You are on page 1of 6

Minggu Tarikh Perkara

:4 : 13-17 jun 2011 :

1. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Persediaan KH- Minggu ini adalah minggu pertama sesi persekolahan selepas 2 minggu sekolah bercuti (cuti penggal). Rancangan persediaan pengajaran bagi tingkatan 2 iaitu bagi tajuk Haiwan Kesayangan telah saya siapkan sepanjang cuti sekolah. Jadi dari segi persediaan saya lebih bersedia dan yakin untuk memulakan pengajaran. Pada minggu tersebut juga saya sudah menyemak kertas jawapan pelajar bagi peperiksaan pertengahan tahun dan memberi kepada pelajar markah yang telah mereka perolehi. SP-Memandangkan minggu ini P&P bagi matapelajaran Sains Pertanian dapat berjalan seperti biasa, guru masuk ke kelas dan berkenalan bersama pelajar. Ini adalah disebabkan oleh pada miggu pertama guru mendaftarkan diri sehingga minggu ke 3, pelajar menengah atas sedang menduduki peperiksaan pertengahan tahun. Maka, aktiviti P&P tidak dapat berjalan seperti biasa. Guru bertanya kepada murid tajuk terakhir mereka belajar bersama guru sebelum ini ( Cikgu Nadzri) dan menyambung pangajaran pada topik tersebut. Topik yang bakal diajar ialah berkaitan dengan tekstur tanah

Set Induksi KH-Memandangkan pada minggu ini ketiga-tiga kelas saya akan mempelajari Bab Haiwan Kesayangan, saya ada menyediakan set induksi yang dapat menarik minat pelajar. Contohnya semasa mengajar di dalam kelas 2A, saya menggunakan kaedah teka teki dimana saya memperdengarkan kepada mereka suara haiwan tertentu seperti kucing, anjing dan itik lalu saya meminta pelajar untuk meneka bunyi haiwan apakah itu. Bagi kelas 2D pula, saya menggunakan kaedah kad gambar. Saya mengedarkan kepada pelajar gambar-gambar haiwan kesayangan dan meminta pelajar untuk meniru gaya bunyi haiwan tersebut. SP-Saya memulakan pengajaran dengan menyuruh pelajar untuk merasa jenis kain/ baju yang sedang mereka pakai. Pelajar akan memberi jawapan yang berbeza kemudian baru guru kaitkan dengan topik tekstur tanah.

Proses pengajaran dan pembelajaran KH-Proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar namun terdapat sedikit terpesong akibat daripada tabiat pelajar yang suka bercakap sewaktu guru mengajar. Jadi, guru terpaksa menegur mereka dan teguran tersebut mengambil sedikit masa sekaligus mengganggu sedikit aktiviti P&P. SP-Proses pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran Sains Pertanian pula berjalan dengan sangat lancar. Pelajar-pelajar semua dapat menumpukan perhatian di dalam kelas ekoran faktor usia. Jika dibandingkan dengan pelajar tingkatan 2 yang suka berbual semasa guru mengajar, pelajar tingkatan 4 lebih banyak menumpukan kepada pengajaran guru kerana mereka lebih matang berbanding tingkatan 2.

Bahan Bantu Mengajar: KH-Bahan bantu mengajar yang saya gunakan pada minggu tersebut adalah kepingan gambar dan slide power point. Saya juga menyuruh pelajar saya untuk membawa bahan sebenar (makanan haiwan) untuk ditunjukkan kepada rakan-rakan yang lain. SP- Bahan bantu mengajar yang saya gunakan adalah slaid power point. Hubungan dengan pelajar Hubungan dengan pelajar adalah sangat baik dan mesra. Saya tidak mahu menggunakan kekerasan dalam mendidik pelajar saya kerana pada peringkat umur mereka, kita seharusnya memberi mereka perhatian yang baik.

2. KO-KURIKULUM Unit beruniform Rumah sukan Kelab/persatuan : Kadet remaja sekolah : Zamrud : Kelab fotografi

Pada minggu ini ialah minggu badan beruniform. Saya menyertai Kadet Remaja Sekolah sebagai unit beruniform pilihan saya. Namun pada hari tersebut juga saya terlibat dengan sukan tara kerana hari itu adalah giliran rumah zamrud untuk mengendalikan sukan tara.Jadi saya terpaksa mengendalikan sukan tara tersebut.

3. INTERAKSI SOSIAL Hubungan dengan: i. Guru pembimbing Saya bertuah kerana mempunyai guru pembimbing dan ketua bidang yang sangat baik. Memandangkan minggu depan kami akan diselia oleh pensyarah, Pn Mislina dan En Nazri sering membantu kami dalam menyediakan peralatan yang kami perlukan dan sering memberi tunjuk ajar yang sewajarnya ii. Pentadbir sekolah Hubungan dengan pentadbir sekolah juga sangat mesra dan sering bertegur sapa.Jika kami ada sebarang masalah mereka akan membantu.

iii.

Guru-guru lain Guru-guru lain sangat baik dan mesra dan sering memberi tunjuk ajar jika diminta. Ibaratnya mereka langsung tidak kedekut ilmu untuk berkongsi bersama-sama kami.

iv.

Rakan Hubungan kami sangat baik dan kami sering bertukar-tukar idea sebagai langkah membantu antara satu sama lain.

4. HAL-HAL LAIN (JIKA ADA) -tiada-

Fakulti Pengajian Pendidikan 43400 UPM, Serdang Selangor Darul Ehsan

REFLEKSI KENDIRI LMPK


Nama No Matrik Nama Penyelia No H/P Program : Nadiatul Iman Bt Ahmad Mukhtar : 145486 : Dr. Zakaria Bin Abdul Rahman : 017-3805175 : Bac. Pendidikan (Sains Pertanian)

Semester & Tahun : 7 (2011)

Nama Sekolah Telefon sekolah

: Sek. Men. Keb. Rantau : 06-6941269