You are on page 1of 13

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Setiawangsa Kuala Lumpur

Tajuk : Pencemaran Alam Sekitar Di Taman Setiawangsa , Wilayah Persekutuan , Kuala Lumpur .
Nama : Ahmad Fakhrullah Bin Aminuddin No.I.C : 961017-14-6165 Kelas : 3 Bestari Nama Guru : Pn . Wan Norizan Bte Yahaya

Senarai Kandungan
Perkara
Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian Rumusan Rujukan

Halaman
1 2

Penghargaan
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan saya kepada guru Geografi saya , Pn Wan Norizan Bt Yahaya kerana telah sudi memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam menjalankan projek Kajian Geografi Tempatan . Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pengetua sekolah , Pn Mek Zahrah Bte Awang yang telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini selepas waktu persekolahan . Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu saya , Siti Juwita Bte Hj.Md Salleh dan juga kepada ayah saya Aminuddin Bte Hj.Abd Aziz yang telah banyak memberi dorongan dan bantuan untuk saya menjalankan kajian ini . Saya bersyukur kerana mendapat kerjasama yang cukup baik daripada kawan-kawan saya iaitu Muhd Mukhzani Bin Azman Shah , Muhd Daniel Bin Azman Shah , Noor Adam Muhd Bin Zahari , Addinnul Aiman Bin Yusrin dan Muhd Hazri Bin Azhar .

Pendahuluan
Saya Ahmad Fakhrullah Bin Aminuddin dari kelas 3 Bestari memilih tajuk , Pencemaran Alam Sekitar di Taman Setiawangsa , Kuala Lumpur , Wilayah Persekutuan untuk projek Kajian Geografi Tempatan saya . Saya mengkaji tentang aspek pencemaran alam sekitar , menghuraikan kesan terhadap alam sekitar , dan merumuskan kesan-kesan terhadap alam sekitar tersebut . Saya memilih kawasan kajian ini kerana menepati tema kajian dan kawasan ini berhampiran dengan rumah dan sekolah saya . Masa yang diberikan untuk menyiapkan kajian ini ialah selama 12 minggu .

Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk memenuhi objektif-objektif seperti berikut : Konsep pencemaran alam sekitar Jenis pencemaran alam sekitar Punca pencemaran alam sekitar Kesan pencemaran alam sekitar Cadangan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian

Kawasan Kajian
Kawasan kajian saya ialah di Taman Setiawangsa , Wilayah Persekutuan , Kuala Lumpur . Kuala Lumpur mempunyai asal-usul pada tahun 1850-an , ketika ketua melayu Klang , Raja Abdullah , menyewa beberapa orang Cina untuk membuka lombong bijih timah . Para penambang mendarat di pertemuan Sungai Gombak yang dahulu dikenali dengan nama Sungai Lumpur yang bermaksud ( Sungai Berlumpur ) dan Sungai Klang untuk membuka lombong di Ampang , Pudu dan Batu . Tambang ini berkembang menjadi sebuah pusat perdagangan yang menjadi sebuah bandar sempadan . Lokasi kawasan kajian saya ini terletak lebih kurang 13 kilometer dari Bandar Kuala Lumpur . Bentuk muka bumi di Setiawangsa beralun dan berbukit .

Peta
i ) Peta Zon : Keramat Wangsa

ii ) Peta Kawasan Kajian : Setiawangsa

Kaedah Kajian
Saya telah menggunakan 2 kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini . Berikut merupakan kaedah yang telah saya gunakan :

i ) Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian untuk mengenalpasti pencemaran alam sekitar yang berlaku di kawasan kajian saya .

ii ) Rujukan
Selain itu , saya juga telah membuat rujukan melalui internet dan perpustakaan untuk mencari maklumat tentang pencemaran alam sekitar .

Dapatan Kajian
8.1 ) Konsep Pencemaran Alam Sekitar
Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaankegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan . Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam : 1.Pencemaran udara 2.Pencemaran air 3.Pencemaran laut 4.Pencemaran bunyi 5.Pencemaran tanah

8.2 ) Jenis Pencemaran Alam Sekitar Di Kawasan Kajian


Pencemaran alam sekitar yang berlaku di kawasan kajian saya adalah pencemaran bunyi . Pencemran bunyi sering berlaku di kawasan kajian saya kerana terdapatnya pelbagai jenis kenderaan , seperti kereta , motorsikal , van , lori dan sebagainya . Selain itu , pencemaran udara juga sering berlaku di kawasan saya , terutamanya lori . Kebanyakkan lori akan mengeluarkan asap hitam yang banyak dan seterusnya berlaku pencemaran udara di kawasan saya .

8.3 ) Punca Pencemaran Alam Sekitar Di Kawasan Kajian


i ) Kenderaan Kenderaan merupakan punca utama yang menyumbang di dalam pencemaran alam sekitar di kawasan kajian saya . Kenderaan ini akan mengeluarkan asap yang menyebabkan penghakisan lapisan ozon . ii ) Racun Serangga Serangga yang melanda di kawasan saya adalah nyamuk . Nyamuk Aedes merupakan jenis nyamuk yang banyak di kawasan perumahan saya . Inilah punca berlakunya penyemburan racun serangga di kawasan perumahan saya . iii ) Sampah Sarap Pengangkutan sampah yang tidak teratur berlaku di kawasan perumahan saya . Jika ini berterusan ianya akan menyebabkan pencemaran bau . 8.4) Kesan Pencemaran Alam sekitar i) Di antara kesan utama yang menimpa manusia akibat daripada pencemaran udara ialah terhadap sistem pernafasan. Udara dan bahan cemar yang terperangkap didalamnya akan memasuki hidung atau mulut manusia dan memasuki paru-paru melalui trakea. Habuk,asap, kabus, wap atau bahan- bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan mata manusia. ii) Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya pencairaan kepada ais-ais di bahagian kutub-kutub bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini. Kesan yang paling ketara dan

sedang hangat deperkatakan oleh seluruh warga dunia pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau13. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global ini yang dapat dirasakan oleh seluruh penduduk bumi iii) Selain itu penggunaan racun serangga atau rumpai turut berperanan mengurangkan kualiti tanah. Kemajuan dari segi pengangkutan juga menyebabkan banyak kawasan tanah telah digunakan untuk tujuan pembinaan jalanraya, landasan keretapi dan lapangan terbang. iv) Pembuangan sampah-sarap, sisa toksik dan nulear menjadikan tanah beracun dan tidak boleh didiami. Selain itu, sampah-sarap yang dibuang di kawasan-kawasan lapang menjadi tempat pembiakan kuman penyakit30. Tikus, lipas dan lalat dan haiwan perosak yang lain tertumpu di kawasan ini dan menyebarkan kuman-kuman penyakit ke tempat-tempat lain. Jika makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas , manusia mudah keracunan makanan dan seterusnya diserang penyakit yang serius. 8.5 Cadangan Untuk Menggurangkan Pemncemaran Alam Sekitar. ( a ) mengharamkan pembakaran sampah-sarap di kawasan terbuka ( b ) menguatkuasakan undang-undang untuk mengawal pembebasan gas-gas beracun dari kilang-kilang dan kenderaan . ( c ) membina kilang-kilang jauh dari kawasan perumahan ( d ) mengawal aktiviti pembinaan , perlombongan dan pembalakan ( e ) mengadakan kempen bagi menyedarkan orang ramai supaya menjaga kebersihan alam sekitar ( f ) menjalankan proses kitar semula bahan-bahan buangan dan gotonmg-royong. 8.6 Penerapan Nilai atau Unsur Patriotisme dalam dapatan kajian Melalui langkah-langkah untuk menangai pencemaran alam ini terdapat beberapa nilai dan unsure patriotism yang boleh diterapkan iaitu: 1) Melalui program gotong-royong dapat mewujudkan semangat kekitaan , semangat bermasyarakat, kerjasama , bertolak ansur , bertoleransi dan bermuafakat. 2) Sealin itu, penguatkuasaan undang-unndang akan mewujudkan masyaratkat yang berdisiplin, mematuhi undang-undang dan peraturan serta bertindak wajar.

3) Melalui perlaksanaan kempen yang dijalankan semua lapisan masyarakat dapat melibatkan diri dalam usaha menagani pencemaran alam. Hal ini akan mewujudkan semangat untuk berganding bahu dalam menangani pencemaran yang berlaku.