Apakah yang dimaksudkan denagn kompetensi kecerdasan emosi serta contohnya dari pelbagai perspektif.

Terbahagi kepada dua iaitu kompetensi personal iaitu kesedaran kendiri, pengurusan kawalan kendiri dan motivasi kendiri. Yang kedua kompetensi social, iaitu kesedaran social (empati) dan kemahiran social. Kompetensi personal terdiri daripada subkompetensi-subkompetensi berikut, iaitu kesedaran kendiri bererti seseorang itu mengenali emosi dan kesannya. Individu itu juga dapat membuat tafsiran kendiri yang tepat serta mempunyai keyakinan diri. Dengan demikian individu akan mempunyai penghormatan kendiri yang akan membawa kesejahteraan kendiri. Individu yang mempunyai memiliki kompetensi ini biasanya sedar emosi yang dirasakan dan biasanya. Individu ini juga sedar akan kaitan antara perasaan dan pemikiran, perlakuan dan pertuturan. Mereka juga sedar bagaimana emosinya mempengaruhi prestasinya. Individu ini juga mempunyai kesedaran tinggi tentang nilai dan matlamat hidup dan sedar tentang kelemahan dan kekuatan diri. Bersikat reflektif dan belajar dari pengalaman serta terbuka kepada maklum balas yang jujur atau perspektif baru atau pembelajaran berterusan atau perkembangan diri atau semuanya. Individu yang memliki kompetensi juga biasanya berupaya menunjukkan unsure kecindan dan perspektif-perspektif lain tentang diri sendiri. Mereka juga berkeyakinan, berketrampilan dan disedari kehadirannya seta berani mengeluarkan pandangan yang kurang popular dan mempertahankan sasuatu yang betul disamping berkebolehan membuat keputusan yang baik walaupun dalam ketidakpastian dan tekanan.

Faktor-faktor pengurusan bilik darjah kondusif yang mempengaruhi tahap pembinaan ‘Kompetensi Kecerdasan Emosi’ pelajar. Memang tidak boleh dinafikan bahawa seorang pelajar memenuhi kebanyakan masa menuntutnya di bangku sekolah. Jadi suasana bilik darjah merupakan suasana penting dalam memupuk kompetensi-kompetensi kecerdasan emosi selain daripada suasana keluarga di rumah. Jadi peranan guru dan pihak sekolah menjadi penting dalam menyusun aktiviti kurikulum untuk menyemaikan kompetensi-kompetensi tersebut. Apakat aktiviti pengurusan bilik darjah yang dapat membina komptensi personal dan kompetensi social? Pada amnya factor-faktor berikut mempengaruhi tahap pembinaan Kompetensi Kecerdasan Emosi ini. Antara factor-faktor pengurusan bilik darjah yang mempengaruhi tahap pembinaan Kompetensi Kecerdasan Emosi pelajar yang pertama ialah iklim Bilik darjah. Iklim bilik darjah bererti suasana dalam kelas sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku. Iklim termasuk keadaan fizikal dan social serta emosional. Keadaan fizikal merujuk kepada keadaan cahaya dalam kelas, cukup tempat duduk atau menjalankan aktiviti. Keadaan kelas yang gelap dan sempit akan menggangu suassana emosi dan fizikal pelajar. Ini secara tak langsung akan menjadikan pelajar lebih cemas atau dalam stress. Keadaan yang ceria dan kondusif mempengaruhi mood dan minat serat kecerdasan pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dari segi emosi perasaan seperti marah, bersaing untuk sumber yang terhad, dengki, memfitnah dan lain-lain akan dikurangkan sekiranya pelajar menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dalam suasana yang kondusif. Secara tidak langsung pelajar kan berkembang dari segi social dan emosi dalam atmosfera yang positif dan membina. Pihak sekolah dan guru kelas harus sentiasa cuba menyediakan suasana yang ceria dalam kelas supaya pelajar seronok dan bekerja dalam keadaan optimum yang mendorongkan pemikiran bernas dan kreatif. Factor yang kedua ialah rutin bilik darjah. Adalah dibuktikan oleh penyelidik bahawa peraturan dan pensisteman dalam menjalankan sebarang aktiviti menjadikan individu itu lebih yakin, tenteram dan mempunyai tujuan. Ini

berbanding dengan individu yang kelam kabut atau tiada ikut satu system dalam urusannya. Biasanya rutin atau tabiat harian membawa perasaan penting, bertanggungjawab atau berguna kepada individu berkenaan. Satu cara baik untuk menyemai perasaan tanggungjawab dan kerajinan ialah menyediakan satu jadual tugas kelas. Dengan demikian setiap pelajar diberikan tanggungjawab serta kewibawaan untuk menjaga kebersihan kelas dan mengendalikan kelas. Secara langsung dan tidak langsung KKE dapat dibina melalui interaksi yang berlaku semasa menjalankan tugas. Pelajar harus memotivasikan diri untuk memberikan sepenuh tumpuan dan perhatian kepada pembelajaran hari itu dan memandang ke arah guru serta menumpukan perhatian pada apa yang diperkatakan, ditunjukkan dan ditulis. Factor yang ketiga yang mempengaruhi tahap pembinaan KKE pelajar ialah disiplin bilik darjah. Individu yang berdisiplin tentu akan mempunyai kompetensi personal seperti kesedaran emosi kendiri, penghormatan kendiri, keyakinan diri dan kesedaran ketepatan kendiri. Di samping itu dia juga mempunyai kawalan emosi dan kebolehsuaian. Disiplin harus mula di rumah dan dikembangkan di bangku sekolah. Suasana bilik darjahpaling sesuai untuk menanamkan cirri-ciri disiplin yang baik dalam diri pelajar. Pihak sekolah dan guru harus menyediakan peraturan bilik darjah serta membantu pelajar mengikutnya. Gunakan segala situasi dan peluang untuk menekankan kepentingan disiplin dan peraturan dalam hidup. Factor yang seterusnya ialahorganisasi bilik darjah

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful