You are on page 1of 11

KESELAMATAN DIRI

-Tempat kerja -Jalan raya -Peralatan -Interaksi

Faktor - faktor
Kelemahan manusia merupakan punca utama berlakunya kemalangan. Sikap tidak menghormati kepentingan orang lain, angkuh, cuai, lalai dan ditambah pula sifat jahil, mudah panik dan mementingkan diri sendiri memudahkan lagi keadaan-keadaan yang tidak diingini berlaku. Kegagalan manusia untuk mematuhi peraturanperaturan dan undang-undang tertentu mengenai keselamatan bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi juga membahayakan keselamatan orang lain.

Faktor persekitaran sebagai satu punca berlakunya kemalangan sebenarnya tidak dapat diasingkan sama sekali daripada faktor manusia. Ini disebabkan manusia juga turut bertanggungjawab membentuk persekitaran. Misalnya kadangkala terdapat di sekolah keadaan di mana susunan kerusi meja murid tidak sedikitpun memperlihatkan kesedaran bahawa langkah keselamatan sudah dipertimbangkan. Begitu juga di makmal sains atau di bengkel pertukangan tidak dipaparkan dengan jelas peraturan-peraturan keselamatan yang perlu dipatuhi.

Selain daripada itu, keadaan padang yang tidak dijaga rapi, bahagian-bahagian usang bangunan sekolah yang perlu dibaikpulih, bahan-bahan mudah terbakar yang diletak sewenang-wenangnya di dapur kantin adalah di antara yang kerap tidak diberi perhatian. Begitulah juga halnya jarang terdapat sekolah yang menyediakan tempat menanti yang selamat bagi murid terutama yang sampai terlalu awal atau terpaksa pulang lewat sementara menanti kenderaan.

Faktor alam semulajadi sering diabaikan kerana manusia menganggapnya tidak begitu penting. Walau bagaimanapun apabila berlaku kerosakan harta benda atau kehilangan nyawa manusia akan berusaha untuk mengatasinya.

Tempat kerja
Kawasan kerja mematuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan Pastikan kawasan tempat kerja kemas dan bersih Gunakan alatan atau bahan-bahan yang betul dan selamat di tempat kerja Gunakan alat pelindung diri yang disediakan dan memastikan alat tersebut dalam keadaan baik

Jalan raya
1. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk,

mabuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda. 2. Sentiasa ikut had laju yang ditentukan. 3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong. 4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki. 5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius. 6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak. 7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna. 8. Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.

Pejalan kaki
Ramai orang malas mencari tempat yang betul untuk melintas jalan, maka mereka melintas di mana-mana dan bila-bila sahaja mereka suka.

Sebenarnya, tempat-tempat yang selamat untuk melintas jalan adalah di: -Lintasan belang -Lintasan undan -Jejantas pejalan kaki Jika anda tidak menjumpai tempat yang disenaraikan di atas, maka tempat paling selamat untuk melintas adalah di lampu isyarat. Berlari semasa melintas dan kemudian berhenti di garisan putih di tengahtengah jalan raya bukan sahaja menakutkan tetapi boleh membawa maut. Jadi jangan melanggar undang-undang jalan raya - gunakan lintasan yang disediakan dan anda akan sampai ke tempat yang ditujui dengan selamat, insya-Allah.

Peralatan
Penyelengaraan peralatan sukan ( stor ) - Peralatan sukan yang dianggap merbahaya dan jika diabaikan boleh membawa maut Alatan sukan - Peralatan sukan seperti Tiang Gol hendaklah ada warranty daripada pembekal selain daripada piawai yang diluluskan oleh undang-undang persatuan sukan.

Komunikasi
Elakkan diri daripada bercakap dengan individu yang tidak di kenali. Elakkan daripada bercakap mengenai isu-isu sensitif & peribadi. Elakkan diri daripada percakapan berbau ugutan. Elakkan diri daripada percakapan yang brunsur lucah.

Sentiasa bertutur secara hormat dengan orang yang lebih tua. Sentiasa menjaga pertuturan dengan orang yang mempunyai kedudukan & pangkat yang lebih tinggi.