NOR AINI BINTI ABDULLAH 51, LORONG SERINDIT 4, TAMAN SERINDIT, 05460 ALOR STAR, KEDAH.

______________________________________________________________________________ HAL EHWAL KEMASUKAN PELAJAR BARU, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, 06010 UUM SINTOK, KEDAH DARULAMAN.

21 JULAI 2011.

MENDAPATKAN BORANG BIODATA PELAJAR Merujuk perkara di atas, saya Nor Aini Binti Abdullah telah mendapat surat tawaran melanjutkan pelajaran di UUM dalam bidang Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa sesi kemasukan 2011/2012. Saya juga telah mendapat Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baru. Namun, saya mempunyai masalah dalam mendapatkan boring biodata pelajar. 2. Dalam muka surat 7 dalam buku pendaftaran pelajar baru, telah disebutkan bahawa para pelajar baru harus melengkapkan semua borang yang disertakan dalam laman web http://www.uum.edu.my/kemasukan . Namun begitu, saya gagal untuk memasuki laman web tersebut dan gagal mendapatkan borang tersebut. 3. Diharapkan pihak pengurusan universiti dapat mengatasi masalah tersebut. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan university atas perhatian yang diberikan. Sekian,terima kasih. Yang benar, Nor Aini Abdullah.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful