TINDAKBALAS MASYARAKAT JEPUN TERHADAP CAMPUR TANGAN KUASA BARAT

OLEH CARMEN NG (6 ATAS IV)

1.0 PENGENALAN 1. Perkataan Jepun bermaksud sumber matahari atau dalam bahasa Inggeris ´The Sourse Of The Rising Sunµ. 2. Orang Jepun menggelarkan negaranya sebagai Nihon atau Nippon. Kepulauan Jepun terletak di sebelah timur pantai Benua Asia , menganjur sebagai satu kawasan yang melengkung sejauh 3,800 kilometer (2,360 batu). 3. Ia meliputi kawasan seluas 377,708 kilometer persegi (145,834 batu persegi). Kepulauan Jepun terdiri daripada empat buah pulau utama iaitu Pulau Honshu, Hokkaido, Kyushu dan Shikoku dan mengandungi lebih kurang 3,900 buah pulau kecil yang berangkaian . 4. Sebelum munculnya zaman pembaharuan Meiji 1868 - 1912, Jepun diperintah oleh Keshogunan Tokugawa (1603 -1867). 5. Keshogunan Tokugawa mengamalkan pemerintahan secara feudalisme di mana para shogun (pemimpin tertinggi samurai) menguasai aspek politik, ekonomi dan sosial . 6. Faktor dalam negeri merupakan faktor utama yang membawa kepada kejatuhan Tokugawa. 7. Shogun Tokugawa telah berjaya berkuasa kira-kira lebih dari dua abad setengah . 8. Pada peringkat awal pemerintahan, Tokugawa telah mencapai beberapa kemajuan. 9. Tetapi kejayaan lebih besar telah dicapai semasa pemerintahan Meiji. Dalam zaman Meiji, Jepun mula memasuki dunia moden dan dalam masa yang sangat singkat Jepun mencapai taraf yang sama dengan negara- negara Barat, baik dalam bidang ekonomi mahupun dalam bidang ketenteraan.

2.0 LATAR BELAKANG MAHARAJA MEIJI 1. Maharaja Meiji ( Meiji-tenn , 3 November 1852 ³ 30 Julai 1912)
merupakan Maharaja Jepun yang ke-122 menurut susunan pewarisan takhta tradisional. Baginda telah mula memerintah pada 3 Februari 1867 sehingga baginda mangkat pada 30 Julai 1912 . Nama sebenar baginda ialah Mutsuhito. Oleh sebab baginda memerintah ketika zaman Meiji (Pemerintahan kesedaran), baginda telah dikenali sebagai Maharaja Meiji. Meskipun kadang-kadang dipanggil Mutsuhito atau Maharaja Mutsuhito di luar Jepun, maharaja-maharaja Jepun hanya digelar dengan nama posthumus mereka di Jepun. Penggunaan nama diri maharaja itu boleh dianggap kurang sopan. Ketika keputeraan baginda pada tahun 1852, Jepun merupakan sebuah negara yang terpencil , belum berindustri dan berciri feudal yang didominasi Syogun Tokugawa dan Daimyo yang pada ketika itu telah memerintah lebih 250 kawasan di seluruh negara. Apabila baginda mangkat pada tahun 1912, Jepun sudah melalui revolusi politik, sosial, dan perindustrian dalam negara dan telah timbul sebagai salah sebuah kuasa besar di pentas dunia.

2. 3.

4.

5.

1

3.0 PEMODENAN JEPUN 1. Pemerintah Meiji setelah mengambil tampu k pemerintahan daripada keshogunan Tokugawa telah mengambil daya usaha untuk memajukan dan membangunkan Jepun. 2. Pada tahun 1867, rejim Tokugawa digulingkan dan Meiji mengambil alih kuasa pemerintahan. Kuasa sebenar berada di tangan golongan pegawai dan pem impin yang merupakan bekas tentera. Objektif utama dalam dasar luar mereka ialah mengubahsuaikan perjanjian perjanjian yang berat sebelah , mencapai kebebasan sepenuhnya dan mencapai kedudukan yang selaras dengan kuasa barat . 3. Proses pemulihan Meiji ini dipengaruhi oleh pemimpin -pemimpin terkemuka seperti Inobuto Hirobumi, Saigo Takamori, Okuma Shigenobu, Fukuzawa dan diketuai oleh Mahajara Mutsuhito yang terkenal dengan gelaran Maharaja Meiji. 4. Maharaja Meiji mendapati kekuatan dan keagungan Barat terletak pada kekuatan ekonomi dan ketenteraan . 5. Para pemimpin muda Meiji telah menyedari tentang betapa pentingnya pembaharuan dan pembangunan bagi Negara Jepun. Mereka ini telah menggubal satu dasar modenisasi yang menyeluruh dari segi politik, ekonomi dan sosial . 6. Perkara tersebut melibatkan penyerapan teknologi dan sains dari Barat yang diselaraskan dengan ciri-ciri Jepun . 7. Pemerintah Meiji telah mewujudkan empat slogan sebagai teras kepada rakyat Jepun untuk menyokong kepimpinan Meiji dan agar rakyat Jepun dapat berdiri setanding dengan ketamadunan barat. 8. Keempat-empat prinsip ini telah disematkan dalam jiwa orang-orang Jepun supaya sentiasa hidup bermatlamat dan dapat mencipta keunggulan di dunia . 9. Melalui slogan-slogan ini , Kerajaan Meiji menghantar misi-misi ke barat untuk mempelajari sistem industri Amerika dan Eropah . Jepun juga melengkapkan sektor militarinya dengan berpandukan kepada model Jerman dan Perancis . 10. Empat slogan tersebut adalah: i. Fukoku Kyohei- ¶Kuatkan Tentera Kuatkan Ekonomi· . Prinsip ini menduku ng cita-cita bahawa segala pemikiran dan ja sad orang-orang Jepun hendaklah memperkuatkan keselamatan negara dan memperkukuhkan ekonomi supaya rakyat Jepun disegani dan dihormati di dunid. Oleh itu mereka digesa bekerja kuat tanpa rasa jemu supaya negara mencapai keunggulan.
ii. Bunmei Kaika- ¶Meningkatkan Kecerdikan Dalam Pendidikan· . Prinsip ini mendukung agar orang-orang Jepun bersemangat mencari, mengamalkan dan menyebarkan ilmu-ilmu baru berteraskan sains dan teknologi kepada seluruh anak-anak Jepun. Ini dibuat berdasark an Jepun telah ketinggalan jauh dari segi pencapaian teknologi da n ekonomi apabila membuka pintu negaranya ke atas negara-negara barat. Bagi menjamin maruah dan bangsa Jepun dihormati, rakyat disarankan menimba ilmu tanpa sempadan. iii. Shokusan Kogyo- ¶Menjalankan Program Perindustrian Berat·. Prinsip ini mendukung citacita bahawa negara Jepun mestilah maju dalam lapangan perindustrian berat untuk mengembangkan ekonomi Jepun di seluruh dunia . Tokyo telah memainkan peranan sebagai pusat perindustrian dan penyelidikan di lapangan perindus trian supaya negara Jepun mampu mengeksport barang-barangnya ke seluruh dunia. Ramai orang Jepun telah dihantar ke negara barat untuk menimba ilmupengetahuan d an pulang ke

2

Jepun sebagai perintis serta penasihat kepada orang -orang Jepun di lapangan perindustrian. iv. Kokusai Kankei - ¶Menjalin Perhubungan dengan Masyarakat Antarabangsa . Untuk menjadi sebuah negara maju rakyat Jepun diminta mengadakan perhubungan dengan seluruh dunia agar negara Jepun terkenal dan ini sekaligus berupaya meningkatkan perdagangan Jepun. Budaya Jepun menjadi elemen penting diperkenalkan oleh orangorang Jepun melalui konsep ¶K aizen· dan ¶Arigato,·

4.O LANGKAH-LANGKAH PEMODENAN JEPUN

A. PEMANSUHAN SISTEM FEUDALISME 1. Pemerintahan Meiji bermula sebaik sahaja kejatuhan Kesyogunan Tokugawa. Era ini juga digelar Zaman Pemulihan Meiji. Di awal era pemerintahan maharaja Meiji , perkara yang terawal sekali yang dilakukan baginda ialah dengan memikirkan persoalan mengenai cara untuk membiarkan semua rakyat di dalam negara ini merasakan bahawa diri mereka dihargai dan bahawa mereka terlibat dalam rancangan pembangunan baginda . 2. Maka, Maharaja Meiji telah membuat keputusan untuk memansuhkan kedudukan dan kelas dalam sistem feudalisme . 3. Dengan terhapusnya sistem feudalisme, maka bermulalah era pemodenan Jepun yang mengubah nasib hampir keseluruhan penduduk negara Jepun. 4. Namun, penghapusan kedudukan golongan samurai yang langsung tidak memberi kan sebarang sumbangan untuk beberapa ratus tahun sebelum itu, tidaklah semudah yang di sangka. 5. Pemansuhan kedudukan mereka telah di tentang hebat oleh Jeneral Saigo yang bertanggungjawab yang mengetuai angkatan tentera Shogun . 6. Jeneral Saigo telah menentang Maharaja Meiji tetapi telah ditentang oleh pasukan tentera Maharaja Meiji yang terdiri daripada petani yang sebelum ini tidak mempunyai hak untuk menggunakan senjata. 7. Penentangan Jeneral Saigo menemui kegagalan dan beliau telah menamatkan riwaya tnya sendiri mengikut ritual seorang samurai yang sejati. 8. Dengan kematian Jeneral Saigo, bermulalah era baru dengan slogan : Tamadunisasi dan Pencahayaan (Civilisation and Enlightment).
B. PEMODENAN ANGKATAN TENTERA DARAT DAN LAUT 1. Langkah seterusnya yang telah diambil oleh Maharaja Meiji adalah memodenkan angkatan tentera darat dan laut. 2. Dalam usaha ini, Maharaja Meiji telah meminta bantuan daripada pihak British. Sebelum itu, Maharaja Meiji juga telah memperkenalkan sistem kerahan tenaga pada tahun 1876. 3. Sistem ini telah di perkenalkan kepada rakyat biasa yang berumur 20 tahun ke atas. Mereka akan berkhidmat selama 12 tahun yang boleh di pecahkan kepada 3 tahun tetap dan 9 tahun sebagai simpanan. Melalui sis ini, c ara berperang juga diajar oleh pegawai tentera asing. 4. Angkatan Tentera Laut telah ditubuhkan pada tahun 1872. Sewaktu penubuhan An gkatan Tentera Laut, Jepun telah memiliki sebanyak 17 buah kapal tentera laut.

3

5. Pada tahun 1876, kapal laut besar telah di beli dari Britain dan ini dapat menguatkan lagi kekuasaan Tentera Laut Jepun. Sementara itu, pegawai tentera laut dari British di ambil sebagai jurulatih Tentera Lau t. 6. Kemudahan tentera laut telah di pertingkatkan tahun demi tahun dengan memperbaiki kemudahan pelabuhan, membeli kapal-kapal dan senjata-senjata baru. 7. Sehingga tahun 1894, Kerajaan Maharaja Meiji telah pun mempunyai sebanyak 28 buah kapal moden, 24 buah anak kapal dan jug a torpedo. 8. Atas usaha ini, Jepun telah berjaya menawan China pada tahun 1894/1895 dalam peperangan China-Jepun Pertama. 9. Perang China-Jepun Pertama (1 Ogos 1894²17 April 1895) adalah pertelingkahan bersenjata di antara China Dinasti Qing dan Jepun Meiji untuk merebut pegangan ke atas Korea. Letusan Perang China-Jepun menandakan kelemahan dan kemerosot an Dinasti Qing serta menunjukka n betapa pemodenan di Jepun banyak memajukan negara kepulauan tersebut sejak Pemodenan Meiji dibandingkan dengan Gerakan Penguatan Diri di China. 10. Kesan paling besarnya termasuk peralihan dominasi serantau di Asia dari China ke Jepun dan juga satu tamparan yang hebat kepada Dinasti Qin g dan tradisi klasik Cina, lalu mencetuskan Revolusi 1911 . 10 tahun kemudian, dalam tahun 1904/1905, tentera Jepun telah menentang tentera Russia untuk berebut Manchuria. 11. Perang Rusia-Jepun (10 Februari 1904 ² 5 September 1905), Pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, berbagai negara Barat bersaing memperebutkan pengaruh, perdagangan dan wilayah di Asia Timur sementara Jepun berjuang u ntuk menjadi sebuah negara mode n yang besar. Lokasi Jepun mendorongnya untuk memusatkan perhatian pada Dinasti Choson Korea dan Dinasti Qing di China utara, sehingga membuat negara itu bersaing dengan tetangganya, Rusia. Jepun telah berjaya mengalahkan Rusia dalam perang ini. 12. Keadaan ini mengejutkan pihak barat kerana tidak menyangka kekuatan Jepun telah meningkat dalam masa yang amat singkat . Perkara ini adalah hasil kemajuan teknologi tentera Jepun. 13. Perang China-Jepun Kedua (7 Julai 1937 ² 1938), yang juga dikenali sebagai Perang Menentang Jepun, ialah perang utama antara Republik China dan Empayar Jepun sebelum dan semasa Perang Dunia II . Walaupun kedua-dua pihak telah menyerang satu sama lain bermula dari tahun 1931, perang telah berlaku secara besar -besaran pada tahun 1937 dan hanya diakhiri dengan penyerahan Jepun pada tahun 1945. Pencerobohan adalah satu strategiyang dilakukan oleh Tentera Diraja Jepun sebagai sebuah rancangan besar untuk menguasai China. 14. Sebelum tahun 1937, kedua-dua pihak telah melancarkan serangan yang digelar "peristiwa" Penaklukan Manchuria oleh Jepun pada tahun 1931 dikenali sebagai "Peristiwa Mukden". 'Peristiwa' terakhir pada t ahun 1937 yang dikenali sebagai Peristiwa Jambatan Marco Polo menandakan permulaan peperangan antara kedua-dua negara. Sejak dari tahun 1937 hingga tahun 1941, China melawan tanpa bantuan. Selepas Serangan Pelabuhan Mutiara, perang ini menjadi salah satu medan utam a dalam Perang Dunia II . 15. Negara Jepun telah membangun dari segi ketenteraan dari sistem feudal ke konsep peperangan moden dalam masa kurang dari 30 tahun. 16. Jepun telah berjaya menjadi sebuah negara kuasa besar di rantau Asia ketika itu.

4

C. KOMUNIKASI DAN PERHUBUNGAN 1. Bidang komunikasi telah di permodenkan setelah Maharaja Meiji menerima hadiah berupa mesin telegraf . 2. Mesin ini telah di kaji oleh ilmuwan-ilmuwan Jepun dan telah dimodenkan lagi. Alat ini telah membantu dalam bidang ketenteraan Jepun sebagai satu media yang efektif dalam berkomunikasi. 3. Teknologi ini juga membantu dalam urusan pemusatan pentadbiran dan pembangunan ekonomi. Pada tahun 1880, hampir seluruh bandar be sar dilengkapi dengan kemudahan telegraf. Selanjutnya, sistem pos moden telah di perkenalkan dan memantapkan lagi sistem komunikasi di Jepun. 4. Dari segi perhubungan pula, p erkhidmatan kereta api telah di perkenalkan. Kerja pembinaan landasan kereta api telah dimulakan pada tahun 1872. 5. Dengan adanya perkhidmatan kereta api, telah memudahkan system pengangkutan untuk penumpang dan juga barangan ekonomi. 6. Pada tahun 1872, landasan telah di bina untuk menghubungkan Tokyo dan Yokohama. Dua tahun berikutnya, ianya telah disambungkan ke Kobe, Osaka dan Kyoto. 7. Landasan terakhir yang di bina ketika itu untuk menghubungkan Kyoto dan Otsu telah dibina pada tahun 1880. Landasan itu telah di bina sepenuhnya oleh jurutera -jurutera Jepun. 8. Menjelang tahun 1881, Jepun telah me mpunyai landasan kereta api sejauh 26 batu. Pendapat mengatakan sistem komunikasi dan perhubungan negara Jepun lebih maju daripada negara negara barat ketika itu. D. PENDIDIKAN 1. Pendidikan memainkan peranan penting untuk mencapai matlamat Maharaja Meiji. Ianya di anggap sebagai alat tranfsormasi untuk merealisasikan impian Maharaja Meiji. 2. Sehubungan dengan itu, pelajar-pelajar sekolah telah diberikan pendedahan tentang konsep pendidikan moden . 3. Sekolah-sekolah telah dibina oleh peladang -peladang untuk menunjukkan sokongan rakyat terhadap Maharaja Meiji . Mereka bersependapat mengatakan ´ pendidikan adalah kunci kecemerlanganµ. 4. Walaupun begitu, mereka masih perlu membayar yuran pe ngajian untuk anak-anak yang bersekolah. Namun, hal itu tidak menjadi masalah kerana mereka (peladang-peladang) percaya kepada pulangan pelaburan yang telah mereka lakukan melalui anak -anak mereka, adalah demi masa depan mereka. 5. Dengan membina sekolah jug a, mereka dapat memberi sumbangan ke arah membangunkan negara Jepun. 6. Kementerian Pelajaran Jepun telah ditubuhkan pada tahun 1871 dengan menyeragamkan sistem pendidikan. 7. Pada tahun berikutnya, kawasan di Jepun telah di pecahkan kepada 8 bahagian. 8. Di setiap bahagian pula di bina sebuah universiti, 32 buah sekolah menengah dan 210 sekolah rendah. Kanak-kanak Jepun yang mula ke sekolah ketika berumur 6 tahun dan mereka perlu belajar selama 16 bulan. 9. Kemudian pada tahun 1886, pelajaran sekolah rendah telah ditetapkan kepada 8 tahun dan sekolah menengah selama 4 tahun. 10. Selain itu, wujud juga sekolah tinggi yang menawarkan bidang pengajian perubatan, ketenteraan, pelayaran, pertanian, perdagangan dan perikanan.

5

11. Selain itu, kerajaan Jepun juga telah membawa masuk sebilangan besar pakar dari luar untuk mengajar kemahiran kepada rakyat Jepun. Mereka dibayar gaji oleh kerajaan Jepun. 12. Pada tahun 1886 juga telah di tubuhkan Universiti Di Raja Tokyo. Universiti ini meru pakan pusat pengajian yang tertinggi di Jepun ketika itu. 13. Universiti ini menyediakan sekolah latihan dalam perkhidmatan awam dalam bahagian urusan pentadbiran, pusat pendidikan dan juga pusat penyelidikan. Universiti ini menekankan pelajar pelajarnya supaya mematuhi hormat terhadap Maharaja dan negara. 14. Pelajar-pelajarnya diajar berdasarkan sistem pendidikan barat dan menekankan pendidikan moral yang disadur dari etika Kung Fu Tze . 15. Selain daripada pendidikan dalam negeri, a da juga pelajar-pelajar yang dihantar ke luar Jepun untuk belajar ilmu sains dan teknologi baru dari barat. E. UNDANG ² UNDANG 1. Sistem undang-undang moden telah di perkenalkan untuk meyemak semula perjanjian -perjanjian berat sebelah di antara negara Jepun dan negara -negara barat yang di buat sekitar tahun 1850 an dan 1860-an. 2. Kerajaan Jepun telah melantik seorang peguam Perancis yang bernama Gustave Roissonade de Fontarabe sebagai penasihat keadilan kepada Kementerian Keadilan. 3. Hasilnya, undang-undang baru yang lebih moden telah di perkenalkan dengan menghapuskan perjanjian-perjanjian yang berat sebelah suatu ketika dahulu. 4. Undang-undang yang telah digubal ini telah di kuatkuasakan dalam tahun1882 dan di namakan sebagai undang-undang jenayah moden . Undang-undang sivil dan perdagangan pula telah digubal pada tahun 1888.

F. KESUSASTERAAN 1. Bidang kesusateraan telah berkembang biak dengan adanya penterjemahan buku-buku sastera dari barat . 2. Antara karya dan biografi yang terkenal yang telah di terjemahkan ialah karya William Shakespeare, Homer, Rousseau dan Voltair . 3. Hal ini telah mening katkan minat rakyat Jepun ketika itu kepada kesusateraan moden. Di an tara karya mereka yang telah diterjemah kan ialah Romeo and Juliet, Ernest Maltraves dan The Bridge of Cannernoor. Selain itu, ada juga Pilgrim·s Progress dan The Bible(Old Testament). 4. Penterjemah yang terkenal ketika itu ialah Oda Junichiro . Beliau telah mendapat pendidikan dari Univesity of Edinburgh (Scotland). Hasil daripada penterjemahan beliau, telah wujud bentuk kesusasteraan baru yang yang dinamakan gembun itchi dan telah digunakan dengan meluas oleh penulis-penulis novel Jepun. 5. Melalui penterjemahan -penterjahan karya ini juga, masayarakat elit Jepun telah terdedah kepada idea-idea barat berkenaan sains, politik, sosial, pendidikan dan sebagainy a]. 6. Antara novelis yang terkemuka ketika itu ialah Futabatei Shimei dengan karya terjemahan beliau yang berjudul Rendezvous. Bahasa Inggeris telah menjadi bahasa yang sangat p enting ketika era pemulihan Meiji.

6

G. IDEOLOGI DAN AGAMA 1. Peranan ideologi di za man pemerintahan Meiji telah di sasarkan sebagai alat untuk meningkatkan semangat nasionalisma. Ideologi baru yang diperkenalkan dinamakan Kokutai secara rasmi. 2. Ideologi ini berhubung kait dengan kerohanian masyarakat Jepun dan sebahagian darinya memberikan kesetiaan dan ketaatan yang sepenuhny a kepada Maharaja Jepun yang dianggap suci. 3. Dalam konsep keagamaan telah di perkenalkan pul a konsep Shinto Negara . Shinto Negara adalah berasal daripada agama Shintonisme, sebuah agama purba Jepun. 4. Dalam konsep Shintoisme purba, Shinto di bahagikan kepada empat bahagian, iaitu Shinto Istana Diraja (Koshitsu Shinto) , Shinto Tempat-tempat Suci (Jinja Shinto) , Shinto Mazhab (Kyoha Shinto) dan Shinto Rakyat (Minkan Shinto). 5. Namun, setelah konsep Shinto Negara di perkenalkan, Shinto Istana Dir aja dan Shinto Tempattempat Suci telah dis atukan dengan menyerap ajaran-ajaran Konfusianisme (Kung Fu Tze). 6. Sebaliknya, agama Buddha telah diasingkan daripada agama Shinto. Sewaktu penghapusan agama Buddha, kesemua harta -harta institusi Buddha telah di ambil dan kitab-kitab suci telah dibakar dan dihanyutkan ke sungai-sungai. Patung-patung Buddha juga tidak terkecuali. 7. Selain itu, jika sebelum ini di zaman To kugawa, agama Kristian telah di haramkan. Tetapi, di zaman Meiji, sebalik nya pula yang berlaku. 8. Agama Kristian telah diterima masuk semula. Ianya telah berke mbang di Jepun dengan pembinaan pusat-pusat keagamaan di Nagasaki (K atolik Roman), Yokohama (Presbyterian) dan Hakodate (Ortodoks Greek) pada tahun 1870-an. 9. Selain itu, mubaligh -mubaligh Kristian yang berhijrah ke Jepun juga membuka sekolah -sekolah agama Kristian dan menerbitkan risalah -risalah agama Kristian. 10. Tetapi, tidak semua rakyat dapat menerima kemasukan semula agama Kristian. Dengan itu, muncul pula beberapa persatuan yang berfahaman nasionalis seperti Nippon ² sin (The Japanese) dan Persatuan Cara Agung, Agama Kebangsaan Jepun (Nippon Kokkyo Daido-sha). 11. Peratuan-persatuan ini beranggapan bahawa agama Kristian akan menghapus kan ciri-ciri kebudayaan Jepun, tidak seperti ajaran-ajaran Buddha dan ajaran Konfusiusme. 12. Matlamat persatuan-persatuan ini adalah untuk menyanjung dan mengangkat martabat tradisi serta warisan negara dengan mengenepikan pengaruh kebudayaan Barat . 13. Walaupun begitu, Jepun kini telah mempunyai 130 buah gereja di seluruh kepulauan Jepun. H. EKONOMI 1. Ekonomi Jepun telah menerima impak yang agak besar daripa da era Pemulihan Meiji. 2. Maharaja Meiji percaya bahawa ekonomi moden adalah asas kepada keselamat an dan keagungan nasionalisme. 3. Pemodenan ekonomi juga di lakukan atas dasar kepesatan pertumbuhan penduduk, aktiviti pertanian yang tidak dapat menampung penduduk yang tidak bekerja, kekurangan perniagaan eksport dan untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada kelas samurai yang berjumlah lebih kurang 600,000 orang. 4. Pemodenan ekonomi telah di mulakan di sektor pertanian dengan sektor pertanian telah menyumbangkan sebanyak 80% daripada jumlah pe ndapatan Jepun pada tahun 1870 hingga tahun 1880.

7

5. Sebelum ini hak milik tanah ada lah dalam kekuasaan golongan Dir aja. Tetapi, setelah konsep pemilikan tanah diperkenalkan daripada Barat, semua rakyat mempunyai tanah masing -masing walaupun dia adalah seorang petani. 6. Keadaan ini telah membolehkan kerajaan mengenakan cukai tanah yang menggantikan bayaran cukai kepada golongan feudalisme . 7. Selain itu, ada juga pelajar-pelajar yang dihantar ke luar Jepun untuk belajar dalam jurusan pertanian dan ada juga pakar yang di bawa masuk untuk meningkatkan lagi taraf teknologi pertanian Jepun. 8. Selain itu juga, penggunaan benih yang di import dan baja kimia telah di perkenalkan. Tanaman yang digalakkan ketika itu ialah teh dan sutera. B anyak kawasan pertanian yang telah di buka. I. PERINDUSTRIAN 1. Dalam bidang perindustrian, industri perkilangan telah pertingkatkan dengan kilang-kilang besi waja dan besi keluli (industri berat). 2. Industri ini berperanan dalam industri pembinaan kapal, alat perang dan limbungan kapal tentera laut di Yukusuka. 3. Kilang-kilang besi tadi telah di bangunkan dengan meminjam modal daripada golongan golongan kaya feudal Jepun. 4. Ini dapat mengurangkan pergantungan ekonomi daripada negara -negara barat yang berupa pinjaman bank. 5. Kilang-kilang itu juga telah dibangunkan dengan bertujuan untuk memajukan bidang ketenteraan Jepun dalam usaha penaklukan dan pertahanan . 6. Pengetahuan peralatan perang telah diserap dari barat dengan membawa masuk beberapa pakar dari luar. 7. Kerajaan Jepun juga telah membina dua buah kilang besar untuk membuat meriam dan senapang di Tokyo dan Osaka. 8. Selain itu, tiga buah kilang telah di bina di Tokyo dan Gumma untuk membuat peluru. 9. Selain daripada kilang pembuatan senjata, kerajaan Jepun juga telah membina kilang sutera, kapas, benang, simen dan juga kaca. 10. Semua pemilikan perindustrian telah di serahkan kepada beberapa syarikat seperti Mitsui, Mitsubishi, Sumitomo, Yasuda dan lain-lain. 11. Gabungan industri pula telah di kuasai oleh pasukan pemodalan seperti Zaibatsu dan sebagainya. J. DASAR KEWANGAN DAN FISKAL 1. Pemerintahan Tokugawa telah memperkenalkan konsep matawang pelbagai . 2. Namun, setelah Kementerian Kewangan di tubuhkan, sistem matawang telah di selaraskan dengan mengambil kira sistem kewangan dari barat. 3. Pada tahun 1868, matawang Jepun telah di tukar kepada konsep pengunaan wang kertas. Wang kertas telah ditukarkan daripada Ryo kepada Yen yang ketika itu mempunyai nilai yang sama dengan nilai dolar Amerika Syarikat . 4. Kemudian sistem perbankan moden pula telah di serapkan barasaskan konsep perbankan Amerika Syarikat. 5. Kerajaan Jepun menghadapi masalah inflasi dan susut nilai matawang yang diakibatkan daripada perbelanjaan yang melebihi pendapatan.

8

6. Ini berlaku kerana proses transisi Jepun dalam pemodenan angkatan tentera, industri baru, perhubungan dan komunikasi. 7. Selain itu, banyak wang telah di gunakan untuk membayar pampasan kepada tuan fe udal dan di gunakan dalam proses menumpaskan pemberontakan samurai. 8. Mujur ada Menteri Kewangan yang bernama Matsukata yang berjaya mengawal keadaan dengan mengenakan cukai yang tinggi ke atas wain dan tembakau dan juga dengan mengurangkan subsidi kerajaan kepada syarikat . 9. Dengan ini, kerajaan Jepun dapat menarik s emula wang kertas Jepun untuk ditingkatkan semula nilainya. 10. Bank kebangsaan pertama yang telah ditubuhkan pada tahun 1873 dengan manggabungkan dua agensi kewangan kerajaan yang utama. 11. Perdagangan dengan dunia luar juga telah membantu dalam meningkatkan pertukaran matawang asing dan memberi pendapatan kepada negara Jepun. 12. Selain itu, sistem kredit moden juga telah diperkenalkan dengan penubuhan Bank of Japan pada tahun 1882. 13. Pada tahun 1882, sebanyak 143 buah bank telah dwujudkan. D i samping itu juga, kerajaan Jepun telah menubuhkan Biro Mengurus Simpanan untuk pejabat-pejabat kerajaan.

K. POLITIK 1. Perlembagaan baru telah diperkenalkan dan sistem politik berparti juga turut di perkenalkan. 2. Pada tahun 1868, carta Pengakuan Lima Artikel telah di perkenalkan dengan memberi penekanan kepada penubuhan dewan perhimpunan, kebebasan bermastautin dan pekerjaan, penghapusan kelas keturunan dan hubungan kebudayaan dengan bar at. 3. Untuk melaksanakan carta ini, langkah awal telah di ambil, i aitu dengan menubuhkan Majlis Negara yang merupakan badan yang paling berkuasa dalam negara. Idea untuk mengadakan perhimpunan oleh yang dipilih oleh rakyat juga mendapat sambutan yang baik. 4. Maharaja telah memerintahkan supaya perlembagaan dan parlimen baru dibentuk menjelang tahun 1881. Maharaj a Meiji juga telah mengarahkan Ito Hirobumi , selaku penyimpan mohor untuk pergi mempelajari teori politik dari Britain, Belgium, Paris, Vienna dan Berlin. 5. Sehubungan dengan itu, Ito telah mempunyai idolanya tersendiri iaitu Otto Von Bismarck , seorang canselor Jerman yang berjaya menyatukan Jerman pada ta hun 1870 dan digelar ´Canselor Wajaµ. 6. Pengumuman perlembagaan baru telah di buat secara rasmi oleh Mah araja pada 11 Februari 1889. Antara syarat-syarat yang terkandung di dalam perlembagaan ini ialah penubuhan sebuah dewan kabinet dan mewujudkan parlimen dwidewan (Dewan Bangsawan dan Dewan Rakyat). 7. Sementara itu, pilihan raya pertama telah diadakan pada tahun 1890 yang disertai oleh pelbagai parti politik. 8. Antara parti yang bertanding ialah Parti Liberal (Jiyuto) yang ditubuhkan pada tahun 1881 di bawah Itagaki dan Parti Progresif (Kaishinto) yang ditubuhkan pada tahun 1882 . 9. Namun, kebebasan parti ini disekat kerana di khuatiri akan menghakis kepimpinan Meiji dan diganti dengan sistem demokrasi . L. MEDIA CETAK 1. Dari segi teknologi percetakan pula, kemajuan dari segi kemudahan timbul hasil daripada keperluan untuk menyediakan notis -notis oleh Jabatan Kerajaan.

9

2. Di samping itu juga , pengguna mesin cetak turut di gunakan oleh pihak gereja untuk menerbitkan risalah-risalah Kristian untuk diedarkan kepada orang ramai. M. KEBUDAYAAN 1. Dari segi kebudayaan, beberapa perubahan telah berlaku dalam konsep seni lukis, seni muzik, seni drama dan beberapa aspek yang lain. 2. Seni lukis tradisional Jepun tela h diperbaharui dengan penggunaan warna -warna yang lebih terang dari kebiasaannya. 3. Dari segi seni muzik pula, pengaruh muzik barat mula meresapi kebudayaan Jepun. 4. Banyak piring ² piring hitam boleh didapati dan muncul pula konsep tarian barat. Antara yang paling terkenal ialah tarian ballroom. 5. Di samping itu, konsep penggunaan alat muzik tradisional d an gabungan alat muzik moden diperkenalkan. 6. Selain itu, dalam zaman ini juga, seni drama Kabuki mula di pandang tinggi dan mendapat pengiktirafan yang tinggi. 7. Tidak seperti zaman Edo, Kabuki adalah persembahan untuk golongan kelas bawahan (saudagar-saudagar) sahaja. 8. Ketika zaman Meiji, Kabuki adalah satu bentuk hiburan yang mendapat tempat di setiap lapisan masyarakat. 9. Selain daripada drama-drama pentas, industri filem juga mula berkembang. Bermula dengan filem-filem bisu, kemudiannya menyusul pula kaedah penggunaan kamera moden, penggunaan sarikata, teknik sinaran tiruan, ¶prop· dan sebagainya.

5.0 PENUTUP 1. Pemodenan yang dilakukan pada zaman Meiji adalah mencakupi pelbagai bidang. Usaha usaha yang dilakukan menampakkan kejayaan pada masa yang singkat. 2. Menjelang tahun 1894, Jepun telah berjaya menyelesaikan se gala masalah yang dihadapinya. Hal ini menyebabkan Jepun berjaya mencapai kedudukan yang setaraf dengan negara negara yang maju. 3. Namun begitu, unsur-unsur tradisional yang melambangkan identitinya masih terus terpelihara sehinggalah ke hari ini. 4. Tamadun Jepun banyak menerima pengaruh barat hasil pertembungannya dengan peradaban barat. Jepun banyak meminjam dan meniru teknologi barat dan seterusnya mengasimilasi teknologi tersebut supaya bersesuaian dengan budaya mereka sendiri. 5. Keberanian serta kepandaian pemimpin Jepun dalam mengadakan pembaharuan pembaharuan yang drastik dalam segala aspek mendatangkan kebaikan untuk rakyat Jepun sehingga Jepun berjaya mengekalkan kedudukannya sehingga ke hari ini.

10

Rajah 1 : Peta Jepun, China dan Rusia

11