You are on page 1of 10

KOLEJ KOMUNITI SELANDAR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

KEBERKESANAN PROGRAM KEBOLEHPASARAN GRADUAN KOLEJ KOMUNITI SIJIL PERAKAUNAN PERNIAGAAN

SENARAI KANDUNGAN

BIL

KANDUNGAN

MUKA SURAT

A B C D E F G H

Pengenalan kepada Program Objektif Program Kaedah Perlaksanaan Program Jadual/ Aktiviti yang dijalankan Rekod Kehadiran Peserta Gambar-gambar Sepanjang Program Rumusan dan Nilai Tambah Kesimpulan

2 3 4 4 4 5 8 9

KEBERKESANAN PROGRAM KEBOLEHPASARAN GRADUAN DI KOLEJ KOMUNITI SIJIL PERAKAUNAN PERNIAGAAN

Institusi pengajian tinggi baik awam mahupun swasta banyak melahirkan graduan yang berilmu, berpengetahuan dan berkemahiran. Begitu juga peranan kolej komuniti pada masa kini. Graduan telah dididik dengan ilmu pengetahuan dari sudut teori dan secara amali. Tetapi sejauhmanakah graduan ini mampu pergi jauh ke alam dunia pekerjaan. Setiap tahun IPTA dan IPTS melahirkan beribu-ribu graduan. Dan graduan kolej komuniti perlu bersaing dengan graduan dari institusi yang lain. Adakah pihak institusi pengajian tinggi perlu mencari jalan atau ruang yang seterusnya bagi membantu graduan-graduan ini dalam mencari pekerjaan? Perlukah dilaksanakan program-program tertentu untuk membantu graduan ini seperti Program Kebolehpasaran Graduan yang telah dilaksanakan di Kolej Komuniti? Program Kebolehpasaran Graduan adalah satu program yang melahirkan graduan memenuhi kehendak pasaran dan meningkatkan penglibatan syarikat melatih dan menempatkan pekerjaan. Program ini juga merupakan satu kolaborasi diantara Kolej Komuniti dan syarikat-syarikat yang berminat. Inilah sebenarnya jalan atau ruang yang diperlukan oleh graduan.

A.

Pengenalan kepada Program Mengikut unjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), mulai tahun 2005 sehingga 2010,

terdapat pertambahan graduan secara purata sebanyak 4.7% setahun. Pertambahan ini adalah sejajar dasar Kerajaan untuk meningkatkan aksesibiliti rakyat kepada pendidikan di peringkat tertiari bagi kohort 17 hingga 25 tahun daripada kadar 29% kepada 40% pada tahun 2010. Jika semua program yang dirancang oleh KPT berjalan dengan lancar maka dijangkakan pada tahun 2010 seramai 1.6 juta pelajar akan berada di institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta di seluruh negara. Seiring dengan perancangan peningkatan kadar pelajar di IPT, adalah dijangkakan bilangan pengangguran di kalangan graduan IPT juga akan meningkat sekiranya tindakan-tindakan sokongan tidak dilaksanakan. Oleh yang demikian, sebagai salah satu agenda kritikal, KPT telah melancarkan Program Kebolehpasaran Graduan IPT. Sasaran utama agenda ini adalah untuk meningkatkan kebolepasaran dan seterusnya mengurangkan kadar pengangguran di kalangan graduan IPT.

Dalam konteks Kolej Komuniti, dapatan Kajian Pengesanan Graduan 2010 mendapati hanya 53% graduan kolej komuniti berjaya mendapat pekerjaan dalam tempoh 3-6 bulan setelah tamat pengajian. Manakala, 7% graduan melanjutkan pelajaran dan selebihnya 40% tidak mendapat sebarang pekerjaan. Oleh itu, adalah bertepatan dengan agenda program kebolehpasaran graduan KPT menjadi mekanisme untuk membantu meningkatkan kebolehpasaran dan seterusnya mengurangkan kadar pengangguran di kalangan graduan Kolej Komuniti. Justeru, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti telah menyusun Program Kebolehpasaran Graduan Kolej Komuniti 2010 secara terancang bagi mencapai matlamat yang diharapkan. Di Kolej Komuniti Selandar sendiri iaitu dibawah Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran, dimana Unit Perakaunan Perniagaan telahpun menjalinkan satu hubungan kolaborasi dengan syarikat Era Bakti Trading bagi menjayakan program ini dengan menempatkan beberapa orang pelajar Perakaunan Perniagaan.

B.

Objektif Program Hasil daripada kolaborasi Kolej Komuniti Selandar dengan Syarikat Era Bakti Trading, objektif program ini adalah:a. Meningkatkan kemahiran graduan dalam bidang kemahiran urusan perniagaan dan pemasaran dan membuka peluang kepada mereka untuk mendapatkan pekerjaan dalam bidang tersebut. b. c. d. Membantu kerajaan dalam mengurangkan pengangguran. Membantu syarikat-syarikat tempatan memperolehi bekalan pekerja yang mahir. Mengurangkan masalah syarikat tempatan dari bergantung kepada tenaga kerja asing.

C.

Kaedah Perlaksanaan Program yang telah dijalankan Syarikat Era Bakti Trading menjalankan kaedah perlaksanaan program dengan berurusan dengan pelanggan, pembekal, pengurusan keluar dan masuk akaun syarikat. Peserta program juga didedahkan dengan proses berurusan dengan pihak pembiaya (bank). Selain itu pelajar diajar secara teori dan praktikal.

D.

Jadual/ Aktiviti yang dijalankan semasa program Syarikat Era Bakti telah menjalankan 3 bidang yang berbeza bagi setiap bulan. Bulan September bidang pemasaran iaitu meliputi perkhidmatan dan pengedaran/trading. Bulan Oktober bidang perakaunan dan perbankan. Bulan November bidang IT iaitu meliputi Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator.

E. Bil

Rekod Kehadiran Peserta Nama Pelajar Nama Syarikat No. KP Kedatangan (Kedatangan/ Bil. Hari Memuaskan Amat Baik Baik Baik

1 2 3 4

Nur Anira Bte Azman Nurfaizah Bte Mohamad Amira Saliha Bte Mohd Noor Nur Nadia Bte Mohamad Rabi

ERA BAKTI TRADING No. 17, Jalan Saujana 1/6 Taman Saujana Seksyen 1 75450 Bukit Katil Melaka.

900518035560 901015055484 901208035818 900629035352

F.

Gambar-gambar sepanjang Program Berlangsung (Perakaunan Perniagaan) Hari Pertama (Pendaftaran Peserta)

Semasa Latihan / Lawatan

Hasil kerja peserta semasa latihan

Hari Terakhir / Penyampaian Sijil Tamat

G.

Rumusan dan Nilai Tambah Kejayaan Peserta Peserta boleh menguruskan sesebuah perniagaan yang merangkumi aspek-aspek berikut:a. Cara membuat sebutharga, pesanan barang, penyata nota hantaran dan penyata invois. b. Cara berurusan dengan bank seperti keluar/masuk duit, memasukkan cek, penggunaan buku cek dan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan bank. c. Cara membuat system susunan fail dokumen. d. Memuat turun sistem penyata keseluruhan kewangan syarikat. e. Membuat pemeriksaan stok barang dan penyemakkan senarai harga barang dari setiap pembekal. f. Diberi peluang menimba ilmu sistem Adobe Illustrasi dan Adobe Photoshop secara pengenalan. g. Cara membuat profil syarikat.

Sumbangan Syarikat dalam latihan dan kerjaya Pihak syarikat telah bekerjasama dengan Dewan Perniagaan Melayu Melaka untuk memberikan kursus-kursus perniagaan dalam jangka masa pendek kepada para graduan. Antara kursus yang diberikan adalah:a. Kursus Pengurusan Kewangan (2 hari) b. Kursus Latihan Asas Perniagaan (5 hari) c. Kursus Latihan Asas untuk Peruncitan(Retailing) (5 hari)

Kerjasama Agensi/ Perniagaan. Syarikat Era Bakti banyak bekerjasama dengan Dewan Perniagaan Melayu Melaka dalam memperluaskan pasaran perniagaanya.

Sijil Profesional/Penyertaan yang diperolehi peserta (seperti diatas)

i.

Cadangan penambahbaikan untuk program akan datang (syarikat dan peserta) Tempoh program perlu dilanjutkan lagi bagi tujuan mendalami ilmu perniagaan yang begitu luas dan mencabar. Program boleh dilaksanakan dalam tempoh 6 bulan kerana bukan satu tugas yang mudah untuk melahirkan usahawan yang mahir, berinovasi dan bermotivasi tinggi. Bersama-sama kos pendaftaran syarikat peserta, dicadang ditambah dengan modal bagi membuka akaun atas nama syarikat peserta agar segala pembayaran daripada syarikat dapat dibayar terus ke dalam akaun syarikat peserta bagi membolehkan peserta diajar membuat cash flow. Setelah tamat latihan, peserta yang berpotensi dicadangkan diberikan bantuan pinjaman dari segi kewangan untuk dijadikan sebagai modal bagi memulakan perniagaan sendiri.

ii.

iii.

H.

Kesimpulan Dapat dilihat dari hasil usahasama diantara Kolej Komuniti Selandar dan Syarikat Era Bakti

Trading banyak membantu para graduan dalam latihan industri berstruktur yang meningkatkan kebolehpasaran. Graduan diberi peluang melihat lebih dekat proses kerja yang sebenar dan dilatih menjadi seorang usahawan yang berdaya saing. Syarikat juga banyak membantu mereka dalam mempelajari dunia perniagaan dan langkah awal dalam memulakan perniagaan. Diharapkan program ini tidak terhenti begitu sahaja. Ianya harus diteruskan bagi menangani isu-isu pengangguran graduan. Para graduan juga perlu merebut inisiatif ini untuk membolehkan diri berada dalam kebolehpasaran.

Dihasilkan oleh: Shaliza Amira binti Sarif Ketua Program Perakaunan Perniagaan

You might also like