You are on page 1of 4

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

Penjanaan Kemahiran Insaniah Di Universiti Malaysia Pahang: Peranan Non Akademik.


Rashidi Bin Abbas Ketua Program Kemahiran Insaniah Universiti Malaysia Pahang 25000 Kuantan Pahang rashidi@ump.edu.my Ahmad Kamil Jamaludin Pusat Bahasa Moden Dan Sains Kemanusiaan Universiti Malaysia Pahang 25000 Kuantan Pahang abdulkamil@ump.edu.my Abstrak: Kertas kerja secara konsep ini akan mengungkap peranan bahagaian bukan akademik dalam menjana kelancaran kemahiran insaniah di Universiti Malaysia Pahang. Aktiviti pembinaan nilai (PN) menjadi kewajipan kepada semua bahagian untuk merangka program yang akan mengarahkan kepada kemahiran insaniah. Non akademik yang terlibat dalam pembinaan nilai ialah Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIPI), HEPA, kolej Kediaman, Perpustakaan, Keselamatan dan Unit kemahiran Insaniah UMP. Aktiviti ini merupakan kesinambungan kemahiran mesti (KM) yang dilaksanakan di UMP. Penetapan aktiviti tidak terhad hanya kepada ceramah sahaja tetapi merangkumi keseluruhan aspek dengan syarat mesti menjadi penghubung kepada 5 lima komponen wajib di UMP. Ketrampilan pelajar dalam setiap aktiviti akan dinilai dan diberikan markah untuk mendapat keputusan Ketrampilan Ya ( KA) dan Ketrampilan Tidak (KT). Katakunci: Kemahiran Insaniah, Aktiviti. perubahan remaja bersesuaian dengan program yang dirancang. Pendahuluan Manusia diciptakan Allah s.w.t sebagai khalifah, khalifah perlu berperanan mengikut tanggungjawab serta amanah yang dipikul. Oleh kerana itu, setiap manusia bertanggung jawab menjadi khalifah yang terbaik dan sempurna. Salah satu tanggung jawab khalifah adalah mendidik dan membangun insan kerana muktahir ini ramai remaja telah terkeluar dari landasan Agama yang sebenarnya. Kita tidak menafikan bahawa proses globalisasi dan pemodenan telah memberi kesan yang mendalam terhadap perubahan psikologi anak-anak remaja. Institusi keluarga berperanan untuk mengukuhkan kembali kemahiran-kemahiran parenting atau kemahiran mendidik. Kemahiran ini telah dikembangkan ke institusi-institusi pendidikan formal terutamanya di IPT di seluruh negara. Kemahiran pembangunan insaniah ini menjadi satu agenda wajib yang perlu dijana dalam setiap graduan. Perlu diwujudkan satu mekanisme untuk membentuk perubahan remaja dari peringkat sekolah ke peringkat pengajian tinggi. Kesedaran ini penting untuk menentukan Kecemerlangan modal insan perlu merujuk kepada inti dan kualiti pendidikan yang diterima. Kualiti pendidikan dapat membentuk insan yang sepadu dan seimbang. Pendidikan bukan hanya dapat dipupuk menerusi institusi kekeluargaan tetapi dapat dijana menerusi institusi pendidikan. Kombinasi keluaraga dan universiti perlu dieratkan untuk merangka insan dan pelajar yang berkualti. Justeru itu, pelajar perlu bijak bertindak dan melakukan tranformasi pemikiran, sikap dan hati untuk menerimanya dengan ikhlas. Kemahiran Insaniah Di UMP Struktur organisasi Unit Kemahiran Insaniah ditempatkan di bawah Pusat perkhidmatan Akademik Universiti Malaysia Pahang bermula tahun 2007. Sebelum ini unit Kemahiran Insaniah diletakan di Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan. Latar belakang

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

Kemahiran Insanah di UMP telah wujud sejak tahun 2004, sesuai dengan perkembangan semasa UMP telah mengambil langkah proaktif bekerjasama dengan pihak industri untuk memantapkan lagi program Kemahiran Insaniah. Program kemahiran Insaniah ini pada asasnya melatih dan membangun potensi diri graduan supaya dapat menampilkan diri dengan penuh yakin. Kemahiran asas ini dapat membentuk graduan yang kopeten apabila mereka bekerja. Justeru itu, pihak Universiti Malaysia Pahang telah meluluskan soft skills ini diberi 2 kredit. Dalam erti kata lain, pelajar mesti lulus soft skills 1 dan 2 sebelum mereka bergraduat.

Elemen soft skills UMP 1. Nilai positif 2. Komunikasi 3. Kemahiran Kepimpinan 4. Kemahiran Kerja berpasukan 5. Kemahiran keupayaan pembelajran. Kelima-lima elemen ini menjadi petunjuk arah kepada pihak yang bertanggung jawab untuk membina kemahiran insaniah di UMP.

Pihak yang terlibat dikategorikan kepada dua bahagian: 1. Pihak Akademik 2. Pihak non Akademik Pihak Akademik akan membina kemahiran ini menerusi aktiviti formal di dalam kelas seperti pengajaran dan pembelajaran. Tanggung jawab ini mesti dipikul oleh setiap warga akademik UMP untuk kemahiran asas. Setiap fakulti diberi beberapa elemen yang akan menjadi tanggun jawab mereka untuk membinanya. Konsep ini terkandung dalam soft skills 1 iatu yang berbentuk embedded. Sementara stand alone dibina hasil kombinasi ahli akademik UMP dengan pihak Industri. Penyediaan modul industrial soft skills berasaskan kepada keperluan semasa industri. Objektifnay adalah untuk meberikan pendedahan kepada pelajar yang akan pergi latihan industri pada semester yang akan datang. Sementara pihak yang kedua iaitu pihak non akademik keutamaannya pada elemen yang pertama iaitu membina nilai positif kepada setiap graduan. Diwajibkan semua bahagian non akademik untuk menjalankan aktiviti yang mengarahkan kepada penjanaa nilai positif yang lebih berbentuk embedded.

Subjek Soft Skills di UMP Soft Skills di UMP terbahagi kepada dua iaitu: 1. Soft skills 1 (UHS 1011) terdiri dari 1 kredit 2. Soft Skills 2 (UHS 2011) terdiri dari 1 kredit

Aktiviti pembinaan dan penjanaan nilai soft skills Pihak yang terlibat Pihak yang terlibat terutama dari bahaagian non akademikk dapat dibahagikan kepada: 1. HEPA 2. Pusat Islam dan Pembangunan Insan 3. Keselamatan 4. Kolej Kediaman 5. Perpustakaan Pelaksanaan aktiviti 1.Pusat Islam dan Pembangunan Insan Penganjuran aktiviti dari Pusat Islam dan Pembangunan Insan bertemakan pembinaan elemen yang pertama iaitu pembentukan nilai positif. Ini dapat diliaht dari program yang dilaksanakan seperti karnival ibadah yang dipenuhi oleh pengisian kerohanian. 2. Perpustakaan Tidak ketinggalan juga pihak perpustakaan menjayakan program ceramah dan pameran. Peranan perpustakaan dalam pembangunan Insan

Pelajar yang mendaftar Status pelajar yang mengambil soft skills dikategorikan kepada dua: 1. Pelajar yang mendaftar 2. Pelajar yang tidak mendaftar Pelajar yang mendaftar akan dibina dan dinilai melalaui sistem IMS dan akan mempengaruhi keputusan peperiksaan sekiranya mereka gagal. Sedangkan mereka yang tidak mendaftar tidak berpengaruh kepada keputusannya tetapi konsepnya tetap sama iaitu bina dan nilai. Asas yang penting di UMP adalah kemahiran Insaniah mesti dicapai melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti di kampus. Walaupun statusnya tidak mendaftar pada semester semasa. Pihak yang terlibat dalam aktiviti membina Kemahiran Insaniah

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

dan kemahiran mencari maklumat, begitulah tema dari pihak perpustakaan. Memndangkan sebahagian besar pelajar masih tidak mempunyai kemahiran dalam mencari maklumat 3.Keselamatan Pihak keselamatan menganjurkan kempen keselamtan di asrama dan kampus. Memberi tunjuk ajar bagaimana menyelamatkan diri apabila berlaku kecemasan. Temanya adalah sepetang bersama jabatan keselamatan dan kesihatan pekerja. Pihak keselamatan juga mengadakan pameran berkenaan tentang keselamatan dan kesihatan. Kehadiran adalah wajib kepada pelajar UHS 1011. 4. Kolej kediaman Pemantapan kerohanian juga diambil kira oleh pihak Kolej kediaman, untuk itu Kolej kediaman mengambil langkah mewajibkan pelajar mengikuti kuliah magrib yang disampaikan oleh penceramah di masjsid UMP. 5. HEPA Program RAKSI adalah wadah yang dijelmakan oleh pihak HEPA untuk mencapai target pembinaan nilai positif.

dilaksanakan pada semester ini ialah sesi ceramah peranan perpustakaan dalam pembangunan insan dan kemahiran mencari maklumat.

3.Keselamatan Pelaksanaan aktiviti pada sebelah petang yang mana pelajar juga tidak terlibat dengan kelas. Program yang dilaksanakan ialah pameran keselamtan dan kesihatan pekerja serta diikuti dengan slot ceramah tentang kesedaran keselamatan makmal dan tempat kerja yang disampaikan oleh pegawai dari Jabatan keselamtan dan Kesihatan Pekerjaan Pahang. 4. Kolej kediaman Kebiasaannya aktiviti ini pada waktu maghrib yang perlu dihadiri oleh pelajar yang mendaftar soft skills dan pelajar yang tidak mendaftar. Pelajar dikehendaki menghadiri kuliah maghrib yang dikendalikan oleh pusat Islam.

5. HEPA Dijalankan pada hari selasa dan khamis pada waktu malam iaitu RAKSI.

Bagi pelajar non muslim diberikan ceramah morah untuk memenuhi keperluan universiti.

Kesemua aktiviti di atas dilaksanakan sepanjang semester pembelajaran dan kekerapan pelaksanaan boleh dilakukan lebih dari satu kali. Outcome program/aktiviti Program ini diharapkan dapat membentuk dan menjana nilai positif di kalangan pelajar UMP selari dengan kehendak core value universiti. Kemahiran Insaniah Mesti (KIM) juga dapat disemai melalui aktiviti ini. Aktiviti pembinaan dan penilaian ini akhirnya akan melahirkan pelajar yang kompeten apabila bekerja terutamanya dalam aspek nilai. Sistem penilaian ini dilaksanakan oleh pihak non akademik melalui sistem IMS dimana pelajar akan terus mengetahui keputusannya sekiranya mereka gagal memenuhi kopetensi yang ditetapkan universiti. Di akhir program ini, penilaian akan dibuat dan seterusnya keputusan akan dicapai melalui kemahiran ya (KY) dan kemahiran tidak (KT).

Waktu pelaksanaan Pelaksanaan aktiviti soft skills ini dilaksanakan pada waktu malam dan juga waktu petang. Pelaksanaan ini bergantung atas kesesuaian jadual pihak masing-masing. Hanya sahaja keperluan pelaksanaan ini tidak bertembung dengan aktiviti universiti yang lain. 1.Pusat Islam dan Pembangunan Insan Masa yang dicadangkan kebiasaan bersamaan dengan peristiwa besar dan bulan kebesaran dalam Islam. Bermula dari awal pagi hinggalah berakhir pada awal pagi. Bagi pelajar non muslim mereka dikehendaki hadir sesi ceramah moral.

3. Perpustakaan Kesesuaian waktu pada waktu petang yang mana pelajar tidak terlibat dengan pengajaran dan pembelajaran secara formal. Program yang

Penutup Tanggung jawab ini pada dasarnya dipikul oleh semua pihak di Universiti tidak kira dari

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

bahagian akademik dan non akademik. Kepentingan pelajar perlu diletakkan di atas supaya penjanaan ini berlaku dengan baik dan sempurna. Walaupun hanya lima elemen yang diwajibkan tetapi sebenarnya ia merangkumi skop yang sangat luas yang akan menampilkan ciri-ciri keinsanan seperti yang dianjurkan oleh Islam. Dalam ajaran Islam, elemen nilai positif merupakan penekanan yang paling utama diberikan dan diibaratkan seperti pokok atau teras. Manakala elemen yang lain merupakan cabang dari nilai positif seperti kemahiran komunikasi tetapi komunikasi yang berakhlak, berinteraksi yang sopan seperti Rasulullah saw. Kemahiran kepimpinan akan dinilai melalui akhlak kepimpinan yang baik dan telus bukan disebabkan kebolehan memimpin secara mazmumah. Kepimpinan akan lebih tinggi sekiranya diiringi dengan akhlak mahmudah. Dengan akhlak yang mulia manusia mampu meraih kemuliaan, kebesaran dan kebahagiaan

dunia akhirat kerana sifat semulajadi manusia sentiasa memerlukan TuhanNya. 5 elemen yang menjadi teras UMP akan lebih menyerlah sekiranya hubungan dengan Allah SWT lebih dieratkan dan disatukan menjadi satu ikatan atau simpulan yang kukuh. Penjanaan ini lebih bermakna sekiranya selari dengan syariat Islam.

Rujukan Dr Muhamad Nubli Wahab et.al (2004), Panduan Program Soft Skills. Kolej Kejuruteraan & Teknologi Malaysia (KUKTEM). Kuantan: Pahang. ____________(2006), Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah Untuk Institusi Pengajian Tinggi. Universiti Putra Malaysia. Serdang: Selangor.

You might also like