You are on page 1of 14

KURSUS INDUKSI SSM KUMPULAN 1 BIL.

4/2011

Huraikan bagaimanakah Dasar Pendidikan Negara dapat membantu mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia. ______________________________________________________________________

Pada era dunia pascamoden ini, telah timbul kesedaran dalam kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa pentingnya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk menggantikan sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak negara. Atas kesedaran inilah lahir satu Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957. Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini kemudian

dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961. Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Sejajar dengan itu, Dasar Pendidikan Kebangsaan yang sesuai sememangnya penting dalam mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, mentakrifkan perpaduan sebagai

penggabungan, peleburan, persesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung sebagai satu, sepakat dan sebagainya. Dalam perkataan lain, perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara. Maka, boleh disimpulkan di

KURSUS INDUKSI SSM KUMPULAN 1 BIL. 4/2011

sini bahawa perpaduan boleh didefinisikan sebagai hubungan erat dan bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Oleh itu, perpaduan menjadi aset yang penting untuk mewujudkan kerjasama dan saling memahami antara satu sama lain dalam kalangan masyarakat Malaysia pada hari ini. Antara cara yang paling utama untuk mewujudkan perpaduan seperti yang terdapat dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah menerusi pendidikan. Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa pendidikan merupakan faktor unggul dalam membina kerakyatan yang tunggal dan sangat penting dalam pembinaan dan pembentukan warganegara dan rakyat yang bersatu padu. Pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaaan yang menyatakan bahawa Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkemampuan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran mesyarakat dan Negara. Secara tidak langsung, dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan penghayatan kurikulum yang bersepadu, penggunaan bahasa pengantar dan sistem peperiksaan yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang persekolahan.

KURSUS INDUKSI SSM KUMPULAN 1 BIL. 4/2011

Jelaslah bahawa menerusi pendidikan adalah paling tepat untuk merealisasikan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, kurikulum yang dibina bukan sahaja bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan kurikulum juga dapat membentuk sahsiah, keperibadian dan perwatakan murid yang diingini bagi memupuk perpaduan. Kurikulum ini berorientasikan suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1983. Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al Quran dan Assunnah dan Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam sifat-sifat mulia serta membentuk tingkah laku yang bersopan santun dan saling menghormati sesama manusia. Pendek kata, kurikulum yang diadakan itu sememangnya mampu untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai agama, bangsa dan negara. Di samping itu, cara kedua untuk mewujudkan asas-asas perpaduan bagi sistem pendidikan di Malaysia ini termasuklah mengadakan sistem persekolahan yang sama bagi semua. Pada asasnya Laporan Razak mencadangkan penubuhan sekolahsekolah umum yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya dan sekolah-sekolah jenis umum menggunakan bahasa pengantar Cina, Tamil dan Inggeris. Kepentingan Bahasa Melayu untuk perpaduan jelas dinyatakan. Seterusnya walaupun pada peringkat rendah ini sekolah-sekolah diasingkan oleh bahasa pengantar yang berbeza namun sukatan pelajaran dan sistem persekolahan disamakan. Pada peringkat menengah pula ditubuhkan Sekolah Menengah Kebangsaan dengan pengantar Bahasa

KURSUS INDUKSI SSM KUMPULAN 1 BIL. 4/2011

Melayu dan semua kanak-kanak akan memasuki sama ada Sekolah Menengah Kebangsaan atau Sekolah menengah Inggeris tanpa mengira bahasa pengantar yang dilaluinya pada peringkat rendah. Sesungguhnya, sistem pendidikan di Malaysia banyak menyumbang kepada perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Seterusnya, cara ketiga untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan dan kurikulum yang sama. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini

mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa harmoni antara kaum di negara ini. Kurikulum yang sama juga memainkan peranan yang penting dalam membantu mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahliahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Dasar Pendidikan Negara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara. Sukatan pelajaran yang sama di samping isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata Razak adalah dianggap sebagai salah satu asas sistem pelajaran kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan negara. Mata pelajaran Sejarah memainkan peranan penting

KURSUS INDUKSI SSM KUMPULAN 1 BIL. 4/2011

ke arah matlamat pembangunan. Melalui pelajaran Sejarah ini diharapkan dapat membina semangat perpaduan dan perasaan hormat menghormati terutama dalam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan adat resam. Dengan ini, jelaslah bahawa penggunaan bahasa kebangsaan dan kurikulum yang sama dalam kalangan masyarakat penting untuk mencapai perpaduan. Selanjutnya, cara keempat adalah dengan menyeragamkan kurikulum di sekolah-sekolah dan program-program sekolah. Sekiranya kurikulum itu diseragamkan maka sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam akan dapat diselaraskan dan akhirnya tidak akan berlakunya kekalutan apabila seseorang pelajar itu terpaksa berpindah ke sekolah yang lain. Langkah ini boleh menolong proses menyatupadukan berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang sama. Sekolah juga boleh mewujudkan program permuafakatan dengan masyarakat setempat melalui programprogram ilmiah seperti ceramah agama, solat hajat, sambutan Maulidur Rasul, gotongroyong dan sebagainya. Kerjasama antara pihak sekolah dan penduduk setempat akan membantu mempercepatkan perpaduan dalam kalangan murid terutamanya. Secara tidak langsung, rancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di sekolahsekolah dan program-program sekolah penting untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Akhir sekali, cara yang kelima adalah dengan mewajibkan semua pelajar melibatkan diri dalam aktiviti persatuan, permainan dan pakaian seragam. Penyertaan aktif dalam kokurikulum dan pembabitan mereka dalam perkhemahan, persembahan dan pertandingan di pelbagai peringkat akan mendedahkan mereka kepada situasi yang berlainan dan beragam. Terdapat peraturan dan disiplin tertentu semasa

KURSUS INDUKSI SSM KUMPULAN 1 BIL. 4/2011

mengikuti program-program yang dijalankan. Pemilihan ahli jawatankuasa dilakukan secara demokrasi dengan bimbingan guru penasihat dan jurulatih dari pelbagai agensi. Mereka dapat berinteraksi secara sihat dan mematuhi peraturan dan disiplin ditentukan. Hasil dari penglibatan pelajar secara aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan adalah sangat memuaskan terutama dalam usaha untuk membentuk dan membina kehidupan masa depan pelajar dan sebuah masyarakat majmuk yang berdisiplin, berharmoni dan bersatu padu. Maka jelaslah bahawa program-program yang dijalankan di sekolahsekolah sebagai strategi pelaksanaan dalam mewujudkan perpaduan dan

memperkasakan sekolah seperti menubuhan Kelab Rukun Negara, nyanyian lagu Negaraku dan lagu negeri, pelaksanaan RIMUP, penyertaan kokurikulum di sekolah dan sebagainya dapat membantu merapatkan jurang pendidikan dalam kalangan masyarakat. Sesungguhnya, Dasar Pendidikan Kebangsaan menjadi asas kepada hasrat serta aspirasi negara melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Konklusinya, sudah terang lagikan bersuluh bahawa Dasar Pendidikan Kebangsaan dapat membantu merealisasikan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Kewujudan masyarakat majmuk secara tidak langsung dapat memenuhi aspirasi negara, selaras dengan usaha untuk melahirkan generasi yang bersatu padu di samping dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat, membina kemajuan dan kesejahteraan diri serta menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran negara. Oleh itu, semua pihak hendaklah menggemblengkan tenaga bak kata peribahasa ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni dan bersatu kita teguh,

KURSUS INDUKSI SSM KUMPULAN 1 BIL. 4/2011

bercerai kita roboh. Usaha yang berterusan untuk mewujudkan perpaduan pasti akan tercapai sekiranya diberi sokongan dan dorongan kepada usaha-usaha murni dan program-program yang sistematik. Senario ini penting untuk memupuk dan

mengukuhkan hubungan antara kaum yang terdapat di Malaysia tanpa melupakan matlamat dan aspirasi negara dalam menuju Wawasan 2020 iaitu menjadi negara maju mengikut acuan sendiri.

KURSUS INDUKSI SSM KUMPULAN 1 BIL. 4/2011

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang anggota perkhidmatan awam telah mula diperkenalkan melalui PKPA Bil.2 /1993 dan telah mengalami beberapa pindaan sehinggalah terbitnya PKPA Bil. 2/2002. Terangkan dengan jelas apakah penambahbaikan kelayakan dan asas penilaian bagi membolehkan seseorang anggota perkhidmatan awam layak diberi anugerah tersebut.

Pengenalan. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang anggota perkhidmatan awam telah mula diperkenalkan melalui Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2 / 1993. Pekeliling ini adalah satu garis panduan mengenai pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang perkhidmatan awam. Namun pekeliling ini telah dibatalkan setelah berkuatkuasanya Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2 Tahun 2002 yang bertujuan menyediakan dasar dan kaedah bagi pemberian anugerah tersebut. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) telah menghuraikan pembaharuan yang dikehendaki serta menjelaskan garis panduan secara jelas, teratur dan terperinci. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan dan kualiti dalam setiap hasil kerja bagi sesebuah jabatan atau perkhidmatan awam.

Ciri-ciri Antara kandungan yang dinyatakan dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2 / 1993 ialah mengenai sistem pencalonan untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang seperti sistem pemilihan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di sesebuah jabatan menggunakan sistem penilaian prestasi tahunan di

KURSUS INDUKSI SSM KUMPULAN 1 BIL. 4/2011

bawah Sistem Saraan Baru (SSB). Selain itu, pemilihan penerima anugerah tersebut berasaskan kepada laporan penilaian prestasi kerja bagi setiap tahun. Pemilihan anggota-anggota awam untuk menerima anugerah ini adalah dibuat oleh Panel Penyelarasan Penilaian Prestasi dan Pergerakan Gaji di bawah SSB. Justeru,

Kementerian, Jabatan dan agensi kerajaan boleh untuk mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Bagi agensi yang kecil, majlis tersebut boleh juga diadakan secara bersekali di peringkat Kementerian berkenaan. Semua anggota awam boleh untuk dipertimbangkan menerima anugerah ini kecuali anggota-anggota awam dan Kumpulan Pengurusan Tertinggi Jawatan-jawatan Utama (JUSA). Penerima anugerah ini juga akan diberikan hadiah dan insentif seperti Sijil Perkhidmatan Cemerlang, cenderamata yang sesuai iaitu nilai cenderamata tidak melebihi RM 300.00, bonus sebulan gaji, diberi Cuti Tanpa Rekod bergaji penuh selama 7 hari, dan nama beserta gambar dipamerkan di pejabat. Selain itu juga, ketua jabatan digalakkan untuk memberi peluang keutamaan kepada penerima anugerah bagi memajukan diri mereka dalam kerjayanya seperti dihantar kursus, seminar atau persidangan. Pekeliling ini dikuatkuasakan setelah Surat Pekeliling Am Bil. 2 Tahun 1983 dibatalkan. Bagi Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2 / 2002, kandungan yang dinyatakan dalamnya ialah dasar dan kaedah baru pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Antaranya ialah kelayakan iaitu anggota yang layak dipertimbangkan untuk dipilih dan diberi Anugerah perkhidmatan Cemerlang ialah anggota perkhidmatan

awam dalam semua kumpulan, gred dan kategori yang dilantik oleh mana-mana pihak berkuasa melantik, termasuk pihak yang diwakilkan kuasa oleh pihak berkuasa melantik

KURSUS INDUKSI SSM KUMPULAN 1 BIL. 4/2011

berkenaan untuk berkhidmat dengan agensi awam sama ada secara tetap, sementara atau kontrak. Hal ini termasuk anggota yang berada di atas tangga gaji dan syaratsyarat perkhidmatan di bawah Laporan Jawatankuasa Kabinet 1976, Sistem Saraan Baru (SSB) dan Sistem Saraan Malaysia dan telah berkhidmat bagi tempoh genap setahun penuh pada hari terakhir tahun penilaian. Pemilihan anggota yang layak

adalah berpandukan kepada markah yang diperolehi dalam penilaian prestasi tahunan dengan menggunakan Borang Laporan Penilaian Prestasi Tahunan yang ditetapkan oleh kerajaan. Anggota yang layak dipertimbangkan untuk menerima anugerah ini ialah mereka yang mendapat markah 85 peratus. Bilangan penerima anugerah ini bagi

setiap agensi tidak boleh melebihi 8 peratus daripada jumlah anggota yang sedang berkhidmat pada 31 Disember pada tahun penilaian berkenaan. Selain itu, pekeliling ini juga menyatakan insentif dan hadiah bagi penerima anugerah ini. Antaranya ialah Sijil Perkhidmatan Cemerlang, hadiah prestasi sebanyak RM 1000.00, peluang dan keutamaan untuk memajukan kerjaya seperti menghadiri kursus, seminar atau persidangan yang boleh menyumbang kepada prestasi kerja, peluang dan keutamaan bagi pencalonan untuk menerima pingat, bintang dan darjah kebesaran Persekutuan dan negeri. Tambahan pula, nama dan gambar penerima dipamerkan di pejabat. Perkeliling ini dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2003.

Penambahbaikan Kelayakan dan Asas Penilaian APC Jika dilihat kepada PKPA Bil.2/1993, ianya tidak menyatakan secara jelas kriteria utama yang dititikberatkan dalam proses pemilihan individu-individu yang layak menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Walaupun kedua-dua pekeliling dengan

10

KURSUS INDUKSI SSM KUMPULAN 1 BIL. 4/2011

jelas menerangkan bahawa seseorang penjawat kerajaan yang hendak dicalonkan sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang haruslah merupakan seseorang yang menjalankan tugas dan tanggungjawabnya pada kadar kualiti yang melebihi dari penjawab kerajaan yang biasa, PKPA Bil. 2/1993 tidak menerangkan sebarang system pemarkahan mahupun kriteria spesifik seorang yang layak diberikan anugerah. Oleh Sebab yang demikian, PKPA Bil. 2/2002 digubal dengan membawa beberapa penambahbaikan dari segi kelayakan dan asas penilaian seseorang anggota yang layak diberikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Berdasarkan kepada kedua-dua pekeliling, aspek pertama yang melayakkan seseorang itu untuk dipilih adalah berdasarkan kepada penilaian prestasi kerja individu tersebut. PKPA Bil. 2/1993 hanya menyatakan secara am bahawa penjawat awam itu haruslah seseorang yang berprestasi cemerlang dan telah mendapat pergerakan gaji melintang. Namun demikian, sekiranya dirujuk kepada PKPA Bil. 2/2002, ianya menyatakan secara jelas di bawah kategori asas penilaian, bahawa individu tersebut haruslah mendapat sekurang-kurang 85 peratus untuk dipertimbangkan sebagai calon Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Dengan cara ini, jawatankuasa pemilihan calon Anugerah Perkhidmatan Cemerlang akan dapat memilih calon anugerah ini dengan lebih baik dan mudah. PKPA Bil. 2/2002 turut memperbaiki aspek kelayakan calon- calon anugerah ini. Sebelum ini, semua anggota awam boleh dipertimbangkan untuk diberikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kecuali mereka yang tergolong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi Jawatan-jawatan Utama (JUSA). Namun demikian, setelah ditambahbaik, PKPA Bil. 2/2002 menyatakan bahawa semua anggota awam, tanpa mengira apa jua

11

KURSUS INDUKSI SSM KUMPULAN 1 BIL. 4/2011

kumpulan, gred dan kategori yang dilantik oleh mana-mana pihak yang berkuasa melantik, termasuk pihak yang diwakilkan kuasa oleh pihak berkuasa melantik, untuk berkhidmat dengan agensi awam sama ada secara tetap, kontrak ataupun sementara layak dicalonkan. Ini jua termasuk mereka yang berada di atas tangga gaji dan syaratsyarat perkhidmatan di bawah Laporan Jawatankuasa Kabinet 1976, Sistem Saraan Baru dan Sistem Saraan Malaysia. Melihatkan kepada situasi ini, adalah jelas bahawa, mana-mana anggota kerajaan yang menjalankan tugasnya dengan cemerlang dan melebihi kadar kebertanggungjawaban kakitangan awam yang biasa, tanpa mengira golongan, kumpulan mahupun tahap, layak diberikan peluang untuk dicalonkan. Situasi ini hanyalah akan merendahkan motivasi sesetengah golongan penjawat kerajaan dari kumpulan untuk menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik, kerana mereka tidak akan dinilai untuk anugerah ini. Oleh sebab itu, PKPA Bil. 2/1993 diperbaiki dan dibuat penambahbaikan, sekaligus membentuk PKPA Bil. 2/2002. Selain daripada itu, berbanding PKPA Bil. 2/1993, PKPA Bil. 2/2002 menambah satu lagi aspek kelayakan bagi penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang iaitu tempoh perkhidmatan sebelum seseorang itu layak diberikan anugerah. Ianya menyatakan bahawa, seseorang penjawat awam itu haruslah telah berkhidmat bagi tempoh genap setahun pada hari terakhir tahun penilaian. Menurut PKPA Bil.2/1993, majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang haruslah diadakan secepat mungkin, selewat-lewatnya pada bulan April tahun tersebut. Oleh sebab yang demikian, sekiranya penilaian bagi anugerah tahun 2010 dijalankan pada awal Januari, individu tersebut haruslah telah berkhidmat sekurang-kurangnya setahun pada hari terakhir 2009. Berdasarkan pada kriteria ini, ia memberikan lebih banyak ruang kepada

12

KURSUS INDUKSI SSM KUMPULAN 1 BIL. 4/2011

jawatankuasa penilai untuk memantau dan menilai prestasi kerja individu tersebut, seperti sumbangan dan penglibatan beliau dipelbagai peringkat, sahsiah, sikap, disiplin dan kualiti kerja. Sebelum tahun 2002, penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dipilih oleh Panel Penyelarasan Penilaian Prestasi dan Pergerakan gaji di bawah Sistem Saraan Baru. Namun, setelah diperbaiki, mulai Januari 2003, adalah dipertimbangkan oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) berdasarkan sumbangan mereka terhadap organisasi, Perkhidmatan Awam, komuniti, daerah, negeri, Negara dan perkhidmatan awam. Oleh sebab yang demikian, adalah penting bagi seseorang individu tersebut bukan hanya menyumbang terhadap perkembang intitusi

pekerjaannya, tetapi dipelbagai peringkat dan komuniti. Sebagai contohnya, seorang penjawat awam yang telah berkhidmat selama 3 tahun dengan kerajaan dan memegang jawatan sebagai jurulatih ragbi peringkat negeri mempunyai potensi untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, berbanding penjawat awam lain walaupun mereka telah bertugas dengan cemerlang dalam agensi mereka selama 5 tahun. Ini kerana, seorang penjawat awam yang cemerlang, bukan hanya menyumbang kepada agensinya semata-mata, tetapi kepada masyarakat setempat.

13

KURSUS INDUKSI SSM KUMPULAN 1 BIL. 4/2011

Penutup Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini diwujudkan adalah bertujuan untuk memberi penghargaan di atas sumbangan dan memberi contoh kecemerlangan seseorang penjawat awam dalam menjalankan tugasnya kepada penjawat awam yang lain. Ianya turut memberikan motovasi dan ransangan positif kepada semua individu untuk berlumba-lumba menyumbang dan meningkatkan kualiti kerja mereka dipelbagai peringkat. Namun demikian, seseorang penjawat awam haruslah mengelakkan menjalankan tugas hanya semata-mata untuk mengejar anugerah semata-mata. Oleh sebab yang demikian, berdasarkan kepada pelbagai aspek, isu dan persoalan yang bakal timbul dari masa ke masa, pelbagai pindaan dan penambahbaikan terhadap pekeliling ini akan dijalankan.

14