Fatwa 1: Menggunakan Kad Kredit Soalan: Adakah dibenarkan untuk menggunakan kad kredit?

Dalam Islam, tiada salahnya dengan menggunakan kad kredit selagi seseorang tidak menangguhkan membayar bil dan membayar semua jumlah pada masanya. Menjawab soalantersebut, Dr. Muzammil Siddiqi, bekas president Persatuan Islam Amerika Utara, menyatakan yang berikut: Menggunakan kad kredit adalah seperti menggunakan sistem perbankan moden. Kebanyakan bank moden berasaskan riba dan Muslim terpaksa menggunakannnya ke rana tidak wujud bank tanpa riba. Dibenarkan untuk menggunakan perkhidmatan bank tersebut tanpa terlibat dalam riba. Dengan kaedah yang sama, dibenarkan menggunakan kad kredit tanpa terlibat dengan Riba. Kad Kredit memudahkan tugas. Kad kredit menolong kita membayar barangan dan perkhidmatan kepada akaun kad itu, tanpa membawa terlalu banyak wang sepanjang masa atau mengikat wang untuk tujuan kredit. Kad kredit sekarang di guna diseluruh dunia dan digunakan juga di Negara -negara Muslim. Syarikat kad kredit membuat duit daripada yuran tahunan dan daripada komisyen mereka ambil dari pentadbiran. Sesetengah syarikat mengeluarkan kad kredit mereka tanpa sebarang yuran tahunan, kerana mereka mengharapkan boleh mengutip riba daripada pengguna yang menggunakan kr dit e kad itu dan kemudian pengguna akan membayar riba atas baki yang belum dibayar. Namun, seseorang tidak perlu membayar riba jika dia membayar bil kad itu tepat pada masanya. Tiada yang bercanggah dengan Islam dalam menggunakan khidmat ini selagi seseor tidak ang menangguhkan membayar bil dan membayar semua jumlah pada masanya. Jelas haram untuk membayar riba. Namun, seseorang dibenarkan menggunakan kredit kad itu untuk mengecaj jumlah yang seseorang boleh membayar apabila bil tiba nanti. Tetapi jika seseorang menggunakan kad kredit untuk meminjam wang dengan riba atau untuk membayar apa-apa yang dia tidak boleh membayar pada masanya, maka dia terlibat dalam Riba yang diharamkan dalam Islam. atwa 2: Adakah dibenarkan untuk menggunakan kad kredit? Soalan: Apakah yang dimaksudkan kredit kad sebagai halal, apabila seseorang mengambil wang sebagai hutang daripada bank yang berasaskan Riba, walaupun kita membayar hutang itu dengan penuh (dalamm tempoh yang dipanggil grace period), sedangkan Islam melarang penglibatan pihak ketiga dalam sesuatu urusan, kerana setiap kali seseorang membuat urusniaga, ada pihak ketiga mendapat bayaran kerana urusan itu, dan hal itu haram. Kita masih mendengar beberapa Sheikh berkata kredit kad halal, sila terangkan dengan panduan al-Qur an dan Sunnah? Jawapan:

anda menempah bilik hotel atau menyewa kereta atau membuat tempahan biasa tanpa kredit kad. Al-Qur an melarang Riba. khasnya jika kredit kad memudahkan dan membuang kesusahan. Fatwa 3: Kredit Kad Antara Halal Dan Haram Soalan: . dibenarkan pemiutang memberikan diskaun kepada penghutang. terdapat dua masalah. pertamanya bagi pengeluar dan yang lain bagi pengguna. hal ini berkaitan dengan fakta dalam kontrak disini biasanya mengandungi unsur riba jika pembayaran dilambatkan dan jika wang dikeluarkan.di kebanyakan Negara. tetapi kerana sifat urusan itu jatuh dalam sempadan yang haram. Terdapat banyak contoh berkenaan hal ini. tetapi malangnya di kebanyakan Negara terdapat tiada institusi Islam yang mengeluarkan kad berkenaan. Mengeluarkan satu kad seperti itu dengan syarat riba tidak dibenarkan dalam Shari ah. tetapi wahai saudara ku. tetapi memberi diskaunatas nota janji (promissory note) oleh pemiutang kepada pihak ke tiga iatu sebuah bank. Tetapi pembayaran dibuat diluar tempoh grace period. kredit kad termasuk dalam urusan y ang dibenarkan. dibenarkan memindahkan wang dan/atau hutang daripada seseorang kepada orang lain pada nilai muka (face value). Contohnya. maka syarat riba dikuatkuasakan. Sunnah juga melarang banyak urusan yang tidak bermoral dan tidak adil. dan jika kad itu dikeluarkan di beberapa Negara. kad itu tidak memuaskan kerana ia terhad dalam skop dan penggunaan. dan bank itu mendapat nilai muka (face value) pada matang adalah haram kerana melibatkan riba. Contohnya. Bagaimana. Sebaliknya. kredit kad mempunyai jika : iaitu jika anda tidak membayar dalam masa tertentu. Dalam kata lain anda tidak menandatangani kontrak pinjaman mengandungi riba tetapi anda menandatangani kontrak yang memberikan anda pilihan untuk menggunakan riba atau tidak. Menerima kredit kad dan menggunakan kredit kad bukanlah hal yang sama. Maka. Kredit kad ialah ciptaan baru dan ulama menganggap kredit kad sama ada sebagai satu jaminan diberikan oleh pengeluar kepada penjual yang menerima kredit kad atau sebagai perpindahan hutang oleh penghutang kepada pihak lain iaitu pengeluar. Maka. Perhatikan yang syarat riba bukanlah penting dalam kredit kad. Dr. jadi hal itu ialah jaminan diberikan oleh seseorang kepada pihak ketiga untuk pembayaran semula hutang atau menjamin tanggungan pihak lain. Bank Islam tidak boleh menerbitkan kredit kad dengan syarat sedemikian. Monzer Kahf.Dalam jawapan beliau kepada soalan anda. seorang pakar ekonomi islam terkenal dan kaunselor menjawab: Saya dengan yakin boleh menerangkan kad kredit berpandukan al Qur an dan Sunnah. dan jika anda mengeluarkan wang dari mesin syarat riba juga dikuatkuasakan. Kita sebenarnya mahu syarat riba tidak dimasukan dalam kontrak. jika anda tahu dengan yakin yang anda boleh menggunakan kredit kad tanpa penglibatan sebarang riba anda menjadikan klausa riba tidak diguna pakai dan jadi dibenarkan menandatangani kontrak itu dan menggunakan kad kredit itu. tiada larangan atas urusan yang melibatkan pihak ketiga! Adakah saudara dapatkan fakta itu daripada al-Qur an dan Sunnah? Memang benar terdapat urusan te rtentu yang melibatkan pihak ketiga yang diharamkan bukan kerana urusan itu melibatkan tiga pihak.

Adakah hukum mengenai kredit kad berbeza di Negara -negara Islam dimana bank-bank Islam wujud. seorang ahli ekonomi terkenal dan kaunselor menyatakan: 1. 3. maka seseorang itu terlibat dalam riba. seseorang dibenarkan untuk menggunakan kredit kad untuk mengecaj jumlah yang seseorang boleh bayar apabila bil tiba. jika akaun semasa anda membenarkannya. Atas sebab tadi. Jawapan: Tiada yang bercanggah dengan Islam dalam menggunakan kredit kad selagi seseorang tidak melambatkan membayar bil dan membayar semua jumlah pada masanya. yang diharamkan dalam Islam. Kebenaran menandatangani kontrak kad kredit dan menggunakannya tertakluk kepada dua perkara: 1) pengguna yang setia da mampu n membayar dalam tempoh grace period. Tiada keraguan yang mengeluarkan kad kredit berasaskan riba seperti itu tidak dibenarkan kepada mana-mana institusi Islam/Muslim. Dalam jawapan kepada soalan anda. Tetapi. kontrak itu haram atas sebab melibatkan riba. Penentang kad kredit meletakkan pandangan mereka atas sebab ia kontrak berasaskan riba. dan setiap bulan. c kad aj kredit akan ditolak daripada akaun semasa itu. atau hukum itu bersifat umum? Jazakum Allah khayran. Sudah jelas hara untuk m membayar riba. Bank Islam tidak banyak membuat u ntung daripada kad itu sendiri. b. Dr. Bagaimanapun.Saya ingin bertanya beberapa soalan berikut mengenai kredit kad: 1. Monzer Kahf. dan mereka menyediakannya sebagai satu khidmat kepada pelanggan kesayangan mereka. Penyokong yang berpendapat halal menggunakan kad kredit berasaskan riba meletakkan pandangan mereka berdasarkan sebab berikut: a. maka. sebaliknya . kebenaran itu ialah bersyarat selagi tidak melibatkan klausa riba dalam perjanjian kad kredit atau menggunakan kad kredit dengan sewenang -wenang. Atas asas fiqh apakah kedua-dua penyokong dan penentang kredit kad meletakkan pandangan mereka yang menghalalkan dan mengharamkan? 2. bank Islam mengeluarkan kad kredit yang tidak berasaskan riba. mereka mendapat untung daripada deposit mudarabah yang dipegang sebagai jaminan. Pada dasarnya. Dalam kata lain. Memang benar mengeluarkan kad kredit berasaskan riba oleh Muslims tidak dibenarkan. menerima kad kredit oleh muslim dibenarkan kerana kredit kad memberikan suatu pilihan kepada pengguna sama ada menggunakan asas riba atau membayar dalam tempoh grace period tanpa riba. Kontrak itu bukanlah kontrak pinjaman. dan anda akan diminta untuk menambah jumlah wang yang dipegang. 2. Apakah kes darurat yang menjadikan penggunaan kredit kad halal? 3. ia lebih kepada penerimaan awal hawalah atau ia merupakan kafalah oleh pengeluar kad kredit akan jumlah yang dicaj oleh pengguna. bukan juga atas keperluan kad kredit . 2) pengguna tidak mengeluarkan wang (kerana pengeluaran wang dikenakan riba dari hari pengeluaran dan tidak mempunyai tempoh grace period). jumlah wang yang dipegang akan dikurangkan oleh jumlah yang anda berhutang pada kad kredit. Tetapi jika seseorang menggunakan kad itu untuk meminjam wang atas riba atau untuk membayar apa-apa yang seseorang tidak mampu bayar pada masanya. Halal menggunkan kredit kad tidak berasaskan Negara-negara Muslim/non-Muslim. bank Islam memegang dari akaun anda sejumlah wang sebagai jaminan untuk pembayaran pada hujung tempoh grace period kad itu. Ini juga intipati resolusi Pertubuhan Persidangan Islam berkaitan kredit kad yang di keluarkan pada tahun 1999 atau 2000.

akan ada sejumlah tambahan sebanyak 1. Perhatikan perenggan-perenggan berikut sebagai ringkasan: 1. Hal di atas diharamkan kepada mana-mana Muslim atau Bank Islam untuk mengeluarkan kontrak kad kredit dengan syarat ini. Monzer Kahf. tetapi jika ia digunakan untuk mengeluarkan wang daripada cash points. anda dikenakan caj 1. ia tambahan kepada caj 1. Pakar Ekonomi & Kewangan Islam: Masalah kad kredit ialah sejenis isu yang rumit. Kad kredit boleh digunakan untuk membayar pembelian dan mengeluarkan wang. Fatwa 4: Menggunakan Master Cards yang mengenakan Caj Tambahan Soalan: Di Negara-negara Eropah.) Sila ambil perhatian yang yuran tahunan atas kad kredit dibenarkan dan diamalkan oleh banyak bank Islam. Jika anda m embayar dalam tempoh grace period. maka tiada riba.5% dikenakan). tetapi cuma caj untuk menggunakan kemudahan pengeluaran? Jawapan oleh Dr.5% (iaitu apabila anda menerima penyata untuk membayar semula apa -apa yang telah anda belanjakan. Ia boleh digunakan unt k u membayar di kedai. Pengeluaran wang mengaktifkan klausa riba dari hari pengeluaran (anda tertinggal hal ini.5% yang anda sebutkan) tetapi pengaktifan klausa riba seperti yang di sebut diatas. Caj atau komisyen pengeluar kad kredit yang di ambil daripada peniaga dibenarkan. Tambahan lagi. Syarat itu tertakluk kepada pelanggan untuk diaktifkan. masalah dalam pengeluaran wang bukannya yuran pengendalian (iaitu sebanyak 1. 2 Bicara Umum / Kelab Santai / Fenomena Hutang Dan Keburukannya on: May 29. anda boleh mendapatkan visa atau master card. begitu juga dengan yuran tahunan.5%) dan meninggalkan baki dalam akaun anda mengaktifkan riba dari tarikh penyata (bukan dari hujung grace period). Adakah ini dianggap Riba sebab mereka tidak memanggilnya riba dalam penyata. 3. anda boleh melihatnya pada penyata. Kontrak kad kredit mempunyai klausa Riba bersyarat . (Perhatikan yang penentang kad kredit tidak hidup pada masa kini.berasaskan riba. dibenarkan untuk menandatangani kontrak itu d menggunakan kad itu an untuk pembelian sahaja untuk semua Muslim yang yakin akan diri mereka boleh membayar dalam tempoh grace period dan tidak menggunakannya untuk mengeluarkan wang (mereka mesti yakin akan ketepatan dan keupayaan mereka dalam pembayaranpada masanya). mereka masih tinggal dalam ekonomi tertutup abad keempatbelas dan kelimabelas. tetapi ia menyediakan kemudahan utama untuk Muslim yang hidup di abda kedua puluh satu. dan diharamkan juga kepada mana-mana Muslim untuk menandatangani kontrak itu jika ada kemungkinan dia menggunakannya dengan cara itu yang mengaktifkan klausa Riba ( dengan cara sedemikian lebih mahal daripada pinjaman terus daripada bank berasaskan riba). tanpa mengeluarkan wang. 06:22:24 PM . Ramai orang boleh hidup tanpanya. 2. 2009.

Menurut Albani : Dhoif ) . ? ??" ?? ?? ? ?? ?( ? : " ?? ?? ) . ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan. " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? . iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI. " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie. Mendengar itu seseorang bertanya. Dalam konteks semasa. namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya. lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai. ?? ? Ertinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya. ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalakan tidak perlu membyara jumlah hutangnya yang menimbun. tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. whaai Rasulullah ? . Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia. tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi. Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang. syarikat mereka. bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan. aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini. Ahmad . Allah akan mengembalikan pinjaman itu.Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila. Sebagaimana Sabda Nabi SAW : ?? ?? ? ?? ?? ?? ? ? ? . kereta. Nabi SAW bersabda :- ? ?? ?? Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim. tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat. aku berlindung dari kekufuran dan hutang. aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang. 1/214 ) Terdapat juga dalam sebuah hadith lain : Ertinya : Ya Allah. 6/38) Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali. RUGI dan RUGI. 2/83 ) Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang : ?? ?? ?? ?. 2/316 . Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari. rumah. 3/38 . Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini. bila berbicara ia dusta. ?? ? ?? : Ertinya : Ya Allah.

Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan. seeloknya. Apapun. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit. Menurut Islam. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Justeru. Bagi saya. kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. umat Islam perlu memahami µpriority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. . Malah jika seseorang ingin menggunakannya. Justeru. menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. 06:12:02 PM Soalan saya nak membeli kereta. kadar yang di kenakan adalah tinggi. Anda mengatakan "membuat pinjaman dari bank Islam". * b) PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Saya membuat pnjaman kereta dari Islamic Bank. hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. * d) UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. hari ini. penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung. mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. kemudian bagaimana dengan insuran? Saya dimaklumkan mesti buat insuran dan road tax di bank tersebut. tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). 2009. Oleh itu. ia seperti berikut :* a) KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Sebagai makluman. Itupun . pada kebiasaannya. yang wajib hanyalah sekali sahaja. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia. * c) PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Malangnya. Selain itu. ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting. Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah. terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. 3 Bicara Umum / Kelab Santai / Beli Kereta Cara Islam Tapi Insuran Riba? on: May 29. Cuma. Bagaimanapun.Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Adakah harus? Jawapan ertama : Anda perlu membetulkan istilah dan kefahaman anda tentang Bank Islam. Maka saya akan terdedah kepada insuran konvensional. adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

saya cari kedai lain. Tiada sebarang peruntukan kuasa untuk memaksa anda. ia diuruskan oleh anda sendiri atau penjual kereta itu. maaf. Tiada sebarang undang-undang yang membolehkan mereka memaksa anda mengambil insuran yang tidak anda kehendaki. Jika mereka kata 'tak boleh'. dan anda tertipu. maaf saya tak mahu" Dengan segera mereka dapatkan saya syarikat takaful. Jika paksa juga. Road tax akan diuruskan sekaligus oleh syarikat penjual atau Takaful. dan kemudian apabila pemilikan bank ke atas manfaat kereta (beneficial ownership) telah sempurna. penjual kereta menggambarkan seolah-olah mesti diambil insuran tertentu. Saya sendiri pernah mengalaminya apabila cuba ditipu kononnya mesti ambil dengan insuran konvensional tertentu yang memerlukan tempoh minimum 1 tahun. Hakikatnya mereka cuba mendapat untung lebih kerana syarikat insuran yang mereka cadang adalah panel mereka dan mereka akan mendapat komisyen kelak. sebenarnya mereka sedang MENIPU. Ingat. kerana anda memilih bayaran secara ansuran. Saya mesti nak Takaful. 4 Bicara Umum / Kelab Santai / Tujuh on: May 29. 2009. penjual kereta akan cuba paksa anda ambil insuran yg mereka jual kerana mereka dapat komisyen. Semuanya telah disahkan oleh Majlis Penasihat Shariah masing-masing. anda perlu tegas mengatakan bahawa jika demikian anda akan membeli kereta yang sama daripada pengedar dan penjual lain. pihak bank akan menyewakan kereta itu kembali kepada anda. kemudian saya bebas untuk menukar kepada insuran lain atau TAKAFUL katanya. sila buat aduan dan laporan segera kepada Tuntutan Tribunal Pengguna Malaysia. Saya pasti tatkala itu mereka akan mengatakan permintaan anda boleh diusahakan. bongkak . belilah secara yang halal Kebanyakan Bank Islam lain pula mengamalkan konsep al-Ijarah Thumma Al-Bai' iaitu "sewaan yang ditamatkan dengan jualan". dan pembayaran terakhir akan dianggap sebagai jualan terus. Anatara konsep yang digunakan adalah Murabahah (seperti dibuat oleh Bank Islam Malaysia Berhad . Insuran Hukum insuran konvesnional adalah haram menurut keputusan Majlis Fiqh Antarabangsa dan Majlis Fatwa Kebangsaan. Kebiasaannya. 1 tahun dengan insuran. Dapatkan info lanjut dari pegawai di Bank Islam Malaysia Berhad. road tax tiada masalah. proses dibuat apabila pihak bank akan membeli kereta dari pengedar atau mungkin juga terus dari anda. 02:40:18 PM kaedah kenali orang sombong. justeru anda wajib mengambil insuran Islam atau TAKAFUL dari mana-mana syarikat takaful yang wujud di Malaysia bila membeli kereta atau rumah. hukumnya adalah harus.Hakikatnya Bank Islam tidak memberikan pinjaman tetapi memberikan pembiayaan melalui pelbagai konsep dan aqad yang menepati Shariah. anda berhak untuk menuntut perlindungan TAKAFUL untuk kereta itu. ada juga Bank Islam yang menggunakan konsep Tawarruq dalam pembiayaan kereta. Deposit 10 % atau lebih yang anda bayar kepada pengedar itu adalah sebenarnya kepada BIMB kerana mereka telah melantik pengerdar itu sebagai wakil mereka. InshaAllah pasti menang. jangan endahkan paksaan mereka. Dengan tegas saya katakan :"jika demikian. walaubagaimanapun jika ia diurus oleh bank atau penjual.BIMB) iaitu bank membeli dari pengedar dan menjual kereta itu kepada anda dengan harga 'mark up'. Biasanya insuran tidak diuruskan oleh Bank. Selain itu.

di luar kebenaran. baik lelaki atau perempuan. Orang sombong seumpama ini. golongan bangsawan atau bawahan.´ (Surah al-Mukmin. lalu ia menempelak: ³Mana bisa aku bersujud kepada manusia.´ (Surah al-A¶raf. Orang sombong memandang rendah manusia lain kerana berasakan sesuatu kelebihan yang ada pada diri mereka. kerana aku dijadikan dari api yang mulia. orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi. apakah kita sudah dijangkiti virus sombong ini atau tanpa diketahui kita adalah salah seorang penghidap serius penyakit itu selama berpuluh tahun. ayat 146) Sombong yang paling keji ialah bersifat sombong terhadap Allah. ayat 60) Sombong yang kedua ialah bersifat sombong kepada Rasul dan ajarannya seperti tidak mengiktiraf rasul yang diutus Tuhan kerana kemiskinan dan kehinaan keturunan. kemudian ditambah dengan sifat suka menghina dan merendahkan orang lain. keduanya Raja Firaun yang pernah mengaku dirinya Tuhan. Tidak cukup dengan kesombongannya kepada Allah. sedangkan Adam dijadikan dari tanah yang hina. seperti Firaun yang mengaku dan menganggap dirinya tuhan. Apabila ilmu sudah penuh di dada dia menganggap semua orang lain jahil belaka. baik ilmu dunia atau ilmu akhirat.SOMBONG bererti terasa kelebihan dan kehebatan yang ada pada diri sendiri. Penyakit orang ahli abid yang merasa diri mereka terlalu banyak beribadat berbanding dengan orang lain sehingga menganggap .´ (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud) * Keduanya kerana kelebihan beribadat seseorang. Begitu juga Abu Lahab serta kaum Quraisy yang enggan menerima Muhammad SAW sebagai nabi akhir zaman. Penyakit sombong akan menyerang sesiapa saja. berjawatan tinggi ataupun pengemis di jalanan. orang yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku. Allah berfirman yang bermaksud: ³Aku akan belokkan dari keterangan-Ku. oleh anak muridnya dan orang bawahannya serta sentiasa meminta diberi layanan mulia. orang yang di dalam hatinya ada seberat sebiji sawi darinya iman. antara manusia yang pernah sombong terhadap Allah ialah Namrud yang ingin memerangi tuhan. semua orang buta dan jika ada pandangan yang bernas tetapi tidak diterimanya. Iman Al-Ghazali menyimpulkan ada tujuh cara untuk mengenali seseorang yang sedang dan sudah menghidap penyakit hati yang merbahaya ini : * Pertama. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: ³Tidak akan masuk neraka. dan tidak akan masuk syurga yang di dalam hatinya ada seberat biji sawi darinya sombong. tidak mengaku Nabi Musa rasul utusan Allah. Allah berfirman yang bermaksud: ³Sesungguhnya. Begitulah sombongnya Iblis yang enggan sujud kepada Nabi Adam. Oleh itu mari kita memeriksa diri. Tercatat dalam al-Quran. menghendaki dirinya selalu dihormati oleh orang lain terutama ketika di khalayak ramai. kelebihan seseorang kerana pengetahuan ilmunya. akan masuk neraka jahanam dengan kehinaan.

Mereka bangga dengan keturunan mereka yang banyak menjadi nabi ikutan. menghina orang yang tidak bersembahyang atau apabila orang mengerjakan maksiat. Boleh menarik bas dan lori hanya dengan gigi. konon keturunan mulia dikasihi tuhan. Penawarnya ada di tangan sendiri kerana penyakit sombong hanya akan memakan diri. * Sifat sombong kelima berpunca daripada kelebihan harta diberi Allah membuat kita lupa daratan. bersegeralah bertaubat atas kejelekan akhlak. Seandainya kita zalim. Oleh itu. sombong kerana kekuatan dan kegagahan diri. * Keenam. kerana hinanya mereka pada Allah. ialah sombong dan berbangga kerana ramainya pengikut setia di belakang diri. hingga boleh memakan kaca seperti mengunyah. Rasulullah SAW mengingatkan melalui sabda Baginda yang bermaksud: ³Bahawa siapa yang memuji dirinya sendiri atas suatu amal salih. kereta mewah hingga memandang rendah orang yang kurang berada.´ maka kita adalah dalam kategori orang yang berpenyakit sombong. dalam bentuk semut yang kecil. keras kepala dan takbur.´ (Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dari Abu Hurairah) 5 Bicara Umum / Kelab Santai / Etika kerja dalam Islam on: May 29. rumah besar.orang lain tidak mampu beribadat seperti mereka. Sifat sombong seperti ini tidak ubah seperti kaum Bani Israel yang dilaknat Tuhan. berkulit hitam atau gemuk. Sedangkan mereka terpedaya dengan tipu daya syaitan. * Akhirnya yang ketujuh kata Imam Ghazali. maka kesombongan itu sama dengan kesombongan kaum Bani Israel yang dilaknat tuhan. Justeru. hendaklah memeriksa diri sama ada tujuh perkara yang membawa kepada penyakit sombong ada pada kita atau tidak. seperti termaktub dalam al-Quran. bererti sudah tersesat daripada mensyukurinya. 2009. bangga dengan status keturunan. seperti merendah-rendah ciptaan Allah hingga sanggup menyindir atau memberi gelaran tidak baik seperti pendek. dan gugurlah segala amal perbuatannya. Boleh dihempap badan dengan batu dan besi. ³Apa nak jadi dengan kamu semua. suka menyebut nama datuk nenek moyang kita yang dulunya dikatakan keramat atau hebat. 01:07:15 PM . Semua orang akan dibuli kerana kuatnya badan kita tidak terperi. akan dikumpulkan pada hari kiamat. * Perkara keempat menjadikan kita beroleh sombong ialah kerana berasa diri cantik dan sempurna malah memandang orang lain dengan hina. lantas menggelengkan kepala dan terdetik di dalam hati. berbangga dengan kekayaan yang ada. Mengapa tidak alim dan warak seperti aku. Mereka rakus melakukan apa saja termasuk membunuh golongan lemah kerana keegoan menganggap orang lain tidak semulia mereka. Guru silat pula berbangga dengan ramainya murid yang tidak lut ditetak dan dijilat api. Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: ³Orang yang sombong.´ Jika kita bersifat seperti ini. bangga kita berketurunan mulia lagi bangsawan. yang dipijak mereka oleh manusia. * Perkara ketiga yang membuatkan kita sombong ialah kerana ego memperkasakan keturunan. sepertinya orang alim berbangga dengan ramainya murid yang memuji.

atau prinsip moral (atau akhlak) atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan . dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi.w.Konsep kerja sebagai ibadah Kerja merupakan usaha (kegiatan. dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah. Oleh itu.sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki dari penduduk bandar.t. : "Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia.t. dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah). yang kami wahyukan kepada mereka. maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing). Mencari nafkah adalah merupakan perkara yang wajib ke atas setiap orang yang mempunyai tanggungjawab dalam keluarga atau untuk dirinya sendiri. Pekerjaan pula sesuatu yang di usahakan (dilakukan berterusan) kerana mencari nafkah1.w. supaya memerhatikan bagaimana akibat orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka? Dan (ingatlah) sesungguhnya negeri akhirat lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). mengapa kamu (wahai manusia) tidak mahu memikirkannya? (Yusuf) Ia merupakan perkara yang digalakkan oleh syara' sebagaimana firman Allah s. AlJuma'ah. Kita diarahkan agar bekerja untuk melengkapi proses hidup di duni a tetapi pada waktu yang sama kita tidak boleh meninggalkan akhirat atau melebihkan dunia daripada akhirat atau menyamakan kedua-duanya.: "Kemudian setelah selesai sembahyang. Sebetulnya akhirat adalah lebih baik sebagaimana firman Allah s." Etika kerja Islam Etika merupakan ilmu berkenaan prinsip-prinsip akhlak atau moral. Kerja atau pekerjaan termasuk dalam ibadah umum yang mesti melengkapi beberapa kriteria agar diterima sebagai ibadah. menyediakan dan sebagainya) sesuatu. Maka mengapa orang-orang (yang tidak mahu beriman) itu tidak mengembara di muka bumi. urusan) yang bertujuan untuk menghasilkan (menyelesaikan. sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ". serta ingatlah akan Allah banyak -banyak (dalam segala keadaan). 28/77 Dan tiadalah Kami mengutus Rasul .

pekerjaan dan lainlain)2[ii].w.harta yang lebih diwajibkan membayar zakat . rasuah.bertanggungjawab . c) Etika bentuk pekerjaan .t ii) Bekerja dengan ikhlas dan amanah iii) Bekerja dengan tekun dan cekap . penipuan. malas dan sebagainya. b) Etika kelakuan dan sikap .tinggalkan segala sifat mazmumah seperti khianat.amanah .bersesuaian d) Etika pengurusan masa dan harta .seseorang individu atau sesuatu kumpulan (persatuan. Setiap organisasi mempunyai etikanya tersendiri yang tidak sama dengan organisasi yang lain. selesa dan tidak mencanggahi syara'.buat dengan bersungguh-sungguh dan yang terbaik .semua pakaian yang sesuai. Berdasarkan takrif tersebut dapatlah difahami bahawa etika adalah lebih khusus daripada akhlak dan moral.tidak membazir masa dan harta Ciri-ciri etika kerja Islam Terdapat dua perkara yang menyebabkan seseorang itu gagal di dunia dan di akhirat iaitu: kejahilan dan kelalaian. Kelalaian berbuat demikian dan lalai dengan pekerjaan masing-masing akan menyebabkan mereka gagal di dunia dan akhirat. i) Bekerja dengan azam mengabdikan diri kepada Allah s. Etika tersebut terbahagi kepada beberapa bahagian antaranya: a) Etika pemakaian .halal . adakah pekerjaannya menepati ciri ciri etika kerja dalam Islam atau tidak.digalakkan bersedeqah . Oleh itu seorang pekerja Islam mestilah mengenal pasti pekerjaannya.

beri hadiah.iman menjadi pendorong untuk bekerja dengan tekun dan cekap . beri pinjam. kenderaan dan sebagainya. .pekerjaan dapat menyempurnaankan lagi pengibadatan manusia kepada Allah s. pakaian.bekerja adalah satu bukti keimanan tetapi tidak semestinya .untuk hidup dengan selesa manusia mestilah mempunyai makanan. v) Tiada unsur-unsur penipuan.untuk beribadah manusia mestilah meneruskan hidupnya dengan kehidupan yang selesa .semua itu manusia dapat memperolehinya dengan cara bekerja .Islam melarang pekerjaan yang dilakukan semata-mata untuk pekerjaan itu atau mengumpulkan kekayaan semata-mata.t. Matlamat kerja dalam Islam . pergi Mekah dan sebagainya.dapat bayar zakat. vi) Tiada sebarang penindasan. Pembentukan nilai-nilai etika kerja Islam . vii) Bersifat kemanusiaan. minuman. ix) Melaksanakan yang terbaik x) Sentiasa memperbaikan diri dan orang lain.w. tempat tinggal. kelalaian. . viii) Tegas dalam perkara maksiat.iman sebagai pengawas dan perisai agar sikap mazmumah dijauhi Hubungan pekerja dan majikan Hak pekerja dan majikan .etika kerja mempunyai hubungan yang erat dengan keimanan . bertolak ansur dan syura. . derma. bersedeqah.iv) Pekerjaan yang dilakukan mestilah tidak bercanggah dengan syara'. semua pihak mendapat hak yang adil dan keuntungan bersama.w. perjudian dan rasuah.tujuan asal manusia berada di bumi ialah untuk beribadah kepada Allah s.t. wakaf. khianat. malas. .

Motivasi . mengambil dan memberhentikan pekerja Tanggungjawab pekerja dan majikan Pekerja .cuti rehat .masa kerja .Peluang meningkat dalam kerjaya . bonus dan kenaikannya Hak majikan . Majikan .melantik.bidang kerja .Pemesyuaratan dan nasihat -Pencarian Ilmu pengetahuan .menjaga kepentingan organisasi .selesaikan kerja pada waktu .ikut arahan .Kepercayaan dan pertanggungjawaban .gaji.menjaga kebajikan pekerja .Jujur dan ikhlas dgn majikan.Keupayaan individu .Persaudaraan dan kesamaan peluang .beri arahan .Hak pekerja .

Quote from: monaliza on May 29. 12:24:04 PM Quote from: Dr Zul on May 28. cube cube salam terima kasih kerana sudi membaca. Sama sama. 12:46:25 PM . 12:49:13 PM Monaliza Bakery dibuka di Seksen 3. best je bace.memberikan ganjaran sewajarnya -Menyediakan kerja yang tak salah disisi undang-undang.Menetapkan tempoh kerja yang maksimum bagi pekerja. 2009. . Saya bukan apa seronok melihat orang melayu/islam banyak berniaga di Bandar Baru Bangi ini.. 11:35:59 AM yup.. 2009.Pada masa yang sama saya juga mengingatkan diri saya juga inshaallah. de jugak sikit2 perangai mcm tu.. Terima kasih Promosi Perniagaan Anda Disini / 7 Tadika/Nursery/Child Care / Re: BAHAYA HASAD DENGKI on: May 29. 2009.... B B Bangi.com / Salam Perkenalan / Re: salam perkenalan on: May 29.. Semoga mendapat sokongan dari penduduk Bangi Salam. 12:47:57 PM Quote from: adilalak on May 29. 2009.. tapi boleh ubahkan.saya akan mencuba. . Promosi Perniagaan Anda Disini / Restoran/Kopitiam / Re: Kedai Kek 6 on: May 29.. 2009. Terima kasih 8 Komuniti BangiOnline.semoga berjaya.Melindung hak dan kebajikan pekerja. 10:08:06 PM salam tahniah kerana orang melayu boleh. Terima kasih Dr Zul. 2009.

modal dan sebagainya yang semuanya sebenarnya dijadikan Allah untuk digunakan oleh manusia. salam terima kasih Bicara Umum / Kelab Santai / 9 USAHAWAN DAN KEGEMILANGAN ISLAM on: May 29.salam perkenalan. tidak mungkin usahawan berkenaan dapat menggemilangkan Islam. 2009. Apabila disampaikan oleh bapa mereka Nabi Adam Alaihissalam kepada kedua anaknya Qabil dan Habil tentang Allah memerintahkan mereka supaya memberikan pengorbanan (dalam bentuk zakat) dari harta benda mereka. usahawan begini bukan sahaja merendahkan statusnya kepada status faktor-faktor pengeluaran berkenaan. tetapi juga merosakkan perpaduan. Bagaimana hamba kepada kebendaan.. Dalam keadaan ini. termasuk usahawan itu sendiri sebagai salah satu faktor pengeluaran. 2009. Kalau usahawan dianggap sebagai salah satu faktor pengeluaran. Mereka akan mengeksploitasi sumber-sumber alam dan faktor-faktor pengeluaran yang lain secara berlebihan kerana antara mereka. sedangkan usaha menggemilangkan Islam memerlukan manusia yang kuat dalam pelbagai segi dan mesti melibatkan pengorbanan yang bukan sedikit. seperti tanah. 12:38:01 PM Usahawan.Quote from: azu on May 29. tidak boleh dianggap sebagai salah satu dari faktor pengeluaran. BUKTI DARIPADA SEJARAH Antara kemelut awal dalam sejarah manusia telah membuktikan bahawa jiwa pengorbanan yang rendah bukan sahaja tidak boleh menggemilangkan Islam. boleh menggemilangkan Islam? Mereka yang menjadi hamba kepada kebendaan adalah manusia yang lemah dan tidak mempunyai tahap pengorbanan yang tinggi. Peristiwa Qabil-Habil cukup mengajar manusia tentang betapa lemahnya jiwa orang yang tunduk kepada kekayaan kebendaan dan betapa ia boleh membawa kepada perpecahan hingga menumpahkan darah. Dalam banyak kes. ternyata Qabil yang menjadi hamba kebendaan lebih dari hamba Allah SWT telah memenuhi kepentingan dirinya lebih dari kepentingan Allah SWT dan . sebagai manusia. tetapi lebih dari itu menjadi hamba kepada faktor-faktor pengeluaran itu. terpaksa bersaing dengan faktor-faktor pengeluaran yang lain. dan seterusnya hamba kepada hasil pengeluaran. dan bukan hamba kepada Allah. usahawan itu diturunkan status mereka kepada status faktorfaktor pengeluaran yang lain. 09:09:17 AM .

Jiwa mereka kuat dan pengorbanan mereka adalah tinggi. Contohnya antara lain ialah seperti Sayyidina Abu Bakar. Sayyidina Umar sebagai khalifah mengelilingi Kota Madinah bersama pembantunya bernama Aslam. Begitulah juga dengan Qarun di zaman Nabi Musa dan Sha¶labah di zaman Rasulullah s. Budak pengembala kambing dan Jariah (ertinya budak perempuan) di zaman Khalifah Sayyidina Umar pula menggemilangkan Islam melalui kejujuran masing-masing. budak pengembala kambing dan Jariah di zaman Khalifah Sayyidina Umar Ibn Khattab. Dalam mengendalikan perusahaannya mereka.w. Kerana jujurnya Jariah. Jariah pula enggan menurut perintah ibunya mencampurkan susu dengan air kerana taat kepada larangan Khalifah dan sangat takut kepada Allah SWT. Keadaan ini berbeza dengan Habil yang memberikan ternakan biri-birinya yang paling bagus dan paling disayanginya sebagai pengorbanannya kepada Allah SWT.w. status mereka sebagai hamba dan khalifah Allah tetap dipertahankan. Sayyidina Umar mengambil Jariah sebagai menantunya. malah merosakkan perpaduan. Sayyidina Umar Ibn Khattab. manakala Sayyidina Umar tiga perempat. Keburukan Qabil yang menjadi hamba kepada kebendaan itu sampai kepada kemuncaknya apabila beliau membunuh Habil yang telah ditetapkan oleh Nabi Adam berkahwin dengan adik perempuan mereka yang lebih cantik berbanding dengan yang dijodohkan dengan Qabil. seperti malam-malam biasa. Setelah keletihan beliau bersandar di dinding sebuah rumah penjual susu dan tiba-tiba terdengar dari dalam rumah percakapan seorang ibu dengan anak perempuannya: Ibu: Berdirilah dan campurlah susu itu dengan air. Qabil telah memberikan tanamannya yang busuk sebagai pengorbanan sedangkan yang elok-elok disimpan untuk kepentingan dirinya sendiri. USAHAWAN CEMERLANG DARIPADA DEFINISI ISLAM apat disimpulkan bahawa usahawan yang mampu menggemilangkan Islam ialah usahawan yang cemerlang mengikut definisi Islam itu sendiri. Jadi walaupun Qabil cemerlang di dalam mengendalikan perusahaan tanamannya.agamanya. Secara ringkas ceritanya begini.a. Sayyidina Uthman separuh dan Sayyidina Abdul Rahman tidak kurang juga banyaknya. Satu malam. merosakkan diri adiknya malah merosakkan dirinya sendiri.a. . Manakala budak pengembala kambing takut menjualkan ternakan pengembalaannya tanpa diketahui tuannya kerana menyedari Allah SWT melihat perbuatannya. Sayyidina Abu Bakar mengurbankan kesemua hartanya untuk menggemilangkan Islam. Sayyidina Uthman Affan dan Sayyidina Abdul Rahman bin µAuf pada zaman Rasulullah s. namun beliau tidak dapat menggemilangkan Islam.

ISLAM GEMILANG Daripada penghujjahan di atas. Dari perkahwinan itu dikurniakan anak perempuan bernama Laila Ummi Ashim yang kemudiannya berkahwin dengan Abdul Aziz bin Marwan dan mendapat anak lelaki bernama Umar Ibn Aziz. muamalat. Dari empat sumber ilmu ini lahirlah dua bentuk ilmu yakni Ilmu Fardhu Ain dan Ilmu Fardhu Kifayah. saya bukanlah orang yang tergolong mentaatinya di hadapan orang ramai tetapi mendurhakainya di waktu sunyi. jelas bahawa usaha menjadi usahawan cemerlang yang boleh menggemilangkan Islam mesti bermula dengan Islam sendiri. ilmu ekonomi. Hal ini tidak mungkin berlaku kecuali usahawan-usahawan Islam kembali mempelajari dan menghayati ilmu Islam. orang ramai telah melanggar perintah itu. Islam mempunyai empat sumber ilmu utama. apakah ibu tidak tahu ketegasan Amirul Mukminin sekarang dalam menjalankan perintah? Ibu: Apa gerangan perintah itu? Anak: Beliau telah menyeru kepada semua penjual susu. ilmu feqah bersangkutan dengan syariat manakala ilmu tasauf bersangkutan dengan akhlak. ilmu sosial.Anak: Wahai ibu. GARIS PANDUAN USAHAWAN CEMERLANG. Ilmu Tauhid adalah ilmu yang bersangkutan dengan aqidah. maka langgar pulalah olehmu. yakni Al-Qur¶an. engkau berada di suatu tempat yang tidak boleh dilihat Umar dan tidak pula pembantunya. Jariahlah nenek kepada Khalifah Umar Ibn Aziz yang terkenal telah menggemilangkan Islam pada zaman pemerintahannya [1]. Ijmak Ulamak dan Qiyas Ulamak. dan dia tidak akan tahu hal itu. Keesokannya Sayyidina Umar menyuruh Aslam pergi memerhatikan rumah itu dan penghuninya dan didapati kedua-dua ibu dan anak itu adalah janda. ilmu Fekah dan Ilmu Tasauf. hanya ilmu Feqah terbahagi kepada empat bahagian iaitu bahagian ibadah. Hadith. munakahat dan jinayat. Ilmu Fardhu Ain terbahagi kepada tiga bentuk. Dari ketiga-tiga ilmu ini. Ilmu Fardhu Ain ialah kewajipan individu manakala ilmu Fardhu Kifayah ialah kewajipan sosial. dari kaum Bani Bilal. tetapi Tuhan Umar pasti tahu. Sayyidina Umar lantas memanggil anaknya bernama Ashim dan dikahwinkan dengan Jariah yang jujur dan tinggi keTauhidannya itu. Anak: Jika Umar tidak tahu. Demi Allah. . yakni ilmu Tauhid. bahawa dilarang mencampuri susu dengan air! Ibu: Hai anakku. Mendengar percakapan itu. umpamanya ilmu perubatan. Khalifah Sayyidina Umar berkata kepada pembantunya: ³Tandailah rumah ini dan ingat tempat ini baik-baik!´. Ilmu fardhu kifayah pula ialah ilmu-ilmu gunaan yang khusus. ilmu politik. ilmu pemerintahan.

Ilmu fardhu ain akan meningkatkan iman dan taqwa dan oleh itu meningkatkan kerohanian. Ijmak dan Qiyas Ulamak. Usahawan yang belajar dan mengamalkan kedua-dua ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah sahaja yang akan jadi cemerlang dan oleh itu akan dapat menggemilangkan Islam. manakala ilmu fardhu kifayah meningkatkan kecekapan dan profesionalisme. mereka mestilah berilmu dengan ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah dan bersumberkan Al-Qur¶an. Jadi bila saya terbaca saya rasa hairan kenapa manusia sesama melayu menjadikan ini satu isu yang besar. Maaf bukan nak menangkan sesiapa. ilmu perniagaan dan sebagainya. tetapi tidakkah terlintas difikiran bahwasanya ini juga seperti memburukkan/menjatuhkan. Kesimpulannya saya rasa cara u mungkin baik memberi info. Kedua. 2009. yakni manusia yang mempunyai gabungan rohani dan jasmani yang hidup di dunia ini untuk memenuhi janji mereka dengan Allah sebagai hamba dan khalifah Allah. dalam kes ini ilmu keusahawanan. mereka mesti menjadi usahawan yang cukup sebagai seorang manusia sepertimana ditetapkan oleh Islam. dan mengamalkan ilmu-ilmu berkenaan dengan sebaiknya. Pertama. 2009. Tidak mungkin seseorang usahawan dapat menjadi cemerlang dan menggemilangkan Islam kalau mereka hanya mempunyai kecekapan dalam mengendalikan ilmu fardhu kifayah. Begitulah juga sebaliknya. 10 Bicara Umum / Internet & Teknologi / Re: Broadband Traffic on: May 28.saya tidak mempunyai masaalah apa pun. sekiranya mereka tidak mempelajari dan mengamalkan ilmu fardhu ain. Hadith. . kita jangan masuk. Sedangkan diakui bahawa tadika di bandar baru bangi bukan satu. sebagai garis panduan.Sepanjang 2 tahun saya hantar anak disitu.Malah duit yang dilaburkan itu untuk anak masa depan kita bukannya kebendaan.ilmu pembangunan.Saya cuma hairan kenapa terlalu membesarkan sedangkan tidak masuk lagi. 11 Bicara Umum / Kelab Santai / Re: First World Kindergarten on: May 28. 11:39:02 PM Salam. Para usahawan Islam merupakan sebahagian dari masyarakat Islam yang penting. Pada saya sekiranya kita tidak puas hati.saya cuma customer disitu. Untuk ini mereka mestilah mempunyai dua asas yang penting. Mereka boleh menggemilangkan Islam. 11:45:50 PM Salam Saya rasa buat masa ini Celcom boleh diharap.

.Disini saya ingin bertanya siapakah yang menjadi atau mengusahkan atau menbangunkan website ini.. 2009. 10:37:41 PM Dr Zul/Zulkifli 45tahun Bangi Golf Resort . 10:36:52 PM saya ada hantar anak saya di salah sebuah tadika juga di sek 7... 2009. 11:03:52 PM Quote from: Hana on May 28. jadi kalau rasa kita tidak suka dengan syarat syarat yang diberikan tak perlulah kita masuk. 2009.com / 13 Cadangan/Masalah/Pertanyaan / BANGIONLINE. salam ..Hanya memberi pandangan ikhlas.jangan lah kita sesama islam memburukkan orang. 10:34:45 PM on: May 28. Komuniti BangiOnline..COM Salam.Cari yang lain.saya ingin ucapkan tahniah kerana mewujudkan Bangi Online Com.kesian. pada saya ini bukan satu kesalahan. Saya orang baru di Bangi Online.com / Salam Perkenalan / salam perkenalan on: May 28. Terima kasih 14 Komuniti BangiOnline.saya juga nak tahu atas alasan apa sesebuah tadika nak minta yuran awal? boleh dr terangkan kalau tak keberatan.Maaf sekiranya anda tidak bersetuju. 2009..setakat ni tak pernah minta yuran utk bulan Nov. 12 Bicara Umum / Kelab Santai / Re: First World Kindergarten on: May 28.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful