MOHAMAD AZRAF BIN ABD JALIL/TUTORIAL 1

Teori Pembelajaran Behavioris

Mengikut teori behaviorisme, bahasa dikuasai melalui proses pengulangan, iaitu mengulang sebanyak mungkin sesuatu kemahiran bahasa sehingga menjadi suatu kebiasaan atau rutin. Kecekapan akan dikuasai jika kita sering berlatih. Oleh itu bahasa dikaji dari sudut rangsangan dan gerak balas. Teori ini sangat dominan dalam tahun 1950an dan 1960an dan masih berpengaruh sehingga ke hari ini. Behaviorisme dikaitkan dengan Ivan Pavlov dari Russia (idea classical conditioning melalui ³dog-salivation-experiment´nya iaitu membuatkan anjing meleleh air liurnya apabila loceng dibunyikan) dan Thorndike, Watson dan Skinner di Amerika Syarikat. Kebanyakan eksperime n awal golongan pengikut behaviorisme menggunakan binatang (Skinner misal nya menggunakan burung merpati dan tikus putih) yang memfokus kepada perlakuan refleksif organisma apabila dikenakan rangsangan ( stimuli) tertentu. Ringkasnya,

behaviorisme cuba menjelaskan pembelajaran tanpa merujuk kepada proses kognitif. Aspek penting teori behaviorisme yang mempunyai implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah adalah murid dilihat sebagai menyesuaikan diri dengan persekitaran dan pembelajaran dilihat sebagai satu proses pasif. Pengetahuan dan pemerolehannya adalah daripada sumber luaran iaitu minda seperti bekas kosong yang diisi melalui pengalaman atau pengukuhan melalui rangsangan. Murid hanya memberi respons kepada tuntutan persekitaran. Pengetahuan dilihat sebagai sedia ada dan mutlak (pengetahuan objektif). Implikasinya, peranan guru adalah dominan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful