P. 1
1

1

|Views: 1,518|Likes:

More info:

Published by: Shalini Surianarayanan on Jul 26, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/29/2013

pdf

text

original

Sections

  • 2.0 Pendahuluan
  • 2.1 Konsep Kemahiran Berfikir Kritis
  • 2.1.1 Takrifan Berfikir
  • 2.1.2 Takrifan Kemahiran Berfikir Kritis
  • 2.1.3 Konsep Pemikiran Kritis
  • 2.1.4 Ciri-ciri Pemikiran Kritis
  • 2.1.5 Komponen Kemahiran Berfikir Kritis
  • 2.1.5.1 Kemahiran Berfikir Kritis Peringkat Rendah
  • 2.1.5.2 Kemahiran Berfikir Kritis Peringkat Tinggi
  • (i) Membuat Inferens
  • (ii) Mengusul Periksa Andaian
  • (iii) Membuat Deduksi
  • (iv) Membuat Interpretasi
  • (v) Penilaian Hujah
  • 2.1.6 Alat Kajian Kemahiran Berfikir Kritis
  • 2.2.4 Kajian Tentang Tahap Kemahiran Berfikir Kritis Pelajar
  • 3.5.1 Kebolehpercayaan Dan Kesahan Alat Kajian
  • 3.6.1 Analisis Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis
  • KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
  • 5.3.1 Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis
  • 5.3.3 Penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis Merentas Jantina
  • 5.3.4 Penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis Merentas Etnik
  • 5.6 Cadangan Penyelidikan Masa Depan
  • RUJUKAN

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS PELAJAR SAINS TINGKATAN EMPAT DI DAERAH KULAI

SARIMAH BINTI KAMRIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS PELAJAR SAINS TINGKATAN EMPAT DI DAERAH KULAI SARIMAH BINTI KAMRIN Disertasi ini dikemukakan Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Fizik) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia 6 APRIL 2007 .

.

Hanisah. Munirah. Serta anak-anak. Nurulhuda dan Nuraini. yang dikasihi. Untuk suami yang tercinta. .iii DEDIKASI Buat ibubapa tersayang.

Kepada ibu. Kamrin bin Tubi. ibu mertua. Terima kasih kepada Pengetua. . sokongan dan dorongan yang diberikan. keluarga serta para sahabatnya. Juga buat mereka yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses menjalankan kajian saya ini..W. Amalan kerja yang sistematik. rakan guru serta pelajar sekolah menengah di Daerah Kulai yang terlibat dengan kajian ini. Hanisah. Siti binti Mohamad dan bapa. Shaharom Bin Noordin atas bimbingan dan tunjuk ajar serta ilmu pengetahuan yang sangat berguna. Prof Madya Dr Hj. Begitu juga tidak dilupakan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah memberikan peluang kepada saya untuk melanjutkan pelajaran serta membiayai pengajian Sarjana ini. Penulis ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada penyelia. Allahyarhamah Saodah binti Mian atas doa.iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Abu Hasan Bin Ahmad Amaludin serta anak-anak. dedikasi serta perbincangan yang membuka minda menjadi sumber inspirasi kepada penulis untuk menghadapi keadaan yang bakal ditempuhi. Terima kasih juga kepada semua ahli keluarga. Nurulhuda dan Nuraini atas sokongan dan dorongan serta pengorbanan dan inspirasi yang diberikan. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Pn Marlina binti Ali yang telah banyak memberikan bimbingan serta dorongan dalam proses pengumpulan bahan rujukan yang berkaitan kajian ini. Munirah. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S. Akhir sekali penghargaan terima kasih buat suami.A. sepanjang pengajian.

05. Bentuk kajian yang dijalankan berbentuk kajian tinjauan menggunakan kaedah soal selidik. .v ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis pelajar aliran Sains tingkatan empat di Daerah Kulai. Dapatan kajian ini memberikan implikasi bahawa proses P&P perlu memberikan penekanan kepada proses penerapan kemahiran berfikir agar pelajar dapat meningkatkan tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis mereka.41%). jantina dan etnik. sisihan lazim dan peratusan serta statistik inferensi Korelasi Spearman’s Rho dan ANOVA satu hala.052. Dapatan kajian menunjukkan Tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis pelajar Sains tingkatan empat di Daerah Kulai secara keseluruhannya adalah pada tahap sederhana (50. deduksi. Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah Watson Glaser Critical Thinking Appraisal-A (WGCTA-A) (adaptasi dari Sabaria. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan statistik deskriptif seperti min. interpretasi dan penilaian hujah) yang bererti dalam kalangan pelajar Sains tingkatan empat merentas pencapaian Sains PMR. Walau bagaimanapun hubungan ini tidak bererti pada aras . Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang sangat rendah di antara Kemahiran Berfikir Kritis pelajar Sains tingkatan empat dengan Pencapaian Sains PMR. Ini menunjukkan bahawa tiada hubungan yang bererti antara tahap Kemahiran Berfikir Kritis dengan pencapaian Sains PMR. Melalui analisis korelasi Spearman’s Rho dua hujung menunjukkan nilai koefisien korelasi . Seramai 269 orang pelajar yang terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada 116 orang pelajar lelaki dan 153 orang pelajar perempuan dari lima buah sekolah menengah di Daerah Kulai. Pelajar yang terlibat dalam kajian ini berumur antara 16 tahun hingga 17 tahun. Analisis ANOVA satu hala secara keseluruhannya menunjukkan tidak terdapat perbezaan min Kemahiran Berfikir Kritis (inferens. 2003) yang mengandungi 80 item. mengusul periksa andaian.

269 form four students comprising 116 males and 153 females ages from 16 to 17 years old from five secondary school in Kulai District involved in this study. . 2003) consists of 80 items was used in this study. Research finding showed that the critical thinking level for form four science students in Kulai District was intermediate (50. The analysis using the Spearman’s Rho correlation coefficient value showed that there was no relation between the critical thinking level and achievement. Inferential statistics involving Spearman’s Rho and One-Way ANOVA were used in this study. The analysis using One-Way ANOVA did not show any significant differences in critical thinking among the form for science students across achievement. The results of the study give the implications that the teaching and learning methods of critical thinking must be put in practice and to be improved in order to increase students’ critical thinking potential. standard deviation and percentage.vi ABSTRACT The aim of the study is to identify students’ critical thinking level among the form four science students in Kulai District.41%). gender and ethnic. The data obtained was analysed using descriptive statistics focusing on mean. The Watson Glaser Critical Thinking Appraisal-A (WGCTA-A)(adapted from Sabaria.

2 Penekanan Pengajaran Kepada Peperiksaan 1.2 Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) Yang Kurang Berkesan Untuk Meningkatkan Kemahiran Berfikir .1 1.vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN TATANAMA SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xii xiv xix xxi BAB 1 PENGENALAN 1 1.0 1.1 Penekanan Terhadap Penguasaan Fakta Dan Konsep Berbanding Kemahiran Berfikir 1.1.1.3 Peruntukan Masa Yang Tidak Mencukupi 10 11 15 8 1.1.1.1 Pendahuluan Latar belakang Masalah 1 4 Kurang Penekanan Pengajaran Kemahiran Berfikir Semasa 8 Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 1.1.1.1.1.

1.10.6.4 1.4 1.1.6 Pernyataan Masalah Objektif Kajian Persoalan Kajian Rangka Kerja Konsep Kepentingan Kajian 1.1.1 Skop Kajian Andaian Batasan Kajian Takrifan Operasi Kemahiran Berfikir Kritis 1.1.10.6.10.8 1.10.5 1.10 1.11 Inferens Mengusul Periksa Andaian Deduksi Interpretasi Penilaian Hujah 17 17 18 18 21 23 24 24 25 25 26 27 28 29 29 29 30 30 30 30 31 31 32 32 33 15 Pencapaian Pelajar Penguasaan Pelajar Sains Rumusan .4 1.7 1.3 1.3 Kepada Jabatan Pelajaran 1.5 1.1.4 Kepada Kementerian Pelajaran Malaysia 1.viii 1.3 1.1 Kepada pendidik 1.2 Kepada pelajar 1.1.9 1.10.10.6.2 1.10.2 1.1.3 1.2 Pengajaran Berpusatkan Guru 1.5 Kepada penyelidik 1.6.2 1.2.6.2.1 Kemahiran Penyampaian Pengajaran Kemahiran Berfikir Yang Lemah 1.10.10.1 1.

2 Kajian Tentang Tahap Kemahiran Berfikir Kritis Ke Atas 66 Pencapaian Pelajar 2.2 2.2.1.1 2.6 2.1.15 Pendahuluan Konsep Kemahiran Berfikir Kritis Takrifan Berfikir Takrifan Kemahiran Berfikir Kritis Konsep Pemikiran Kritis Ciri-ciri Pemikiran Kritis Komponen Kemahiran Berfikir Kritis 2.1.5.1.5.2 Kemahiran Berfikir Kritis Peringkat Tinggi (i) (ii) (iii) (iv) (v) 2.1 Membuat Inferens Mengusul Periksa Andaian Membuat Deduksi Membuat Interpretasi Penilaian Hujah 34 34 35 38 41 42 47 47 48 49 52 53 54 56 58 Alat Kajian Kemahiran Berfikir Kritis Kajian Tentang Tahap Kemahiran Berfikir Kritis Ke Atas 64 Jantina 2.2.1.2.0 2.1 2.4 2.1.3 2.ix BAB 2 SOROTAN PENULISAN 34 2.3 Kajian Tentang Tahap Kemahiran Berfikir Kritis Pelajar Rumusan 71 73 .2.1.4 2.1 Kemahiran Berfikir Kritis Peringkat Rendah 2.3 Kajian Tentang Tahap Kemahiran Berfikir Kritis Ke Atas 68 Etnik 2.

4 Kemahiran Berfikir Kritis Dalam Kalangan Pelajar Aliran 93 Sains Tingkatan Empat Merentas Jantina 4.1 Pendahuluan Analisis Data 4.1 Kebolehpercayaan Dan Kesahan Alat Kajian 74 74 75 76 78 79 80 80 83 3.1.1 Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis 86 86 Dalam 87 Kalangan Pelajar Sains Tingkatan Empat Di Daerah Kulai 4.1 Analisis Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis 3.7 Rumusan 85 BAB 4 KEPUTUSAN KAJIAN 86 4.2 Penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis Dengan Pencapaian 88 Sains PMR Bagi Pelajar Aliran Sains Tingkatan Empat Di Daerah Kulai 4.1.2 Analisis Perbandingan Min Kemahiran Berfikir Kritis 84 Merentas Pencapaian Sains PMR.1.1.x BAB 3 PENGKAEDAHAN KAJIAN 74 3.5. Jantina dan Etnik 3.2 3.3 3.6.5 Penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis Dalam Kalangan 97 Pelajar Aliran Sains Tingkatan Empat Merentas Etnik .1.0 3.3 Penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis Merentas Pencapaian 89 Sains PMR 4.6 Analisis Data 3.5 Pendahuluan Reka bentuk Kajian Subjek Kajian Alat Kajian Tatacara Kajian Kajian Rintis 3.6.4 3.1 3.0 4.

5 5.4 Penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis Merentas Etnik 102 102 103 104 104 108 113 116 121 127 131 134 5.7 Implikasi kajian Cadangan Cadangan Penyelidikan Masa Depan Rumusan RUJUKAN LAMPIRAN 135 143 .3 Penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis Merentas Jantina 5.3.2 Rumusan 101 BAB 5 KESIMPULAN.0 5.2 Hubungan Penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis Dengan Pencapaian 5.3.1 Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis 5.xi 4. PERBINCANGAN DAN CADANGAN 102 5.3 Pendahuluan Ringkasan Kesimpulan Kajian Perbincangan 5.6 5.4 5.3.1 5.3.2 5.

1 3.4 Takrifan Gred pencapaian SPM Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2003 Analisis Daerah Mengikut Mata Pelajaran Negeri Johor Bagi Mata Pelajaran Fizik 6 7 1.4 ANOVA Kemahiran Membuat Inferens Dalam Kalangan Pelajar Aliran Sains Tingkatan Empat Merentas Pencapaian Sains PMR 90 89 Pelajar Aliran Sains 88 84 87 54 75 81 31 32 .7 Tafsiran Pencapaian PMR Julat Markah Penentuan Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis Pelajar 2.6 1.2 Hubungan Penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis Dengan Pencapaian Sains PMR Bagi Tingkatan Empat Di Daerah Kulai 4.1 Nilai Pekali Korelasi Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis Pelajar Sains Tingkatan Empat 4.2 Ciri mamalia dan reptilia Bilangan Sampel Pelajar Mengikut Sekolah Kaedah Statistik Yang Digunakan Berdasarkan Persoalan Kajian 3.5 Perbandingan kaedah pengajaran menggunakan 13 Pendekatan Pendedahan dengan Pendekatan Penemuan 1.1 3.2 Keputusan peperiksaan SPM bagi kertas Fizik tahun 2004 Peringkat Negeri Johor 6 1.3 Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis Dalam Kalangan Pelajar Aliran Sains Tingkatan Empat Merentas Pencapaian Sains PMR 4.3 4.1 Keputusan peperiksaan SPM bagi kertas Fizik tahun 2003 Peringkat Negeri Johor 5 1.3 1.xii SENARAI JADUAL NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT 1.

9 Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis Dalam Kalangan Pelajar Aliran Sains Tingkatan Empat Merentas Jantina 4.14 ANOVA Kemahiran Menilai Hujah Dalam Kalangan Pelajar Aliran Sains Tingkatan Empat Merentas Jantina 4.6 ANOVA Kemahiran Membuat Deduksi Dalam Kalangan Pelajar Aliran Sains Tingkatan Empat Merentas Pencapaian Sains PMR 4.8 ANOVA Kemahiran Menilai Hujah Dalam Kalangan Pelajar Aliran Sains Tingkatan Empat Merentas Pencapaian Sains PMR 4.5 ANOVA Kemahiran Mengusul Periksa Andaian Dalam Kalangan Pelajar Aliran Sains Tingkatan Empat Merentas Pencapaian Sains PMR 4.10 ANOVA Kemahiran membuat Inferens Dalam Kalangan Pelajar Aliran Sains Tingkatan Empat Merentas Jantina 4.12 ANOVA Kemahiran Membuat Deduksi Dalam Kalangan Pelajar Aliran Sains Tingkatan Empat Merentas Jantina 4.xiii 4.13 ANOVA Kemahiran Membuat Interpretasi Dalam Kalangan Pelajar Aliran Sains Tingkatan Empat Merentas Jantina 4.11 ANOVA Kemahiran Mengusul Periksa Andaian Dalam Kalangan Pelajar Aliran Sains Tingkatan Empat Merentas Jantina 4.16 ANOVA Kemahiran Membuat Inferens Dalam Kalangan Pelajar Aliran Sains Tingkatan Empat Merentas Etnik 98 97 96 95 95 94 94 93 92 92 91 91 .7 ANOVA Kemahiran Menginterpretasi Dalam Kalangan Pelajar Aliran Sains Tingkatan Empat Merentas Pencapaian Sains PMR 4.15 Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis Dalam Kalangan Pelajar Aliran Sains Tingkatan Empat Merentas Etnik 4.

17 ANOVA Kemahiran Mengusul Periksa Andaian Dalam Kalangan Pelajar Aliran Sains Tingkatan Empat Merentas Etnik 99 4.20 ANOVA Kemahiran Menilai Hujah Dalam Kalangan Pelajar Aliran Sains Tingkatan Empat Merentas Etnik 100 .xiv 4.18 ANOVA Kemahiran Membuat Deduksi Dalam Kalangan Pelajar Aliran Sains Tingkatan Empat Merentas Etnik 99 4.19 ANOVA Kemahiran Membuat Interpretasi Dalam Kalangan Pelajar Aliran Sains Tingkatan Empat Merentas Etnik 100 4.

1 1.2 2.xv SENARAI RAJAH NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT 1.2 2.3 Strategi Inkuiri Penemuan Rangka Kerja Konsep Kajian Proses Berfikir Model Pemikiran Contoh soalan interpretasi 12 22 35 37 55 .1 2.

xvi SENARAI SINGKATAN TATANAMA JPN - Jabatan Pelajaran Negeri Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif Kementerian Pelajaran Malaysia Penilaian Menengah Rendah Pengajaran Dan Pembelajaran Rancangan Malaysia ke-9 Rangka Rancangan Jangka Panjang 3 Sijil Pelajaran Malaysia Statistical Packages For The Social Science Watson.Glaser Critical Thinking Appraisal KBSM KBKK KPM PMR P&P - RMK-9RRJP3SPM - SPSS WGCTA- .

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

MUKA SURAT

A

Jadual Penentuan Sampel Berdasarkan Populasi Krejcie dan Morgan (1970) Ujian Kemahiran Berfikir Kritis Watson-Glaser Skema Jawapan Kebenaran Menjalankan Kajian Di sekolah

143

B C D

144 159 163

BAB 1

PENGENALAN

1.0

Pendahuluan

Pembangunan sesebuah negara amatlah bergantung kepada minda dan potensi rakyatnya. Kekuatan sebenar sesebuah negara terletak pada tahap ilmu dan kemahiran yang dikuasai oleh rakyat negara tersebut. Rakyat Malaysia pada masa kini memerlukan bukan sahaja pencapaian akademik yang cemerlang malah kebolehan berfikir agar dapat memenuhi keperluan negara maju iaitu sebuah negara yang bersatu padu dengan masyarakat Malaysia mempunyai rasa keyakinan ditunjangi oleh nilai-nilai moral dan etika yang utuh, menikmati kehidupan dalam sebuah masyarakat yang demokrasi, liberal lagi bertolak ansur, berbudi, adil dan saksama ekonominya, progresif dan makmur, dan sepenuhnya menguasai ekonomi yang mampu bersaing, dinamis, tangkas serta mempunyai daya ketahanan seperti mana didefinisikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kertas kerja yang dibentangkan pada sidang pertama Majlis Perdagangan Malaysia di Kuala Lumpur pada 28 Februari 1991 (Mahathir, 1991) selaras dengan kehendak Wawasan 2020. Beliau juga telah mengariskan sembilan cabaran yang perlu diatasi bagi melahirkan sebuah negara maju mengikut acuan sendiri. Di antara cabaran tersebut adalah untuk melahirkan sebuah

2

masyarakat Malaysia yang bebas, teguh dan telah terbentuk jiwanya, yakin akan dirinya sendiri, bangga akan keadaannya kini dan segala sesuatu yang telah dicapainya, dan cukup tangkas untuk menghadapi segala macam rintangan (Mahathir, 1991). Dalam menuju sebuah negara maju, rakyat Malaysia juga perlu memiliki ilmu dan kemahiran untuk bersaing dengan negara maju yang lain. Sistem pendidikan bertanggungjawab untuk menyampaikan ilmu dan kemahiran kepada rakyatnya dan tugas ini perlu dilaksanakan dengan berkesan memandangkan masa yang agak terhad untuk mencapai negara maju iaitu hanya tinggal 13 tahun sahaja lagi. Negara maju yang diharapkan boleh dicapai sekiranya masyarakat yang berilmu dan mempunyai kemahiran berfikir yang tinggi dapat dibentuk.

Sehubungan dengan itu juga Rangka Rancangan Jangka Panjang 3 (RRJP3) yang telah dibentangkan pada April 2001 telah menggariskan dengan jelas tentang keperluan terhadap tenaga buruh yang berilmu dan mempunyai kemahiran berfikir yang tinggi serta pengkajian semula kurikulum sekolah untuk memupuk kemahiran berfikir di kalangan pelajar khususnya di peringkat rendah dan menengah (Unit Perancang Ekonomi, 2001) supaya negara ini dapat bersaing dengan negara-negara lain pada alaf ini.

Perubahan ini juga adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani di mana tumpuan diberikan kepada daya berfikir yang meliputi kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001a). Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif perlu diberikan penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) pelajar kerana pelajar yang didedahkan dengan pemikiran kritis lebih bersedia menghadapi masalah yang lebih kompleks dan perubahan teknologi yang berlaku secara mendadak. Ini adalah kerana pelajar telah mempunyai kebolehan serta kemahiran untuk bertindak secara efektif yang diperolehi melalui pemikiran kritis dan kreatif.

persoalan yang timbul pada masa kini adalah setakat manakah tahap penguasaan kemahiran berfikir pelajar dan sejauh manakah penerapan Kemahiran Berfikir Kritis dan kreatif telah dijalankan di peringkat sekolah menengah. Pendidikan tanpa mengutamakan perkembangan fikiran ibarat ‘jasad tanpa roh’. Di Malaysia. maka penyelidik berpendapat suatu kajian untuk melihat sejauh mana penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis di kalangan pelajar di sekolah menengah dijalankan bagi tujuan memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran pada masa kini. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif telahpun diberikan penekanan sejak penggubalan semula Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah(KBSM) pada tahun 1988 (Sulaiman. Menyedari kepentingan kemahiran berfikir diterapkan kepada pelajarpelajar. Kaedah pengajaran dan pembelajaran akan dapat diperbaiki jika kita dapat melihat sejauh manakah keupayaan pelajar untuk berfikir secara kritis dalam menyelesaikan sesuatu masalah di peringkat sekolah menengah. 1999).3 Pemikiran kritis perlu diperkembangkan untuk melahirkan warganegara yang dapat memainkan peranan mereka dengan lebih bertanggungjawab kepada negara. Kemahiran berfikir telah lama diperkenalkan dalam pengajaran dan pembelajaran dan dikenali sebagai Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK). Walau bagaimanapun. 2000). . Pendidikan perlu melahirkan golongan yang berkeupayaan berfikir dan mendorong kepada penerusan tradisi intelektual dalam masyarakat (Abd Rahim.

5% iaitu seramai 1.1 Latar belakang Masalah Penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis pelajar pada masa kini adalah merupakan suatu perkara yang penting dalam bidang pendidikan. Kepentingan kemahiran berfikir dapat dilihat menerusi objektif kurikulum Fizik yang ketiga dan keempat.253 orang pelajar.0% wajaran konstruk adalah untuk menyelesaikan masalah (Mengeksperimen) (Lembaga Peperiksaan Malaysia. iaitu untuk membolehkan pelajar menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir. membuat keputusan dan mengkonsepsikan (Pusat Perkembangan Kurikulum.723 orang pelajar berbanding calon yang mendapat gred lulus (7D dan 8E) dan gagal (9G) adalah 43. 100. 9 Januari 2006).161 daripada jumlah calon seramai 14. soalan-soalan peperiksaan sekarang memerlukan pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif (News Straits Times.884 orang pelajar berbanding calon yang mendapat gred lulus (7D dan 8E) dan gagal (9G) adalah 38. di mana 22. 2002). Menurut kenyataan Alimuddin Mohd Dom. Ketua Nazir Sekolah. Dapatan daripada analisis keputusan SPM bagi mata pelajaran Fizik di sekolah-sekolah menengah peringkat Negeri Johor bagi tahun 2004 menunjukkan bahawa pelajar yang cemerlang (Gred 1A dan 2A) dalam mata pelajaran Fizik hanyalah 12. Buktinya dapat dilihat di dalam mata pelajaran Fizik di mana kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif amat diperlukan dalam menjawab soalan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) Fizik Kertas 2 (4531/2) dan Fizik Kertas 3 (4531/3). dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis dan kreatif berasaskan sikap saintifik dan nilai murni dalam penyelesaian masalah.443 daripada jumlah .5% iaitu seramai 6. manakala dalam Fizik Kertas 3.6% iaitu seramai 6.1% iaitu seramai 1. 2001). Manakala dapatan analisis keputusan SPM Fizik di sekolah-sekolah menengah peringkat Negeri Johor pada tahun 2003 menunjukkan bahawa pelajar yang cemerlang (Gred 1A dan 2A) dalam mata pelajaran Fizik hanyalah 15.0% wajaran konstruk adalah melibatkan penyelesaian masalah dalam Fizik Kertas 2.4 1.

6 14.4 14.0 27.0 2. 2004) .552 orang pelajar (Jabatan Pelajaran Negeri Johor. 2005).7D.5 calon seramai 14. Jabatan Pelajaran Negeri Johor.6C.1 : Keputusan peperiksaan SPM bagi kertas Fizik tahun 2003 Peringkat Negeri Johor Gred 1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E 9G JUMLAH CALON Bilangan Calon 976 908 1175 1326 1688 2036 3986 2032 425 14552 Peratus (%) 6. Bagi pelajar Fizik di Negeri Johor pada tahun 2004 pula.552 pelajar Fizik di Negeri Johor bagi tahun 2003.1 dan Jadual 1. didapati sebanyak 69.253 orang.9 100.2. ini menunjukkan bahawa 61.898 orang pelajar yang belum menguasai dari jumlah calon seramai 14.5 % iaitu seramai 10.167 orang pelajar yang belum menguasai (Gred 5C. Keputusan ini ditunjukkan seperti dalam Jadual 1.1 11.8E dan 9G) dari jumlah calon seramai 14.4% iaitu seramai 9.0 (Sumber: Analisis SPM 2003.7 6.2 8. Jadual 1. Jika gred 4B (iaitu markah 60-64 yang biasa digunakan di dalam membuat penilaian di peringkat sekolah) diambil sebagai aras penguasaan minimum.1 9.

4 10.0 (Sumber: Analisis SPM 2004. Jabatan Pelajaran Negeri Johor.0 12.3 : Gred 1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E 9G Takrifan Gred pencapaian SPM Takrifan Cemerlang Kepujian Lulus Gagal (Sumber: Lembaga Peperiksaan Malaysia. 2004) .3 3.9 6. 2005) Jadual 1.8 25.6 Jadual 1.2 14.4 13.2 : Keputusan peperiksaan SPM bagi kertas Fizik tahun 2004 Peringkat Negeri Johor Gred 1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E 9G JUMLAH CALON Bilangan Calon 835 888 1205 1427 1767 1970 3592 2034 535 14253 Peratus (%) 5.2 8.8 100.

7

Jadual 1.4 :

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2003 Analisis Daerah Mengikut Mata Pelajaran Negeri Johor Bagi Mata Pelajaran Fizik

BIL

Daerah

Bil Calon

Cemerlang % 18.4 13.8 13.8 12.4 13.1 10.8 7.2 6.0 8.1 15.5

Kepujian % 43.0 45.3 44.0 45.6 39.5 41.5 39.0 42.5 39.7 43.0

Lulus % 36.5 37.8 39.4 40.1 44.7 44.8 49.8 48.3 45.6 36.5

Gagal % 2.0 3.0 2.7 1.8 2.7 2.9 4.1 3.2 6.6 2.1

1 2 3 4 5 6 7 8 9

Muar Johor Bahru Pontian Segamat Kluang Batu Pahat Kota Tinggi Mersing Kulai Jumlah

2534 4058 657 1333 1662 1946 1483 348 531 14552

(Sumber : Analisis SPM 2003 : Jabatan Pelajaran Negeri Johor 2004)

Berdasarkan dapatan analisis peperiksaan dalam Jadual 1.4, didapati pelajar Fizik yang cemerlang hanyalah 15.5% di peringkat Negeri Johor pada tahun 2003. Jika dibuat perkaitan antara bentuk soalan Fizik SPM yang menekankan Kemahiran Berfikir Kritis dan kreatif dengan pencapaian pelajar yang mengambil peperiksaan Fizik SPM, peratusan pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang yang rendah (15.5 %) menunjukkan bahawa pelajar Fizik di Negeri Johor masih belum benar-benar menguasai Kemahiran Berfikir Kritis dan kreatif seperti mana yang di perlukan dalam menjawab soalan mengikut format peperiksaan Fizik SPM terkini.

Kurikulum Fizik bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Fizik dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ini berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni

8

untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001a). Di antara faktor yang menyebabkan kegagalan pelajar menguasai Kemahiran Berfikir Kritis adalah kurangnya penekanan pengajaran kemahiran berfikir semasa proses

pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan kemahiran berfikir (Phillip,1992) dan pengajaran dan pembelajaran kemahiran berfikir yang kurang berkesan. Pengajaran di sekolah di Malaysia pada masa kini masih kurang memberi perhatian kepada perkembangan daya pemikiran pelajar (Mohamed Zulkiffly,2002). Bedasarkan dapatan kajian, proses P&P di Malaysia masih lagi berpusatkan guru (Tang, 2004 ; Rajendran,2001).

1.1.1

Kurang Penekanan Pengajaran Kemahiran Berfikir Semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

Penekanan pengajaran kemahiran berfikir dalam proses P&P adalah merupakan faktor yang penting bagi memastikan kemahiran berfikir dapat dihayati oleh pelajar-pelajar (Rajendran,2001). Namun pada masa kini masih terdapat beberapa sebab yang menghalang perkembangan kemahiran berfikir di dalam proses P&P. Di antara faktor-faktor yang menyebabkan kurangnya penekanan kemahiran berfikir semasa proses pengajaran dan pembelajaran adalah:

1.1.1.1 Penekanan Terhadap Penguasaan Fakta Dan Konsep Berbanding Kemahiran Berfikir

Mata pelajaran Fizik merupakan satu program yang dilaksanakan dalam tempoh dua tahun untuk pelajar tingkatan empat dan lima. Di antara objektif mata pelajaran Fizik tingkatan empat adalah untuk membolehkan

9

pelajar memperoleh pengetahuan dan pemahaman tentang konsep, prinsip, teori hukum dan teori Fizik serta menggunakannya untuk memahami fenomena alam (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2000).

Bagi memastikan pengajaran konsep dan fakta diberikan kepada pelajar sepenuhnya, pengajaran lebih mementingkan corak hafalan dan kurang menekankan kepada proses, teknik dan strategi berfikir yang berkesan (Abd Rahim,1999). Pembelajaran sains dianggap sebagai pembelajaran yang memerlukan penghafalan takrifan, rumus-rumus, hukum-hukum dan istilahistilah sains. Dalam hal ini pembelajaran sains dianggap sebagai bertujuan untuk mengumpulkan semua maklumat tersebut dengan menggunakan kaedah yang berkesan. Bentuk pengajaran begini menyebabkan pelajar belajar dengan cara menghafal (Cavallo dan Rozman, 2004; Tsai, 2004), bukan menggunakan kemahiran berfikir mereka. Proses P&P yang sedemikian rupa akan menghalang perkembangan pemikiran kritis dan kreatif pelajar.

Hasil kajian Rajendran (2001) mengenai pengajaran kemahiran berfikir aras tinggi di Malaysia mendapati bahawa 52.1 % guru meluangkan 10.0% daripada masa pengajaran untuk mengajar kemahiran berfikir manakala hanya 19.3% guru yang meluangkan masa lebih daripada 10.0% daripada masa pengajaran mereka untuk mengajar kemahiran berfikir secara penyebatian iaitu kemahiran berfikir diajar secara bersepadu dengan kandungan mata pelajaran. Sebanyak 26.0% guru yang tidak memperuntukkan masa P&P untuk mengajar kemahiran berfikir. Berdasarkan dapatan ini dapat dilihat situasi P&P yang lebih berbentuk penghafalan konsep dan fakta sains berbanding kemahiran berfikir. Keadaan ini boleh menghalang perkembangan pemikiran kritis pelajar seterusnya menghasilkan pelajar yang tidak boleh berfikir secara kritis dan kreatif.

Menurut kajian Tang (1998). menekankan kepada keputusan Pendidikan yang terlampau yang cemerlang telah peperiksaan menyebabkan proses P&P yang lebih mementingkan kepada proses menghafal juga merupakan salah satu punca kegagalan mencorakkan golongan pelajar yang boleh berfikir dengan baik dan menyumbangkan kepada pembangunan dan perkembangan bangsa. Sistem pendidikan yang berasaskan peperiksaan telah menyebabkan seseorang pelajar itu tidak mempunyai kebolehan yang lain selain akademik sahaja (Utusan Malaysia. 27 September 2005).1.1. Ini diperkukuhkan lagi dengan sistem ujian dan penilaian yang hanya setakat menguji pengetahuan yang diberi dan dipelajari daripada buku teks (Abd Rahim. Pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di sekolah adalah bersifat reproduction iaitu mengeluarkan semula apa yang telah dipelajari tanpa menggalakkan pelajar berfikir (Wenning. 1992). Penekanan P&P terhadap peperiksaan yang mementingkan pengujian kebolehan pelajar mengingat kembali fakta secara tidak langsung mempengaruhi corak pengajaran guru untuk memberikan banyak fakta dan mengutamakan penghafalan dan kurang menggalakkan pelajar untuk berfikir tentang fakta yang dipelajari (Phillips. 1999). Tan Sri Murad Mohd Noor. kebolehan dan potensi mereka dalam sesuatu bidang. masyarakat dan negara. sikap taksub kepada peperiksaan dan terlalu banyak peperiksaan seragam dalam sistem pendidikan kebangsaan menjadi faktor utama pelajar tidak mencapai tahap kreativiti dan inovasi yang maksimum. sebanyak 61.2 Penekanan Pengajaran Kepada Peperiksaan Menurut bekas Ketua Pengarah Pelajaran . Dapatan ini adalah . Beliau juga menyatakan jumlah peperiksaan di peringkat rendah.6% pelajar menyatakan item ujian boleh dijawab melalui penghafalan fakta-fakta Fizik. 2002). Bentuk soalan peperiksaan yang terdapat di peringkat sekolah pada masa kini lebih menjurus kepada mengingat semula fakta yang telah dipelajari.10 1. menengah dan universiti yang terlalu banyak menyebabkan pelajar tidak mempunyai masa mengembangkan bakat.

mengemukakan soalan.3 Peruntukan Masa Yang Tidak Mencukupi Untuk Mengajar Kemahiran Berfikir Berdasarkan objektif pertama kurikulum mata pelajaran Fizik yang bertujuan untuk membolehkan pelajar memperoleh pengetahuan tentang konsep. mereka kesuntukan masa untuk menggalakkan pelajar berfikir (Phillips. Oleh kerana kekangan masa dalam proses pengajaran dan pembelajaran Fizik maka kemahiran berfikir tidak dapat diterapkan kepada pelajar. Seterusnya kemahiran berfikir ini tidak dapat dikuasai oleh pelajar. hukum dan teori fizik serta menggunakannya untuk memahami fenomena alam.1.1999).1. guru berpendapat bahawa pelajar perlu menguasai semua fakta dan konsep sesuatu mata pelajaran terlebih dahulu sebelum mereka digalakkan berfikir. Masalah yang lebih besar akan timbul apabila pelajar dikehendaki menjawab soalan yang memerlukan aplikasi konsep Fizik sekiranya pelajar hanya menghafal fakta dan konsep-konsep Fizik tersebut dan bukan memahaminya. 75. 1. melakukan eksperimen dan menyatakan .0% pelajar menyatakan masa untuk pengajaran dan pembelajaran Fizik didapati tidak mencukupi dan perlu ditambah (Tang. Masalah yang timbul ialah apabila semua fakta dan konsep sudah diajar. menjalankan pemerhatian.1992). Bentuk soalan yang sedemikian rupa menunjukkan suatu situasi yang kurang sihat dari segi perkembangan kemahiran pemikiran kritis dan kreatif pelajar kerana konsep Fizik harus difahami dan bukan dihafal. pengesanan kebenaran atau pengetahuan yang memerlukan pemikiran kritis.11 menunjukkan kekurangan item ujian yang memerlukan pelajar berfikir dengan kritis dan kreatif bagi mendapatkan jawapan. prinsip. Salah satu strategi pengajaran kemahiran berfikir seperti inkuiri penemuan perlu menjalankan proses penyiasatan sesuatu masalah.

konsep. Pedagogi Sains 2: Strategi Pengajaran Pembelajaran Sains. atau penyelesaian baru melalui proses inkuiri. STRATEGI INKUIRI PENEMUAN Belajar melalui Inkuiri Penemuan Dengan kaedah Pengalaman Eksperimen Projek simulasi Kajian lapangan Melalui lima fasa orientasi Pencetusan idea secara Penstrukturan semula idea Aplikasi idea Refleksi Pembelajaran konstruktivisme Rajah 1. Berfikir untuk memperoleh pengetahuan baru atau menyelesaikan masalah merupakan ciri utama bagi semua kaedah inkuiri.12 kesimpulan serta berfikir secara kreatif dan menggunakan intuisi. Apabila seseorang berjaya memperolehi fakta. 63). . ms. maka dia telah mencapai suatu penemuan.1 Strategi Inkuiri Penemuan (Poh (2000). prinsip.

Guru menyatakan prinsip pengabadian momentum kepada pelajar. Pelajar menjalankan percubaan untuk membuktikan prinsip keabadian momentum yang dipelajari Pendekatan Penemuan 1. Pelajar menjalankan uji kaji.Pelajar disuruh mencari satu kuantiti (iaitu gabungan m dan v) yang kekal dalam perlanggaran. ms. Pelajar merangka prosedur uji kaji untuk menguji hipotesis. 6. 2. Pelajar digalakkan supaya mengemukakan sesuatu kuantiti kekal dalam perlanggaran 4.1 di atas. Pelajar memerhatikan perlanggaran antara dua troli. membuat pemerhatian dan mengumpulkan data.5 : Perbandingan kaedah pengajaran menggunakan Pendekatan Pendedahan dengan Pendekatan Penemuan Pendekatan Pendedahan 1. Pelajar menganalisis data dan membuat kesimpulan sama ada hipotesis yang dicadangkan itu benar atau tidak. didapati bahawa dalam proses pengajaran berdasarkan inkuiri penemuan merupakan satu proses yang panjang dan perlu mengikuti beberapa langkah pengajaran. 160-161. Pengajaran Sains KBSM. Guru menyatakan prinsip keabadian momentum secara teori di papan tulis 3.13 Berdasarkan kepada Rajah 1. 3. 5. Sulaiman Ngah (2000). . di bawah ini dinyatakan dua pendekatan yang berlainan untuk pengajaran keabadian momentum dalam masalah perlanggaran jasad dalam tingkatan empat iaitu pendekatan Pendedahan dan pendekatan Penemuan: Jadual 1. Bagi tujuan perbandingan. 2.

Seterusnya mereka berpendapat bahawa adalah memadai jika pengajaran pemikiran ditumpukan kepada pelajar yang pintar sahaja (Phillips. Walau bagaimanapun.2005) kerana pelajar perlu mencari dan membina maklumat sesuatu konsep itu sendiri melalui aktiviti yang dijalankan.9% guru berpendapat bahawa KBKK perlu diajar kepada pelajar hanya 36. Amalan pengajaran dalam bilik darjah kurang menekankan strategi kemahiran berfikir seperti penyoalan. perbincangan dan inkuiri penemuan (Abd Rahim. sekiranya kaedah penemuan digunakan.1999). ianya akan dapat dilaksanakan dalam satu masa sahaja iaitu dalam masa 40 minit sahaja untuk guru menerangkan tentang konsep keabadian momentum.14 Berdasarkan perbandingan di atas dapat diperhatikan bahawa langkah dalam Pendekatan Penemuan adalah lebih panjang berbanding Pendekatan Pendedahan.2004). Pengajaran yang melibatkan kemahiran berfikir seperti kaedah inkuiri penemuan memerlukan masa yang agak panjang (Wenning. Sebagai contoh. Oleh itu kemahiran berfikir tidak begitu diberikan penekanan dalam proses pengajaran. Dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pengajaran menggunakan pendekatan penemuan memakan masa yang agak lama untuk menghabiskan sesuatu topik. Walaupun 90. .1992). Oleh itu guru-guru merasakan bahawa proses pengajaran ini memakan masa yang panjang dan membebankan mereka. Oleh sebab itu dapat disimpulkan di sini bahawa pengajaran kemahiran berfikir akan mengambil masa yang panjang serta memerlukan guru bertindak sebagai fasilitator. ianya akan mengambil masa 80 minit untuk melaksanakan penerangan konsep keabadian momentum itu. sekiranya pengajaran topik keabadian momentum ini diajar menggunakan kaedah penemuan.4% guru yang merasa bersedia untuk menggunakan KBKK dalam proses pengajaran (Hayati.

Guru sudah biasa mengajar pelajar untuk menghadapi . Hayati. walaupun semua guru (100.6% guru masih ragu-ragu untuk menggunakan KBKK dalam proses pengajaran. peta minda.1 Kemahiran Penyampaian Pengajaran Kemahiran Berfikir Yang Lemah Pada masa kini semakin ramai guru yang berminat untuk memperkenalkan teknik-teknik berfikir kepada pelajar mereka dalam prodes P&P.0%) bersetuju Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK) berfungsi mengembangkan daya berfikir pelajar untuk melahirkan masyarakat berfikir. kepada pelajar dengan cara mereka sendiri dalam P&P mereka.2. Antara faktor yang menyebabkan P&P kemahiran berfikir kurang berkesan adalah: 1. masih ramai guru yang belum mendapat cara yang berkesan untuk mengajarkan teknik-teknik berfikir kepada pelajar mereka. 2004. seorang guru pakar Sains.1997). dan modul pembelajaran seperti Pecutan Kognitif MAS yang dihasilkan oleh En Hamzah Othman. namun 63. Guru itu sendiri mengakui bahawa mereka sendiri tidak tahu cara untuk mempertingkatkan daya pemikiran pelajar mereka (Howe. Menurut kajian Hayati (2004). Rajendran. Terdapat guru yang mengambil inisiatif sendiri untuk memperkenalkan teknik-teknik berfikir kepada pelajar dengan cara mereka sendiri seperti menggunakan peta konsep.1. adalah tidak mencukupi (Mohd Nashuha. Usaha mereka mendapat sambutan positif daripada para pelajar dan mereka merasa seronok belajar berfikir. 2001). pemikiran kritis atau kemahiran membuat penjelasan dan kefahaman. Namun. sama ada pemikiran kreatif. 2004.1. tanpa membantu mereka belajar cara menggunakannya dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.15 1.2 Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) Yang Kurang Berkesan Untuk Meningkatkan Kemahiran Berfikir Mengajar kemahiran berfikir kepada pelajar.

Penggunaan cara pengajaran KBKK tidak diambil berat oleh guru. Secara keseluruhannya. namun hanya 58.0% guru yang pernah menghadiri kursus untuk mengajar Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) juga belum bersedia untuk mengajar kemahiran berfikir (Rajendran. Guru didapati kurang pengetahuan dan berkebolehan untuk mengintegrasikan kemahiran berfikir dalam mata pelajaran yang diajar.0% pelajar berpendapat bahawa guru tidak dapat membuat perkaitan antara konsep Fizik dengan contoh dan ilustrasi yang baik (Tang 1999).16 peperiksaan dan ragu-ragu apabila dicadangkan supaya daya pemikiran pelajar diperkembangkan. 33. 2001).0% guru melaksanakan KBKK secara terpisah. hanya teknik terpisah.0% guru di sekolah menengah teknik di Zon Perak melaksanakan KBKK. Mereka berpendapat bahawa mengajar pelajar menguasai maklumat untuk peperiksaan dan memperkembangkan daya pemikiran adalah dua matlamat yang berlainan dan bercanggah (Phillips.7% guru yang melaksanakan pengajaran KBKK secara penyebatian. manakala 50. walaupun 100.0 % sahaja yang menjalankan penerapannya di dalam pengajaran secara sistematik. Sebanyak 35. 1992).3% guru melaksanakan KBKK secara penyebatian separa. Pelajar digalakkan menghafal fakta-fakta tanpa melibatkan perkembangan pemikiran mereka dengan lebih berkesan (Abd Rahim. . sahaja yang digunakan di kalangan guru. Guru lebih yakin tentang kemahiran penyampaian pengajaran yang mereka miliki untuk mengajar mata pelajaran lain berbanding kemahiran pedagogi untuk mengajar Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Menurut kajian Mohamed Zulkiffly (2002). Guru didapati tidak mempelbagaikan kaedah atau teknik menyampaikan KBKK. iaitu KBKK disepadukan secara menyeluruh dalam setiap langkah pengajaran yang dikenal pasti. Hanya 16. 60. 1999). iaitu sesuatu kemahiran berfikir disampaikan secara bersendiri tanpa diajar bersama dengan kandungan mata pelajaran.

35.0% pelajar menyatakan bahawa guru tidak dapat mengaitkan konsep Fizik dengan contoh dan ilustrasi yang baik manakala 51.6% pelajar menyatakan bahawa guru kurang berkemahiran untuk membantu pelajar mengatasi masalah. Menurut dapatan kajian yang telah dijalankan oleh Tang(1999). membuat keputusan dan mengkonsepsi. 1. et al. Dalam kaedah ini pelajar akan dibimbing untuk memahami sesuatu konsep. Dapatan ini menunjukkan bahawa pengajaran di bilik darjah masih lagi berpusatkan guru (Geelan. Kurikulum Fizik juga memberikan penekanan terhadap cara untuk memperolehi pengetahuan.8% pelajar menyatakan guru bercakap terlalu banyak dan kurang melibatkan pelajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.2 Pengajaran Berpusatkan Guru Di antara objektif kurikulum Fizik adalah untuk memperoleh pengetahuan dalam bidang sains dan teknologi dalam konteks fenomena alam dan kehidupan harian.17 1.2. sebanyak 70. 2004). kemahiran dan nilai-nilai murni melalui pendekatan inkuiri penemuan dan penyelesaian masalah (Pusat Perkembangan Kurikulum. kajian akan dibuat untuk mengenal pasti sejauh mana penguasaan komponen . Kaedah pengajaran melalui pendekatan inkuiri penemuan (Obioma.1. Kaedah inkuiri penemuan merupakan kaedah pengajaran pembelajaran yang berpusatkan pelajar.2 Pernyataan Masalah Berdasarkan latar belakang masalah yang telah dibincangkan di atas.1986) dan penyelesaian masalah boleh meningkatkan tahap pemahaman pelajar terhadap sesuatu konsep yang dipelajari serta meningkatkan pencapaian pelajar dalam bidang sains. menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis dan kreatif berasaskan sikap saintifik dan nilai murni dalam penyelesaian masalah. 2005).

3. Kajian ini juga akan melihat hubungan antara tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis dengan pencapaian pelajar. membuat interpretasi dan penilaian hujah di kalangan pelajar Fizik tingkatan empat di sekolah menengah daerah Kulai.3.1 Mengenal pasti penguasaan komponen Kemahiran Berfikir Kritis dalam kalangan pelajar aliran Sains tingkatan empat di daerah Kulai.1 Apakah tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis dalam kalangan pelajar aliran Sains tingkatan empat? .4 Persoalan Kajian Persoalan kajian adalah seperti berikut: 1.4. deduksi. 1. interpretasi dan penilaian hujah di kalangan pelajar aliran Sains tingkatan empat merentasi jantina. 1.2 Membandingkan penguasaan komponen Kemahiran Berfikir Kritis iaitu inferens.18 Kemahiran Berfikir Kritis membuat inferens. membuat deduksi. Dalam kajian ini pencapaian pelajar diukur dengan melihat pencapaian Sains dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2005. mengusul periksa andaian. 1.3 Objektif Kajian Beberapa objektif kajian telah dibentuk bagi menjawab pernyataan masalah di atas. etnik dan pencapaian Sains PMR. 1. mengusul periksa andaian.

19

1.4.2

Apakah hubungan antara penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis dengan pencapaian Sains PMR bagi pelajar aliran Sains tingkatan empat di daerah Kulai.

1.4.3

Adakah terdapat perbezaan min penguasaan kemahiran membuat inferens yang bererti dalam kalangan pelajar aliran Sains tingkatan empat merentas pencapaian Sains PMR?

1.4.4

Adakah terdapat perbezaan min penguasaan kemahiran mengusul periksa andaian yang bererti dalam kalangan pelajar aliran Sains tingkatan empat merentas pencapaian Sains PMR?

1.4.5

Adakah terdapat perbezaan min penguasaan kemahiran membuat deduksi yang bererti dalam kalangan pelajar aliran Sains tingkatan empat merentas pencapaian Sains PMR?

1.4.6

Adakah

terdapat

perbezaan

min

penguasaan

kemahiran

menginterpretasi yang bererti dalam kalangan pelajar aliran Sains tingkatan empat merentas pencapaian Sains PMR?

1.4.7

Adakah terdapat perbezaan min penguasaan kemahiran menilai hujah yang bererti dalam kalangan pelajar aliran Sains tingkatan empat merentas pencapaian Sains PMR?

1.4.8

Adakah terdapat perbezaan min penguasaan kemahiran membuat inferens yang bererti dalam kalangan pelajar aliran Sains tingkatan empat merentas jantina?

1.4.9

Adakah terdapat perbezaan min penguasaan kemahiran mengusul periksa andaian yang bererti dalam kalangan pelajar aliran Sains tingkatan empat merentas jantina?

20

1.4.10 Adakah terdapat perbezaan min penguasaan kemahiran membuat deduksi yang bererti dalam kalangan pelajar aliran Sains tingkatan empat merentas jantina?

1.4.11 Adakah

terdapat

perbezaan

min

penguasaan

kemahiran

menginterpretasi yang bererti dalam kalangan pelajar aliran Sains tingkatan empat merentas jantina?

1.4.12 Adakah terdapat perbezaan min penguasaan kemahiran menilai hujah yang bererti dalam kalangan pelajar aliran Sains tingkatan empat merentas jantina?

1.4.13 Adakah terdapat perbezaan min penguasaan kemahiran membuat inferens yang bererti dalam kalangan pelajar aliran Sains tingkatan empat merentas etnik?

1.4.14 Adakah terdapat perbezaan min penguasaan kemahiran mengusul periksa andaian yang bererti dalam kalangan pelajar aliran Sains tingkatan empat merentas etnik?

1.4.15 Adakah terdapat perbezaan min penguasaan kemahiran membuat deduksi yang bererti dalam kalangan pelajar aliran Sains tingkatan empat merentas etnik?

1.4.16 Adakah

terdapat

perbezaan

min

penguasaan

kemahiran

menginterpretasi yang bererti dalam kalangan pelajar aliran Sains Fizik tingkatan empat merentas etnik?

1.4.17 Adakah terdapat perbezaan min penguasaan kemahiran menilai hujah yang bererti dalam kalangan pelajar aliran Sains tingkatan empat merentas etnik?

21

1.5 Rangka Kerja Konsep

Dalam kajian ini penyelidik ingin mengkaji tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis pelajar-pelajar fizik tingkatan empat di daerah Kulai. Penyelidik juga ingin mengkaji hubungan antara penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis dengan pencapaian Sains PMR 2005 pelajar Fizik tingkatan empat. Dalam kajian ini, alat kajian yang akan digunakan untuk mengukur tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis ialah dengan menggunakan Watson Glaser Critical Thinking Appraisal (WGCTA, 1980). Alat ini

mengukur Kemahiran Berfikir Kritis pelajar dari lima kemahiran iaitu kemahiran membuat inferens (16 soalan), mengusul periksa andaian (16 soalan), membuat deduksi (16 soalan), membuat interpretasi(16 soalan) dan penilaian hujah (16 soalan). Statistik yang digunakan di dalam kajian ini ialah statistik deskriptif dan statistik inferensi. Analisis data dilakukan dan diproses dengan menggunakan Perisian Statistical Packages For The Social Science (SPSS). Keputusan pelajar di dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah(PMR) dalam mata pelajaran Sains juga akan digunakan untuk menentukan tahap pencapaian pelajar. Pencapaian Sains PMR digunakan sebagai alat ukur pencapaian pelajar kerana Peperiksaan PMR merupakan satu peperiksaan yang setara seluruh negara dan keputusan pelajar adalah berdasarkan pencapaian pelajar di peringkat kebangsaan. Oleh itu tahap pencapaian yang diperolehi oleh pelajar dalam peperiksaan PMR adalah dianggap setara bagi seluruh pelajar PMR di Malaysia. Penyelidik seterusnya akan membuat perbandingan min bagi setiap konstruk Kemahiran Berfikir Kritis merentas pencapaian Sains PMR, etnik dan jantina.

22 Kemahiran Berfikir Kritis Ujian Kemahiran Berfikir Kritis Watson-Glaser Critical Thinking Appraissal • • • • • Inferens Mengusul periksa andaian Deduksi Interpretasi Penilaian Hujah • • • Pencapaian Sains PMR Jantina Etnik Hubungan Hasil Rajah 1.2 : Rangka Kerja Konsep Kajian .

Justeru. analisis dan logik. gerak balas terhadap sesuatu idea atau perkara sedia ada. Negara memerlukan rakyat yang mempunyai ciri-ciri pemikiran kritis seperti reaktif iaitu peka kepada perkembangan yang berlaku di sekitarnya. Mereka bukan sahaja perlu cekap bahkan perlu boleh berfikir dan bertindak dengan baik sama ada secara sendiri mahupun secara beramai-ramai dengan berpandukan kepada punca-punca akhlak yang mulia. meneliti idea dan fakta yang telah diketahui. 2005). Antara kepentingan kajian ini adalah: . jasmani. Pendidikan pada masa kini semakin menekankan kepentingan kemahiran berfikir terhadap pelajar bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari segi emosi. Kajian ini diharap dapat membantu warga pendidik terutama dalam membantu meningkatkan prestasi pelajar dalam menguasai ilmu pengetahuan khususnya dalam mata pelajaran Fizik sebagai persediaan menghadapi era globalisasi dan sains dan teknologi yang begitu mencabar. kajian ini pasti akan memberi manfaat kepada pelbagai pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan terutama dalam membentuk seorang warganegara Malaysia yang berketerampilan. menilai dari sudut kebaikan atau keburukan yang bakal diterima dari setiap tindakan yang dibuat . rohani dan intelek disamping menepati ciri-ciri rakyat negara maju yang mampu berdaya saing serta mampu memberi sumbangan kepada negara.23 1.6 Kepentingan Kajian Fokus kajian terhadap status penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis dan hubungannya dengan pencapaian pelajar tingkatan empat berdasarkan pencapaian Sains PMR adalah merupakan usaha yang bertepatan dengan objektif kurikulum Fizik yang ketiga dan keempat iaitu untuk memperolehi kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir dan untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dengan kritis dan kreatif dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan(Pusat Perkembangan Kurikulum.

2 Kepada pelajar Kajian ini juga berguna bagi pelajar untuk mengenal pasti tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis mereka dalam membuat inferens.6. Ciri-ciri ini amat diperlukan dalam proses menyelesaikan masalah. membuat deduksi. interpretasi dan penilaian hujah seterusnya berusaha untuk meningkatkan penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis berdasarkan dapatan yang diperolehi. contohnya dengan menggunakan kaedah inkuiri penemuan. kaedah penyoalan dan kaedah konstruktivisme di mana kaedah ini lebih berpusatkan pelajar. Setelah mengenal pasti Kemahiran Berfikir Kritis pelajar. Kajian ini merupakan kajian asas bagi mengenal pasti keupayaan pemikiran kritis membuat inferens. seorang pelajar perlu mempunyai ciri-ciri pemikiran yang kritis seperti boleh bertindak secara reaktif. membuat analisis. Kemahiran Berfikir Kritis ini diperlukan oleh pelajar untuk membantu pelajar dalam proses menyelesaikan masalah. Oleh itu pelajar perlu . 1. mengusul periksan andaian. mengusul periksa andaian.1 Kepada pendidik Kajian ini penting bagi pendidik untuk mengenal pasti Kemahiran Berfikir Kritis pelajar aliran Sains yang mengambil mata pelajaran Fizik mengikut pencapaian mereka di dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).24 1. pendidik boleh menggunakan dapatan ini sebagai asas untuk memperbaiki kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan kemahiran berfikir pelajar.6. mempunyai pemikiran logik dan mempunyai keupayaan untuk menilai. membuat deduksi. interpretasi dan penilaian hujah pelajar aliran Sains yang mengambil mata pelajaran Fizik berdasarkan ujian Kemahiran Berfikir Kritis WatsonGlaser. Berdasarkan objektif kurikulum Fizik yang mementingkan kemahiran berfikir dan penggunaan kemahiran berfikir untuk menyelesaikan masalah.

6. Berdasarkan dapatan kajian ditambah pula kepentingan kemahiran berfikir dalam pembelajaran dan pencapaian prestasi pelajar. 1. Hasil kajian ini seharusnya mendapat perhatian dan tindakan yang sewajarnya dari pihak KPM dengan mengkaji semula kurikulum dan silibus mata pelajaran Fizik pada masa kini dan menekankan penerapan kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran memandangkan mata pelajaran Fizik merupakan salah satu bidang yang amat . 1.4 Kepada Kementerian Pelajaran Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam merencanakan halatuju pendidikan sains negara seharusnya mengenal pasti keperluan-keperluan asas dalam pendidikan sains sebagai persediaan untuk menangani pelbagai cabaran perubahan masa kini dan masa mendatang.25 meningkatkan penguasaan kemahiran berfikir mereka untuk membantu mereka dalam menyelesaikan masalah.3 Kepada Jabatan Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) khususnya Bahagian Matematik dan Sains boleh mengambil tindakan terhadap kelemahan yang telah dikenal pasti tentang Kemahiran Berfikir Kritis pelajar. JPN berperanan untuk melaksanakan pelbagai usaha seperti memperbanyakkan lagi kursus pedagogi pengajaran kemahiran berfikir di peringkat negeri atau daerah serta memberikan dorongan dengan menyediakan guru pembimbing yang boleh dirujuk apabila terdapat masalah mengaplikasikan pengajaran melibatkan kemahiran berfikir dan pemantauan yang lebih kerap terhadap perkembangan pengajaran yang melibatkan kemahiran berfikir untuk meningkatkan Kemahiran Berfikir Kritis ini di kalangan guru dan pelajar.6.

Kajian ini dijalankan di kalangan pelajar tingkatan empat yang akan menjadi sumber tenaga manusia dalam bidang sains dan teknologi serta berperanan penting dalam pembangunan negara di masa hadapan. Ini adalah kerana sepanjang pengalaman penyelidik mengajar di sekolah.6. 1. apabila dikemukakan soalan yang hampir serupa bentuk dan sifatnya. Dengan adanya kajian ini diharapkan penyelidik dapat mengetahui dengan lebih jelas tahap penguasaan berfikir kritis pelajar Fizik tingkatan empat. namun pelajar masih tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut. Sekiranya kelemahan pelajar yang telah dikenal pasti tidak diperbetulkan dari peringkat awal.5 Kepada penyelidik Kajian ini dijalan bagi menjawab persoalan yang sering timbul pada fikiran penyelidik tentang tahap kemahiran berfikir pelajar. mungkin berbeza dari segi situasi dan juga nilai-nilai. penyelidik sering tertanya-tanya mengapakah pelajar tidak dapat menjawab soalan yang memerlukan pemikiran kritis pelajar dalam menyelesaikan masalah Fizik.26 diperlukan dalam menuju ke arah negara maju. Walaupun telah diberikan contoh bagi sesuatu penyelesaian masalah. Mata pelajaran Fizik merupakan program yang dilaksanakan dalam tempoh dua tahun untuk pelajar tingkatan empat dan lima. . kelemahan ini akan berlanjutan dan seterusnya menghalang kejayaan perancangan pihak KPM walau sebaik mana sekalipun rancangan yang telah disediakan.

27 1. membuat deduksi. India dan Cina.7 Skop Kajian Kajian ini dijalankan di beberapa buah sekolah menengah di daerah Kulai yang menawarkan mata pelajaran Fizik sebagai mata pelajaran pilihan bagi pelajar aliran Sains sama ada Sains Tulen atau Sains Gunaan dalam tingkatan empat. Ujian yang digunakan adalah Ujian Kemahiran Berfikir Kritis Watson-Glaser yang telah diterjemahkan dan diubahsuai. Pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains di peringkat PMR digunakan bagi memastikan pencapaian pelajar yang setara di peringkat kebangsaan. daerah Kulai menduduki tempat terakhir dalam analisis mengikut mata pelajaran Fizik (Jadual 1. Pelajar-pelajar Fizik tingkatan empat digunakan kerana pelajar-pelajar ini tidak terlibat di dalam mana-mana peperiksaan peringkat kebangsaan. mengusul periksa andaian. membuat interpretasi dan penilaian hujah. Daerah Kulai dipilih kerana berdasarkan keputusan peperiksaan SPM 2003. . Kemahiran Berfikir Kritis yang diukur hanya melibatkan lima komponen sahaja iaitu kemahiran membuat inferens.4). Pencapaian pelajar diukur menggunakan pencapaian pelajar di dalam mata pelajaran Sains dalam peperiksaan PMR. Pelajar yang terlibat di dalam kajian ini terdiri daripada pelajar Melayu. tambahan pula pengkaji bertugas di daerah tersebut. Oleh itu kajian ini dianggap penting bagi menilai Kemahiran Berfikir Kritis pelajar di daerah ini.

Pernyataan item adalah tepat dan jelas. mengusul periksa andaian. vi. xii. iii. v.8 Andaian Beberapa andaian telah dibuat supaya kajian ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan dianggap sah iaitu: i. Ujian Kemahiran Berfikir Kritis Watson Glaser yang mengandungi 80 item di anggap sesuai untuk menilai status penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis pelajar. Komponen ini merupakan komponen berfikir kritis peringkat tinggi. Pelajar yang tidak menjawab adalah pelajar yang tidak tahu dan dikategorikan sebagai sifar markatnya. ii. Arahan ujian yang diberikan adalah jelas. Subjek kajian memahami dan mematuhi segala arahan yang diberikan. Soalan Peperiksaan PMR dianggap memenuhi kriteria Kemahiran Berfikir Kritis . membuat deduksi. ringkas dan padat. membuat interpretasi dan penilaian hujah. ix. Kajian ini dijalankan di daerah Kulai sahaja dan tidak boleh mewakili tahap penguasaan berfikir kritis pelajar seluruh Malaysia. Tiada gangguan semasa menjawab ujian. x. iv. Walaupun terdapat banyak bilangan komponen Kemahiran Berfikir Kritis. Item-item ujian sebanyak 16 item bagi setiap komponen berfikir kritis memadai untuk mengukur kemahiran berfikir secara kritis. Subjek kajian memberikan kerjasama secara jujur dan ikhlas Subjek kajian memberikan gerakbalas secara sukarela. viii. vii. hanya lima komponen Kemahiran Berfikir Kritis yang dikaji dalam kajian ini iaitu kemahiran membuat inferens. xi.28 1.

1 Kemahiran Berfikir Kritis Dalam konteks kajian ini. penyelidik menggunakan takrifan Kemahiran Berfikir Kritis sebagai kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea. meneliti kebernasan. 1. Kematangan pelajar (maturation) Kematangan pelajar boleh mempengaruhi dapatan kajian. Suasana persekitaran semasa menjalankan ujian mungkin merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi emosi pelajar semasa menjalankan ujian. ii.10 Takrifan Operasi Pada bahagian ini beberapa takrifan istilah yang digunakan bagi tujuan penyelidikan akan diperjelaskan. Kestabilan emosi Kestabilan emosi pelajar yang berbeza-beza juga boleh menyebabkan pelajar tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap ujian yang dijalankan dan mengakibatkan jawapan yang diberi kurang tepat.9 Batasan Kajian Terdapat beberapa faktor yang tidak dapat dikawal yang mungkin boleh memberikan kesan tidak sah (invalidity) dan boleh menjejaskan dapatan kajian ini.10. Antara istilah yang digunakan adalah seperti berikut: 1.29 1. Antara faktor-faktor tersebut adalah : i. kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang . Pelajar yang dilahirkan pada awal tahun berbeza kematangannya dengan pelajar yang dilahirkan pada akhir tahun.

10. membuat interpretasi dan menilai hujah.10. deduksi ialah kesimpulan yang dicapai secara taakulan (Sabaria.1. 1.1 Inferens Dalam konteks kajian ini inferens ialah kesimpulan yang boleh dirumuskan berdasarkan fakta-fakta yang telah diperhatikan atau disangkakan (Sabaria. Dalam konteks kajian ini. andaian ialah sesuatu yang disangkakan atau dianggapkan benar (Sabaria.1. 1. 2002).1. sintesis dan penilaian.4 Interpretasi Dalam konteks kajian ini.2002).10.10. mengusul periksa andaian.3 Deduksi Secara umum deduksi ialah membuat kesimpulan khusus yang berdasarkan pemerhatian umum atau kesimpulan yang dibuat terhadap penemuan berdasarkan teori (Mohd Najib. 1.2002). interpretasi ialah mentafsir maklumat yang diperoleh secara logik tanpa sebarang keraguan (Sabaria. 2002). 1.1. Kemahiran Berfikir Kritis yang akan diberikan tumpuan dalam kajian ini adalah kemahiran membuat inferens.2 Mengusul Periksa Andaian Dalam konteks kajian ini. . membuat deduksi.30 munasabah yang melibatkan aktiviti mental seperti analisis. 2003).

10.2002). atau hujah itu merupakan perkara yang remeh sahaja (Sabaria.2 Pencapaian Pelajar Dalam kajian ini penyelidik menggunakan keputusan pencapaian Sains Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi menentukan tahap pencapaian pelajar.31 1. Gred pencapaian menggunakan gred yang digunakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Hujah lemah ialah hujah yang tidak berkaitan walaupun hujah itu merupakan suatu perkara yang penting. atau merupakan perkara yang tidak penting.6 Tafsiran Pencapaian PMR Peringkat A B C D E T Tafsiran Cemerlang Kepujian Baik Mencapai Tahap Penguasaan Minimum Tidak Mencapai Tahap Penguasaan Minimum Tidak Hadir (Sumber: Lembaga Peperiksaan 2003) . Oleh itu tahap pencapaian pelajar dapat diselaraskan seluruh Malaysia.5 Penilaian Hujah Dalam konteks kajian ini hujah kuat ialah hujah yang penting dan berkaitan dengan maklumat yang telah diberikan terlebih dahulu. 1. Keputusan PMR digunakan kerana ianya adalah setara pada peringkat kebangsaan. Tafsiran pencapaian dalam PMR adalah seperti berikut: Jadual 1.1.10.

4 Pelajar Sains Pelajar Sains yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah pelajar yang mengambil mata pelajaran Fizik sebagai mata pelajaran pilihan dalam aliran Sains Tulen atau Sains Gunaan.3 Penguasaan Tahap penguasaan dalam kajian ini merujuk kepada keupayaan pelajar untuk menjawab Ujian Kemahiran Berfikir Kritis Watson-Glaser.10. Jadual 1.32 1.10. . Tahap penguasaan diukur berdasarkan pemarkahan Kementerian Pendidikan Malaysia seperti mana yang tertera di dalam jadual di bawah.7 : Julat Markah Penentuan Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis Pelajar Julat Markat (%) 80-100 60-79 40-59 20-39 0-19 Tahap Penguasaan Pelajar Cemerlang Baik Sederhana Lemah Sangat lemah 1.

Andaian. Objektif Kajian. kajian yang dijalankan merupakan penjelasan beberapa aspek yang merangkumi perkara-perkara seperti berikut: Pendahuluan. Penguasaan kemahiran berfikir dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan merupakan antara matlamat dan objektif kurikulum mata pelajaran Fizik pada masa kini. Oleh itu sangat wajar kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti penguasaan kemahiran berfikir pelajar hasil daripada pembentukan sistem pendidikan sekarang. Latar belakang Masalah.11 Rumusan Kemahiran berfikir bukan lagi merupakan kemahiran yang asing pada masa kini. Skop Kajian. Kepentingan Kajian. Persoalan Kajian. Batasan Kajian dan Takrifan Operasi. Pernyataan Masalah.33 1. Secara umumnya dalam Bab 1 ini. . Rangka Kerja Konsep.

2001a). Berfikir merupakan satu proses mental yang memerlukan individu mengabungjalinkan pengetahuan. secara automatik kita akan menyoal diri sendiri.0 Pendahuluan Bab ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu konsep kemahiran berfikir kritis dan kajian tentang Kemahiran Berfikir Kritis. 2.BAB 2 SOROTAN PENULISAN 2. kemahiran dan sikap yang ada pada dirinya bagi membolehkannya memahami dan mencorakkan alam sekelilingnya (Pusat Perkembangan Kurikulum. 2001a). Pada kebiasaannya apabila kita ternampak sesuatu objek.1 Konsep Kemahiran Berfikir Kritis Kemahiran berfikir (KB) merupakan proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu. membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah. Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada dua kemahiran berfikir iaitu Kemahiran Berfikir Kritis dan kemahiran berfikir kreatif (Pusat Perkembangan Kurikulum. .

Oleh yang demikian proses berfikir melibatkan interaksi antara pengetahuan.s. “Bagaimanakah menggunakannya?” dan “Adakah ia memberi manfaat?”. “Apakah objek itu?”. 2001).1 Takrifan Berfikir Takrifan berfikir yang sesuai dengan konsep kemahiran berfikir masih menjadi pokok perbincangan yang hebat (Som dan Mohd Dahalan.1 Proses Berfikir Pusat Perkembangan Kurikulum (2001b). Untuk mendapatkan jawapan bagi persoalan-persoalan tersebut. Takrifan berfikir dapat ditakrifkan berdasarkan beberapa perspektif iaitu perspektif psikologi. m. Pengetahuan Kemahiran Kognitif Sikap/ Nilai Rajah 2. kita menggunakan pengetahuan (apa yang kita tahu tentang objek itu). kemahiran kognitif dan sikap atau nilai seperti dalam rajah di bawah. “Apakah kegunaannya?”.1998). kemahiran kognitif (menyoal diri sendiri tentang objek itu).35 Soalan-soalan yang mungkin akan ditanya ialah. Ramai tokoh dan pengkaji dalam bidang sains pemikiran bercanggah dalam memberikan takrifan konsep berfikir (Mohd Azhar. dan sikap dan nilai (keinginan untuk mengetahui tentang objek tersebut). 3 2. .1.

sepatutnya kedua-dua kemahiran berfikir itu dieksploitasikan sepenuhnya dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan seterusnya memikirkan semula apa yang kita telah fikirkan untuk membuat penilaian bagi mendapatkan keputusan yang baik. Pemikiran merupakan proses mental yang terdiri daripada dua operasi iaitu operasi kognitif dan operasi metakognitif. seperti membuat keputusan dan . kedua. pertama. kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif adalah saling berkait dan digunakan secara bersepadu di mana Kemahiran Berfikir Kritis membolehkan kita menilai kemunasabahan sesuatu idea manakala kemahiran berfikir secara kreatif pula membolehkan kita mencerna dan menghasilkan idea-idea baru yang asli. Manakala berfikir kreatif boleh menghasilkan idea-idea baru yang akan menghasilkan roket yang mempunyai ciri-ciri yang lebih baik. penaakulan) dan pemikiran kritis dan kreatif. dan mensintesis. Operasi kognitif digunakan untuk mencari makna di mana ianya meliputi dua bahagian iaitu. mentakrifkan pemikiran sebagai suatu proses minda yang bertujuan mencari makna dan pemahaman pada suatu perkara. Antara takrifan berfikir yang dikemukakan oleh beberapa orang pakar dalam bidang kemahiran berfikir ialah: Azizi et al. proses atau strategi yang kompleks. membuat keputusan. Walau bagaimanapun berfikir kritis tidak dapat menghasilkan roket yang lebih baik. 2004).(2005). kemahiran yang tersendiri dan ringkas seperti kemahiran pemprosesan( menganalisis. Berfikir secara kritis akan mengenal pasti kesilapan yang terdapat pada roket ‘Discovery’ yang meletup ketika memasuki hemisfera Bumi.36 falsafah dan pendidikan (Chua. meneroka pelbagai kemungkinan idea ataupun hujah. menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi. Idea baru boleh tercetus melalui gabungan idea-idea yang sedia ada. Dalam proses menyelesaikan masalah atau membuat keputusan. Dalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

.37 menyelesaikan masalah.2 : Model Pemikiran (Diubahsuai daripada Jonassen D. mengarah dan menilai pemikirannya (Azizi. Metakognitif biasanya dikenali sebagai berfikir tentang pemikiran. (2005): Aplikasi Kognitif Dalam Pendidikan . kreatif. khususnya operasi merancang. Manakala operasi metakognitif pula ialah proses refleksi yang dilakukan oleh individu pada proses pemikirannya.H:2000) Azizi et al. Perkaitan operasi kognitif dan metakognitif dapat dilihat perkaitannya melalui rajah dibawah. m.s: 211. Noordin dan Zurihanmi. Operasi kognitif ialah operasi yang melibatkan proses pemikiran kritis. Operasi metakognitif meliputi operasi yang mengarah dan mengawal kemahiran dan proses kognitif. Dengan kata lain. refleksi adalah tindakan kita memikirkan apa yang kita fikir. 2005). Metakognitif melibatkan operasi untuk memandu usaha seseorang demi mencari makna. menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Pemikiran Asas Perolehan Pengetahuan Metakognitif Penyelesaian Masalah Reka Cipta Membuat Keputusan Analisis Penilaian Pemikiran Kritis Perkaitan Pengubahsuaian Sintesis Membayangkan Pemikiran Kreatif Rajah 2.

2005). data atau maklumat untuk kefahaman yang jelas. 1998).2 Takrifan Kemahiran Berfikir Kritis Perkataan ‘kritis’ berasal daripada bahasa Yunani. 2. kukuh dan bermakna. . Noordin dan Zurihanmi. bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami (Som dan Mohd Dahalan.38 Secara kesimpulannya. Kemahiran berfikir kritis termasuklah kemahiran menganalisis secara kritis dan kemahiran menilai secara kritis. di mana pemikiran kritis ini melibatkan proses menganalisis dan menilai idea. pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu.1. bersifat mengkritik (tidak menerima sesuatu bulat-bulat). menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar. Untuk tidak menerima begitu sahaja sesuatu bukanlah sesuatu yang mudah kerana mempertimbangkan untuk menerima atau menolak sesuatu itu memerlukan kemahiran tertentu.Kemahiran Berfikir Kritis ini merupakan kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea. Terdapat pelbagai takrifan tentang Kemahiran Berfikir Kritis. kritikal”. ‘kritikos’ yang bermakna ‘mampu menilai’. Kemahiran menganalisis secara kritis meningkatkan pemahaman dan kebolehan menggunakan maklumat yang sedia ada. Manakala kemahiran menilai secara kritis meninjau kemunasabahan sesuatu idea (Azizi. Antara takrifan Kemahiran Berfikir Kritis adalah: Kamus Dewan (2005: 831) pula memberikan makna ‘kritis’ sebagai “tidak dengan begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu (menimbangkan buruk baiknya terlebih dahulu).

Ia mementingkan kebolehan menilai daripada aspek idea. kita perlu berupaya dan berkebolehan membuat penilaian. atau komunikasi sebagai panduan kepada kepercayaan dan tindakan. Ia melibatkan tiga jenis aktiviti mental iaitu analisis. Pemikiran kritis di takrifkan sebagai proses pemikiran yang bermula dengan proses menyoal kepada masalah bagi mendapatkan serta mempertingkatkan pemahaman. (2005).39 Scriven dan Paul (2004). perkaitan dan pertimbangan berkenaan perkara itu. . 2005). konsep ataupun idea. cadangan. Pemikiran kritis mempunyai nilai intelektual secara menyeluruh. pengalaman. penaakulan. Mereka juga mahir dalam menaakul perkara-perkara yang dinyatakan. yang memberikan kita satu pemahaman baru berkenaan suatu perkara. isi kandungan atau masalah di mana pemikir meningkatkan mutu pemikirannya dan menetapkan piawaian secara intelektual ke atas pemikiran mereka. Pemikiran kritis menggalakkan individu menganalisis pernyataan dengan berhati-hati. telah mentakrifkan pemikiran kritis sebagai suatu bentuk pemikiran yang jelas dan bijaksana. Kebiasaannya orang yang berfikiran kritis suka menyoal perkara-perkara yang dia ingin tahu. bukti. mentakrifkan pemikiran kritis sebagai suatu proses pemikiran tentang apa jua perkara. menganalisa. refleksi. Azizi et al. tindakan dan penyelesaian masalah. Pemikiran krits merupakan proses intelektual secara berdisiplin secara aktif dan berkemahiran dalam mengkonsepsi. mensintesis atau menilai maklumat yang diperolehi atau dibentuk hasil daripada pemerhatian. sintesis dan penilaian. Pemikiran kritis adalah sebahagian daripada proses menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan menentukan kemunasabahan sesuatu hujah ataupun idea serta membuat refleksi (Azizi et al. mencari bukti yang sah serta kukuh sebelum membuat kesimpulan. . mengaplikasi. analisis. Bagi mencapai tujuan iaitu pemahaman baru berkaitan sesuatu.

2005). Pemikiran kritis seperti perbuatan membuang antah daripada beras. Berfikir secara kritis dicipta untuk membuang kesilapan. Ainon dan Abdullah (2005) berpendapat bahawa menggunakan cara berfikir kritis adalah kaedah berfikir yang digunakan untuk membuang kesilapan. Noordin dan Zurihanmi. kemahiran berfikir secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea. Berfikir secara kritis tidak dapat menerbitkan idea-idea baru. Pemikiran kritis juga merupakan pembelajaran aktif berkenaan pengamatan dan maklumat yang digunakan sebagai panduan untuk menilai dan bertindak. meneliti kebernasan.40 Menurut Som dan Mohd Dahalan (1998). Berfikir secara kritis tidak dapat menjadikan menjadikan beras tersebut untuk menjadi klon-klon beras yang lebih baik. satu usaha untuk memahami pengetahuan berasaskan bukti dan penaakulan. kekeliruan dan andaian-andaian yang salah. Dengan membuang semua antah yang terdapat dalam beras. kebaikan . Dalam kajian ini penyelidik menggunakan takrifan Kemahiran Berfikir Kritis sebagai kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea. kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah. kekeliruan dan andaian-andaian yang salah. meneliti kebernasan. Berfikir secara kritis hanya berguna untuk memperbaiki idea yang sudah sedia ada tetapi tidak mengemukakan alternatif-alternatif baru yang dapat menjadikan sesuatu situasi itu lebih dinamik. pemikiran refleksi yang memberikan fahaman baru. pentafsiran pengetahuan berasaskan pemerhatian dan penilaian. yang tinggal hanyalah beras belaka. kebaikan. serta satu cara penilaian yang menuntut pemikir mengawal pemikirannya (metakognitif) (Azizi. mahupun untuk menjadikan beras itu supaya menjadi lebih banyak.

1. bahasa. Pemikiran ini juga boleh dirujuk sebagai suatu bentuk pemikiran reflektif. Pemikiran kritis juga menekankan kebolehan menganalisis dan menilai maklumat bagi memberi pemahaman yang jelas serta munasabah pada suatu perkara ataupun idea. Menurut Som dan Mohd Dahalan (1998). urutan. 2. Ianya merupakan satu bentuk pemikiran yang jelas dan bijak yang melibatkan beberapa kemahiran seperti kemahiran membuat pemerhatian. . sintesis dan penilaian. penilaian dan pertimbangan. Pemikiran kritis ini penting dalam kehidupan seharian kerana dengan menguasai kemahiran ini. kita boleh mengumpulkan seberapa banyak maklumat dan menilai betul atau salah sesuatu idea itu dan kita boleh membuat tindakan atau pilihan yang lebih tepat.41 dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah yang melibatkan aktiviti mental seperti analisis. pemikiran kritis merupakan satu domain pemikiran yang lebih menekankan penggunaan hemisfera otak kiri (HOKI). Matematik dan linear. Di antara fungsi HOKI adalah untuk pemikiran berbentuk logik. kejelasan dan keupayaan kita menggunakan maklumat dengan berkesan di samping membuat pertimbangan yang rasional.3 Konsep Pemikiran Kritis Pemikiran kritis adalah sebahagian daripada kemahiran berfikir. analisis. Kemahiran Berfikir Kritis juga dapat membantu meningkatkan kefahaman.

(ii) Menilai Berfikir secara kritis juga menuntut kita supaya sentiasa membuat penilaian terhadap sesuatu perkara.1. Ini diikuti dengan gerak balas yang positif dan bersifat segera.4 Ciri-ciri Pemikiran Kritis Pemikiran kritis adalah merupakan asas kepada kecemerlangan dan merupakan perkara yang amat penting di dalam persaingan sains dan teknologi pada masa kini. Buah fikiran selalunya datang setelah melihat sesuatu peristiwa berlaku. seperti nilai agama bagi mereka yang beragama. Selalunya sifat reaktif ini ditunjukkan dengan perlakuan seperti suka membuat ulasan. Oleh itu seseorang yang memiliki ciri-ciri pemikiran kritis amat diperlukan bagi memajukan sesebuah negara. . Biasanya penilaian adalah berdasarkan nilai yang mereka jadikan panduan hidup.42 2. pemikiran kritis yang dikenal pasti adalah seperti berikut: Di antara ciri-ciri Menurut Mohd Nashuha (1997). seseorang yang berfikir secara kritis mempunyai ciri-ciri seperti berikut: (i) Reaktif Seseorang yang berfikiran kritis akan sentiasa peka kepada perkembangan yang berlaku di sekitarnya. komen dan kritikan terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku. manakala yang tidak beragama menggunakan nilai moral sebagai landasan. Penilaian dibuat dari sudut kebaikan dan keburukan yang bakal diterima dari setiap tindakan yang dibuat.

Berupaya mengumpul dan menilai maklumat yang berkaitan. Berupaya untuk berkomunikasi secara berkesan dengan orang lain dalam menyelesaikan masalah yang kompleks. 4. Berfikiran secara terbuka dalam sistem pemikiran alternatif. fakta dan alasan yang munasabah. (iii) Meneliti idea dengan fakta yang telah diketahui Setiap idea yang dicetuskan lazimnya mempunyai asas. menggunakan idea yang abstrak untuk menterjemahkannya secara berkesan untuk membuat kesimpulan dan penyelesaian yang munasabah serta mengujinya terhadap kriteria yang berkaitan dan piawaian yang bersesuaian. dan merumuskan persolan dan masalah tersebut dengan jelas dan tepat. 2. 3. ciri-ciri pemikir kritis adalah seperti berikut: 1. .43 Perkara-perkara yang menjadi fokus utama penilaian adalah seperti berikut: (a) Apa yang baik? (b) Apa yang salah? (c) Apa yang buruk? (d) Apa yang hina? (e) Apa yang halal? (f) Apa yang haram? dan sebagainya. Setiap idea akan diteliti dengan fakta-fakta yang telah diketahuinya sebelum dizahirkan dan seterusnya dilaksanakan. Menurut Scriven dan Paul (2004). Berupaya menimbulkan persoalan dan masalah yang penting. implikasi dan kesan sebab dan akibat secara praktikal. alasan dan asas tersebut bergantung kepada pengetahuan sedia ada dan pengalaman seseorang. mengenal pasti dan membuat penilaian yang perlu terhadap andaian. Fakta.

pemerhatian kendiri (self-monitored). terdapat beberapa ciri yang dapat dijadikan rujukan bagi menentukan pemikiran itu adalah pemikiran kritis ataupun tidak. Penilaian Penilaian bermaksud kita menggunakan pemikiran kritis bagi membuat penilaian pada suatu perkara ataupun idea yang sedia ada. Menurut Azizi et al. sama ada patut dibuat ataupun patut dipercayai. 1. penilaian. Hasil daripada reaksi ini menjadi hasil pemikiran kritis iaitu idea yang disampaikan lebih meyakinkan. disiplin kendiri (self-discipline). dan pembetulan kendiri (self-corrective thinking). Analisis . Pemikiran kreatif adalah penghasilan atau penjanaan perkara baru. munasabah dan bernas. Gerak balas Gerak balas bermaksud pemikiran kritis adalah reaksi atau gerak balas suatu idea ataupun perkara yang sedia ada dan bukan penghasilan atau penjanaan idea ataupun perkara baru. Ciri-ciri itu adalah gerak balas. Penilaian itu dibuat bagi menentukan kemunasabahan perkara ataupun idea. 2.44 Secara ringkasnya pemikiran kritis ialah pemikiran yang berasaskan terarah kendiri (self-directed). Aspek penilaian ini membolehkan pemikiran kritis memainkan peranan dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Reaksi atau gerak balas di sini bermaksud tindakan kita menganalisis. membuat perkaitan dan pertimbangan pada perkara ataupun idea sedia ada. menilai. Ciri ini juga menjelaskan perbezaan antara pemikiran kritis dan pemikiran kreatif. analisis dan logik. 3. (2005).

vii.45 Kemahiran analisis penting bagi membolehkan kita menganalisis. 4. mentafsir dan memahami suatu perkara ataupun idea dengan jelas. viii. membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. idea. ii. Pemikiran kritis mempertimbangkan idea perkara ataupun hujah secara logik dan tidak berat sebelah. vi. memperincikan pemikiran kritis kepada beberapa kemahiran mikro seperti di bawah: i. Keempat-empat ciri ini membolehkan pemikiran kritis digunakan bagi mempelajari ataupun memahami suatu yang baru. Logik Pemikiran kritis adalah pemikiran yang logik. (2005) dalam bukunya bertajuk ‘Aplikasi Kognitif Dalam Pendidikan’. Memberi pendapat: Mempertahankan idea Menguji hipotesis : Menolak / menerima pandangan Mengadili: Mengutamakan Mentafsir : Menilai kebaikan / keburukan Menyokong pendapat : Menentukan kesahihan Memastikan sumber : Menentukan kebolehpercayaan Membuat inferens : Membanding / membezakan Mengelas / kategori : Meringkaskan Menghubungkaitkan Kronologi * Bentuk perkataan • Kesan / sebab * Bentuk grafik . Ennis (1962).Kemahiran ini membolehkan individu membuat penilaian yang lebih objektif iaitu tidak berat sebelah dan berhujah dengan bernas. Ini bermakna proses pemikiran kritis meliputi penaakulan secara logik dan bersepadu. iii. iv. ix. Analisis pada perkara. menurut Azizi et al. v. terperinci dan mendalam. hujah ataupun maklumat sebaik-baiknya objektif.

Menurut Ainon dan Abdullah (2005). sanggup mengubah pendapat. walaupun sekiranya dia tidak sependapat dengan orang-orang itu. Pemikir kritis juga sedia mengetepikan kecenderungan-kecenderungan dan cita rasa peribadi apabila membuat penilaian. sanggup menerima jika melakukan kesilapan. Di samping itu. sedia mengakui apa-apa yang tidak tahu. . oleh itu mereka tidak suka membuat pendapat seperti itu dan mereka mengamalkan sikap seimbang dan berpandangan wajar. berminat pada idea-idea orang lain.46 • x. sebaliknya mengutamakan bukti-bukti dan jika tidak sanggup menunda penilaian. sedar akan kelemahan sendiri. pemikir kritis berusaha untuk dapat memahami segala sesuatu. oleh itu sedia membaca dan mendengar dengan tekun. mengakui pendapat–pendapat yang ekstrem selalunya salah. ciri-ciri pemikir kritis ialah jujur dengan diri sendiri. sentiasa ingin tahu. Pemikir yang kritis juga menurut Ainon dan Abdullah (2005). xi. Perbezaan Mengesan falasi : fakta dan andaian Fakta dan pendapat Ciri-ciri pemikir kritis di atas amat diperlukan dalam proses menyelesaikan masalah terutamanya dalam mata pelajaran Fizik yang memerlukan pelajar membuat perhubungan serta perkaitan antara teori dengan aplikasi teori tersebut dalam kehidupan seharian. sanggup mengambil masa untuk menyelesaikan kekeliruan. sabar apabila berhadapan dengan perkara-perkara yag kompleks.

memastikan perbezaan dan kelainan yang wujud dalam satu-satu kategori (Mohd Azhar. meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan – keupayaan melihat dan memahami perhubungan . perkara atau institusi dengan lebih jelas. membuat kategori . iii. institusi atau idea berdasarkan aspek-aspek tertentu. Pemikiran kritis ini melibatkan proses menganalisis dan menilai idea.5.1. kemahiran berfikir secara kritis boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu peringkat rendah dan peringkat tinggi. Kemahiran berfikir secara kritis sebenarnya tidak terhad bilangannya. Dengan menggunakan kemahiran kritis yang sederhana. peristiwa. organisma.mencari persamaan dan perbezaan antara dua objek. kukuh dan bermakna.1 Kemahiran Berfikir Kritis Peringkat Rendah Kemahiran Berfikir Kritis peringkat rendah merupakan kemahiran berfikir kritis yang hanya melibatkan proses kognitif (kemahiran mikro) yang sederhana. iv. mengasingkan. menyusun mengikut turutan – keupayaan seseorang mengatur benda atau perkara mengikut susunan atau urutan tertentu. Di antara contoh pemikiran kritis peringkat rendah termasuklah: i.5 Komponen Kemahiran Berfikir Kritis Kemahiran Berfikir Kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea. Menurut Som dan Mohd Dahalan (1998). minda sekadar menerbitkan semula maklumat/data/ pernyataan dan sebagainya yang telah sedia ada.kebolehan mengelompokkan maklumat atau objek ke dalam kumpulan atau kelas tertentu mengikut ciri-ciri sepunya yang boleh diperhatikan. .1. 2. data atau maklumat untuk kefahaman yang jelas. ii. perkaitan. kepentingan dan pertalian antara bahagian-bahagian kecil dengan keseluruhan sesuatu objek. membandingkan dan membezakan.47 2. Minda hanya memilih. 2001).

kemampuan menggunakan minda untuk membuat kesimpulan berdasarkan maklumat. Dengan ini kita dapat menghindarkan pemikiran kita daripada sebarang idea yang tidak tekal dari segi logik (Mohd Azhar. memperinci dan mengesahkan sesuatu maklumat / pernyataan atau apa jua perkara yang khusus dan terarah. Di antara contoh pemikiran kritis peringkat tinggi termasuklah: i. mengesahkan sumber maklumat mengesahkan atau menentukan sama ada punca atau sumber maklumat yang kita peroleh itu boleh diterima. membuat inferens . 1998). mengusul periksa andaian . .2 Kemahiran Berfikir Kritis Peringkat Tinggi Kemahiran Berfikir Kritis peringkat tinggi pula merupakan Kemahiran Berfikir Kritis yang melibatkan proses kognitif ( kemahiran mikro) dan metakognitif (thinking about thinking) yang lebih tinggi dan lebih pelbagai macam sifatnya.keupayaan menggunakan minda untuk menyiasat sama ada sesuatu andaian yang telah dibuat itu benar atau tidak benar berdasarkan bukti dan alasan yang sah. bukti.1. petanda-petanda dan polapola tertentu iv. 2001).5. 2. menerangkan sebab – keupayaan menggunakan minda untuk mengkaji dan menjelaskan sebab-sebab sesuatu kejadian atau peristiwa itu berlaku berdasarkan alasan dan bukti yang munasabah (Som dan Mohd Dahalan. ia juga ditambah dengan kemahiran metakognitif menerusi daya taakulan (reasoning). ii. membuat ramalan – kemampuan untuk menggunakan kinda membuat jangkaan terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang akan berlaku pada masa akan datang yang dibuat berdasarkan bukti dan maklumat yang tertentu. iii. Pada tahap ini kita perlu mengupas. dipercayai atau tidak. Pemikiran ini bukan hanya menggunakan kemahiran mikro kritis.48 v.

1998). Kemahiran Berfikir Kritis peringkat tinggi memerlukan pelajar membuat penaakulan. 1998). membuat generalisasi – keupayaan menggunakan minda untuk membuat kesimpulan am berdasarkan sampel dan maklumat yang menyeluruh dan tekal.kemampuan menggunakan minda untuk menganalisis dan menilai sebab-sebab bagi mencari kesimpulan yang tepat dan jitu. (i) Membuat Inferens Membuat inferens memberikan maksud membuat kesimpulan awal yang mungkin benar atau pun tidak berdasarkan maklumat daripada pemerhatian (Pusat Perkembangan Kurikulum. 2001). mengusul periksa andaian. berbanding Kemahiran Berfikir Kritis peringkat rendah yang hanya memerlukan Kemahiran Berfikir Kritis yang tidak begitu kompleks seperti membanding. vi. membeza. bukti. membuat deduksi. mengelaskan dan sebagainya (Som dan Mohd Dahalan. petanda-petanda dan pola-pola tertentu (Som dan Mohamad Dahalan. Kemahiran Berfikir Kritis peringkat rendah merupakan kemahiran yang sesuai dimulakan dan digunakan pada peringkat sekolah rendah manakala Kemahiran Berfikir Kritis peringkat tinggi pula sesuai digunakan pada peringkat sekolah menengah kerana Kemahiran Berfikir Kritis peringkat tinggi akan memberikan penekanan kepada proses dan aras berfikir yang lebih kompleks. analisis. . Kemahiran Berfikir Kritis yang akan diberikan tumpuan dalam kajian ini adalah Kemahiran Berfikir Kritis peringkat tinggi seperti membuat inferens.49 v. kemampuan menggunakan minda untuk membuat kesimpulan berdasarkan maklumat. membuat interpretasi dan menilai hujah. mencari sebab dan membuat kesimpulan . inferens dan sebagainya.

Untuk membuat inferens. membuat pilihan dari beberapa alternatif yang telah dikumpul dan menganalisa sebab dan akibat dari keputusan yang telah dibuat. Contohnya. jika salah satu tayar kereta meletup semasa di dalam suatu perjalanan dan ketika menukar tayar tersebut didapati tayar itu sudah haus dan terasa panas walaupun keadaan permukaan jalan raya sangat baik dan tiada kesan cucukan objek pada tayar tersebut. kita cuba membuat kesimpulan awal yang mungkin benar ataupun tidak daripada maklumat-maklumat pemerhatian yang telah dikumpul. Membuat inferens juga boleh membawa maksud sesuatu yang diertikan atau membuat generalisasi berdasarkan pemerhatian atau maklumat yang diperoleh. membuat inferens bermakna membuat kesimpulan yang wajar berdasarkan sesuatu kenyataan. dan bukti yang ada. Ini bermakna sesuatu kesimpulan itu dibuat adalah hasil daripada kelakuan seseorang atau sesuatu fenomena. kata-kata kunci. untuk membuat inferens. . Kemahiran membuat inferens ini merupakan kemahiran untuk mendapatkan makna daripada pola-pola. Dalam hal ini kita membuat inferens bahawa tayar meletup sebab suhu udara dalam tayar tinggi dan menyebabkan saiz tayar bertambah dan meletup. tanda-tanda.50 Mengikut Kamus Dewan (2005). Apakah yang menyebabkan tayar itu meletup? Adakah kerana geseran antara tayar dengan permukaan jalan raya? Adakah kerana suhu udara di dalam tayar terlalu tinggi?. Kemahiran membuat inferens ini lazimnya digunakan apabila kita hendak merancang langkah-langkah tindakan. kita perlu memerhatikan keadaan tayar yang meletup dan mengenal pasti sebab tayar itu meletup dan seterusnya membuat inferens. kita perlu menggunakan penaakulan logik untuk membuat kesimpulan awal berdasarkan bukti atau pemerhatian yang terdapat dalam kes-kes tertentu. Menurut Mohd Nashua (1997). atau adakah permukaan tayar sudah nipis? Dalam menjawab persoalan ini.

(Perhatikan semula semua situasi bagi memastikan alasan yang diberikan adalah betul). Sesuatu kesimpulan yang kita buat hasil daripada inferens kita itu seharusnyalah mempunyai alasan dan bukti yang kukuh dan jitu bagi menyokong kebolehpercayaan dan kesahan inferens kita itu. Dalam kehidupan seharian kita sering membuat inferens. (Keadaan tayar seperti suhu atau kesan cucukan dan keadaan permukaan jalan raya). . (ii) Cuba senaraikan seberapa banyak sebab situasi atau keadan sedemikian berlaku. (iii) Beri alasan mengapa anda berpendapat demikian. tindakan-tindakan yang lepas dan yang semasa. bukti dan pernyataan. kita memeriksa data atau maklumat dan kemudiannya kita berikan sebab-sebab yang mungkin mengapa kejadian itu berlaku.51 Langkah-langkah penggunaan kemahiran membuat inferens adalah seperti berikut: (i) Buat pemerhatian terhadap sesuatu situasi atau keadaan. (Berdasarkan kesan tayar yang panas dan permukaan tayar yang haus. suhu yang tinggi boleh mengakibatkan saiz tayar bertambah dan menyebabkannya meletup). masa dan tempat. perlakuan-perlakuan dan tafsiran fantasi. (iv) Semak semula alasan-alasan yang telah disenaraikan hasil daripada pemerhatian atau pendapat. (Memerhati keadaan tayar yang meletup). Langkah-langkah Menguasai Kemahiran Membuat Inferens Untuk membuat inferens langkah-langkah berikut boleh dilaksanakan: (i) (ii) (iii) (iv) Periksa tanda-tanda/kata kunci/ bukti yang ada Pilih tanda-tanda tersebut Lihat pola-pola yang ada Buat kesimpulan daripada tafsiran tersebut. Inferens yang kita buat boleh berdasarkan maklumat yang diperolehi secara tidak langsung atau tersirat.

Kemahiran mengusul periksa andaian akan dapat membantu kita menjadi manusia yang berwaspada dan berhati-hati serta prihatin terhadap setiap andaian yang dibuat oleh kita atau orang lain. Biasanya andaian dibuat sama ada dalam keadaan kita menyedarinya atau sebaliknya. 2005). Kemahiran mengusul periksa andaian memandu kita mempersoal dan mencari ketepatan sesuatu andaian yang dibuat. 1998). menerima maklumat atau membuat keputusan. . Andaian ini ialah idea-idea yang ada dalam minda kita tanpa kita sengaja menciptanya (Ainon dan Abdullah. Ianya bertujuan bagi mengelakkan membuat keputusan yang merugikan (Som dan Mohamad Dahalan. Setelah kita mengusul periksa andaian. Kita boleh mengelakkan kesesakan tersebut sekiranya kita mengusul periksa andaian kita dengan mengenal pasti tentang kelancaran lalu lintas berdasarkan maklumat dari info-trafik misalnya. kita membuat andaian bahawa jalan tidak sibuk dan kita akan sampai ke tempat yang hendak dituju tepat pada masanya. selalunya kita mengambil kaedah sambil lewa atau tidak mengambil berat. kita boleh mengenal pasti pula yang mana satukah alasan dan andaian tadi yang paling munasabah dalam menyelesaikan masalah konflik dan kontroversi. Sebagai comtoh. sebelum sesuatu tindakan atau keputusan diambil. Membuat andaian merupakan suatu perkara yang sering dilakukan dalam kehidupan seharian. Dalam hal ini kemahiran mengusul periksa andaian ini merupakan keupayaan menggunakan minda untuk menyiasat sama ada sesuatu andaian yang telah dibuat itu benar atau tidak benar berdasarkan bukti dan alasan yang sah. Sekiranya kita tidak mengusul periksa andaian kita. Apabila kita membuat pemilihan.52 (ii) Mengusul Periksa Andaian Andaian ialah sesuatu yang disangkakan atau dianggap benar. kita mungkin akan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Kemahiran membuat deduksi merupakan salah satu kemahiran yang perlu bagi memahami dan menguasai Kemahiran Berfikir Kritis. Teliti situasi umum 2. mengusul periksa (iii) Membuat Deduksi Membuat deduksi ialah membuat kesimpulan khusus yang berdasarkan pemerhatian umum atau kesimpulan yang dibuat terhadap penemuan berdasarkan teori (Mohd Najib. 2003). Langkah penggunaan kemahiran membuat deduksi ialah: 1. 1999).53 Tujuan kita menguasai kemahiran ini ialah supaya kita dapat: (i) Menyatakan dan mengamalkan langkah-langkah andaian. . Pemahaman dan penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis akan lebih mudah sekiranya seseorang individu berkebolehan membuat penaakulan secara deduktif. Melalui penaakulan deduktif seseorang boleh membuat perhubungan dari situasi umum ke beberapa contoh atau situasi yang khusus (Pusat Perkembangan Kurikulum. Daripada situasi umum dapatkan contoh atau situasi yang khusus. (ii) Memeriksa sesuatu andaian yang dibuat sama ada andaian itu tepat atau tidak (iii) Membuat keputusan berdasarkan hasil andaian yang telah diusul periksa dengan teliti.

1 Ciri mamalia dan reptilia Mamalia berkaki empat badan berbulu berekor telinga bercuping Reptilia berkaki empat bersisik berekor Jadual 2. bersisik dan berekor. Contohnya. berekor dan telinga bercuping manakala reptilia mempunyai ciri berikut: berkaki empat.1 menyenaraikan ciri haiwan dalam kelas mamalia dan reptilia.54 Contoh membuat deduksi: Jadual 2. bersisik dan berekor. badan berbulu. (iv) Membuat Interpretasi Kebolehan menghubungkait maklumat dalam suatu set komunikasi dan menyatakan dalam bentuk lain dengan mengekalkan makna set komunikasi itu (Lembaga Peperiksaan Malaysia. lembu. berdasarkan rajah pita detik yang ditarik melalui jangkamasa detik pada kedudukan tertentu. badan berbulu. tupai dan kucinga adalah mamalia kerana mempunyai ciri berkaki empat. Situasi tersebut adalah . berekor dan telinga bercuping. 2002). pelajar diminta mengenal pasti atau melukis graf yang menunjukkan perhubungan antara dua pemboleh ubah yang sama bagi pergerakan pita detik tersebut. manakala buaya dan biawak adalah reptilia kerana mempunyai ciri berkaki empat. Daripada situasi umum. Sebagai contoh. contoh atau situasi yang khusus di cari. mamalia mempunyai ciri berikut: berkaki empat. Berdasarkan ciri yang dinyatakan . . untuk membuat penaakulan secara deduksi kita perlu meneliti situasi umum.

R dan S? A Halaju 0 P Q R S Masa B Halaju 0 P Q R S Masa C Halaju 0 P Q R S Masa D Halaju 0 P Q R S Masa Rajah 2.55 Rajah menunjukkan pita detik yang ditarik melalui jangkamasa detik Arah gerakan pita P Q R S Antara graf berikut yang manakah menunjukkan hubungan antara halaju dengan masa. bagi pita itu pada kedudukan P.Q. . ke dalam bentuk graf iaitu dengan mengekalkan maklumat yang sama tetapi dalam bentuk yang berbeza. 3 Contoh soalan interpretasi Dalam situasi ini. pelajar perlu membuat interpretasi pergerakan pita detik tersebut berdasarkan rajah yang diberikan.

atau hujah itu merupakan perkara yang remeh sahaja. Perhatikan situasi dalam suatu keadaan Kenal pasti pemboleh ubah-pemboleh ubah yang terdapat di dalam situasi tersebut. Memindahkan set maklumat yang sama ke dalam bentuk yang berbeza dengan mengekalkan makna set komunikasi tersebut.56 Langkah penggunaan kemahiran membuat interpretasi: 1. Berhujah dan menilai kesahan hujah-hujah orang lain adalah aktiviti penting dalam kehidupan intelektual. 1995). Secara amnya orang berhujah untuk meyakinkan orang lain supaya menerima pendapat-pendapatnya di mana dia percaya pendapat-pendapatnya itu adalah benar dan patut diterima oleh orang lain sebagai benar juga. Jadi premis ialah asas hujah. Hujah merupakan satu set dakwaan yang dikemukakan oleh seseorang dalam usahanya untuk membuktikan bahawa dakwaannya berikutnya boleh diterima secara rasional. kita menilai secara kritis tentang apa yang mereka dakwa. 3. Apa-apa alasan dan bukti yang dikemukakan untuk berhujah disebut premis. Aspek berhujah adalah intipati pemikiran kritis. (v) Penilaian Hujah Penilaian hujah bertujuan untuk membezakan antara hujah yang kuat dan releven dengan hujah yang lemah atau tidak releven terhadap sesuatu soalan atau isu. Berhujah ialah suatu daya usaha rasional untuk mewajarkan suatu kesimpulan (Ainon dan Abdullah. dan perkara-perkara yang mereka jadikan . atau merupakan perkara yang tidak penting. Dakwaan yang dipertahankan di dalam hujah disebut kesimpulan. 2. Dalam konteks kajian ini hujah kuat ialah hujah yang penting dan berkaitan dengan maklumat yang telah diberikan terlebih dahulu. Aktiviti berhujah adalah aktiviti yang penting dalam dunia pendidikan. Hujah lemah ialah hujah yang tidak berkaitan walaupun hujah itu merupakan suatu perkara yang penting. Apabila kita menilai kesahan hujah orang lain.

Contoh ayat yang mengandungi hujah ialah: ‘Santan kelapa mengandungi kolesterol yang boleh menyebabkan jantung. 3. 2. Dia yakin oleh kerana premisnya betul. dia melakukan tiga perkara iaitu. dan kedua. Apabila orang berhujah. 1995). premis itu hendaklah relevan kepada kesimpulan. ialah kaitan alasan yang menghubungkan premis-premis kepada kesimpulan hujah. Di sini premis itu sepatutnya dapat diterima oleh orang yang menilai hujah tersebut. Semua premis dalam hujah itu dapat diterima ataupun betul.57 asas dakwaan mereka itu. ertinya premis itu mampu menjadi bukti atau alasan kesimpulan (Ainon dan Abdullah. Dia yakin premisnya betul. Santan kelapa mengandungi kolesterol (premis) Kolesterol boleh menyebabkan penyakit jantung (premis) Oleh itu jangan makan santan kelapa (kesimpulan). sama ada premis itu betul atau salah. penyakit Dua aspek yang dilihat apabila menilai mutu hujah iaitu pertama. kesimpulannya tentu betul juga. Di sini. Semua premis dalam hujah itu dapat dikaitkan kepada kesimpulan hujah. 3. premis hujah. 2. . Premis itu juga mesti menjadi asas kukuh kepada kesimpulan. Dia yakin kesimpulannya adalah betul. ataupun si penilai tidak ada alasan bagi menolak premis itu. 2. Oleh itu jangan makan santan kelapa.’ 1. Terdapat dua unsur dalam hujah yang baik: 1. 1.

WGCTA merupakan alat yang kajian yang biasa digunakan untuk mengukur Kemahiran Berfikir Kritis (Jenkins. mengusul periksa andaian =16 item. Watson dan Glser (1964) telah melaporkan nilai pekali kebolehpercayaan menggunakan kaedah bahagi dua (split half) ialah pada julat .1980). Bagi WGCTA bentuk A dan B. Antara alat tersebut ialah Watson Glaser Critical Thinking Appraissal (WGCTA).85 hingga . Alat kajian ini biasa digunakan untuk mengukur tahap Kemahiran Berfikir Kritis pada peringkat kolej atau universiti (Watson dan Glaser.87. Watson dan Glaser telah melaporkan bahawa nilai pekali kebolehpercayaan . California Critical Thinking Skills Test (CCTST).6 Alat Kajian Kemahiran Berfikir Kritis Terdapat beberapa alat yang digunakan untuk mengukur Kemahiran Berfikir Kritis. deduksi = 16 item. WGCTA bentuk A dan WGCTA bentuk B pula mengandungi 80 item yang terdiri daripada inferens = 16 item. bentuk B dan bentuk S. interpretasi = 24 item dan penilaian hujah = 15 item. bentuk A. mengusul periksa andaian =16 item. interpretasi = 7 item dan penilaian hujah = 7 item. WGCTA bentuk YM mengandungi 100 item yang terdiri daripada inferens = 20 item. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab kesemua item dalam WGCTA bentuk S ini ialah 45 minit. Untuk WGCTA bentuk YM. Manakala WGCTA bentuk S pula merupakan versi pendek dari dari WGCTA bentuk A yang asal.58 2. 1998).1. mengusul periksa andaian = 8 item. Alat kajian ini telah dibina oleh Watson dan Glaser pada tahun 1980 dan merupakan antara alat kajian yang terawal dibina untuk tujuan mengukur tahap kemahiran berfikir secara kritis. deduksi = 25 item. California Critical Thinking Dispositions Inventory (CCTDI). Masa yang diperuntukkan untuk menjawab ialah 60 minit. interpretasi = 16 item dan penilaian hujah = 16 item. deduksi = 9 item. Cornell Critical Thinking Test (CCTT) dan Minnesota Test of Critical Thinking (MTCT). Terdapat empat alternatif alat kajian ini yang terdiri daripada WGCTA bentuk YM. dan ianya didapati sesuai untuk mengukur Kemahiran Berfikir Kritis di peringkat menengah. Alat kajian ini mengandungi 40 item yang terdiri daripada inferens = 7 item .

. palsu.69 hingga .81. Secara keseluruhannya keputusan kebolehpercayaan yang didapati menggunakan kaedah bahagi dua. Seterusnya bagi WGCTA bentuk S. Lima Kemahiran Berfikir Kritis yang terdapat dalam alat kajian ini (bentuk YM.85 manakala nilai pekali menggunakan kaedah uji ulang uji (test. nilai pekali kebolehpercayaan menggunakan kaedah uji ulang uji ialah .59 menggunakan kaedah bahagi dua yang diuji ke atas 10 kumpulan ialah pada julat .75. uji ulang uji dan setara menunjukkan bahawa alat ini sangat sesuai untuk menguji Kemahiran Berfikir Kritis pelajar kerana ianya mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. bentuk B dan bentuk S) ditakrifkan seperti berikut: (i) Inferens : Menguji kebolehan membezakan darjah kebenaran dan kepalsuan inferens berdasarkan data yang diberikan. (ii) Mengusul periksa andaian : Memerlukan pelajar mengenalpasti andaian-andaian dan jangkaan-jangkaan awal berdasarkan pernyataan yang diberikan.retest) ialah .73 dan nilai pekali kebolehpercayaan menggunakan kaedah setara (alternate form) antara WGCTA bentuk A dengan bentuk B ialah . (iii) Deduksi : Menguji kebolehan mendeduksikan sesuatu kesimpulan daripada sesuatu pernyataan atau premis yang diberikan. mungkin benar. mungkin palsu atau tidak cukup maklumat untuk membuat kesimpulan. bentuk A. (v) Penilaian hujah : Membezakan hujah-hujah yang lemah atau kuat bagi sesuatu soalan yang dikemukakan. Pelajar menentukan sama ada inferens yang dicadangkan itu benar. (iv) Interpretasi : Menimbangkan bukti dan membuat keputusan atau generalisasi berdasarkan data yang diberikan.

iaitu untuk mengukur kebolehan seseorang untuk menggunakan aplikasi penaakulan dan penggunaan bukti-bukti bagi menyelesaikan masalah. Terdapat tujuh konstruk kemahiran yang diukur oleh alat kajian ini. • Keterbukaan Minda (Open-Mindedness) . • Analitik (Analyticity) . 2002).60 CCTDI(1992) telah dibina oleh Facione dan Facione pada tahun 1992. Xiang dan Wittenburg. Masa yang diberikan untuk menjawab kesemua item ialah selama lebih kurang 20 minit. iaitu mengukur kebolehan untuk menerima pendapat orang lain. fokus dan tekun dalam penyelidikan. mengikut turutan. • Yakin Diri Terhadap Kemahiran Berfikir Secara Kritis (CT SelfConfidence). . Ianya mengandungi 75 item berbentuk skala Likert iaitu skala 1 bererti sangat setuju sehingga skala 6 bererti sangat tidak setuju. iaitu mengukur kebolehan untuk sentiasa teratur . iaitu: • Mencari Kebenaran (Truth-Seeking) . melibatkan kebolehan mengkonsepsi dan sentiasa peka terhadap keperluan untuk mencelah dalam proses menyelesaikan masalah. keberanian untuk bertanya. iaitu kecenderungan dalam kesungguhan untuk mencari maklumat yang terbaik mengenai sesuatu perkara. jujur dan bermatlamat dalam menjalankan penyelidikan walaupun dapatan yang diperolehi tidak menyokong pendapat individu tersebut. Alat ini digunakan untuk mengukur kecenderungan personaliti dan pencapaian akademik pelajar pada peringkat kolej dan universiti terhadap kemahiran berfikir secara kritis (McBride. • Sistematik (Systematicity) .

CCTST telah dibina oleh Facione dan Facione pada tahun 1990. universiti dan warga professional. Keyakinan ini membolehkan seseorang mempercayai penilaian yang dibuatnya dan seterusnya boleh mempengaruhi orang lain untuk mengikuti proses penyelesaian masalah yang digunakan. • Kematangan (Maturity of Judgement) . Nilai alpha Kronbach bagi kedua-dua bentuk A dan B ialah dalam julat . Markat bagi ketujuh-tujuh skala CCTDI berada dalam julat 10 hingga 60. Markat 30 dan ke bawah menunjukkan kecenderungan Kemahiran Berfikir Kritis adalah lemah. Alat kajian ini disasarkan penggunaannya kepada pelajar-pelajar di peringkat kolej. • Sikap Ingin Tahu (Inquisitiveness) . iaitu mengukur kecenderungan perasaan ingin tahu secara intelektual dan keinginan untuk belajar terhadap sesuatu perkara walaupun aplikasi pengetahuan tersebut masih lagi samar-samar.75. 2001).80 (Giancarlo dan Facione. Secara keseluruhannya.70 hingga . Alat ini mempunyai 34-item berbentuk aneka pilihan dan masa yang diperlukan untuk menjawab kesemua item ialah 45 minit (Onwuegbuzie. 40 ke atas menunjukkan kecenderungan Kemahiran Berfikir Kritis yang positif manakala markat 50 ke atas menunjukkan kecenderungan Kemahiran Berfikir Kritis yang tinggi (Facione dan Facione. 1992). di mana markat 280 ke atas menunjukkan kecenderungan Kemahiran Berfikir Kritis yang positif.71 hingga . Nilai alpha Cronbach untuk kebolehpercayaan untuk ke-tujuh-tujuh konstruk berjulat antara . iaitu kecenderungan untuk berlaku adil dalam membuat keputusan. . markat bagi CCTDI adalah dalam julat 70 hingga 420 markah.61 iaitu mengukur keyakinan seseorang dalam proses penaakulan. Terdapat dalam dua bentuk iaitu bentuk A (dibina pada tahun 1990) dan bentuk B (dibina pada tahun 1992).

Setiap item pada kedua-dua tahap ini mengandungi tiga pilihan dan setiap jawapan yang betul diberi markat satu manakala bagi jawapan yang salah ditolak sebanyak . Markah tertinggi (34) menandakan Kemahiran Berfikir Kritis yang tinggi. . CCTT merupakan ujian yang berasaskan falsafah yang dibina berdasarkan konsepsi pemikiran kritis Ennis. Kebolehpercayaan alat kajian bagi tahap X ialah pada julat . Perbezaan tahap iani adalah disebabkan oleh fokus alat kajian iaitu tahap X ditumpukan untuk umur pelajar 10 hingga 19 tahun manakala tahap Z ditumpukan untuk pelajar pada peringkat kolej dan universiti. terdapat tiga jenis CCTT iaitu : Cornell Class Reasoning Test (CCRT) (1964).87 hingga . Gariner.91 (Timothy.50.77 (Chambers. Cornell Conditional Reasoning Test (CCRT) (1964) dan Cornell Critical Thinking Test (CCTT) (1985). ramalan dan rancangan uji kaji. Item-item yang dibina terdiri dari konstruk inferens. Nilai koefisien alat kajian tahap Z adalah pada julat . 1999). 1990). Paulaus dan Ringel’ manakala CCTT telah dibina oleh Ennis dan Millman. CCTT merupakan ujian kemahiran berfikir yang umum kerana ia merangkumi kemahiran berfikir secara menyeluruh. kreadibiliti. Item yang terdapat dalam tahap X terdiri dari konstruk induksi. CCTT telah dibina oleh Ennis dan Milman pada tahun 1985 (Chambers et al. Namun ia juga sesuai untuk pelajar yang sangat cemerlang dan berbakat pada peringkat sekolah (Chambers.1999). kenal pasti sebab dan menilai sebab. pemerhatian. falasi. Menurut Chua (2004). 1999). CCRT dan CCRT telah dibina oleh Ennis. analisis maklumat. takrifan dan mengenal pasti andaian.62 2001).. Tahap X mempunyai 71 item berbentuk aneka pilihan dan masa yang diperlukan untuk menjawab kesemua item ialah 50 minit. 1999). Manakala tahap Z mempunyai 52 item berbentuk aneka pilihan dan masa yang diperuntukkan untuk menjawab kesemua item ialah 50 minit (Chambers. kreadibiliti. Manakala tahap Z terdiri dari konstruk induksi. interpretasi. deduksi. deduksi dan mengenal pasti andaian. CCTT terdapat dalam dua tahap iaitu tahap X dan tahap Z.50 sehingga . Julat markat dari 0 hingga 34.

Jennifer Robey dan Wiliam M.Bart dari University of Minnesota. Oleh itu responden perlu membezakan hujah yang baik dan tidak baik selepas perbincangan dan menjawab soalan yang diberikan di akhir perbincangan dan memberikan penjelasan terhadap penilaian keseluruhan terhadap perbincangan tersebut. Alat kajian ini mengandungi enam item berbentuk soal selidik yang meminta responden memberikan jawapan dengan memberikan pandangan mereka terhadap enam isu yang kontroversi yang diberikan dalam alat kajian tersebut dalam bentuk skala Likert (empat skala). Alat kajian ini disasarkan kepada pelajar sekolah menengah. inferens.63 MTCT telah dibina oleh Laird R. Setiap satu pandangan akan menyangkal pandangan yang satu lagi. Ujian ini memberikan markah keseluruhan. untuk mengukur Kemahiran Berfikir Kritis yang dikenal pasti oleh kajian Delphi yang ditaja oleh Persatuan Ahli Falsafah Amerika (APA) (1990). 11-item yang berkaitan enam Kemahiran Berfikir Kritis yang dikenal pasti oleh kajian APA Delphi dibincangkan dalam setiap perbincangan.Edman. Setiap sesi perbincangan akan terdiri dari dua orang juru bicara atau jurucakap yang akan memberikan pandangan yang berbeza terhadap sesuatu isu yang kontroversi. dan kedua untuk mengukur kesan ke atas bias kepercayaan terhadap Kemahiran Berfikir Kritis. Robey dan Bart. Setelah itu ianya diikuti dengan enam sesi perbincangan. dan juga markah untuk interpretasi. aturan kendiri dan objektiviti (Edman. . penilaian. komunikasi. Maklumat yang berkaitan dan tidak berkaitan. 2001). MTCT bertujuan untuk mengukur dua perkara iaitu: pertama. sah dan tidak sah terkandung dalam perbincangan tersebut. analisis.

Daripada 290 orang pelajar tersebut. orang Asia atau kepulauan Pasifik . Analisis kajian mendapati tidak terdapat perbezaan kebolehan menaakul yang signifikan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Fatma. Rozman dan Potter (2004) telah menjalankan kajian ke atas 290 orang pelajar kolej yang baru mendaftarkan diri dalam kursus fizik di salah sebuah universiti terkemuka di bahagian barat Amerika Syarikat. Subjek kajian terdiri daripada pelbagai etnik seperti Hispanic. 1998). Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah Ujian Kebolehan Menaakul (Reasoning Ability Test). yang terdiri daripada 635 orang pelajar lelaki dan . Caucasian. Dapatan ini menunjukkan bahawa pelajar lelaki lebih kritis berbanding pelajar perempuan.64 2. Walau bagaimanapun min kebolehan menaakul pelajar lelaki adalah lebih tinggi berbanding min kebolehan menaakul pelajar perempuan.1 Kajian Tentang Tahap Kemahiran Berfikir Kritis Ke Atas Jantina Cavallo. African American. Kebanyakan pelajar yang terlibat mengikuti kursus sains semasa di peringkat kolej. seramai 103 orang adalah pelajar lelaki dan 187 orang pelajar perempuan telah terlibat dalam kajian ini. Ishak dan Savas (1998) telah menjalankan kajian ke atas 1026 orang pelajar sekolah menengah dan pelajar kolej di Turki yang berumur antara 12-22 tahun. Markah ujian yang tinggi menunjukkan penaakulan pelajar berada di dalam operasi formal.2. Alat kajian ini mengandungi dua item yang menguji kebolehan menaakul yang dibina oleh Johnson dan Lawson (1998) yang mengukur kebolehan pelajar untuk menaakul dan juga kebolehan untuk mengawal pemboleh ubah-pemboleh ubah. Ujian ini mengkehendaki pelajar memilih jawapan yang betul daripada senarai lima pilihan dan memberikan penjelasan yang munasabah atau menunjukkkan jalan kerja bagi mendemonstrasikan keupayaan menyelesaikan masalah menggunakan pola penaakulan yang dipilih (Johnson dan Lawson. manakala markah ujian yang rendah menunjukkan penaakulan pelajar berada di tahap operasi konkrit.

240 orang dari peringkat sekolah menengah rendah. Daripada 1026 pelajar tersebut.7 bagi pelajar lelaki dan 50. Ini menunjukkkan bahawa Kemahiran Berfikir Kritis di antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan adalah sama dalam kajian ini. terdapat perbezaan min konstruk kemahiran membuat inferens.5 bagi pelajar perempuan. dan interpretasi yang bererti di antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Secara keseluruhan. Seramai 487 orang telah menduduki ujian sebelum menggunakan alat kajian WGCTA-A. Menerusi ujian-t. 412 orang pelajar sekolah menengah dan 374 pelajar kolej. markat Kemahiran Berfikir Kritis bagi kedua-dua jantina lelaki dan perempuan berada pada tahap sederhana iaitu 53. Secara keseluruhan. Walau bagaimanapun hanya seramai 277 orang pelajar menduduki semula ujian selepas menggunakan alat kajian WGCTA-B pada musim bunga 2002. deduksi. Ini menunjukkan pelajar lelaki mempunyai Kemahiran Berfikir Kritis yang lebih tinggi berbanding pelajar perempuan dalam kajian ini.65 391orang pelajar perempuan. Menerusi analisis regresi didapati tidak terdapat perbezaan min yang bererti terhadap Kemahiran Berfikir Kritis di antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. McCool (2002) telah menjalankan kajian ke atas 487 pelajar di Kolej Komuniti Maple Woods. Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah WGCTA yang telah diubahsuai kepada bahasa Turki oleh Koc dan Cikrikci pada tahun 1993. Alat kajian yang digunakan ialah WGCTA-A dan WGCTA-B. . Kajian telah dijalankan sepanjang musim luruh 2001 hingga musim bunga 2002. terdapat perbezaan min Kemahiran Berfikir Kritis yang bererti antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Dapatan menunjukkan pelajar lelaki mempunyai tahap Kemahiran Berfikir Kritis yang lebih tinggi terhadap konstruk tersebut berbanding pelajar perempuan. mengusul periksa andaian.

Daripada 290 orang pelajar tersebut. African American. Dari 1026 pelajar tersebut.2 Kajian Tentang Tahap Kemahiran Berfikir Kritis Ke Atas Pencapaian Pelajar Cavallo. Ujian ini mengkehendaki pelajar memilih jawapan yang betul daripada senarai lima pilihan dan memberikan penjelasan yang munasabah atau menunjukkkan jalan kerja bagi mendemonstrasikan keupayaan menyelesaikan masalah menggunakan pola penaakulan yang dipilih (Johson dan Lawson. Analisis kajian menggunakan analisis regresi mendapati kebolehan menaakul mempengaruhi pencapaian pelajar perempuan di mana pelajar perempuan yang mempunyai kebolehan menaakul yang tinggi menunjukkan pencapaian yang tinggi dalam kursus yang diambil. Rozman dan Potter (2004) telah menjalankan kajian ke atas 290 orang pelajar kolej yang baru mendaftarkan diri dalam kursus fizik di salah sebuah universiti terkemuka di bahagian barat Amerika Syarikat. Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah Ujian Kebolehan Menaakul (Reasoning Ability Test). orang Asia atau kepulauan Pasifik . Ishak dan Savas (1998) telah menjalankan kajian ke atas 1026 orang pelajar sekolah menengah dan pelajar kolej di Turki yang terdiri dari 635 orang pelajar lelaki dan 391 orang pelajar perempuan yang berumur antara (12-22) tahun. manakala markah ujian yang rendah menunjukkan penaakulan pelajar berada di tahap operasi konkrit. 240 orang dari peringkat . Kebanyakan pelajar yang terlibat mengikuti kursus sains semasa di peringkat kolej. Subjek kajian terdiri daripada pelbagai etnik seperti Hispanic.66 2. Caucasian. Markah ujian yang tinggi menunjukkan penaakulan pelajar berada di dalam operasi formal.2. seramai 103 orang adalah pelajar lelaki dan 187 orang pelajar perempuan telah terlibat dalam kajian ini. Fatma. Alat kajian ini mengandungi dua item yang menguji kebolehan menaakul yang dibina oleh Johnson dan Lawson (1998) yang mengukur kebolehan pelajar untuk menaakul dan juga kebolehan untuk mengawal pemboleh ubah-pemboleh ubah. 1998).

Analisis ujian Hotelling T2 mendapati pelajar pencapaian tinggi menunjukkan Kemahiran Berfikir Kritis yang lebih tinggi dalam membuat inferens. Menerusi analisis regresi. Ini menunjukkan semakin tinggi pencapaian pelajar semakin tinggi Kemahiran Berfikir Kritisnya. Di antara pelajar berpencapaian tinggi dengan pelajar berpencapaian rendah. Alat kajian yang digunakan ialah WGCTA. Julat umur pelajar ialah antara 17 hingga 19 tahun. deduksi. Shu dan Wen (2000) telah menjalankan kajian ke atas 1119 pelajar lelaki dari 38 buah kelas di enam buah sekolah tinggi di Taiwan. pelajar berpencapaian tinggi menunjukkan perbezaan min yang bererti terhadap Kemahiran Berfikir Kritis. mengusul periksa andaian. Seramai 586 daripada pelajar tersebut adalah merupakan pelajar dari dua buah sekolah tinggi tentera yang mempunyai tahap pendidikan yang sama dengan pelajar lain kecuali sekolah itu merupakan sekolah berasrama. Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah WGCTA yang telah diubahsuai kepada bahasa Turki oleh Koc dan Cikrikci (1993). 412 orang pelajar sekolah menengah dan 374 pelajar kolej. terdapat pertalian yang positif di antara pelajar berpencapaian tinggi dengan Kemahiran Berfikir Kritis.67 sekolah menengah rendah. mengusul periksa andaian dan penilaian hujah berbanding pelajar berpencapaian rendah. Perbandingan antara sekolah biasa dengan sekolah ketenteraan mendapati pelajar di sekolah biasa mempunyai Kemahiran Berfikir Kritis yang lebih baik berbanding pelajar di sekolah tentera dalam kelima-lima komponen Kemahiran Berfikir Kritis membuat inferens. Ini menunjukkan bahawa pelajar berpencapaian tinggi mempunyai Kemahiran Berfikir Kritis yang lebih tinggi berbanding pelajar berpencapaian rendah. . interpretasi penilaian hujah dan secara keseluruhan Kemahiran Berfikir Kritis.

Alat kajian yang digunakan ialah WGCTA. Avery dan Lai (2003) telah menjalankan kajian ke atas pelajar di dua buah universiti. Manakala bagi pelajar etnik Australia. interpretasi dan penilaian hujah yang lebih tinggi berbanding etnik African. Julat umur pelajar etnik African ini ialah antara 18 hingga 42 tahun. Masten dan Huang(1999) telah menjalankan kajian di salah sebuah universiti di bahagian barat daya Amerika Syarikat ke atas dua kumpulan etnik iaitu orang kulit putih (Caucasian) dan orang kulit hitam (African-American).3 Kajian Tentang Tahap Kemahiran Berfikir Kritis Ke Atas Etnik Godzella. Dapatan kajian menunjukkan etnik Caucasian mempunyai tahap kemahiran membuat inferens. Untuk etnik African. Tiwary. Analisis ANOVA menunjukkan perbezaan min kemahiran membuat inferens. iaitu sebuah universiti di Hong Kong dan sebuah universiti di Australia yang mengikuti pengajian kejururawatan.52 bagi etnik Caucasian dan min 43. Seramai 52 orang pelajar Caucasian terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada 17 orang pelajar lelaki dan 34 orang pelajar perempuan manakala seorang pelajar tidak melaporkan jantinanya. seramai 51 orang pelajar African terlibat yang terdiri daripada 16 orang pelajar lelaki dan 34 orang pelajar perempuan manakala seorang pelajar tidak melaporkan jantinanya. Seramai 222 orang pelajar etnik Cina di HongKong telah terlibat dalam kajian ini. Dalam kajian ini. Bilangan . Jumlah keseluruhan pelajar yang terlibat ialah seramai 103 orang. interpretasi dan penilaian hujah yang beerti di antara etnik Caucasian dengan etnik African. Ini menunjukkan etnik Caucasian mempunyai tahap Kemahiran Berfikir Kritis yang lebih tinggi berbanding etnik African. deduksi. Pelajar yang terlibat merupakan pelajar yang mengikuti kursus psikologi di peringkat Sarjana Muda.68 2. Julat umur pelajar etnik Caucasian ialah antara 18 hingga 52 tahun. Kemahiran Berfikir Kritis etnik Caucasian dan etnik African secara keseluruhannya adalah pada tahap sederhana iaitu pada min 49. seramai 162 orang terlibat.16 bagi etnik African. deduksi.2.

Bagi etnik Cina Hong Kong. Manakala pelajar etnik Australia yang memperolehi jumlah min markat ketujuh-tujuh sub skala CCTDI sebanyak 287.36. Kedua-dua etnik Cina Hong Kong dan etnik Australia mempunyai tahap Kemahiran Berfikir Kritis yang sama dalam kemahiran analitik. menunjukkan pelajar etnik Cina gagal menunjukkan kecenderungan yang positif terhadap Kemahiran Berfikir Kritis. Berdasarkan jumlah min markat ketujuh-tujuh sub skala CCTDI sebanyak 268. Kedua-dua etnik Cina Hong Kong dan etnik Australia menunjukkan kecenderungan sikap ingin tahu yang positif. Ini menunjukkkan etnik Australia mempunyai Kemahiran Berfikir Kritis yang lebih tinggi berbanding etnik Cina Hong Kong. menunjukkan pelajar etnik Australia menunjukkan kecenderungan yang positif terhadap Kemahiran Berfikir Kritis. Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah CCTDI. Sebaliknya kedua-dua kumpulan etnik menunjukkan kecenderungan kemahiran mencari kebenaran yang negatif. sistematik dan keyakinan diri terhadap Kemahiran Berfikir Kritis. Ini bermakna kedua-dua kumpulan etnik masih kurang kecenderungannya untuk bertanyakan soalan-soalan yang mencabar untuk menilai sesuatu bukti yang baru. Analisis ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan min kemahiran mencari kebenaran. Manakala CCTDI dalam bahasa asalnya iaitu Bahasa Inggeris telah diberikan kepada pelajar Australia. sikap ingin tahu. alat kajian ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Cina dan diuji di Taiwan bagi memastikan kebolehpercayaan dan kesahan alat kajian setanding dengan alat kajian yang asal. Tahap Kemahiran Berfikir Kritis bagi etnik Australia adalah pada tahap yang baik berbanding tahap Kemahiran Berfikir Kritis etnik Cina Hong Kong.73. . keterbukaan minda. kematangan dan jumlah keseluruhan CCTDI di antara etnik Cina Hong Kong dan etnik Australia.69 jantina bagi kedua-dua etnik tidak dinyatakan dalam kajian ini.

keterbukaan minda.70 Zoller et al. (2000) telah menjalankan kajian ke atas pelajar sekolah menengah dari dua buah negara iaitu Israel dan Itali. skala keterbukaan minda (skala O). manakala pelajar Israel mempunyai tahap kemhiran menganalisis. Walau bagaimanapun. Biologi atau Komputer Sains dalam pelbagai bentuk dan tahap yang berbeza. . Menerusi analisis ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan min yang bererti bagi konstruk mencari kebenaran. skala analitik (skala A). Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah CCTDI. Dalam alat kajian ini terdapat tujuh sub skala yang dibina bertujuan untuk mengukur kedudukan peribadi pelajar. Tujuh sub skala tersebut ialah : skala mencari kebenaran (skala T). sikap ingin tahu dan kematangan menilai pendapat di antara pelajar Israel dengan pelajar Itali. kedua-dua pelajar Israel dan Itali mempunyai tahap Kemahiran Berfikir Kritis yang sama. Seramai 588 orang pelajar (328 orang pelajar lelaki dan 260 orang pelajar perempuan) di sekolah menengah di Israel terlibat dalam kajian ini. keyakinan diri terhadap Kemahiran Berfikir Kritis. Bilangan pelajar lelaki dan bilangan pelajar perempuan tidak dinyatakan bagi pelajar yang terlibat dengan kajian ini di Itali. dalam kajian ini tidak terdapat perbezaan yang bererti bagi keseluruhan kemahiran di antara pelajar Israel dengan pelajar Itali. yakin terhadap Kemahiran Berfikir Kritis dan sikap ingin tahu yang lebih tinggi dari pelajar Itali. Kesemua pelajar yang terlibat merupakan pelajar yang mempelajari mata pelajaran matematik dan sains tulen seperti Fizik. Ini menunjukkan pelajar Itali mempunyai tahap kemahiran mencari kebenaran. Manakala seramai 327 orang pelajar di Itali yang terlibat dalam kajian ini. skala keyakinan diri terhadap Kemahiran Berfikir Kritis (skala C) dan skala sikap ingin tahu (skala I) dan skala kematangan menilai pendapat (skala M). Dapatan ini menunjukkan dalam kajian ini. keterbukaan minda. Julat umur pelajar yang terlibat dalam kajian di Israel ialah antara 17-18 tahun. kematangan menilai pendapat yang lebih tinggi dari pelajar Israel. Kesemua pelajar yang terlibat menduduki peperiksaan akhir dalam pengajian selama lima tahun di peringkat sekolah menengah. Kimia. analisis. Julat umur pelajar yang terlibat dalam kajian di Itali ialah antara 18-19 tahun. skala sistematik ( skala S).

Kelantan telah terlibat dalam kajian ini. membuat hipotesis. mentafsir data dan menilai hujah. membuat deduksi. Noor Suryati (2000) telah menjalankan kajian yang bertujuan untuk melihat tahap penguasaan pelajar dalam Kemahiran Berfikir Kritis dan kreatif. Walau bagaimanapun dalam kajian ini tidak diterangkan tahap penguasaan kemahiran kritis berdasarkan komponen Kemahiran Berfikir Kritis yang digunakan dalam alat kajian iaitu membuat inferens. mengumpul dan mengelas. meramal dan menjana idea. membanding dan membeza.4 Kajian Tentang Tahap Kemahiran Berfikir Kritis Pelajar Abu Ani (2004). Kemahiran saintifik. dan Pencapaian Fizik di kalangan pelajar sains tingkatan empat. Sampel kajian terdiri daripada pelbagai tahap kebolehan dari segi pencapaian dan dipilih secara rawak oleh guru sains mereka mengkut nisbah yang sama rata. membuat urutan. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap penguasaan kemahiran berfikir pada aras rendah dalam komponen KBKK iaitu mencirikan. Seramai 30 orang pelajar dari setiap sekolah terlibat dalam kajian ini. Komponen KBKK yang dikaji adalah mencirikan.6% pelajar yang tidak mempunyai Kemahiran Berfikir Kritis berbanding 47.2. membanding dan membeza. telah menjalankan kajian untuk melihat sama ada terdapat perhubungan yang bererti antara Gaya Kognitif. Sampel kajian terdiri daripada 352 orang pelajar dari empat buah sekolah menengah di daerah Batu Pahat. Alat kajian yang telah digunakan untuk mengenal pasti tahap penguasaan pelajar dalam Kemahiran Berfikir Kritis ialah Watson-Glaser Critical Thinking in Physics (WGCTA-F) yang telah diubahsuai. Seramai 150 orang pelajar tahun enam dari lima buah sekolah di Daerah Gua Musang. mengenal pasti andaian.4% mempunyai Kemahiran Berfikir Kritis. Johor. Dapatan kajian mendapati bahawa 52. membuat inferens. Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soalan-soalan Pengesanan Penguasaan Komponen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK). mengumpul dan . Pemikiran Kritis.71 2.

Setiap kelas mengandungi 25 orang pelajar.3. Kajian ini telah dijalankan ke atas 668 orang pelajar sekolah menengah di Iowa. 3.5) berbanding tahap penguasaan kemahiran berfikir pada aras tinggi iaitu mencirikan. Pelajar ini dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Alat kajian yang digunakan adalah Ujian Kemahiran Berfikir Kritis (WGCTA). 3. Dapatan kajian menunjukkan bahawa min Kemahiran Berfikir Kritis bagi kumpulan kawalan sebelum mengikuti pengajaran . Analisis ANOVA satu hala menunjukkan terdapat perbezaan markat min Kemahiran Berfikir Kritis yang bererti di antara tahap gred pelajar.72 mengelas adalah lebih tinggi (min: 3.97%. Amerika Syarikat yang terdiri daripada pelajar yang berumur 14 hingga 17 tahun. Dapatan kajian mendapati pelajar gred 12 (senior) mempunyai tahap Kemahiran Berfikir Kritis yang lebih tinggi berbanding pelajar dalam gred 9. membanding dan membeza. kreatif. Agihan sampel ke dalam kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen agak sama rata dan homogenus.5. Penyelidik tidak menyatakan bilangan pelajar lelaki dan pelajar perempuan yang terlibat dalam kajian ini Alat kajian yang digunakan ialah CCTT Level X.2 dan 2. proses sains dan pencapaian Biologi terhadap 200 orang pelajar dari empat buah sekolah menengah ( 100 orang pelajar Sekolah Harian Biasa dan 100 orang pelajar MRSM). Kumpulan kawalan terdiri daripada 48 orang lelaki dan 52 orang perempuan manakala kumpulan eksperimen terdiri daripada 47 orang lelaki dan 53 orang perempuan.4. Purata umur pelajar ialah 16 tahun. mengumpul dan mengelas (min: 3. Secara keseluruhannya tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis dan kreatif adalah pada tahap sederhana iaitu 71. Rolins (1990).6 dan 3.8. telah menjalankan kajian tentang tahap pemikiran kritis pelajar sekolah menengah aliran pertanian. Sabaria (2003). 3. gred 10 dan gred 11.9). 3. telah menjalankan kajian untuk mengkaji kesan penggunaan Kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah terhadap Kemahiran Berfikir Kritis.

Terdapat pelbagai alat yang digunakan untuk mengukur Kemahiran Berfikir Kritis. Dalam kajian ini komponen Kemahiran Berfikir Kritis yang diuji ialah kemahiran membuat inferens. 2004).68. Kemahiran Berfikir Kritis terbahagi kepada dua peringkat iaitu peringkat rendah dan peringkat tinggi. mengusul periksa andaian. membuat interpretasi dan penilaian hujah berdasarkan Ujian Kemahiran Berfikir Kritis Watson-Glaser. Peningkatan yang lebih tinggi dapat dilihat dalam kumpulan eksperimen yang mengikuti kaedah PBM. Kajian tentang tahap Kemahiran Berfikir Kritis ke atas jantina. etnik dan tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis pelajar secara keseluruhan yang telah dilakukan oleh penyelidik lain juga dibincangkan dalam bab ini. min kumpulan kawalan (tradisional) meningkat kepada 42.14. . membuat deduksi. 2. Antara alat tersebut yang dibincangkan ialah WGCTA.70 manakala kumpulan eksperimen (PBM) meningkat kepada 52.83 manakala min Kemahiran Berfikir Kritis bagi kumpulan eksperimen adalah 41.3 Rumusan Terdapat pelbagai takrifan bagi Kemahiran Berfikir Kritis yang dilihat dari perspektif falsafah. CCTT dan MTCT.73 menggunakan kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) adalah 40. CCTST. CCTDI. Selepas mengikuti kaedah PBM. pencapaian. psikologi dan pendidikan (Chua.

Soal selidik digunakan untuk mengetahui sikap seseorang dengan menggunakan soalan senarai semak jenis Thurston di mana subjek . pemilihan sampel. 3.0 Pendahuluan Dalam bab ini penyelidik akan menerangkan tentang perkara-perkara yang berhubung dengan perancangan dan pengelolaan kajian iaitu tentang reka bentuk kajian. Dalam konteks kajian ini.1 Reka bentuk Kajian Kajian ini berbentuk deskriptif kuantitatif untuk meninjau tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis di kalangan pelajar Fizik tingkatan empat. alat kajian dan tatacara pengumpulan data.BAB 3 PENGKAEDAHAN KAJIAN 3. bentuk kajian yang digunakan ialah kajian tinjauan. Kaedah tinjauan ini menggunakan soal selidik bertujuan untuk mengumpulkan maklumat terhadap pemboleh ubahpemboleh ubah.1999) dan seterusnya membuat perbandingan serta mencari perbezaan antara pemboleh ubah. Reka bentuk kajian deskriptif dijalankan kerana kajian ini bertujuan hanya untuk menerangkan keadaan atau perhubungan antara pemboleh ubah (Mohd. Najib.

269 orang pelajar dianggap bilangan yang sesuai untuk dijadikan sampel kajian menurut jadual saiz sampel untuk kajian oleh Krejcie dan Morgan (1970). Sampel yang dipilih merupakan sampel tidak rawak yang bertujuan untuk memudahkan kajian dan ciri sampel mewakili populasi.1999).2 Subjek Kajian Seramai 269 orang pelajar Fizik tingkatan empat di daerah Kulai dipilih sebagai sampel kajian. Berikut merupakan bilangan pelajar yang terlibat mengikut sekolah (Jadual 3.1 : Bilangan Sampel Pelajar Mengikut Sekolah SEKOLAH SMK A SMK B SMK C SMK D SMK E JUMLAH BILANGAN PELAJAR 29 24 27 101 88 269 .75 kajian hanya memberikan jawapan dengan menanda salah satu pilihan jawapan (Mohd.1): Jadual 3. Populasi bagi kajian ini ialah semua pelajar tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran Fizik sebagai mata pelajaran pilihan di daerah Kulai iaitu seramai 774 orang pelajar. 3. Subjek kajian dipilih di kalangan pelajar Fizik tingkatan empat sahaja bertujuan untuk melihat tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis pada peringkat awal (iaitu tahun pertama) mengambil mata pelajaran Fizik di peringkat sekolah menengah. Ianya bertujuan untuk mengenal pasti tahap Kemahiran Berfikir Kritis pelajar pada peringkat awal supaya penambahbaikan dapat dijalankan dengan segera apabila diperlukan. Najib.

Dalam alat kajian ini. mengusul periksa andaian = 8 item. manakala WGCTA – bentuk A dan WGCTA – bentuk B mengandungi 80 soalan dan masa yang diperlukan untuk menjawab ialah 60 minit. WGCTA. dan keupayaan yang merangkumi: i) sikap ingin tahu serta kebolehan untuk mengenalpasti kewujudan masalah dan penerimaan bukti-bukti yang menyokong apa yang didakwa sebagai benar. WGCTAbentuk YM merupakan versi yang paling awal yang mengandungi 100 soalan. Alat kajian ini mengandungi 40 item yang terdiri daripada inferens = 7 item. 1980). ii) pengetahuan syarat-syarat untuk membentuk kesimpulan yang sah. Soal selidik yang digunakan ialah Ujian Kemahiran Berfikir Watson Glaser yang telah diadaptasi oleh Sabaria (2003) dari Watson Glaser Critical Thinking Appraisal(WGCTA)(Watson & Glaser. pengetahuan. Pelajar ini tidak akan diambilkira dalam kajian sebenar. WGCTA bentuk S merupakan versi pendek dari WGCTA bentuk A yang asal. Terdapat empat bentuk alat kajian WGCTA ini yang terdiri dari WGCTA – bentuk YM. .3 Alat Kajian Dalam kajian ini penyelidik hanya menggunakan satu jenis alat kajian iaitu soal selidik. WGCTA – bentuk A. Dalam konteks kajian ini penyelidik menggunakan alat kajian WGCTA– bentuk A yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu oleh Lam (1997). Manakala WGCTA – bentuk S pula merupakan alat kajian versi paling ringkas yang mengandungi 40 soalan dan memerlukan masa 45 minit untuk menjawab.bentuk B dan WGCTA – bentuk S. Alat kajian ini biasa digunakan untuk mengukur tahap Kemahiran Berfikir Kritis pada peringkat kolej atau universiti. interpretasi = 7 item dan penilaian hujah = 7 item.76 Bagi kajian rintis. konsep pemikiran kritis ditakrifkan sebagai kesatuan sikap. deduksi = 9 item. seramai 16 orang pelajar di salah sebuah sekolah menengah di Daerah Kulai telah terlibat. 3.

Pelajar menentukan sama ada inferens yang dicadangkan itu benar. Menurut Watson-Glaser (1980) ujian ini perlu ditadbir menggunakan kesemua konstruk dan item kerana ujian ini hanya bermakna jika ditafsir . (v) Penilaian hujah (16 item): Membezakan hujah-hujah yang lemah atau kuat bagi sesuatu soalan yang dikemukakan. palsu. Ini bermaksud sesuatu maklumat baru akan dianalisis dan dinilai terlebih dahulu dengan menggunakan pelbagai Kemahiran Berfikir Kritis dan disokong dengan penaakulan yang logik sebelum boleh diterima (Sabaria. mungkin palsu atau tidak cukup maklumat untuk membuat kesimpulan. Ujian ini mengandungi 80 item dan terdiri dari 2 bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B.77 iii) penjanaan idea dan generasi yang disokong oleh bukti-bukti yang logik. mungkin benar. 2003). dan iv) keupayaan mengaplikasikan sikap-sikap dan pengetahuan tersebut. (iii) Membuat deduksi (16 item): Menguji kebolehan mendeduksikan sesuatu kesimpulan daripada sesuatu pernyataan atau premis yang diberikan. (iv) Membuat interpretasi (16 item) : Menimbangkan bukti dan membuat keputusan atau generalisasi berdasarkan data yang diberikan. (ii) Mengusul periksa andaian (16 item): Memerlukan pelajar mengenal pasti andaian-andaian dan jangkaanjangkaan awal berdasarkan pernyataan yang diberikan. Bahagian A ialah maklumat diri pelajar manakala Bahagian B mengandungi 80 item yang dibahagikan kepada lima sub ujian Kemahiran Berfikir Kritis seperti berikut: (i) Membuat inferens (16 item): Menguji kebolehan membezakan darjah kebenaran dan kepalsuan inferens berdasarkan data yang diberikan.

penyelidik datang ke sekolah dan meminta kebenaran pengetua untuk menjalankan kajian di sekolah yang terlibat.78 secara keseluruhan (holistik). Oleh itu dalam kajian ini penyelidik mengekalkan kesemua item. 3. penyelidik akan menerangkan arahan menjalankan ujian kepada pelajar serta tujuan ujian tersebut dijalankan. Setelah mendapatkan kelulusan menjalankan kajian daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Pelajar akan diingatkan untuk membaca setiap arahan yang diberikan di dalam ujian kerana setiap arahan adalah berbeza bagi kelima-lima sub Kemahiran Berfikir Kritis yang diuji. Penyelidik akan menjawab persoalan yang dikemukakan oleh pelajar sebelum menjawab ujian. Semasa mentadbir ujian. penyelidik akan masuk ke kelas atau tempat yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah untuk menjalankan kajian. Pada akhir ujian. kertas ujian berserta kertas jawapan akan dikumpulkan bersama. Penyelidik menjalankan kajian setelah mendapat kebenaran daripada pihak sekolah. Ciri-ciri ujian seperti format. arahan dan kaedah menanda adalah merujuk kepada manual asal. Sebelum menjawab soalan kajian. Kertas ujian dikumpulkan semula bagi memastikan tiada interaksi antara pelajar sekolah yang dijalankan kajian seterusnya memastikan kesahan alat . Walau bagaimanapun kerjasama dan bantuan guru yang mengajar mata pelajaran Fizik di sekolah berkaitan juga diperlukan. Penyelidik berada bersama pelajar dari awal hingga tamat ujian dan menunggu sehingga semua pelajar dapat menyiapkan ujian dan menyerahkan kepada penyelidik.4 Tatacara Kajian Penyelidik mentadbir sendiri soal selidik status Kemahiran Berfikir Kritis pelajar tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran Fizik bagi memastikan pengumpulan data dijalankan dengan lancar. Pelajar diberikan masa selama 60 minit untuk menjawab ujian Kemahiran Berfikir Kritis Watson-Glaser dengan menandakan jawapan mereka pada kertas jawapan yang disediakan.

Alat kajian ini juga telah disemak oleh dua orang guru Bahasa Melayu dari segi ejaan dan struktur bahasa. . namun kajian rintis juga telah dijalankan untuk mendapatkan maklum balas dari pelajar tentang tahap kesesuaian bahasa yang digunakan (mengenal pasti sama ada pelajar boleh memahami arahan dan bahasa yang digunakan). Walaupun alat kajian ini telah diketahui kebolehpercayaan dan kesahannya oleh penyelidik. menganggarkan tempoh masa sebenar ujian dan memperbaiki ejaan.79 kajian (validity). Selepas dijalankan ujian rintis.5 Kajian Rintis Kajian rintis telah dijalankan untuk menguji alat ukur yang digunakan dalam kajian ini sebelum dilaksanakan dalam kajian sebenar. Seterusnya hasil kajian dilaporkan dalam tesis penyelidik. 3. beberapa orang subjek kajian telah ditemu bual untuk mendapatkan maklum balas kemusykilan yang dihadapi semasa menjawab soalan ujian dari aspek penggunaan bahasa dan susun atur penulisan. Setelah ujian dijalankan. Kajian rintis telah dijalankan ke atas 16 orang subjek kajian yang mewakili ciri-ciri sampel sebenar tetapi tidak terlibat dalam kajian sebenar. Penambahbaikan telah dibuat berdasarkan maklumbalas daripada pelajar ini. penyelidik menanda kertas jawapan ujian pelajar dan memasukkan data mentah ke dalam perisian SPSS mengikut sekolah yang terlibat dan dianalisis.

2003). Kebolehpercayaan yang rendah berlaku apabila subjek kajian memberikan jawapan yang berbeza-beza apabila ujian ditadbirkan semula kepada mereka (Mohd Najib. Sabaria (2003) telah melaporkan nilai Alpha Cronbach bagi alat kajian ini ialah .73. Statistik deskriptif yang digunakan ialah perbandingan min.5. Statistik yang digunakan ialah statistik deskriptif dan inferensi. Kemantapan bahasa bagi semua item dalam ujian ini adalah sangat tinggi.0. Sabaria (2003) telah melaporkan dalam kajiannya tentang kesahan isi dan bahasa telah disemak semula oleh dua orang guru bahasa dan juga dua orang guru yang mengajar kemahiran berfikir. 3. Beliau telah menggunakan alat kajian WGCT yang asal dan menterjemahkannya ke dalam Bahasa Melayu.80 3.2 di bawah menunjukkan kaedah statistik yang digunakan untuk menjawab persoalan kajian yang dinyatakan dalam kajian ini: . Jadual 3.6 Analisis Data Data yang diperolehi dari ujian kemahiran dan soal selidik dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages For The Social Science (SPSS) versi 14. sisihan lazim dan peratus manakala ststistik inferensi ialah ANOVA satu hala dan korelasi Spearman’s Rho. Menurut beliau ukuran koefisien ini menunjukkan kesahan dan kebolehpercayaan alat kajian ini adalah tinggi.1 Kebolehpercayaan Dan Kesahan Alat Kajian Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan subjek kajian memberi jawapan. Bagi alat kajian yang digunakan dalam kajian ini.

1 dalam kalangan pelajar aliran Sains tingkatan peratus empat? (Deskriptif) Apakah hubungan antara penguasaan Kemahiran Korelasi Spearman’s 2 Berfikir Kritis dengan pencapaian Sains PMR bagi Rho (Inferensi) pelajar aliran Sains tingkatan empat di daerah Kulai. sisihan lazim.2 : Kaedah Statistik Yang Digunakan Berdasarkan Persoalan Kajian Bil Persoalan Kajian Kaedah Statistik Apakah tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis Min.81 Jadual 3. Adakah 3 terdapat perbezaan min penguasaan ANOVA satu hala kemahiran membuat inferens yang bererti dalam (Inferensi) kalangan pelajar aliran Sains tingkatan empat merentas pencapaian Sains PMR? Adakah terdapat perbezaan min penguasaan ANOVA satu hala 4 kemahiran mengusul periksa andaian yang bererti (Inferensi) dalam kalangan pelajar aliran Sains tingkatan empat merentas pencapaian Sains PMR? Adakah terdapat perbezaan min penguasaan ANOVA satu hala 5 kemahiran membuat deduksi yang bererti dalam (Inferensi) kalangan pelajar aliran Sains tingkatan empat merentas pencapaian Sains PMR? Adakah terdapat perbezaan min penguasaan ANOVA satu hala 6 kemahiran menginterpretasi yang bererti dalam (Inferensi) kalangan pelajar aliran Sains tingkatan empat merentas pencapaian Sains PMR? Adakah terdapat perbezaan min penguasaan ANOVA satu hala 7 kemahiran menilai hujah yang bererti dalam (Inferensi) kalangan pelajar aliran Sains tingkatan empat merentas pencapaian Sains PMR? Adakah terdapat perbezaan min penguasaan ANOVA satu hala 8 kemahiran membuat inferens yang bererti dalam (Inferensi) kalangan pelajar aliran Sains tingkatan empat merentas jantina? .

82 Adakah 9 terdapat perbezaan min penguasaan ANOVA satu hala kemahiran mengusul periksa andaian yang bererti (Inferensi) dalam kalangan pelajar aliran Sains tingkatan empat merentas jantina? Adakah 10 terdapat perbezaan min penguasaan ANOVA satu hala kemahiran membuat deduksi yang bererti dalam (Inferensi) kalangan pelajar aliran Sains tingkatan empat merentas jantina? Adakah terdapat perbezaan min penguasaan ANOVA satu hala 11 kemahiran menginterpretasi yang bererti dalam (Inferensi) kalangan pelajar aliran Sains tingkatan empat merentas jantina? Adakah terdapat perbezaan min penguasaan ANOVA satu hala 12 kemahiran menilai hujah yang bererti dalam (Inferensi) kalangan pelajar aliran Sains tingkatan empat merentas jantina? Adakah terdapat perbezaan min penguasaan ANOVA satu hala 13 kemahiran membuat inferens yang bererti dalam (Inferensi) kalangan pelajar aliran Sains tingkatan empat merentas etnik? Adakah terdapat perbezaan min penguasaan ANOVA satu hala 14 kemahiran mengusul periksa andaian yang bererti (Inferensi) dalam kalangan pelajar aliran Sains tingkatan empat merentas etnik? Adakah 15 terdapat perbezaan min penguasaan ANOVA satu hala kemahiran membuat deduksi yang bererti dalam (Inferensi) kalangan pelajar aliran Sains tingkatan empat merentas etnik? Adakah terdapat perbezaan min penguasaan ANOVA satu hala 16 kemahiran menginterpretasi yang bererti dalam (Inferensi) .

membuat interpretasi (16 soalan) dan penilaian hujah (16 soalan). Peratus yang diperolehi dari setiap kemahiran kemudian dibandingkan dengan Jadual 1. Tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis juga merujuk kepada Julat Markah Penentuan Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis Pelajar (Jadual 1.Tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis dikira dengan menjumlahkan markah bagi setiap sub kemahiran dan dibahagikan dengan markah penuh iaitu 80 markah.83 kalangan pelajar aliran Sains Fizik tingkatan empat merentas etnik? Adakah 17 terdapat perbezaan min penguasaan ANOVA satu hala kemahiran menilai hujah yang bererti dalam (Inferensi) kalangan pelajar aliran Sains tingkatan empat merentas etnik? 3. Peratus bagi setiap sub kemahiran dikira dengan membahagikan markah yang diperolehi bagi setiap kemahiran dengan markah penuh bagi setiap sub ujian. membuat deduksi (16 soalan). mengusul periksa andaian (16 soalan).7) yang berdasarkan pemarkahan Kementerian Pelajaran Malaysia.6. Skema pemarkahan ujian ini ialah markat satu bagi jawapan yang betul manakala markat sifar bagi pilihan jawapan yang salah atau pelajar tidak menjawab soalan. . Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dalam perisian SPSS untuk mendapatkan nilai min markat dan sisihan lazim. maka jumlah markah penuh ialah 16 markah bagi setiap sub ujian.7 (Julat Markah Penentuan Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis Pelajar) untuk menentukan tahap penguasaan setiap kemahiran. Oleh kerana bagi setiap sub ujian kemahiran mengandungi 16 soalan.1 Analisis Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis Ujian Kemahiran Berfikir Kritis (WGCTA) -A ini mengandungi 80 soalan dan terdiri dari lima sub ujian kemahiran iaitu membuat inferens (16 soalan).

.80 ..60 .80 – 1. Jadual 3. Jantina dan Etnik Statistik yang digunakan untuk membuat perbandingan min ialah ANOVA satu hala dan korelasi Spearman’s Rho.6. Kekuatan pertalian antara pemboleh ubah-pemboleh ubah ditentukan melalui nilai pekali kolerasi. ANOVA satu hala digunakan untuk membandingkan dua min atau lebih bagi manakala korelasi Spearman’s Rho digunakan bagi menentukan pertalian antara Kemahiran Berfikir Kritis dalam kajian ini dengan pencapaian Sains PMR pelajar.84 3.pemboleh ubah berdasarkan nilai koefisien korelasi.40 .3 menunjukkan kekuatan pertalian antara pemboleh ubah.2 Analisis Perbandingan Min Kemahiran Berfikir Kritis Merentas Pencapaian Sains PMR.00 .60 .20 .40 .3 : Nilai Pekali Korelasi NILAI KOEFISIEN KORELASI . Jadual 3...20 .00 TAFSIRAN Hubungan sangat rendah Hubungan sangat rendah Hubungan yang sederhana Hubungan yang tinggi Hubungan yang sangat tinggi .

Kajian ini dijalankan ke atas pelajar tingkatan empat di daerah Kulai yang mengambil mata pelajaran Fizik sebagai mata pelajaran pilihan. Ujian ini mengandungi 80 soalan dan terdiri dari lima sub ujian kemahiran iaitu membuat inferens (16 soalan). Sabaria (2003) telah melaporkan dalam kajiannya tentang kesahan isi dan bahasa telah disemak semula oleh dua orang guru bahasa dan juga dua orang guru yang mengajar kemahiran berfikir. Sabaria (2003) telah menggunakan alat kajian WGCT yang asal dan menterjemahkannya ke dalam Bahasa Melayu. 1980). membuat deduksi (16 soalan).85 3. Pemilihan sampel adalah dibuat secara tidak rawak bertujuan (non purposive sampling). Soal selidik yang digunakan ialah Ujian Kemahiran Berfikir Kritis WGCTA – bentuk A yang telah diadaptasi oleh Sabaria (2003) dari Watson Glaser Critical Thinking Appraisal(WGCTA)(Watson & Glaser. Statistik yang digunakan ialah statistik deskriptif dan inferensi. Penyelidik menggunakan satu jenis alat kajian sahaja iaitu soal selidik. Seramai 269 orang pelajar telah dipilih sebagai sampel kajian.0. mengusul periksa andaian (16 soalan). Lam (1997) telah melaporkan kebolehpercayaan dan kesahan alat ukur WGCTA . membuat interpretasi (16 soalan) dan penilaian hujah (16 soalan).7 Rumusan Kajian ini adalah berbentuk kajian deskriptif kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan. . Kemantapan bahasa bagi semua item dalam ujian ini adalah sangat tinggi. Data yang diperolehi dari Ujian Kemahiran Berfikir Kritis Watson-Glaser telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages For The Social Science (SPSS) versi 14. Kajian rintis dijalankan bagi mendapatkan maklum balas pelajar tentang tempoh masa ujian dan kesesuaian bahasa yang digunakan dalam alat kajian.73. Penyelidik mentadbirkan sendiri ujian yang dijalankan dan menerangkan tujuan ujian serta arahan kepada pelajar.bentuk A ialah . Menurutnya ukuran koefisien ini menunjukkan kesahan dan kebolehpercayaan alat ukur ini adalah tinggi.

Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi yang terdapat dalam perisian SPSS versi 14. deskriptif dan inferensi digunakan untuk memperihalkan dapatan kajian. Dalam kajian ini. Analisis statistik deskriptif dinyatakan dalam bentuk markat min. korelasi Spearman’s rho digunakan oleh penyelidik untuk .0 Pendahuluan Dalam bab ini penyelidik akan membincangkan dapatan kajian dan analisis data berdasarkan maklum balas yang diterima daripada 269 orang pelajar Sains tingkatan empat di Daerah Kulai yang mengambil bahagian dalam kajian ini.1 Analisis Data Kedua-dua jenis statistik.BAB 4 KEPUTUSAN KAJIAN 4. sisihan lazim dan peratus manakala analisis inferensi dinyatakan dalam bentuk jadual ANOVA satu hala dan jadual korelasi.0 4.

1 Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis Pelajar Sains Tingkatan Empat Kemahiran Min Sisihan Lazim Peratus (%) Tahap penguasaan Lemah Baik Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Inferens Mengusul Periksa Andaian Deduksi Interpretasi Penilaian Hujah Keseluruhan 4.7) pada kemahiran mengusul periksa andaian.31 10. didapati bahawa antara kelimalima Kemahiran Berfikir Kritis yang dikaji.50 40.58 26. Markah minimum bagi kemahiran mengusul periksa andaian adalah tiga manakala markah maksimum adalah 16.76 2.1.07 2.1 adalah untuk menjawab persoalan kajian 1. 4.45 49. Markah minimum bagi kemahiran membuat .41 Markah penuh bagi setiap sub ujian kemahiran Kemahiran Berfikir Kritis ialah 16 markah. Berdasarkan dapatan Jadual 4. menginterpretasi dan menilai hujah adalah sederhana (rujuk Jadual 1.7) iaitu dalam julat (40-59) peratus (rujuk Jadual 1.93 64.33 1.12 6.4).1 Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis Dalam Kalangan Pelajar Sains Tingkatan Empat Jadual 4.1 (rujuk perkara 1.4.87 menganalisis hubungan antara pencapaian Sains PMR dengan tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis. Jadual 4. Markah penuh bagi keseluruhan sub ujian Kemahiran Berfikir Kritis ialah 80 markah. Kemahiran ini berada dalam julat (60-79) peratus (rujuk Jadual 1.95 2. pelajar mempunyai tahap penguasaan yang baik (rujuk Jadual 1.33 9.44 1.31 7.04 59. Tahap penguasaan pelajar Sains tingkatan empat dalam kemahiran membuat deduksi.7).88 8.1.7).39 50.23 52.

Markah minimum bagi kemahiran membuat inferens adalah sifar manakala markah maksimum adalah 11.7). Penguasaan kemahiran membuat inferens berada pada tahap yang lemah (rujuk Jadual 1. Tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis pelajar Sains tingkatan empat di Daerah Kulai secara keseluruhannya adalah pada tahap sederhana iaitu dalam julat (40-59) peratus (rujuk Jadual 1.7) iaitu dalam julat (20-39) peratus.2 Penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis Dengan Pencapaian Sains PMR Bagi Kulai Pelajar Aliran Sains Tingkatan Empat Di Daerah Jadual 4. Analisis korelasi Spearman’s Rho dua hujung menunjukkan nilai koefisien korelasi .4.3) di antara Kemahiran Berfikir Kritis pelajar Sains tingkatan empat dengan Pencapaian Sains PMR.4). Walau bagaimanapun hubungan ini tidak bererti pada aras .399 Pelajar Aliran Sains Spearman’s rho Pencapaian Sains PMR Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis Jadual 4. 13 dan 15.2 (rujuk perkara 1.05.052. 4.2 : Hubungan Penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis Dengan Pencapaian Sains PMR Bagi Tingkatan Empat Di Daerah Kulai Pemboleh ubah N 269 269 ρ .1. Dapatan ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang sangat rendah (rujuk Jadual 3. .052 Sig. . menginterpretasi dan menilai hujah adalah sifar manakala markah maksimum masing-masing adalah 13.88 deduksi.2 adalah bagi menjawab persoalan kajian 1.

75 64.69 43.25%) Interpretasi A B C D Sederhana (52.06 62.75 52.53 1.00 10.91 2.7) manakala tahap penguasaan kemahiran membuat .24 3.31 65.12 52.88 26.33 9.68 1.89 4.73 1.53 Lemah (26.44 2.52 2.34 8.12 51.04 2.06 1.00 2.41 10.46 4.28 1.30 7. didapati bahawa tahap penguasaan kemahiran membuat inferens bagi pelajar berpencapaian A.67 7.78 3.44 48.50 66.69 49.81 58.94 58.3 Penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis Sains PMR Merentas Pencapaian Jadual 4.09 0.57 9.3 Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis Dalam Kalangan Pelajar Aliran Sains Tingkatan Empat Merentas Pencapaian Sains PMR Kemahiran Pencapaian Min Sisihan Lazim Peratus (%) 27.86 1.31 Tahap Penguasaan Lemah Lemah Lemah Sangat Lemah Baik Baik Baik Baik Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Keseluruhan Inferens A B C D 4.1.31 52.59 9.88 45.73 8.81 59.43 7.92 1.14 1.34 8.06%) Penilaian Hujah A B C D Sederhana (59.62 18.38%) Berdasarkan Jadual 4.90 1.00 8.33 1.50 59.81 1.73 2.36 9.29 10.B dan C adalah pada tahap lemah (rujuk Jadual 1.3.58 2.91 7.94%) Mengusul Periksa Andaian A B C D Baik (64.50 23.16 4.00 10.44%) Deduksi A B C D Sederhana (49.

B.05. analisis ANOVA satu hala menunjukkan tidak terdapat perbezaan min penguasaan kemahiran membuat inferens yang bererti dalam kalangan pelajar aliran Sains tingkatan empat merentas pencapaian Sains PMR pada aras .667 Sig .057 F 1.7). Dalam Kel.4 adalah bagi menjawab persoalan kajian 1. Tahap penguasaan penilaian hujah bagi pelajar berpencapaian A B.390 MS 5. Jadual 4. Tahap penguasaan kemahiran membuat deduksi dan menginterpretasi bagi pelajar berpencapaian A. . Tahap penguasaan kemahiran mengusul periksa andaian bagi pelajar berpencapaian A.289 810. C dan D adalah pada tahap baik (rujuk Jadual 1.B.4).90 inferens bagi pelajar berpencapaian D adalah pada tahap sangat lemah (rujuk Jadual 1.7).7). Jumlah df 3 265 268 SS 15.3 (rujuk perkara 1.174 Jadual 4.101 825.4: ANOVA Kemahiran Membuat Inferens Dalam Kalangan Pelajar Aliran Sains Tingkatan Empat Merentas Pencapaian Sains PMR Inferens Antara Kel.096 3. C dan D adalah pada tahap sederhana (rujuk Jadual 1. C dan D adalah pada tahap sederhana (rujuk Jadual 1.7).4.

770 MS 1.5 adalah bagi menjawab persoalan kajian 1.212 1016.202 5. Analisis ANOVA satu hala menunjukkan tidak terdapat perbezaan min penguasaan kemahiran membuat deduksi yang bererti dalam kalangan pelajar aliran Sains tingkatan empat merentas pencapaian Sains PMR pada aras .201 Sig . Dalam Kel. .4.91 Jadual 4.952 MS 3. Jumlah df 3 265 268 SS 3.6: ANOVA Kemahiran Membuat Deduksi Dalam Kalangan Pelajar Aliran Sains Tingkatan Empat Merentas Pencapaian Sains PMR Deduksi Antara Kel.4).993 F .793 F 1.5 (rujuk perkara 1.163 1591.896 Jadual 4. Jadual 4. Jumlah df 3 265 268 SS 11.4.05.05. Dalam Kel.379 Jadual 4.6 adalah bagi menjawab persoalan kajian 1.4 (rujuk perkara 1.913 3.5 ANOVA Kemahiran Mengusul Periksa Andaian Dalam Kalangan Pelajar Aliran Sains Tingkatan Empat Merentas Pencapaian Sains PMR Mengusul Periksa Andaian Antara Kel.032 Sig . Analisis ANOVA satu hala menunjukkan tidak terdapat perbezaan min penguasaan kemahiran mengusul periksa andaian yang bererti dalam kalangan pelajar aliran Sains tingkatan empat merentas pencapaian Sains PMR pada aras .740 1005.607 1588.4).

7 (rujuk perkara 1.4. Dalam Kel.4).233 Sig .8: ANOVA Kemahiran Menilai Hujah Dalam Kalangan Pelajar Aliran Sains Tingkatan Empat Merentas Pencapaian Sains PMR Penilaian Hujah Antara Kel. Jadual 4.029 1150.6 (rujuk perkara 1.7 adalah bagi menjawab persoalan kajian 1.212 MS 1.249 MS 1.080 4.010 4.8 adalah bagi menjawab persoalan kajian 1.513 F .05.869 Jadual 4.340 F .4.241 1196.4).92 Jadual 4. Analisis ANOVA satu hala menunjukkan tidak terdapat perbezaan min penguasaan kemahiran menilai hujah yang bererti dalam kalangan pelajar aliran Sains tingkatan empat merentas pencapaian Sains PMR pada aras .009 1199. Dalam Kel.05. Jumlah df 3 265 268 SS 3. Analisis ANOVA satu hala menunjukkan tidak terdapat perbezaan min penguasaan kemahiran menginterpretasi yang bererti dalam kalangan pelajar aliran Sains tingkatan empat merentas pencapaian Sains PMR pada aras .239 Sig .183 1153. Jumlah df 3 265 268 SS 3.7: ANOVA Kemahiran Menginterpretasi Dalam Kalangan Pelajar Aliran Sains Tingkatan Empat Merentas Pencapaian Sains PMR Interpretasi Antara Kel.874 Jadual 4. .

31 4.51 1.54 1.62 49. Bagi kemahiran membuat deduksi dan membuat interpretasi.14 9.06%) Sederhana (59.908 2.43%) Mengusul Periksa Andaian Deduksi Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan 7.58 8.7) bagi kedua-dua pelajar lelaki dan pelajar perempuan.88 57.22 9.216 Lemah (26.95 8.62 65.69 53.9.004 1.689 2.143 2.94%) Baik (64.076 48.7) manakala tahap penguasaan pelajar perempuan adalah pada tahap baik (rujuk Jadual 1.78 7.69 50. Kemahiran mengusul periksa andaian pula adalah pada tahap baik (rujuk Jadual 1. tahap penguasaan pelajar lelaki adalah pada tahap sederhana (rujuk Jadual 1.62 60.4 Kemahiran Berfikir Kritis Dalam Kalangan Pelajar Aliran Sains Tingkatan Empat Merentas Jantina Jadual 4.38%) Interpretasi Lelaki Perempuan Penilaian Hujah Lelaki Perempuan Berdasarkan Jadual 4.69 Tahap Penguasaan Lemah Lemah Baik Baik Keseluruhan Inferens Lelaki Perempuan 4.31 10.71 2.9 Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis Dalam Kalangan Pelajar Aliran Sains Tingkatan Empat Merentas Jantina Kemahiran Jantina Min Sisihan Lazim Peratus (%) 26.25%) Sederhana (52.69 Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Baik Sederhana (49.7) bagi kedua-dua pelajar lelaki dan pelajar perempuan.7).94 65.811 2.05 10. didapati bahawa kemahiran membuat inferens adalah pada tahap lemah (rujuk Jadual 1.94 26.913 2. kedua-dua pelajar lelaki dan pelajar perempuan berada pada tahap sederhana (rujuk Jadual 1. Bagi kemahiran penilaian hujah.7). .1.93 4.686 1.

05.8 (rujuk perkara 1. Jadual 4. .910 F 2.4). analisis ANOVA satu hala menunjukkan tidak terdapat perbezaan min penguasaan kemahiran mengusul periksa andaian yang bererti dalam kalangan pelajar aliran Sains tingkatan empat merentas jantina pada aras .001 825.390 825.4).001 3. Jumlah df 1 267 268 SS 13.10 : ANOVA Kemahiran membuat Inferens Dalam Kalangan Pelajar Aliran Sains Tingkatan Empat Merentas Jantina Inferens Antara Kel. Analisis ANOVA satu hala menunjukkan tidak terdapat perbezaan min penguasaan kemahiran membuat inferens yang bererti dalam kalangan pelajar aliran Sains tingkatan empat merentas jantina pada aras .4.4.988 Jadual 4.127 Jadual 4.94 Jadual 4.845 5.05.000 Sig . Dalam Kel.10 adalah bagi menjawab persoalan kajian 1.343 Sig .091 F .845 1577.9 (rujuk perkara 1.770 MS 13.11 adalah bagi menjawab persoalan kajian 1. Dalam Kel.925 1591. Jumlah df 1 267 268 SS .391 MS .11 : ANOVA Kemahiran Mengusul Periksa Andaian Dalam Kalangan Pelajar Aliran Sains Tingkatan Empat Merentas Jantina Mengusul Periksa Andaian Antara Kel.

758 1015. .4).95 Jadual 4.4.10 (rujuk perkara 1.085 Jadual 4. Jadual 4.13: ANOVA Kemahiran Membuat Interpretasi Dalam Kalangan Pelajar Aliran Sains Tingkatan Empat Merentas Jantina Interpretasi Antara Kel. Jumlah df 1 267 268 SS 12.271 F 2.995 Sig .11 (rujuk perkara 1. Analisis ANOVA satu hala menunjukkan tidak terdapat perbezaan min penguasaan kemahiran membuat deduksi yang bererti dalam kalangan pelajar aliran Sains tingkatan empat merentas jantina pada aras .12 adalah bagi menjawab persoalan kajian 1.194 1016.13 adalah bagi menjawab persoalan kajian 1.462 Sig . Jumlah df 1 267 268 SS 1.12: ANOVA Kemahiran Membuat Deduksi Dalam Kalangan Pelajar Aliran Sains Tingkatan Empat Merentas Jantina Deduksi Antara Kel.4).758 3. Dalam Kel.212 MS 12. Dalam Kel.793 4.952 MS 1.4.05.05.497 Jadual 4. Analisis ANOVA satu hala menunjukkan tidak terdapat perbezaan min penguasaan kemahiran membuat interpretasi yang bererti dalam kalangan pelajar aliran Sains tingkatan empat merentas jantina pada aras .419 1153.802 F .793 1140.

Dalam Kel.4).14: ANOVA Kemahiran Menilai Hujah Dalam Kalangan Pelajar Aliran Sains Tingkatan Empat Merentas Jantina Penilaian Hujah Antara Kel.05.96 Jadual 4.249 MS 15.061 Jadual 4. .14 adalah bagi menjawab persoalan kajian 1. Jumlah df 1 267 268 SS 15.549 Sig .730 1183. Analisis ANOVA satu hala menunjukkan tidak terdapat perbezaan min penguasaan kemahiran menilai hujah yang bererti dalam kalangan pelajar aliran Sains tingkatan empat merentas jantina pada aras .12 (rujuk perkara 1.4.730 4.433 F 3.519 1199.

7). Cina dan India adalah pada tahap baik (rujuk Jadual 1.26 3.62 22.7).808 2.50 4.14 7. Tahap penguasaan kemahiran membuat deduksi dan menginterpretasi bagi pelajar Melayu.862 1.81 Tahap Penguasaan Lemah Lemah Lemah Baik Baik Baik Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Baik Sederhana Sederhana Sederhana (59.7).44%) Lemah (26.38 8. Cina dan India adalah pada tahap sederhana (rujuk Jadual 1.00 65.1.14 8.43 10.33 8.00 9.38 50.22 10.57 1.65 7. didapati bahawa tahap penguasaan kemahiran membuat inferens bagi pelajar Melayu.88 57. Cina dan India adalah pada tahap lemah (rujuk Jadual 1.74 9.15. Tahap penguasaan menilai hujah bagi pelajar .81 48.446 2.88 63.97 4.975 1.12 26.586 1.06%) Sederhana (49.858 2.780 1.250 2.38%) Sederhana (52.686 1.00 60.25%) Baik (64.181 Peratus (%) 28.88 59.88 47.15: Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis Dalam Kalangan Pelajar Aliran Sains Tingkatan Empat Merentas Etnik Kemahiran Etnik Min Sisihan Lazim Inferens Melayu Cina India Mengusul Periksa Andaian Deduksi Melayu Cina India Melayu Cina India Interpretasi Melayu Cina India Penilaian Hujah Melayu Cina India 4.38 50.111 1.970 2.228 2.71 8.292 1.19 52.94%) Keseluruhan Berdasarkan Jadual 4.5 Penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis Dalam Kalangan Pelajar Aliran Sains Tingkatan Empat Merentas Etnik Jadual 4.52 10.19 63.06 52. Tahap penguasaan kemahiran mengusul periksa andaian bagi pelajar Melayu.382 2.26 9.

98 Melayu adalah pada tahap baik (rujuk Jadual 1. .057 Jadual 4.16: ANOVA Kemahiran Membuat Inferens Dalam Kalangan Pelajar Aliran Sains Tingkatan Empat Merentas Etnik Inferens Antara Kel.037 F 2.05.798 3.596 807. manakala tahap penguasaan menilai hujah bagi pelajar Cina dan India adalah pada tahap sederhana (rujuk Jadual 1. Jumlah df 2 266 268 SS 17. Dalam Kel.4.7). Jadual 4.13 (rujuk perkara 1.390 MS 8.16 adalah bagi menjawab persoalan kajian 1. Analisis ANOVA satu hala menunjukkan tidak terdapat perbezaan min penguasaan kemahiran membuat inferens yang bererti dalam kalangan pelajar aliran Sains tingkatan empat merentas etnik pada aras .4).794 825.7).897 Sig .

15 (rujuk perkara 1. Jadual 4. Analisis ANOVA satu hala menunjukkan tidak terdapat perbezaan min penguasaan kemahiran membuat deduksi yang bererti dalam kalangan pelajar aliran Sains tingkatan empat merentas etnik pada aras .17: ANOVA Kemahiran Mengusul Periksa Andaian Dalam Kalangan Pelajar Aliran Sains Tingkatan Empat Merentas Etnik Mengusul Periksa Andaian Antara Kel.05.05. Dalam Kel.4.18 adalah bagi menjawab persoalan kajian 1.448 1016.462 1591.765 F 2.4.654 5.972 F .752 3.18: ANOVA Kemahiran Membuat Deduksi Dalam Kalangan Pelajar Aliran Sains Tingkatan Empat Merentas Etnik Deduksi Antara Kel. Jumlah df 2 266 268 SS 15. Jumlah df 2 266 268 SS 3.4).130 Jadual 4.758 Jadual 4.17 adalah bagi menjawab persoalan kajian 1. .952 MS 7.14 (rujuk perkara 1.770 MS 1.277 Sig . Dalam Kel.504 1001. Analisis ANOVA satu hala menunjukkan tidak terdapat perbezaan min penguasaan kemahiran mengusul periksa andaian yang bererti dalam kalangan pelajar aliran Sains tingkatan empat merentas etnik pada aras .307 1588.059 Sig .4).99 Jadual 4.

05.626 1199.745 Jadual 4.19 adalah bagi menjawab persoalan kajian 1. analisis ANOVA satu hala menunjukkan tidak terdapat perbezaan min penguasaan kemahiran menilai hujah yang bererti dalam kalangan pelajar aliran Sains tingkatan empat merentas etnik pada aras .249 MS 7.4.4).20: ANOVA Kemahiran Menilai Hujah Dalam Kalangan Pelajar Aliran Sains Tingkatan Empat Merentas Etnik Penilaian Hujah Antara Kel.4).196 Jadual 4.05.295 Sig .661 1153. Jadual 4.312 4.275 4.19: ANOVA Kemahiran Membuat Interpretasi Dalam Kalangan Pelajar Aliran Sains Tingkatan Empat Merentas Etnik Interpretasi df Antara Kel.453 F 1. . Jumlah 2 266 268 SS 2.623 1184. analisis ANOVA satu hala menunjukkan tidak terdapat perbezaan min penguasaan kemahiran membuat interpretasi yang bererti dalam kalangan pelajar aliran Sains tingkatan empat merentas etnik pada aras .326 F .4.212 MS 1. Dalam Kel.20 adalah bagi menjawab persoalan kajian 1. Dalam Kel.16 (rujuk perkara 1.100 Jadual 4.17 (rujuk perkara 1.551 1150. Jumlah df 2 266 268 SS 14.642 Sig .

052) di antara Kemahiran Berfikir Kritis pelajar dengan pencapaian Sains PMR.05. menunjukkan terdapat hubungan positif yang amat rendah (r = . Walau bagaimanapun hubungan ini tidak bererti pada aras .1).101 4. dapatlah dirumuskan bahawa tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis pelajar aliran Sains tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran Fizik adalah berada pada tahap sederhana (Jadual 4. Daripada analisis korelasi Spearman’s Rho. . Ini menunjukkan bahawa tiada hubungan yang bererti antara tahap Kemahiran Berfikir Kritis dengan pencapaian Sains PMR.2 Rumusan Berdasarkan dapatan kajian di atas. Analisis ANOVA satu hala mendapati tidak terdapat perbezaan min Kemahiran Berfikir Kritis yang bererti dalam kalangan pelajar sains tingkatan empat merentas jantina. etnik dan pencapaian.

implikasi kajian. PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.1 Ringkasan Dalam kajian ini. perbincangan.0 Pendahuluan Dalam bab ini penyelidik akan meringkaskan kajian yang telah dilakukan kepada beberapa bahagian. penyelidik hanya menekankan aspek Kemahiran Berfikir Kritis. Bahagian-bahagian tersebut termasuklah ringkasan. penyelidik berhasrat untuk mengenal pasti tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis pelajar Sains tingkatan empat di Daerah Kulai. kesimpulan kajian. cadangan dan cadangan penyelidikan masa depan 5. Dalam kajian ini.BAB 5 KESIMPULAN. iaitu salah satu komponen dalam kemahiran berfikir. Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah Ujian Kemahiran Berfikir Kritis – bentuk A yang telah diadaptasi oleh Sabaria (2003) dari Watson Glaser .

Analisis ANOVA satu hala secara keseluruhannya menunjukkan tidak terdapat perbezaan min Kemahiran Berfikir Kritis (inferens. Analisis statistik seperti min. Tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis pelajar Sains tingkatan empat di Daerah Kulai secara keseluruhannya adalah pada tahap sederhana 50. ANOVA satu hala dan korelasi Spearman’s Rho telah digunakan dalam kajian ini. mengusul periksa andaian. Ini menunjukkan bahawa tiada hubungan yang bererti antara tahap Kemahiran Berfikir Kritis dengan pencapaian Sains PMR.0. Dapatan kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages For The Social Science (SPSS) versi 14. peratus. sisihan lazim. interpretasi dan penilaian hujah) yang bererti dalam kalangan pelajar Sains tingkatan empat merentas pencapaian Sains PMR.103 Critical Thinking Appraisal (WGCTA). deduksi. 5. Walau bagaimanapun hubungan ini tidak bererti pada aras . iii. Hasil kajian mendapati bahawa tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis pelajar Sains tingkatan empat di Daerah Kulai secara keseluruhannya adalah pada tahap sederhana. Analisis korelasi Spearman’s Rho.05. ii. menunjukkan terdapat hubungan positif yang amat rendah (r = . . Antaranya ialah: i.2 Kesimpulan Kajian Berdasarkan hasil dapatan kajian dapatlah dibuat beberapa kesimpulan berdasarkan persoalan kajian.052) di antara Kemahiran Berfikir Kritis pelajar dengan pencapaian Sains PMR.41% iaitu dalam julat (40-59 )%.

5. Analisis ANOVA satu hala secara keseluruhannya menunjukkan tidak terdapat perbezaan min Kemahiran Berfikir Kritis (inferens.1. mengusul periksa andaian. penyelidik akan membincangkan dapatan kajian dengan lebih mendalam serta membincangkan dapatan penyelidik dengan dapatan penyelidik yang lain. v. 2006).3. Berdasarkan persoalan kajian 1. interpretasi dan penilaian hujah) yang bererti dalam kalangan pelajar Sains tingkatan empat merentas etnik. 5.104 iv. Penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis merupakan salah satu daripada objektif mata pelajaran Sains KBSM. deduksi. kajian telah dijalankan untuk melihat sejauh mana tahap penguasaan . deduksi. mengusul periksa andaian. Pengajaran dan pembelajaran yang menekankan kemahiran berfikir merupakan asas pembelajaran berfikrah (Curriculum Development Centre.4.3 Perbincangan Dalam bahagian ini. interpretasi dan penilaian hujah) yang bererti dalam kalangan pelajar Sains tingkatan empat merentas jantina. Analisis ANOVA satu hala secara keseluruhannya menunjukkan tidak terdapat perbezaan min Kemahiran Berfikir Kritis (inferens.1 Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis Kajian tentang tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis pelajar seharusnya mendapat perhatian yang sewajarnya kerana ianya merupakan salah satu asas kemahiran berfikir yang diperlukan dalam mempelajari bidang Sains.

93%).04%). Alat kajian yang sama iaitu WGCTA juga digunakan oleh Sabaria(2003) untuk mengukur kemahiran berfikir membuat inferens. membuat interpretasi dan penilaian hujah.105 Kemahiran Berfikir Kritis dalam kalangan pelajar-pelajar Sains tingkatan empat di Daerah Kulai.41% ). membuat deduksi.38%) iaitu pada tahap lemah (Jadual 1.7) bagi pelajar sekolah menengah. Walau bagaimanapun dapatan bagi tahap penguasaan kemahiran penilaian hujah yang diperolehi oleh Sabaria (2003) didapati berbeza dengan dapatan penyelidik di mana Sabaria (2003) mendapati bahawa tahap penguasaan penilaian hujah adalah pada tahap baik .7). deduksi (48. mengusul periksa andaian.7) sebelum diajarkan menggunakan kaedah penyelesaian berasaskan masalah (PBM). Bagi kemahiran mengusul periksa andaian pula. secara keseluruhannya adalah pada tahap sederhana (50. peratusan pelajar yang menguasai Kemahiran Berfikir Kritis meliputi lima komponen Kemahiran Berfikir Kritis iaitu kemahiran membuat inferens. mengusul periksa andaian (61. manakala bagi penilaian hujah adalah pada tahap sederhana (59. membuat interpretasi dan penilaian hujah. Dapatan yang diperoleh penyelidik adalah hampir sama tahap penguasaan komponen Kemahiran Berfikir Kritis pelajar sekolah menengah dengan dapatan yang diperolehi oleh Sabaria(2003) dalam kemahiran membuat inferens (31.7). kemahiran deduksi adalah pada tahap sederhana (49. penyelidik mendapati bahawa bagi tahap penguasaan kemahiran membuat inferens pelajar adalah pada tahap lemah (26. kemahiran interpretasi pada tahap sederhana (52.23%). mengusul periksa andaian.25%) iaitu pada tahap baik (Jadual 1. Jika dilihat berdasarkan komponen Kemahiran Berfikir Kritis yang diukur dalam WGCTA. membuat deduksi.39 %). Berdasarkan dapatan kajian yang telah diperolehi.38%) iaitu pada tahap sederhana (Jadual 1.45%). Tahap penguasaan kemahiran berfikir yang diperolehi oleh penyelidik adalah sama tahapnya dengan dapatan yang diperolehi oleh Sabaria (2003) di mana tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis pelajar adalah pada tahap sederhana (Jadual 1. dan interpretasi (51.7). tahap penguasaan pelajar adalah baik (64.56%) iaitu pada tahap sederhana (Jadual 1.

Walau bagaimanapun terdapat juga peningkatan kemahiran bagi komponen mengusul periksa andaian iaitu sebanyak 2. Pada peringkat awal kajian. Oleh itu tiada perbezaan dari segi faktor kematangan pelajar berasaskan umur. Namun nilai ini tidak jauh berbeza dengan nilai yang diperolehi oleh penyelidik (59. Jika dilihat faktor kawasan yang dikaji. Peningkatan Kemahiran Berfikir Kritis yang diperolehi oleh Sabaria(2003) dengan menggunakan kaedah PBM. membuat deduksi sebanyak 2.24% dan membuat interpretasi sebanyak 1.64%. Dapatan kajian tentang tahap Kemahiran Berfikir Kritis pelajar yang diperolehi oleh penyelidik juga adalah sama dengan dapatan kajian Abu Ani (2004) iaitu pada tahap sederhana (52.73%.25%. Selepas pendedahan kepada kaedah PBM didapati terdapat peningkatan terhadap Kemahiran Berfikir Kritis pelajar terutamanya dalam kemahiran membuat inferens sebanyak 5. namun nilai ini masih lagi dalam julat (40-59) peratus iaitu pada tahap sederhana (Jadual 1.19% daripada dapatan kajian penyelidik. membolehkan kita melihat bahawa pembelajaran secara aktif boleh membantu meningkatkan Kemahiran Berfikir Kritis pelajar dan perlu diambil kira oleh pendidik sebagai salah satu cara untuk meningkatkan Kemahiran Berfikir Kritis pelajar. didapati tahap Kemahiran Berfikir Kritis pelajar bagi kedua-dua kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen adalah hampir sama.12%). Sabaria (2003) dalam kajiannya menggunakan kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) bagi meningkatkan Kemahiran Berfikir Kritis. Subjek kajian dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu satu kumpulan menggunakan kaedah PBM manakala satu kumpulan lagi menggunakan kaedah tradisional iaitu kaedah yang biasa digunakan oleh guru-guru. Walaupun terdapat sedikit perbezaan iaitu sebanyak 2. kajian Abu Ani (2004) di jalankan di Daerah Batu Pahat manakala kajian penyelidik di jalankan di .60%).39%) iaitu perbezaan sebanyak 1.7).94%.106 (61. Keputusan ini diperolehi mungkin disebabkan oleh pelajar yang dikaji mendapat didikan melalui sistem pendidikan yang sama di Malaysia dan tahap umur pelajar yang dikaji juga adalah sama iaitu dalam julat (16-17) tahun.62% dan penilaian hujah sebanyak 4.

pemikiran kritis. membuat interpretasi dan penilaian hujah) yang serupa dengan penyelidik. .41%).107 Daerah Kulai.7)? Dapatan Abu Ani (2004) sebanyak 52. mengusul periksa andaian. Faktor persekitaran yang hampir sama dan juga sistem pendidikan yang diamalkan oleh pengkaji dan penyelidik yang hampir serupa juga mungkin merupakan faktor dapatan yang hampir sama ini walaupun dalam daerah yang berbeza. Kajian Abu Ani (2004) ini lebih menjurus kepada hubungan gaya kognitif. Alat kajian WGCTA-F yang digunakan oleh Abu Ani (2004) juga merupakan adaptasi daripada WGCTA. membuat deduksi. membuat deduksi. Persoalannya sekarang mengapakah dapatan yang hampir sama (perbezaan sebanyak 2. Umur subjek kajian juga adalah sama iaitu dalam julat (16-17) tahun (tingkatan empat).19%) diperolehi? Adakah nilai yang sama akan diperolehi sekiranya kajian ini dijalankan di daerah-daerah yang lain di Johor ini? Adakah jawapan yang serupa juga akan diperolehi sekiranya kajian ini dijalankan di negeri-negeri lain di Malysia ini? Apakah faktor yang menyebabkan nilai dapatan kajian yang hampir sama ini? Adakah kita boleh membuat kesimpulan bahawa semua pelajar sekolah menengah di Malaysia ini mempunyai tahap kemahiran berfikir yang sama iaitu pada tahap sederhana (Jadual 1. kemahiran saintifik dan pencapaian pelajar dalam kalangan pelajar tingkatan empat aliran Sains. mengusul periksa andaian. namun Abu Ani (2004) tidak menunjukkan dapatan kajian bagi setiap komponen kemahiran berfikir secara terperinci. Walaupun Abu Ani (2004) mengukur kelima-lima komponen kemahiran berfikir (membuat inferens.60% didapati lebih baik daripada dapatan penyelidik (50. Oleh itu perbandingan tahap penguasaan kemahiran berfikir bagi setiap kompenen kemahiran berfikir membuat inferens. membuat interpretasi dan penilaian hujah tidak dapat dilakukan.

mengusul periksa andaian.1% (3 orang) pelajar berada pada tahap baik dan 0.7).7% (2 orang) pelajar berada pada tahap baik dan 0.4% (seorang) pelajar berada pada tahap baik dan 0. sebanyak 1. 0. 21. Bagi pelajar berpencapaian B.7% (2 orang) pelajar berada pada tahap lemah. didapati bahawa tidak terdapat perbezaan min Kemahiran Berfikir Kritis (inferens. interpretasi dan penilaian hujah) yang bererti dalam kalangan pelajar Sains tingkatan empat merentas pencapaian Sains PMR. 1.7).7). Dapatan ini menunjukkan bahawa pencapaian pelajar dalam Sains PMR pelajar yang baik dalam peperiksaan tidak melambangkan tahap Kemahiran Berfikir Kritis pelajar. Bagi pelajar berpencapaian D. dan 0.0% (tiada) pelajar berada pada tahap lemah.3.4% (20 orang) pelajar berada pada tahap sederhana.9% (5 orang) pelajar berada pada tahap lemah.108 5.7).2 Hubungan Penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis Dengan Pencapaian Berdasarkan analisis ANOVA Kemahiran Berfikir Kritis dalam kalangan pelajar aliran Sains merentas pencapaian Sains PMR. Bagi pelajar berpencapaian B. Bagi pelajar berpencapaian C. sebanyak 5.2% (14 orang) pelajar berada pada tahap lemah. deduksi. sebanyak 0. 1.5% (130 orang) pelajar berada pada tahap sederhana.0% (tiada) pelajar berada pada tahap cemerlang (Jadual 1.0% (tiada) pelajar berada pada tahap baik dan cemerlang (Jadual 1.7).1% (3 orang) pelajar berada pada tahap sederhana.0% (tiada) pelajar berada pada tahap cemerlang (Jadual 1.6% (58 orang) pelajar berada pada tahap sederhana. sebanyak 0. 0. 48. Bagi pelajar berpencapaian A terdapat jurang yang sangat besar antara tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis di mana terdapat pelajar yang berada pada tahap yang lemah dan ada juga pelajar yang berada pada tahap cemerlang (Jadual 1. 7. Jika dilihat tahap Kemahiran Berfikir Kritis pelajar merentas pencapaian Sains PMR . Bagi pelajar berpencapaian A.4% (seorang) pelajar berada pada tahap cemerlang (Jadual 1. jurang antara tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis adalah antara tahap .

1.4% (seorang) pelajar berpencapaian A berada pada tahap yang sangat lemah manakala 8.7). 0. Bagi pelajar berpencapaian C pula 4.7) manakala 0. jurang antara tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis juga adalah antara tahap lemah dengan tahap baik (Jadual 1. tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis adalah pada tahap sederhana (Jadual 1.0% (8 orang) pelajar berada pada tahap yang lemah (Jadual 1.9% (24 orang) pelajar berada pada tahap cemerlang (Jadual 1.7).4% (seorang) pelajar berada pada tahap yang baik. Bagi pelajar berpencapaian B. didapati 16.7) manakala 6. Bagi pelajar berpencapaian C pula.1% (3 orang) pelajar berada pada tahap sangat lemah. Manakala bagi pelajar berpencapaian D pula.1% (3 orang) pelajar berpencapaian A berada pada tahap sangat lemah. 1. 1.7).7% (2 orang) pelajar berada pada tahap yang sangat lemah dan 0.4%) pelajar berada pada tahap yang baik.4% (seorang) pelajar berada pada tahap cemerlang.7). Bagi kemahiran membuat deduksi.4% (seorang) pelajar berada pada tahap lemah (Jadual 1. manakala 0. Manakala bagi pelajar berpencapaian D pula. dalam kemahiran membuat inferens.0% (35 orang) pelajar berada pada tahap yang sangat lemah (Jadual 1.7) dan 3. manakala 0.7). didapati 3. Bagi pelajar berpencapaian C pula 0.109 lemah dengan tahap baik (Jadual 1. Bagi pelajar berpencapaian B. Jika dilihat kepada setiap komponen Kemahiran Berfikir Kritis.7) dan 0. Bagi kemahiran mengusul periksa andaian. Manakala bagi pelajar berpencapaian D. didapati 13.3% (17 orang) pelajar berada pada tahap cemerlang.4% (seorang) pelajar berada pada tahap cemerlang. Bagi pelajar berpencapaian B.4% (44 orang) pelajar berpencapaian A berada pada tahap yang sangat lemah (Jadual 1.1% (11orang) pelajar berada pada tahap yang sangat lemah (Jadual 1.3% (9 orang) pelajar berada pada tahap sederhana.1% (3 orang) pelajar berada pada tahap baik (Jadual 1. 0.7).4% (seorang) pelajar berada pada tahap yang lemah (Jadual 1.4% (seorang) .7) manakala seorang (0.

Bagi pelajar berpencapaian C pula.2% (6 orang) pelajar berada pada tahap yang lemah dan 3.4% (seorang) pelajar berada pada tahap yang lemah (Jadual 1. Bagi kemahiran membuat interpretasi. Sementara itu ada juga pelajar yang berpencapaian D yang mempunyai tahap penguasaan . Bagi pelajar berpencapaian C pula. 0.7% (2 orang) pelajar berada pada tahap cemerlang. Ada pelajar berpencapaian A mempunyai tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis pada tahap sangat lemah. 0. 0.4% (seorang) pelajar berada pada tahap sederhana (Jadual 1. 0.2% (6 orang) pelajar berada pada tahap baik.7% (2 orang) pelajar berada pada tahap yang lemah (Jadual 1.7) dan 2. Manakala bagi pelajar berpencapaian D pula.7% (2 orang) pelajar berada pada tahap yang lemah manakala 0. 6.9% (5 orang) pelajar berada pada tahap cemerlang (Jadual 1.4% (28 orang) pelajar berada pada tahap baik. 2.7% (2 orang) pelajar berpencapaian A berada pada tahap yang sangat lemah manakala 1.7% (2 orang) pelajar berpencapaian A berada pada tahap yang sangat lemah manakala 3. Bagi pelajar berpencapaian B.7).7).7).7). dapatlah dilihat bahawa tidak semua pelajar berpencapaian tinggi (A) dalam Sains PMR mempunyai Kemahiran Berfikir Kritis yang baik.3% (9 orang) pelajar berada pada tahap cemerlang (Jadual 1.4% (seorang) pelajar berada pada tahap sangat lemah dan 0. 0. Manakala bagi pelajar berpencapaian D pula. Berdasarkan dapatan kajian ini.7).4% (seorang) pelajar berada pada tahap baik (Jadual 1.7% (2 orang) pelajar berada pada tahap sangat lemah manakala 0. Bagi pelajar berpencapaian C pula 2. Bagi pelajar berpencapaian B.7). manakala 10. 0.7) dan 0.0% (8 orang) pelajar berada pada tahap baik (Jadual 1. manakala 1. Manakala bagi pelajar berpencapaian D.2 % (6 orang) pelajar berada pada tahap lemah.1% (3 orang) pelajar berada pada tahap cemerlang. 0.3% (17 orang) pelajar berada pada tahap lemah.4% (seorang) pelajar berada pada tahap baik (Jadual 1.110 pelajar berada pada tahap cemerlang. Bagi kemahiran penilaian hujah.

Dapatan penyelidik tidak sama dengan dapatan Fatma. Alat kajian yang digunakan adalah sama iaitu WGCTA yang telah diubahsuai ke bahasa Turki. Ini menunjukkan semakin tinggi pencapaian pelajar semakin tinggi Kemahiran . Oleh itu penyelidik tidak dapat membuat perbandingan yang jelas dan tepat tentang hubungan penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis pelajar dengan pencapaian yang diperolehi oleh penyelidik untuk dibuat perbandingan dengan kajian yang dijalankan di Turki. Ishak dan Savas (1998) mendapati bahawa pelajar berpencapaian tinggi mempunyai Kemahiran Berfikir Kritis yang lebih tinggi berbanding pelajar berpencapaian rendah. Menerusi analisis regresi. Ishak dan Savas (1998) ini merupakan salah satu kajian terawal untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi perkembangan pemikiran kritis dalam kalangan remaja di negara membangun. sekolah tinggi dan universiti yang berumur antara 12 tahun hingga 22 tahun. terdapat pertalian yang positif di antara pelajar berpencapaian tinggi dengan Kemahiran Berfikir Kritis. Fatma. Ishak dan Savas (1998) yang menyatakan bahawa terdapat pertalian yang positif di antara pelajar berpencapaian tinggi dengan Kemahiran Berfikir Kritis. Jika tidak.111 Kemahiran Berfikir Kritis pada tahap baik. Mengapakah dapatan seperti ini diperolehi? Adakah dapatan ini mungkin disebabkan bentuk soalan Sains PMR tidak menjurus kepada Kemahiran Berfikir Kritis? Adakah pelajar berpeluang untuk meneka semasa menjawab soalan Sains PMR terutamanya dalam soalan berbentuk objektif? Jika jawapan ‘ya’ bagi persoalan di atas. namun beliau tidak menyatakan dengan terperinci dapatan kajian mengikut julat umur yang sama dengan subjek kajian penyelidik secara jelas. Kajian telah dijalankan ke atas pelajar sekolah menengah. maka tidak hairanlah jika pencapaian yang diperolehi tidak menggambarkan tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis pelajar. Kajian Fatma. apakah yang perlu dilakukan bagi menilai Kemahiran Berfikir Kritis pelajar dengan lebih tepat? Jika soalan Sains PMR tidak menjurus kepada Kemahiran Berfikir Kritis dan pelajar berpeluang untuk meneka semasa menjawab soalan terutamanya soalan objektif maka soalan berbentuk subjektif adalah lebih sesuai digunakan untuk mengukur tahap Kemahiran Berfikir Kritis pelajar.

mengusul periksa andaian. kerjaya ibu bapa dan pendapatan keluarga dan hubungannya dengan Kemahiran Berfikir Kritis pelajar. Di antara pelajar berpencapaian tinggi dengan pelajar berpencapaian rendah. deduksi. interpretasi penilaian hujah dan secara keseluruhan Kemahiran Berfikir Kritis. sekolah agama. sekolah sukan. Kajian Shu dan Wen (2000) mendapati pelajar pencapaian tinggi menunjukkan Kemahiran Berfikir Kritis yang lebih tinggi dalam membuat inferens. Adakah faktor jenis sekolah sama ada sekolah teknik.112 Berfikir Kritisnya. Julat umur pelajar dalam kajian Shu dan Wen (2000) ialah antara 17 tahun hingga 19 tahun. Perbandingan antara sekolah biasa dengan sekolah ketenteraan mendapati pelajar di sekolah biasa mempunyai Kemahiran Berfikir Kritis yang lebih baik berbanding pelajar di sekolah tentera dalam kelima-lima komponen Kemahiran Berfikir Kritis membuat inferens. sekolah vokasional di Malaysia mempengaruhi Kemahiran Berfikir Kritis pelajar? Setiap jenis sekolah yang disebutkan di atas mempunyai pilihan mata pelajaran yang berbeza (mata pelajaran teras masih sama) mengikut matlamat sekolah tersebut diwujudkan. mengusul periksa andaian dan penilaian hujah berbanding pelajar berpencapaian rendah. Adakah terdapat perbezaan Kemahiran Berfikir Kritis antara pelajar yang mempelajari mata pelajaran pilihan yang berbeza . pelajar berpencapaian tinggi menunjukkan perbezaan min yang bererti terhadap Kemahiran Berfikir Kritis. Adakah faktor-faktor ini juga mempengaruhi tahap Kemahiran Berfikir Kritis pelajar di Malaysia? Oleh itu penyelidik berpendapat bahawa kajian yang serupa juga dijalankan di Malaysia untuk menentukan tahap Kemahiran Berfikir Kritis pelajar serta mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi tahap Kemahiran Berfikir Kritis pelajar dari segi latar belakang pelajar itu sendiri. Ishak dan Savas (1998) juga melihat faktor tahap pencapaian pendidikan ibu bapa. Ini menunjukkan bahawa pelajar berpencapaian tinggi mempunyai Kemahiran Berfikir Kritis yang lebih tinggi berbanding pelajar berpencapaian rendah. Kajian Fatma. Alat kajian yang digunakan ialah WGCTA. Dapatan penyelidik tentang tahap Kemahiran Berfikir Kritis merentas pencapaian tidak sama dengan dapatan Shu dan Wen (2000).

mengusul periksa andaian. teknologi dan vokasional serta Sains? Ini adalah kerana sifat sesuatu mata pelajaran yang berbeza itu akan mempengaruhi cara pelajar berfikir. 13.1% (11 orang) pelajar perempuan berada pada tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis yang lemah (Jadual 1.5% (4 orang) pelajar lelaki dan 0. maka perbandingan tahap Kemahiran Berfikir Kritis pelajar antara kajian ini dengan kajian Shu dan Wen (2000) tidak dapat dijalankan dengan tepat dan terperinci. 5.3 Penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis Merentas Jantina Analisis ANOVA satu hala yang dijalankan oleh penyelidik secara keseluruhannya menunjukkan tidak terdapat perbezaan min Kemahiran Berfikir Kritis (inferens. Adakah terdapat perbezaan tahap Kemahiran Berfikir Kritis antara pelajar sekolah berasrama dengan pelajar sekolah harian biasa? Adakah tahap Kemahiran Berfikir Kritis pelajar dipengaruhi dengan cara pendedahan pengetahuan di sampaikan kepada pelajar? Kajian penyelidik hanya melibatkan sekolah harian biasa.0% (tiada) pelajar perempuan yang berada pada tahap cemerlang. 37.7% (markah minimum 1) berada pada tahap sangat lemah manakala .5% (101 orang) pelajar lelaki dan 52. deduksi. interpretasi dan penilaian hujah) yang bererti dalam kalangan pelajar Sains tingkatan empat merentas jantina. Walaupun terdapat dua buah sekolah yang mempunyai asrama. bagi pelajar lelaki.7).113 seperti kemanusiaan. namun sekolah ini bukanlah sekolah berasrama penuh dan tidak semua pelajar di sekolah yang terbabit dalam kajian penyelidik ini tinggal di asrama.0% (140 orang) pelajar perempuan berada pada tahap sederhana. Secara keseluruhannya 3.3. Jika dilihat Kemahiran Berfikir Kritis membuat inferens.4% (seorang) pelajar lelaki dan 0.7% (10 orang) pelajar lelaki dan 4. Oleh kerana penyelidik tidak membuat kajian terhadap pelajar di sekolah berasrama penuh. 1.7% (2 orang) pelajar perempuan berada pada tahap baik manakala 0.

3.4% (markah minimum 3) berada pada tahap sangat lemah manakala 0.3% (markah maksimum 9) berada pada tahap sederhana. Pola ini menunjukkan bahawa ada pelajar yang sangat lemah dan ada pelajar yang cemerlang dalam Kemahiran Berfikir Kritis. bagi pelajar lelaki. Bagi kemahiran membuat interpretasi pula. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh faktor semulajadi pelajar tersebut.7% (markah maksimum 11) berada pada tahap baik (Jadual 1.4% (markah minimum 3) berada pada tahap sangat lemah manakala 7.4% ( markah maksimum 16) berada pada tahap cemerlang.6% (markah maksimum 12) berada pada tahap baik. 20. Jika dilihat pada taburan di atas.4% (markah minimum 2) berada pada tahap sangat lemah manakala 12. 0. Bagi pelajar perempuan pula. bagi pelajar lelaki.7% ( markah maksimum 13) berada pada tahap cemerlang.2% (markah maksimum 16) berada pada tahap cemerlang. 0.114 0. Tiada . Bagi kemahiran penilaian hujah.5% (markah minimum 0) berada pada tahap sangat lemah manakala 6. Bagi pelajar perempuan pula.7% (markah minimum 0) berada pada tahap sangat lemah manakala 1. Bagi pelajar perempuan pula.4% pelajar pada tahap cemerlang). Bagi pelajar perempuan pula.5% ( markah maksimum 13) berada pada tahap cemerlang. bagi pelajar lelaki.7). 0. Bagi kemahiran mengusul periksa andaian. 0.8% pelajar pada tahap lemah dan 0. jurang perbezaan tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis pelajar adalah antara tahap sangat lemah dengan tahap baik. Bagi pelajar perempuan pula.1% ( markah maksimum 15) berada pada tahap cemerlang. 0. di dapati terdapat jurang antara tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis pelajar iaitu antara tahap sangat lemah dengan tahap cemerlang bagi kemahiran mengusul periksa andaian. Manakala bagi kemahiran membuat inferens.3% (markah minimum 4) berada pada tahap lemah manakala 8. deduksi. bagi pelajar lelaki.7% (markah minimum 0) berada pada tahap sangat lemah manakala 1. 4. Walau bagaimanapun peratusan golongan yang ekstrem ini amatlah kecil (7. interpretasi dan penilaian hujah. Bagi kemahiran membuat deduksi.1% (markah maksimum 15) berada pada tahap cemerlang. 0.1% (markah minimum 4) berada pada tahap lemah manakala 4.4% (markah maksimum 13) berada pada tahap cemerlang.7% (markah minimum 0) berada pada tahap sangat lemah manakala 0.

115 petunjuk menyatakan bahawa Kemahiran Berfikir Kritis pelajar lelaki lebih baik daripada pelajar perempuan atau sebaliknya. iaitu membuat inferens (lemah). namun perbezaan peratus ini amatlah kecil nilainya dan boleh dianggap tiada perbezaan dari segi penguasaan kemahiran penilaian hujah dalam kalangan pelajar Sains di antara pelajar lelaki dan perempuan. Dapatan kajian penyelidik menunjukkan tahap Kemahiran Berfikir Kritis merentas jantina di Daerah Kulai adalah seperti berikut. Ishak dan Savas (1998) dalam kajiannya terhadap pelajar sekolah mendapati bahawa Kemahiran Berfikir Kritis pelajar perempuan dan pelajar lelaki adalah sama. mengusul periksa andaian (baik). menengah atas dan peringkat kolej. mendapati pelajar perempuan kurang menggunakan kemahiran berfikir mereka apabila belajar. Adakah situasi ini benar dengan keadaan pelajar di Malaysia. Potter dan Rozman (2004). membuat deduksi (sederhana) dan membuat interpretasi (sederhana). Walau bagaimanapun pelajar perempuan mendapat markah minimum 0 dalam kemahiran membuat inferens sahaja iaitu satu daripada lima komponen Kemahiran Berfikir Kritis pelajar. Walaupun dapatan kajian Fatma. Oleh itu dapatlah dibuat kesimpulan bahawa tidak terdapat perbezaan yang bererti dalam kalangan pelajar Sains tingkatan empat merentas jantina. Ishak dan Savas (1998) sama dengan dengan penyelidik iaitu tiada perbezaan kemahiran berfikir antara pelajar lelaki dan perempuan . membuat interpretasi dan penilaian hujah iaitu empat daripada lima komponen Kemahiran Berfikir Kritis yang dikaji. Manakala pelajar lelaki mendapat markah minimum 0 bagi kemahiran membuat deduksi. Manakala tahap kemahiran membuat penilaian hujah bagi lelaki adalah sederhana manakala bagi pelajar perempuan adalah pada tahap baik. Kajian telah dijalankan di pelbagai peringkat iaitu menengah rendah. Fatma. Walaupun terdapat perbezaan tahap penguasaan dari segi peratusan iaitu sebanyak 3. Mengapa hal sedemikian berlaku? Adakah ini menunjukkan pelajar lelaki kurang menggunakan kemahiran berfikir mereka? Kajian Cavallo.1% di antara pelajar lelaki dan perempuan. Julat umur pelajar yang terlibat dalam kajian ini ialah antara 12 hingga 22 tahun.

manakala tahap penguasaan penilaian hujah bagi pelajar Cina dan India adalah pada tahap sederhana (Jadual 1. Walau bagaimanapun kajian ini sukar untuk dibuat perbandingan dengan kajian penyelidik kerana kajian McCool (2002) telah dijalankan ke atas pelajar di Kolej Komuniti Maple Woods. .7). Cina dan India. interpretasi dan penilaian hujah) yang bererti dalam kalangan pelajar Sains tingkatan empat merentas etnik.7). mengusul periksa andaian.116 namun perbandingan di antara pelajar peringkat menengah atas tidak dapat dilakukan kerana maklumat khusus tentang kelompok pelajar yang berada pada peringkat menengah ini tidak diberi.12% bagi pelajar perempuan.15.7). 5.12% bagi pelajar lelaki dan 63. McCool (2002) juga telah menggunakan alat kajian WGCTA-A. Kajian McCool (2002) mendapati tahap Kemahiran Berfikir Kritis merentas jantina berada pada tahap baik iaitu 67. Tahap penguasaan kemahiran mengusul periksa andaian adalah pada tahap baik (Jadual 1. Cina dan India adalah pada tahap lemah (Jadual 1.7).3. deduksi.7). Ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan tahap Kemahiran Berfikir Kritis antara pelajar Melayu. Jika dilihat tahap Kemahiran Berfikir Kritis merentas etnik bagi setiap komponen Kemahiran Berfikir Kritis. didapati bahawa tahap penguasaan kemahiran membuat inferens bagi pelajar Melayu. Walau bagaimanapun kajian mendapati tahap penguasaan penilaian hujah bagi pelajar Melayu adalah pada tahap baik (Jadual 1. iaitu peringkat umur yang berbeza dengan subjek kajian penyelidik iaitu pada tahap sekolah menengah (Julat umur 16 tahun hingga 17 tahun). Tahap penguasaan kemahiran membuat deduksi dan interpretasi adalah pada tahap sederhana (Jadual 1. berdasarkan Jadual 4.4 Penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis Merentas Etnik Dapatan analisis ANOVA penyelidik menunjukkan tidak terdapat perbezaan min Kemahiran Berfikir Kritis (inferens.

Julat markah maksimum dan minimum pelajar India (4 markah) adalah lebih kecil berbanding julat markah maksimum dan minimum pelajar Melayu (8 markah) dan pelajar Cina (8 markah).1% pelajar Cina. 3. 4. 41. 0. seorang (0. Beza tahap antara pelajar India hanyalah pada tahap lemah dengan tahap sangat lemah.3% pelajar Melayu dan 7. Oleh itu kursus penerangan dan penggunaan. Manakala 0. Memang tidak dapat dinafikan masih terdapat guru yang kurang menguasai kemahiran membuat inferens dengan baik di mana guruguru ini masih tidak dapat membezakan dengan jelas antara membuat inferens dengan membuat ramalan.7). Mengapakah hal yang sedemikian rupa berlaku? Antara kemungkinan yang boleh dibuat ialah guru-guru kurang menguasai kemahiran membuat inferens. Bagi kemahiran mengusul periksa andaian.7% pelajar Melayu dan 0.0%) pelajar Cina (markah minimum 4) dan 4 orang (1. atau bengkel pendedahan tentang komponen berfikir kritis membuat inferens ini perlu sering dilakukan di peringkat sekolah mahu pun di peringkat daerah dan negeri.4% Kemahiran Berfikir Kritis yang baik.7% pelajar Cina.3% pelajar Cina. manakala 8 orang (3. 2001).7% pelajar Melayu dan tiada (0.5%) pelajar .7% pelajar India berada pada tahap penguasaan Walau bagaimanapun hanya 0. Dapatan ini menunjukkan bahawa pelajar masih tidak dapat menguasai kemahiran membuat inferens dengan cemerlang kerana tahap penguasaan kemahiran membuat inferens yang terbaik hanyalah pada tahap baik (Jadual 1. Sebanyak 41.1% pelajar India berada pada tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis yang sederhana. Kegagalan guru untuk menguasai kemahiran berfikir membuat inferens ini menyebabkan kemahiran ini tidak dapat diterapkan kepada pelajar dengan baik (Rajendran. berbanding tahap baik dengan tahap sangat lemah bagi pelajar Melayu dan Cina.0%) pelajar India berada pada tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis yang lemah.4%) pelajar Melayu berada pada tahap sangat lemah (markah minimum 3).117 Dalam kemahiran membuat inferens.7) sahaja. pelajar Cina yang berada pada tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis yang cemerlang (Jadual 1.

118 India (markah minimum 6) berada pada tahap penguasaan kemahiran berfikir yang lemah. Sebanyak 1. Sebanyak 1.7). Pelajar Melayu berada pada tahap penguasaan kemahiran berfikir di antara tahap cemerlang dengan tahap lemah manakala pelajar Cina berada pada tahap penguasaan di antara tahap cemerlang dengan tahap sangat lemah. Manakala hanya 0. 8. Dapat dilihat di sini bahawa julat markah maksimum dan minimum pelajar India (8 markah) adalah lebih kecil berbanding julat markah pelajar Melayu (12 markah) dan julat markah pelajar Cina (12 markah).7).1% pelajar Cina (markah minimum 0) yang berada pada tahap sangat lemah (Jadual 1.7% pelajar Melayu (markah maksimum 15) .1% pelajar Cina (markah maksimum 16) dan 1. Bagi kemahiran membuat interpretasi.7). 11.2% pelajar Melayu (markah minimum 4) berada pada tahap lemah manakala 1.9% pelajar India (markah minimum 5) berada pada tahap lemah (Jadual 1.4% pelajar Melayu (markah maksimum 13) dan 0.1% pelajar India (markah maksimum11) berada pada tahap baik.4% pelajar Melayu (markah maksimum 13) .7) bagi penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis membuat deduksi. sebanyak 1.0%) pelajar India dan Cina yang berada pada tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis yang sangat lemah (Jadual 1.4% pelajar Melayu (markah minimum 4) dan 1.4% pelajar Melayu dan tiada (0.5% pelajar India (markah minimum 4) berada pada tahap lemah (Jadual 1. sebanyak 1.7).5% pelajar India (markah maksimum 14) berada pada tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis yang cemerlang (Jadual 1.4% pelajar Cina (markah maksimum 13) yang mempunyai tahap cemerlang (Jadual 1.7). Hanya sebanyak 0.1% pelajar Cina (markah minimum 0) berada pada tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis yang sangat lemah (Jadual 1. Sementara itu 6. Bagi kemahiran membuat deduksi. manakala 7.5% pelajar Cina (markah maksimum 13) berada pada tahap cemerlang.7). Secara keseluruhannya sebanyak 0.

Ianya mungkin menunjukkan bahawa sistem pendidikan di Malaysia boleh menghasilkan individu yang mempunyai kemahiran berfikir yang hampir sama. Oleh itu para pendidik perlu meningkatkan lagi usaha dengan mempelbagaikan kaedah P&P yang melibatkan Kemahiran Berfikir Kritis seperti inkuiri penemuan dan .2% pelajar Melayu (markah minimum 5). 0. 0. manakala 2.7). membuat deduksi. dapatlah dilihat bahawa tidak ada perbezaan tahap Kemahiran Berfikir Kritis antara pelajar Melayu. Berdasarkan dapatan kajian ini. 2. Jika dilihat kepada taburan di atas. Walaupun demikian kita juga melihat terdapat pelajar Cina yang mendapat markah penuh dalam kemahiran mengusul periksa andaian. Namun situasi ini juga merupakan sesuatu yang merbahaya kepada perkembangan kemahiran berikir kritis pelajar jika tahap Kemahiran Berfikir Kritis pelajar-pelajar tidak dapat di pertingkatkan sepenuhnya.119 berada tahap cemerlang manakala 1.7% pelajar Cina (markah minimum 0) berada pada tahap sangat lemah (Jadual 1.2% pelajar Cina (markah maksimum 15) dan 0.9% pelajar India (markah maksimum 12) berada pada tahap baik. Cina dan India. membuat interpretasi dan penilaian hujah iaitu empat daripada lima komponen Kemahiran Berfikir Kritis yang dikaji.6% pelajar Melayu (markah maksimum 15). 2003) namun tidak boleh dinafikan ada segelintir individu yang mungkin menghadapi masalah untuk memahami semua soalan yang diberikan. Bagi kemahiran penilaian hujah.7). Apakah yang menyebabkan keputusan yang sedemikian rupa? Adakah masalah bahasa merupakan punca kegagalan pelajar Cina untuk menjawab soalan yang diberikan? Adakah pelajar bukan Melayu kurang fasih untuk menjawab soalan dalam bahasa Melayu? Walaupun alat kajian mempunyai kesahan isi yang tinggi (Sabaria. ianya menunjukkan pelajar Cina mendapat markah minimum 0 dalam kemahiran membuat inferens.7% pelajar India (markah minimum 6) Sebanyak 2. berada pada tahap lemah.4% pelajar India (markah maksimum 15) berada pada tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis yang cemerlang (Jadual 1. Adakah sistem pendidikan yang sama mungkin merupakan penyebab utama mengapa keadaan ini berlaku di Malaysia.

Dalam kajian ini. penyelidik mendapati bahawa tahap Kemahiran Berfikir Kritis dalam kalangan pelajar tingkatan empat Sains merentas etnik adalah sama iaitu pada tahap sederhana (50. Masten dan Huang(1999) menggunakan alat kajian yang sama iaitu WGCTA yang mengandungi kelima-lima komponen Kemahiran Berfikir Kritis iaitu membuat inferens. Walaupun kajian Godzella. Masten dan Huang(1999) menunjukkan etnik Caucasian mempunyai tahap Kemahiran Berfikir Kritis yang lebih tinggi berbanding etnik African. mengusul periksa andaian.41%) (Jadual4. Kemahiran Berfikir Kritis etnik Caucasian dan etnik African secara keseluruhannya adalah pada tahap baik (61. Dapatan Godzella. membuat interpretasi dan penilaian hujah namun julat umur yang berbeza menyebabkan perbandingan tidak dapat dijalankan dengan tepat. Masten dan Huang(1999) di salah sebuah universiti di bahagian barat daya Amerika Syarikat ke atas dua kumpulan etnik iaitu orang kulit putih (Caucasian) dan orang kulit hitam (African-American) boleh dibincangkan secara umum kerana kajian Godzella.90%) (Jadual 1.7).95%) (Jadual 1. Masten dan Huang(1999) agak sukar untuk dibandingkan dengan kajian penyelidik kerana julat umur yang berbeza. .7) bagi etnik Caucasian dan manakala bagi etnik African adalah pada tahap sederhana (53.1). Dapatan kajian Godzella. Berdasarkan dapatan kajian.120 konstuktivisme untuk memperbaiki tahap Kemahiran Berfikir Kritis pelajar merentas etnik di Malaysia bagi melahirkan warga negara yang cemerlang dalam tahap pemikiran kritis mereka. membuat deduksi.

inovatif serta menjadi penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi pada masa hadapan (Pusat Perkembangan Kurikulum. serta untuk membolehkan pelajar mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran berfikir secara kritis dalam menyelesaikan masalah. berketerampilan serta dapat memberikan sumbangan terhadap pembangunan negara. Bagi melahirkan warganegara yang boleh berfikir secara kritis.121 5. yakni masyarakat yang mempunyai daya perubahan yang tinggi. Usaha ini amatlah penting dalam menjayakan hasrat negara untuk melangkah menuju ke arah negara maju yang memerlukan masyarakat yang saintifik dan progresif serta berilmu. tangkas dan mempunyai daya ketahanan dalam menghadapi persaingan dari negara-negara maju yang lain(Mahathir. Ini membuktikan kepentingan kemahiran berfikir dalam menuju negara maju. Objektif kurikulum Fizik ketiga dan keempat yang bertujuan untuk membolehkan pelajar menguasai kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. bersifat dinamis. membuat keputusan dan mengkonsepsi menunjukkan kesungguhan kerajaan menerapkan dan meningkatkan kemahiran berfikir warganegaranya. 2001). Falsafah Pendidikan Negara (FPN) juga telah memberikan penekanan secara berterusan terhadap pembentukan warganegara yang berilmu pengetahuan.1991). Selaras dengan matlamat FPN. memandang jauh ke hadapan. kurikulum Sains KBSM yang disemak semula juga telah memberikan penegasan terhadap kepentingan kemahiran berfikir di peringkat sekolah menengah (Pusat Perkembangan Kurikulum. Apalah maknanya sebuah negara maju sekiranya . Pembangunan Modal Insan yang ditekankan dalam Rancangan Malaysia kesembilan (RMK-9) juga menunjukkan keperhatinan pihak kerajaan untuk membentuk warganegara yang boleh berfikir secara kritis. 2001).4 Implikasi Kajian Wawasan 2020 yang hanya tinggal 13 tahun sahaja lagi memerlukan warganegara yang mempunyai daya pemikiran tinggi yang boleh berdaya cipta serta mampu bersaing.

Tahap penguasaan kemahiran berfikir yang sederhana ini masih belum dapat memenuhi hasrat negara untuk melahirkan pelajar seperti mana yang diharapkan oleh kerajaan lagi. Bagaimanakah keadaan sebuah negara maju yang mempunyai warganegara pada tahap kemahiran berfikir yang lemah? Sudah tentu negara tidak dapat berkembang dengan baik seterusnya tidak akan mampu menyaingi negara maju yang mempunyai warganegara yang mempunyai tahap kemahiran berfikir yang baik. Ini menunjukkan seolah-olah tiada pendedahan tentang kemahiran berfikir tersebut di peringkat menengah rendah. Justeru. Pernyataan ini disokong oleh dapatan penyelidik di mana hanya 0. Tahap kemahiran berfikir yang sederhana ini boleh membantutkan serta menghalang usaha negara ke arah negara maju menjelang 2020 jika tiada usaha dijalankan bagi mengatasi masalah ini.4% pelajar aliran sains tingkatan empat yang berpencapaian A bagi Sains PMR mempunyai Kemahiran Berfikir Kritis berada pada tahap cemerlang (Jadual 1. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pencapaian Sains PMR yang cemerlang tidak menunjukkan bahawa pelajar tersebut mempunyai tahap Kemahiran Berfikir Kritis yang baik. jika adapun mungkin pada tahap yang minimum. Ini menunjukkan bahawa penekanan terhadap kemahiran berfikir pada peringkat menengah rendah amatlah rendah atau mungkin tiada langsung penekanan terhadap Kemahiran Berfikir Kritis. Ini dapat dibuktikan dengan melihat penekanan guru terhadap penggunaan modul-modul latihan atau buku-buku kerja yang memerlukan pelajar membuat latih-tubi bagi menguasai sesuatu .7). Dapatan ini menunjukkan bahawa pendidikan di sekolah menengah masih kurang berhasil bagi melahirkan pelajar yang baik tahap Kemahiran Berfikir Kritisnya. Hasil kajian secara keseluruhannya menunjukkan tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis pelajar adalah pada tahap sederhana. penekanan terhadap Kemahiran Berfikir Kritis pelajar perlu dipertingkatkan serta diperkembangkan sepenuhnya di peringkat sekolah bagi menghasilkan warganegara yang berfikiran kritis serta mampu menyelesaikan masalah yang bakal dihadapi di masa depan.122 warganegaranya tidak dapat berfikir secara kritis dengan baik.

dan dikendalikan dengan . Oleh itu usaha perlu dipertingkatkan agar kemahiran berfikir kritis ini dapat diterapkan kepada pelajar semasa peringkat menengah rendah lagi agar kemahiran ini dapat berkembang apabila pelajar ini melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. kursus-kursus yang dikendalikan untuk menyediakan guru-guru menerapkan kemahiran berfikir perlu dirancang dengan teliti serta mengambil kira dapatan kajian. Situasi ini boleh membantutkan usaha penerapan Kemahiran Berfikir Krtis pelajar kerana gurulah yang perlu memainkan peranan penting dalam hal ini. Ketidak upayaan pelajar untuk menjawab soalan Kemahiran Berfikir Kritis pada peringkat tinggi akan menghalang perkembangan minda secara optimum untuk melahirkan warga negara yang cekap dan mampu berfikir serta bertindak dengan baik sama ada secara individu ataupun secara kumpulan. Jika situasi ini dibiarkan berlarutan dibimbangkan Kemahiran Berfikir Kritis pelajar tidak akan dapat berkembang dengan sempurna seterusnya tidak dapat melahirkan warga negara yang mempunyai pemikiran yang progresif bagi membangunkan negara ke arah negara maju. kemahiran pedagogi dan sikap yang positif terhadap pengajaran kemahiran berfikir. secara tidak langsung ianya akan menjejaskan proses kemahiran berfikir pada peringkat yang lebih tinggi. Guru-guru perlulah lebih bersedia untuk menerapkan kemahiran berfikir kritis ini terhadap pelajar mereka semasa mereka di peringkat menengah rendah lagi. mendapati guru-guru kurang bersedia untuk menerapkan kemahiran berfikir kepada pelajar-pelajar mereka. Di samping itu. Kajian oleh Rajendran (2001).123 konsep sains. Oleh itu pelajar menguasai sesuatu konsep menerusi cara menghafal atau latihan sahaja. Dalam konteks ini. Pelajar-pelajar ini mungkin akan menghadapi masalah untuk menguasai pembelajaran yang memerlukan Kemahiran Berfikir Kritis pada peringkat yang lebih tinggi sekiranya mereka melanjutkan pelajaran. Oleh itu guru-guru perlu menguasai ilmu pengetahuan. Guru-guru perlulah diberikan kursus-kursus pedagogi kemahiran berfikir agar mereka lebih bersedia untuk menerapkan kemahiran berfikir dalam bilik darjah. Situasi ini menunjukkan P&P pada peringkat menengah rendah ini masih kurang menyumbang ke arah perkembangan dan peningkatan Kemahiran Berfikir Kritis pelajar.

dan wacana bagi untuk guru-guru membincangkan isu-isu berkaitan P&P kemahiran berfikir. kedudukan kawasan tempat tinggal. Pihak sekolah juga perlu membuat pemantauan bagi memastikan pengajaran kemahiran berfikir ini dilaksanakan dengan betul di dalam bilik darjah. taraf hidup. Oleh itu bagi kumpulan ini. Dalam hal ini. bahan berbentuk cetakan untuk mengendalikan P&P. pelajar yang tergolong dalam golongan keluarga yang mempunyai pendapatan yang tinggi mungkin merupakan pelajar yang sememangnya mempunyai Kemahiran Berfikir Kritis yang tinggi. kemahiran serta sikap yang positif untuk menerapkan kemahiran berfikir kepada para pelajar. mencuba. guru-guru perlu diberikan sistem sokongan (support system) untuk melaksanakan segala yang dipelajari semasa kursus ini di bilik darjah masing-masing sekembalinya mereka ke sekolah. Guru-guru juga perlulah diberikan kebebasan untuk melaksanakan P&P kemahiran berfikir mengikut strategi mereka sendiri. tahap pendidikan ibu bapa. ekonomi keluarga dan faktorfaktor persekitaran yang lain. menilai dan belajar daripada pengalaman sendiri menerapkan kemahiran berfikir melalui mata pelajaran yang diajar. Satu daripada aspek yang perlu diberi perhatian dalam pengendalian kursus-kursus ini ialah perlu ada sesi ‘hands-on’ yang cukup bagi guru-guru merancang.(2001). Peratusan penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis pelajar pada tahap cemerlang (0. mungkin tiada sumbangan dari proses P&P yang berjalan di dalam bilik darjah yang berupaya untuk meningkatkan tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis pelajar.124 cara yang profesional supaya kursus-kursus ini meninggalkan kesan yang positif dan berkesan dalam kalangan guru. Tempoh kursus yang dikendalikan perlu diteliti agar guru-guru mendapat ilmu pengetahuan. Mengikut kajian yang telah dijalankan oleh Cheung et al. Bagi golongan yang mempunyai tahap . Sistem sokongan ini perlu meliputi aspek-aspek seperti bahan rujukan.4%) yang kecil mungkin disebabkan oleh faktor-faktor semulajadi seperti latar belakang keluarga.

Pelajar masih keliru untuk membuat inferens di mana pelajar masih tidak dapat membezakan sama ada sesuatu pernyataan itu benar.125 penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis yang sangat lemah juga mungkin tidak mendapat manfaat dari proses P&P yang berjalan di dalam bilik darjah. Memang tidak dinafikan bahawa guru-guru juga mengalami masalah untuk membuat inferens. Di antara kemungkinan terjadinya hal sedemikian itu ialah pelajar kurang mahir membuat inferens. Di antara contoh yang dapat dilihat ialah guru masih keliru dan kurang mahir untuk membezakan antara kemahiran membuat inferens dengan kemahiran membuat ramalan. Kelemahan kemahiran berfikir ini mungkin berpunca daripada guru yang kurang mahir untuk membuat inferens. Bimbingan dari pihak sekolah dan jabatan pendidikan secara berkala perlu diberikan . 2003). Oleh itu usaha untuk meningkatkan kefahaman guru tentang Kemahiran Berfikir Kritis ini perlu dilaksanakan dengan memberikan kursus-kursus tentang cara-cara untuk membuat inferens serta kemahirankemahiran berfikir yang lain. Oleh itu penerapan kemahiran membuat inferens terhadap pelajar tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan. Walaupun ujian yang diberikan kepada pelajar adalah berbentuk ujian objektif. Guru perlu faham dan menguasai sepenuhnya kemahiran berfikir ini supaya proses P&P berjalan dengan lancar. tidak cukup maklumat. Guru perlu mengubah cara pengajaran mereka dengan menggunakan kaedah pengajaran yang melibatkan kemahiran berfikir seperti inkuiri penemuan. mungkin palsu atau palsu. konstruktivisme dan pembelajaran berasaskan masalah bagi meningkatkan Kemahiran Berfikir Kritis pelajar. Oleh itu guru-guru perlu bersedia untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran bagi menyesuaikan situasi pembelajaran dengan situasi pelajar itu sendiri. namun pencapaian pelajar bagi aspek kemahiran membuat inferens adalah kurang memuaskan. Tahap penguasaan kemahiran membuat inferens pada tahap lemah menunjukkan bahawa pelajar masih belum menguasai Kemahiran Berfikir Kritis membuat inferens. Pendekatan pembelajaran secara aktif ini telah terbukti keberkesanannya bagi meningkatkan kemahiran berfikir pelajar (Sabaria.

Pemantauan ini dicadangkan agar kelemahan guru dapat diatasi serta bimbingan dapat diberikan dengan segera dan berkesan. Keadaan ini mungkin berlaku disebabkan kurangnya keberkesanan pengajaran Kemahiran Berfikir Kritis yang dilakukan oleh guru-guru semasa proses P&P dijalankan di dalam bilik darjah. Pelajar masih kurang didedahkan kepada pengajaran yang boleh meningkatkan kemahiran berfikir mereka seterusnya belum mampu untuk membentuk satu budaya yang menggunakan kemahiran berfikir semasa proses P&P. Pemantauan berkala dari pihak sekolah dan jabatan pendidikan terhadap proses P&P di dalam bilik darjah perlu dipertingkatkan bagi menangani masalah ini. 2004) walaupun mereka mengetahui tentang kepentingan Kemahiran Berfikir Kritis ini.C dan D dari segi tahap Kemahiran Berfikir Kritisnya. Hasil kajian menunjukkan bahawa pencapaian Sains PMR pelajar tidak menggambarkan tahap Kemahiran Berfikir Kritis pelajar. Oleh itu disarankan agar guru-guru diberikan kursus pedagogi tentang cara untuk menerapkan kemahiran berfikir dalam proses P&P bagi meningkatkan keyakinan guru untuk melaksanakan pengajaran berasaskan kemahiran berfikir dalam bilik darjah.126 kepada guru-guru bagi memastikan kemahiran berfikir dilaksanakan di dalam bilik darjah. Namun dapatan yang diperolehi menunjukkan pelajar berpencapaian A sama taraf dengan pelajar berpencapaian B. . C dan D. Pelajar berpencapaian A dalam Sains PMR sepatutnya mempunyai tahap Kemahiran Berfikir Kritis pada tahap cemerlang. Pelajar berpencapaian A juga mempunyai tahap lemah dalam kemahiran membuat inferens sama seperti pelajar berpencapaian B. Guru-guru kurang mahir dan kurang yakin untuk melaksanakan proses P&P yang melibatkan kemahiran berfikir pelajar (Hayati.

Oleh itu sewajarnyalah perhatian diberikan kritis ini terhadap perkembangan dan pembanguan kemahiran berikir dalam kalangan pelajar yang menjadi aset terpenting negara di masa depan. Pelajar perlu diberi peluang untuk membina kefahaman konsep sains itu sendiri dengan menjalankan aktivitiaktiviti berbentuk amali. Berdasarkan hasil kajian ini. 2001). guru-guru dicadangkan menggunakan pendekatan inkuiri penemuan seperti mana yang ditekankan dalam Kurikulum Sains. Guru juga berkemungkinan dapat pempertingkatkan Kemahiran Berfikir Kritis secara individu dengan lebih baik di dalam kelas yang mempunyai bilangan pelajar yang sedikit. Berdasarkan keputusan kajian. Disamping itu guru juga perlu membimbing pelajar untuk mendapatkan sesuatu konsep sains yang dikehendaki bagi mengelakkan salah tanggap konsep sains tersebut.127 5. Selain itu. i Dapatan kajian pertama menunjukkan bahawa tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis pelajar Sains tingkatan empat di Daerah Kulai secara keseluruhannya adalah pada tahap sederhana. . pihak sekolah juga disarankan untuk mewujudkan kelas yang mempunyai bilangan pelajar yang sedikit kerana kelas yang kecil bilangan pelajarnya didapati mempunyai tahap pemikiran kritis yang lebih tinggi berbanding kelas yang mempunyai bilangan pelajar yang ramai (Edington dan Gardener. masyarakat dan kerjaya di masa hadapan.5 Cadangan Pemikiran kritis merupakan asas kepada penyesuaian seseorang terhadap kehendak peribadi. Kelas yang kecil bilangan pelajarnya membolehkan guru mengendalikan kelas dengan lebih terkawal. Guru-guru boleh membantu pelajar memahami Kemahiran Berfikir Kritis ini dengan menyediakan lembaran aktiviti untuk dilaksanakan oleh pelajar. cadangan-cadangan berikut dikemukakan bagi meningkatkan penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis pelajar.

Dengan itu kemahiran berfikir boleh diajarkan kepada pelajar sama ada secara terpisah (sesuatu kemahiran berfikir disampaikan secara bersendiri tanpa diajarkan bersama-sama dengan kandungan mata pelajaran). secara penyebatian separuh (kemahiran berfikir disepadukan secara menyeluruh dalam setiap langkah pengajaran yang dikenal pasti) atau secara penyebatian separa (strategi pengajaran yang menyepadukan sebahagian daripada unsur-unsur kemahiran berfikir dalam langkahlangkah pengajaran yang sesuai).2002). interpretasi deduksi dan penilaian hujah. Dengan pengurangan isi kandungan pelajaran. mengusul periksa andaian. ii. Ini menunjukkan bahawa tiada hubungan yang bererti antara tahap Kemahiran Berfikir Kritis dengan pencapaian Sains PMR. Walau bagaimanapun hubungan ini tidak bererti dari segi statistik. Pihak kementerian pelajaran bahagian buku teks juga disarankan agar dapat menerbitkan buku teks yang mengandungi aspek Kemahiran Berfikir Kritis tahap yang lebih tinggi bagi menyediakan pelajar untuk meneruskan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi kerana buku teks yang terdapat pada masa kini banyak mengandungi aspek kemahiran berfikir pada tahap rendah seperti menciri dan menjana idea (Ambrose. Oleh itu dicadangkan agar guru-guru menerapkan kefahaman tentang Kemahiran Berfikir Kritis ini kepada pelajar dengan jelas. guru-guru tidak perlu tergesa-gesa untuk menghabiskan sukatan pelajaran. Dapatan kajian kedua menunjukkan terdapat hubungan positif yang amat rendah di antara Kemahiran Berfikir Kritis pelajar dengan pencapaian Sains PMR. 2005). Seterusnya guru-guru perlu menggunakan kemahiran-kemahiran berfikir kritis ini di dalam proses P&P dengan memberikan contoh-contoh atau aplikasi .128 Pihak kementerian pelajaran juga perlu melaksanakan penyemakan kurikulum bagi memastikan tidak terlalu banyak bahan atau topik pelajaran yang perlu dipelajari oleh pelajar (Koh. Guru perlu memberikan makna bagi setiap kemahiran berfikir yang ingin dikuasai seperti membuat inferens.

mengusul periksa andaian. Guru dicadangkan menjalankan aktiviti yang melibatkan Kemahiran Berfikir Kritis pelajar seperti memberikan soalan yang lebih menjurus kepada kemahiran berfikir pelajar serta mengikut tahap pencapaian pelajar. mengusul periksa andaian. Guru perlu memastikan bahawa pelajar yang berpencapaian tinggi (A). vi. Dapatan kajian ketiga hingga ketujuh melalui analisis ANOVA satu hala secara keseluruhannya menunjukkan tidak terdapat perbezaan min Kemahiran Berfikir Kritis (inferens. deduksi. Dapatan kajian kelapan hingga kedua belas melalui analisis ANOVA satu hala secara keseluruhannya menunjukkan tidak terdapat perbezaan min Kemahiran Berfikir Kritis (inferens.129 dalam kehidupan pelajar supaya mudah difahami dan diikuti oleh pelajar. Ini menunjukkan tiada perbezaan tahap Kemahiran Berfikir Kritis di antara pelajar berpencapaian A dengan pelajar berpencapaian D. deduksi. interpretasi dan penilaian hujah) yang bererti dalam kalangan pelajar Sains tingkatan empat merentas pencapaian Sains PMR. mempunyai Kemahiran Berfikir Kritis yang tinggi. Kajian Cavallo. interpretasi dan penilaian hujah) yang bererti dalam kalangan pelajar Sains tingkatan empat merentas jantina. Pengujian yang menjurus kepada kemahiran berfikir ini akan menggalakkan guru-guru dan pelajar agar lebih mengambil perhatian terhadap kemahiran berfikir semasa proses P&P. Rozman dan Potter (2004) mendapati diakhir penyelidikan beliau . Oleh itu guru perlu mengenal pasti apakah punca berlakunya dapatan sedemikian rupa. Walau bagaimanapun sebenarnya masih wujud perbezaan antara pelajar lelaki dan perempuan dalam Kemahiran Berfikir Kritis ini. Soalan Sains PMR juga dicadangkan agar lebih menjurus kepada kemahiran berfikir supaya kemahiran berfikir pelajar dapat diuji melalui soalan tersebut. vii.

mengusul periksa andaian. guru perlu menilai tahap kemahiran berfikir pelajar bagi memastikan sama ada terdapat perubahan positif dalam P&P atau tidak. Walaupun secara statistik tidak terdapat perbezaan kemahiran berfikir merentas etnik. Setelah selesai sesuatu aktiviti tersebut. . boleh gunakan cikgu atau dalam bahasa mereka sendiri) dan senang difahami memandangkan pelajar Cina mungkin mengalami masalah untuk memahami struktur ayat bahasa Melayu pada aras kompleks. Dapatan kajian ketiga belas hingga ketujuh belas melalui analisis ANOVA satu hala secara keseluruhannya menunjukkan tidak terdapat perbezaan min Kemahiran Berfikir Kritis (inferens. Dengan melakukan aktiviti inkuiri penemuan pelajar akan menggunakan kemahiran berfikir mereka untuk memahami sesuatu konsep atau penyelesaian masalah. Guru boleh membahagikan pelajar-pelajar kepada beberapa kumpulan kecil.1% pelajar Cina mengalami masalah untuk menjawab dengan baik kemahiran membuat deduksi. Oleh itu pelajar perempuan lebih cenderung untuk melakukan salah tanggap terhadap konsep-konsep sains yang dipelajari mereka.130 kebanyakan pelajar perempuan mempelajari sesuatu konsep sains dengan cara mengingat bukan dengan cara penaakulan. deduksi. interpretasi dan penilaian hujah) yang bererti dalam kalangan pelajar Sains tingkatan empat merentas etnik. Guru perlu membimbing pelajar sekiranya Kemahiran Berfikir Kritis itu masih belum dikuasai oleh pelajar tersebut. Oleh itu dicadangkan agar guru-guru memberikan peluang kepada semua pelajar untuk mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Kritis ini di dalam bilik darjah bagi memastikan tiada berlaku salah konsep semasa proses P&P. seterusnya membuat aktiviti inkuiri penemuan secara kumpulan. viii. Di sini dicadangkan agar guru-guru dapat mempelbagaikan penggunaan bahasa yang mudah (iaitu dengan menggunakan perkataan yang berbeza untuk menerangkan tentang sesuatu objek seperti perkataan guru. namun 1.

Sehubungan itu dicadangkan agar kajian juga dijalankan terhadap pelajar aliran sastera untuk melihat tahap Kemahiran Berfikir Kritis pelajar secara . ii) Kajian yang dilakukan oleh penyelidik hanya melibatkan pelajar-pelajar tingkatan empat aliran Sains sahaja. terdapat beberapa kajian lain yang mungkin boleh dicadangkan untuk dilakukan pada masa akan datang bagi menambahkan bilangan kajian yang berkaitan tahap Kemahiran Berfikir Kritis pelajar di Malaysia. Oleh itu dapatan kajian tidak mencerminkan pelajar-pelajar tingkatan empat aliran Sains di Malaysia secara keseluruhannya. Berdasarkan dapatan kajian penyelidik. Kebanyakkan sorotan kajian berkaitan Kemahiran Berfikir Kritis yang ditemui di Malayisia tidak membincangkan tahap Kemahiran Berfikir Kritis pelajar secara terperinci. Oleh itu dicadangkan supaya kajian yang serupa dijalankan dengan melibatkan lebih ramai pelajar.6 Cadangan Penyelidikan Masa Depan Penyelidik mendapati penulisan ilmiah kajian yang yang berkaitan tahap Kemahiran Berfikir Kritis pelajar di Malaysia amat sukar untuk diperolehi pada masa kini. Oleh itu penyelidik menghadapi kesukaran untuk membuat perbandingan dan perbincangan tentang tahap Kemahiran Berfikir Kritis pelajar di Malaysia.131 5. Antara beberapa kajian lanjutan yang mungkin boleh dilakukan pada masa depan adalah seperti berikut: i) Kajian yang dilakukan oleh penyelidik hanya melibatkan pelajar-pelajar tingkatan empat aliran Sains di Daerah Kulai sahaja. Kajian juga boleh dijalankan di daerah-daerah yang lain di Negeri Johor bagi mengenal pasti tahap Kemahiran Berfikir Kritis pelajar di daerah lain untuk mendapatkan pola keseluruhan tentang tahap Kemahiran Berfikir Kritis pelajar di Negeri Johor ini seterusnya di Malaysia. Oleh itu dapatan kajian tidak mencerminkan keseluruhan pelajar tingkatan empat di Daerah Kulai.

Penyelidik mencadangkan agar kajian menggunakan alat kajian seperti CCTT ataupun WGCTA-S yang lebih ringkas boleh dilaksanakan bagi mengukur tahap Kemahiran Berfikir Kritis pelajar. Penyelidik mencadangkan agar diadakan ujian sebelum dan selepas pengajaran bagi melihat perbezaan tahap Kemahiran Berfikir Kritis pelajar sebelum dan selepas mengalami pembelajaran secara aktif.132 lebih meluas. Dengan cara ini perbandingan serta petunjuk kemahiran berfikir kritis yang lebih tepat serta menjurus kepada mata pelajaran Sains atau Fizik dapat dijalankan dan dilihat dengan lebih jelas. iv) Alat kajian yang digunakan oleh penyelidik adalah berbentuk umum. Oleh itu dicadangkan agar dijalankan kajian yang menggunakan alat kajian yang mengukur tahap Kemahiran Berfikir Kritis yang berkaitan dengan Sains atau Fizik pada masa akan datang. Manakala satu . satu kumpulan didedahkan dengan pengajaran secara aktif seperti inkuiri penemuan dan pembelajaran berasaskan masalah. Dua kumpulan pelajar dipilih. iii) Kajian penyelidik menggunakan alat kajian WGCTA bentuk A. Dengan itu guru dapat membuat gambaran sebenar tentang tahap Kemahiran Berfikir Kritis pelajar tingkatan empat di Daerah Kulai. Item yang banyak dengan masa yang agak panjang mungkin menyukarkan pelajar-pelajar tingkatan empat yang dikaji. iv) Dalam kajian ini penyelidik hanya menjalankan kajian secara tinjauan. Oleh itu penyelidik mencadangkan agar kajian dijalankan dengan menggunakan ujian yang berbeza untuk mengenal pasti Kemahiran Berfikir Kritis. Alat kajian ini mempunyai 80 soalan yang perlu dijawab oleh pelajar dalam masa satu jam. Oleh itu penyelidik mencadangkan agar kajian dijalankan dengan membuat perbandingan tahap kemahiran berfikir pelajar kawalan dengan pelajar bukan kawalan menggunakan modul pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan pembelajaran secara aktif.

v) Kajian tentang faktor-faktor latar belakang keluarga.133 kumpulan lagi diajar menggunakan kaedah pembelajaran biasa yang diajar secara tradisional. . Dengan itu kita boleh melihat adakah terdapat peningkatan Kemahiran Berfikir Kritis yang diperolehi dengan menggunakan kaedah pembelajaran secara aktif. tahap pendidikan ibu bapa dan pendapatan ibu bapa juga boleh dilakukan bagi mengenal pasti apakah faktor-faktor yang mempengaruhi tahap Kemahiran Berfikir Kritis pelajar di Malaysia.

7 Rumusan Dalam bab ini penyelidik telah membincangkan hasil dapatan kajian dengan lebih terperinci dan telah membuat ringkasan. . perbincangan. implikasi kajian. cadangan kajian masa depan dan rumusan. kesimpulan kajian. guru-guru serta pihak yang berkenaan untuk mengatasi kelemahan yang telah dikenal pasti. Cadangan yang telah diberikan oleh penyelidik diharap dapat digunakan untuk mengatasi kelemahan tersebut. Maklumatmaklumat yang diperolehi ini diharap dapat memberi idea khususnya kepada penyelidik. cadangan untuk mengatasi kelemahan yang telah dikenal pasti. Semoga sumbangan kecil penyelidik ini dapat membantu meningkatkan Kemahiran Berfikir Kritis pelajar seterusnya membantu sistem pendidikan negara bagi membentuk warganegara yang berketerampilan. berkemahiran.134 5. gemilang dan terbilang. berfikiran kritis dan kreatif dan seterusnya menjadi warga yang cemerlang.

Universiti Teknologi Malaysia. Kemahiran Saintifik. (2005). Kuala Lumpur. Universiti Teknologi Malaysia. Tidak diterbitkan Ainon Mohd dan Abdullah Hassan (2005). Kursus Berfikir Tinggi. Cheras. Azizi et al. Abu Ani Shawal (2004). Tesis Sarjana. Ambrose. Pemikiran Kritikal. Azizi Yahaya. M. PTS Professional. Shah Alam. Utusan Publications dan Distributors Sdn Bhd. Ainon Mohd dan Abdullah Hassan (1995). Shah Alam. Hubungan Antara Gaya Kognitif. Skudai. Dan Pencapaian Fizik Di Kalangan Murid-murid Tingkatan Empat. Aplikasi Kognitif Dalam Pendidikan. Kemahiran Berfikir Secara Kitis Dan Kreatif (KBKK) Dalam Buku Teks Kimia Tingkatan Empat KBSM: Analisis Kandungan. Tesis Sarjana. ( 2005). PTS Consultants Sdn. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia Psikologi . Berfikir Secara Logik dan Kritis : Panduan Meningkatkan Ketajaman Analisis Dan Membuat Keputusan. Bhd. Skudai. Kognitif. Noordin Yahaya dan Zurihanmi Zakariya (2005).135 RUJUKAN Abd Rahim Abd Rashid (1999). Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Kemahiran Berfikir Merentasi Kurikulum.S.

et al. dan Bart.. C. 105(3): 288-293. A. L.. M. Gender Differences in Learning Constructs. (1998). et al. California Academic Pre : 1-14. Critical Thinking Among University Students: Does The Family Background Matter? College Student Journal.136 Cavallo. Belief Bias. A. Unpublished. J. Y.M (2001).M. The “California Critical Thinking Test” and The National League for Nursing Accreditation Requirement in Critical Thinking. Facione. Chua.C.(2001). Ishak. (2004).S. Unpublished. .A. The Relationship Of School Size To Scores In The Cognitive Domain From The Montana Testing Service Examination. W. dan Savas. Shifts in Learning Constructs.P. dan Facione. Serdang : Universiti Putra Malaysia Press.(2001).(1994).D. A.N. dan Potter. O.R. Predictors Of Success On Texas State Certification Tests For Secondary Teaching. Epistemological assumptions.H. Parental Attitude and Critical Thinking Ability in Adolescents. College Student Journal. dan Gardener. Fatma. 35(4): 577-598. Education.A. And the Minnesota Test Of Critical Thinking. Edman. Creative and Critical Thinking Styles. Yearlong College Physics Course for Life Science Majors. Edington. Rozman. C. Critical Thinking. 104(6) : 288-300 Chambers. 33(1): 10-16. W.K. (2004).. School Science and Mathematics. Cheung. and Their Relationship to Course Achievement in a Structured Inquiry.L. Robey.E...(1999). P. E.

33(4): 538-542. J.(2004). B. Masten. Kuala Lumpur. dan Stacks. A. Universiti Teknologi Malaysia. Kamus Dewan (2005). Johor. 50(1): 29-55. et al.G.A. Tesis Sarjana. dan Facione.M. Texas on February 2 and 3. Tesis Sarjana. W. 34(3): 255-264. International Journal Of Science Education. Journal Of Curriculum Studies. Giancarlo. P. . 26(4): 447-462.A. B. Paper Presented at The Texas AdanM University Assessment Conference held at College Station. Differences Between African American And Caucasian Students On Critical Thinking And Learning Style. A Look Across Four Years At The Disposition Toward Critical Thinking Among Undergraduate Students. Universiti Teknologi Malaysia.M.. Toward A Critical Pedagogy: Creating ‘Thinking Schools’ In Singapore. C. R. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan Edisi Keempat. dan Huang. Hanafi Jasman (2005). (2004).. Geelan. Salah Tanggapan Tentang Konsep elektrik Di kalangan Pelajar-pelajar Tingkatan Enam Rendah Di Daerah Kluang. (2002). Assessment of Critical Thinking Scores in Relation With Educational Psychology And GPA For Education Majors. Teaching For Understanding And/Or Teaching For The Examination In High School Physics. The Journal Of General Education. (1999). J. Koh. Gadzella. Kajian Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif Dalam pengajaran bahasa Arab sekolah Menengah Daerah Kulai. Stephens. College Student Journal.137 Gadzella.(2001). 2004. Hayati Abdullah (2004). Johor.

Skudai.V. Kuantan.Satu Kajian Kes. R. Educational and Psychological Measurement.K.(1970). McCool. Maktab Perguruan Teruntum.Tesis Sarjana Muda. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. An Analysis of Preservice Teachers Dispositions Towards Critical Thinking: A Cross-Cultural Perspective. 30. M. . (2002). K. Office of Research. Selangor. R. Metropolitan Community College. McBride. dan Morgan. Pengenalan Pemikiran Kritis dan Kreatif. Asia-Pacific Journal of Teacher Education. Evaluation And Assesment. et al.E. Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Pemikiran Kritis Dan Efikasi Pengajaran Matematik. Universiti Teknologi Malaysia. Pahang.138 Krejcie. Mohd Azhar Abd Hamid (2001). Mohamed Zulkiffly Kassim (2002). 30(2): 131-140. Laporan Kajian yang tidak diterbitkan. Malaysia Melangkah Ke Hadapan. D. Mahathir Mohamad (1991). Skudai. Mohd Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Determining Sample Size For Research Activities. Unpublished. et al. Penerapan KBKK Dalam Pengajaran Mata Pelajaran Kejuruteraan Jentera Di SM Teknik Zon Perak Utara. Lembaga Peperiksaan Malaysia (2002). 607-610. Watson Glaser Critical Thinking Maple Woods: Academic Year 2001-2002. Format Pentaksiran Mata Pelajaran Fizik(4531) mulai SPM 2003. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Lam.W. (1997). Kementerian Pendidikan Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka.(2002). Darul Makmur.

S. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. (1986). Kementerian Pendidikan Malaysia : Pusat Perkembangan Kurikulum. Ombioma. Pedagogi Sains 2: Strategi Pengajaran Pembelajaran Sains. Kuala Lumpur. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.J. Poh.139 Mohd Najib Abdul Ghafar (2003). . College Student Journal. International Journal Of Science Education. Mohd Nashuha Jamidin dan rakan-rakan (1999). Kuala Lumpur. (2000). Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum (2005). Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Kemahiran Berfikir Dan Belajar. Curriculum Orientation Course 2005 : Integrated Curriculum For Secondary Schools : Physics Form 4. ( 2001). Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Onwuegbuzie. A. Critical Thinking Skills: A Comparison of Doctoral and Master’s Level Students. Pusat Perkembangan Kurikulum. Skudai. 8(1): 51-56. Kementerian Pendidikan Malaysia. Expository and Guided Discovery Method of Presenting Secondary School Physics Tasks. 35(3): 477-480. Tahap Penguasaan Pelajar Dalam Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif Dalam Mata Pelajaran Sains Tahun Enam Daerah Gua Musang. Noor Suryati Mohd Ashari (2000).O. G. H. Bhd.

(1992). Universiti Sains Malaysia. Sabaria Juremi (2002). Fall 1990: 47-53. Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan. Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum (1999). dari 1hingga 2 Ogos 2001. Kemahiran Proses Sains Dan Kemahiran Berfikir Melalui Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM).A. Perkembangan Kurikulum. Levels of Critical Thinking of Secondary Agriculture Students. Kementerian Pendidikan Malaysia : Pusat Perkembangan Kurikulum. Rollins. Penerapan Kemahiran Berfikir dan Strategi Berfikir Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sains.J. 8 . Memperkembangkan Daya Pemikiran Pelajar Melalui Mata Pelajaran KBSM. Draf Huraian Sukatan Pelajaran Fizik : KBSM Tingkatan Empat. J. Kementerian Pendidikan Malaysia : Pusat Pusat Perkembangan Kurikulum (2001b).S. Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras tinggi: Kesediaan Guru Mengendalikan Proses Pengajaran Pembelajaran. . Jurnal Pendidikan Guru Malaysia. Tidak diterbitkan. N. Journal of Agricultural Education. Pembentangan Kertas Kerja dalam Seminar/Pameran Projek KBKK: Poster ‘WarisanPendidikan-Wawasan’ anjuran Pusat Perkembangan Kurikulum.140 Pusat Perkembangan Kurikulum (2001a). (1990). 1-15 Rajendran. Kemahiran Berfikir Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. T. (2001). Panduan Guru: Pengajaran Dan Pembelajaran Biologi. Phillip. Kementerian Pendidikan Malaysia : Pusat Perkembangan Kurikulum.

44(3): 298-307 . Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK).Y. Teknologi Malaysia. Critical Thinking and Thinking Styles in Taiwan High School Students. Journal of Advanced Nursing. Journal of Instructional Psychology. Sulaiman Ngah Razali (2000).(2003). Pengajaran Sains KBSM.L. (2000). R. Tesis Doktor Falsafah. H. (1998).T. Tsai. The Relationship Among Creative. C. A Statement For The National Council For Excellence In Critical Thinking Instruction. Scriven. dan Lai. Universiti Sains Malaysia. Kreatif.C.(2004). M. Proses Sains dan Pencapaian Biologi. International Journal Of Science Education. A. . Kesan Penggunaan Kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah Terhadap Kemahiran Berfikir Kritis. A. Som Hj Nor dan Mohamad Dahalan Mohd Ramli ( 1998). Persepsi Pelajar Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Fizik di Lima Buah Sekolah Menengah Kebangsaan di Daerah Pontian Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Fizik Tingkatan 4.. Tang. Pearson Malaysia Sdn Bhd. Critical Thinking Disposition Of Hong Kong Chinese And Australian Nursing Students. Selangor.(2004). Shu. P. Avery. Tesis Sarjana. Defining Critical Thinking. Selangor. Conception Of Learning Science Among High School Students In Taiwan: A Phenomenographic Analysis. C. 26(14): 1733-1750. Foundation for Critical Thinking. dan Wen. Unpublished. C.141 Sabaria Juremi (2003). California. dan Paul. Dewan Bahasa dan Pustaka. 31(1). Universiti Tiwari.

Unit Peperiksaan (2005).M.142 Unit Perancang Ekonomi (2001). Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga 2001-2010.J. (2000).Form A. The Disposition Toward Critical Thinking Of High School And University Science Students: An Inter-Intra Israeli-Italian Study. International Journal of Science Education. dan Glaser. Tidak diterbitkan. Analisis SPM 2003: Analisis Mata Pelajaran Fizik. C. Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Harcourt Brace dan Co. 22(6): 571-582. Zoller. Analisis SPM 2004: Analisis Mata Pelajaran Fizik. et al. Jabatan Pelajaran Negeri Johor. E. San Antonio: Psychological Corporation. Wenning. Percetakan Nasional Malaysia Berhad. Watson. Tidak diterbitkan. (2005). Kuala Lumpur. . U. Unit Peperiksaan (2004). Watson-Glaser Critical Thinking Appraisal . Journal of Physics Teaching Education Online2 (4). (1980). Implementing Inquiry-Based Instruction In The Science Classroom: A New Model For Solving The Improvement-Of Practice Problem. G.

LAMPIRAN A .

143 JADUAL PENENTUAN SAIZ SAMPEL BERDASARKAN POPULASI KREJCIE DAN MORGAN (1970) N 10 15 20 25 30 35 40 45 50 55 60 65 70 75 80 85 90 95 100 110 120 130 140 S 10 14 19 24 28 32 36 40 44 48 52 56 59 63 66 70 73 76 80 86 92 97 103 N 150 160 170 180 190 200 210 220 230 240 250 260 270 280 290 300 320 340 360 380 400 420 440 S 108 118 123 127 132 136 140 144 146 148 152 155 159 162 165 169 175 181 186 191 196 201 205 N 460 480 500 550 600 650 700 750 800 850 900 950 1000 1100 1200 1300 1400 1500 1600 1700 1800 1900 200 S 210 214 217 226 234 242 248 254 260 265 269 274 278 285 291 297 302 306 310 313 317 320 322 N 2200 2400 2600 2800 3000 3500 4000 4500 5000 6000 7000 8000 9000 10000 15000 20000 30000 40000 50000 75000 100000 S 327 331 335 338 341 346 351 354 357 361 364 367 368 370 375 377 379 380 381 382 384 .

LAMPIRAN B .

Gunakan pensil 2B untuk menandakan jawapan anda. Ujian ini mengandungi lapan puluh (80) soalan yang merangkumi lima jenis ujian yang digubal untuk mengkaji kebolehan anda berfikir secara logik dan analitis. Setiap ujian mempunyai arahan yang berasingan dan mesti dibaca dengan teliti. Jika anda hendak menukar sesuatu jawapan. Jangan tulis apa-apa di dalam kertas ujian ini. . Kertas soalan ini mengandungi 2 bahagian: Bahagian A – Maklumat diri pelajar Bahagian B – Soalan objektif 3. 5. Jangan buka kertas ujian ini sehingga diarahkan 4. pastikan jawapan terdahulu telah dipadam seluruhnya. 2. Semua jawapan mesti ditandakan pada kertas jawapan yang disediakan.UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ________________________________________________________________________ UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS WATSON GLASER CRITICAL THINKING APPRAISAL FORM A Masa : 60 minit ________________________________________________________________________ ARAHAN KEPADA CALON 1.

Selepas setiap pernyataan fakta. Sebagai suatu kumpulan . 4. Kaji contoh dan jawapanjawapan yang diberi dengan teliti. TCM jika anda memutuskan bahawa TIDAK CUKUP MAKLUMAT diberi : anda tidak boleh menentukan berdasarkan faktafakta yang diberi sama ada inferens itu benar atau palsu : jika fakta-fakta tidak memberi sebarang asas untuk menilai. CONTOH UJIAN 1 : INFERENS Dua ratus pelajar awal belasan tahun dengan sukarela telah menghadiri suatu seminar pada hujung minggu lalu di sebuah Bandar di Pahang. setiap set soalan bermula dengan suatu pernyataan fakta yang anda harus anggap sebagai benar. Dalam ujian ini. P jika anda fikir inferens itu adalah pasti PALSU: bahawa inferens itu adalah salah sama ada kerana menyalahtafsirkan faktafakta yang diberi atau bercanggah dengan inferens yang sepatutnya berdasarkan fakta-fakta itu. Dalam seminar itu. MB. MB jika mengikut fakta-fakta yang diberi anda fikir inferens itu adalah MUNGKIN BENAR: iaitu inferens itu mungkin benar daripada palsu. 3. pelajarpelajar yang menghadiri seminar tersebut lebih menunjukkan minat dalam masalah-masalah sosial daripada kebanyakan pelajar awal belasan tahun yang lain. topik-topik mengenai perhubungan kaum dan cara-cara mencapai keamanan dunia yang kekal dibincangkan memandangkan inilah masalah-masalah yang dipilih oleh pelajar sebagai masalah-masalah yang paling penting dalam dunia pada masa ini. Periksa setiap inferens secara berasingan dan buat keputusan tentang darjah kebenaran dan kepalsuannya. . 1. Pelajar-pelajar datang dari semua negeri .146 BAHAGIAN B ARAHAN Inferens ialah kesimpulan yang boleh dirumuskan oleh seseorang berdasarkan fakta-fakta yang telah diperhatikan atau disangkakan. tetapi ada kemungkinan bahawa inferens ini tidak betul. TCM. MP dan P bagi setiap inferens tandakan pada ruang yang sesuai dalam kertas jawapan yang berikut: B jika anda fikir inferens itu adalah BENAR: bahawa inferens itu boleh disimpulkan tanpa keraguan daripada pernyataan yang diberi. Seseorang boleh membuat inferens bahawa ada orang di dalam rumah tersebut. Kebanyakan pelajar tidak pernah membincangkan topik-topik seminar itu di sekolah . Pelajar-pelajar berbincang terutamanya tentang masalah buruh. MP jika mengikut fakta-fakta yang diberi anda fikir inferens itu adalah MUNGKIN PALSU: iaitu inferens itu lebih mungkin palsu daripada yang benar. misalnya dari cahaya lampu yang dilihat melalui tingkap dan dari muzik yang didengar dalam sebuah rumah. Penghuni-penghuni rumah itu mungkin keluar tanpa menutup lampu dan radio. anda akan diberi beberapa inferens iaitu kesimpulan yang mungkin dibuat oleh seseorang berdasarkan fakta-fakta yang diberi. 2. Untuk setiap inferens anda akan diberi ruang di kertas jawapan yang bertanda B. Ini ditunjukkan dalam contoh yang berikut. anda perlu menggunakan pengetahuan atau maklumat am tertentu. Kadangkala untuk memutuskan sama ada sesuatu inferens itu mungkin benar atau mungkin palsu.

Berdasarkan fakta-fakta yang diberi inferens I tidak boleh dianggap benar kerana fakta-fakta ini tidak memberi sebarang pengetahuan tentang minat pelajar awal belasan tahun yang lain. anda dikehendaki menilai setiap inferens secara berasingan. Murid-murid yang diajar dengan bantuan tayangan gambar dikehendaki membaca buku pada awal penggal.5. atau mungkin benar(MB). ada kemungkinan lebih daripada satu Seorang guru Bahasa Inggeris telah menyediakan tayangan gambar Great Expectations berdasarkan karya pengarang Charles Dickens bagi satu daripada kelas-kelasnya. atau mungkin palsu(MP) atau tidak cukup maklumat(TCM) untuk membuat keputusan. INFERENS 1. Dalam set soalan-soalan berikut. Ujian untuk memeriksa kefahaman dan penghayatan cerita itu diberi selepas setiap jenis pengajaran. Maka. Guru itu hendak mengetahui sama ada tayangan gambar boleh digunakan sebagai bantuan mengajar yang berkesan dalam pengajaran kesusasteraan. inferens I adalah mungkin benar (MB) kerana daripada pengetahuan am kebanyakan pelajar awal belasan tahun tidak mengambil berat tentang masalah-masalah sosial. 3. Tiada bukti bagi inferens 3. Tiada bukti bahawa kelas yang menonton tayangan gambar lebih memahami dan menghayati cerita Great Expectations daripada kelas yang membaca buku tanpa menonton tayangan gambar itu. 6. PERNYATAAN FAKTA 3. 5. Ujian-ujian yang diberikan dalam kajian ini bertujuan mengukur lebih daripada ingatan semula fakta-fakta tentang buku tersebut. 2. Guru itu berpendapat kajiannya telah berjaya. Guru yang telah membuat kajian ini akan terus mennggunakan bantuan tayangan gambar dalam keadaan yang sesuai. 5. Kelas-kelas yang lain membaca buku itu tanpa menonton tayangan tersebut. Murid-murid boleh mempelajari lebih mengenai kebanyakan mata peajaran melalui . Inferens 5 adalah benar (B) kerana inferens ini adalah benar kerana inferens ini adalah berdasarkan fakta-fakta yang diberi. Beberapa pelajar belasan tahun berpendapat bahawa perbincang mengenai perhubungan kaum dan cara-cara mencapai keamanan dunia yang kekal adalah berfaedah 1. Guru-guru Bahasa Inggeris lain yang mungkin mencuba kajian ini akan mendapat keputusan yang sama. 4. Ada kemungkinan bahawa sebahagian daripada pelajar-pelajar itu menghadiri seminar kerana hendak bersuka ria pada hujung minggu itu. Inferens 2 adalah mungkin palsu (MP) kerana kesedaran pelajar terhadap topiktopik itu mungkin berpunca sekurangsekurangnya daripada hasil perbincangan dengan guru-guru dan rakan-rakan sedarjah. II II II II II II II II II II II II Dalam contoh itu. palsu(P). maka tidak cukup maklumat (TCM) untuk membuat pernilaian inferens ini. Dalam semua ujian itu kelas yang telah menonton tayangan gambar itu telah menunjukkan pencapaian yang lebih tinggi. Kelas ini telah tertarik dengan cerita Great Expectations sehingga kebanyakan muridnya memilih membaca buku itu secara sukarela sebelum penggal berakhir. 2 B II II MB II TCM II II MP II P II II 147 inferens yang dibuat berdasarkan pernyataan fakta yang diberi adalah benar (B). Inferens 4 adalah palsu (P) kerana pernyataan fakta menyatakan topik-topik perbincangan adalah mengenai perhubungan kaum dan cara-cara mencapai keamanan dunia. 4.

Pengerusi baru menyatakan dalam ucapannya bahawa kesatuan-kesatuan bandar itu belum dapat memenuhi tanggungjawab mereka dalam mempertingkatkan tahap kebajikan masyarakat. PERNYATAAN FAKTA Dewan Perniagaan. En John akan mendapat keuntungan membuka pusat snukernya melewati 1. INFERENS 12. 14. “Saya tidak meminta tetapi menuntut kesatuankesatuan pekerja bersama-sama memenuhi tanggungjawab dalam mempertingkat tahap kebajikan masyarakat. Saya tidak meminta tetapi menuntut mereka menjadi ahli dalam . ramai orang berkumpul di Johor bahru untuk mendengar ucapan yang disampaikan pengerusi baru Dewan Perniagaan. INFERENS 7. Pada malam-malam tertentu.00 pagi. Pernyataan kesatuan pekerja dalam Dewan Perniagaan Johor Bahru telah mengurangkan perselisihan antara pihak pekerja dengan majikan di Bandar Johor Bahru. Suatu masa dahulu. Tiga bulan kemudian. PERNYATAAN FAKTA En John yang tinggal di Ipoh telah dihadapkan ke mahkamah rendah untuk kali keenam dalam bulan lepas di atas tuduhan membuka pusat snukernya melewati pukul 1. 10. Pada bulan lepas. Kebanyakan wakil kesatuan pekerja menyesal menerima jemputan untuk menyertai Dewan Perniagaan.148 tayangan gambar berbanding dengan apa yang mereka boleh belajar daripada buku-buku. 9. Beliau sekali lagi mengakui kesalahannya dan dikenakan denda maksimum sebanyak RM500 seperti kes-kes terdahulunya. 11. mengambil bahagian yang aktif dalam projek-projek kebajikan masyarakat dan membantu Dewan Perniagaan mencapai matlamat yang ditentukan oleh projek-projek tersebut.” Ahli-ahli kesatuan pekerja yang menghadiri upacara itu telah menyambut ucapannya dengan penuh minat. 8. En John telah mematuhi peraturan had masa perniagaan setiap malam selama seminggu. Beberapa ahli Dewan Perniagaan berpendapat bahawa pengerusi mereka bertindak kurang bijak apabila beliau menuntut wakil-wakil kesatuan pekerja menyertai Dewan Perniagaan 16. Wakil-wakil ini telah bekerja bersama-sama dengan kumpulan-kumpulan lain dalam Jawatankuasa-jawatankuasa tertentu.00 pagi walaupun mungkin didenda RM500. 15. memberi pendapat-pendapat mereka. En John berulang kali melanggar peraturan had masa perniagaaan pada pukul 1.00 pagi kerana dia berharap peraturan undang-undang itu boleh dimansuhkan. Beliau berkata. semua kesatuan pekerja telah diwakili oleh Dewan Perniagaan. 13. Wakil-wakil kesatuan pekerja dan ahliahli jawatankuasa lain lebih mengetahui pandangan satu sama lain melalui hubungan mereka dalam Dewan Perniagaan. Denda maksimum sebanyak RM500 adalah berkesan dalam memastikan semua pusat permainan snuker di Ipoh ditutup selepas pukul 1.00 pagi. Mahkamah rendah memutuskan bahawa pusat permainan snuker En John adalah tertakluk di bawah kuasa undang-undang Bandar Ipoh.

2. tandakan jawapan dalam ruang “ANDAIAN DIBUAT”. Jika anda fikir bahawa andaian itu tidak semestinya dibuat. Terdapat perkhidmatan penerbangan untuk sebahagian daripada jarak perjalanan kita menuju destinasi. II II .) 2. Anda dikehendaki menentukan sama ada andaian itu benar-benar dibuat atau tidak dibuat oleh seseorang apabila menyatakan pernyataan tersebut. 3. Apabila seseorang berkata. (Telah diandaikan dalam pernyataan bahawa kelajuan kapal terbang yang lebih berbanding kenderaan lain akan membolehkan kumpulan itu sampai ke destinasi dalam masa yang lebih singkat. “ Saya akan CONTOH: PERNYATAAN: “Kita perlu menjimatkan masa dalam perjalanan ke sana. ia membuat andaian bahawa ia akan lulus peperiksaan SPM. Di bawah terdapat beberapa pernyataan. Oleh itu lebih baik kita naik kapal terbang.) 3. (Andaian dibuat dalam pernyataan itu iaitu untuk menjimatkan masa dengan menaiki kapal terbang kita mesti ada penerbangan ke sana. (Andaian ini tidak dibuat dalam pernyataan itu kerana pernyataan itu hanya menyatakan tentang penjimatan masa dan tidak menyebut apa-apa tentang keselesaan atau tentang perjalanan dengan kenderaan lain.” ANDAIAN YANG DICADANG 1. Perjalanan dengan kapal terbang adalah lebih selesa daripada perjalanan dengan kereta api.) Jawapan: 1. dan masih hidup pada tahun hadapan dan sebagainya. Perjalanan dengan kapal terbang akan mengambil masa yang lebih singkat berbanding dengan cara perjalanan lain. Setiap pernyataan diikuti oleh beberapa andaian yang dicadangkan. tandakan jawapan dalam ruang “ANDAIAN TIDAK DIBUAT”. Jika anda fikir bahawa andaian itu telah dibuat.149 UJIAN 2 : MENGUSUL PERIKSA ANDAIAN ARAHAN Suatu andaian ialah sesuatu yang disangkakan atau dianggapkan benar. ANDAIAN DIBUAT TIDAK DIBUAT II masuk ke tingkatan enam pada tahun hadapan”. Jawapan yang diberi menunjukkan bagaimana jawapan patut ditanda di atas kertas jawapan. Berikut ialah satu contoh. Pastikan anda menilai setiap andaian itu secara berasingan.

” ANDAIAN YANG DICADANG 17.” ANDAIAN YANG DICADANG 23. Jika saya tidak mendapat suntikan itu. PERNYATAAN: “Adalah menguntungkan berpindah ke Bandar Zenith. Kegunaan-kegunaan tambahan yang berfaedah bagi tenaga atom akan ditemui. Bilangan bangunan kolej yang akan diperlukan pada masa hadapan adalah bergantung kepada rancangan para pelajar mengenai pelajaran lanjutan.ia mempunyai cukai yang rendah sekali. 25. Jika para pelajar melanjutkan pelajaran ke kolej. 21.” ANDAIAN YANG DICADANG 26. Cukai yang rendah bermakna pengurusan bandar yang efektif. Doktor saya boleh membekalkan vaksin yang akan melindungi saya daripada dijangkiti demam tifiod semasa saya berada di Amerika Selatan. Dalam memilih tempat tinggal adalah penting untuk mengelakkan daripada tempat yang cukainya tinggi. Kebanyakan penduduk Bandar Zenith berpuas hati dengan majlis perbandaran yang ada sekarang. PERNYATAAN: “Dalam jangka panjang. 24. semakin banyak bangunan baru perlu dibina. 22. 27.150 Jawab soalan berikut dengan cara yang sama. Penemuan kegunaan-kegunaan tambahan bagi tenaga atom akan memerlukan pelaburan wang yang banyak dalam jangka panjang. Bangunan-bangunan kolej yang terdapat sekarang sudah penuh sesak. dapat mengurangkan kemungkinan saya akan dijangkiti oleh penyakit itu. 18. Saya hendak pastikan saya tidak akan mengidap demam tifiod. PERNYATAAN: “ Saya akan mengembara ke Amerika selatan. 29. . PERNYATAAN: “ Oleh kerana semakin ramai pelajar bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke kolej. Penggunaan tenaga atom membawa kesan yang buruk kepada alam sekitar. saya akan dijangkiti demam itu. bangunanbangunan mesti disediakan untuk mereka. Dengan mendapat suntikan vaksin bagi mencegah demam tifiod. penemuan kegunaan-kegunaan tambahan bagi tenaga atom akan mendatangkan kebaikan kepada manusia. Demam tifiod adalah lebih mudah dijangkiti di Amerika Selatan daripada tempat tinggal saya. 19. 28.” ANDAIAN YANG DICADANG 20. Maka sebelum saya memulakan pengembaraan saya akan berjumpa doktor peribadi saya untuk mendapatkan suntikan vaksin bagi mencegah demam tifiod.

Cuba nilaikan setiap kesimpulan itu hanya berdasarkan pernyataan-pernyataan sahaja. Semua hari hujan adalah membosankan. kemungkinan untuk menang lebih baik daripada jika kita terpaksa melawan kemudian. Jika kita tidak melancarkan serangan sekarang. lebih baik kita melancarkan serangan terlebih dahulu sementara kita masih ada kelebihan. 32. setiap set soalan mengandungi beberapa pernyataan yang diikuti oleh beberapa kesimpulan yang dicadangkan. Tiada hari cerah yang membosankan. Baca setiap kesimpulan dengan teliti.151 PERNYATAAN: “Jika peperangan tidak dapat dielakkan. Beberapa hari cuti yang membosankan.) 2. tandakan jawapan dibawah ruang “KESIMPULAN TIDAK BERIKUT” walaupun anda tahu jawapan itu adalah benar berdasarkan pengetahuan am anda. kita mungkin akan kalah dalam sebarang peperangan yang mungkin dimulakan oleh pihak musuh kemudian. ) . anggapkan bahawa semua pernyataan yang diberi adalah benar tanpa sebarang kekecualian. hari cuti yang berhujan sangat membosankan. dan mungkin juga semua hari cuti adalah berhujan. Maka … 1. mungkin lebih daripada satu. CONTOH Beberapa hari cuti berhujan. Kaji contoh berikut sebelum anda memulakan ujian ini. Jika kita melawan sekarang. (Kesimpulan ini tidak berikut. Kalau anda fikir kesimpulan itu memang berikut daripada pernyataan-pernyataan yang diberi. Peperangan tidak dapat dielakkan. Begitu juga. Kalau anda fikir kesimpulan itu tidak semestinya berikut daripada pernyataan-pernyataan yang diberi. 31. (kesimpulan ini berikut kerana dari pernyataan-pernyataan yang diberi. tandakan jawapan di bawah ruang “KESIMPULAN BERIKUT” dalam kertas jawapan.” ANDAIAN YANG DICADANG 30. Maka “Beberapa hari cuti berhujan” bermaksud sekurang-kurangnya satu. UJIAN 3 : DEDUKSI ARAHAN Dalam ujian ini. Bagi tujuan ujian ini. Anda tidak boleh tahu berdasarkan pernyataanpernyataan di atas sama ada hari cerah membosankan atau tidak. Mungkin ada hari cerah yang membosankan. dan mungkin semua daripada kelas benda itu. yang diberi Perkataan ‘beberapa’ dalam mana-mana pernyataan bermaksud sebahagian daripada kuantiti satu kelas benda. Cuba jangan benarkan prasangka anda mempengaruhi penilaian anda. Maka ‘beberapa’ bererti sekurang-kurangnya sebahagian. baca dan nilaikan setiap kesimpulan yang lain.

Keadaan suhu atau kelembapan di Timbuktu tidak sesuai untuk penanaman pokok teh. Maka. 35. Ahli-ahli muzik yang bermain muzik klasik suka berlatih berjam-jam. Semua ahli okestra simfoni berlatih berjam-jam. KESIMPULAN 38. Di Timbuktu. 37. 34. Hanya perokok-perokok yang berkeinginan kuat untuk berhenti merokok akan berjaya. 2. Beberapa pemikir secara saintifik mempercayai ahli nujum. Beberapa ahli muzik yang berlatih berjam-jam berminat bermain muzik klasik... PERNYATAAN Tiada orang yang berfikir secara saintifik percaya kepada ramalanramalan yang dibuat oleh ahli-ahli nujum. Maka. PERNYATAAN Semua ahli okestra simfoni berminat untuk bermain muzik klasik. Orang yang tidak percaya kepada horoskop berfikir secara saintifik... Walau bagaimanapun terdapat ramai orang yang bergantung kepada horoskop yang dibekalkan oleh ahli nujum.. tetapi nenas dan kapas tumbuh di tempat yang lebih kering. Walau bagaimanapun. Keinginan yang kuat untuk berhenti merokok membantu beberapa orang mengatasi ketagihan merokok secara kekal. hari cuti yang sangat menggembirakan. Keadaan di Timbuktu adalah langsung tidak sesuai untuk penanaman pokok kapas atau nenas. keadaan adalah sangat panas dan lembap. terdapat semakin ramai orang telah mengatasi ketagihan merokok secara kekal kerana mereka mempunyai keinginan kuat untuk berhenti merokok. (kesimpulan ini tidak berikut walaupun anda mungkin tahu bahawa ada. 40. Maka. Ramai orang tidak terfikir secara saintifik. atau tidak berjaya dilakukan. 3. . pokok teh dan nenas tumbuh di tempat yang lebih sejuk. 39.) Jawapan BERIKUT KESIMPULAN TIDAK BERIKUT II II 152 1.3 Beberapa hari cuti tidak membosankan. KESIMPULAN 41. 42. pokok kapas atau nenas. Padi dan pokok kapas tumbuh di tempat yang panas. KESIMPULAN 36. PERNYATAAN Kebanyakan orang yang cuba menghentikan ketagihan merokok mendapati perkara ini sukar dilakukan. KESIMPULAN 33. Keadaan suhu dan kelembapan di Timbuktu lebih sesuai untuk penanaman pokok teh.. II PERNYATAAN Padi dan pokok teh memerlukan banyak air supaya dapat tumbuh dengan segar.

Jika orang Russia menguasai dunia.. Anda dikehendaki menilai sama ada setiap kesimpulan yang dicadangkan itu berikut secara logik tanpa sebarang keraguan berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan itu. Kebanyakan kelas sekolah rendah di bandar itu mempunyai lebih daripada 15 orang murid. Setiap kelas itu mempunyai 10 hingga 40 orang murid. PERNYATAAN Sebahagian daripada orang Russia mahu menguasai dunia. Jika anda berfikir kesimpulan itu tidak berikut tanpa sebarang keraguan daripada maklumat yang diberi. mereka akan dijamin kehidupan yang lebih baik. Terdapat sekurang-kurangnya 550 orang murid di sekolahsekolah rendah itu. Terdapat sekurang-kurangnya dua buah kelas di bandar itu yang mempunyai bilangan murid yang sama.. terdapat 52 buah kelas dalam lima buah sekolah rendah. UJIAN 4: INTERPRETASI ARAHAN Setiap set soalan yang berikut mengandungi suatu petikan ringkas yang diikuti oleh beberapa kesimpulan yang dicadangkan.153 PERNYATAAN Di sebuah bandar. 48.. Ada beberapa orang yang mahu menguasai dunia akan mencari kehidupan yang lebih baik untuk diri mereka. Anda perlu ingat untuk menilai setiap kesimpulan secara berasingan. Maka. anggapkan bahawa semua maklumat dalam petikan adalah benar. 47. Untuk tujuan ini. KESIMPULAN 46. Jika anda fikir tanpa sebarang keraguan kesimpulan itu berikut berdasarkan petikan itu. Semua orang Russia mencari kehidupan yang lebih baik untuk diri mereka. maka tandakan jawapan di bawah ruang “KESIMPULAN TIDAK BERIKUT”. 44. Maka. KESIMPULAN 43. . 45. Ada beberapa orang yang mencari kehidupan yang lebih baik untuk diri mereka mahu menguasai dunia. tandakan jawapan di bawah ruang “KESIMPULAN BERIKUT” dalam kertas jawapan.. Kaji contoh di bawah dan perhatikan bagaimana jawapan harus ditandakan di kertas jawapan.

(kesimpulan ini berikut tanpa sebarang keraguan kerana berdasarkan pernyataan itu tiada perkataan dituturkan pada umur enam bulan. PETIKAN Apabila ditubuhkan dalam tahun 1902. Pada tahun 1902.154 CONTOH Satu kajian mengenai perkembangan perbendaharaan kata kanak-kanak dari umur lapan bulan ke enam tahun menunjukkan bahawa jumlah perbendaharaan kata yang dituturkan bertambah daripada tiada perkataan semasa berumur lapan bulan kepada 2562 perkataan semasa berumur enam tahun. berasa tidak selesa dalam kumpulan. Manusia tidak mencapai kemajuan dalam kebolehan memelihara keamanan. Jawab soalan berikut dengan cara yang sama. Perkembangan perbendaharaan kata adalah paling lambat pada masa kanakkanak belajar berjalan. 51. PETIKAN Sejarah bagi 2000 tahun yang lepas menunjukkan bahawa peperangan beransu-ansur menjadi lebih kerap dan lebih membinasakan. 53. Kini pesaing-pesaing tempatan mengeluarkan lebih daripada tiga kali ganda keluli daripada United States Steel Corporation. tidak mempunyai ramai kawan. Peperangan semakin kerap berlaku dan lebih membinasakan kerana sumber-sumber asli dunia kini menjadi lebih berharga. Syarikat ini mengeluarkan dua kali ganda keluli daripada jumlah yang dikeluarkan oleh semua pesaing tempatannya. Kini syarikat United States Steel Corporation mengeluarkan 20 peratus daripada jumlah keluli yang dihasilkan dalam Amerika. dan secara umumnya tidak gembira. 2. kita jangka lebih banyak peperangan akan berlaku dalam abad ke-21 daripada abad ke-20. . (kesimpulan ini tidak berikut kerana tiada maklumat diberi yang menghubungkan perbendaharaan kata dengan berjalan. II KESIMPULAN TIDAK BERIKUT II KESIMPULAN 49. Tiada kanak-kanak yang dikaji boleh bercakap pada umur 6 bulan. ia merupakan syarikat Amerika yang terbesar pada masa itu. 50. Abad ke-20 mempunyai rekod yang paling teruk dari segi kekerapan peperangan dan tahap pembinasaan yang berlaku.) 2. Pada hari ini United States Steel Corporation mengeluarkan kurang keluli berbanding dengan pada tahun 1902.) Jawapan BERIKUT 1. United States Steel Corporation mengeluarkan tidak kurang daripada 66 peratus daripada jumlah keluli hasilan tempatan. 54. KESIMPULAN 52. PETIKAN Mat tidak pandai membawa diri. 1. Jika corak yang lampau berterusan.

Kehidupan Mat bertambah baik selepas rawatan Dr. Tetapi lebih kurang dua kali sebulan saya minum kopi pada sebelah malam dan apabila saya berbuat demikian. adalah lebih baik saya tidak meminum kopi pada sebelah malam. KESIMPULAN 62. 61. dan secara umumnya berasa lebih gembira. 60. lebih tenang dan selesa. 57. Jika mereka yang ponteng sekolah diberi kerja menjual surat khabar.Badrul. Murid-murid yang menjual surat khabar adalah lebih mungkin mempunyai rekod kehadiran penuh dalam penggal daripada mereka yang tidak menjual surat khabar. kehadiran ke sekolah tidak mencegah 85 peratus daripada murid tidak hadir sekali-sekala semasa penggal sekolah. 64. Badrul. PETIKAN Apabila saya hendak tidur. Tanpa rawatan Dr. Di bandar itu. 63. Masalah saya merupakan masalah psikologi. biasanya saya akan tidur dengan cepat. kehadiran sekolah mereka bertambah baik. Saya tidak tidur dengan cepat selepas meminum kopi kerana kandungan kafein dalam kopi terlalu merangsangkan sistem saraf saya. ia berjaya mendapat lebih kawan. Badrul. Tanpa nasihat daripada seorang rakan. keadaan Mat tidak akan bertambah baik 56. penguatkuasaan peraturan secara ketat terhadap . saya menjangka bahawa kopi akan menyebabkan saya tidak boleh tidur dan oleh itu kopi menyebabkan saya tidak boleh tidur.155 Kemudian seorang rakan karibnya mencadangkan supaya Mat melawat Dr. didapati bahawa hanya 15 peratus mempunyai rekod kehadiran penuh dalam satu penggal sekolah. 59. KESIMPULAN 55. Badrul. Mat tidak akan mengenali Dr. PETIKAN Di sebuah bandar tertentu di mana peraturan kehadiran sekolah dikuat kuasa dengan ketat. Kadar kehadiran penuh yang rendah oleh murid-murid dalam sistem sekolah tersebut adalah terutamanya disebabkan oleh penyakit dan kecederaan.Badrul bermula. 25 peratus daripada mereka mempunyai rekod kehadiran penuh dalam penggal yang sama. KESIMPULAN 58. Mat menurut cadangan itu dan selepas tiga bulan rawatan Dr. Pada malam-malam yang saya ingin tidur cepat. Tetapi. saya tidak dapat tidur untuk beberapa jam. seorang pakar dalam membaiki personaliti seseorang. antara mereka yang menjual surat khabar.

tandakan pada “HUJAH LEMAH”. 66. Dalam contoh di bawah. lebuhraya. 67. Sesuatu hujah itu lemah jika hujah itu hanya berkaitan dengan perkara remeh soalan itu. Anda perlu membuat keputusan sama ada setiap hujah itu kuat atau lemah. Setiap soalan diikuti beberapa hujah. universiti memberi peluang kepada mereka mempelajari lagulagu universiti. Jawab set soalan yang berikut dengan cara yang sama. Jika anda fikir hujah itu adalah kuat. hujah tersebut mesti penting dan berkaitan secara langsung kepada soalan itu. hendak bekerja dan menjual barang-barang pada harga kos? HUJAH 65. pemusatan kuasa ekonomi dan birokrasi yang banyak kepada kerajaan akan menyekat kebebasan individu dan kebebasan politik kita. ramai lelaki muda tidak berkebolehan atau mempunyai minat yang cukup untuk mendapatkan faedah daripada pendidikan di universiti. 3. CONTOH 1. kerajaan sudah menguruskan perkhidmatan komunikasi. pelajaran yang terlalu banyak akan membawa kesan buruk kepada personaliti seseorang individu (Hujah ini. (Ini ialah hujah kuat berdasarkan sebab yang penting untuk menentang semua lelaki daripada memasuki universiti. Tidak. anda dikehendaki menganggap bahawa setiap hujah itu adalah benar.) 3. walaupun penting jika benar tidak berkaitan dengan soalan kerana kehadiran di unversiti tidak semestinya memerlukan pelajaran yang banyak.) . tandakan pada ruang jawapan ‘HUJAH KUAT”.156 UJIAN 5 : PENILAIAN HUJAH 2. (Ini merupakan hujah yang lemah untuk memasuki universiti. Bagi tujuan ujian ini. Tidak. angkatan tentera. perhatikan bagaimana setiap hujah itu dinilaikan. Cuba jangan benarkan sikap peribadi anda terhadap soalan itu mempengaruhi penilaian hujah itu. Untuk suatu hujah yang kuat. atau jika anda fikir hujah itu lemah. Ya. Nilaikan setiap hujah itu secara berasingan. penghapusan persaingan dan dorongan keuntungan akan Patutkah semua lelaki muda masuk universiti? HUJAH 1. Tidak. 2.) Jawapan KUAT II II HUJAH LEMAH II ARAHAN Dalam membuat keputusan tentang soalan-soalan yang penting. Ya. memberi kerja kepada semua yang bekerja. perkhidmatan perubatan awam dan sebagainya pada masa kini. SOALAN Patutkah kerajaan mengambil alih semua industri utama dalam negara ini. adalah berfaedah untuk membezakan antara hujah-hujah yang kuat dari hujah-hujah yang lemah. Tidak. Berikut terdapat beberapa soalan. kerana setiap hujah itu adalah dianggap benar.

157 menyebabkan kekurangan daya usaha dalam penghasilan bahanbahan dan perkhidmatanperkhidmatan baru yang berguna. SOALAN Patutkah kerajaan memberitahu orang awam mengenai program-program penyelidikan sains yang dirancang dengan mengumumkan terlebih dahulu kebaikan-kebaikan yang akan dibawa oleh setiap program? HUJAH 71. Tidak; ada orang yang akan mengkritik kerajaan apabila projek-projek yang diumumkan gagal. 72. Ya; hanya orang awam yang mempunyai maklumat ini akan menyokong penyelidikan dan perkembangan yang penting. 73. Tidak; adalah perlu untuk merahsiakan perkembangan program yang melibatkan tentera bagi keselamatan negara dan sebab-sebab pertahanan negara. SOALAN Adakah ahli-ahli juri memutuskan keskes perbicaraan dengan adil apabila satu daripada pihak yang bertelagah adalah kaya dan yang lain itu miskin? HUJAH 74. Tidak; kerana orang-orang kaya lebih kemungkinan akan menyelesaikan kes-kes di luar mahkamah. 75. Tidak; kebanyakan ahli juri akan bersimpati terhadap orang-orang miskin daripada orang-orang kaya, dan simpati ini boleh mempengaruhi perbicaraan mereka. 76. Tidak; kerana orang-orang kaya mampu membayar peguampeguam yang lebih cekap daripada orang-orang miskin, dan ahli-ahli juri boleh dipengaruhi oleh

SOALAN Patutkah kumpulan-kumpulan yang menentang beberapa dasar kerajaan diberikan kebebasan akhbar dan bersuara yang tidak tersekat? HUJAH 68. Ya; sebuah negara demokrasi berkembang maju melalui perbincangan bebas yang tidak tersekat, termasuk kebebasan untuk mengkritik. 69. Tidak; negara-negara yang menentang bentuk kerajaan kita tidak memberikan kebebasan agar pandangan kita disebarkan di kawasan-kawasan di bawah penguasaan mereka. 70. Tidak; jika diberi kebebasan penuh, kumpulan-kumpulan pembangkang akan memulakan ketegangan dalaman yang serius dalam negara ini dan perkara ini boleh mengugat kestabilan kerajaan, dan akhirnya menyebabkan kehancuran demokrasi.

158 kemahiran peguam-peguam yang menentang. 78. SOALAN Patutkah kerajaan pusat dan kerajaan negeri dihadkan perbelanjaan supaya tidak melebihi pendapatan-pendapatan yang didapati dari pelbagai sumber untuk setiap tahun? HUJAH 77. Ya; hidup mengikut kemampuan kita adalah satu-satu cara untuk mencegah inflasi yang serius, yang akan mengurangkan kuasa membeli kita dan mengurangkan pengangguran. Ya; tindakan ini adalah baik untuk rakyat supaya belajar melakukan pengorbanan dan memberhentikan pembaziran akibat daripada cara hidup kita. Tidak; had terhadap peminjaman yang cermat akan menjejas perkembangan negara dan akan menyebabkan kemerosotan ekonomi. Tidak; tindakan demikian akan dengan seriusnya menghadkan kebolehan kerajaan menghadapi kecemasan nasional atau tempatan.

79.

80.

TAMAT

LAMPIRAN C

. Setiap ujian mempunyai arahan yang berasingan dan mesti dibaca dengan teliti. 5. Jangan buka kertas ujian ini sehingga diarahkan 4. Gunakan pensil 2B untuk menandakan jawapan anda.UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ____________________________________________________________________ UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS WATSON GLASER CRITICAL THINKING APPRAISAL FORM A Masa : 60 minit _____________________________________________________________________ ARAHAN KEPADA CALON 1. Kertas soalan ini mengandungi 2 bahagian: Bahagian A – Maklumat diri pelajar Bahagian B – Soalan objektif 3. pastikan jawapan terdahulu telah dipadam seluruhnya. Ujian ini mengandungi lapan puluh (80) soalan yang merangkumi lima jenis ujian yang digubal untuk mengkaji kebolehan anda berfikir secara logik dan analitis. Jika anda hendak menukar sesuatu jawapan. 2. Semua jawapan mesti ditandakan pada kertas jawapan yang disediakan. Jangan tulis apa-apa di dalam kertas ujian ini.

3. 12. 15. DIBUAT TIDAK DIBUAT TIDAK DIBUAT TIDAK DIBUAT DIBUAT TIDAK DIBUAT DIBUAT TIDAK DIBUAT DIBUAT TIDAK DIBUAT DIBUAT DIBUAT DIBUAT TIDAK DIBUAT DIBUAT TIDAK DIBUAT 1. 14. 7. 27. 31. 17. 21. 2. 23. 32. 5. 11. 28. 22. 19. B P TCM MB P TCM MB B TCM P TCM MB TCM MP TCM B . 8. 20. 25. 18. 29. 30. 10. 26. 4.160 JAWAPAN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS UJIAN 1 : INFERENS UJIAN 2 : MENGUSUL PERIKSA ANDAIAN . 16. 9. 13. 6. 24.

TIDAK BERIKUT 52.161 UJIAN 3 : DEDUKSI KESIMPULAN. BERIKUT 35. BERIKUT 45. BERIKUT 47. BERIKUT 57. TIDAK BERIKUT 62. BERIKUT 41. TIDAK BERIKUT UJIAN 4 : INTERPRESTASI KESIMPULAN 49 . TIDAK BERIKUT 63. TIDAK BERIKUT 61. BERIKUT 60. BERIKUT 53. BERIKUT 54. BERIKUT 48. BERIKUT 38. BERIKUT 50. TIDAK BERIKUT 37. BERIKUT 51. TIDAK BERIKUT 34. TIDAK BERIKUT 64. BERIKUT 44. BERIKUT 40. TIDAK BERIKUT 36. TIDAK BERIKUT 55. 33. TIDAK BERIKUT 42. BERIKUT . BERIKUT 43. BERIKUT 46. TIDAK BERIKUT 58. BERIKUT 59. TIDAK BERIKUT 56. TIDAK BERIKUT 39.

77. 76. 73. 67. 75. 80. 74. KUAT LEMAH KUAT KUAT LEMAH KUAT LEMAH KUAT KUAT LEMAH KUAT KUAT KUAT KUAT KUAT KUAT . 69. 66.162 UJIAN 5: PENILAIAN HUJAH HUJAH 65. 78. 79. 72. 71. 70. 68.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->