You are on page 1of 47

ACARA LOMPAT TINGGI

DISEDIAKAN OLEH WAN SUHAIMI BIN WAN SETAPA IPG KAMPUS KOTA BAHARU KELANTAN
Nota ringkas ini diterbitkan sebagai panduan kepada pelajar untuk mendalami bidang olahraga.

1.0

PENGENALAN
Olahraga ialah satu aktiviti fizikal yang bersifat persaingan. Olahraga

merangkumi beberapa acara berlainan yang berasaskan kepada pergerakanpergerakan semula jadi seperti berlari, melompat dan membaling. Pada peringkat awal, olahraga yang dikelolakan secara tersusun telah dikenali berlaku pada zaman klasikal terutamanya Sukan Olimpik Kuno. Seperti yang diketahui, olahraga bermula dari

Sukan Olimpik Moden pertama di Athens dalam tahun 1896 dan kewujudan IAAF ( Pertubuhan Olahraga Amator Antarabangsa ) pada tahun 1912. Sejak itu, program olahraga telah diubahsuaikan dan diperkembangkan secara berterusan. Acara olahraga merupakan elemen yang paling penting dalam Sukan Olimpik Moden. Terdapat pelbagai acara olahraga yang dipertandingkan sama ada di peringkat sekolah, zon, daerah, negeri mahupun negara. Antara acara yan dipertandingkan ialah acara pecut iaitu lumba lari 100m, 100m ( lari berpagar untuk peserta perempuan sahaja ), 110m ( lari berpagar untuk peserta lelaki sahaja ), 200m, dan 400m; lari berganti-ganti 4 X 100m, 4 X 200m, dan 4 X 400m; lari jarak jauh 3000m, 5000m, dan 10 000m; rejam lembing; lombol bergalah; lompat tinggi; lontar peluru; lompat jauh dan sebagainya.

Kebanyakan acara olahraga dipertandingkan dan dipraktikkan di peringkat sekolah sama ada menengah mahupun rendah. Ini memandangkan nilai pendidikannya dan peranannya dapat meningkatkan keupayaan fizikal individu serta membina minda yang cergas. Ia juga merupakan asas keperluan bagi prestasi optimum sukan lain. Selain itu, olahraga dapat menawarkan peluang kepada penyelidik untuk mengkaji pergerakan manusia.

2.0

LOMPAT TINGGI
2.1 PENGENALAN LOMPAT TINGGI

Acara Lompat Tinggi adalah salah satu daripada acara olahraga yang diminati dan sentiasa mendapat perhatian ramai. Lompat Tinggi mula diperkenalkan dalam tahun 1887 dan dalam tahun 1896 acara Lompat Tinggi telah diperkenalkan di dalam sukan Olimpik. Acara ini menjadi perhatian ramai kerana pelbagai gaya lompatan digunakan oleh para atlit. Dalam acara Lompat Tinggi, seseorang atlit memerlukan kebolehan semulajadi. Bagi melaksanakan satu lompatan yang baik hendaklah bergantung kepada diri atlit itu sendiri iaitu dari persediaan fizikal dan mental. Secara amnya, acara lompat tinggi dikuasai oleh atlet-atlet yang bertubuh tinggi dengan kualiti lonjakan yang baik. Namun begitu, terdapat juga atlet yang bertubuh rendah yang telah mencapai kejayaan kerana mempunyai keistimewaan dalam membuat lonjakan. Hal ini juga terjadi kerana kelajuan memecut tidak dianggap sebagai kriteria yang penting dalam acara lompat tinggi.

Terdapat lima gaya lompat tinggi iaitu gaya gunting, gaya pelana, gaya barat, gaya timur dan gaya Fosbury Flop. Biasanya, gaya gunting akan diajar sebagai latihan mendorong sebelum gaya Fosbury Flop diajar. Kebanyakan atlet baru akan diajar menggunakan gaya ini kerana ia selamat dan senang digunakan.

Lompat tinggi dilakukan melalui empat fasa iaitu penujuan, lonjakan, layangan dan pendaratan. Penujuan merupakan larian menghala ke palang. Manakala

Lonjakan pula adalah tindakan kaki untuk menaikkan badan.

layangan bermaksud gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan diatas palang dan yang terakhir, pendaratan yang membawa maksud sentuhan badan dan bahagiannya dengan tempat mendarat. 2.2 SEJARAH

Tidak dapat dipastikan apakah Lompat Tinggi pernah disenaraikan dalam sukan Olimpik kuno seperti lompat jauh. Ada sesetengah pendapat mengatakan acara Lompat Tinggi ini pernah dijiadikan acara dalam sukan tersebut, tetapi tidak kurang pula pihak yang menafikannya. Catatan terawal tentang lompat tinggi ialah pada abad ke-19 apabila suatu pertandingan diadakan bagi menentukan siapa antara segolongan professional di England yang mampu melompat paling tinggi. Dalam pertandingan yang diadakan pada tahun 1861, seorang berbangsa Scotland, William Tivendale berjaya melompat setinggi 1.83 meter. Lompatan yang dibuat oleh peserta itu merupakan yang paling tinggi bukan sahaja dibandingkan di kalangan peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan itu malah ketika itu belum pernah ada orang lain yang melompat setinggi itu. Bagaimanapun cara lompatan yang dilakukan pada masa itu jauh berbeza dengan lompatan yang dilakukan oleh atlit pada masa sekarang. Palang yang digunakan hanyalah seutas tali yang diikat pada dua batang kayu 3

yang dipacak pada tanah. Cara membuat lompatan ialah dengan merapatkan kedua-dua kaki sambil badan melompat pada kedudukan static atau menegak, menjadikan peserta seakan-akan melompat pada kedudukan berdiri dan menegak. Kemudiannya beberapa cara dan kaedah lompatan dicipta dan diperbaiki dari masa-kesemasa, yang berdasarkan kepada peraturan dan undang-undang yang turut berubah serta keadaan-keadaan tertentu. Contohnya pada suatu ketika pelompat tidak dibenarkan menyentuh tanah dengan tangan sebelum kaki mendarat dan begitu juga kepala pelompat tidak boleh melepasi palang sebelum kaki melepasi palang. Peningkatan lompatan yang mampu ditunjukkan oleh para peserta menyebabkan tempat mendarat terpaksa diletakkan dengan tilam atau alas tebal yang lembut. Sebelum itu hanya pasir digunakan. Kini lompat tinggi merupakan salah satu acara bahagian padang dalam sukan olahraga yang terus dijadikan acara dalam setiap perjumpaan olahraga di pelbagai peringkat. Pada abad ke-19, atlet acara ini menggunakan tanah berumput sebagai landasan untuk mereka mendarat selepas membuat lompatan. Ini menunjukkan bahawa unsur-unsur keselamatan langsung tidak dititikberatkan. Oleh itu, demi menjaga keselamatan para atlet, maka lompat gaya gunting digunakan. Seterusnya untuk menambahkan lagi keselamatan pelompat, pasir dilonggokkan di tempat mendarat. Ekoran daripada ini, masa yang diambil untuk atlet mendarat adalah lama dan ini dapat mengurangkan impak kecederaan. Pada masa yang sama, gaya gunting cara membelakang digunakan tetapi cara ini banyak mencederakan atlet. Sebelum 1940-an, lompat gaya timur sangat popular dikalangan atlet walaupun ia sukar dilakukan. Dalam tahun 1940-an gaya guling mula diminati. Tahun 1950-an, gaya guling barat merupakan gaya yang pertama dipopularkan dan ia digunakan ramai atlet sehingga pertengahan tahun 1950. 4

Pada peringkat awal Sukan Olimpik, gaya yang digunakan ialah gaya static dengan lompatan menegak. Gaya pelana mula digunakan oleh pesertapeserta Eropah, manakala gaya lentang diperkenalkan oleh peserta Amerika Syarikat dan menjadi teknik lompatan yang paling diminati khususnya di kalangan pelompat tinggi Amerika ketika itu. Gaya gunting yang kebanyakan digunakan oleh peserta lompat tinggi Asia mula diperkenalkan pada tahun-tahun suku pertama abad ke-20. Dalam membincangkan acara lompat tinggi ini, satu nama yang tidak harus dilupakan ialah Dick Fosbury iaitu seorang pelompat tinggi dari Amerika Syarikat yang bertanggungjawab bukan sahaja memperkenalkan teknik

lompatan terbarunya malah telah bertanggungjawab mempopularkan acara ini dalam Sukan Olimpik pada tahun 1968 di Mexico. Peristiwa ini begitu penting sehinggalah IAAF terus bersetuju menamakan teknik lompatan yang

diperkenalkan oleh beliau sebagai lompatan Fosbury atau Fosbury Flop.

Rajah 1 : Gaya lompatan Fosbury Flop Sebelum gaya flop diperkenalkan terdapat satu gaya yang dikenali sebagai gaya guling pelana (Straddle) telah diperkenalkan oleh Jim Steward dari Universiti of Southern California dalam Kejohanan National College dalam tahun 1930. Tetapi yang mempopularkan gaya ini ialah Les Steers dari Oregon. Dengan ketinggiannya 6 kaki 1.5 inci, beliau telah berjaya melepasi dan melompat setinggi 6 kaki 11 inci. Namun begitu orang yang pertama berjaya melepasi paras 7 kaki dalam dunia ialah Charles Dumas dari Amerika dalam Kejohanan Olimpik 1956 dengan lompatan setinggi 7 kaki 0.3 inci.

2.3

SPESIFIKASI ALATAN

Palang Serat kaca / Fibreglass Panjang 4 meter

Tiang pengukur aluminium /Aluminium measuring pole Ukuran 100 milimeter hingga 2.65 meter

Penyelaras Tinggi Jenis Aluminium Tapak keluli yang bergalvanis. Boleh diselaraskan. Penyelaras tinggi dengan dua kali read outs. Ukuran 500 milimeter hingga 2.7 meter.

Tali Mempunyai bahagian yang berwarna-warni. Mudah untuk dilihat semasa membuat latihan.

Tilam

(OLIMPIK)

Menurut Peraturan 182 IAAF, saiz yang disarankan : 7m x 4m x 700mm Ada tiga modul

(GRAND PRIX)

Menurut Peraturan 182 IAAF, saiz yang disarankan : 6m x 4m x 700mm Ada tiga modul

2.4.

UNDANG-UNDANG LOMPAT TINGGI 2.4.1 PERATURAN 180 (syarat-syarat am) Giliran Bertanding Peserta akan bertanding mengikut giliran yang diundi. Sekiranya berlaku pusingan kelayakan undian baru, hendaklah dibuat untuk pusingan akhir. 2.4.2 PERATURAN 181 1. Sebelum memulakan pertandingan, Ketua Hakim hendaklah mengumumkan kepada para peserta ketinggian permulaan dan julat ketinggian palang yang akan dinaikkan selepas setiap pusingan, sehinggalah tinggal hanya seorang peserta yang memang atau terdapat ikatan seri di tempat pertama. Percubaan 2. Seseorang peserta bebas melompat pada mana-mana ketinggian yang telah diumumkan oleh Ketua Hakim. Jika tiga kegagalan berturut-turut berlaku, ini akan membatalkan peserta untuk melompat pada pusingan yang seterusnya, kecuali terdapat ikatan seri di tempat pertama. Intipatinya, peraturan ini membolehkan seseorang peserta boleh melangkaukan lompatan kedua atau ketiganya pada satu-satu ketinggian, iaitu setelah gagal dalam percubaan pertama atau keduanya dia masih boleh melompat pada ketinggian yang berikutnya. Jika seseorang itu melangkau pada ketinggian tertentu, beliau tidak dibenarkan lagi melompat pada ketinggian 9

tersebut

kemudiannya,

kecuali

dalam

kes

untuk

menyelesaikan ikatan seri di tempat pertama. 3. Walaupun setelah semua peserta lain gagal, seseorang peserta itu masih berhak meneruskan percubaannya

sehinggalah ia sendiri gagal untuk meneruskan lompatan. 4. Kecuali hanya tinggal seorang peserta, dan dia telah pun menjadi pemenang : a) Palang tidak boleh dinaikkan kurang daripada 2 sentimeter selepas setiap pusingan; b) Julat kenaikan palang tidak sekali-kali boleh

ditinggikan. Peraturan nombor 4) tidak terpakai apabila hanya seorang peserta yang tinggal bersetuju untuk palang dinaikkan terus ke ketinggian Rekod Dunia. Selepas seseorang peserta itu memenangi pertandingan tersebut, ketinggian palang dan julat kenaikan palang terpulang kepadanya setelah berunding dengan Hakim atau Referi yang berkaitan. Peringatan : Keadaan ini tidak boleh diguna pakai dalam Pertandingan Acara-acara Bercampur. Dalam Pertandingan Acara-acara Bercampur yang

dijalankan, setiap kali palang dinaikkan hendaklah seragam 3 sentimeter.

10

Pengukuran 5. Semua pengukuran hendaklah dibuat, dalam kiraan sentimeter penuh, serenjang dari bumi ke bahagian terendah permukaan atas palang. 6. Sebarang pengukuran ketinggian baru sebelum seseorang peserta membuat hendaklah dibuat lompatan pada

ketinggian tersebut. Dalam hal membuat lompatan rekod, para Hakim hendaklah memeriksa ukuran apabila palang diletakkan di paras ketinggian rekod dan memeriksa semula ukuran sebelum setiap percubaan memperbaharui seterusnya rekod sekiranya palang telah tersentuh selepas diukur. Peringatan : Para Hakim hendaklah memastikan, sebelum

memulakan pertandingan, yang bahagian bawah dan depan palang dapat dibezakan dan dengan demikian, palang hanya akan diletakkan dengan arah permukaan tadi tidak diubah-ubah. Palang 7. Palang hendaklah diperbuat daripada kaca gentian atau bahan lain yang sesuai, bulat bahan keratan rentasnya kecuali di kedua-dua hujungnya. Panjang keseluruhan palang mestilah 4.00 meter (+-2

sentimeter). Berat maksimum ialah 2 kilogram dan garis pusat di bahagian yang bulat mestilah 30 milimeter (+-1 milimeter). Palang mempunyai tiga bahagian yang bulat dan bahagian di kedua-dua hujungnya, setiap satunya selebar 30-35 milimeter dan panjangnya 15-20 sentimeter dibuat supaya mudah diletakkan pada sangga tiang.

11

Kedua-dua bahagian hujung ini hendaklah berbentuk bulat atau separa bulat, dengan satu sahaja permukaan rata yang ditetapkan yang dapat diletakkan di sangga tiang. Permukaan rata ini tidak boleh tinggi dari titik pusat muka keratan bahagian tegak palang. Ianya hendaklah kukuh dan licin. Ia tidak boleh dibalut dengan getah atau apa-apa bahan lain yang boleh meningkatkan geseran dengan sangga-sangga tersebut. Palang tidak boleh melengkung, cuma apabila

diletakkan hanya boleh melendut pada kadar maksimum 2 sentimeter. Kawalan keanjalan : Pemberat 3 kilogram digantung di

tengah-tengah palang semasa diletakkan pada sangganya. Ia dibenarkan melendur ke maksimum 7 sentimeter. Seri 8. Ikatan seri hendaklah diselesaikan seperti berikut : a) Peserta yang mempunyai lompatan paling sedikit pada ketinggian seri tersebut akan diisytiharkan pemenang. b) Jika seri juga, peserta yang mencatatkan jumlah kegagalan yang paling kurang sepanjang pertandingan tersebut

sehingga dan termasuk ketinggian terakhir yang dilepasi, akan diisytiharkan pemenang. c) Jika masih lagi seri : i. Jika ia membabitkan kedudukan tempat pertama, peserta-peserta yang seri hendaklah diberi satu lagi lompatan pada ketinggian paling rendah yang telah menyebabkan mereka yang seri tadi tidak berupaya melepasinya, dan seandainya tidak dapat diputuskan, 12

palang boleh dinaikkan jika mereka berjaya atau diturunkan jika gagal, iaitu sebanyak 2 sentimeter. Setiap daripada mereka akan diberikan satu lompatan pada tiap-tiap ketinggian sehinggalah ikatan seri tersebut terungkai. Peserta-peserta yang seri tersebut mesti melompat setiap kali ketinggian palang diubah ketika menyelesaikan ikatan seri. Contohnya : Ketinggian yang diumumkan oleh Ketua Hakim pada permulaan pertandingan, 1.75m, 1.80m, 1.84m, 1.88m, 1.91m, 1.94m, 1.97m, 1.99m

A, B, C dan D semuanya melepasi ketinggian 1.88 meter. Kini peraturan seri kena digunakan, dan hakim akan mengira jumlah kegagalan sehingga dan termasuk ketinggian terakhir yang dilepasi, iaitu 1.88 meter.

D mempunyai kegagalan yang lebih berbanding A, B, dan C, maka diberikan tempat keempat.

A, B, dan C masih seri oleh kerana ia melibatkan tempat pertama, mereka perlu melakukan satu lagi lompatan pada ketinggian 1.94 meter di mana A, B, dan C gagal untuk meneruskan lompatan mereka.

Oleh kerana ketiga-tiga atlet seri gagal membuat lompatan, palang akan diturunkan kepada 1.92 meter untuk satu lagi lompatan.

Oleh kerana C gagal melompat pada ketinggian tersebut, maka A, B akan meneruskan lompatan dengan ketinggian yang dinaikkan iaitu 1.94 meter di mana B telah melepasinya dan diisytiharkan sebagai pemenang. 13

ii.

Bagi kedudukan lain seri tidak akan diputuskan, maka kedudukan yang diperolehi dalam pertandingan itu akan kekal.

Peringatan : Bercampur.

Peraturan c) tidak boleh digunakan dalam Acara

Kuasa Tidak Tergolong Bila ia adalah jelas palang itu dijatuhkan oleh kuasa yang tidak berkaitan dengan peserta (contohnya tiupan angin) : a) Jika palang itu jatuh selepas peserta sudah melompat melepasi palang tanpa menyentuhnya, percubaannya akan dikira berjaya; b) Jika palang itu jatuh dalam keadaan yang lain, satu percubaan baru akan diberi. 2.4.3 PERATURAN 182 Pertandingan 1. Peserta-peserta hendaklah melakukan lonjakan dengan

menggunakan sebelah kaki. 2. Seseorang peserta itu gagal sekiranya : a) Selepas sesuatu lompatan, palang jatuh dari tiangnya akibat aksi peserta itu sendiri semasa melompat; b) Peserta itu menyentuh bumi termasuk tempat mendarat melebihi satah mencancang dan sama ada di luar atau di antara tiang dengan mana-mana bahagian badannya, sebelum sewaktu melepasi melompat, 14 palang. jika Walaubagaimanapun, seseorang peserta itu

menyentuh tempat mendarat dengan kakinya, dan pada pendapat Hakim tidak akan memberi kelebihan

kepadanya, maka atas sebeb ini, lompatan tersebut tidak dianggap batal. Landas Lari dari Kawasan Lonjak 3. Jarak minimum landas lari ialah 15 meter kecuali dalam pertandingan-pertandingan yang dijalankan yang jarak

minimumnya adalah 20 meter. 4. Kecerunan maksimum keseluruhan landas lari dan kawasan lonjak hendaklah tidak melebihi 1:250 sepanjang luas sebarang jejari separuh bulatan berpusat di tengah di antara tiang dan mempunyai jejari. Kawasan mendarat hendaklah ditempatkan supaya pendekatan atlet berbentuk kecondongan mendekat ke arah tengah palang. 5. Kawasan lonjak hendaklah rata. Alat-alat 6. Tiang : Apa jua bentuk tiang asalkan tegap. Kedua-duanya

mestilah mempunyai sangga untuk menopang palang dengan mantap. Tiang tersebut mestilah cukup tinggi, sekurang-

kurangnya melebihi 10 sentimeter daripada paras sebenar palang dinaikkan. Jarak di antara tiang hendaklah tidak kurang daripada 4 meter dan tidak melebihi 4.04 meter. 7. Tiang tersebut tidak boleh dianjak semasa pertandingan melainkan Referi merasakan sama ada landas lari dan kawasan lonjak menjadi tidak sesuai. Jika demikian, perubahan hanya boleh dibuat selepas selesainya satu pusingan. 8. Sangga palang : Sangga hendaklah rata dan berbentuk empar segi bujur, 4 sentimeter x 6 sentimeter. 15 Sangga-sangga ini

hendaklah melekap kukuh pada tiang semasa lompatan dilakukan dan kedudukannya menghadap ke dalam. Hujung

palang akan terletak di atasnya sedemikian rupa supaya palang mudah jatuh, ke depan atau ke belakang apabila tersentuh oleh peserta. Sangga-sangga ini tidak boleh dibalut dengan getah atau sebarang bahan lain yang akan meningkatkan kesan geserannya dengan palang, atau dipasang dengan apa jua jenis spring. Sangga hendaklah sama tinggi di atas kawasan lonjak betul-betul di bawah setiap hujung palang. 9. Hujung palang mestilah mempunyai ruang dengan tiang sekurang-kurangnya 1 sentimeter. Kawasan Mendarat 10. Kawasan mendarat mestilah berukuran tidak kurang daripada 5 meter x 3 meter, (5m x 3m). Peringatan : Tiang dan kawasan mendarat hendaklah dibuat sedemikian rupa supaya ada ruang di antaranya sekurangkurangnya 10 sentimeter bagi mengelakkan palang jatuh, sekiranya kedua-duanya bersentuhan.

Tiang dan Sangga Lompat Tinggi 16

2.5

APLIKASI SAINS DALAM LOMPAT TINGGI 2.5.1 PRINSIP-PRINSIP MEKANIK DALAM ACARA LOMPAT TINGGI PERGERAKAN Lari landas menghasilkan pergerakan mendatar Lonjakan dari landas menghasilkan pergerakan menegak Hasil gabungan pergerakan mendatar dan menegak

mengakibatkan layangan dalam bentuk parabola.

HUKUM-HUKUM NEWTON Prinsip-prinsip mekanik juga melibatkan hukum-hukum seperti di bawah : 1. Hukum Inertia (Hukum Pertama) Setiap jasad akan terus berada dalam keadaan rehat atau terus bergerak dengan halaju yang sekata pada satu arah lurus sehingga terdapat satu daya yang mengubah keadaannya. 2. Hukum Pecutan (Hukum Kedua) Kadar penurunan momentum adalah secara terus dengan daya yang digunakan dan pertukaran ini berlaku pada arah yang sama dengan arah tindakan daya. 17

3. Hukum Tindakbalas (Hukum Ketiga) Untuk sebarang tindakan selalu terdapat suatu tindakbalas yang sama magnitutnya tetapi pada arah yang bertentangan. MOMENTUM Hasil darab jisim dan halaju ialah kuantiti pergerakan yang dikandung oleh sesuatu jasad. Lebih meningkat halaju atau lebih berat jisim, maka momentum jasad itu akan bertambah. Ia juga boleh dipindahkan dari sebahagian badan ke seluruh badan misalnya hayunan atau kilasan kaki bebas dengan kuat pada fasa lonjakan dalam lompat tinggi supaya dapat menghasilkan

momentum yang lebih untuk membawa badan pada takat yang lebih tinggi. Pergerakan lengan dan bahu juga menolong melonjakkan badan ke atas.

18

2.5.2 OTOT-OTOT YANG TERLIBAT DALAM LOMPAT TINGGI FASA PENUJUAN Flexor muscle Extensor muscle (quadriceps)

19

FASA LONJAKAN Castrocnemius muscle Soleus muscle

FASA LAYANGAN Trapezius Latissimus dorsi triceps

20

FASA PENDARATAN Latissimus dorsi Supraspinatus

2.6 GAYA LOMPAT TINGGI Lompat tinggi dilakukan melalui empat fasa iaitu penujuan, lonjakan, layangan dan pendaratan. Malah, terdapat beberapa gaya lompat tinggi, iaitu gaya

gunting, gaya timur, gaya guling barat, gaya pelana dan gaya Fosbury Flop. Secara umumnya, gaya-gaya tersebut menunjukkan ciri-ciri yang berikut : a) Gaya gunting Pelompat akan menuju ke palang secara bersudut dan melonjak dengan kaki yang berada di luar dari palang. Semasa melepasi palang, pelompat berada dalam keadaan duduk berlunjur.

21

b) Gaya pelana Hampir sama dengan gaya guling barat. palang secara bersudut. Pelompat akan menuju ke

Semasa melepasi palang, muka pelompat

memandang ke bawah menakala badannya seolah-olah meniarap di atas palang.

c) Gaya guling barat Sama seperti gaya gunting iaitu menuju ke palang secara bersudut. Pelompat akan melonjak dengan kaki yang lebih dekat dengan palang. Kaki lonjakan berada dalam keadaan bengkok semasa pelompat berguling selari dengan palang untuk melakukan pelepasan.

22

d) Gaya Fosbury Flop Pelompat akan menuju ke palang sebelum melonjak dengan secara melengkung. palang. Pelompat akan melepasi palang dengan membelakangi

e) Gaya Timur Gaya ini tiada kena mengena dengan orang Timur atau Asia. Sebenarnya, inilah gaya yang mula-mula digunakan oleh Sweeny dan diikuti oleh semua orang-orang pantai Timur Amerika.

23

2.7

CARA LATIHAN

2.7.1 GAYA PELANA ( STRADDLE )

Penujuan / Larian Landas Pelompat akan berlari sebanyak lima atau tujuh langkah mengikut tahap kebolehan masing-masing. Sebelum membuat larian, jarak larian landas perlu ditentukan dengan menyuruh pelompat membuat lompatan gaya gunting melepasi palang. Ini adalah untuk menentukan kaki mana yang lebih selesa dan kuat untuk melonjak. Satu bulatan berjejari 50 cm ditandakan berhampiran dengan tiang tegak (tiang kiri bagi pelompat yang melonjak dengan kaki kiri dan sebaliknya). Kaki lonjak diletakkan di tengah bulatan dan pelompat mestilah membuat larian dengan cepat dan beritma menuju ke hadapan pada sudut 30 hingga 45 darjah. Lima atau tujuh langkah dari tengah bulatan sudah memadai. Langkah yang terakhir iaitu langkah 5 atau langkah 7 dibuat secara pantas dan terkawal. Kemudian, badan pelompat dicondongkan sedikit ke belakang. Kaki lonjak dibengkokkan sebagai persediaan untuk melompat pada langkah yang terakhir dan ditandakan. Seterusnya, pelompat perlu mengulangi langkah yang sama dan pastikan langkah terakhir memijak tempat yang sama (langkah yang telah ditanda), jika tidak penyesuaian perlu dibuat. Akhirnya, jarak antara langkah 5 atau langkah 7 diukur. Ukuran ini boleh digunakan pada masa latihan akan datang, malahan boleh digunakan semasa pertandingan.

24

Lompatan gaya gunting

Cara mengukur jarak antara langkah 5 atau langkah 7

Lonjakan Pergerakan melonjak bermula dengan bahagian tumit dan diikuti dengan bahagian hujung kaki. Sebelum melonjak, kedua-dua tangan akan berada di belakang, manakala pinggul akan bergerak ke hadapan secara automatik serta kaki bebas bergerak ke hadapan.

25

Apabila peha kaki bebas melepasi pinggul, kaki lonjak mestilah terkedang lurus. Ayunan kaki bebas serta kedua-dua tangan ke atas dan depan akan meninggikan pusat graviti badan. Gerakan ayunan kaki bebas, tangan serta tolakan kaki lonjak akan menaikkan badan. Sebaik sahaja kaki lonjak mencecah tandaan melonjak, pelompat hendaklah menolak badan dengan kuat. Titik lonjakan hendaklah dekat dengan tiang tegak, biasanya 70 cm dari tiang tegak dan 70 cm dari palang, kerana pusat graviti pelompat terletak di atas palang semasa di udara.

26

Penerbangan / Layangan Setelah membuat lonjakan, badan dan kaki bebas berada di dalam keadaan hampir selari dengan palang di bawahnya. Ketika melepasi palang, sudut di antara kedua-dua kaki agak luas, iaitu kaki bebas dan kaki lonjak terbuka untuk memudahkan pelepasan pada palang. Kaki lonjak diputar ke luar pada pinggul, manakala lutut serta jari kaki seperti sepakan ke luar. Ketika ini, badan dan kaki bebas pelompat berpusing seolah-olah hendak membaluti palang. Bahu dan kepala pelompat direndahkan sebaik sahaja pelompat melepasi palang. Ini adalah untuk membantu pelompat membuat persediaan untuk mendarat. Kaki lonjak mestilah menyusuli pergerakan badan tanpa diluruskan.

27

Pendaratan Ketika ini, tangan kanan atau tangan kiri (tangan yang berada di sebelah luar) dan kaki bebas pelompat yang mendarat terlebih dahulu. Hal ini kerana, ia dapat melambatkan pergerakan badan. Ini disusuli dengan gulingan badan pada bahu atau pinggang.

28

Gambaran penuh bagi Gaya Pelana :

29

2.7.2 GAYA FOSBURY FLOP Penujuan / Larian Landas

Fasa 1 : Lari Landas/Penujuan Biasanya pelompat akan mengambil 9 hingga 13 langkah larian untuk menentukan jarak antara palang, dimana tiga langkah terakhir adalah dalam bentuk melengkung. Larian melengkung inilah yang menyebabkan pelompat melepasi palang dengan mendahulukan bahagian belakang. Cara menentukan jarak penujuan atau larian landas bagi gaya ini adalah seperti berikut :

30

Lonjakan Pada tiga langkah terakhir, pelompat akan membelok melengkung menuju ke arah palang.

Ketika melangkah, tumit kaki mestilah menyentuh bumi terlebih dahulu diikuti bahagian tapak kaki yang lain. Pinggul direndahkan dengan menggunakan lutut, manakala kaki lonjak dibengkokkan. Dalam fasa ini, setiap langkah mestilah jauh ke depan dan tapak kaki perlu menghala ke arah lompatan. Gerakan tangan mula berubah, iaitu dibawa ke depan serta dibengkok dan diputarkan ke bahagian dalam. Sebelum melonjak, tangan diayun turun ke belakang pinggul, sementara kaki lonjak mendarat.

Pada langkah yang terakhir, pinggul ditolak kearah depan dan ke atas.

31

Lonjakan dilakukan berhampiran dengan tiang tegak dan agak jauh daripada palang supaya pusat graviti badan pelompat benar-benar terletak di atas palang.

Titik yang sesuai untuk membuat lonjakan ialah 70 cm dari bahagian dalam tiang dan 70 cm di depan palang.

Fasa 2 : Lonjakan

Penerbangan / Layangan Semasa di udara, pelompat menoleh ke belakang iaitu memandang palang sambil melentikkan badan.

32

Ketika ini, tangan berada di sisi badan dan kedua-dua belah kaki dibengkokkan di bahagian lutut. Lentikan badan ini akan membantu bahagian punggung pelompat melepasi palang, manakala dagu ditarik ke dada dan kedua-dua tangan terentang.

Selepas pelompat melepasi palang, kedua-dua belah kakinya diluruskan dan diangkat tegak ke atas.

33

Tindakan ini dilakukan supaya kaki tidak tersangkut pada palang dan sebagai persediaan untuk pendaratan.

Fasa 3 : Layangan

Pendaratan Dilakukan dengan bahagian pungung terlebih dahulu menyentuh tilam yang disediakan.

34

Kaki pelompat diangkat ke atas, kedua-dua tangan terentang, dan dada serta kepala ditarik ke arah kaki. Dalam fasa ini, lutut tidak dibengkokkan kerana merbahaya, iaitu boleh mengenai muka.

Fasa 4 : Pendaratan

Gambaran penuh bagi gaya Fosbury Flop :

35

2.7.3 GAYA GULING BARAT Penujuan / Larian Landas Selalunya dilakukan dari sudut 30 hingga 40 darjah dari palang. Sekiranya pelompat melompat dengan menggunakan kaki kiri, pelompat haruslah memulakan lariannya dari sebelah kiri

menghadap palang. Pelompat akan berlari sebanyak tiga, lima, tujuh atau sembilan langkah mengikut tahap kebolehan masing-masing. Langkah yang terakhir merupakan langkah yang terpanjang berbanding langkah-langkah yang sebelumnya.

Lonjakan Tindakan melonjak ini bermula dengan bahagian tumit dan diikuti dengan bahagian hujung kaki. Mata pelompat mestilah memandang tepat ke arah palang dan badannya hendaklah dicondongkan ke belakang. Langkah yang terakhir mestilah langkah yang terpanjang dari langkah yang sebelumnya. Sebaik sahaja kaki lonjak mencecah tandaan melonjak, pelompat hendaklah menolak dengan kuat. 36

Fasa lonjakan ini dibantu dengan menghayunkan kedua-dua belah tangan ke atas.

Penerbangan / Layangan Kedudukan badan atas palang adalah secara mengiring. Lutut kaki lonjakan dibengkokkan serta-merta ke arah dada.

(a)

37

Kaki bebas pula dilunjurkan serta dikilaskan tapak kaki ke arah bawah. Tangan yang terdekat pada palang dilepaskan terkulai ke bawah (ke arah tempat mendarat) supaya dapat mendarat dengan sempurna.

Pendaratan Pelompat akan memusingkan badannya dan mendarat di atas tulang belikat (bahagian belakang badan). Kaki lonjakan dan kedua-dua tangan mencecah bumi (tilam). Kaki bebas diluruskan belakang dan ke atas bagi membolehkan pengawasan mendarat yang selamat.

38

2.8

LATIHAN ANSUR MAJU 2.8.1 Gaya Pelana Berdiri dengan kaki bebas di belakang. Kaki tersebut digerakkan ke hadapan dan ditendang dengan kuat ke atas sambil kaki yang melonjak menolak badan ke atas. Tujuannya adalah untuk melatih pelompat supaya dapat menendang kaki bebas ke atas dan melonjak.

Kemudian, berjalan sebanyak tiga langkah dan latihan di atas diulang sambil menghayun kedua-dua belah tangan.

Tujuannya adalah untuk membantu lonjakan, tindakan kaki bebas dan hayunan tangan agar dapat dipadukan supaya semuanya berinteraksi secara automatik.

39

Tali direntangkan dan berdiri merusuk tiga langkah dari tali tersebut. Berjalan sebanyak tiga langkah, dimulakan dengan kaki lonjak dan kaki bebas ditendang ke atas aras tali.

Selepas beberapa percubaan, latihan ini mestilah dilakukan secara berlari dan melibatkan hayunan tangan.

Tujuan latihan ini adalah untuk membantu pelompat memberikan sepenuh perhatian kepada penujuan dan lonjakan semasa membuat lompatan.

Tali direntangkan hingga ke paras pinggang. Selepas melonjak dan kini badan berada di atas tali, badan dipusingkan dengan merendahkan bahu supaya bergolek di atas tempat mendarat, atau tangan dan kaki bebas mencecah kawasan mendarat.

Tujuannya adalah untuk membantu pelompat melepasi palang atau tali dan membantu semasa membuat pendaratan.

Tali direntangkan pada aras pinggang.

40

Pelompat hendaklah berlari sejauh lima langkah dan disusuli dengan suatu lonjakan hingga melepasi tali dan pelompat mendarat dengan baik.

Latihan ini merangkumi kesemua fasa lompatan, iaitu empat fasa. Latihan gaya ini menggunakan alatan yang sebenarnya,iaitu tiang dan palang serta membuat lima atau tujuh langkah larian dengan pantas.

2.8.2 Gaya Fosbury Flop Sebelum memulakan latihan, pelompat hendaklah terlebih dahulu menentukan kaki manakah yang akan digunakan untuk membuat lonjakan.

41

Kemudian, pelompat mestilah berlari anak atau berlari pantas beberapa langkah ke hadapan dan melengkok beberapa langkah ke kiri (jika melonjak menggunakan kaki kiri) dan sebaliknya jika menggunakan kaki kanan.

Latihan ini mestilah dilakukan secara berulang-ulang. Tujuan latihan ini adalah untuk melatih pelompat supaya dapat berlari lurus dan melengkok.

Apabila pelompat melangkah tanda di bahagian melengkung, pelompat mestilah melonjak dengan serta-merta ke atas.

Seterusnya, kedua-dua belah tangan dihayun ke atas (siku dibengkokkan) dan badan dipusingkan di udara dengan lutut kaki bebas menyilang badan.

Pelompat akan mendarat di atas kaki lonjak sambil menghadap tempat permulaan.

Latihan ini merupakan latihan penujuan, lonjakan dan memusingkan badan di udara.

42

Selepas itu, pelompat akan melonjak ke atas dan melentikkan badan. Sebelah tangan dihulur ke belakang untuk menyentuh palang yang tergantung.

Tujuan latihan ini adalah bertujuan untuk melentikkan badan.

Pelompat

akan

berdiri

membelakangkan

tali

atau

palang

yang

direntangkan. Pelompat melonjak dengan kedua-dua belah kaki ke belakang sambil melentikkan badan dan melepasi tali. Pelompat mendarat di atas bahagian bahu atau belakang badan. Latihan ini bertujuan bagi melentikkan badan, melepasi halangan dan mendarat. 43

Kemudian, pelompat berlari hingga tujuh langkah dan terus melompat dengan gaya Fosbury Flop.

Latihan ini merupakan latihan berlari pantas dan ia juga adalah untuk menentukan tempat yang sesuai untuk melonjak.

44

RUJUKAN:

BUKU: Teng Boon Tong (1989), Panduan Pengajaran Olahraga (Kepegawaian &

Kejurulatihan). Siri Pendidikan Logman, Shah Alam : Karisma Publications Sdn.Bhd. Wee Eng Hoe (2003), Panduan Pengajaran Olahraga (Kepegawaian & Kejurulatihan) Siri Pendidikan Perguruan. Shah Alam : Karisma Publications Sdn.Bhd.. Kesatuan Olahraga Malaysia,(2006-2007).Buku Peraturan Olahraga. Wee Eng Hoe, (2002) .Panduan Pengajaran Olahraga (Kepegawaian dan Kejurulatihan), Karisma Publications, Sdn. Bhd, Sidang Pengarang,( 2006) Olahraga : Acara Padang (Jilid 1), Shah Alam : Karisma Publications, Sdn. Bhd, ,. Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia, (2006) .Buku Peraturan Olahraga KOAM 20062007, Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia,

INTERNET :

http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2011/04/latihan-lari-berpagar.html http://www.google.com.my/search?um=1&hl=en&biw=1280&bih=577&site=search&tbm =isch&sa=1&q=gastronemius&aq=f&aqi=g-s1g-sx1g-s1g-sx7&aql=&oq www.highjumpsoftware.com/ www.brianmac.demon.co.uk/highjump/ 45

www.brianmac.demon.co.uk/highjump/photoseq.htm www.dwightstones.com/ www.todd.acheson.com/ www.indiana.edu/~sportbm/research/hj-animations.html www.schoolmasters.com/track5.html www.bbc.co.uk/blogs/sporteditors/2006/12/for_the_high_jump.html www.insidehoops.com/gym/jump-higher.shtml www.bbc.co.uk/cbbc/sport/findasport/high_jump.shtml www.highjumpsoftware.com/about/ http://www.google.com.my/search?hl=ms&q=rekod+lompat+tinggi+sukan+SEA&btnG= Carian+Google&meta= http://www.mediasukan.com.my/Sukan%20Teras%20Olahraga.htm http://ocmkorat2007.blogspot.com/2007/12/emas-kita-tambah-berkilau.html http://www.brunet.bn/news/pelita/06dis/sukan.htm http://www.google.com.my/search?hl=ms&q=Rekod+lompat+tinggi+sukan+ASEAN&me ta= http://www1.bharian.com.my/Misc/EPG/Khamis/Remaja/20050519145640/ArticleRemaj a/ http://informasi.phpbb3now.com/viewtopic.php?f=70&t=1206

46

http://www.google.com.my/search?hl=ms&q=Rekod+lompat+tinggi+sukan+ASEAN+DO HA&meta= http://ocmsportsnews.blogspot.com/2007_12_01_archive.html http://www.utusan.com.my/utusan/SpecialCoverage/SEAGamesXXI/index.asp?y=2001 &dt=0918&pub=SEAGamesXXI&sec=Berita&pg=be_25.htm http://informasi.phpbb3now.com/viewtopic.php?f=70&t=57&start=160 http://ms.wikipedia.org/wiki/Lompat_tinggi. http://myschoolnet.ppk.kpm.my/sp_hsp/pj/kbsm/hsp_pj_f5.pdf http://www.sukma-2008.com.my/iSukma/ola.aspx http://www.animationlibrary.com/ http://www.acclaimimages.com/_gallery/_pages/0006-0409-1514-1027.html dean mesey atlet lompt tinggi http://www.brianmac.co.uk/highjump/ http://en.4you.100links.com/go/sports/?q3=sports&q=sports&sa=Cerca&client=pub9091551696182533&forid=1&ie=UTF-8&oe=UTF8&cof=GALT%3A%23008000%3BGL%3A1%3BDIV%3A%23336699%3BVL C%3A663399%3BAH%3Acenter%3BBGC%3AFFFFFF%3BLBGC%3A33669 9%3BALC%3A0099FF%3BLC%3A0099FF%3BT%3A000000%3BGFNT%3A 0099FF%3BGIMP%3A0099FF%3BFORID%3A11&hl=en&channel=03989509 85

47

You might also like