P. 1
HUBUNGAN_ETNIK

HUBUNGAN_ETNIK

|Views: 3,299|Likes:
Published by nnaabbiillaa

More info:

Published by: nnaabbiillaa on Jul 16, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/03/2013

pdf

text

original

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Hubungan Etnik
NOTA KULIAH

COPY RIGHT BY MOHD AMRI DIN

Hubungan Etnik KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK KONSEP MASYARAKAT • Masyarakat menurut definasi Kamus Dewan (2005) ialah kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. - Masyarakat - Keluarga - Kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota masyarakat Pola hubungan sosial yang berulang sifatnya seperti kegiatan rotong royong, bersama-sama merayakan sesuatu perayaan dan lain-lain. Kekerapan pergaulan ini membina satu kepaduan dalam masyarakat tersebut sebagai satu unit sosial. (hubungan harmonis antara pelbagai kumpulan etnik dapat membina masyarakat Malaysia yang teguh.) Setiap masyarakat mempunyai budayanya yang tersendiri yang terbentuk daripada hubungan rapat sesama anggotanya semenjak masyarakat itu wujud. Budaya tidak akan wujud jika tidak ada masyarakat, ini adalah berasaskan fakta sejagat bahawa manusia sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab mecipta, mengubah, menokok dan melestari budaya dan telah menurunkan daripada generasi kepada generasi untuk jutaan tahun. Proses mewariskan budaya melibatkan interaksi dua generasi - Generasi menurunkan budaya - Generasi menerima budaya Masyarakat yang berbudaya berkembang dengan menurunkan dua bentuk budaya - Budaya metarial – tembok besar china, pyramid di Mesir - Bukan metarial – kepercayaan dan agama, falsafah dan kesusasteraan dll. Kita perlu memahami secara jelas konsep Masyarakat itu sendiri atas sebab-sebab berikut: a) Memahami hakikat bahawa manusia, demi kelangsungan hidup, tiada pilihan lain tetapi untuk hidup bermasyarakat;justeru b) Manusia mesti memahami sebaik mungkin cara hidup bermasyarakat. c) Memahami budaya masyarakat sendiri dan juga masyarakat lain; dan d) Terus memupuk kerjasama dalam masyarakat sendiri dan dengan masyarakat lain. Sehubungan dengan itu, sifat ciri-ciri masyarakat juga perlu di ketahui dan difahami kerana masyarakat itu adalah sesuatu yang dinamik. Ciri-ciri utama masyarakat adalah seperti berikut a) Berkelompok b) Berbudaya c) Mengalami perubahan d) Berinteraksi (dalaman dan dengan pihak luar) e) Mempunyai kepimpinan f) Mempunyai aturan sosial (susun lapis, kelas, status dan kasta) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHD AMRI BIN DIN

• •

• •

• •

Hubungan Etnik Konsep Etnik, Etnisiti dan Etnosentrisme • • • Etnik boleh didefinasikan sebagai kelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Etnik dapat dikelaskan kepada perbezaan budaya, adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan mengenai kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan. Etnik pada dasarnya bersifat etnosentrik, iaitu menganggap bahawa ciri budayanya adalah sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah serta dianggap ganjil ataupun berada di tahap rendah atau tidak bermoral. Etnisiti adalah merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain.

• •

Konsep Ras Dan Rasisme • • Ras boleh dikatakan sebagai sebuah kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal biologikal. Rasisme ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya mengenai sesuatu kelompok lain berdasarkan wajah fizikal-biologikal atau ras semata-mata. Rasisme wujud dalam dua tahap - Tahap individu – kepercayaan wujudnya ras tertentu yang berstatus lebih tinggi dan ada yang berstatus lebih rendah. - Tahap institusi – melibatkan dasar dan perlaksanaan yang bersifat diskriminasi, seterusnya membentuk ketidaksamaan bagi masyarakat daripada ras yang berbeza.

Konsep Prejudis Dan Steriotaip • • • • • Prejudis ditakrifkan sebagai pandangan negatif ahli atau kelompok etnik lain yang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu. Sikap prejudis semakin mudah dilihat apabila berlaku persaingan bagi mendapat sesuatu yang terhad. Steriotaip wujud apabila prejudis disuarakan. Steriotaip merupakan kenyataan-kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik seperti “semua orang arab itu beragama Islam”, “orang Islam itu bersifat kedekut” dan sebagainya Dalam kata lain steriotaip adalah gambaran berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik yang ditujukan kepada sesuatu kumpulan etnik lain.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHD AMRI BIN DIN

Hubungan Etnik Konsep Diskriminasi • • Diskriminasi ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik anggota atau kelompok etnik lain yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif. Diskriminasi dalam bentuk yang mudah dapat dilihat apabila individu sesuatu kumpulan etnik cuba mengelak diri daripada individu atau etnik yang diperasangkakan.

KONSEP BUDAYA • • • • Budaya pada definasi Kamus Dewan (2005) sebagai kemajuan fikiran akal budi (cara berfikir), kelakuan dan sebagainya. Budaya boleh didefinasikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai) Budaya boleh dibahagikan kepada dua - Budaya kebendaan – peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu. - Budaya bukan kebendaan – kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. Terdapat dua peranan utama dalam pembentukan sesuatu budaya - Membina imej negara kearah kewujudan keperibadian serta identiti. - Memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan berdirikan kerohanian kemanusiaan dan spritual dan mental. Budaya mempunyai ciri-ciri tersendiri. Antara ciri-ciri penting bagi sesuatu budaya ialah: i. Dipelajari ii. Dikongsi iii. Sejagat iv. Diwarisi v. Berubah vi. Mempunyai perlambangan vii. Adanya pandangan semesta.

KONSEP PERPADUAN DAN INTEGRASI • • Integrasi merupakan “satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Unsur integrasi terdiri daripada a) Integrasi wilayah yang bertujuan mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi dan sosial antara wilayah yang maju dengan yang mundur. Dimalaysia, tumpuan integrasi wilayah ialah antara Malaysia barat dengan Malaysia timur dan Pantai Barat dengan Pantai Timur. b) Integrasi ekonomi yang boleh diertikan sebagai usaha-usaha untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik; c) Integrasi kebudayaan melibatkan usaha membentuk satu kebudayaan kebangsaan. d) Integrasi Sosial merangkumi usaha-usaha menyatupadukan rakyat melalui program sosial seperti sukan, pendidikan, perumahan dan kesihatan. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHD AMRI BIN DIN

Hubungan Etnik e) Integrasi Pendidikan bertujuan untuk mewujudkan satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi intelek, jasmani dan rohani. f) Integrasi politik yang merangkumi usaha-usaha menyatupadukan rakyat melalui kerjasama dan pembahagiaan kuasa politik. Konsep Segregasi • • Segregasi merupakan pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku dari segi - Tempat tinggal - Persekolahan - Pengangkutan - Kemudahan awam

Konsep Akomodasi • • • Proses yang menyebabkan setiap kumpulan menyedari serta menghormati norma dan nilai etnik lain dan mempertahankan budaya hidup masing-masing. A+B+C=A+B+C Pelbagai kumpulan hidup secara harmonis dengan menghormati antara satu sama lain.

Konsep Akulturasi • • Proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Unsur budaya asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri dan tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat menerima.

Konsep Asimilasi • • Proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama A+B+C=A (A mewakili golongan dominan)

Konsep Amalgamasi • • • Budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Perkahwinan campur Wujud satu generasi baharu atau budaya baharu tanpa menuruti budaya asal mereka.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHD AMRI BIN DIN

Hubungan Etnik PLURALITI DAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA Pengenalan • PLURALISME adalah pertemuan dan pertembungan budaya-budaya besar telah melahirkan satu ciri fenomena sosial yang istimewa.

PLURALISME BUDAYA ALAM MELAYU • Dua konsep utama pluralisme alam melayu iaitu: - Alam melayu sebagai wilayah yang menjadi tempat pertemuan pelbagai bangsa dan pelbagai tamadun dan budaya utama dunia. - Ketika dijajah pluralisme di alam melayu berlaku dengan cara paksaan. Pluralisme tidak dapat dielakkan dalam kajian mengenai jangka masa tersebut yang merangkumi kepelbagaian budaya dan tradisi bewarna-warni. Pada konsep pertama alam melayu hidup dalam kepluraltian semulajadi kerana ianya terjadi tanpa paksaan. Sebelum kedatangan penjajah, pluraliti berlaku dengan semulajadi dimana kedatangan orang luar ke alam melayu adalah dengan suka rela dan penetapan mereka adalah secara sukarela bersama keluarga. Terdapat unsur-unsur akomodasi kehidupan masyarakat pluralistik pada zaman ini. Berlaku Amalgamasi dimana mereka sanggup berkahwin dengan penduduk tempatan Imperial Eropah memperkenalkan sistem kerajaan mereka yang menggalakkan perkembangan masyarakat pluralistik. Penghijrahan masuk orang cina dan india ketanah melayu digalakkan oleh British untuk memajukan sektor ekonomi-politik british, maka asimilasi budaya dan cara hidup antara kumpulan etnik tidak berlaku. Berlaku permisahan antara agama dan pemerintahan, pemerintahan di kawal oleh britsh manakala agama dan istiadat dibawah kuasa sultan. Penjelmaan dari segi metarial dan bukan metarial dapat dilihat: a) Perubahan bukan metarial i. Sebelum kedatangan British ilmu pengetahuan di Alam Melayu lebih banyak berasaskan epistemologi bercorak metafizik (metafizik ialah ilmu bersumberkan alam ghaib) ii. Salah satu contoh mengenai ilmu metafizik ialah perbomohan menggunakan jampi serapah. b) Perubahan metarial i. Kedatangan British mengubah epistemologi bersifat bukan metarial kepada metarial. Iaitu epistemologi fizikal yang bersifat rasional atau saintifik. ii. Asas epistemologi ini adalah berdasarkan pembuktian sesuatu pengetahuan melalui pancaindera san sebagainya.

• • •

• • • •

• •

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHD AMRI BIN DIN

Hubungan Etnik KEMUNCAK PLURALITI ALAM MELAYU; KESULTANAN MELAKA • • • • • Zaman ini adalah zaman kemuncak dan keemasan kerajaan melayu. Melaka dijadikan tempat pertemuan antara pedagang dari seluruh pelusuk dunia. Berlaku perkahwinan campur antara sultan melaka dengan anak perempuan pemerintah negara china. Zaman Empayar Kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman pluraliti kerana penghijrahan berlaku secara semula jadi tanpa ada paksaan daripada mana-mana pihak. Pedagang dari Arab, China, India dan negara lain telah berakomodasi dengan penduduk tempatan. Dan akhirnya wujudnya masyarakat yang tidak pernah wujud seperti masyarakat baba.

PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK OLEH PENJAJAH • • Apabila penjajah British datang menjajah Alam Melayu, khususnya Tanah Melayu, Eropah telah mengalami perubahan epistemologi iaitu pemisahan antara negara dan agama. Semasa Pertelingkahan antara agamawan dan saintis di Eropah: i. Bagi barat, faktor yang menjadikan masyarakat berpegang kepada kepercayaan agama hanya perlu pada individu sahaja ialah agama dianggap sebagai penyumbang kepada perselisihan pendapat dalam kalangan manusia dan seterusnya akan membawa kepada pergaduhan dan perperangan. ii. Bagi barat, ilmu sains mempunyai sifat sarwajagat yang boleh menyatukan manusia dibawah payung kefahman yang sama dan ini membolehkan manusia hidup secara aman damai. Di Alam Melayu, penjajah british meneruskan dasar ini: i. Pihak British mengusai pentadbiran – memperkenalkan sistem pentadbiran mengikut kehakiman, eksekutif dan perundangan. ii. Hal ehwal Agama (Islam di Tanah Melayu) dan adat istiadat Melayu diletakkan dibawah pengawasan sultan. Ketibaan pemerintah kolonial telah membawa pertemuan menarik antara “agama” (dibaca Islam) dan “negara” (pentadbiran kolonial British). Bernard Cohn mengutarakan bahawa kolonialisme bukan hanya melibatkan penaklukan ruang fizikal; apa yang lebih penting ialah kolonialisme turut melibatkan penaklukan terhadap ruang epistemologi atau sistem pemikiran penduduk peribumi.

• •

PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA • Pluraliti di Malaysia kerap kali tertumpu pada tiga komuniti etnik utama iaitu Melayu, Cina dan India walaupun sebenarnya terdapat pelbagai lagi kaum dan suku lain di Malaysia.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHD AMRI BIN DIN

Hubungan Etnik • Perusahaan bijih timah Pada pertengahan abad ke 19 dan perusahaan getah pada awal abad ke 20 telah mengakibatkan penghijrahan orang Cina dan India secara besar-besaran ke Tanah Melayu. Terdapat persefahaman dan hubungan yang baik antara kamuniti etnik Melayu, Cina dan India. Keharmonian hubungan etnik ini wujud berterusan dan terbukti apabila mereka sama-sama berjuang mendapatkan kemerdekaan. Bristish memberi dampak yang sangat besar terhadap masyarakat di Malaysia sama ada dalam bentuk material mahupun bukan metarial. British menyumbang kepada penambah baikan kehidupan rakyat Malaysia. Apa yang amat jelas ialah perluasan pentadbiran British telah memisahkan agama daripada urusan sekular seperti politik, pentabiran, undang-undang, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

MASYARAKAT PLURALISTIK SELEPAS MERDEKA Politik • • Politik Malaysia juga tidak terlepas daripada dipengaruhi oleh aspek etnik. Perjuangan menuntut kemerdekaan menjadi peringkat bagi ketiga-tiga kumpulan etnik untuk bersatu dalam satu pakatan parti, iaitu parti perkatan. Parti Perikatan terdiri daripada UMNO, MCA, MIC. Selepas era 60-an, kerjasama perti-parti politik dalam pakatan parti pemerintah telah berkembang dengan peningkatan keahlian. Rekod Barisan Nasional yang terus kekal memerintah sehingga kini sebahagiannya adalah kerana wujudnya kerjasama antara parti komponennya. Dasar-dasar kerajaan dalam menguruskan pelbagai perkara yang berkaitan dengan perhubungan etnik melalui formula tolak telah berjaya mengekang pihak tertentu seperti pembangkang yang cuba memecah belahkannya.

• • •

Perlembagaan • Terdapat persekutuan berlapis iaitu Persekutuan Tanah Melayu dan Persekutuan Malaysia, dimana Persekutuan Malaysia adalah penerusan daripada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Dari segi Sejarah terdapat dua peringkat kontrak sosial di Alam Melayu i. Berlaku pada zaman pluraliti iaitu janji taat setia dan saling menghormati antara rakyat dan raja. (Perjanjian diantara Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba) ii. Berlaku dalam konteks masyarakat pluralistik hasil daripada syarat yang dikenakan oleh pihak british untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. (sering dikaitkan dengan kontrak sosial ini ialah soal kerakyatan) Pada 1949 telah terbentuk hubungan antara kaum (Communities Liason Commitee-CLC)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHD AMRI BIN DIN

Hubungan Etnik Pendidikan • Zaman penjajahan sistem pendidikan di persekutuan Tanah Melayu boleh dibahagikan kepada tiga peringkat: i. Pendidikan British rendah dan menengah -dihadiri oleh anak-anak kalangan bangsawan melayu dan hartawan cina dan india. ii. Sekolah melayu peringkat rendah – untuk menjadikan mereka sebagai petani yang lebih baik sedikit daripada ibu bapa mereka. iii. Sekolah Venakular Cina dan India. Kerencaman sistem pendidikan juga dapat dilihat daripada sudut kurikulum, sukatan mata pelajaran serta orientasi matlamatnya. Era pascamerdeka telah berubah corak yang beorientasikan unsur-unsur tempatan. i. Sistem pendidikan kebangsaan telah dibentuk berasaskan keseragaman kurikulum, sukatan mata pelajaran dan orientasi. ii. Matlamatnya adalah membentuk identiti kebangsaan Malaysia melalui dua laporan 1. Penyata Razak tahun 1956 2. Penyata Rahman Talib tahun 1960 iii. Matlamat kedua-dua penyata ini adalah untuk menyatukan kanak-kanak daripada berbilang bangsa etnik di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan satu bahasa pengantar tunggal iaitu bahasa Melayu. Penyata Razak tahun 1956 i. Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama. ii. Bahasa Melayu dijadikan bahasa penghantar utama. iii. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Wajib bag semua sekolah rendah dan menengah. iv. Penubuhansatu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum. v. Guru-guru adalah berkelayakan vi. Sistem sekolah adalah – Menengah bawah, Menengah atas dan Pra Universiti. Penyata Rahman Talib 1960 i. Pelajaran diseolah rendah adalah percuma ii. Sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga umur 15 tahun. iii. Murid naik darjah secara automatik iv. Pendidikan agama Islam perlu sekirannya terdapat sekurang-kurangnya 15 orang. v. Pendidikan akhlak dititikberatkan. Akta pendidikan 1957 i. Sekolah pelbagai aliran dibenarkan dan pengajaran dalam bahasa ibunda masing-masing dibenarkan. ii. Oleh sebab bahasa melayu merupakan bahasa kebangsaan, maka sekolah Cina dan Tamil wajib mengajar Bahasa Melayu sebagai salah satu daripada mata pelajaran; iii. Pendekatan dalam mata pelajaran sejarah, geografi dan buku teks yang lain mestilah berteraskan Malaysia. iv. Bukan lagi berteraskan nega China atau India.

• •

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHD AMRI BIN DIN

Hubungan Etnik Ekonomi • • Selepas mendapat kemerdekaan pada tahun 1957 kerajaan telah menggiatkan usaha untuk mengatasi pelbagai masalah sosioekonomi dan sosiopolitik. Rancangan pembangunan ekonomi negara dibahagikan kepada empat peringkat: i. Rancangan pramerdeka iaitu meliputi Rangka Pembangunan Persekutuan Tanah Melayu (1950-1955) dan Rancangan Persekutuan Tanah Melayu Pertama (1956-1960) ii. Perancangan selepas merdeka, merangkumi Racangan Persekutuan Tanah Melayu Kedua (1961-1965) dan sebahagian daripada Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970); iii. Perancangan dalam era Dasar ekonomi Baru; dan iv. Dasar Pembangunan Negara hingga kini.

• •

Sistem ekonomi Malaysia berasas laissez faire atau sistem ekonomi pasaran bebas yang diadaptasi daripada warisan British. Terdapat dua sistem ekonomi. i. Ekonomi Moden a) Sistem ekonomi moden yang mendominasikan organisasi pengeluaran terutamanya berasaskan getah dan bijih timah. Sistem ekonomi ini berorientasikan budaya bandar. b) Corak pengurusan dan teknik organisasi berteraskan bandar. c) Dibawah kawalan British dan firma asing. ii. Ekonomi tradisional a) Sektor ekonomi pertanian – padi dan perikanan. b) Etnik Melayu juga tertumpu di sektor pertanian tradisional iaitu sebagai pekebun kecil, kelapa, pesawah dan lain2.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHD AMRI BIN DIN

Hubungan Etnik KEBUDAYAAN KEBANGSAAN • • • Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara membangunkan yang akan mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini nanti akan dapat menjadi garis panduan dalam membentuk, mewujudkan dan mengekalkan identiti negara dikalangan dunia antarabangsa. Pengwujudan kebudayaan Kebangsaan akan terus berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip yang ditetapkan oleh kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan itu: i. Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal Rantau ini ii. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima iii. Islam Menjadi unsur yang penting dalam penbentukan kebudayaan Kebangsaan Ketiga-tiga prinsip asas diatas adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971.

Objektif Kebudayaan Kebangsaan • • Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang baru merdeka amatlah penting untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan bersatupadu. Dengan tujuan demikian usaha-usaha pembentukan Kebudayaan kebangsaan Malaysia adalah bertujuaan untuk mencapai tiga objektif penting iaitu: i. Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan. ii. Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan’; dan iii. Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi. Strategi dan perlaksanaan Objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-strategi berikut: i. Pemulihan pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya; ii. Meningkatkan dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerakkan kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan; iii. Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia; iv. Memenuhi keperluan sosiobudaya dan v. Meninggikan taraf dan mutu kesenian.

Badan-Badan Yang Perlu Menjayakan Kebudayaan Kebangsaan • Peranan kementerian/jabatan, kerajaan-kerajaan Negeri dan badan-badan berkanun yang lain adalah sama penting dalam melaksanakan strategi dasar ini dalam pengurusan harian dan perlaksanaan dasar-dasar semasa.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHD AMRI BIN DIN

Hubungan Etnik • Peranan pihak swasta dan pertumbuan kebudayaan kian diperlukan dimana badan-badan ini boleh memainkan peranan menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan kebudayaan di peringkat organisasi masing-masing dan seterusnya membiayai penajaan program atau projekprojek kebudayaan.

Pencapaian dan Masalah • • • • Secara umumnya pencapaian matlamat dan objektif dasar telah menunjukkan kerajaan yang boleh dibanggakan Pembentukan dan pewujudan satu kebudayaan kebangsaan, proses penyerapan dan penerinaannya mengambil masa yang lama, melangkaui satu generasi ke satu generai yang lain. Pembentukan identiti nasional dan perpaduan kaum dan nilai murni Islam telahpun dilaksanakan. Identiti kewarganegaraan dan senu budaya Malaysia juga didapati di dalam perayaan-perayaan antarabangsa dan juga di dalam kegiatan seni sukan dan perayaan sama ada di peringkat rasmi atau tidak rasmi. Identiti negara Malaysia telah dapat diwujudkan secara beransur-ansur. Antara kelemahan-kelemahan dan masalah yang wujud kebelakagan ini adalah berpunca daripada perkembangan sosioekonomi yang pesat di dalam suasana perhubungan luar secara terbuka dan tidak terhad. Kejayaan perlaksanaan Dasar kebudayaan kebangsaan ini adalah bergantung kepada peruntukan kewangan, kepakaran dan kecekapan pengurusan yang mengendalikan dan melaksanakan dasar ini. Sokongan secara langsung atau tidak langsung oleh semua pihak adalah penting bagi kejayaan program dan aktiviti-aktiviti dasar ini.

• •

Penutup • Penggubalan dan perlaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negara Malaysia yang sedang membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu padu serta mengekalkan identiti negara dikalangan dunia antarabangsa. Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu tercapainya hasrat dan cita-cita perlaksanaan ini kerana dengan keinsafan itu sahaja kebudayaan kebangsaan akan dapat dibezakan dengan kebudayaan kesukuan atau kebudayaan kaum. Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batasbatas suku kaum dan memperlihatkan keperibadian kebangsaan Melayu itu sendiri sebagai negara yang merdeka dan bermaruah.

• •

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHD AMRI BIN DIN

Hubungan Etnik PERLEMBAGAAN • • • Merupakan dokumen yang mengandungi undang-undang tertinggi dalam usaha mewujudkan satu bentuk pentadbiran yang adil dan saksama kepada masyarakat. Undang-undang tertinggi dan menjadi punca kepada segala perundangan lain dalam sesebuah negera. Semua undang-undang lain tidak boleh bercanggah dengan perlembagaan. Perlembagaan mengadungi peruntukan-peruntukan umum tentang: i. Corak pemerintahan negara. ii. Hak asasi manusia iii. Kewarganegaraan iv. Agama v. Bangsa. Perlembagaan mengandungi undang-undang selaras dengan kehendak rakyat dan keadaan semasa.

Perlembagaan Persekutuan • • • • • • • • Perlembagaan berperanan dalam menentukan bidang kuasa pemerintahan dan hak rakyat. Perlembagaan adalah suatu kumpulan undang-undang yang menentukan bagaimana pemeritahan sebuah negara mesti dijalankan. Perlembagaan persekutuan adalah perlembagaan bertulis yang mana sebagai perlembagaan tertinggi dalam negara. Perlembagaan yang wujud hari ini adalah berdasarkan Perlembagaan persekutuan Tanah Melayu 1957. Kemudian dipinda pada tahun 1963 untuk membolehkan penyertaan singapura, sabah dan sarawak kedalam Persekutuan Malaysia. Setiap negeri perlembagaan tersendiri untuk mecorakan pemerintahan negeri tersebut. Perlembagaan persekutuan mengandungi 181 perkara yang dibahagikan kepada 14 bahagian. Di Malaysia pembentukan perlembagaan turut dipengaruhi oleh beberapa faktor utama: i. Sebagai negara raja berpelembagaan ii. Sebagai negara demokrasi berparlimen iii. Perlembagaan memperuntukan ketinggian perlembagaan dan kebebasan undangundang. iv. Perlembagaan memperuntukan ketinggian perlembagaan dan kebebasan undangundang. v. Perlembagaan memperuntukan pengasingan kuasa ketiga-tiga cabang pentadbiran. Ketiga-tiganya mempunyai status yang sama, tiada satu pun yang lebih tinggi daripada yang lain dan setiap satunya mempunyai fungsi dan tanggungjawap yang berbeza, dan perlembagaan memperuntukan sebuah badan kehakiman yang berasingan dan bebas daripada kawalan Parlimen dan Eksekutif malah mempunyai bidang kuasa yang eksklusif untuk menentukan pertikaian dan hak-hak serta liabiliti lain dalam Perlembagaan.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHD AMRI BIN DIN

Hubungan Etnik Suruhanjaya Perlembagaan • • Suruhanjaya Perlembagaan ini dibentuk pada bulan mac 1956 dan dipengurusikan oleh Lord Reid dari Britian. Suruhanjaya ini ditugaskan mengubalkan satu pelembagaan bagi tanah melayu yang berasaskan kepada pemerintahan demokrasi berparlimen: i. Mewujudkan sebuah kerajaan pusat yang kuat dan berkuasa keatas negeri-negeri. ii. iii. iv. v. • Menjelaskan kedudukan Raja-raja Melayu sebagai Raja Berpelembagaan Melantik seorang ketua negara yang dipilh dikalangan Raja-raja Melayu. Mewujudkan satu rupa bangsa bagi seluruh negara. Mengekalkan kedudukan istimewa orang-orang Melayu.

Bagi mengubal perlembagaan ini sruhanjaya reid telah menerima pemrundangan daripada pelbagai pihak sama ada secara bertulis atau lisan.

Perlembagaan Persekutuan sebagai Mekanisma Perpaduan • Perlembagaan ini adalah hasil daripada tolak ansur kaum melayu, cina dan india. Ianya sejajar dengan syarat yang dikenakan oleh british untuk memberikan kemerdekaan kepada tanah melayu sekiranya wujud perpaduan masyarakat pelbagai kaum. • Dalam permuafakatan politik dan tolak ansur antara pemimpin-pemimpin kaum utama di tanah Melayu akhirnya melahirkan ‘Pakatan Murni’ dalam erti kata tolak ansur dalam aspek menghormati hak dan kepentingan kaum dalam Perlembagaan Persekutuan. • Masyarakat melayu memiliki beberapa kelebihan dalam Perlembagaan seperti: i. ii. iii. iv. • Kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Raja-raja Melayu sebagai tonggak pemerintah Hak-hak istimewa orang Melayu.

Sebaliknya masyarakat bukan melayu mendapat keistimewaan dari segi kewarganegaraan yang membolehkan mereka mendapat layanan yang sama dalam masyarakat.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHD AMRI BIN DIN

Hubungan Etnik Kesultanan Melayu • • • • Merupakan satu element penting dalam sejarah pembentukan Perlembagaan. Institusi beraja dikatakan bermula seiring dengan kemasukan pengaruh Hindu-buddha ke alam Melayu. Kedatangan Islam telah mengubah persepsi asal-usul raja daripada dewa-dewa kepada tokohtokoh agama Islam. Kedudukan dan hak raja tidak boleh dipersoalkan dan di ganggu gugat oleh sesiapa. Raja masih dianggap sebagai orang yang paling berkuasa dan menjadi perantaraan antara rakyat dengan tuhan. • • Sesiapa yang membantah perintah raja seolah-olah melanggar perintah Allah. Dalam sistem beraja, raja dianggap sebagai simbol negara dan pemerintahan yang bedaulat serta mempunyai kedudukan tertinggi dalam kerajaan.

Yang di-Pertuan Agong • • • • • Jawatan Yang di-Pertuan Agong telah diwujudkan oleh perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 ogos 1957. Merupakan seorang raja berpelembagaan yang memerintah mengikut kuasa yang diberikan kepada baginda oleh perlembagaan. Berada di kemuncak bidang ketiga-tiga bidang kuasa eksekutif, perundangan dan kehakiman. Dipilih dari kalangan sembilan orang raja Melayu oleh Majlis raja-raja mengikut aturan yang terkandung dalam jadual ketiga. Setiap raja boleh dipilih untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong kecuali baginda belum cukup umur atau sengaja tidak mahu dipilih atau difikirkan tidak layak oleh Majlis Raja-Raja dengan undi sulit atas sebab lain. • • • Yang di-Pertuan Agong akan memegang jawatan selama 5 tahun melainkan baginda meletakkan jawatan sebelum tempoh berkenaan atau dilucutkan jawatan oleh Majlis Raja-Raja. Baginda akan bertindak atas nasihat kabinet atau seorang menteri yang bertindak dibawah kuasa am kabinet. Rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan negara perlu mendapat persetujuan Yang dipertuan Agung.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHD AMRI BIN DIN

Hubungan Etnik Agama Islam • • Agama Islam dijadikan sebahagian daripada perkembangan sejarah konsep pemerintahan beraja. Oleh sebab itulah ianya terkandung di dalam perlembagaan. Sudah menjadi imej kepada orang melayu bahawa Islam itu Melayu dan Melayu itu adalah Islam. Malah ada yang memberikan gelaran melayu kepada bangsa lain yang memeluk agama Islam. • Agama Islam telah menjadi agama orang melayu sejak 500 tahun dahulu. Agama Islam dikatakan dibawa oleh pedagang-pedagang Arab yang berasal dari Timur Tengah yang datang ke Melaka dalam abang ke 15. • Hak agama Islam diperuntukkan dibawah perkara 3 Perlembagaan Malaysia yang mengistiharkan bahawa “Islam merupakan Agama bagi persekutuan”, iaitu agama rasmi negara. Tetapi agama lain masih boleh dianuti oleh penganut-penganut agama Hindu, buddha, kristian dan lain-lain. • Dalam Perlembagaan Persekutuan hal ini disebut seperti i. Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada fasal (4), mengembangkan agamanya. ii. Tiada sesiapapun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai jika pendapatan dari cukai itu adalah diperuntukan khas sama ada kesemuanya atau sebahagian bagi maksud-maksud sesuatu agama yang lain daripada agama sendiri. iii. Tiap kumpulan agama adalah berhak; a) Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri. b) Menubuhkan dan menyelenggara yayasan-yayasan bagi maksud-maksud agama atau khairat, dan c) Memperolehi dan mempunyai harta serta memegang dan mentadbirnya mengikut undang-undang. • Disebabkan hak istimewa Agama Islam sebagai agama persekutuan, maka kerajaan Pusat dan Kerajaan negeri mempunyai kebebasan untuk menubuhkan dan menyengarakan atau hanya membantu penubuhan dan penyengaraan institusi-institusi Islam atau mengadakan serta membantu mengadakan ajaran dalam agama Islam.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHD AMRI BIN DIN

Hubungan Etnik Bahasa Melayu • • • • Perlembagaan Malaysia memperuntukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Taraf kebangsaan yang diberikan kepada bahasa Melayu adalah lebih luas dan memberikan kesan yang mendalam berbanding dengan pengiktirafan sebagai bahasa rasmi sahaja. Kesan yang paling ketara adalah bahasa melayu akan menjadi bahasa pengantar dan digunakan dalam semua perkara-perkara rasmi. Perkara 152 dalam perlembagaan Malaysia adalah peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. a) Perkara 152 (1) memperuntukan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan , tetapi tidak seorang pun dilarang dari bertutur, mengajar atau belajar bahasa lain. Pada tahun 1967 satu akta telah digubal iaitu Akta Bahasa Kebangsaan yang memperuntukan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi tunggal dan seterusnya pada tahun 1969 nama bahasa melayu ditukar kepada bahasa Malaysia. b) Perkara 152 (2) menyebut bahawa penguatkuasaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi selama sepuluh tahun selepas kemerdekaan dan selepas itu, kecuali jika diperuntukan sebaliknya oleh Parlimen bahawa bahasa Inggeris boleh digunakan didalam Parlimen dan apa sahaja maksud rasmi yang lain. c) Perkara 152 (3) memperuntukan naskah sahih bagi rang undang-undang dan akta Parlimen hendaklah dalam bahasa Inggeris. d) Perkara 152 (4) menyatakan perbicaraan kes mahkamah hendaklah menggunakana bahasa Inggeris, ianya disebut dengan jelas dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1969. • Pindaan kepada Perlembagaan 1971 telah memperuntukan bahawa status bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan tidak boleh dipertikaikan dan dipersoalkan. Sesiapa yang mempersoalkan akan didakwa dibawah kesalahan Akta Hasutan, 1984. • Alasan utama disebalik penguatkuasaan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi negara adalah untuk memenuhi keperluan menyatupadukan kaum-kaum dibawah satu bahasa yang sama, iaitu bahasa Malaysia.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHD AMRI BIN DIN

Hubungan Etnik Kedudukan Istimewa Orang Melayu • Kedudukan Istimewa orang melayu adalah unsur tradisi keempat. Perkara 153 memberikan tanggungjawap yang berat keatas Yang di-Pertuan Agong untuk memelihara kedudukan Istimewa orang Melayu dan bumiputera sabah dan sarawak serta kepentingan sah perjanjian kaum-kaum lain. • Perkara ini berbangkit setelah kerajaan British mahu Raja-Raja Melayu menurut telunjuk British dalam semua perkara kecuali dalam adat dan istiadat Melayu dan agama Islam. Perkara ini menyebabkan hak dan keistimewaan orang melayu telah berkurangan sedikit demi sedikit tanpa disedari. • Penubuhan Malayan Union atau Kesatuan Tanah Melayu merupakan percubaan pihak Inggeris menukar taraf negeri-negeri tanah Melayu daripada status naungan kepada tanah jajahan. Dibawah perlembagaan ini, bukan sahaja tidak disebut akan hak keistimewaan orang Melayu, malah apa jua kuasa, keistimewaan dan kedudukan yang dimiliki oleh Sultan Melayu telah dihapuskan oleh kerajaan British. Sultan hanya mempunyai hak mutlak dalam hal ehwal keagamaan serta ada istiadat orang-orang melayu. Dalam Malayan Union, ia memberikan hak kewarganeraan yang longgar kepada kaum bukan Melayu. Dibawa prinsip Jus Soli, kerakyatan Tanah Melayu diberikan kepada: i. Orang asing yang berumur18 tahun keatas dan telah bermastautin ti Tanah Melayu selama 10 tahun daripada 15 tahun; ii. • • • Semua orang yang dilahrikan di Tanah Melayu selepas penubuhan Kesatuan Malaya.

Apabila Malayan Union digantikan dengan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, orang Melayu mendapat kembali kedudukan dan temat mereka dinegara ini. Persuruhjaya Tinggi Persektuan di bawah perlembagaan baru ini bertanggungjawap untuk melindungi “kedudukan orang melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain”. Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, tanggungjawap telah diletakkan ke bahu Yang di-Pertuan Agong dan kaum bumiputera negeri sabah dan sarawak apabila kedua negeri ini menyertai Persekutuan Tanah Malaysia pada tahun 1963.

Yang di-Pertuan Agong melindungi hak Istimewa orang melayu dari segi i. ii. iii. iv. Jawatan dalam perkhidmatan awam Pemberian biasiswa Bantuan dan kemudahan pelajaran Permit untuk perniagaan dan perdagangan. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHD AMRI BIN DIN

Hubungan Etnik • Kedudukan istimewa orang melayu ini tidak mutlak tetapi di seimbangkan dengan kepentingan sah kaum-kaum lain termasuklah hak-hak mendapatkan a) Kewarganegaraan Malaysia. b) Hak untuk menganut agama masing-masing. c) Hak untuk menggunakan bahasa ibunda d) Hak untuk mendapat layanan yang sama rata.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHD AMRI BIN DIN

Hubungan Etnik PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK Dasar Ekonomi Baru (DEB) • • • • • Digubal bagi mengurangkan ketidakseimbagan sosioekonomi antara kaum dan wilayah untuk perpaduan negara. Kadar kemiskinan dan ketidakseimbangan yang ketara yang ketara dalam pendapatan, guna tenaga dan pemilikan modal saham di kalangan kaum dapat dikurangkan dan seterusnya membantu merapatkan jurang antara kaum. Falsafah asas DEB adalah pembangunan dengan pengagihan saksama yang merangkumi matlamat pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Dasar ini adalah untuk merelisasikan matlamat oleh kerajaan untuk melahirkan golongan usahawan dikalangan bumiputera Melayu sebagai citra dan ikon kepada golongan ‘Malay Middle class’ setanding dengan masyarakat bukan melayu. DEB adalah satu pendekatan baru atau formula dalam rancangan lima tahun yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia kedua bagi memperbaiki ketidakseimbangan sesoiekonomi yang wujud antara kaum dan kawasan di wilayah yang sama.

DEB dalam Membasmi Kemiskinan • • • • • Kemiskinan orang melayu adalah disebabkan oleh berlakunya penindasan ke atas mereka semasa zaman kolonialisme di mana orang-orang Melayu hanya digalakkan menanam tanaman untuk keperluan mereka sedangkan bangsa asing digalakkan membuka ladang-ladang. Penglibatan orang melayu adalah lebih tertumpu kepada perkhidmatan awam diperingkat persekutuan dan negeri yang telah dikhaskan oleh pihak Inggeris. Diskriminasi sosial dan ekonomi terhadap orang Melayu juga dilakukan oleh golongan pedagangan dan industri yang dikawal oleh orang bukan Melayu. Punca utama kemiskinan adalah disebabkan oleh kekurangan perkerjaan yang produktif. Mengakibatkan berlakunya penganguran dan gunatenaga tidak penuh kerana kekurangan pengeluaran seperti tanah, modal dan keusahawanan. Beberapa program telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk membasmi kemiskinan dan meningkatkan daya pengeluaran serta pendapatan petani, pekebun-pekebun kecil getah, kelapa sawit dan kelapa, nelayan dan pekerja ladang. a) Meninggikan tingkat pendapatan dan produktiviti bagi mereka yang terlibat dalam pekerjaan produktiviti rendah sama ada dibandar dan luar bandar dengan memperbanyakkan peluang bagi mereka mendapatkan latihan dan kemahiran, tanah dan modal yang perlu untuk membasmi penganguran. b) Mewujudkan peluang perkerjaan yang secukupnya untuk mengurangkan paras penganguran dan seterusnya mencapai tingkat gunatenaga penuh. c) Merapatkan jurang ketidaksetaraan agihan pendapatan dan harta antara kumpulan etnik. d) Memodenkan kehidupan dan meningkatkan taraf hidup golongan miskin diluar bandar melalui pembekalan perkhidmatan ekonomi dan sosial, misalnya penyediaan tempat kediaman, kemudahan tenaga elektrik dan air, perkhidmatan kesihatan dan reakriasi. e) Mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan masyarakat Melayu dan bumiputera yang lain dengan matlamat memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah aktiviti perdagangan dan perindutrian negara. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHD AMRI BIN DIN

Hubungan Etnik f) Menstrukturkan pola gunatenaga mengikut sektor dan jenis pekerjaan dalam berbagaibagai sektor ekonomi supaya mencerminkan komposisi kaum.

Penyusunan Semula Masyarakat • • • • • Menyusun semula masyarakat supaya pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi dan kedudukan kawasan dapat dihapuskan. Matlamat DEB adalah untuk menyusun semula masyarakat biasanya merujuk kepada aspekaspek seperti agihan milik saham syarikat, gunatenaga dan pembangunan wilayah. DEB adalah untuk meningkatkan penglibatan bumiputera dalam bidang perniagaan dan perusahaan. Beberaepa usaha dan program telah dilaksanakan untuk menyusun semula masyarakat. Serentak dengan program membasmi kemiskinan terutama sekali dikawasan luar bandar dan bandar. DEB di rangka untuk menyusun semula masyarakat seperti berikut: a) Meninggikan daya pengeluaran dan mutu kehidupan golongan miskin di luar bandar melalui permodenan kawasan luar bandar. b) Mengurangkan keadaan tidak seimbang dalam struktur gunatenaga yang terdapat sekarang secara berperingkat-peringkat melalui pertumbuhan ekonomi dan peringkat pekerjaan mencerminkan susunan penduduk mengikut kaum di negara ini. c) Menambahkan dengan lebih cepat lagi melalui perkembangan ekonomi, bahagian rakyat malaysia dalam pemilikan modal produktif dalam ekonomi termasuk saham sektor syarikat berdasarkan pertumbuhan ekonomi keseluruhannya. Perhatian berat akan ditumpukan kepada kaum bumiputera yang ada pada masa ini memiliki bahagian modal yang terlalu kecil berbanding dengan bilangan mereka dalam jumlah penduduk. d) Memastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan bumiputera supaya dalam tempoh satu generasi mereka akan memiliki dan mengurus sekurang-kurangnya 30% dari jumlah kegiatan perdagangan dan perindustrian negara dalam semua lapangan dan peringkat kegiatan ekonomi serta menjadi rakan seperjuangan penuh dalam kegiatan ekonomi negara. Kerajaan telah berusaha menyusun semula hak milik sektor syarikat secara berperingkatperingkat supaya pada keseluruhannya rakyat malaysia akan memiliki dan menguasai sekurangkurangnya 70% daripada jumlah modal saham dengan kaum bumiputera menjelang tahun 1990. Penyediaan intensif dan pembiayaan bagi membantu bumiputera memperolehi teknologi yang sesuai serta kepakaran pengurusan.] Program penswastaan akan terus dilaksanakan bagi mewujudkan lebih banyak usahawan bumiputera di peringkat koporat.

• • •

Mengapa DEB Penting Kepada Bumiputera Melayu? Masalah yang dihadapi oleh orang melayu • Pada peringkat awal orang melayu masih tidak terdedah dengan konsep-konsep perniagaan yang kompleks. Mereka hanya menjalani kehidupan sebagai: i. Nelayan ii. Menanam buah-buahan dan tanaman iii. Hasil-hasil hutan. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHD AMRI BIN DIN

Hubungan Etnik iv. • • Membuat ikan kering dan kelapa kering.

• • •

Orang melayu tidak mempunyai satu tempat yang khusus untuk tujuan proses atau memasarkan hasil-hasil keluaran. Mereka menjalankan perniagaan ditepi jalan. Akibat daripada ketiadaan usaha yang berterusan ke arah memupuk budaya niaga di kalangan orang Melayu telah mengakibatkan tahap pencapaian ekonomi orang Melayu semakin merosot, lebih-lebih lagi dengan kehadiran golongan migran seperti Cina dan India yang dibawa masuk oleh British ke Tanah Melayu. Jaringan perhubungan yang agak mundur turut menyumbang ke arah kegagalan network peniaga-peniaga Melayu untuk memperluaskan hasil jualan mereka. Kedudukan perkembangan usahawan Melayu sebelum merdeka masih tidak membayangkan satu pencapaian yang memberangsangkan. Ini didasari oleh pelbagai faktor terutamanya dasar penjajah British yang tidak mahu melihat kemajuan dikalangan orang melayu pribumi. Modal dan Instrument ekonomi orang-orang Melayu yang rapuh turut menghalang sebarang perkembangan kegiatan keusahawanan.

Dasar Ekonomi Baru Penting Untuk Perpaduan Kaum Dari Aspek Ekonomi • • • Tindakkan yang diambil kerajaan untuk memperbaiki kedudukan ekonomi selepas 13 mei 1969 adalah berdasarkan keperluan untuk berkempromi didalam politik dan akhirnya telah mendorong pembentukan DEB sebagai lambang ekonomi politik. DEB yang bertindak sebagai pemangkin kepada peningkatan penyertaan orang Melayu dalam bidang perniagaan dan perdagangan. Dua strategi utama dalam DEB ke arah pembentukan perpaduan nasional ialah: a) Pembasmian kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan peluang pekerjaan terhadap seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Ini dapat dicapai melalui program-program yang dirangka kepada seluruh peringkat produktiviti. Perkembangan peluang-peluang antara sektor dan aktiviti yang mempunyai produktiviti rendah keperingkat yang lebih tinggi di samping peruntukan yang lebih meluas terutamanya dalam perkhidmatan sosial telah dirangka untuk meningkatkan taraf hidup kumpulankumpulan yang berpendapatan rendah. b) Penggandaan proses penyusunan semula masyarakat Melayu untuk membetulkan ketidakseimbangan ekonomi dengan harapan mengurangkan dan mengetepikan pengenalan kaum melalui fungsi ekonomi. Program-program tersebut termasuklah pemodenan kehidupan luar bandar, pembangunan aktiviti bandar yang pesat dan seimbang, penubuhan pusat pertumbuhan yang baru dan pengwujudan Masyarakat industri dan komersial Melayu di semua kategori dan bumiputera lain menjadi rakan kongsi sepenuhnya dalam semua aspek ekonomi negara. Perkembangan peluang pelajaran tinggi dan kerja-kerja yang mendatangkan pendapatan tinggi, perkembangan peluang untuk menambah hak milik di bidang perusahaan, perniagaan dan pertanian serta pemindahan penduduk desa ke bandar. Terdapat satu perkembangan yang penting dalam menilai pencapaian orang-orang Melayu dalam perlaksanaan DEB iaitu lahir golongan Melayu menengah. Kedudukan mereka dianggap istimewa sebagai wakil kaum Melayu menyahut seruan kerajaan dalam melaksanakan DEB. Pelaksanaan DEB memperkuatkan lagi matlamat kerajaan untuk menjamin agar ekonomi Melayu tidak ketinggalan.

• • •

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHD AMRI BIN DIN

Hubungan Etnik Dalam Membantu Proses Kemunculan Golongan Peniaga dan Keusahawanan Melayu • • • Kerajaan telah melancarkan DEB dengan tujuan dapat mewujudkan masyarakat Bumiputera Melayu yang berkecimpung dalam arena perdagangan dan perniagaan. DEB tidak terdedah kepada pemilikan harta semata-mata tetapi yang paling penting adalah mewujudkan satu masyarakat pengusaha dikalangan orang-orang Melayu. Pelbagai intensif diadakan demi membantu pencapaian ekonomi terutama dikalangan pengusaha-pengusaha Melayu. Tambahan pula, banyak agensi diwujudkan oleh kerajaan untuk memberi peluang kepada bumiputera mendapat pengalaman yang luas serta dapat menjalankan perniagaan sendiri. Perlaksanaan DEB oleh pihak kerajaan pada tahun 1970 melalui rancangan-rancangan jangka panjang turut berperanan membantu ke arah membentuk satu generasi usahawan Melayu yang dinamik serta berdaya saing. Sejak dua dekad kebelakangan ini, semakin ramai usahawan melayu dapat dihasilkan yang memperlihatkan mereka dapat memecah dominan penguasaan golongan bukan Bumiputera dalam bidang perdagangan. Golongan bumiputera telah berjaya mencapai lebih dari 50% milikan modal saham. Seiring dengan strategi DEB yang menggariskan penyusunan masyarakat, perkembangan positif golongan usahawan melayu membayangkan adalah tidak mustahil untuk meraka mencapai sasaran tersebut. Perkembangannya suatu budaya baru yang menyerlah sikap saling mempercayai dan saling bergantung telah wujud dikalangan usahawan bumiputera dan bukan bumiputera Kerjasama daripada dewan-dewan perniagaan ini telah mencetuskan lebih ramai usahawan Melayu yang toleransi, dinamik dan berdaya saing. Antara yang terpenting adalah memperbetulkan keseimbangan ekonomi dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Usahawan bumiputera masih ketinggalan dari segi daya cipta, budaya meniaga serta semangat bekerja yang gigih. Kesungguhan kerajaan dalam mengatur pelbagai program terutamanya dalam kongres Ekonomi Bumiputera memberi impak yang positif dalam usaha memperkembangkan kegiatan usahawan Melayu di negara ini.

• • •

• • • • •

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHD AMRI BIN DIN

Hubungan Etnik ISLAM HADHARI Asas Pemikiran Islam Hadhari • • Ianya adalah ajaran Islam yang sebenar yang berpaksikan Al-Quran dan Sunnah. Penggunaan istilah ‘hadhari’ telahpun digunakan oleh ilmuwan Islam sejak dari dahulu lagi seperti Ibnu Khaldun dalam kitab agungnya ‘Al-Muqaddimah’ dan pemikir al-jazair iaitu Malik Bannabi yang cenderung menggunakan Istilah Hadhara yang membawa maksud keseimbangan kemajuan antara aspek material dengan akhlak dan spritual. Islam yang syumul atau komprehensif dengan penekanan kepada pembangunan ekonomi dan tamadun menyeluruh- menjadi penggerak dan pendorong kepada peningkatan daya saing bangsa Melayu dan umat Islam amnya. Islam hadhari merupakan perlaksanakan Islam secara lebih bertamadun dan dinamik, sesuai dengan kebangkitan ilmu dan teknologi terkini, tanpa membelakangi asas akhidah yang amat unik. Perubahan dalam mengikuti perkembangan manusia tidak beerti bahawa orang Islam seharusnya juga mengubah asas ajaran Islam seperti pegangan dan penghayatan akhidah. Matlamat Islam Hadhari seharusnya memfokusnya kepada pembentukan manusia yang utuh fizikal dan spritualnya serta berkemampuan tinggi dalam menggunakan minda dan pemikiran untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.

• • • •

Prinsip Islam Hadhari • Sepuluh prinsip utama telah digariskan dalam melaksanakan pendekatan Islam Hadhari untuk membawa negara dan rakyat ke arah perlaksanaan Islam yang lebih meluas demi pencapaian ketamadunan yang mampan. Prinsip-prinsip ini adalah 1. Keimanan dan ketakwaan kepada Allah 2. Kerajaan adil dan beramanah 3. Rakyat berjiwa merdeka 4. Penguasaan ilmu pengetahuan 5. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif 6. Kehidupan berkualiti 7. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita 8. Keutuhan budaya dan moral 9. Pemuliharaan alam semula jadi 10. Kekuatan pertahanan

Pendekatan Islam Hadhari • Menerusi Islam hadhar, modal pembangunan insan menjadi antara agenda yang diberikan perhatian penting. Ia merangkumi pembangunan aspek kerohanian dalam usaha mewujudkan insan berkualiti dan dinamik. a) Iman dan Taqwa Membuahkan Akhlak Mulia dan Berwatak Perihatin Penekanan kepada penyuburan iman dalam diri setiap individu akan menjana ketakwaan kepada Allah hingga melahirkan akhlak yang mulia dalam diri indvidu itu. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHD AMRI BIN DIN

Hubungan Etnik Individu yang memiliki akhlak mulia akan pritahin terhadap masyarakat sekeliling; gembira dengan kesenangan orang lain dan sedih dengan penderitaan orang lain. b) Keperihatinan Terhadap Golongan lemah, Terabai, Kumpulan Minoriti dan Wanita Perasaan keperihatinan ini akan mendorong seseorang untuk menghormati dan bertolak ansur dengan individu lain seta membela yang lemah dan terabai, termasuk membela hak kumpulan minoriti dan wanita. Perasaan keperihatinan ini juga mampu melahirkan individu yang peka dengan kepentingan budaya tempatan dan kedudukan moral dalam masyarakat yang akan menjadi amalan hidup, didokong dan dipertahankan. c) Keperihatinan Mendorong Penguasaan Ilmu dan Kemahiran dalam Menuju Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Mampan serta kehidupan Berkualiti Individu yang prihatin ini juga akan terbina jiwa merdekanya hingga terpanggil untuk mempelajari dan menguasai ilmu agama, kemasyarakatan, sains dan teknologi. Mempelajari ilmu-ilmu ini adalah tuntutan agama. Manakala penguasaan kemahiran ilmu-ilmu itu pula akan membolehkan mereka merancang dan melaksanakan tindakantindakan yang bukan sahaja akan memberi manfaat kepada diri dan masyarakat tetapi juga ganjaran pahala yang akan menentukan darjatnya di akhirat. Dengan penguasaan ilmu dan kemahiran mengurus kehidupan dan tamadun, seseorang akan mampu menyumbang ke arah pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif dengan meningkatkan keupayaan diri dan juga keupayaan institusional dalam masyarakat. Dengan terbangunnya keupayaan individu dan institusional dalam masyarakat, pendekatan pembangunan yang menyeluruh dan holistik boleh diambil di mana pembangunan pertanian, bioteknologi, ICT, perindustrian, dan lain-lain dapat dilaksanakan. Hasil dari pembangunan yang seimbang dan mampan ini akan membuka peluang pekerjaan, mengurangkan kemunduran, kemiskinan dan ketidaksamarataan hingga kualiti hidup seseorang itu meningkat. d) Kepentingan Kehidupan dan Keperihatinan Diri Penjaga Alam Semulajadi Untuk menjamin kualiti hidup dapat ditingkatkan secara berterusan, sumber-sumber alam semulajadi yang digunakan untuk dijadikan bahan makanan dan keselesaan hidup manusia mesti diurus dengan efisien. Perkiraan kepentingan hidup dan keperihatinan yang terbina dalam diri seseorang individu itu akan menjadi pendorong utama bagi melahirkan kesedaran dan tindakan yang akan menyelamatkan kesuburan alam semulajadi di sekelilingnya. e) Jiwa Merdeka, Individu Bermaruah dan Patriotik, Negara Selamat Iman dan takwa akan membina seseorang memiliki jiwa merdeka, terbina maruah dan jati diri. Individu sedemikian bukan sahaja kental kendirinya tetapi memiliki semangat cinta akan negara dan patrotisme yang tinggi. Selain memiliki individu yang bermaruah UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHD AMRI BIN DIN

Hubungan Etnik dan patriotik, setiap negara juga perlu memiliki kekuatan teknologi ketenteraan yang canggih bagi menangkis ancaman dari anasir-anasir jahat yang boleh memiliki senjata pemusnah dengan begitu mudah sekali pada masa kini. Gabungan individu bermaruah tinggi dan teknologi ketenteraan yang canggih mampu menjaga keselamatan negara untuk memastikan negara kekal stabil, makmur dan sejahtera. f) Individu Berakhlak Tadbir Urus Negara Adil dan Saksama Dengan iman dan takwa menjadi kuasa penggerak tingkah laku individu, manusia yang baik dan cerdik ini dapat berperanan dalam masyarakat dan negara hingga lahir budaya kerja yang adil, saksama dan efisien. Jika menjadi rakyat, dia akan menjadi rakyat berjiwa merdeka dan jika dia berperanan dalam masyarakat sebagai guru, peniaga atau pentadbir, dia akan mengurus kerjayanya dengan adil, bertanggungjawab dan efisien. Peningkatan keupayaan diri melalui iman dan takwa untuk mengukuhkan kerohanian diri serta penguasaan ilmu dan kemahiran bagi membina intelek akan melahirkan individu yang mampu mengurus diri akan membangun tamadun. Individu yang memiliki jiwa murni dan kemahiran kerja ini adalah permata yang boleh digembeleng untuk membangun institusi dalam masyarakat hingga lahir keluarga bahagia, pendidik cemerlang, peniaga yang efisen, ahli profesional yang berjaya, pentadbir yang adil dan cekap dan lain-lain. Hanya dengan terbinanya keupayaan individu dan institusi, tadbir urus negara boleh berjalan dengan lancar untuk merancang dan melaksanakan progamprogram pembangunan negara hingga kemunduran, pengangguran, kemiskinan dan ketidaksamarataan di kalangan rakyat.

Islam Hadhri Ke Arah Integrasi Masyarakat • Kajian perhubungan kaum di Malaysia menunjukkan bahawa semenjak negara mencapai kemerdekaan, punca konflik antara kaum berlaku akibat jurang sosioekonomi dan kemiskinan bandar. Contoh konflik antara kaum adalah i. Konflik Melayu-cina pada tahun 1969 ii. Konflik di Kg Rawa, Pulau Pinang dalam tahun 1997 iii. Peristiwa Kg Medan tahun 2000 Untuk mengatasi jurang sosioekonomi antara kaum Melayu dan Cina, dasar pembangunan negara dengan mengutamakan ‘Pembangunan Ekonomi dengan Pengagihan’ telah dilaksanakan melalui DEB dari tahun 1970 hingga 1990-an. Ini bermakna penekanan kepada prinsip pembangunan ekonomi yang seimbang dan mampan dalam pendekatan Islam Hadhari mempunyai kaitan yang rapat dengan pembinaan masyarakat yang berintegrasi kerana jurang sosioekonomi dan kemiskinan antara kaum, agama dan wilayah sentiasa menjadi agenda pembangunan negara. Kerajaan yang adil dan saksama adalah penting demi memastikan setiap lapisan masyarakat akan mendapat hak mereka dan yang lemah dan terabai sentiasa dibela. Ini dapat dilihat kerajaan perlu campur tangan untuk memastikan pembangunan ekonomi teragih di kalangan UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHD AMRI BIN DIN

Hubungan Etnik kelompok sosial yang memerlukan. Ini kerana terdapat perselisihan antara kaum akibat pengembelengan kaum demi mempertahankan kepentingan material dan kedudukan sosial masing-masing. Dalam bersaing dengan individu lain, terdapat induvidu yang berkepentingan telah menggunakan stereotaip terhadap individu dari kaum lain dengan nilai negatif seperti menganggap malas, tidak bercita-cita tinggi dan lain. Penekanan pembentukan rakyat yang berakhlak mulia dan prihatin akan mampu membina kesedaran terhadap keburukan amalan stereotaip dan diskriminasi terhadap kaum lain hingga menjadi penghalang kepada amalan buruk ini. Penekanan dalam membina keupayaan individu dan institusi berpaksikan penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran boleh menjamin kehidupan rakyat berkualiti hasil pembangunan negara yang seimbang dan mampan. Kekuatan pertahanan, dimana setiap kaum akan bersama sama mempertahankan negara ini supaya rakyat akan merasakan hidup yang makmur dan selesa. Ini akan menjadi benteng negara daripada ancaman dalam atau luaran.

Kerajaan Malaysia Menguruskan Agama dalam Pemerintahan • • Malaysia tidak menerima acuan politik pemerintahan barat yang memisahkan agama dari politik pemerintahan. Acuan kerajaan Malaysia meletakkan agama sebagai dimensi teras dan malaysia juga tidak mengikut kehendak kumpulan agama kerana pemutus keputusan pemerintahan terletak di tangan kerajaan. Malaysia memberikan ruang untuk wacana manusia tentang agama diperbahaskan dalam majlis ilmu, ceramah dan seminar tetapi hanya menerima tafsiran yang diterima oleh majlis fatwa kebangsaan. Kerajaan Malaysia telah berjaya mengasingkan komponen sensitif dan emotif dalam agama dari ruang umum dalam masyarakat dan pemerintahan negara. Kesannya, agama boleh berperanan ke arah pembangunan, kemakmuran dan kesejahteraan negara dan kedudukan asasnya dalam kehidupan manusia terus kekal.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHD AMRI BIN DIN

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->