Topik 1 Belanjawan

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Menjelaskan definisi belanjawan, kegunaan dan kelebihannya; Mengenal pasti DUA kumpulan belanjawan induk;

dan Kawalan Belanjawan

Mengenal pasti belanjawan-belanjawan yang terkandung dalam belanjawan operasi; Menyediakan penyata pendapatan pro-forma; Membincangkan belanjawan kewangan; Menyediakan lembaran imbangan pro-forma; Menyediakan belanjawan induk bagi firma perdagangan; dan Menyediakan belanjawan fleksibel.

PENGENALAN
Perkataan belanjawan bukanlah sesuatu yang baru dan asing dalam hidup kita. Sebagai individu, sama ada secara disedari atau tidak, kita mempraktikkan belanjawan. Menyedari bahawa sumber yang ada pada kita adalah terhad, maka perancangan dan kawalan untuk menggunakan sumber tersebut secara optimum adalah mendesak. Dari sinilah sebenarnya timbul konsep belanjawan. Bagi sesebuah perniagaan, perancangan yang rapi amat diperlukan, terutamanya di persekitaran perniagaan yang semakin kompleks. Ada pendapat yang mengatakan proses penyediaan belanjawan adalah sesuatu yang membuang masa dan kurang relevan kerana kita berada dalam persekitaran perniagaan yang dinamik dan terdapat banyak ketidaktentuan yang mungkin berlaku.

2

TOPIK 1

BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

Walau bagaimanapun, masih ramai lagi yang mempercayai bahawa belanjawan adalah satu alat perancangan yang baik. Ini kerana belanjawan mampu menolong pengurus merancang untuk memperoleh dan menggunakan sumber yang ada dalam syarikat untuk suatu tempoh yang spesifik. Topik ini akan membincangkan peranan dan kepentingan belanjawan sebagai alat perancangan dan kawalan serta pengukuran prestasi. Anda juga akan mempelajari teknik penyediaan belanjawan induk untuk syarikat perkilangan dan bukan perkilangan. Formula dan format setiap komponen belanjawan operasi dan kewangan turut diberikan untuk memberi kefahaman yang jelas tentang topik ini.

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK

TOPIK 1

BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

3

1.1 BELANJAWAN
1.1.1 Definisi Belanjawan
Apakah yang dimaksudkan dengan belanjawan? Belanjawan ialah satu pernyataan formal tentang perancangan pihak pengurusan dalam bentuk kuantitatif. Maksudnya, apa-apa perancangan yang dibuat oleh pihak pengurusan akan dinyatakan secara formal dalam bentuk angka untuk dikomunikasikan kepada ahli organisasi.

1.1.2 Kegunaan dan Kelebihan Belanjawan
Walaupun penyediaan belanjawan adalah satu proses yang memakan masa yang panjang, ia masih di anggap langkah yang kritikal dan amat diperlukan dalam sesebuah organisasi, baik kecil mahupun besar. Ini adalah kerana belanjawan memberi banyak kelebihan kepada organisasi. Antara kelebihan belanjawan ialah ia bertindak sebagai:

Rajah 1.1: Kelebihan belanjawan

(a)

Alat Perancangan Untuk pengetahuan anda, belanjawan menggalakkan pengurus berfikir ke hadapan, iaitu meramal dan bersedia dengan sesuatu perkara yang bakal terjadi pada masa hadapan. Dalam erti kata lain, organisasi yang tidak mempunyai belanjawan:

konflik berkaitan pengagihan sumber dapat dikurangkan. Di samping itu. Sebagai contoh. Ini adalah kerana sumber yang terhad memaksa syarikat mengagih dan mengguna sumber tersebut secara efektif. (iii) sukar menganalisis keputusan yang dicapai oleh organisasi kerana tidak ada alat pengukur yang jelas. Ini adalah kerana mereka merasa diri mereka dihargai apabila pandangan dan pendapat mereka diambil kira semasa penyediaan belanjawan tersebut. selepas mengambil kira pandangan semua pihak dalam organisasi. (c) Alat Pengagihan Sumber Seterusnya. tidak dapat meramalkan sebarang masalah yang bakal menimpa terlebih awal. belanjawan juga digunakan sebagai alat pengagihan sumber. Dengan itu.4 TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN (i) (ii) tidak mempunyai hala tuju yang jelas. dan (iv) tidak dapat melaksanakan pengukuran prestasi yang objektif. Belanjawan yang direka bentuk dengan mengambil kira pandangan pekerja selalunya akan meningkatkan motivasi mereka untuk bekerja. seseorang pengurus itu juga dapat mengetahui perancangan yang telah dibuat oleh pengurus bahagian lain. Pendek kata. pengurus tersebut dapat merancang tindakan yang selari bagi mencapai matlamat organisasi secara keseluruhannya. proses koordinasi dan integrasi dalam organisasi lebih mudah dilaksanakan dengan adanya belanjawan. Dalam erti kata lain. maka beliau dapat merancang tahap pengeluaran yang dapat memenuhi kehendak bahagian pemasaran. . apabila pengurus pengeluaran mendapat maklumat yang tepat tentang perancangan jualan yang telah dibuat oleh pengurus jualan. Syarikat yang tidak mempunyai belanjawan sering kali gagal mengagihkan sumber secara rasional dan sistematik. (b) Alat Komunikasi Kepada Seluruh Organisasi Belanjawan yang telah disiapkan oleh pihak pengurusan akan dihebahkan kepada ahli organisasi yang lain. Dengan bantuan belanjawan yang disediakan. belanjawan menjadi alat komunikasi antara beberapa pihak dalam organisasi. Belanjawan tersebut dijadikan panduan dalam merancang dan melaksana aktiviti agar dapat mencapai sasaran seperti yang telah ditetapkan.

tidak dinafikan pengukuran prestasi yang hanya semata-mata menggunakan belanjawan sebagai alat pengukur bukanlah sesuatu yang baik kerana banyak faktor luaran yang mungkin menyumbang kepada pencapaian tersebut.2 BELANJAWAN INDUK Apakah yang dimaksudkan dengan belanjawan induk? Belanjawan induk ialah belanjawan yang meringkaskan semua aktiviti yang telah dirancang oleh jabatan-jabatan dalam organisasi. adakah wajar bagi sebuah perniagaan runcit untuk menyediakan belanjawan? 1. yang merangkumi semua belanjawan di semua peringkat operasi. teknologi. Walau bagaimanapun. setelah mengetahui kegunaan dan kelebihan belanjawan. pesaing dan sebagainya. belanjawan induk akan mengandungi semua jenis belanjawan yang sepatutnya ada dalam sesebuah organisasi yang merangkumi jualan.1 Pada pendapat anda. yang akhirnya membolehkan penyata pro-forma (anggaran) disediakan. . Belanjawan induk juga merupakan output utama suatu sistem belanjawan. pengedaran dan kewangan (rujuk Rajah 1. AKTIVITI 1.TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN 5 (d) Alat Pengukuran Prestasi Belanjawan juga memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam menyediakan satu tanda aras (benchmark) dalam pengukuran prestasi. Pencapaian yang lebih baik daripada yang telah dirancangkan mungkin menandakan suatu prestasi yang boleh dibanggakan dan insentif boleh diberikan. misalnya keadaan ekonomi. Dalam belanjawan induk ini. Pendek kata. Maksudnya. pengeluaran. Konsep perakaunan tanggungjawab (responsibility accounting) boleh dipraktiskan dengan adanya data belanjawan yang efektif yang berfungsi sebagai asas untuk menilai prestasi sebenar.2). bolehlah disimpulkan bahawa belanjawan induk ini akan menceritakan kepada kita perancangan komprehensif pihak pengurusan dan bagaimana perancangan tersebut boleh dicapai. politik. semua hasil dan perbelanjaan akan dianggarkan.

2: Jenis-jenis belanjawan yang ada dalam sesebuah organisasi Secara umumnya. Fokus utama belanjawan operasi ialah Penyata Pendapatan dan jadual-jadual sokongan yang diperlukan bagi membantu penyediaannya. belanjawan yang terkandung di dalamnya (yang bertindak sebagai jadual sokongan) terdiri daripada belanjawan jualan. iaitu: (a) (b) Belanjawan operasi. Kadangkala. Daripada belanjawan-belanjawan ini juga. belanjawan operasi juga disebut sebagai pelan untung (profit plan).2. Bagi firma perkilangan pula. pengeluaran. belanjawan operasi terdiri daripada belanjawan jualan.1 Belanjawan Operasi Apakah yang dimaksudkan dengan belanjawan operasi? Belanjawan operasi adalah belanjawan yang menggariskan aktiviti firma. pemasaran. belanjawan kumpulan belanjawan. Secara umumnya. . satu penyata pendapatan pro-forma (jangkaan) dapat disediakan untuk mengetahui tahap keuntungan syarikat jika belanjawan yang dibuat tercapai. pentadbiran dan penyata pendapatan.6 TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN Rajah 1. induk boleh dibahagikan kepada DUA 1. belian. dan Belanjawan kewangan. kos barang dijual dan belanja operasi.

TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN 7 1.3: Jenis-jenis belanjawan operasi Mari kita perhatikan satu persatu belanjawan-belanjawan yang terkandung dalam belanjawan operasi.3 PENYEDIAAN BELANJAWAN OPERASI Terdapat ENAM jenis belanjawan operasi.2. SEMAK KENDIRI 1. .2 Belanjawan Kewangan Apakah yang dimaksudkan dengan belanjawan kewangan? Belanjawan kewangan merupakan satu perancangan yang menunjukkan bagaimana organisasi akan memperoleh sumber kewangannya bagi membiayai operasi. 1. iaitu: Rajah 1. Jelaskan dengan terperinci mengenai belanjawan operasi dan belanjawan kewangan. Belanjawan kewangan terdiri daripada Belanjawan Tunai dan Belanjawan Lembaran Imbangan.1 (a) (b) Senaraikan EMPAT jenis belanjawan induk.

Belanjawan jualan Anggaran jualan untuk tempoh akan datang. belanjawan jualan juga akan memberikan maklumat berkaitan dengan kutipan tunai yang dibuat untuk tempoh berkenaan. Ia memerlukan organisasi menganggarkan jualan untuk tempoh akan datang. Pemberian kredit kepada pelanggan masih diperlukan untuk menggalakkan jualan walaupun syarikat menghadapi risiko tidak boleh kutipan hutang (hutang lapuk). Di samping menunjukkan hasil jualan bagi sesuatu tempoh. Memberikan maklumat berkaitan kutipan tunai bagi tempoh berkenaan.8 TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN 1. tidak membuat semua jualan secara tunai. Adalah menjadi amalan biasa bagi sesebuah perniagaan. Dalam menyediakan belanjawan jualan. formula berikut digunakan: Hasil Jualan = Anggaran Kuantiti Jualan x Anggaran Harga Jualan .1 Belanjawan Jualan Belanjawan jualan ialah asas kepada belanjawan operasi. belanjawan jualan akan menjadi asas atau panduan kepada penyediaan belanjawan-belanjawan yang lain. Asas penyediaan belanjawan-belanjawan lain.3. Dalam perkataan lain.

Jadual 1.000 475.000 120.000 4.000 115.00 seunit. belanjawan jualan dapat disediakan seperti dalam Jadual 1.000 40. semua hasil jualan dapat dikutip dan tidak ada hutang lapuk diperuntukkan.000 Suku 4 7.000 75.000 30.1 Syarikat Guru Jaya baru memulakan perniagaan menjual peralatan sukan.000 75.000 90.2: Belanjawan Jualan Suku 1 Jualan: Unit Hasil Kutipan tunai: 60% bulan semasa 40% bulan lepas Jumlah (RM) 3.000 155. Jadual 1.000 175.000 100.000 60.000 Jumlah 19.000 Suku 3 5.000 Suku 2 4. Daripada maklumat di atas.000 105.TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN 9 Contoh 1.000 45.000 19.000 285.000 .000 Harga jualan adalah RM25. Ini bermakna.2.000 50.000 7.1.1: Jangkaan Jualan Tahun 2004 Suku 1 Suku 2 Suku 3 Suku 4 Jumlah Unit 3.000 405. Jangkaan jualan untuk empat suku tahun 2004 adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1. Dijangkakan 60% daripada jualan tersebut adalah secara tunai dan selebihnya akan dikutip dalam suku tahun yang berikutnya.000 5.000 45.000 125.

sebarang masalah pengeluaran yang timbul pada tempoh semasa lebih mudah diselesaikan. 1. Walau bagaimanapun. iaitu yang melibatkan peruntukan hutang lapuk. syarikat menyimpan inventori akhir pada peratus tertentu daripada jualan tempoh yang akan datang untuk menghindari masalah pengeluaran yang tidak dijangka. belanjawan pengeluaran juga dapat menolong syarikat mengawal tahap inventori supaya tidak terlalu kurang atau berlebihan. Oleh yang demikian. belanjawan pengeluaran perlu disediakan. Belanjawan pengeluaran akan menolong syarikat menganggarkan pengeluaran yang diperlukan supaya permintaan dapat dipenuhi.10 TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN Perhatikan bahawa semua hasil jualan dapat dikutip dalam suku tahun yang jualan tersebut berlaku dan selebihnya di suku tahun yang berikutnya. selepas menganggarkan unit jualan untuk setiap suku tahun. masalah lebihan inventori akan timbul dan ini akan membebankan syarikat kerana terpaksa menanggung kos penyimpanan (storage) yang tinggi. produk yang hendak dijual akan dikeluarkan sendiri. iaitu melibatkan dua suku tahun sahaja. Ia mungkin juga melibatkan kes yang tidak semua kutipan dapat dibuat. Bagi firma perkilangan. Di samping itu.2 Belanjawan Pengeluaran Belanjawan operasi seterusnya adalah belanjawan pengeluaran. Dengan adanya inventori akhir tempoh lepas. ada kes yang menyatakan kutipan mungkin dibuat dalam tiga suku tahun atau lebih.3. Unit Perlu Dikeluarkan = Unit Jualan + Inventori Akhir Inventori Awal . dan Mengawal tahap inventori agar tidak terlalu kurang atau berlebihan Kebiasaannya. Belanjawan Pengeluaran Membantu syarikat menganggarkan pengeluaran yang diperlukan berdasarkan permintaan. Inventori akhir tempoh lepas akan menjadi inventori awal tempoh semasa. Jika tahap inventori tidak dikawal.

Pertalian antara belanjawan pengeluaran dengan belanjawan belian bahan mentah amatlah kritikal dalam firma perkilangan. Belanjawan Pengeluaran dapat disediakan: Jadual 1.000 1.000 unit.3: Belanjawan Pengeluaran Suku 1 Jualan Inventori Akhir Jumlah Inventori Awal Unit Pengeluaran 3.000 1.3 Belanjawan Bahan Mentah Anda perlu faham bahawa selepas mengetahui anggaran unit pengeluaran. Daripada maklumat ini.000 20.300 Jumlah 19.2 Syarikat Guru Jaya memerlukan inventori akhir untuk sesuatu suku tahun adalah 10% daripada unit jualan suku tahun berikutnya. syarikat akan menyediakan satu perancangan pembelian bahan mentah yang dapat memenuhi tahap pengeluaran bagi sesuatu tempoh.000 (700) 7.500 (400) 4.400 Suku 2 4.000 700 5.000 500 4. Ini penting supaya pengeluaran tidak terbantut disebabkan kehabisan bahan mentah.700 (500) 5.100 Suku 3 5.000 20.400 3.3. Syarikat juga pada kebiasaannya akan membeli lebih daripada yang diperlukan untuk pengeluaran tempoh semasa dan akan menyimpannya sebagai inventori akhir bahan mentah bagi menghadapi sebarang kemungkinan peristiwa yang tidak dijangka seperti kehabisan stok bahan mentah di pasaran dan sebagainya. ia amat berguna dalam mewujudkan satu pengurusan inventori yang cekap.000 8. Begitu juga sebaliknya.TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN 11 Contoh 1.200 Suku 4 7.000 400 3. Bahan Mentah yang Diperlukan = Bahan Mentah untuk Pengeluaran Semasa + Inventori Akhir Bahan Mentah – Inventori Awal Bahan Mentah . Jangkaan unit jualan untuk suku pertama tahun berikutnya ialah 10.000 1.

944 7. Di samping itu.266 (166) 4.2kg 4.586 5.745 6.2 kg bahan mentah yang boleh dibeli pada harga RM7.12 TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN Merujuk contoh Syarikat Guru Jaya. dan baki 30% akan dibayar dalam suku tahun berikutnya.00 7.00 28.560 (73) 1.040 73 1.533 4.000 0.427 Suku 4 7.00 sekilogram.4: Belanjawan Belian Bahan Mentah Suku 1 Unit Pengeluaran Kadar Penggunaan Unit Penggunaan Inventori Akhir 3. Bayaran akan dibuat secara ansuran.2 kg 680 41 721 Inventori Awal Unit Belian Harga Belian Seunit (RM) Jumlah Harga Belian(RM) Bayaran: 70% Tempoh Semasa (RM) 30% Tempoh Lepas(RM) Jumlah Bayaran (RM) 3.000.100 7.228 9.00 10.460 100 1. katakan bagi setiap unit produk yang hendak dikeluarkan.4 berikut: Jadual 1. syarikat menggunakan 0.047 Suku 2 4. syarikat akan menyimpan 5% daripada keperluan bahan mentah untuk suku tahun berikutnya sebagai inventori akhir.700 * Diberi unit penggunaan yang diperlukan untuk keperluan bahan mentah bagi suku pertama tahun berikutnya adalah 2.00 5. Daripada maklumat ini.487 7.409 Jumlah 20.061 7.286 2.514 5.300 0.817 Suku 3 5. Belanjawan Belian Bahan Mentah adalah seperti Jadual 1.100 0.400 0.200 0. iaitu 70% dalam suku tahun ia dibeli.514 20.090 5.00 5.2 kg 1. .487 25.000 266 4.199 1.113 (52) 1.577 721 7.072 1.2 kg 1.2 kg 820 52 872 (41) 831 7.533 3.

125 Jumlah 20.3.000 0.5 Belanjawan Overhed Komponen kos produk yang ketiga (selepas bahan mentah dan buruh langsung) ialah overhed.300 0. Jadual 1.TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN 13 1. memerlukan 15 minit buruh langsung (0. yang terdiri daripada overhed berubah dan ovehed tetap (Rujuk Rajah 1.500 Suku 4 7.25 1.00 9. syarikat bolehlah membuat anggaran jumlah kos buruh langsung yang dijangka terlibat untuk tempoh berkenaan. Maka Belanjawan Buruh Langsung akan kelihatan seperti Jadual 1.25 850 5.250 Suku 2 4.3.100 0.400 0. Jumlah Kos Buruh Langsung = Bilangan Jam x Kadar Upah Sejam Katakan setiap unit produk yang dikeluarkan oleh Syarikat Guru Jaya. gaji penyelia pengeluaran dan susut nilai mesin pula dikatakan sebagai overhed tetap.00 6. buruh tidak langsung dan bahan mentah tidak langsung dianggap sebagai overhed berubah.25 5. maklumat yang diperlukan oleh syarikat ialah jam penggunaan buruh langsung bagi setiap unit produk dan juga kadar upah bagi setiap jam buruh langsung.000 1.25 1.5.025 5.00 4.000 5.00 sejam.4 Belanjawan Buruh Langsung Setelah mengetahui unit pengeluaran yang sepatutnya dikeluarkan untuk sesuatu tempoh.25 1.125 Suku 3 5.25 jam) dengan kadar upah sebanyak RM5.200 0. Manakala.5: Belanjawan Buruh Langsung Suku 1 Unit Pengeluaran Kadar Penggunaan Jam Penggunaan Kadar Upah (RM) Jumlah Kos (RM) 3.00 25.4). Bagi menyediakan belanjawan buruh langsung.300 5.00 5.825 5. . Sebagai contoh.

500 40. belanja susut nilai.50 1.50 10.025 1. Maka belanjawan overhed adalah seperti Jadual 1. belanja jualan dan petadbiran adalah untuk belanja yang terlibat di jabatan-jabatan lain selain daripada jabatan pengeluaran.000 (2.200) 10.50 2.50 Jumlah 5.000 (2.000 (8.6: Belanjawan Overhed Suku 1 Jam Buruh Langsung Kadar OH Berubah (RM) Kos OH Berubah (RM) Overhed Tetap (RM) Susut Nilai (RM) Pembayaran 850 1.3.825 1.6 berikut: Jadual 1.300 1.737.50 1.14 TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN Rajah 1.50 7.200) 9.537.275 10.000 (termasuk susut nilai mesin RM2.50 bagi setiap jam buruh langsung yang digunakan dan overhed tetap bagi setiap suku tahun ialah RM10. Katakan kadar overhed berubah untuk Syarikat Guru Jaya ialah RM1.700 1. Walau bagaimanapun.000 1.075 Suku 2 1.950 10.800) 38.50 1.50 10. pelarasan untuk perbelanjaan yang tidak melibatkan aliran keluar tunai diperlukann misalnya.000 (2.50 Suku 3 1.4: Belanjawan overhed Dalam mengira pembayaran tunai untuk overhed.537.337.200) 9.6 Belanjawan Belanja Jualan dan Pentadbiran Seterusnya.200) 9.750 Suku 4 1. belanja-belanja ini merupakan belanja sokongan untuk membolehkan syarikat .200).000 (2.

30 43. Maka.000 12.000 155.000 120. Berikut adalah jangkaan jualan bagi syarikat beliau pada bulan Januari sehingga April 2007 di mana harga jualan barang adalah RM50 seunit: Bulan (2007) Januari Februari March April Jumlah Jumlah Jualan (RM) 90.700 AKTIVITI 1.200 6.000 RM2. Semua belanja jualan dan pentadbiran dibayar tunai dalam suku tahun ia dilibatkan.000 195.000 .900 6.000 RM2.700 24.900 Suku 2 4.000 RM2.7: Belanjawan Belanja Jualan dan Pentadbiran Suku 1 Unit Jualan Kadar JP Berubah JP Berubah (RM) JP Tetap (RM) Jumlah JP (RM) 3.100 6. Belanjawan Jualan dan Pentadbiran (JP) adalah seperti jadual 1.500 6.000 15.000 RM2.500 Suku 4 7.30 6. Antara contoh belanja sokongan ini ialah belanja pemasaran komisen jurujual dan sebagainya.000 17.000 22.100 Jumlah 19. Sebagai contoh.TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN 15 mendapat keuntungan.200 Suku 3 5. katakanlah belanja jualan dan pentadbiran untuk Syarikat Guru Jaya ialah RM2.000 67.30 16.000 RM2.30 9.4 Syarikat Zullyn adalah sebuah syarikat yang menjual barang-barang kraftangan berasaskan rotan.30 11.30 bagi setiap unit jualan (berubah) dan RM6.000 560.7 berikut: Jadual 1.000 bagi setiap suku tahun (tetap).

