You are on page 1of 1

.

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Majlis Jamuan______________________________pada malam yang penuh barakah ini . Ya Allah Ya Tuhan Kami Sesungguhnya pada malam ini kami berkumpul kerana-Mu Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu. Ya Allah , Tuhan Yang Maha Esa lagi Perkasa Kami memohon kehadrat-Mu semoga Engkau jadikan majlis ini sebagai salah satu wadah untuk kami bersatu-padu , bekerjasama dan bantu-membantu di kalangan kami dan juga demi membangunkan dan memartabatkan sekolah kami di persada arus perdana kecemerlangan pendidikan negara. Satukanlah hati-hati kami sebagai pentadbir , para pendidik , kakitangan sekolah agar menjadikan kejayaan dan kecemerlangan anak-anak didik kami sebagai matlamat kami yang utama dan bersama . Ya Rahmanu Ya Rahim, Sesungguhnya kami lemah dalam sendirian , maka kuatkanlah kami dengan perpaduan, Sesungguhnya kami amat cenderung untuk mengutamakan diri kami , maka didiklah hati kami untuk mengutamakan keperluan sahabat sejawatan kami lebih daripada keperluan kami, Ya Allah , jadikanlah pertemuan kami ini sebagai pertemuan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.