CONTOH REFLEKSI RANCANGAN PELAJARAN HARIAN Oleh : MOHD ALI BIN JEMALI Institut Perguruan Temenggong Ibrahim Nama

Penerangan Aktiviti Aktiviti Set Saya telah melukis induksi gambar sebatang kayu hoki di papan gulung untuk menunjukkan bentuk ‫ ل‬kepada pelajar. Kemudian saya bertanyakan soalan kepada pelajar “Beritahu cikgu apakah gambar ini?” Saya memberi ransangan kaayuu.. Tiba-tiba ada pelajar menjawab “kayu golf, cikgu”, “kayu golf? tengok betul-betul kayu apa?” kemudian baru ada jawapan kayu hoki. Perasaan Semasa Menjalankan Aktiviti. Pada mulanya saya rasa gembira dan yakin kerana pasti pelajar akan memberikan jawapan HOKI. Lagipun di stor sukan sekolah memang ada kayu hoki, gerenti tak meleset! [Kekuatan isu] Tetapi bila pelajar menjawab GOLF, terperanjat saya, lama saya merenung lukisan saya sendiri [Kelemahan sendiri]. Susah payah saya melukis malam tadi, lain pula jawapannya. Elit betul jawapan mereka macam anak orang kaya je. Kalau jawab sabit boleh juga diterima kerana rata-rata keluarga pelajar saya ada yang berkebun. [Cadangan menghampiri jawapan] Walaupun jawapan tersebut salah, saya tetap memberikan respon positif. Kalau saya marah atau denda mereka, mereka akan takut dan malu. [Hubungkait akibat tindakan yang diambil] Sebab itu ramai pelajar sekarang tidak mahu respon pada soalan guru walaupun soalan tersebut sangat mudah. Saya sedar dalam kehidupan pelajar sekarang, ilmu ada dimana-mana dan pendedahan pelajar tidak terhad. Sukan golf telah menjadi sukan terbuka dan bukan lagi sukan golongan elit. Set golf bukan lagi barangan mewah tapi barangan yang mampu dibeli oleh ibubapa pelajar tersebut. [Hubungkait sebab dan akibat untuk membuat inferens] Saya akan berhati-hati pada masa akan datang Kegunaan Aktiviti Untuk menyediakan pelajar dengan pelajaran hari ini, bentuk ‫ل‬ Tindakan Saya akan mewarnakan kayu hoki ini dengan warna coklat Menggunakan gambar pemain hoki sedang beraksi dari keratan akhbar Menayangkan klip video yang melibatkan sukan hoki Memilih ransangan yang menghampiri jawapan yang dikehendaki. [Tindakan berlandaskan bukti]

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful