1.

0 Pendahuluan

Etika dapat didefinisikan sebagai prinsip moral atau nilai-nilai akhlak seperti adat sopan santun dan sebagainya yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia dengan merujuk kepada Kamus Pelajar Edisi Kedua. Selain itu, etika juga dapat diistilahkan sebagai suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak dan tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. Ia meliputi aspek-aspek moral yang baik dan yang buruk, serta yang betul dan salah dengan tujuan memberi garis panduan kepada ahli-ahli berkenaan. Manakala ‘profesion’ juga merujuk kepada Kamus Pelajar Edisi Kedua merupakan pekerjaan yang memerlukan kelayakan berpendidikan tinggi dan melalui latihan khusus dan berterusan. Diantaranya ialah bidang keguruan, peguaman, akauntan, perubatan, kaunseling, kejuruteraan dan dan sebagainya. Menurut (Lieberman 1956), sesuatu profesion yang sebenar adalah sesuatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan iktisas yang mencukupi, khidmat yang diperlui masyarakat, menikmati otonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan pendidikan. Mok Soon Sang (1996) pula merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme berdasarkan ciri-ciri profesion sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai outonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya. Namun di Malaysia menurut Awang Had Salleh (1980), perguruan ini lebih mirip kepada pekerjaan (vocation) daripada profesion. Perguruan membawa konsep yang berbeza dengan keguruan. Perguruan bermakna sekolah, tempat belajar, pengajaran atau yang berkaitan dengan guru seperti maktab. Manakala keguruan bermakna yang berkaitan dengan guru, peranan tugas, kelayakan dan lain-lain sebagai seorang guru berdasarkan kepada

zaman semakin mencabar dan bebanan guru juga turut bertambah yang menuntut kesabaran serta tanggungjawab yang makin hebat. kepedulian guru. Isu kesantunan merupakan isu yang selalu diperhatikan kerana ia sinonim dengan proesion guru yang banyak berinteraksi dan hidup dengan masyarakat sekeliling seperti pelajar.Pusat Rujukan Persuratan Melayu. guru juga haruslah mempunyai kelengkapan keilmuan yang cukup dan peribadi sahsiah yang luhur agar dapat menjadi contoh dan teladan yang baik kepada para bakal pemimpin negara pada masa akan datang secara amnya dan kepada para murid ataupun para pelajar secara khususnya. berdedikasi. rakan sejawat. Kesantunan . sebahagian besar adalah hasil sumbangan kerjaya keguruan. Di samping itu. bertanggungjawab dan sebagainya yang menjadi pegangannya agar dapat mematuhi kod etika yang telah ditetapkan oleh organisasinya. Antaranya isu kesantunan guru. etika profesion perguruan dapatlah disimpulkan sebagai apabila seseorang yang memilih bidang keguruan sebagai satu profesion iaitu selepas memliki kelayakan tertinggi dan mengikuti latihan iktisas yang cukup bermutu dan seara berterusan. kerjaya sambilan. Namun sebagai seorang pendidik yang berwibawa. iaitu kesantunan berbahasa. penampilan guru. Menurut Hussin Sarif (2009). pengurusan masa dan pengurusan kewangan. dan kesantunan perbuatan. 1. bebanan yang dipikul seharusnya dijadikan sebagai semangat kerana guru harus berperanan untuk mengenal pasti dan membangunkan potensi diri pelajar. Terdapat pelbagai isu yang dapat dikaitkan apabila seseorang guru itu melanggar nilai etika yang telah ditetapkan. Kini. ibu bapa pelajar dan sebagainya. maka individu tersebut haruslah mempunyai prinsip moral atau nilai-nilai akhlak seperti adat sopan santun. berniaga di sekolah. Dalam erti kata lain. kesantunan berpakaian. kesantunan terbahagi kepada tiga bahagian. Kejayaan dan keberkesanan dalam bidang pendidikan banyak berkait rapat dengan nilai-nilai akhlak dan prinsip moral yang harus menjadi pegangan guru sebagai seorang pendidik. Peranan guru ini amat penting dalam menentukan corak pembangunan sesebuah negara kerana tidak dapat dinafikan kejayaan negara sehingga kini.1 Huraikan satu (1) isu yang melanggar etika profesion perguruan.

guru perlulah menguasai teknik berkomunikasi yang berkesan kerana jika cara berbahasa guru tidak sesuai dengan norma-norma budaya. Di antaranya isu buli sehingga mengancam nyawa pelajar. para pelajar bergaduh hingga digantung ataupun dibuang sekolah. Setiap guru perlulah faham nilai kesantunan untuk bertindak dalam menghadapi pelbagai situasi khususnya hubungan yang melibatkan di antara guru dengan pelajar. Isu-isu ini sedikit sebanyak telah menjejaskan profesion perguruan yang telah dianggap mulia dan di antara profesion yang tertua di dunia kerana akan mengambarkan suasana di sekolah yang agak kurang baik pada pandangan masyarakat luar. di dada-dada akhbar sering memaparkan pelbagai berita tentang guru dan murid yang bermasalah. Dalam kesantunan berpakaian. Sebagai seorang pendidik. guru memukul murid sehingga mati dan sebagainya. kejadian yang berlaku di Kuala Nerang. Manakala kesantunan perbuatan pula ialah cara bertindak atau gerakgerik ketika menghadapi sesuatu atau dalam situasi tertentu. tidak beradat dan bersopan. Lewat kebelakangan ini. Kedah itu melibatkan guru Bahasa Inggeris perempuan yang didakwa mencederakan kepala tiga muridnya dengan kasut tumit tinggi di Sekolah Kebangsaan Padang Sanai. seseorang guru haruslah berpakaian yang sopan di tempat awam dan sesuai mengikut keadaan. maka ia akan menimbulkan nilai-nilai yang negatif di kalangan masyarakat sekelilingnya seperti guru dianggap sebagai seoragng yang sombong. Walaupun guru tersebut mempunyai rekod yang yang amat baik dalam memajukan pelajaran muridnya menerusi kejayaannya meningkatkan prestasi pelajar dalam subjek Bahasa . Mengikut laporan akhbar terbitan Utusan Malaysia (2007). Kesantunan berbahasa pula dapat dilihat menerusi cara komunikasi secara lisan. Pakaian yang terlalu nipis. Memetik salah satu isu berkaitan kesantunan dalam bertindak ialah seorang ‘Guru pukul pelajar dengan kasut diberi kaunseling’. ataupun kain yang terbelah terlalu tinggi perlulah dielakkan kerana ia boleh membawa persepsi yang negatif kepada para pelajar. guru menampar murid.selalu bipolar iaitu mempunyai hubungan dua hala seperti hubungan diantara guru dengan murid. Hal ini mungkin terjadi kerana terdapat segelintir guru yang bermasalah akibat tekanan kerja atau perasaan yang menyebabkannya bertindak mengikut perasaan lantas melakukan sesuatu diluar dugaan dan norma-norma batasan sebagai seorang guru.

kesan dari tindakannya telah mengubah persepsi negatif masyarakat terhadapnya. individu yang mempunyai sahsiah yang baik akan menunjukkan ciri-ciri yang positif seperti penampilan fizikal yang kemas. dan apabila didenda oleh guru akan dilaporkan kepada ibu bapa.4 peratus tahun lalu. Pembangunan sahsiah merangkumi penampilan fizikal. 1. Justeru. Ibu bapa pula tanpa usul periksa akan terus menyalahkan guru kerana mendenda anak mereka. Walaupun pada zaman sekarang pelajar sering digambarkan dengan nilai-nilai yang negatif seperti tidak suka ditegur atau disuruh melakukan sesuatu kerja sekolah atau malas menyiapkan tugasan yang diberikan. dapat mengawal perasaan diri. datang lambat ke tempat kerja. . Hal ini dapat dielakkan jika guru. tingkah laku. di samping pernah menerima sijil penghargaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada 1998 selain menjadi penulis modul literasi maklumat untuk pelajar tahun empat. pelajar dan ibu bapa mempunyai hubungan yang baik sesama mereka. boleh bergaul mesra dengan orang lain serta memegang kepada nilai agama sendiri.Inggeris di sekolah itu daripada kelulusan sebanyak 65 peratus pada tahun 2000 kepada 91. tingkah laku yang boleh diterima oleh norma dan nilai masyarakat. sikap yang beramah mesra. sikap. individu yang dikatakan mempunyai sahsiah yang bermasalah akan menunjukkan ciri-ciri yang negatif seperti lebih cenderung kepada masalah disiplin.2 Huraikan kesan isu tersebut kepada pembangunan sahsiah guru. disinilah letaknya nilai kesantunan dalam bertindak bagi seseorang guru kerana tugas guru dalam mendidik anak bangsa memerlukan kesabaran yang tinggi terutamanya di zaman yang serba mencabar kini. lima dan enam dari 2004 hingga 2006 namun. Disinilah letaknya kepentingan nilai kesantunan dalam diri seseotang guru dalam memikul tugas sebagai seorang pendidi dan tidak harus dilanggar demi memastikan profesion keguruan dianggap mulia di mata masyarakat kerana tanggungjawab guru menyebar ilmu serta pembentuk akhlak dan moral pelajar diiktiraf oleh Allah SWT sebagai golongan mulia dalam masyarakat yang menyumbang terhadap pembangunan generasi akan datang. dan sebagainya. pemikiran. perasaan. sosial dan rohani dalam diri seseorang individu dan nilai sahsiahnya boleh dilihat berdasarkan kesemua aspek tersebut. Manakala. tidak memberi hormat kepada rakan sejawat atau ketua jabatan. Umumnya.

