You are on page 1of 7

ANALISIS HOLLAND (ujian Self-Directed Search (SDS))

MINAT KERJAYA

Enam kelompok kerjaya menusia

Realistik

Investigatif

Konvensional Enterprising Sosial

Artistik

Ujian Kendiri: 1. Jawab semua soalan seperti di dalam arahan kertas soalan. 2. Sila kira jawapan yang bertanda Ya sahaja mengikut lajur ke bawah. 3. Tulis bilangan yang anda diperolehi di dalam ruang di bawahnya mengikut turutan. 4. 5.

tiga jenis minat kerjaya yang anda mendapat markah paling tinggi.
Setelah itu, ambil Sila rujuk tafsiran profil ujian.

Pentafsiran Ujian SDS

REALISTIK
(Persawatan, Sains, Penghitungan, Kerja Luar)

Minat:
Mempunyai kemahiran elektik atau mekanikal Kegiatan yang melibatkan manipulasi objek. Alat-alat, mesin-mesin, binatang-binatang secara terang dan bersistem. Minat bekerja di luar bangunan daripada di dalam bangunan

Ciri Personaliti:
Sukakan pekerjaan yang realistik dan mengelak daripada aktiviti sosial. Menggunakan kebolehan kekuatan fizikal dalam menyelesaikan masalah. Menghargai perkara-perkara yang konkrit atau ciri-ciri peribadi yang terbukti kebenarannya seperti wang, kuasa dan status. Mempunyai kecekapan dalam bidang sains dan matematik. Kurang kebolehan dalam hubungan sosial.

Kerjaya:
Mekanik, jurugegas jentera, juruelektrik, jurufoto, jurutaip, jurutera, juruukur am, pakar cap jari, ahli kaji logam, ahli optik, ahli penternak ikan, juru kamera wayang gambar, juru teknik makmal, akauntan, perangkawan, operator mesin, mekanik kapalterbang, ahli ilmu perkebunan, tukang kayu, dll

Pentafsiran Ujian SDS

INVESTIGATIF
(Sains)

Minat:
Suka membuat pemerhatian, mempelajari, menyelidik, menganalisis,menilai dana menyelesaikan masalah melalui penyelidikan Mepuyai kemahiran saintifik dana matematik dan beberapa kerjaya bercorak teknikal Kajian-kajian secara pemerhatian, perlembagaan, bersistem. Kreatif mengenai fenomena-fenomena fizikal, biologi, dan budaya untuk memahami dan mengawal fenomena-fenomena tersebut.

Ciri Personaliti:
Sukakan suasana pekerjaan investigatif.

Suka kepada aktiviti-aktiviti simbolik, sistematik, dan penyelidikan berhubung dengan sains fizikal dan biologikal tetapi tidak suka aktiviti sosial, pemujukan, dan berulang-ulang. Mempunyai tingkahlaku yang cenderung kepada kebolehan saintifik dan matematik, sebaliknya kurang kebolehan memujuk.

Kerjaya:
Ahli kajicuaca, ahli biologi, ahli botani, ahli agronomi, ahli fizik, ahli kajibintang, ahli kimia, ahli kajibumi, penyelidik sains, antropologis, ahli arkilogi, ahli geografi, ahli geofizik, ahli teknologi makanan, pakar pengajaran pandang dengar, aktuari, ahli fisiologi perubatan, doktor, guru sains, doktor haiwan, pakar makanan dll.

Pentafsiran Ujian SDS

ARTISTIK
(Muzik, Seni, Sastera)

Minat:
Kegiatan-kegiatan yang bebas, tidak bersistem dan melibatkan manipulasi bahan-bahan fizikal, bahasa, dan kemanusiaan untuk mencipta bentuk-bentuk dan hasil seni. Punya kebolehan artistic dan inovatif Tidak selesa dengan kerja rutin atau berulang-ulang. Menggunakan imaginasi dan kreativiti

Ciri Personaliti:
Sukakan suasana dan pekerjaan artistik (bebas, tidak bersistematik, dan kabur). Melepaskan perasaan atau menyelesaikan masalahnya dengan cara melahirkan menerusi ciptaan ataupun karyanya. Tingkahlaku cenderung kepada kebolehan dalam bahasa, seni, muzik, drama dan penulisan. Sangat benci kepada pekerjaan perkeranian dan perniagaan. Sensitif kepada persekitaran.

Kerjaya:
Pengarang, kartunis, pelukis papan iklan, penyanyi, dramatis, penerbit radio & TV, pencipta muzik, penulis lirik, pereka bentuk fesyen, guru seni halus, artis persolekan, konduktor orkestra, juruhebah muzik, penjual toko muzik, arkitek, juru gambar, pelukis batik, juru hias dalam, pelukis, penjual bunga, pemberita, penulis skrip, penggubah lagu, pelukis potret, wartawan,pelukis kartun, dll.
Pentafsiran Ujian SDS

SOSIAL
(Khidmat Sosial, Daya Pujuk)

Minat:
Manipulasi orang lain dengan tujuan untuk memberitahu,

melatih, mengembang, menyembuh, atau memberi ilham dan membuat kebajikan. Suka berinteraksi dan bekerja dengan manusia.

Ciri Personaliti:
Mengutamakan aktiviti-aktiviti mempengaruhi orang lain seperti memberitahu, latihan, perkembangan dan pemulihan. Sukakan kegiatan sosial. Suka dirinya dilantik sebagai ketua. Pandai mewujudkan hubungan antara individu tetapi kurang dalam bidang teknikal dan kerja tangan. Suka mendapat perhatian. Mengelak diri daripada aktiviti yang sistematik yang melibatkan benda, pekakas, atau mesin. Mahir berkomunikasi Matlamat utama ialah membuat kebajikan.

Kerjaya:
Guru, Kaunselor,ahli psikologi klinikal, pegawai kebajikan masyarakat, jururawat, diplomat, pustakawan, pengulas berita, pegawai personal, penasihat penanaman, Pegawai Perhubungan Industri, pemandu pelancong, Penasihat Bimbingan Vokasional, pegawai kesihatan, pegawai polis, peguam, pendakwah, ahli politik, penjual insuran, pendakwa raya dll.
Pentafsiran Ujian SDS

ENTERPRISING
(Penghitungan, Daya Pujuk, Khidmat Sosial)

MINAT:
Manipulasi orang lain untuk mencapai matlamat organisasi dan keuntungan ekonomi. Suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Mempengaruhi, mengarah, memimpin dan mengurus individu lain.

CIRI PERSONALITI:
Suka kepada aktiviti yang boleh mendapat keuntungan. Mempunyai kebolehan memimpin, interpersonal, dan memujuk tetapi kurang dalam perkara-perkara saintifik (lemah kecekapan sains). Menerima dirinya sebagai agresif, popular, mempunyai keyakinan diri, sosial, dan ada kecekapan bercakap. Ambil berat dalam soal-soal kekuasaan. Mempunyai kemahiran dalam bidang penjualan. Sukakan status dan kepimpinan.

KERJAYA:
Peguamcara dan peguambela, pegawai pendakwaan, polis, tentera, jurujual, pengurus pengeluaran, pengurus kelab, penyelia penjualan, penganjur sukan, pegawai penilai, pengurus restoran, mandur estet, renjer hutan, pegawai pemasaran, perunding, akauntan, guru matematik, ahli audit, juru ukur, navigator terbang, ahli politik, penulis skrip iklan, pegawai perhubungan, speculator, aktuaris, dll.

Pentafsiran Ujian SDS

KONVENSIONAL
(Penghitungan)

Minat:
Kegiatan-kegiatan yang melibatkan manipulasi data secara terang, teratur, dan konsisten. Suka bekerja dengan data dan nombor

Ciri Personaliti:
Suka kepada aktiviti yang melibatkan usaha mempengaruhi data-data dengan sistematik. Mementingkan aktiviti yang menggunakan nombor, memberatkan kepada aspek-aspek perbualan ataupun topik-topik yang dirancang. Tingkahlaku cenderung kepada bidang perkeranian, perniagaan dan komputer. Lemah dalam kecekapan seni. Melakukan sesuatu secara terperinci, bersifat akur dan mengikut arahan.

Kerjaya:
Pemeriksa akaun bank, perancang belanjawan, pegawai penilai, operator komputer, pakar kawalan mutu, pegawai perangkaan, pegawai cukai, juru trengkas mahkamah, kerani audit, juru analisa sistem, juruwang, guru matematik, juru ukur, penyusun komputer, penyimpan kira-kira, guru perdagangan, akauntan, jurujual insuran, dll.

You might also like