You are on page 1of 23

OLAHRAGA ACARA BALAPAN

LARI BERGANTI-GANTI SEJARAH


Lumba lari berganti-ganti merupakan sejenis sukan olahraga yang berasal dari Amerika Syarikat. Satu aktiviti yang telah menimbulkan idea seumpama ini ialah perjalanan kereta kuda jarak jauh yang lebih dikenal sebagai pony express di mana surat-surat atau berita disampaikan dari satu tempat ke tempat lain. Satu lagi aktiviti yang menjadi punca utama lahirnya acara ini ialah permainan pasukan ahli bomba yang dinamakan kereta bomba. Ahli daripada satu pasukan bomba akan berlari dengan pantas dan menyentuh kereta bomba dan ini isyarat kepada ahli lain dalam pasukan untuk bersedia. Acara lari berganti-ganti ini ialah daripada satu perlumbaan yang bermula di Universiti Pensylvania, Amerika Syarikat. Pada mulanya, perlumbaan ini dimulakan dengan seorang pelari membawa bendera dan menyampaikannya kepada pelari lain yang menanti di hadapan. Perlumbaan ini kemudian dipecahkan kepada beberapa kategori dan amat terkenal di setiap peringkat, dari sekolah rendah sehingga antarabangsa. Percubaan pertama dilakukan pada tahun 1893, terdapat dua pasukan dipertandingkan. Setiap pelari berlari sejauh suku batu. Ini merupakan titik bermulanya acara lari berganti-ganti ini.

ACARA

LARI

BERGANTI

GANTI

YANG

DIPERTANDINGKAN
Lama-kelamaan jarak larian bagi acara lari berganti-ganti ditentukan bagi membolehkannya menjadi acara sukan. Kini terdapat beberapa acara lari

OLAHRAGA ACARA BALAPAN berganti-ganti yang dipertandingkan. Antaranya ialah 4 X 100 meter, 4 X 200 meter, 4 X 400 meter, 4 X800 meter, 4X1500 meter dan lari berganti-ganti jarak jauh. Namun dalam kebanyakan perjumpaan olahraga, sama ada di peringkat sekolah, negeri, kebangsaan atau antarabangsa, dua acara lari berganti-ganti dipertandingkan iaitu 4X100 meter dan 4X400 meter. Kedua-dua acara ini disertai oleh lelaki dan wanita. Selain daripada itu terdapat juga lari berganti-ganti secara campuran atau gabungan, iaitu bagi acara-acara 4X100 meter, 4X200 meter, 4X400 meter dan 4X800 meter. Namun begitu, ia jarang digunakan. Dalam kebanyakan perjumpaan olahraga, acara lari berganti-ganti merupakan acara yang paling diminati. Malah ia dianggap paling mendapat sambutan di kalangan pelari dan juga penonton. Pada prinsipnya, seorang pelari akan berlari pada jarak yang sama, sama ada untuk acara 4X100 meter atau 4X400 meter atau jarak lainnya. Bagaimanapun dalam larian sebenar, disebabkan wujudnya pertukaran baton, maka terdapat perbezan jarak larian di kalangan empat pelari terlibat, yakni ada pelari yang berlari pada jarak yang lebih jauh dan dekat daripada yang lainnya. Objektif lari berganti-ganti ialah membawa baton dari tempat penamat menerusi empat orang peserta secepat mungkin. Berdasarkan matlamat ini sudah tentulah pelari akan berusaha berlari sederas mungkin sambil membawa dan menukar baton hinggalah ia tiba ke garisan penamat lebih awal daripada peserta-peserta lain. Perkara penting yang menjadi faktor utama dalam menentukan kejayaan dalam acara lari berganti-ganti ialan persefahaman di antara pelari dalam pasukan. Contohnya, dalam acara 4X100 meter, persefahaman dalam memberi dan menerima baton dianggap perkara penting kerana jika berlaku sedikit kesilapan memberi kesan kepada pencapaian pasukan terlibat.

PANDUAN UMUM
Walaupun secara umumnya seseorang yang mampu berlari dengan baik dalam sesuatu acara boleh menjadi pelari berganti-ganti yang baik, namun ada kalanya

OLAHRAGA ACARA BALAPAN hal ini tidak beraku. Ada beberapa sebab mengapa ia terjadi. Antaranya ialah tidak dapat menerima atau menyampaikan baton dengan baik, berlari di luar zon yang dibenarkan dan yang paling utama gagal bekerjasama dengan rakan sepasukan. Oleh kerana lari bernganti-ganti merupakan acara lari pecut, sebarang kesilapan atau kelambatan boleh menjejaskan pencapaian pasukan. 4 X 100 METER Seperti yang dinyatakan, lari berganti-ganti 4X100 meter, sama ada untuk lelaki atau wanita, adalah satu acara yang amat dinantikan oleh setiap peminat dalam sesuatu perjumpaan olahraga. Acara ini merupakan acara yang menarik dan sering menjadi tumpuan ramai.

PEMILIHAN PELARI
Pemilihan pelari biasanya dijalankan menerusi satu ujian khas yang dibuat oleh sesuatu badan atau pihak yang bertanggungjawab ke atas pasukan itu. Mungkin bilangan pelari yang menghadiri ujian itu ramai. Jika hal itu terjadi, acara saringan perlu diadakan bagi mendapatkan peserta terbaik ke peringkat akhir. Empat atau lima orang pelari terbaik akan dipilih berdasarkan kedudukan masing-masing untuk membentuk satu pasukan dengan pelari kelima sebagai simpanan. Walau bagaimanapun, ini bukanlah perkara utama yang harus dijadikan syarat. Adakalanya terdapat pelari-pelari lain yang mampu berlari dengan baik di selekoh walaupun tidak di garisan lurus. Jika demikian, terserahlah kepada budi bicara jawatankuasa pemilih untuk membuat pemilihan akhir. Secara amnya, pemilihan dibuat dengan berasaskan kepada beberapa perkara seperti mengikut keupayaan pelari dalam peringkat tertentu. Ini kerana dalam acara lari bergantiganti 4X100 meter ini, ada pelari perlu berlari lebih jauh dan ada pula yang perlu berlari lebih dekat daripada pelari lain. Dan ada pelari yang mampu berlari dengan baik pada lorong lurus dan ada pula yang mampu berlari baik pada selekoh.

OLAHRAGA ACARA BALAPAN

Pelari Pertama
Pelari pertama haruslah mempunyai permulaan yang baik sambil tangan memegang baton dan berkeupayaan berlari di selekoh. Selalunya pelari pertama adalah pelari kedua terbaik dalam satu-satu pasukan. Ketiga-tiga aspek ini penting kerana dibandingkan dengan pelari lain, pelari pertama akan berlari lebih jauh bersama baton. Ia juga akan menjadi pendorong penting kepada pasukan jika pelari pertama berkemampuan berlari dengan baik.

Pelari kedua
Pelari ini hendaklah berkeupayaan berlari dengan pantas pada garisan lurus. Dia juga mestilah bijak daripada segi menerima dan menghantar baton. Selalunya,

OLAHRAGA ACARA BALAPAN jika pelari pertama membawa baton pada tangan kanan, pelari kedua hendaklah cuba menerima baton pada tangan kiri. Namun ini bukannya satu syarat.

Pelari ketiga
Kriteria utama bagi pelari ketiga ialah kebolehan dan kemampuan berlari di selekoh dan menerima baton menggunakan tangan kanan jika pelari kedua memberikannya menggunakan tangan kiri atau sebaliknya. Daripada segi keupayaan, biasanya pelari ketiga terpantas dalam pasukan diletakkan sebagai pelari ketiga. Satu lagi aspek penting ialah keupayaannya berlari di selekoh.

Pelari akhir
Pelari akhir biasanya merupakan pelari terpantas dalam satu-satu pasukan kerana pada bahunyalah terletak keputusan yang bakal dicapai oleh sesebuah pasukan lari berganti-ganti 4X100 meter. Pelari ini haruslah berkebolehan berlari di garisan lurus. Walaupun daripada segi jarak larian sebenar, pelari terakhir ini adalah terpendek, namun daripada segi kepantasan dan kelajuan amat penting.