Justeru. mencari rezeki. Iman Al Ghazali (1989). berdasarkan kepada pendapat dan juga perspektif Islam mahupun Barat mengenai pembangunan sahsiah dapatlah dirumuskan bahawa sahsiah ialah ciri-ciri keseluruhan tingkah laku yang tetap pada seseorang individu. adab kehidupan berkeluarga. ‘Guru kencing berdiri.1970). Guru sebagai cermin kepada keperibadian murid. Maka. pembangunan sahsiah yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh ajaran agama dan nilai-nilai budaya dalam masyarakat dengan pembangunan intelektual merupakan kejayaan kepada masyarakat dan negara. tetapi berlainan dengan orang lain. intelek dan emosi iaitu selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu. pembangunan sahsiah mengikut perspektif Islam pula. Manakala dari perspektif Barat pula. Ia merupakan satu wadah pengisian dalam kehidupan individu yang melibatkan aspek rohani. Ia mewakili perwatakan seseorang individu yang dapat diperhatikan dan dinilai melalui tingkah laku yang ditunjukkannya. Bak kata pepatah.1883). jasmani. Dalam ertikata lain. menurut Kamarul Azmi (2002) pembangunan sahsiah lebih diperjuangkan bagi memenuhi keperluan jasmani manusia sendiri. meningkatkan status kuasa dan agama serta meningkatkan kelas sosial ekonomi yang dianggap sebagai tunjang dalam menentukan pembentukan dan perkembangan struktur sosial masyarakat manusia. akidah. konsep pembangunan sahsiah bagi setiap pendidik seharusnya .Menurut Abdul Jalil (1998). Weber (1864 -1920) dan Maslow (1908 . perhubungan sesama manusia. mengatakan pembangunan sahsiah merangkumi keseluruhan aspek diri individu iaitu melibatkan pengetahuan agama. murid kencing berlari’ yang menbawa maksud kelakuan murid mencontohi kelakuan guru terutamanya dalam hal yg tidak baik. akhlak. Berdasarkan pandangan para pemikir seperti Mark (1818 . penghayatan Al-Quran. antara keperluan jasmani yang ditekankan mengikut perspektif Barat ialah keperluan fizikal dan keperluan psikologi manusia. budi pekerti dan pembangunan jiwa serta hati. guru sebagai seorang pendidik seharusnya mempunyai nilai sahsiah yang positif dan berakhlak mulia dalam memainkan peranan sebagai penggerak utama dalam membangunkan sahsiah murid-murid serta menjadi role model kepada para pelajarnya.

kadangkala faktor bebanan ataupun tekanan perasaan akan menyebabkan seseorang bertindak di luar batasan. Manakala faktor persekitaran pula merangkumi aspek keluarga seperti didikan ibubapa dan taraf sosioekonomi keluarga. penyakit. rakan sebaya. Hal ini akan menyukarkan proses pengajaran dan pembelajaran dua hala di antara guru tersebut dengan murid-muridnya disebabkan perasaan takut. namun akibat yang harus ditanggung oleh guru tersebut amat mendalam kesannya. masyarakat. kurang selesa ataupun tidak menghormati guru tersebut di dalam diri murid itu sendiri akibat tindakannya yang lalu dalam menyampaikan ilmu kepada para muridnya. Elemen yang pertama di dalam faktora baka iaitu saiz badan akan menentukan kesesuaian seseorang dalam melakukan aktiviti. Di kalangan pelajar khususnya akan menggambarkan guru tersebut sebagai seorang yang kejam. media massa. kecerdasan dan temperamen. kebudayaan. Pembangunan sahsiah seseorang individu itu dipengaruhi oleh dua faktor iaitu faktor baka dan juga faktor persekitaran. (2004). Kebolehan melakukan sesuatu aktiviti akan meningkatkan keyakinan diri individu serta menjadi tumpuan orang. Menurut Mohd Ismail et al. Berdasarkan isu kepada kesantunan guru dalam bertindak. dan nilai-nilai negatif yang lain. Walaupun mempunyai rekod yang amat baik sepanjang perkhidmatan dalam bidang keguruan. Pendidik sepatutnya terlebih mempunyai sahsiah yang baik untuk dicontohi oleh murid-murid sebelum membentuk sahsiah murid-murid agar menjadi lebih berakhlak mulia. Namun ada juga yang gagal mengawal perasaannya dan lantas bertindak mengikut nafsu daripada akal dan seterusnya akan melanggar etika profesion perguruan itu sendiri tanpa disedarinya. tidak beperikemanusian.pengaruh sekolah. Hal ini ini turut memberi kesan kepada segelintir guru yang memerlukan nilai kesabaran yang tinggi dalam menyampaikan ilmu kepada anak didikannya. faktor baka termasuk saiz badan. saling menghoramti. dan memiliki nilai. dan masyarakat.dipupuk dan diaplikasikan dalam aktiviti seharian sebagai satu misi yang penting demi membangunkan keluarga. bangsa dan negara dan agama. pengalaman awal kanak-kanak. seharusnya guru tersebut berfikir kesannya terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu tindakan.nilai positif yang lain di dalam diri mereka. Hal ini secara tidak langsung akan meningkatkan penghargaan kendiri individu dan seterusnya membentuk sahsiah . Tidak dapat dinafikan. bertanggungjawab.

Individu akan membentuk sahsiah yang positif sekiranya mempunyai tahap kecerdasan tinggi dan sebaliknya. kencing manis. Ibu bapa yang mampu membeli buku rujukan tambahan. Elemen yang terakhir ialah temperamen. Bermula dengan faktor keluarga. kedudukan kewangan keluarga juga menentukan jenis-jenis kemudahan yang boleh disediakan untuk anak-anaknya seperti bahan pengajaran tambahan. alat . pemakanan serta perhubungan dengan ahli keluarga secara tidak langsung telah diterapkan dalam diri kanak-kanak. Cara komunikasi ibu bapa. Menurut Azizi et al. Temperamen merupakan sifat semula jadi individu yang boleh mempengaruhi interaksi antara individu dengan individu yang lain. komputer. Elemen yang kedua pula ialah penyakit dan terdapat beberapa jenis penyakit yang mungkin diwarisi melalui baka seperti asma. Kemampuan individu dapat diukur berdasarkan prestasi akademik atau pekerjaan. sakit jantung dan sebagainya. Setiap orang mempunyai kecerdasan yang berbeza untuk membantu individu menyelesaikan masalah seharian mereka. kecerdasan mempunyai hubungan yang signifikan dengan prestasi akademik. (2007). Corak didikan ibu bapa yang bersifat demokratik akan membantu kanak-kanak dalam proses membuat keputusan. Selain itu. Kecerdasan pula merupakan elemen yang ketiga yang terdapat di dalam faktor baka yang turut mempengaruhi pembangunan sahsiah individu itu. Hal ini secara tidak langsung boleh mempengaruhi pembangunan sahsiah individu ke arah yang tidak sihat disebabkan perkembangan sosial dan emosi terganggu. Seterusnya persekitaran turut memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah seseorang individu itu. Keluarga yang mesra dan harmoni lebih menggalakkan pembentukan sahsiah yang sihat.diri yang sihat. Individu yang menghidapi penyakit ini pada usia yang muda akan menyekat aktiviti sosialnya dan kemungkinan menjejaskan hubungan dirinya dengan rakan-rakan. Didikan daripada ibu bapa sejak kecil banyak mempengaruhi perkembangan sahsiah atau personaliti individu. Individu yang stabil emosinya lebih mudah bergaul mesra dengan orang lain serta tenang dalam menghadapi sebarang cabaran yang dihadapi. berpakaian. ia merangkumi didikan daripada ibu bapa dan taraf sosioekonomi keluarga.

disebabkan persekitaran yang berlainan. Sifat-sifat baik ini akan menjamin sahsiah yang sihat. persekitaran sekolah merupakan situasi yang menggalakkan pembangunan sahsiah berlaku. . Kanak-kanak yang selalu dihukum kerana melakukan kesilapan akan menyebabkan kanak-kanak tersebut sentiasa merasa bimbang dan bersalah. Dalam erti kata yang lain. Sekolah adalah agen sosialisasi yang berfungsi secara formal. Sebaliknya. Selain itu. Penekanan kepada satu-satu nilai dalam satu-satu kebudayaan tertentu akan mempengaruhi pembangunan kanak-kanak. pilih kasih atau suka memarahi murid-murid lebih cenderung melahirkan sahsiah murid-murid yang tidak baik. Hal ini juga menyebabkan terbentuknya perasaan rendah diri dan terancam sehingga menjejaskan harga diri atau konsep kendiri kanak-kanak tersebut. Seterusnya faktor kebudayaan. kurang inovatif serta takut membuat perubahan.permainan atau alat muzik lebih banyak menyediakan peluang kepada anak-anak untuk mempelajari sesuatu yang baru dan sebaliknya. Budaya sama ada daripada keluarga atau masyarakat telah dipupuk dalam diri individu sejak kecil lagi. guru yang tidak adil. terdapat proses sosialisasi yang berlainan di antara dua kelas iaitu kelas bawahan tidak menggalakkan anak berfungsi dengan lebih sempurna berbanding dengan anak-anak kelas pertengahan atau atasan yang lebih bersedia untuk masuk ke sekolah. Pengetua yang tidak tegas akan melahirkan pelajar yang pasif. Maka. Impak tersebut secara tidak langsung telah menjejaskan perkembangan sahsiah individu serta cenderung membentuk sahsiah kendiri yang negatif. sesebuah keluarga yang menekankan kekayaan dan kebendaan sebagai nilai yang penting dalam hidup. Kebudayaan yang berbeza mempunyai norma dan nilai yang berbeza. Faktor yang kedua ialah pengalaman awal kanak-kanak memberi kesan yang besar terhadap kehidupan di kemudian hari semasa kanak-kanak tersebut melangkah ke peringkat dewasa. Tindakan atau tingkah laku yang ditunjukkan oleh pengetua dan guru akan menjadi teladan kepada murid-murid di sekolah. Pengaruh sekolah turut mempengaruhi pembentukan sahsiah seseorang individu itu. Hal ini akan menyebabkan sifat kepimpinan murid-murid terbantut. Guru yang penyayang akan membentuk emosi murid-murid yang stabil. Contohnya. maka kanak-kanak yang membesar akan bersifat materialistik. guru merupakan agen sosialisasi yang berpengaruh.

ia haruslah dipandang serius kerana nilai yang baik di . Pertama. Ketiga. Tetapi. 2004: 27). Masyarakat yang mempunyai nilai-nilai dan norma-norma yang sihat akan melahirkan anggotanya yang bertanggungjawab. mereka terpengaruh dengan kepimpinan dan kemampuan rakan mereka. kedua. berdedikasi. Oleh itu. masyarakat yang mementingkan kekayaan dan harta benda dengan mengenepikan nilai-nilai murni akan melahirkan lebih banyak insan yang mengejar harta benda dan kemewahan.Suasana sekolah yang baik dapat membantu pembangunan sahsiah yang sempurna disebabkan terdapat bimbingan guru dan persekitaran yang menyenangkan. tetapi bertanggungjawab juga kepada pembentukan peribadi murid iaitu nilai hidup yang dipegang dan budaya yang diterima olehnya. mereka ingin membuktikan kebolehan diri dan memperolehi pengakuan dan penghargaan rakan. anak-anak muda dipengaruhi oleh rakan sebaya apabila mereka ingin diterima atau disukai oleh kumpulan rakan mereka. Mereka sanggup melakukan tingkah laku yang melanggar undangundang demi memperolehi kekayaan. Pendedahan kepada media massa yang sihat adalah penting seperti program-program bercorak keagamaan. national geography dan sebagainya akan membantu perkembangan intelek seseorang individu. sains. adalah penting untuk melihat kepada dua faktor utama tersebut iaitu faktor baka dan faktor persekitaran dalam usaha untuk membangunkan sahsiah muridmurid di sekolah nanti. terdapat tiga cara utama bagaimana individu dapat dipengaruhi oleh rakan mereka melalui faktor rakan sebaya. Secara langsung melalui program-program ini lebih menggalakkan individu untuk berfikir. guru bukan sahaja bertanggungjawab menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid. Dengan kata lain. Akhir sekali ialah faktor masyarakat. membangkitkan motivasi dan minat untuk belajar. rajin dan sedia berkorban untuk menolong orang lain. Hal ini jelas menggambarkan bahawa bagaimana nilai masyarakat boleh menghasilkan sahsiah individu yang tidak diingini. Namun menjawab kepada persoalan mengenai isu kesantunan guru dalam bertindak melebihi norma-norma batasan sebagai guru sehingga melanggar etika profesion perguruan itu sendiri. Media massa turut memainkan peranan dalam pembentukan sahsiah individu. Menurut Glidewell (dalam Mohd Ismail et al.

1982). Menurut Roger (1951) bahawa intisari sahsiah seseorang ialah konsep kendirinya iaitu bagaimana seseorang itu berpendapat dan menganggap tentang dirinya berdasarkan kesedaran tentang kelebihan dan kekurangan dan maklumat tentang dirinya yang diterima daripada orang lain. Semakin tekal sesuatu tingkah laku dan semakin kerap berlakunya tingkah laku yang tertentu di dalam pelbagai keadaan yang berlainan semakin nyatalah sahsiah seseorang (Atan Long. Jika dilihat kepada rekod yang amat baik sepanjang perkhidmatannya sebagai guru sehingga mampu meningkatkan prestasi pelajar dalam subjek Bahasa Inggeris di sekolah itu daripada kelulusan sebanyak 65 peratus pada tahun 2000 kepada 91. Maka. mampu mengurus keperluan kerjaya serta keperluan diri dan kehidupan. Bermula dengan aspek kognitif.4 peratus berbading tahun lalu dan pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 1998. ‘sahsiah’ bermakna keperibadian atau peribadi yang utama ialah menuntut ilmu dan melengkapkan proses pembinaan peribadi atau sebagai insan yang terpuji. Triet sesuatu sahsiah itu ditentukan mengikut ketekalan gerak balas seseorang di dalam pelbagai situasi. seseorang guru itu haruslah mampu berfikir secara positif. wajarlah guru tersebut diberikan kaunseling supaya dapat mengenal pasti punca sebenar guru tersebut bertindak sedemikian. Oleh itu. rohani.dalam diri seseorang pendidik itu akan menjadi ikutan anak didikannya. sahsiah adalah diri seseorang itu secara objektif atau sebagaimana yang ada pada dirinya. tetapi melibatkan corak tingkah laku dan operasi yang bersifat konsisten. kesesuaian atau keupayaan untuk berubah hasil pembelajaran dan organisasi. Menurut Allport (1961) dalam Atan Long (1982) menyimpulkan bahawa ‘sahsiah sebagai suatu organisasi sistem psikologi dan kejasmanian yang dinamik di dalam diri seseorang yang menentukan penyesuaiannya dengan alam sekeliling dengan cara yang unik. mampu menangani tekanan. Secara umumnya. Munkin faktor baka dan persekitaran mempengaruhi dalam pembentukan sahsiah guru tersebut. ciri-ciri sahsiah termasuk keunikan dengan maksud tersendiri. Sahsiah merangkumi empat aspek yang utama iaitu kognitif. Menurut kamus Dewan. namun sebagai seorang guru seharusnya mempunyai sahsiah yang terpuji dan tidak akan tegar melakukan perkara tersebut terhadap anak muridnya. fizikal dan sosial. ia bukan sekadar himpunan tingkah laku. Aspek rohani pula menyentuh kepada hubungan dengan . Dengan perkataan lain.

Ciri ini adalah menjaga hubungan di antara makhluk dengan penciptaNya.tuhan. Terdapat lapan ciri yang digariskan mengikut perspektif Islam iaitu pembangunan akhlak kapada Tuhan. Sosial merupakan ciri yang ketiga yakni suka bergaul dengan orang lain. Dalam ertikata lain. Jika dilihat semula kepada empat aspek didalam ciri-ciri sahsiah yang merangkumi aspek kognitif. Akhir sekali ialah aspek sosial iaitu kebolehan guru tersebut dalam berinteraksi dan berkomunikasi terutamanya dengan anak didikannya. Seterusnya akhlak sesama insan dengan menjaga hubungan sesama makhluk. Dari segi ilmu pula. berdasarkan kepada faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan sahsiah diri terutamanya kepada seorang guru dibantu dengan nilai-nilai sahsiah yang perlu ada dalam diri pendidik itu sendiri. menjaga penampilan kendiri dan menguruskan pengurusan kendiri. Akhir sekali ialah pengetahuan. Jihad pula adalah semangat berjuang untuk melawan hawa nafsu yang buruk. kejiwaan yang kental dan konsep kendiri yang mantap. Adab kehidupan pula dapat dilihat menerusi pengamalan adab kehidupan sebagai seorang muslim seperti bersopan santun. mencari dan menuntut ilmu serta menyebarkan ilmu merupakan suatu kewajipan. ia dapat memupuk sahsiah yang terpuji di kalangan para pendidik pada hari ini. Seterusnya dari segi aspek fizikal pula seseorang guru itu perlulah mempamerkan tingkah laku yang baik.rohani. penerimaan terhadap orang lain dan seterusnya persediaan untuk member dan menerima pendapat. lemah lembut dan sebagainya. Islam menggariskan panduan lengkap. Pengetahuan yang ada perlulah diamalkan dan diaplikasikan untuk membangunkan diri ke arah yang lebih positif. Malahan ia akan menjadi lebih seimbang sekiranya seseorang guru itu menerapkan ciri-ciri sahsiah berlandaskan Al-Quran dan As Sunnah dalam melaksanakan tugas seharian. Ibadat yang merupakan ciri yang seterusnya merupakan pengabdian diri kepada Maha Pencipta disamping menjadikan Al-Quran dan As Sunnah serta sumber-sumber lain yang diterima oleh para ulama untuk dijadikan panduan dalam kehidupan seharian. isu-isu yang dikaitkan dalam melanggar etika profesion perguruan seharusnya tidak akan timbul. ciri-ciri sahsiah mengikut perspektif Islam adalah digariskan berpandukan Al-Quran. Di samping itu. sistematik dan tersusun supaya kehidupan manusia tidak tersasar daripada matlamat mencari keredhaan Allah serta ibadat kepada Pencipta. fizikal dan sosial. .

psikologi kawalan dalaman. Setiap kehidupan kita ditentukan oleh pilihan kita sendiri.teori yang membincang tentang pemikiran dan tingkah laku kita adalah Teori Pilihan. dunia sebenar. dunia pengertian. Teori Pilihan Terapi Realiti dan lain-lain. Salah satu teori . Seterusnya. Teori Pilihan Terapi Realiti dipilih sebagai teori kognitif yang boleh didalami dalam memahami tingkah laku manusia. Teori Pilihan (Choice Theory) membincangkan bagaimana seseorang individu itu bertingkah laku dan mengapa mereka bertingkah laku berdasarkan perspektif psikologi kawalan luaran. keperluan asas.3 Kaitkan isu tersebut dengan satu (1) teori pembangunan sahsiah. Teori Rasional Emotif Tingkah Laku. Manakala perbezaan teori-teori di bawah pendekatan kognitif adalah daripada aspek konsep dan aplikasinya kepada pelajar. nilai dan pengetahuan. Teori Pilihan dan Terapi Realiti telah diasaskan oleh William Glasser seorang doktor psikologi klinikal yang telah dilahirkan di Cleveland. California pada 11 Mei 1925. Teori Kognitif adalah teori yang berpusatkan kepada pemikiran manusia. Ohio. Setiap individu bebas untuk membuat pilihan.skala perimbangan. Apa yang kita pilihnya biasanya datang daripada hati sanubari kita. Dalam ilmu psikologi kaunseling aliran kognitif ada dibincangkan mengapa individu itu bertingkah laku berdasarkan kepada pilihan mereka. Oleh itu. tetapi kita juga mempunyai kehendak untuk menentukan apa yang terbaik untuk diri kita.1. Dalam penulisan teori kogitif ini. Glasser mula mengaplikasikan idea-idea Teori Pilihan dan Terapi Realiti dalam sistem pendidikan di California. dunia kualiti. dalam Teori Pilihan Terapi Realiti menekankan sistem berfikir merupakan sistem kawalan yang mengawal tingkah laku individu. tingkah . Walaupun hakikat kadangkadang kita suka. Terdapat banyak teori-teori yang dikategorikan di bawah teori kognitif seperti Teori Kognitif Tingkah Laku. Teori Pilihan Terapi Realiti telah dipilih sebagai teori yang dibincangkan. Ini disebabkan banyak kajian-kajian sebelum ini Teori Pilihan Terapi Realiti sesuai digunakan dalam konteks pendidikan dan persekolahan. Dalam tahun 1966. Persamaan teori-teori di bawah pendekatan Kognitif adalah semua masalah individu dianalisis berdasarkan kognitif.