Belanjawan Pengeluaran. Belanjawan Overhead. Belanjawan Buruh Langsung. (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Belanjawan Jualan.000 dan RM85.000. Kadar upah buruh langsung ialah RM6. sediakan.00 per unit jualan (c) (d) Berdasarkan maklumat yang diberikan di atas.5 jam. dan Belanjawan Belanja Jualan Dan Pentadbiran. (b) Syarikat juga memperuntukkan 10% daripada unit jualan bulan berikutnya sebagai keperluan semasa inventori akhir. Maklumat berikut adalah berkaitan dengan overhed dan belanja jualan dan pentadbiran: Overhed tetap Overhed berubah Belanja jualan dan pentadbiran tetap Belanja jualan dan pentadbiran berubah RM15. Jangkaan unit jualan bagi bulan Mei ialah RM210.50 untuk setiap unit yang dihasilkan di mana setiap unit memerlukan masa sebanyak 0.16 TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN (a) Pihak pengurusan menjangkakan kutipan tunai daripada jualan adalah seperti berikut: Pelanggan membayar 60% daripada jumlah jualan bulan semasa secara tunai.50 per jam buruh langsung RM4.000. Belanjawan Belian Bahan Mentah. . Jumlah jualan bagi bulan November dan Disember ialah RM70. 60% bayaran untuk pembelian bahan mentah di buat pada bulan semasa manakala bakinya dibayar pada bulan berikutnya. 20% pada bulan kedua jualan dilakukan dan selebihnya dibayar pada bulan yang berikutnya.500 RM3.000 RM1.

700) (1. Kos seunit barang siap ialah RM5. maka penyata pendapatan proforma dapat disediakan. overhed berubah RM0.5 BELANJAWAN KEWANGAN Setelah mengetahui belanjawan-belanjawan yang terlibat dalam belanjawan operasi.025.700 (700) 28.000 unit (diambil daripada belanjawan pengeluaran). Penyata ini ditunjukkan dalam Jadual 1.00).000 0 0 28.700 28.000 unit ialah 1. .375 dan overhed tetap RM2.40.525 (67.4 PENYEDIAAN PENYATA PENDAPATAN PRO-FORMA Setelah mendapatkan kesemua maklumat yang diperlukan daripada belanjawan yang terdapat dalam belanjawan operasi. iaitu RM5. anda akan didedahkan pula kepada belanjawan yang terlibat dalam belanjawan kewangan.000 x RM5.Inventori Akhir Barang Siap Untung Kasar Belanja Operasi: Jualan dan Pentadbiran Belanja-belanja lain: Faedah Pendapatan Bersih RM RM 475.8 berikut: Jadual 1.000 100.025 seunit (bahan mentah RM1.025.475) 379.500 (5.500 40. 1.Inventori Akhir Buruh Langsung Overhed Kilang Berubah Overhed Kilang Tetap .000 7.225 Nota: Inventori akhir barang siap ialah 1.TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN 17 1.8: Penyata Pendapatan Pro-Forma RM Jualan Kos Barang Dijual: Inventori Awal Barang Siap Kos Barang Dikilang: Inventori Awal Bahan Mentah + Belian Bahan Sedia untuk Diguna . buruh langsung RM1. Maka kos barang siap untuk 1.25.000 25.025) (95.600) 310.

maka syarikat tidak perlu membuat pinjaman bagi tujuan pembiayaan. Pembayaran Bahagian ini akan menyenaraikan semua aliran keluar tunai seperti pembelian bahan mentah. kurangan tersebut perlulah ditampung melalui pembiayaan daripada pihak luar. Jika ada lebihan tunai. boleh dibahagikan kepada EMPAT bahagian yang utama seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Sebaliknya. secara umumnya. pembayaran overhed. pembayaran belanja jualan dan pentadbiran serta pembayaranpembayaran lain yang dibuat oleh syarikat. antara lain.5: Belanjawan tunai (a) Penerimaan Ia akan menyenaraikan semua sumber tunai sesebuah syarikat. jika berlaku kurangan. Rajah 1. juga akan dimasukkan di bahagian pembayaran. Lebihan atau Kurangan Tunai Lebihan atau kurangan tunai pula diperoleh daripada hasil tolakan antara bahagian (a) dengan (b). pembayaran upah buruh langsung. contohnya mesin. Selalunya sumber utama penerimaan adalah dari jualan barangan. Sebaliknya. Pembelian aset. jika penerimaan kurang daripada pembayaran belanjawan tunai juga akan menunjukkan bagaimana kurangan tersebut ditampung (pembiayaan). Ia juga akan menunjukkan bagaimana tunai tersebut digunakan jika ada lebihan tunai yang melebihi daripada keperluan operasi syarikat (pelaburan).1 Belanjawan Tunai Belanjawan tunai memberi maklumat kepada syarikat. (b) (c) . tentang tunai yang diterima dan tunai yang dibayar. Belanjawan tunai. selain daripada pembiayaan.5.5.18 TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN 1.

ia juga menerangkan pembayaran balik pinjaman tersebut. dan (v) Dalam suku tahun yang pertama. syarikat juga membeli sebuah mesin secara tunai dengan kos RM25. . Katakanlah: (i) (ii) Tunai awal yang dilaburkan oleh syarikat bagi menjalankan perniagaan ialah RM20. Jika terdapat lebihan daripada tahap maksimum RM5. walaupun ada lebihan tunai. Di samping memperincikan penerimaan pembiayaan.TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN 19 Walau bagaimanapun. Daripada maklumat yang terdahulu dan sedikit maklumat lain. Polisi syarikat ialah menetapkan tunai minimum yang perlu ada di hujung setiap suku tahun ialah RM50. (d) Pembiayaan Ruangan ini akan digunakan apabila syarikat terpaksa membuat pinjaman daripada pihak luar bagi membiayai kurangan. (iv) Pinjaman akan dibayar pada hujung suku tahun apabila ada kemampuan. maka lebihan tersebut akan dilaburkan untuk mendapatkan pulangan.000. Terdapat juga kes yang polisi syarikat menyatakan ia akan membuat pelaburan bagi lebihan tunai yang terlalu banyak. Sebagai contohnya.000. kadangkala polisi syarikat memerlukan sejumlah tunai minimum perlu ada dalam syarikat.000.000. iaitu penerimaan melebihi pembayaran.000 sahaja. bolehlah kita cuba menyediakan Belanjawan Tunai untuk Syarikat Guru Jaya. pembiayaan masih perlu dilakukan semata-mata untuk memenuhi keperluan minimum tersebut. iaitu yang terdiri daripada prinsipal dan faedah. polisi syarikat ialah menghadkan lebihan tunai yang sepatutnya ada dalam syarikat adalah setakat RM5. (iii) Pinjaman boleh dibuat dalam gandaan seribu pada awal suku tahun yang diperlukan pada kadar faedah 8%. Dalam kes sebegini.

000 193. Jadual 1.422 3.249 104.200 35.20 TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN Belanjawan tunai akan kelihatan seperti dalam Jadual 1.000 405.125 9.422 25.600) 241.022 40.000 181.000 54.242 (40.600) (41.125 10.993 6.075 12.586 5.242 50.750 17.393 Suku 4 137.000 50.000 AKTIVITI 1.6 Berikut adalah maklumat kewangan Syarikat Citra bagi bulan Januari hingga Mac 2007: .699 241.242 Suku 3 63.9.699 50.250 9.699 9.500 40.000 87.758) 40.000 425.699 155.600) (1.000 38.422 (40.000 292.993 50.393 137.944 6.000 45.000) (1.000 140.600) 63.978 243.000 191.000 65.422 50.000 5.900 25.514 9.242 90.694 137.000 54.577 25.699 Jumlah 20.701 67.700 25.277 241.9: Belanjawan Tunai Suku 1 Baki Awal + Penerimaan Tunai dari P l = Tunai dari Operasi (a) ( ) Pembayaran: Bahan Mentah Buruh Langsung Overhed Kilang Belanja Operasi Pembelian Aset Jumlah Pembayaran (b) = Baki sebelum Pinjaman (a) .338 15.002 50.538 22.000 (39.(b) ( ) Tunai Minimum (c) = Lebihan / (Kurangan) (d) Pinjaman Pembayaran: Prinsipal Faedah Lebihan / (Kurangan) (e) Baki Akhir Tunai (c) + (d) + (e) 40.000) (1.533 4.100 51.500 9.758 10.000 20.000 Suku 2 50.000 178.393 115.

.000 RM12.000.500 RM3.000 RM6.000 RM3.500 RM6.840.200 Data Diramal bagi tahun 2007 Januari RM25.000 RM12.000 pada kadar faedah 12% setahun dan dibayar pada setiap bulan.500 RM2.500 RM6.800 Jualan Belanja jualan dan pentadbiran Overhead Bahan mentah Buruh langsung (a) 60% daripada jualan merupakan jualan tunai yang dapat dikutip pada bulan semasa.550 dan dibayar pada 15 Mac 2007. (b) (c) (d) (e) Sediakan belanjawan tunai bagi Syarikat Ceria untuk tempoh 3 bulan bermula Januari 2007 hingga Mac 2007.800 Februari RM20. Polisi syarikat menetapkan baki tunai minimum yang perlu ada di hujung setiap bulan ialah RM10.000 perlu dibuat pada 28 Februari 2007.500 RM4.500 RM3.800 Mac RM40. Syarikat mempunyai pinjaman bernilai RM12.000 RM11.000 RM13. Cukai adalah sebanyak RM 4.000 RM12.TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN 21 (a) (b) Baki tunai pada 31 Disember 2006 ialah RM13.200 RM6. 30% dikutip pada bulan kedua dan bakinya dikutip pada bulan ketiga.500 RM6. Prinsipal bagi pinjaman tersebut sebanyak RM2.000 Disember RM35.000 RM2. Bayaran bagi pembelian bahan mentah dibuat pada bulan ia dibeli manakala pembayaran bagi belanja jualan dan pentadbiran dan overhed dibuat pada bulan berikutnya.000 RM3.000 RM2.500 RM3. Pegawai kewangan juga telah menyediakan maklumat jualan: Data Sebenar bagi tahun 2006 Bulan November RM25. Buruh langsung dibayar pada setiap bulan yang berkenaan.000 RM2.

800) 317.422 5.000 310.000 (8. iaitu satu penyata yang memberikan kedudukan kewangan syarikat tersebut sekiranya semua perancangan mencapai sasaran seperti yang diharapkan.225 333.147 RM RM 16.6 PENYEDIAAN LEMBARAN IMBANGAN PRO-FORMA Akhirnya.025 700 70. syarikat bolehlah menyediakan satu Lembaran Imbangan Pro-Forma.347 3.225 330.347 .22 TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN 1.200 333. Lembaran Imbangan ProForma dapat disediakan seperti yang berikut: Syarikat Guru Jaya Lembaran Imbangan Pro-Forma pada Suku Tahun 2004 RM Aset Semasa Tunai Inventori Barang Siap Inventori Bahan Mentah Akaun Belum Terima Aset Tetap Mesin Susut Nilai Terkumpul Jumlah Aset Liabiliti Akaun Belum Bayar Ekuiti Pemilik Modal Pendapatan Tertahan Liabiliti dan Ekuiti Pemilik 20. selepas semua belanjawan lain sudah disediakan. Dengan menggunakan contoh Syarikat Guru Jaya.000 25.122 241.

Ini bermakna. Bagi memudahkan anda membezakan di antara belanjawan untuk firma perkilangan dengan firma perdagangan. Jangkaan jualan untuk empat suku tahun 2004 adalah seperti yang berikut: Tahun 2004 Suku 1 Suku 2 Suku 3 Suku 4 Jumlah Unit 3. Apakah yang dimaksudkan dengan firma perdagangan? Firma perdagangan ialah perniagaan yang menjual barangan tetapi barangan tersebut tidak dikilangkan sendiri.00 seunit.000 19.000 Harga jualan adalah RM25. kita akan menggunakan contoh yang sama. Contoh 1.000 5. semua hasil jualan dapat dikutip dan tidak ada hutang lapuk diperuntukkan.TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN 23 1. iaitu belanjawan operasi dan belanjawan kewangan. 1.000 4. .7.3 Syarikat Guru Jaya baru memulakan perniagaan menjual peralatan sukan.000 7. Bekalan barangan didapati daripada pembekal luar.1 Belanjawan Jualan Dengan menggunakan contoh yang sama.7 PENYEDIAAN BELANJAWAN INDUK BAGI FIRMA PERDAGANGAN Bahagian ini akan mengilustrasikan penyediaan belanjawan induk. Dijangkakan 60% daripada jualan tersebut adalah secara tunai dan selebihnya akan dikutip dalam suku yang berikutnya. belanjawan jualan untuk Syarikat Guru Jaya dapat disediakan. tetapi sekarang kita mengandaikan Syarikat Guru Jaya adalah firma perdagangan.

000 500 (400) 4.11: Belanjawan Belian Suku 1 Jualan: Inventori Akhir Inventori Awal Unit Belian Harga Belian Seunit Bayaran:80% Tempoh Semasa 20% Tempoh Lepas Jumlah Bayaran 27.000 115.000 200.2 Belanjawan Belian Diandaikan Syarikat Guru Jaya adalah firma perdagangan.000 125.000 120.300 73.000 405.200 3.400 185.400 34.400 Inventori Awal .000 1.800 39.000 160.000 20.000 32.000 Suku 2 Suku 3 Suku 4 Jumlah 1.000 175.000 4.00 seunit dan bayaran kepada pembekal dibuat secara ansuran. Maka belanjawan belian akan kelihatan seperti di Jadual 1. maka belanjawan belian perlu disediakan.400 10.000 285.000 30.000 700 (500) 5. iaitu 80% dalam tempoh semasa dan baki 20% dalam tempoh yang berikutnya.600 8.000 58.800 Suku 4 7.000 45.00 25.000 40.000 75.200 52.000 19.7.000 105.200 49.000 60.000 50.400 68.000 100.800 Jumlah 19.800 6.000 41.10: Belanjawan Jualan Suku 1 Jualan: Unit Hasil Kutipan Tunai: 60% Bulan Semasa 40% Bulan Lepas Jumlah 45.000 155.000 7.000 90.11.200 Suku 2 4.000 75.000 1.000 (700) 7.24 TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN Daripada maklumat di atas.000 27.000 5.000 3.000 400 3. Katakan harga belian produk ialah RM10.600 Suku 3 5.000 475.100 41. Unit yang perlu Dibeli = Unit Jualan + Inventori Akhir Jadual 1. belanjawan jualan dapat disediakan seperti yang berikut: Jadual 1.

340) 207.7.500) (1.700 8.13.000 22.TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN 25 1.000 15. . Ia akan kelihatan seperti dalam Jadual 1.200 6.000 RM2.000 RM2.800 (76.000 unit pada kos belian RM10.30 16.200 Suku 3 5.000 200.000 (10.100 6.00 seunit (diambil dari belanjawan belian).13: Penyata Pendapatan Pro-Forma RM Jualan Kos Barang Dijual: Inventori Awal Barang Siap Belian Kos Barang Sedia untuk Dijual Inventori Akhir Untung Kasar Belanja Operasi: Jualan dan Pentadbiran Susut Nilai Belanja-belanja Lain: Faedah Pendapatan Bersih 67.30 11.000 67.100 Jumlah 19.000 285.000 RM2.000 Nota: Unit inventori akhir barang siap ialah 1.900 Suku 2 4.000 RM2.4 Penyediaan Penyata Pendapatan Pro-forma Penyata Pendapatan pro-forma yang perlu disediakan nampak lebih ringkas kerana tidak banyak item yang terlibat dalam mengira kos barang dijual.30 6.900 6.12: Belanjawan Belanja Jualan dan Pentadbiran Suku 1 Unit Jualan Kadar JP JP Berubah JP Tetap Jumlah JP 3.500 Suku 4 7. Jadual 1.700 1.500 6.7.30 9.700 24.160 0 200.000 RM2.000 17.30 43.000 12.000) 190.3 Belanjawan Belanja Jualan dan Pentadbiran Belanjawan belanja jualan dan pentadbiran adalah sama seperti contoh sebelum ini: Jadual 1.000 RM 475.

100 49.800 86. belanjawan tunai dapat disediakan.200 12. Polisi syarikat ialah menetapkan tunai minimum yang perlu ada di hujung setiap suku tahun ialah RM50.500 67.000 27.460 425.100 146.000 39.020) (16.780 50.100 50.000 = Lebihan/ (50. belanjawan tunai akan kelihatan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.700 25.26 TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN 1. Jadual 1.000 Suku 3 50.560 .600 15.460 (145. Katakanlah tunai awal yang dilaburkan oleh syarikat bagi menjalankan perniagaan ialah RM20.000 (35.080 81. Pinjaman akan dibayar pada hujung suku tahun apabila ada kemampuan.900 51.000 (a) ( ) Pembayaran: Belian Barang Siap Belanja Operasi Pembelian Aset Jumlah Pembayaran (b) = Baki sebelum Pinjaman (a) (b) ( )Tunai Mimimum (c) 50.800 17.320) (51. Dalam suku tahun yang pertama.000.14.020) (36.080 115.780) 68.000 Baki Awal + Penerimaan Tunai dari Pelanggan = Tunai dari Operasi 65.000 51.000 (96.340) 50.000 36.000 (95.460 155.900 145.800 22.100 (100) 140.080 236.000 Jumlah 20.200 54.560) 185.900 165.000 65. syarikat juga membeli sebuah mesin secara tunai dengan kos RM25.000 45.5 Belanjawan Tunai Dengan menggunakan contoh yang terdahulu.100) (Kurangan) (d) Pinjaman Pembayaran:Prinsipal Faedah Lebihan/ (Kurangan) dari Pembiayaan (e) Baki Akhir Tunai (c) + (d) + (e) 50.900 50.7.340) (1. Maka.900 90.900 25.000.560 50.900) 51.14: Belanjawan Tunai Suku 1 20.000) (1.000.300 97.000) (320) (16.100 90.560) 145.000 (47. Pinjaman boleh dibuat dalam gandaan seribu pada awal suku tahun yang diperlukan pada kadar faedah 8%.000 Suku 2 50.000 405.000) (1.400 67.000 278.000 Suku 4 81.

560 10.760 14.760 145. syarikat bolehlah menyediakan satu lembaran imbangan pro-forma.800) 16.560 RM RM Daripada contoh yang diilustrasikan. .TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN 27 1.000 207. iaitu belanjawan untuk syarikat perkilangan dan syarikat bukan perkilangan.160 241.000 225. iaitu satu penyata yang memberikan kedudukan kewangan syarikat tersebut sekiranya semua perancangan mencapai sasaran seperti yang diharapkan.7.000 70. selepas semua belanjawan lain sudah disediakan. dapat disimpulkan tidak terdapat banyak perbezaan yang ketara.000 (8.200 241.6 Penyediaan Lembaran Imbangan Pro-forma Akhirnya. Cuma boleh dikatakan di sini bahawa penyediaan belanjawan untuk syarikat bukan perkilangan adalah lebih mudah dan ringkas kerana bilangan belanjawan yang perlu disediakan berkurangan.600 25.160 227. Syarikat Guna Jaya Lembaran Imbangan Pro-Forma pada Suku Tahun 2004 RM Aset Semasa Tunai Inventori Barang Siap Akaun Belum Terima Aset Tetap Mesin Susut Nilai Terkumpul Jumlah Aset Liabiliti Akaun Belum Bayar Ekuiti Pemilik Modal Pendapatan Tertahan Liabiliti dan Ekuiti Pemilik 20.

000 RM 1.000 Syarikat Bulan Bintang Belanjawan Belanja Jualan Dan Pentadbiran Disember 2007 Gaji Komisen Sewa Lain-lain Belanja Belanja Jualan Dan Pentadbiran Dikehendaki: Sediakan Penyata Pendapatan Pro Forma bagi bulan berakhir Disember 2007 bagi Syarikat Bulan Bintang.000 RM 9.000 .7 Syarikat Bulan Bintang telah menyediakan maklumat dibelanjawankan bagi bulan Disember seperti berikut: Syarikat Bulan Bintang Belanjawan Jualan Disember 2007 Unit Jualan Dijangka X Harga Jualan Dijangka = Jumlah Jualan Dijangka Syarikat Bulan Bintang Belanjawan Kos Barang Dijual Disember 2007 Unit Jualan Dijangka X Kos Seunit Dijangka Kos Barang Dijual 10.500 RM 3.00 o RM 12.28 TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN AKTIVITI 1.000 RM 800 RM 80. RM 18.500 RM 32.000 10.000 RM 12.

000 unit jualan. dapatlah dikatakan bahawa belanjawan fleksibel mampu menawarkan satu kaedah penilaian prestasi yang lebih adil kerana ia mengambil kira beberapa tingkat aktiviti semasa belanjawan disediakan.000 unit produk pada harga RM2. Walau bagaimanapun.TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN 29 1.000 daripada yang sepatutnya. . jika belanjawan fleksibel digunakan. Daripada penerangan tadi.00 seunit.8 BELANJAWAN FLEKSIBEL Pada awal topik ini. Jika belanjawan statik digunakan sebagai asas pengukuran prestasi. Prestasi sebenar yang dicapai akan dibandingkan dengan prestasi yang sepatutnya dicapai seperti yang disasarkan dalam belanjawan. iaitu kurang RM2. Pencapaian sebenar menunjukkan hasil jualan adalah sebanyak RM12. pusat tanggungjawab akan dipersoalkan tentang perbezaan tersebut. ada disebut bahawa belanjawan juga boleh digunakan sebagai alat pengukuran prestasi. Walau bagaimanapun. Sebagai contoh. katakan dalam belanjawan jualan dianggarkan hasil jualan sebanyak RM10.000. asalkan ia berada pada julat relevan. Perbandingan yang dibuat adalah tidak tepat kerana membandingkan dua perkara yang tidak boleh dibandingkan (not comparable). iaitu untuk jualan 5.000 untuk 6. Berdasarkan andaian bahawa belanjawan fleksibel adalah alat pengukuran prestasi yang lebih baik jika dibandingkan dengan belanjawan statik. sudah tentu Jabatan Pemasaran dikatakan cekap kerana mendapat hasil melebihi daripada yang disasarkan. maka kita cuba mempelajari bagaimana ia disediakan. Belanjawan fleksibel juga dikatakan dinamik sifatnya kerana ia boleh disesuaikan pada pelbagai tingkat aktiviti.000. sudah tentu ia akan menimbulkan isu yang berpanjangan. jika belanjawan statik iaitu belanjawan yang tidak mengambil kira tingkat aktiviti digunakan sebagai asas perbandingan. Jika terdapat perbezaan. Jabatan Pemasaran sebenarnya tidak cekap kerana hanya mendapat hasil RM12.

000 18.500 31.500 26.000 56.500 3.000 unit adalah seperti yang berikut: Kos Berubah: Pengeluaran Jualan dan Pentadbiran Kos Tetap: Pengeluaran Jualan dan Pentadbiran Harga jualan adalah pada RM8.4 Syarikat Putra menganggarkan kos berubah dan kos tetapnya untuk pengeluaran pada julat relevan 5. Dalam julat relevan yang sama.000 14.00 seunit RM0.700 3.000 3. Jika belanjawan induk yang statik sifatnya dijadikan asas pengukuran prestasi.500 42.000 2. bagaimana anda hendak menggunakan belanjawan fleksibel ini sebagai alat pengukuran prestasi.000 72.000 40.500 21.000 2.30 TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN Contoh 1. Katakan belanjawan induk syarikat ialah pada tingkat aktiviti 9. RM3.200 Cuba anda perhatikan bahawa belanjawan fleksibel akan mengunjurkan pendapatan operasi pada beberapa tingkat aktiviti dalam julat relevan yang sama. Sekarang.300 47. kos tetap adalah sama.70 seunit Belanjawan fleksibel Syarikat Putra akan kelihatan seperti berikut: Tingkat Aktiviti Hasil Jualan Kos Berubah: Pengeluaran Jualan dan Pentadbiran Margin Sumbangan Kos Tetap: Pengeluaran Jualan dan Pentadbiran Pendapatan Operasi 5. pra-syarat untuk menyediakan belanjawan fleksibel ialah mengetahui struktur (formula) kos syarikat.100 3.000 unit hingga 9. Perlu diingatkan di sini.000 7.000 unit. Anda telahpun mempelajari konsep kos dalam bab awal kursus ini.900 37.000 RM2.000 2.000 6.600 9. anda akan mendapat varians seperti yang berikut: .000 10.500 RM2.000 4.00 seunit. tetapi tingkat aktiviti sebenar syarikat adalah pada tingkat 7.000 unit.

400 4.700 4.700 3.000 (N) 2.000 adalah tidak munasabah.000 18. .000 72.200 42. Kewujudan varians menandakan kecekapan dan ketidakcekapan.000 3. Bagi mengatasi masalah tersebut. Varians belanjawan fleksibel menggunakan tingkat aktiviti yang sama semasa mencari varians.000 (P) 1.600 + 1.000 (N) (2.000 (N) 2.500 Belanjawan Induk 9.000 (P) 700 (P) 300 (P) N = Negatif P = Positif Daripada perbandingan di atas.000 15. Walau bagaimanapun. Inilah sebab mengapa dikatakan belanjawan induk bukanlah satu alat pengukuran prestasi yang baik. kesilapan mungkin terjadi tanpa disedari kerana perbandingan yang dibuat antara tahap sebenar 7.400) dan pihak pengurusan mungkin tidak membuat penyiasatan terhadapnya kerana kos sebenar kurang daripada kos yang dibelanjawankan. Namun.000 unit dengan belanjawan induk pada tingkat aktiviti 9. Kesilapan ini mungkin membawa kesan yang tidak baik kerana pihak pengurusan beranggapan bahawa mereka bijak mengawal kos berubah.900 49.400 (N) 2. Sedangkan varians tingkat aktiviti menggunakan tingkat aktiviti yang berbeza dan kewujudan varians hanyalah disebabkan berbezanya tingkat aktiviti.000 2.300 47.000 6. satu jadual analisis varians perlu disediakan untuk menunjukkan dengan lebih terperinci dan jelas varians tersebut sama ada disebabkan varians belanjawan fleksibel atau varians tingkat aktiviti.600 (N) 1.500 42. hakikatnya belum pasti sebelum analisis yang lebih lanjut dibuat. varians kos berubah ialah 4.200 Varians 2.000 70.TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN 31 Sebenar Tingkat Aktiviti Hasil Jualan Kos Berubah: Pengeluaran Jualan dan Pentadbiran Margin Sumbangan Kos Tetap: Pengeluaran Jualan dan Pentadbiran Pendapatan Operasi 7.

000 4.900 (P).400 (N) 2.000 72.500 42.000 2.300 47.000 (P).700 4.000 (P) 700 (P) 300 (P) (a) Tingkat Aktiviti Hasil Jualan Kos Berubah: Pengeluaran Jualan dan Pentadbiran Margin Sumbangan Kos Tetap: Pengeluaran Jualan dan Pentadbiran Pendapatan Operasi 7.000 70.600 (N) - Jumlah Varians 2.000 (N) 4.600 (c) 9.000 (N) 1. Kesimpulannya.400 (P) 12.000 56.000 18.500 31.000 (P) 1. Analisis ini menunjukkan pengurusan syarikat.400 4.000 2. bagi tujuan pengukuran prestasi.15: Jadual Perbandingan Sebenar BÊwan BÊwan Varians BÊwan Fleksibel (a-b) 14. belanjawan fleksibel lebih sesuai digunakan dan bukannya varians keseluruhan.100 3.000 (N) mungkin akan menyebabkan pihak pengurusan menyalahkan Jabatan Jualan.900 (P) 10.000 (P) 1. . secara umumnya cekap dalam mengendalikan perniagaan kerana wujud belanjawan fleksibel RM10. Varians hasil jualan keseluruhan RM2.000 (N) 2. Walau bagaimanapun.000 (P) 700 (P) 10.600 (N) Varians Tingkat Aktiviti (b-c) 2.600 (P) 1.000 6.600 (N) 1.900 (P) dan varians tingkat aktiviti RM10.900 49.600 (N).000 14.000 (N) 2.32 TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN Jadual 1.500 (b) 7.700 3.200 Jadual perbandingan di atas menunjukkan dengan jelas bahawa varians pendapatan operasi sebanyak RM300 (P) adalah disebabkan oleh varians belanjawan fleksibel RM10.000 15.000 (N) 16.400 (N) 10.000 3.900 37.200 42. belanjawan fleksibel dapat mengelakkan terjadinya kejadian tersebut kerana ia jelas menunjukkan Jabatan Jualan cekap kerana dapat menghasilkan varians fleksibel RM14.

000 RM0.7 Sebuah firma mempunyai maklumat yang berikut: Tahap pengeluaran maksimum Bahan mentah Buruh langsung Overhead tetap Jualan dan pentadbiran : Tetap Berubah 10. anggaran Belanjawan Operasi Belanjawan Kewangan Belanjawan Jualan .000 dan 10. anda telah diperkenalkan dengan satu alat pengurusan yang mampu menolong pihak pengurusan dalam merancang dan mengawal organisasi.000 unit RM5 per unit RM4 per unit RM20. · Belanjawan yang menggariskan aktiviti firma. · Satu perancangan yang menunjukkan bagaimana organisasi akan memperoleh sumber kewangannya bagi membiayai operasi. Belanjawan Belanjawan Induk · Satu pernyataan formal tentang perancangan pihak pengurusan dalam bentuk kuantitatif.25 per unit Sediakan belanjawan fleksibel pada tahap pengeluaran 7. 9. Secara keseluruhannya.000 unit.TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN 33 AKTIVITI 1. boleh juga digunakan sebagai alat pengukuran prestasi. Malah. Topik ini telah menerangkan kepada anda kepentingan belanjawan. · Belanjawan yang menunjukkan jualan untuk tempoh akan datang. dengan limitasi tertentu. belanjawan juga. cara penyediaannya dan akhir sekali bagaimana belanjawan fleksibel boleh menjadi alat yang lebih baik untuk maksud pengukuran prestasi.000 RM1.000. · Belanjawan yang meringkaskan semua aktiviti yang telah dirancang oleh jabatan-jabatan dalam organisasi.

pembayaran. · Belanjawan yang menyediakan perancangan pembelian bahan mentah yang dapat memenuhi tahap pengeluaran bagi sesuatu tempoh. Syarikat Ronas adalah sebuah syarikat yang menjual barang niaga. Maklumat berikut telah dikumpulkan dan diberikan kepada anda untuk tujuan penyediaan belanjawan induk pada suku pertama tahun 2004. (a) Jualan sebenar untuk Bulan Disember 2003 dan anggaran jualan untuk bulan Januari hingga Mei 2004 adalah seperti yang berikut: Bulan Disember 2003 Januari 2004 Februari 2004 Mac 2004 April 2004 Mei 2004 Jualan (RM) 30. 2.000 25. · Belanjawan yang menganggarkan jumlah kos buruh langsung bagi sesuatu tempoh.000 40. · Belanjawan yang berubah dan tetap.000 (b) 30% daripada jualan kutipan dalam bulan semasa dan bakinya dikutip dalam bulan berikutnya. menganggarkan overhed Belanjawan Buruh Langsung Belanjawan Overhed Belanjawan Tunai · Belanjawan yang menunjukkan maklumat penerimaan. · Belanjawan yang membuat perbandingan antara prestasi sebenar dengan prestasi yang sepatutnya dicapai seperti yang disasarkan di dalam belanjawan. Abaikan hutang lapuk. Belanjawan Fleksibel 1.000 35.34 TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN Belanjawan Pengeluaran Belanjawan Bahan Mentah · Belanjawan yang menganggarkan pengeluaran yang diperlukan berdasarkan permintaan. lebihan/kurangan tunai dan pembiayaan. Nyatakan belanjawan yang terdapat dalam belanjawan operasi.500 25.000 42. syarikat menyediakan belanjawan induk untuk setiap suku tahun. . Bagi tujuan perancangan dan kawalan.

Kadar faedah pinjaman ialah 8% setahun.500 4.000 2.000 5% dari jualan (d) Polisi syarikat menetapkan inventori akhir yang perlu ada adalah sebanyak 20% daripada jualan (pada kos) untuk bulan berikutnya.000 ? ? ? ? Jumlah ? ? ? ? ? 2. Pinjaman dan pembayaran boleh dibuat di dalam gandaan seribu.000. 60% daripada belian dibayar dalam bulan semasa dan bakinya dibayar dalam bulan berikutnya. akauntan Syarikat Sinar sedang menyediakan belanjawan pengeluaran bagi tahun 2007. . Perbelanjaan Gaji dan Upah Pengangkutan Pengiklanan Susut Nilai Lain-lain Jumlah RM3.000 2.000 RM1. Polisi syarikat ialah untuk mengekalkan inventori akhir pada tahap setengah daripada unit jualan dijangka pada bulan berikutnya. Sebuah peralatan dibeli pada bulan Mac 2004 dengan kos sebanyak RM35.500 Februari 4. Laila Isabella.000.750 10% dari jualan RM3.TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN 35 (c) Perbelanjaan bulanan adalah seperti yang berikut. Polisi syarikat menetapkan baki minimum sebanyak RM20. Margin kasar syarikat ialah 30% daripada jualan. Nyatakan perbezaan antara belanjawan operasi dengan belanjawan kewangan. Terangkan bahagian-bahagian utama di dalam Belanjawan Tunai.000 7. (e) (f) (g) 1. Lengkapkan belanjawan pengeluaran di bawah bagi suku pertama 2007. 3.000 yang perlu ada dalam syarikat. Januari Unit Jualan Inventori akhir Jumlah Inventori awal Unit pengeluaran 5.000 ? ? ? ? Mac 6. Unit jualan pada bulan April ialah 7.

900 RM18.240 RM163.917 Belanjawan operasi untuk suku pertama 2007 menunjukkan anggaran koskos berikut: Belian bahan mentah Penggunaan bahan mentah Belanja buruh langsung Overhed perkilangan Belanja jualan dan pentadbiran Belanja am Kos barang dikilang Kos barang dijual Anggaran baki tunai adalah seperti berikut: Januari Februari Mac RM34. Baki akhir akaun pada 31 Mac 2007 adalah seperti berikut: Akaun Tunai RM18.1 Mac 2007 Inventori Barang Siap.480 RM52.910 RM35.800 Baki Akaun Susut Nilai Terkumpul.000 RM110.680 RM21.36 TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN 4.880 RM51.200 bagi Januari. Susutnilai adalah 5% ke atas aset tetap.735 Akaun Belum Terima Inventori Bahan Mentah.802 RM58.610 RM60. .100 RM62.600 bagi Mac.845 RM9.990 RM165.640 RM70.940 RM3.400 RM42. Syarikat Video Steady telah mengeluar dan memasarkan dua permainan video yang popular.190 RM54.510 RM24.440 Jualan dianggarkan berjumlah RM125.980 RM36.820 RM60. RM105.420 RM262. 1 Mac 2007 Belanja Prabayar Loji dan Peralatan RM19. Loji dan Peralatan Lain-lain Aset Akaun Belum Bayar Gadai Janji Belum Bayar Saham Biasa Perolehan Tertahan Pinjaman Jangka Panjang Baki RM55. 1 Mac 2007 Inventori Kerja Dalam Proses.000 RM90.100 bagi Februari dan RM112.

000. Syarikat menjangkakan penghantaran mesin baru pada bulan April. Sediakan Penyata Pendapatan Pro Forma bagi suku pertama yang berakhir pada 31 Mac 2007.000 2.000.000 3. Baki tunai pada 1 Januari adalah sebanyak RM300.TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN 37 Dikehendaki: (i) (ii) 5.000. Belian pada setiap bulan adalah sebanyak 65% daripada jualan yang diramalkan untuk bulan berikutnya. Tugas pertama anda ialah untuk menyediakan belanjawan tunai syarikat bagi tempoh 1 Januari sehingga 30 Jun 2007. Pembayaran untuk belian tersebut hanya akan dilakukan sebulan selepas belian dilakukan.000 akan dibuat pada bulan Mac dan Jun.000. (d) (e) (f) .000 5.000 (b) (c) 80% daripada jumlah jualan yang diramalkan adalah jualan tunai.000.000.000. Pembayaran cukai sebanyak RM500. Pembayaran sebanyak RM400. Sediakan Lembaran Imbangan Pro Forma pada 31 Mac 2007. Anda telah diterima bekerja sebagai eksekutif akaun di Syarikat Maju Mundur.000. Syarikat juga ingin mengekalkan baki tunai minimum sebanyak RM300.000. Maklumat-maklumat berikut telah diberikan kepada anda untuk membantu penyediaan belanjawan tersebut: (a) Ramalan jualan bagi tujuh bulan pertama dalam tahun 2007 adalah seperti berikut: Bulan Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Jualan (RM) 3.000 7.000 6.000 2.000 akan dibuat apabila penghantaran dilakukan.

000.000 sebulan.000. (l) (m) Pinjaman (sekiranya perlu) boleh dibuat dalam gandaan seribu pada kadar faedah 10%. Syarikat akan membuat pembayaran faedah pada bulan Jun sebanyak RM310.000 dan RM2. .000 yang akan dibuat pada bulan Jun. dividen (i) (j) (k) Jualan pada bulan Oktober 2006 ialah RM3. Perbelanjaan tunai lain adalah sebanyak 3% daripada jualan.000 bagi bulan November dan Disember 2006. Belanja buruh adalah sebanyak 10% daripada jualan bagi bulan berikutnya. Sewa adalah sebanyak RM100.38 TOPIK 1 BELANJAWAN DAN KAWALAN BELANJAWAN (g) (h) Belanja susut nilai adalah sebanyak RM150.000 sebulan. Lembaga Pengarah ingin mengekalkan pembayaran sebanyak RM450.000.