You are on page 1of 3

PENGANJUR : Pn.

JAKUNIM DAU

LOKASI : HALAMAN RUMAH

TARIKH : 20 MEI 2011

GOLONGAN TERLIBAT : AHLI KELUARGA TERMASUK SAYA SENDIRI

LAPORAN AKTIVITI
Pada 20 Mei 2011,saya telah menjalankan projek kerja amal yang berkaitan dengan bidang kekeluargaan.Saya Jeffone Naijim telah meluangkan masa bersama keluarga untuk bergotong-royong dalam menyumbang tenaga membersihkan rumah.Saya telah menjalankan kerja amal ini dari jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi di rumah saya.Objektif kerja amal ini dijalankan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim diantara keluarga serta mengamalkan nilai kasih sayang terhadap keluarga.

Pada mulanya,kami sekeluarga telah berbincang serta menyumbang idea untuk membersihkan halaman rumah.Kami sekeluarga telah membahagikan tugasan agar semua ahli keluarga mengambil bahagian dan mempunyai kerjasama diantara satu dengan yang lain.Setiap ahli keluarga mempunyai sikap rajin dan bertanggungjawab terhadap tugasan yang telah diberikan.

Semasa gotong-royong membersihkan halaman rumah,ibu saya telah menunjukkan sikap kepimpinan beliau dalam mengetuai gotong-royong ini.

Dalam masa yang sama,saya juga bertindak cuba untuk mengawal keadaan dan mengamalkan nilai toleransi agar tidak berlakunya persilisihan faham di antara keluarga.Sikap prihatin yang diamalkan juga telah membantu kami sekeluarga untuk menjalankan aktiviti bergotong-royong dengan sempurna.

Akhir sekali,gotong-royong yang telah dilakukan telah memberi iktibar dan kesedaran kepada saya bahawa pentingnya kerjasama diantara keluarga.Perubahan sikap juga berlaku apabila saya telah insaf bahawa saya harus tolong dan menyumbangkan tenaga bersama keluarga.Saya sangat bersyukur kerana mempunyai keluarga yang bahagia.