mempunyai wang yang cukup. dilindungi dan seksual yang sihat. Semua tingkah laku manusia adalah dipandu oleh keperluan asas atau dinamakan juga basic needs (Glasser 2001). berehat. Menurut Glasser (2001) pengguna Terapi Realiti hendaklah memahami basic needsindividu yang merangkumi aspek fisiologi dan psikologi. berkemahiran. Mengikut Teori Pilihan kesemua tingkah laku manusia berasaskan kepada keinginan psikologi dan fisiologi individu. ingin dihargai.laku keseluruhan. ingin penghargaan daripada lain. Rasa ingin bebas dalam Teori Pilihan bermaksud individu mempunyai keinginan untuk memilih apa yang sewajar untuk dirinya dan cenderung untuk membuat keputusan tentang apa yang mereka mahu dalam hidup ini. Rasa ingin penghargaan meliputi keperluan ke arah pencapaian. Individu bebas bertingkah laku berdasarkan kepada motivasi dalaman. bermatlamat dan kreatif. inginkan kebebasan dan inginkan kegembiraan. majikan dan orang sekeliling. keselamatan. fleksibel. ketawa. Tegas Glasser (2000). keperluan terhadap keseronokan adalah keperluan untuk bermain. rasa dipunyai oleh keluarga. Seterusnya. rakan. rasa intim. Teori Pilihan menerangkan bahawa kita memilih untuk bertingkah laku sebagaimana yang kita inginkan termasuklah kita bersedih. dan bersedia untuk menghadapi halangan bagi memenuhi . identiti berjaya dan identity gagal. Aspek menyayangi dan disayangi ini merangkumi keperluan kasih sayang. Teori Pilihan memberi penekanan kepada sifat tanggungjawab individu. sistem tingkah laku. cekap. Glasser (1965) mendefinisikan tanggungjawab adalah keupayaan untuk memenuhi sesuatu keperluan. dan suka bersaing dengan orang lain. Menurut Glasser (1986) dan Ahmad Jazimin (2010). mempengaruhi orang lain. Psikologi kawalan luaran banyak mengganggu kita untuk memilih apa yang kita inginkan. Glasser (2000) melihat masalah manusia berpunca daripada keperluan asas (basic needs) tidak dipenuhi. keinginan psikologi merangkumi seseorang individu yang menyayangi dan ingin disayangi oleh orang lain. Selain itu keperluan dari aspek psikologi itu tidak cukup sekiranya tidak ada aspek fisiologi. pilihan kita sendiri. gembira dan berekreasi. Fisiologi ini merujuk kepada kelangsungan hidup yang merangkumi individu ini berani mengambil risiko.

kebebasan. Personaliti gagal akan memilih simptom negatif dan akhirnya mengalami tingkah laku yang tidak efektif.atau harapan yang kita inginkan. idaman. Glasser (1998) menolak konsep mimpi dan angan-angan tanpa berpaksikan kepada realiti yang sebenar. kepercayaan dan situasi yang kita alami.keperluan yang diingini. Quality World menghasilkan satu kehendak. Individu yang berjaya akan mempamerkan tingkah laku yang efektif seperti sentiasa menyokong orang lain. Begitu juga konflik timbul apabila individu dapat apa yang mereka tidak hendak. Personaliti gagal biasanya kecewa dengan kehidupan dan sentiasa menafikan kegagalan yang mereka hadapi. perasaan dan fisiologi individu. pemikiran. sentiasa mendapat galakan. kegembiraan dan kelangsungan hidup). penghargaan. menghormati orang lain. Kata kunci yang pertama ialah kehendak kualiti. Setiap individu mempunyai kehendak/harapan atau impian masing-masing. Ianya bergantung kepada sejauhmana pengalaman kita dengan orang lain. Keinginan kita banyak . selalu berleter. mudah menerima orang lain. boleh mewujudkan keseronokan atau kesakitan kepada diri individu tersebut. Terdapat enam kata kunci di dalam teori pilihan. Manakala individu yang gagal mempamerkan tingkah laku tidak efektif seperti selalu mengkritik. Individu yang gagal ini akan melarikan diri daripada tanggungjawab setelah emosi dan pemikirannya terganggu. dapat mewujudkan kepercayaan terhadap orang lain. selalu berunding dan sebagainya. Terdapat dua kategori pilihan tingkah laku dalam kehidupan iaitu tingkah laku efektif dan tingkah laku tidak efektif. selalu menuduh orang lain tanpa bukti. Konflik ini akan mempengaruhi tingkah laku. Kata kunci yang kedua pula ialah keperluan asas. membuat sesuatu kerana takutkan hukuman dan terlalu mengawal orang lain. Keadaan ini. Individu bermasalah berdasarkan Teori Pilihan apabila apabila keinginan mereka tidak dapat dipenuhi. Personaliti gagal terbentuk apabila individu gagal memenuhi kehendaknya dengan cara yang bertanggungjawab. mempunyai kemahiran mendengar yang tinggi. Keseluruhan tingkah laku ini akan menyumbang kepada identiti berjaya dan identity gagal. sentiasa tidak bepuas hati. berasa terancam. benda. Keinginan ini dipengaruhi oleh keperluan psikologi dan fisiologi (menyayangi dan disayangi.

Tingkah laku efektif membentuk identiti berjaya dan jika sebaliknya akan membentuk tingkah laku yang tidak efektif iaitu identiti gagal dan perlakuan ini merupakan kata kunci yang terakhir di dalam Teori Pilihan. Setiap individu berupaya memilih samada inginkan tingkah laku efektif ataupun tidak efektif. inginkan kegembiraan dan inginkan kebebasan. pemikiran. Perasaan gembira ini terhasil kerana hubungan yang baik disebabkan keperluan psikologi dan fisiologi telah dipenuhi. Kita boleh kawal apa yang kita buat dan kita fikir tetapi bukan kepada perasaan atau badan kita sebab kita bukan robot. kurang keyakinan diri dan cepat putus asa. Identiti berjaya akan mengalami rasa cinta. individu itu juga bertanggungjawab dalam memilih keputusan dalam kehidupannya walaupun pilihan tersebut mempunyai risiko. tempat tinggal dan sebagainya untuk terus hidup. dirinya akan merasa kecewa dan seterusnya akan mempengaruhinya untuk memilih tingkah laku yang tidak berkesan iaitu pastinya akan memberi kesan yang negatif kepada mayarakat di sekelilingnya. Seterusnya dia akan merasa menderita kerana hubungan yang tidak baik. rasa dihargai dan keperluan psikologikalnya. Manakala keperluan fisiologi adalah keperluan yang diperlukan untuk terus hidup seperti makanan.Keperluan psikologi adalah menyayangi dan ingin dimiliki. Sebaliknya jika guru tersebut memilih tingkah laku yang efektif pula. Kepuasan hidup Psikologi yang sihat dan gembira Memilih tingkah laku berkesan . Kata kunci yang keempat pula adalah identiti berjaya dan identiti gagal. keperluan psikologi dan fisiologi tidak dapat dipenuhi kerana dan psikologinya juga tidak tenteram.ditentukan oleh keperluan asas. guru tersebut akan sentiasa merasa gembira kerana mempunyai hubungan yang baik dengan masyarakat sekelilingnya disebabkan pilihan sendiri. namun ia harus dipilih berdasarkan kepada keperluan asas yang diperlukannya. inginkan penghargaan. perasaan dan fisiologi adalah tingkah laku keseluruhan. Manusia mempunyai empat jenis keperluan psikologi dan satu keperluan fisiologi. Seterusnya ialah tingkah laku keseluruhan. personaliti tidak seimbang. Manakala identiti gagal pula akan berasa tidak dicintai. Kesemua perlakuan. Contoh tingkah laku tidak efektif ialah seseorang guru itu merasa tidak gembira kerana hubungan yang tidak baik di sebabkan oleh pengaruh kawalan luaran. pakaian. Dari segi fizikal dan mental. Selain itu.

d. Masa sekarang sangat penting berbanding dengan masa lepas dan risau pada masa akan datang f. Masalah hubungan adalah suatu proses yang sentiasa wujud e. pemikiran. . Konflik dengan apa yang kita hendak akan mempengaruhi tingkah laku. Kita boleh mengawal tingkah laku kita b. Kebanyakan masalah psikologi berpunca daripada masalah hubungan. Kita mempunyai keperluan asas iaitu ingin menyayangi dan ingin dimiliki. g. inginkan kegembiraan dan ingin terus hidup. inginkan kebebasan.RUMUSAN DALAM TEORI PILIHAN (CHOICE THEORY) a. inginkan penghargaan. Kita hanya mendapat maklumat daripada orang tetapi tidak semestinya apa yang kita inginkan c. perasaan dan fisiologi. Kita rasa puas setelah memilih untuk memenuhi kehendak kita h.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful