You are on page 1of 4

Usaha Kementerian Perdagangan DalamNegeri dan Hal Ehwal Pengguna dalam membantu penduduk kawasan pendalaman amat dihargai

dan dipuji. Projek COMMUNITY DRUMMING merupakan salah satu projek yang terkandung dalam Program Penyeragaman Harga Barangan Perlu yang diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Neger, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia 9KPDNKK), melalui Majlis Harga Barang Negara (MHBN) selaras dengan keputusan Majlis Ekonomi Negara agar dikaji system pengerderan barang keperluan bagi membolehkan pengurangan beban masyarakat di luar Bandar dan pendalaman khususnya. Sejajar dengan matalamat utamanya adalah untuk menyeragamkan harga barang perlu dimana dalam perlaksanaannya kementerian telah melantik pemborong/pengedar dan Point Of Sales tempatan yang terpilih di kawasan luar bandar atau pendalaman untuk membekal dan menjual barangan perlu, LPG dan bahanapi petrol dan disel pada harga yang sama sepertimana yang telah ditetapkan oleh kerajaan atau mengikut harga di bandar. Dalam program ini, kerajaan akan menanggung kos pengangkutan dengan cara memberi insentif pengangkutan serta margin keuntungan kepada kontraktor agar mereka dapat menjual barangan pada harga yang sama mengikut harga stesen yang terdapat di bandar. Melalui pogram penyeragaman harga runcit petrol dan diesel bagi projek COMMUNITY DRUMMING ini harga petrol diseragamkan dengan harga RM!>*) seliter dan diesel RM1.70 seliter. Oleh itu penduduk di kawasan tersebut boleh memperolehi petrol dan diesel pada harga kawalan kerajaan. Langkah ini secara tidak langsung dapat mengatasi masalah kenaikan harga barang. Melalui program ini, pengusaha mini stesen yang dipilih akan menjual minyak kepada pengusaha Community Drumming (point of sales) yang terdiri daripada JKK, individu dan koperasi. Dengan adanya projek COMMUNITY DRUMMING ini secara tidak langsung akan membuka peluang kepada penduduk kawasan pendalaman untuk menceburi bidang perniagaan pertroleoum dan sekaligus menambah pendapatan sara hidup mereka.

OBJEKTIF CADANGAN PROJEK COMMUNITY DRUMMING Adalah menjadi Objektif utama Syarikat Siga Enterprise berbesar hati untuk menjadi pembekal/pemborong di kawasan pendalaman N. 11 KIulu bagi memastikan penduduk pendalaman N11 Kiulu menikmati harga yang sama, seperti di bandar. Projek community Drumming ini juga dapat memastikan barangan subsidi bahanapi petrol dan diesel sampai kepada golongan sasaran pada harga kawalan kerajaan. Melalui Kaedah ini peruncit tidak perlu menanggung kos pengangkutan tambahan dan sekaligus dapat menyeragamkan harga runcit petrol dan diesel mengikut harga stesen minyak yang terdapat di Pekan Tampaluri, Sabah. Perlaksana projek COMMUNITY DRUMMING ini dapat menstabilkan harga barang-barang perlu dipasaran dengan harga yang berpatutan di bawah Akta Kawalan Harga 1946. Dalam merealisasikan visi dan misi Kementerian Perdagangan Dalam Neger, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia (KPDNKK), Siga Enterprise mencadangkan agar projek COMMUNITY DRUMMING diperkenalkan di kawasan pendalaman N.11 Kiulu khususnya.

KEPENTINGAN PERLAKSANAAN PROJEK COMMUNITY DRUMMING 1. Perlaksanaan projek COMMUNITY DRUMMING ini dapat menstabilkan dan menyeragamkan harga bagi bahanapi petrol dan diesel bagi kawasan luar bandar dan pendalaman. Membantu mengurangkan beban rakyat di kawasan luar bandar dan pendalaman kerana harga bahanapi petrol dan diesel dijual lebih tinggi di kawasan berkenaan. Memenuhi permintaan penduduk/pengguna di kawasan luar bandar dan pendalaman terhadap bahanapi petrol dan diesel yang semakin meningkat terutamanya dalam sector perikanan, pertanian dan pengangkutan. Membantu untuk menjana pembangunan ekonomi masyarakat setempat di kawasan luar bandar dan pendalaman melalui aspek penawaran bekalan bahanapi petrol dan diesel yang lebih murah dan kuota yang mencukupi untuk memenuhi permintaan dan keperluan harian pengguna. Membuka dan memberi peluang kepada penduduk luar bandar dan pendalaman menerajui perusahaan peterloum. Perlaksanaan projek COMMUNITY DRUMMING ini akan dapat menyahut seruan kerajaan bagi meningkatkan peratus penglibatan dan penyertaan pengusaha bumiputera dalam bidang perniagaan ini dan melahirkan usahawan siswazah bumiputera. Perlaksanaan projek COMMUNITY DRUMMING ini juga dapat menambah pendapatan sara hidup mereka.

2. 3.

4.

5. 6.

7.

MASALAH KEKURANGAN DAN HARGA YANG TINGGI BAHANAPI PETROL DAN DIESEL DI KAWASAN LUAR BANDAR ATAU PENDALAMAN. 1. Dengan perbezaan harga sebanyak RM0.80 hingga RM1.50 penduduk/pengguna tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa menanggung beban untuk membeli bahanapi petrol dan diesel dengan harga yang melambung begitu tinggi. Penduduk/pengguna di kawasan luar bandar dan pendalaman merasai ditindas kerana tidak menikmati penyeragaman harga barangan subsidi bahanapi petrol dan diesel yang berpatutan Di bawah Akta Kawalan bekalan 1946. Penduduk/ pengguna di kawasan luar bandar dan pendalaman tidak mendapat bekalan bahanapi petrol dan diesel yang mencukupi bagi keperluan harian mereka.

2.

3.

4.

Penduduk/pengguna di kawasan luar bandar dan pendalaman merasai hak pengguna (akta perlindungan pengguna 1999) tidak dilindungi kerana tidak ada langkahlangkah yang menunjukkan keperihatinan kerajan dalam membantu mengurangkan beban rakyat di kawasan luar bandar dan pendalaman kerana harga bahanapi petrol dan diesel dijual lebih tinggi di kawasan berkenaan.

You might also like