You are on page 1of 14

1.

Kewajaran Larangan Penggunaan Telefon Bimbit di Sekolah Melati kuntum tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara; Salam sejahtera mulanya kata, Saya sembah pembuka bicara. Salam sejahtera dihulurkan buat yang terutama barisan panel hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru serta rakan seperjuangan sekalian. Berdirinya saya disini untuk berkongsi akan suatu topik yang kadang kadang kita alpa akannya. KEWAJARAN LARANGAN PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT DI SEKOLAH. Sidang Warga Dewan Yang saya hormati, Teknologi yang canggih telah membantu manusia untuk melaksanakan pelbagai urusan dan menjadikan negara kita semakin maju. Ringkasnya, peralatan teknologi yang canggih dapat membantu manusia membuat sesuatu kerja yang tidak termampu dilakukan oleh manusia. Sehubungan itu, pelbagai alat teknologi seperti komputer, telefon bimbit, satelit dan sebagainya telah dicipta dari semasa ke semasa untuk kemudahan kita.

Antara alat canggih yang telah dicipta oleh manusia, telefon bimbitlah yang paling biasa digunakan. Dengan adanya telefon bimbit, kita dapat menghubungi sesiapa sahaja walau di mana-mana pun hatta berada di tempat yang sangat jauh. Selain itu, pengendali telefon bimbit juga memperkenalkan perkhidmatan mesej pendek. Oleh itu, kita dapat menghantar berita dengan telefon bimbit, bukan lagi

menggunakan perkhidmatan pos yang lambat dan berkos tinggi. Perkhidmatan ini lebih menjimatkan masa dan wang. Oleh itu, banyak orang menggunakan telefon untuk perkhidmatan ini. Selain itu, kamera serta pemain muzik juga telah dipasangkan pada telefon bimbit. Telefon bimbit juga semakin canggih hingga boleh melayari laman web dan juga menggunakan perkhidmatan 3G.

Kebanyakan ibu bapa membeli telefon bimbit untuk anak-anak mereka kerana mudah dihubungi. Oleh itu, kita dapat melihat banyak murid yang mempunyai telefon bimbit termasuklah murid-murid sekolah rendah. Setelah mempunyai telefon bimbit, mereka dapat membuat apa-apa sahaja serta dapat pergi ke mana-mana sahaja kerana dengan kemudahan telefon bimbit, mudah sahaja hendak menghubungi mereka. Sebagai akibatnya, banyak murid akan membawa telefon bimbit ke sekolah walaupun tidak dibenarkan.

Langkah kerajaan melarang penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar di sekolah memang tepat. Apabila pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, mereka akan mengakibatkan banyak masalah disiplin. Mereka akan menunjuk-nunjukkan telefon yang dibelikan oleh ibu bapa mereka. Maka, sikap materialistik wujud dalam diri pelajar yang masih berusia muda itu. Pelajar yang tidak mempunyai telefon bimbit juga akan berasa tersisih kerana tidak ada teman berbual seperti kawan lain yang mempunyai telefon bimbit. Mereka berasa rendah diri dan tidak puas hati dan akhirnya mereka mungkin mencuri telefon bimbit orang lain. Kesannya, pihak sekolah pula terpaksa menguruskan kes kecurian sehingga menyebabkan proses pembelajaran

terganggu. Soalnya, adakah patut kita membebankan guru dengan beban baharu, iaitu menjadi pegawai penyiasat kecurian telefon bimbit?

Selain itu, pelajar tidak dapat menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar kerana mereka akan bermain dengan telefon bimbit. Seterusnya, apabila terdapat deringan telefon bimbit, proses pembelajaran dan pengajaran akan mengalami gangguan. Semasa ujian, pelajar juga boleh menggunakan telefon bimbit untuk menghantar mesej berbentuk jawapan kepada rakan yang lain. Perkara ini adalah amat tidak berakhlak dan tidak adil terhadap pelajar lain. Dengan telefon bimbit yang canggih, mereka dapat mengambil gambar serta mendengar lagu kegemaran mereka. Gejala seperti ini tidak patut berlaku di sesebuah sekolah. Selain itu, dengan menggunakan telefon bimbit, pelajar-pelajar dapat memuat turun gambar-gambar atau klip-klip video yang tidak senonoh. Mereka akan berkongsi gambar atau klip video tersebut dengan rakan. Maka, pelajar akan mudah tepengaruh dengan gejala tidak sihat.

Mengikut kajian, telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis gelombang bunyi yang akan menjejaskan kesihatan. Tambahan pula, kini para pelajar masih dalam proses tumbesaran. Telefon bimbit tidak sesuai digunakan oleh murid-murid yang berusia muda kerana akan menjejaskan kesihatan mereka. Hakikat ini haruslah diberikan perhatian oleh setiap pihak. Mencegah itu lebih daripada merawat. Janganlah apabila kesihatan sudah terjejas, pihak lain pula dipersalahkan sedangkan mereka sudah diingatkan berkali-kali tentang kesan gelombang telefon itu.

Tuntasnya, langkah kerajaan melarang penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar di sekolah sememangnya merupakan langkah yang bijak. Melalui perbincangan saya di atas, kita dapat mengetahui impak penggunaan sebuah alat yang canggih ini terhadap para pelajar. Bagi mengelakkan perkara-perkara tersebut berlaku, adalah lebih baik para pelajar menggunakan telefon bimbit apabila dewasa nanti kerana telefon bimbit memerlukan kos penggunaan yang tinggi.

2. Faedah-faedah Memanfaatkan Perpustakaan

Perpustakaan mempunyai banyak faedah. Perpustakaan mempunyai banyak buku-buku yang boleh kita baca. Antara bahan bacaan yang terdapat di sini seperti buku cerita, novel, majalah, buku bahasa dan lain-lain lagi. Kita dapat mengisi masa lapang kita dengan memanfaatkan perpustakaan. Murid-murid yang selalu pergi ke perpustakaan akan terhindar daripada gejala yang tidak sihat seperti melepak, merokok, berjudi dan lain-lain lagi. Oleh itu, murid-murid akan berjaya dalam pelajaran. Selain itu perpustakaan adalah tempat membentuk disiplin diri. Di dalam perpustakaan terdapat pelbagai peraturan seperti tidak boleh membuat bising, memulangkan buku pada tarikh yang telah ditetapkan, dilarang membuang sampah dan lain lain lagi. Oleh itu, murid-murid akan lebih berdisplin. Perpustakaan juga dapat menjimatkan wang ibu bapa murid-murid. Murid-murid tidak perlu membeli buku kerana terdapat buku rujukan di perpustakaan. Oleh itu, ia dapat menjimatkan wang ibu bapa murid-murid. Di perpustakaan terdapat buku yang dapat memberikan hiburan kepada muridmurid seperti novel, komik dan lain-lain lagi. Oleh itu, ini dapat menghilangkan rasa bosan setelah penat belajar. Kesimpulanya, perpustakaan mempunyai banyak faedah. Oleh itu, menfaatkan perpustakaan demi kemajuan kita dalam pelajaran.

3. Cara-cara Mengurangkan Kadar Kemalangan Jalan Raya

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, serta rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah "Cara- cara Mengurangkan Kadar Kemalangan Jalan Raya di Negara Kita".

Hadirin sekalian,

Salah satu cara mengurangkan kadar kemalagan jalan raya di negara kita adalah dengan mematuhi peraturan- peraturan jalan raya yang ditetapkan. Antara peraturan yang mesti dipatuhi oleh pemandu adalah tidak menggunakan telefon binbit, tidak merokok, tidak minum minuman keras, dan lain-lain lagi. Apabila kita menggunakan telefon bimbit ketika memandu, kita tidak akan memberi kosentrasi yang sepenuhnya di jalan raya. Ini boleh menyebabkan ke malangan.

Selain itu, pemandu mesti memeriksa kenderaan sebelum memandu supaya kenderaan sentiasa dalam keadaan baik. Antara yang mesti diperiksa yang berfungsi, tayar, enjin dan lain-lain lagi. Justeru itu, kita akan terhindar daripada kemalangan jalan raya .

Hadirin sekalian,

Salah satu cara lagi untuk kurangkan kadar kemalagan jalan raya di negara kita adalah

sikap pihak-pihak tertentu yang dipertanggungjawabkan mengambil berat tentang keadaan struktur jalan raya, lampu isyarat dan lain-lain lagi. Kita juga sebagai pengguna mestilah melaporkan sebarang kerosakan dengan segera supaya sebarang kerosakan dapat dibaiki dengan secepat mungkin.Oleh itu, kita akan terselamat daripada kemalagan jalan raya yang berpunca daripada masalah kerosakan jalan raya.

Di samping itu, pemandu haruslah memandu dengan had yang ditetapkan. Memandu kenderaaan secara laju menyebabkan kita hilang kawalan apabila berlaku sesuatu kejadian yang mencemaskan. Oleh itu, ikutlah had laju yang ditetapkan supaya kita terhindar daripada kemalangan jalan raya.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Sekali lagi saya ingatkan kepada pemandu bahawa memandulah dengan berhati-hati. Bak kata pepatah, "biar lambat asalkan selamat".

Sekian, terima kasih.

4. Faedah Makan Buah-buahan Tempatan

Yang dihormati tuan pengerusi majlis, yang berusaha tuan guru besar, para hakim yang arif lagi bijak sana, guru-guru, serta rakan- rakan sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.

Pada pagi yang mulia ini, saya ingin menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk Faedah makan buah-buahan tempatan. Definisi buah- buahan tempatan menurut kamus dewan ialah buah-buahan yang ditanam di Malaysia. Contohnya buah manggis, durian, dan tembikai.

Buah-buahan tempatan banyak mengandungi khasiat. Contohnya, buah jambu batu mengandungi vitamin c dan buah limau mengandungi asid yang boleh menghadamkan makanan yang kita makan. Selain itu, buah-buahan tempatan mudah didapati kerana pokok-pokoknya berasal dari negara kita. Ia banyak dijual di gerai-gerai yang menjual buah-buahan.

Selain daripada itu, harga buah-buahan tempatan juga berpatutan jika dibandingkan dengan buah-buahan import. Ia juga didapati lebih segar.

Buah-bauahan tempatan juga boleh dieksport ke luar negara. Contohnya buah nanas yang ditinkan akan dieksport ke luar negara. Banyak negara-negara luar mengeksport

buah-buahan tempatan hasil promosikan yang dibuat oleh kerajaan di negara-negara luar.

Kesimpulannya, buah-buahan tempatan mempunyai banyak khasiatnya malahan lebih baik daripada buah-buahan import. Makanlah buah-buahan tempatan untuk kesihatan kita.

Sekian, terima kasih.

5. Faedah-faedah Menjayakan Kempen Kitar Semula.

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialahFaedah-faedah Menjayakan Kempen Kitar Semula.

Hadirin sekalian,

Faedah Kitar semula dapat mengelakkan pembaziran. Bekas plastik, kaca dan alaminium yang sudah digunakan tidak terbuang begitu sahaja. Bahan-bahan terbuang boleh diproses dan digunakan semula sebagai bahan baru.

Kitar semula jaga dapat mengatasi masalah pencemaran udara. Dengan kitar semula, tiada lagi longgokan sampah-sarap yang busuk dan menyakitkan mata. Oleh itu, alam sekitar kita menjadi bersih, udara segar, dan kesihatan kita terjamin.

Hadirin sekalian,

Kebaikan kitar semula juga dapat menambah pendapatan kita. Dengan menjual kertas, surat khabar lama, tin minuman, botol kaca dan botol plastic dapat menambah pendapatan kita.

Melalui kempen kitar semula juga dapat mengatasi masalah melupuskan

sampah-sarap. Kita dapat mengurangkan kawasan pelupusan sampah dan dapat menjimatkan ruang.

Semua pihak perlu bekerjasama dalam menjayakan kempen ini. Kita dapat banyak manfaat daripada kempen kitar semula ini. Saya berharap agar rakan-rakan turut serta menjayakan kempen ini.

Sekian, terima kasih.

6. Tinggal di asrama lebih baik daripada tinggal di rumah. Yang dihormati tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, barisan para pembangkang, guru besar, guru-guru, dan rakanrakan sekalian.Tajuk perbahasan saya pada pagi ini ialah 'Tinggal di asrama lebih baik daripada tinggal di rumah'. Hadirin sekalian,

Tinggal di asrama lebih baik jika dibandingkan dengan tinggal di rumah kerana mengajar murid-murid berdikari. Para pelajar perlu melakukan kerja-kerja harian seperti membasuh baju, menggosok baju, membersihkan tempat tidur dan lain-lain lagi tanpa bantuan daripada sesiapa. Oleh itu, para pelajar lebih cepat matang dan berkeyakinan dalam membuat sebarang keputusan.

Kehidupan di asrama dapat memberikan peluang kepada para pelajar untuk memupuk nilai-nilai persahabatan yang kukuh. Para pelajar dapat bergaul dengan rakan-rakan, berkongsi masalah, saling bantu-membantu dan lain-lain lagi.

Hadiri sekalian,

Para pelajar yang tinggal di asrama dapat belajar secara berkumpulan. Oleh itu, para pelajar dapat berbincang, bertukar-tukar pendapat, dan tidak mudah rasa bosan dalam pelajaran. Oleh itu, mereka akan lebih cemerlang dalam pelajaran.

Pelajar yang tinggal di asrama juga akan lebih berdisiplin. Di asrama terdapat pelbagai peraturan yang mesti dipatuhi seperti menepati masa, menepati jadual yang ditetapkan, menghormati ketua dan lain-lain lagi.

Kesimpulannya saya bagi pihak pencadang tetap menyatakan bahawa tinggal di asrama lebih baik daripada tinggal di rumah.

Sekian, terima kasih.

You might also like