OLAHRAGA ACARA BALAPAN

PERKARA-PERKARA PENTING DALAM LARIAN BERGANTIGANTI


1. Jarak larian. Jarak larian oleh keempat-empat pelari 4 x 100 meter adalah tidak sama. Jika pertukaran baton dilakukan selepas atau di luar zon pertengahan pertukaran baton, maka setiap pelari berlari pada jarak berikut.

Pelari pelari 1 Pelari 2 Pelari 3 Pelari 4

Jarak Larian 101.5 Meter 121.5 Meter 121.5 Meter 120.0 Meter

Jarak Larian Dengan Baton 101.5 meter 99.0 Meter 99.0 Meter 97.5 Meter

2. Latihan menerima dan menyerahkan baton. Pelari kedua dan ketiga perlu mengadakan latihan menerima dan menyerahkan baton secukupnya, kerana kedua-dua pelari terlibat dalam kedua-dua aktiviti. 3. Pemilihan mengikut keupayaan berlari. Walaupun biasanya pemilihan dibuat berdasarkan kepantasan larian setiap pelari, keupayaan berlari mengikut kedudukan atau peringkat perlu diberikan perhatian juga. 4. Mempunyai semangat berpasukan. Oleh sebab lari berganti-ganti merupakan acara berpasukan, persefahaman dan semangat kerjasama sesama ahli adalah penting.

OLAHRAGA ACARA BALAPAN

MEMEGANG BATON 1. Cara memegang


Baton boleh dipegang dalam beberapa cara mengikut keselesaan pelari berkenaan. Bagi pelari pertama akan memulakan larian, cara memegang yang sering digunakan ditunjukkan pada rajah di bawah:

2. Zon pertukaran baton


Rajah di bawah menunjukkan zon pertukaran baton untuk acara 4 x 100 meter. Biasanya zon ini berjarak 20 meter di mana telah dianggarkan bahawa petanda optional dibuat 25 tapak kaki daripada garisan permulaan. Pelari yang akan menerima baton haruslah bersedia dan memecut apabila pelari yang datang sampai ke tempat yang ditandakan. Pelari ini hendaklah mengeluarkan tangan

OLAHRAGA ACARA BALAPAN apabila sampai sahaja di pertengahan zon. Pertukaran dilakukan dalam zon ini. Jika ia dilakukan di luar zon, lariannya serta pasukannya dibatalkan.

3. Peringatan
1. Jika pelari tidak berjaya membuat pertukaran baton dalam zon penukaran, larian pasukannya akan dibatalkan. 2. Baton hendaklah sentiasa berada pada tangan pelari. Jika ia jatuh, larian akan dibatalkan. 3. Setiap peserta haruslah berlari dalam lorong masing-masing. 4. Segala syarat dan peraturan perlumbaan yang telah ditetapkan perlu dipatuhi.

4. Cara menukar baton


Dalam acara lari berganti-ganti, baton yang digenggam itu haruslah

menghabiskan satu pusingan larian, iaitu sebanyak 400 meter. Dalam setiap pasukan 4 x 100 meter, kelancaran pertukaran amat membantu dalam pencapaian larian pasukan itu. Terdapat beberapa cara pertukaran baton yang boleh dilakukan.

OLAHRAGA ACARA BALAPAN

5. Hantaran dari atas ke bawah


Cara ini adalah yang paling pantas, tetapi ada risikonya kerana sahaja ke tempat penanda, pelari kedua mula memecut dari sebelah kanan lorongnya. Sambil berlari dia akan mengangkat tangan kiri dengan tapak tangannya terbuka (menadah) untuk menerima baton. Pelari pertama membawa baton memberikannya dengan gerakan tangan dari atas ke bawah. Pelari kedua ini membawa baton dengan tangan kiri dan memberikannya pada tangan kanan pelari ketiga. Pelari ketiga membawa baton dengan tangan kanan dan memberikannya kepada pelari ke empat pada tangan kiri.

OLAHRAGA ACARA BALAPAN

PERKARA-PERKARA PENTING
1. Pertukaran baton mestilah dilakukan dalam zon 20 meter yang telah ditetapkan. 2. Pertukaran yang baik ialah adanya keseimbangan kecergasan pelari yang menuju dan pelari yang bergerak dalam zon pertukaran. 3. Berlari jangan sampai baton terjatuh.

OLAHRAGA ACARA BALAPAN

PERATURAN LARIAN 1. Permulaan


Bagi acara lari berganti-ganti, termasuk 4 x 100 meter, hanya pelari pertama terlibat dalam kedudukan permulaan. Pelari-pelari lain hanya mula berlari pada kedudukan atau dalam kawasan masing-masing menggunakan permulaan gaya berdiri.

2. Gaya Dekam
Umumnya, permulaan gaya dekam untuk 4 x 100 meter sama seperti permulaan 100 meter. Bezanya, dalam acara lari berganti-ganti, pelari membawa bersamanya baton. Oleh itu, kedudukannya semasa permulaan hendaklah disesuaikan dengan baton. Dalam kedudukan permulaan dekam, kaki kanan dibawa kehadapan. Lutut berada di bawah tapak kaki, dan tangan dalam kedudukan longgar. Siku hendaklah lurus, ibu jari dan jari telunjuk selari dengan garisan permulaan. Dalam keadaan ini, berat diletakkan pada tangan dan kaki hadapan. Tangan dibuka luas untuk menyokong berat badandan keselesaan kaki. Manakala kepala pula direndahkan dengan memandang ke garisan permulaan atau diangkat sedikit agar pandangan ditumpukan pada jarak antara tiga hingga lima meter. Permulaan adalah menggunakan blok permulaan.

OLAHRAGA ACARA BALAPAN

3. Permulaan Berdiri
Permulaan berdiri tidak sesuai untuk acara lari berganti-ganti 4X 100 meter. Bagaimanapun, pelari boleh menggunakan permulaan gaya ini. Peraturan kedudukan permulaan berdiri adalah sama seperti kedudukan permulaan untuk larian jarak sederhana, bezanya cuma dalam acara ini pelari pertama memegang baton.

Penentuan Pelari
1) 2) 3) Pemilihan pelari dan penentuan kedudukan hendaklah dibuat Menentukan tangan yang akan memegang baton, sama ada tangan Menyediakan blok permulaan untuk pelari pertama dan menentukan terlebih dahulu, dan tumpuan latihan hendaklah mengikut kedudukan ini. kiri atau tangan kanak. zon pertukaran baton bagi pelari kedua, ketiga dan keempat.

OLAHRAGA ACARA BALAPAN 4) Menentukan lorong larian setelah undian dibuat.

A.
1.

Semasa Larian
Aturan umum i. Berlari mengikut lorong yang ditetapkan. ii. Membuat pertukaran baton dalam kawasan atau zon yang ditetapkan. iii. Membuat pertukaran baton yang bersih. iv. Mengekalkan baton dalam tangan pelari dari awal hingga akhir larian.

2. Pelari pertama i. Gunakan blok permulaan. ii. Berlari sebaik isyarat (pistol) dibunyikan oleh pelepas. iii. Berlari pada selekoh pertama. iv. Membawa baton pada tangan kanan. 3. Pelari kedua i. Bersedia dan mula berlari dalam kedudukan berdiri. ii. Berlari dalam lorong lurus. iii. Membawa baton pada tangan kiri atau boleh menukarnya semasa berlari ke tangan kanan. iv. Berlari dalam lorong sendiri. v. Menerima baton dalam zon pertukaran 4. Pelari ketiga i. Bersedia dan mula berlari dalam kedudukan berdiri. ii. Berlari dalam lorong sendiri pada selekoh kedua. iii. Membawa baton pada tangan kanan. iv. Berlari di sebelah dalam lorong sendiri. 5. Pelari keempat i. Bersedia dan mula berlari dalam kedudukan berdiri. ii. Berlari dalam lorong lurus dan lorong sendiri. iii. Membawa baton pada tangan kiri atau ditukarkan pada tangan kanan semasa berlari. iv. Menamatkan larian di garisan penamat. v. Menyerahkan baton kepada pegawai bertugas.

TEKNIK PERTUKARAN BATON

OLAHRAGA ACARA BALAPAN Pertukaran baton dalam acara lari berganti-ganti, terutamanya 4 x 100 meter adalah penting. Sebarang kecacatan sewaktu melakukan pertukaran baton boleh menjejaskan larian dan keputusan pasukan. Kemahiran membuat hantaran dan penerimaan baton perlu dipelajari dan dilatih dengan serius bagi menjamin kelicinan pertukaran dalam perlumbaan sebenar. Biasanya terdapat dua teknik pertukaran baton yang digunakan di berbagai-bagai peringkat kejohanan olahraga, iaitu teknik selang-seli tanpa pandang dan teknik selang-seli tanpa pandang. Kedua-dua teknik ini adalah menurut keselesaan semua peserta dalam pasukan atas nasihat jurulatih.

Teknik selang-seli tanpa pandang


Teknik ini biasanya digunakan untuk acara lari berganti-ganti 4 x 100 meter. Dalam teknik ini, pelari pertama dan ketiga berlari sambil membawa baton pada tangan yang sama, manakala pelari kedua dan pelari akhir membawa baton pada tangan yang satu lagi. Ini bererti kedudukan tangan sepanjang larian ialah kiri-kanan-kiri-kanan, atau kanan-kiri-kanan-kiri. Dalam teknik menukar baton ini, tangan peserta sahaja bergerak tanpa mata memandangnya. Setelah seseorang peserta berlari sambil memegang baton, sama ada pada tangan kanan atau tangan kirinya, peserta kedua akan bersedia untuk menerima baton pada tangan yang sebelah lagi. Pelari yang menunggu akan mula berlari sebaik sahaja pelari pertama tiba di tempat tandaan di dalam zon pertukaran baton. Sebaik sahaja pelari pertama menghampiri pelari kedua, dia akan memberi isyarat supaya pelari kedua dihadapannya menghulurkan tangan dibelakangnya untuk menerima baton. Pada ketika itu juga baton itu diletakkan ke tangan pelari kedua. Jangan gunakan tangan yang sama antara kedua-dua peserta.

Teknik selang-seli cara pandang.

OLAHRAGA ACARA BALAPAN Cara pandang di sini sekadar bermaksud kedua-dua peserta akan samasama memandang pada baton ketika pertukaran dilakukan. Dalam hal ini, pelari pertama yang membawa baton akan berlari sambil membawa baton untuk diberikan pada peserta kedua. Apabila peserta pertama tiba di tempat tandaan di dalam zon pertukaran, dia akan memberi isyarat kepada peserta kedua, dan serentak itu juga kedua-dua mereka akan memandang baton. Teknik ini kurang sesuai untuk acara lari berganti-ganti 4 x 100 meter. Mungkin untuk acara 4 x 400 meter, ia amat sesuai. Cara memberi dan menerima baton di antara kedua-dua peserta adalah sama seperti cara tanpa pandang. Pelari yang memabawa baton akan memastikan baton dapat diterima oleh penerima dengan selamat. Pertukaran baton ini selalunya dilakukan dengan pergerakan ke bawah.

Gerakan menghantar dan menerima baton dalam acara 4x100meter (tanpa pandang)

Hantaran dan Penerimaan Tanpa Pandang

OLAHRAGA ACARA BALAPAN

1. Pelari yang menerima baton, ketika melihat ke hadapan, menghulurkan tangan kanannya ke belakang. 2. Jari- jari adalah dalam kedudukan rapat dengan ibu jari terbuka serta berbentuk huruf V. Tangan sentiasa lurus dan tidak menggoyanggoyangkannya. 3. Pelari yang memberikan baton akan mengenggam baton itu antara ibu jari dengan jari kirinya sambil menghulur ke depan. 4. Pelari yang membawa meletakkannya pada tangan pelari yang menerima. Tetapi pelari yang membawa baton jangan pula melepaskan baton serta merta. 5. Pelari yang memberikan baton membiarkan baton itu ditarik daripada tangannya, dan mengawal kelajuan sendiri untuk berhenti.

