yang sebelum ini dieskport terpaksa pula diimport. Akhirnya jika hasil pembuatan barangan kayu tidak dieksport semula dengan nilai yang lebih besar, imbangan pembayaran negara akan turut terjejas.

JULAI 1996 : Diubahsuai daripada arahan soalan yang asal. Baca petikan di bawah dengan teliti., kemudian buat satu rumusan tentang peranan telekomunikasi canggih di Malaysia ke arah mencapai matlamat wawasan 2020 dan langkahlangkah untuk memajukannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Malaysia sedang berlumba dengan negara lain dalam menjayakan teknologi telekomunikasi canggih. Perlumbaan ini tercetus berikutan ledakan permintaan terhadap perkhidmatan telekomunikasi yang menjadi fenomena baru dalam sektor pentadbiran dan pengurusan. Malaysia membabitkan diri dalam industri maklumat kerana sedar akan kepentingan perkhidmatan telekomunikasi dalam arus perkembangan negara. Kini Malaysia adalah antara negara membangun yang giat membina ‘lebuh raya’ maklumat dalam sistem kepelbagaian media. Di Barat, teknologi itu sudah lama bertapak. Pembangunan teknologi maklumat ditekankan di negara ini kerana kerajaan menagkui kepentingannya dalam proses membawa Malaysia mencapai wawasan 2020. Perkhidmatan telekomunikasi bukan sekadar menjadi simbol kecemerlangan, tetapi yang lebih penting memberi daya kompetetif untuk menarik pelaburan asing. Pewujudan rangkaian maklumat secara bersepadu dalam semua sektor sudah menjadi kemestian, malah dijadikan sebahagian daripada agenda utama Pembangunan teknologi maklumat ditekankan di negara ini kerana kerajaan menagkui kepentingannya dalam proses membawa Malaysia mencapai wawasan 2020. Perkhidmatan telekomunikasi bukan sekadar menjadi simbol kecemerlangan, tetapi yang lebih penting memberi daya kompetetif untuk menarik pelaburan asing. Pewujudan rangkaian maklumat secara bersepadu dalam semua sektor sudah menjadi kemestian, malah dijadikan sebahagian daripada agenda utama. Menerusinya akan wujud agihan yang tepat dan pantas. Ini sekali gus dapat membentuk sistem pengurusan yang cekap dan berkesan di samping meningkatkan daya saing dengan dunia luar. Bagi mencapai matlamat untuk menjadikan negara kita sebagai sebuah negara maju menjelang 2020, Malaysia dijangka membelanjakan RM 140 bilion bagi pembangunan industri telekomunikasi, termasuk RM 50 bilion dalam tujuh tahun akan datang mengikut Dasar Telekomunikasi Negara. Selain Syarikat Telekom Malaysia sebagai pelopor pembangunan teknologi telekomunikasi negara ini, banyak syarikat swasta ternama turut membangunkan rangkaian masing-masing. Perkhidmatan telefon ialah bidang yang paling ketara diberi penekanan. Dasar Telekomunikasi Negara yang diperkenalkan pada 17 Mei tahun 1994 juga merupakan bukti jelas kepekaan kerajaan ke arah memenuhi permintaan rakyat. Dasar itu dirangka bukan sahaja untuk menentukan segenap lapisan rakyat mendapat manfaat daripada pembangunan yang dilaksanakan tetapi pada masa yang sama menyediakan suasana pelaburan yang menarik. Ini adalah sebagai tambahan kepada usaha kerajaan sebelum ini, menerusi Dasar Persyarikatan Malaysia dan Penswastaan yang terbukti kejayaannya. Sebagai syarikat telekomunikasi kebangsaan, Syarikat Telekom Malaysia adalah antara sektor yang memainkan fungsi penting dalam pembangunan industri telekomunikasi. Satu lagi hakikat yang jelas selepas Syarikat Telekom Malaysia diswastakan, pengurusannya ternyata lebih cekap manakala kesungguhan bekerja di kalangan pegawai dan kakitangan juga menunjukkan peningkatan. Hasilnya, prestasi kewangannya sekarang jauh lebih baik berbanding ketika masih menjadi agensi kebangsaan. Di samping itu, syarikat ini juga menjadi pemangkin kepada merealisasikan wawasan negara.

NOV 1996 Baca petikan di bawah dengan teliti dan tuliskan satu rumusan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan permainan video di kalangan belia dan kesan-kesan negatifnya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Permainan video terutama yang berasaskan perisian dan cakera padat semakin mendapat sambutan di kalangan belia kita. Hiburan bentuk ini masih dianggap murah dan mudah pula didapati. Permainan ini diperluas hasil daripada pertumbuhan pesat pelbagai media dalam industri komputer, terutama bagi permainan video berasaskan Cakera Padat Ingatan Melalui Bacaan. Konsep pelbagai media sudah menjadi satu kegiatan yang cepat berkembang di negara ini berikutan peningkatan permintaan barang atau perisian mainan video. Dengan jaminan keuntungan yang berlipat ganda, pengeluar dan pengedar semakin terdorong menyogokkan pelbagai permainan video berciri kejam, judi dan lucah. Menyedari hakikat bahawa permainan ini tidak akan hilang peminatnya dan mudah mendapai bekalan perisian daripada pengedar, operator pusat hiburan terutama di tempat tumpuan remaja berusaha melambakkanya tanpa memikirkan kesan negatifnya. Permainan video mempunyai rangsangan yang menyeronokkan kepada golongan remaja walaupun sesetengahnya membawa kesan yang negatif. Serbuan ke pusat-pusat hiburan yang menyediakan permainan ini jarang-jarang dilakukan oleh pihak berkuasa. Jika mereka diserbu hari ini, keesokannya mereka sudah beroperasi seperti biasa. Operator pusat hiburan seolah-olah sudah lali dengan episod ini. Denda yang dikenakan masih mampu dibayar berbanding keuntungan yang diterima. Lantaran itu, kita sangat berharap langkah terbaru kerajaan mengharamkan pengimportan permainan video berunsur perjudian, seks dan ganas serta larangan yang dikenakan di pusat hiburan, akan menghapuskan sepenuhnya gejala buruk itu. Permainan video jenis ini bukan sahaja mengganggu minda masyarakat terutama remaja malah memeningkan kepala ibu bapa yang terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk melayani kerenah anak-anak mereka. Tarikh penguatkuasaan pengharaman itu masih belum ditetapkan. Ini bagi memberi peluang kepada operator pusat permainan video menukar atau mengambil langkah tertentu berikutan pengumuman itu. Kita percaya bahawa generasi yang bermoral tinggi lebih mahal nilainya daripada keuntungan besar yang diperoleh pusat hiburan itu. Walau bagaimanapun, kesempatan ini telah diambil oleh pihak berkenaan untuk menarik labih ramai lagi belia berkujung ke pusat-pusat video. Pengimport mainan video di negara ini masih tidak periu mendapatkan sebarang permit untuk membawa masuk barang mereka ke Malaysia. Sewajamya syarat permit ini difikirkan walaupun permainan ini disenaraikan dalam kategori bahan pendidikan. Meskipun kemasukan permainan video ke Malaysia ditapis, tidak ada garis panduan yang ketat dan khusus untuk mengklasifikasikan tahap unsur pendidikan, ganas dan seks yang dibenarkan.

JULAI 1995 Baca petikan di bawah dengan teliti dan buat satu rumusan tentang amalan perniagaan yang kurang sihat dan langkah-langkah mengatasinya. Panjang rumusan itu hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Amalan jualan yang menindas pengguna merupakan kaedah dan muslihat sebilangan peniaga untuk mempengaruhi pengguna agar membeli jualannya sama ada barang atau perkhidmatan secara tidak beretika. Peniaga atau penjual memang sentiasa mencari helah dan muslihat untuk melariskan jualan mereka bagi mengaut keuntungan dengan mengeksploitasi kelemahan pengguna dan ada pula yang melanggar undang-undang. Kepenggunaan berusaha memastikan bahawa amalan jualan tidak memperdaya pengguna dan tidak melanggar undang-undang atau etika perniagaan. Sebenarnya perkembangan kepenggunaan amat berkaitan dengan amalan jualan curang yang berleluasa dalam masyarakat. Tinjauan oleh Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan Persatuan Pengguna Selangor dan Wilayah Persekutuan mendapati bahawa kebanyakan amalan jualan lebih bersifat memperdaya pengguna, terutamanya di kalangan pcngguna berpendapatan rendah dan yang kurang berpendidikan. Ini bermakna sebahagian besar amalan jualan yang menindas pengguna terdapat di desa dan kawasan setinggan di bandar. Pengguna miskin dan berpendidikan rendah lebih mudah dipengaruhi oleh amalan jualan yang memperdaya disebabkan oleh batasan kewangan dan terhadnya pengalaman serta kurangnya pendedahan di kalangan mereka. Batasan ini telah mengehadkan mereka untuk mendapatkan pilihan atau membuat tinjauan perbandingan harga yang menyeluruh. Mereka yang kekurangan wang terpaksa membeli secara ansuran pada harga yang mungkin dua kali lebih mahal bcrbanding dengan barang yang dibeli secara tunai. Oleh sebab itu , mereka dengan mudah sahaja menjadi mangsa amalan jualan yang tidak beretika. Pihak peniaga pula sengaja menggalakkan mereka membeli secara ansuran yang lazimnya tidak mematuhi Akta Sewa Beli. Ini tidak bcrmakna bahawa pengguna berpendapatan tinggi dan berpendidikan di kawasan mewah tidak tertipu. Hanya jumlah mereka yang tertipu tidak sebanyak pengguna miskin dan yang kurang berpendidikan. Beberapa amalan jualan yang menindas yang telah diharamkan di Malaysia termasuklah iklan umpan, jualan murah yang memperdaya serta skim piramid. Bagaimanapun, akibat kejahilan pengguna terhadap undang-undang berkenaan, mereka terus ditindas. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan FOMCA telah mengadakan beberapa rancangan bagi melindungi pengguna daripada seharang penindasan. Pihak pengguna juga harus mengambil daya usaha untuk mengenali muslihat atau cara yang digunakan dalam sesuatu amalan jualan untuk mengelak daripada terpedaya dengan muslihat jualan peniaga.

NOV 1995 : Diubahsuai daripada arahan soalan yang asal. Baca petikan di bawab dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kesan pembangunan terhadap institusi keluarga dan langkah-langkah memulihkannya. Panjang rumusan bendaklah antara 100 bingga 120 patah perkataan. Kemunculan pusat-pusat bandar dan industri baru telah menyebabkan desa dan kampung cuma menunggu rnasa untuk pupus seperti dinasour. Taman-taman perumahan yang tumbuh bagai cendawan selepas bujan membantu menyuburkan budaya bandar. Perpindahan penduduk untuk rnemulakan penghidupan baru di bandar-bandar menyebabkan kampung menjadi lengang dengan kesan yang bukan sedikit terbadap institusi kekeluargaan itu sendiri. Keluarga besar yang dianggap sebagai sistem sokongan untuk mengikat dan mengeratkan kemesraan keluarga mula melalui zaman suram. Adik-adik dan saudara-mara berpisah dan terpaksa tinggal berjauhan. Sekalipun mereka tinggal di bandar dan kota yang sama, mereka jarang bersua muka dan bertanya khabar. Tempat keluarga besar telab diambil alih oleh keluarga kecil yang paksinya ialah individualistik. Jiran kurang mengambil berat antara satu dengan lain. Apabila anak berdepan dengan masalah, jalan keluar ialab lari dari rumah. Mereka mengadu hal kepada teman sebaya yang mungkin juga mengbadapi masalab yang sama. Akibatnya, para remaja tidak dapat merasai kemesraan berkeluarga. Setelab gagal mendapat kebahagiaan di rumah sendiri atau di rumah saudara-mara, akhirnya mereka beralih kepada budaya lepak atau menagih dadah. Tidak kurang juga ada yang terlibat dengan kegiatan-kegiatan jenayab. Bagi mereka yang berkeluarga pula, apabila tidak tahan menghadapi tekanan bidup di bandar, berleluasalah perbuatan mendera anak dan isteri. Masalab yang dihadapi jelas dan terang bagai siang; industrialisasi dan urbanisasi tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun pada waktu yang sama, seluruh proses itu meninggalkan kesan parah terhadap institusi keluarga besar. Lantaran itu, apa yang boleb dibuat adalah untuk membentuk semula nilai bidup keluarga besar di bandar. Tetapi, bagaimana caranya? Di bandar tidak ada kawasan yang membolehkan saudara-mara membina rumab sebelabmenyebelab. Apa yang ada hanya taman-taman perumahan. Ahli sesuatu keluarga tidak semuanya mampu untuk membeli rumah di taman perumahan yang sama. Faktor kos, selera yang berbeza dan kemampuan perlu diambil kira. Kecenderungan pemaju perumahan ialab sama ada untuk membangunkan kediaman yang eksklusif dengan harga yang melambung atau rumah kos rendab. Keadaan itu juga tidak membantu pemupukan nilai hidup keluarga besar. Oleb itu, suatu langkah yang drastik perlu dilakukan untuk menangani masalah ini.

NOV 1994 : Diubahsuai daripada arahan soalan yang asal. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha anggota Jabatan Perkhidmatan Bomba mengatasi masalah kebakaran dan masalah-masalah yang dihadapi. Rumusan anda hendaklah tidak lebih daripada 120 patah perkataan. Hampir setiap hari, berlaku kebakaran di seluruh negara. Kebakaran ini bukan sahaja mengakibatkan kerugian harta benda, malah mengorbankan nyawa. Dalam hal ini, bukan sahaja kakitangan bomba yang berasa kecewa tetapi orang ramai juga turut berperasaan sedemikian. Kekecewaan kakitangan bomba berpunca daripada kegagalan mereka menyeiamatkan harta dan nyawa manakala kelewatan anggota bomba tiba di tempat kebakaran pula sungguh mengecewakan orang ramai. Oleh itu, menjadi harapan orang ramai agar anggota bomba dapat muncul dengan segera di tempat kebakaran untuk menyeiamatkan mangsa yang terperangkap di dalam rumah atau bangunan. Setiap balai bomba pula perlu mempunyai kakitangan yang 'mencukupi untuk mengendalikan kejadian kebakaran yang berlaku serentak. Pihak bomba juga perlu mempunyai peralatan dan kelengkapan yang sesuai dengan keperluan tugasnya. Tidaklah masuk akal sekiranya dinyatakan bahawa usaha penyeiamatan tidak boleh dilakukan kerana masalah tangga atau ketiadaan air atau kekangan lain yang melunturkan keyakinan orang ramai terhadap prestasi anggota bomba tempatan yang diketahui umum sentiasa menerima latihan yang terbaik, sama ada di dalam mahupun di luar negara. Orang ramai akan hilang keyakinan kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba sekiranya setiap kegagalannya disogok dengan alasan yang tidak munasabah. Sekalipun dalam ketika tertentu, ada panggilan palsu melaporkan kebakaran, pihak bomba perlu pergi dan menyiasat panggilan itu. Walau bagaimanapun, bagi mcmantapkan usaha pihak bomba menjalankan tugasnya dcngan berkesan, orang ramai tidak sepatutnya membuat panggilan palsu kerana perbuatan ini boleh mengelirukan pihak bomba dan menimbulkan malapetaka sekiranya pihak bomba menganggap panggilan itu sebagai olok-olok sahaja. Pada musim kemarau, cabaran terhadap tugas anggota bomba lebih hebat kerana kebakaran kecil amat mudah menjalar. Oleh yang demikian, pihak bomba perlu menyegerakan tindakan bagi menyekat penjalaran api untuk mengurangkan risiko dan kemalangan yang mengerikan. Apabila berlaku kebakaran bcsar dan meragut nyawa, orang ramai akan mempertikaikan kemampuan kakitangan bomba melaksanakan tugas memadamkan api. Oleh itu, amat penting bagi kakitangan bomba mempcrlihatkan bukan sahaja keiltizaman mereka dalam melaksanakan tugas, malah menonjolkan kewibawaan mereka sebagai golongan profesional.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->