Hantaran dengan Memandang


1. Pelari yang akan menerima baton memusingkan kepala dan bahunya ke arah baton. Hulurkan tangan kanan ke belakang. Biarkan tangan itu lurus dan tidak bergerak. 2. Tapak tangan hendaklah menghala ke atas dalam kedudukan terbuka. 3. Pelari yang memberikam baton menggenggam baton antara ibu jari dan jari- jarinya yang sebelah lagi. 4. Pelari yang memberikan baton menurunkannya lalu meletakkannya pada tapak tangan pelari yang menerima. Jangan lepaskan baton itu. Sebaliknya penerima akan menggenggam baton itu. 5. Penerima menarik baton itu daripada pemberi, memusingkan kepala dan bahu ke depan, lalu meneruskan lariannya. 6. Perlakuan ini diulangi untukl pelari kedua, ketiga dan keempat.

4 X 400 METER

OLAHRAGA ACARA BALAPAN 1. Berlainan daripada acara 4 x 100 meter, walaupun kedua- duanya ditakrifkan sebagai acara pecut. 2. Dalam acara ini, setiap peserta perlu menghabiskan larian satu pusingan yang jaraknya 400 meter, sambil membawa baton. 3. Kesemua empat peserta dalam satu- satu pasukan akan menghabiskan jarak 1600 meter. 4. Disertai oleh kedua- dua bahagian iaitu lelaki dan wanita dan terdapat dalam hampir semua perjumpaan olahraga, termasuk di sekolah- sekolah. 5. Selalunya, acara ini dijalankan sebagai acara terakhir. 6. Acara ini amat penting dalam menentukan kejayaan sesebuah pasukan olahraga.

PEMILIHAN PELARI
1. Prosedur memilih pelari untuk membentuk sebuah pasukan lari bergantiganti 4x400 meter sama seperti prosedur yang dilakukan bagi memilih pelari bagi acara lari berganti- ganti 4x 100 meter. 2. Ujian pemilihan akan diadakan, dan jika terdapat ramai pelari yang menyertai ujian, saringan akan diadakan. 3. Lapan peserta terbiak akan bertanding dalam peringkat akhir. 4. Lima pelari yang menduduki tempat terbaik akan dipilih. 5. Oleh kerana kesemua pelari akan berlari pada jaraj yang sama dan menggunakan taktik yang sama, maka penelitian khusus tentang ciri-ciri tertentu seperti untuk acara 4x 100 meter tidak diperlukan.

PERATURAN DAN TEKNIK LARIAN

OLAHRAGA ACARA BALAPAN A) PERMULAAN 1. Semua pelari pertama akan mengambil tempat di garisan permulaan mengikut lorong yang ditetapkan menerusi undian. 2. Mereka akan berlari sepanjang 400 meter mengikut lorong yang ditetapkan. 3. Setelah semuanya bersedia, pegawai pelepas akan mengarahkan semua pelari pertama 4. Ke garisan, Sedia dan diikuti dengan tembakan pistol menandakan permulaan larian. 5. Penggunaan blom digalakkan untuk pelari pertama. B) PELARI KEDUA 1. Pelari kedua daripada setiap pasukan akan mengambil temapt di garisan permulaan mengikut lorong pelari pertama, sebaik sahaja pelari pertama berlari. 2. Ini kerana, untuk 100 meter pertama, pelari kedua akan terus berlari mengikut lorong masing- masing. 3. Selepas melepasi garisan 100 meter pertama, pelari- pelari dari lorong kedua dan berikutnya akan memotong memasuki lorong pertama dan selepas itu semua pelari berlari tanpa mengikut lorong asal. 4. Setelah semua pelari kedua berlari dalam lorong yang sama, perlumbaan dan persaingan sebenar dapat dilihat. 5. Kejar mengejar dan potong- memotong sering terjadi. 6. Biasanya pada peringkat pelari kedua ini, masih terlalu awal untuk membuat ramalan siapa bakal pemenangnya. C) PELARI KETIGA 1. Pelari ketiga akan mengambil tempat di garisan permulaan sebaik sahaja pelari kedua berlepas. 2. Kedudukan pelari ketiga ditentukan berdasarkan kedudukan 100 meter terakhir pelari kedua.

OLAHRAGA ACARA BALAPAN 3. Ini bermakna, jika pelari pasukan A mendahului larian pelari kedua, maka pelari ketiga daripada pasukan A akan berada di lorong pertama, dan begitulah seterusnya. 4. Pelari ketiga akan menerruskan larian tanpa mengikut lorong, dan sudah tentu mereka akan meneruskan larian tanpa mengikut lorng, dan sudah tentu mereka akan berlari dalam lorong paling dalam. D) PELARI KEEMPAT 1. Mereka akan berada di garisan permulaan sebaik sahaja pelari ketiga berlepas. 2. Semasa pelari ketiga memasuki peringkat 100 meter terakhir, pelari keempat daripada pasukan itu akan menduduki lorong paling dalam. Ini memberi kelebihan kepada pelari yang mendahului larian ini. 3. Tugas pelari keempat amat penting, kerana sebagai pelari terakhir, kemenangan atau kekalahan pasukannya bergantung kepadanya. 4. Kemuncak larian 4 x 400 meter ini ialah pada peringkat 100 meterterakhir. 5. Dalam kebanyakan perjumpaan olahraga, pada peringkat inilah para pelari akan berusaha memecut untuk mengatasi lawan masing- masing 6. Persaingan yang hebat dan sengit boleh menyukarkan penentuan pemenag, sehingga terpaksa menggunakan kaedah photo- finish. E) SUSUNAN PELARI 1. Jika sesebuah pasukan lari berganti- ganti 4 x 400 meter mempunyai pelari yang hampir setanding keupayaan mereka, maka perletakan pelari adalah daripada yang lemah kepada yang lebih pantas. 2. Susunan boleh juga mengikut yang terpantas dahulu dan diikuti oleh pelari- pelari lain. 3. Jika pasukan itu tidak tahu keupayaan pelarinya, pelari kedua terpantas akan memulakan larian. 4. Pelari ketiga terbaik akan bertindak sebagai pelari kedua, pelari keempat terbaik akan menjadi pelari ketiga dan pelari terpantas akan berlari sebagai pelari terakhir.

OLAHRAGA ACARA BALAPAN 5. Susunan pelari juga penting dan harus diberikan perhatian oleh jurulatih. F) PERTUKARAN BATON 1. Kaedah memandang dalam pertukaran baton digunakan kerana pelari terpaksa berlari pada jarak yang agak jauh. 2. Pelari yang menuju garisan penamat akan keletihan. Oleh itu, ia akan menghantar baton kepada rakannya secara menegak, sama ada pada tangan kiri atau kanan, bergantung kepada pelari sebelumnya. 3. Elakkan daripada menerima dan memberi baton pada tangan yang sama. 4. Semasa menerima baton, pelari akan membuka tangan, jari telunjuk dan ibu jari membentuk huruf V supaya baton tidak akan terjatuh atau menimbulkan masalah ketika menggenggamnya. 5. Pelari yang akan menerima baton hendaklah menerimanya dalam zon yang ditetapkan. 6. Pelari yang menuju garisan penamat tidak boleh keluar daripada lorongnya dengan serta merta apabila menukar baton bagi mengelakkan berlakunya kemalangan di antara pelari. G) PERKARA - PERKARA PENTING 1. Pelari mesti mempunyai identiti atau pengenalan diri, iaitu dengan memakai baju yan berabjad dan sama warna dengan pelari lain dalam pasukannya. 2. Satu pasukan terdiri daripada empat orang pelari serta seorang pelari simpanan. 3. Baton hendaklah dibawa berlari secara bergilir- gilir oleh keempat- empat pelari mengelilingi trek 400 meter sebanyak empat kali. 4. Pertukaran baton hendaklah dilakukan dalam zon 20 meter yang ditetapkan. 5. Pelari yang telah berlari dan akan memberikan baton kepada rakannya tidak boleh keluar daripada lorongnya serta merta bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. 6. Baton tidak boleh dicampakkan kepada rakan, atau dibuang selepas perlumbaan tamat.

OLAHRAGA ACARA BALAPAN 7. Pelari hendaklah mematuhi semua syarat dan peraturan perlumbaan, dan sebarang keputusan para pegawai pertandingan adalah muktamad.

TEKNIK MENGAJAR LATIHAN UNTUK ACARA LARI BERGANTI- GANTI


1. Prinsip larian untuk acara lari berganti- ganti 4 x 400 meter sama dengan acara 400 meter biasa. 2. Penekanan terhadap pertukaran baton adalah tidak sepenting acara 4 x 100 meter. 3. Berbanding acara 4 x 100 meter, pelari dalam acara 4 x 400 meter mempunyai masa yang lebih lama untuk membuat pertukaran. 4. Sekiranya pelari dapat memberi dan menerima baton dengan baik dan mematuhi peraturan yang ditetapkan, maka lariannya akan menentukan kejayaan pasukannya. 5. Dalam acara 4 x 100 meter, para pelari tidak mempunyai masa yang lama untuk untuk membuat pertukaran baton. Pertukaran baton yang pantas, sempurna dan licin adalah penting dalam menentukan kejayaan sesuatu pasukan. 6. Jalan paling berkesan dalam meningkatkan kelicinan dan keberkesanan larian ialah menerusi latihan, termasuk latihan menukar baton. 7. Terdapat beberapa latihan yang sesuai untuk acara lari berganti- ganti ini iaitu A) Lari Berganti- ganti Mengikut Tempat 1. Empat orang pelatih dan baton diperlukan. 2. Pelatih A dan pelatih C membawa baton masing- masing. 3. Pelatih A memulakan larian dan memberikan baton kepada pelatih B.

OLAHRAGA ACARA BALAPAN 4. Setelah menerima baton, pelari B berlari ke arah pelatih C lalu mmencuit tangan pelatih C. 5. Pelatih C pula berlari lalu menyerahkan baton kepada pelatih D, dan seterusnya akan memecut ke hadapan. 6. Ulangi aktiviti ini dengan pelatih D menjadi pelari pertama, pelatih A menjadi pelari kedua dan seterusnya. Latihan ini diteruskan sehingga semua pelari berlari pada kedudukan berlainan.

B) Latihan Lari Berganti- ganti Berbentuk Bola 1. Empat kumpulan pelatih yang terdiri daripada empat orang dalam setiap pasukan, mengambil tempat pada kedudukan seperti pada Rajah 6.10. 2. Pelatih pertama ( A, B, C dan D ) daripada setiap kumpulan akan memulakan larian sambil membawa baton sebanyak satu pasukan lalu menyerahlkannya kepada pelatih kedua( A2, B2, C2, danD2) yang telah menunggu di tempat pelatih pertama tadi. 3. Pelatih kedua akan terus berlari sebaik sahaja mendapat baton daripada pelatih pertama. 4. Semua pelatih hendaklah meneruskan latihan ini sehinggalah setiap seorang daripada mereka berpeluang berlari.

LATIHAN LARI BERGANTI- GANTI MENGELILINGI HALANGAN / PENANDA


1. Dua pasukan yang terdiri daripada lima orang pelatih setiap pasukan mengambil tempat. 2. Mulakan latihan dengan pelatih pertama ( A1 dan B1) daripada setiap kumpulan, iaitu dengan berlari ke hadapan mengelilingi penanda, kemudian berlari ke belakang kmpulannya untuk mengelilingi penanda kedua.

OLAHRAGA ACARA BALAPAN 3. Pelatih A2 dan B2 akan meneruskan larian setelah masing- masing menerima baton daripada pelatih A1 dan B1. 4. Semua pelatih hendaklah menunggu giliran berlari di sebelah kanan kumpulan masing- masing. 5. Kumpulan yang terdahulu menamatkan perlumbaan dikira pemenang.

LATIHAN LARI BERGANTI- GANTI JARAK DEKAT


1. Latihan ini lebih sesuai dilakukan di gelanggang bola jaring. Ini kerana kawasan tengah gelanggang bola jaring boleh dijadikan kawasan zon petukaran baton. 2. Pelatih perlu melakukan larian sejauh 30 meter serta 10 meter di dalam zon. 3. Beberapa acara tambahan bagi acara olahraga dalam acara lari bergantiganti seperti 4 x 200 meter dan 4 x 800 meter. Namun ia hanya sampingan sahaja. Acara rasmi cuma acara 4 x 100 meter dan 4 x 400 meter. 4. Setiap ahli olahraga perlu meningkatkan daya tahan (stamina) dengan meningkatkan latihan 5. Semangat berpasukan amat penting dan perlu sentiasa ditanam dalam diri setiap pelari.

You might also like