You are on page 1of 46

REMAJA DALAM KONTEKS

KELUARGA

The Psychology Of The Adolescence & The Adult


(SYM5223)

Disediakan oleh:
Sofa’a Mawardi (800943)
Azlinda Ismail (800922)
Master of Science MSc (Counseling)
Universiti Utara Malaysia
19.June.2008

1
Perkara yang akan di bincangkan:

2. Gaya keibubapaan barat dan islam.

4. Faktor penyumbang kepada


perkembangan positif remaja.

6. Faktor penyumbang kepada konflik


keibubapaan-remaja.

8. Kesan remaja dalam keluarga bercerai


& ibu/bapa tunggal

2
DEFINISI GAYA KEIBUBAPAAN
.Definisi Gaya
mendidik Anak

 Gaya mendidik anak


didefinisikan sebagai sikap
yang ada pada ibubapa
berkenaan membesarkan
anak,seperti yang di
gambarkan melalui interaksi
mereka dengan anak
mereka.(Darling&Steinberg,19
93,dlm Azizi Yahaya,Jaafar
Sidek Latif 2005:132). 3
sambungan

 Gaya ini dipercayai


menggambarkan inisiatif bagi
membentuk anak-anak yang
gembira,sihat dan
berkebolehan.

(Gunnoe,Hetherington&Reiss,
1999,dlm Azizi Yahya,Jaafar
Sidek Latif,2005:132).
4
Sambungan
( Noran Fauziah Yaakub 2003,dlm
Ruzlan Md Ali 2003:16-17)

 Ibubapa mempunyai tiga peranan


utama terhadap anak remaja,iaitu
(a) Menyediakan keperluan asas
(b)Melindungi anak (c)Membimbing
dan menyokong perkembangan
fizikal dan fisiologi.

Peranan Ibubapa:
 Ibubapa adalah orang yang
penting dan signifikan dalam
kehidupan seseorang, kebanyakan
nilai dan sikap dalam kehidupan
kita dipelajari daripada ibubapa.
5
Gaya keibubapaan
 Menurut pandangan barat :
 1) Diana Baumrind 1971
 2) Becver & Becver 1982

 3) Earl Schaefer (1959)

 Menurut pandangan Islam


 1) Lukman Al-Hakim (45 sm)
 2) Dr Abdullah Nasih Ulwan

6
Gaya keibubapaan Barat dan
Islam
Terdapat beberapa model
keibubapaan barat yang dapat di
lihat, antaranya:

a-Model Diana Baumrind


(1968,1971,1991b dlm.Jefffrey
Jensen Arnett,2001:193-195)

b-Pendekatan keibubapaan
Adlerian

c-Pendekatan keibubapaan
Gordon. “Parent Effectiveness
Training” (PET).

7
1- Model Baumrind
Diana Baumrind lahir pada 1927 di New York,
pendidikan dalam bidang Ijazah psikologi dan
falsafah di Kolej Hunter, M.A dan Ph.D dalam
Psikologi di universiti California, Berkeley. Menjadi
ahli psikologi klinikal di Institut Of Human
Development, Universiti California Berkeley.
Dikenali dengan kajiannya tentang model
keibubapaan. 1971 telah melakukan kajian-kajian
yang sistematik kesan-kesan cara pembesaran
yang berbeza pada kanak-kanak pra-sekolah dan
bersekolah;iaitu ke atas beberapa keluarga di
Amerika Syarikat.
Baumrind telah menggariskan empat gaya
keibubapaan.

8
Empat gaya keibubapaan Baumrind
adalah seperti berikut:
 1.Authoritative : Bersifat baik, mesra dan
fleksibel.
 2.Authotarian: Bengis, Mengenakan kawalan
ketat terhadap anak-anak dan
berperaturan.
 3.Indulgent : Komunikasi yang terbuka dan
kurang menekankan
tingkahlaku baik anak.(terlalu
manja anak).
 4.Indifferent : Kurang terima anak dan kurang
kawal anak dan kurang usaha untuk mengasuh
dan mensosialisasikan anak hanya memenuhi
keperluan asas. Tidak memberi keperluan sosial
dan emosi (abaikan anak)
9
Authoritative
Kesan kepada anak-anak:
 - Independent : cekap, berdikari.
 - Creative : boleh berfikir sendiri,
mempunyai perasaan ingin
tahu yang tinggi.
 - Self-assured : berkeyakinan
 - Socially skilled : boleh bergaul dengan rakan-
rakan sebaya.

(Baumrind,1991a,1991b;Fuligni & Eccles,1993 dlm Jeffrey Jensen


Arnett 2001:195)

10
Authoritarian
Kesannya:

 -Dependent :Sikap bergantung, selalu


berubah mengikut keadaan, tidak puas
hati terhadap diri sendiri, mudah
tersinggung.
 -Passive :Menerima pengaruh tetapi
tidak mempengaruhi, tidak menentang
dengan cara tidak bekerjasama.

 -Conforming :lemah, pendiam, mudah


tersinggung, menurut, mengikut,tidak
ada matlamat.
11
Indulgent
Kesannya

 - Irresponsible : Tidak bertanggung


jawab, mahukan perhatian, penting diri.
 - Conforming : tidak tetap pendirian,
mudah ditipu, terlalu lurus.
 - Immature : Tidak matang.

12
Indifferent

Kesannya:

 Impulsive :(tekanan,ikut kata hati).


 Delinquent : salahlaku
 Early sex, drugs :sex diawal remaja,
penyalah gunaan dadah, dan mabuk.

13
KAJIAN KEATAS REMAJA DI AMERIKATENTANG
PENGGUNAAN GAYA KEIBUBAPAAN DALAM
KELUARGA.
40 37%

35 32%

30

25 Infferent
Authoritative
20
15%
Athoritarian
15%

15 Indulgent

10

Dari rajah di atas,menunjukkan bahawa parenting style ke


atas remaja di Amerika cenderung kepada Indifferent.
(Jeffrey Jensen Arnett (2001), Adolescence and Emerging
14
Adulthood ms 194)
Kesimpulan
 Gaya keibubapaan membimbing anak boleh dilihat dari
dua dimensi iaitu :
 1) Demandingness (mengawal, mendesak)
 2) Responsiveness (Memberi respon, mesra)
Setiap satu daripada dimensi tersebut boleh dikatagorikan
kepada dua tahap iaitu tinggi dan rendah.Sekiranya gaya
keibubapaan adalah tinggi dari dimensi kawalan dan respon
dikenali sebagai gaya autoritative. Sebaliknya jika kedua-
duanya dimensi kawalan respon adalah rendah dinamakan
gaya indifferent . Seterusnya gaya keibubapaan yang tinggi
dari segi kawalan tetapi rendah dari segi respon dinamakan
autoritarian.
gaya keibubapaan yang tidak mengawal tetapi tinggi dari
segi respon dikenali sebagai gaya indulgent. Hasil kajian
menunjukkan gaya autoritative memberi kesan yang paling
positif kepada anak dimana anak menjadi lebih matang dari
segi psikososial, mempunyai harga diri yang tinggi dan
mencapai kejayaan akademik.
( Noran Fauziah Yaakub UUM (2003), dlm Perkembangan Sosial dan Emosi
Remaja, ms. 17)
15
Sambungan….

Demandingness (mendesak)
High Low

High Authoritative Indulgent


Responsiveness Low Authoritarian Indifferent
(Kemesraan)

Source: Based on Maccoby and Martin (1983)

(dlm, Jeffrey Jensen Arnett,(2005) Adolescence and Emerging


Adulthood, ms. 193.

16
Gaya keibubapaan
(Becver & Becver 1982)
Beliau telah membahagikan empat cara asuhan anak-anak:

Ibu bapa Ibu Bapa


Tidak kisah (IBTK) Tidak Setuju (IBTS)

Empat gaya Ibu Bapa


mendidik anak

Ibu bapa Ibu bapa


Pembentuk Emosi (IBPE) Bebas Sebebasnya (IBBS)

Azizi Yahaya, Jaafar Sidek Latif (2005) “Membentuk Identiti Remaja”. 17


Ms.202-204
Sambungan…
Gaya keibubapaan Ciri-ciri (ibu bapa) Kesan kepada anak

IBTK- - Kurang sabar, -Rasa tidak diberi


Merasakan perasaan penting diri sendiri, perhatian, bertindak
anak adalah tidak tidak dapat diluar batasan, gagal
penting dan boleh menguasai emosi kawal emosi.
diabaikan. anak-anak --Timbul gejala sosial

IBTS- -Memarahi, mengkritik - Anak yang


Merasakan reaksi emosi anak, berperangai seperti
emosi negatif yang --sentiasa bapa, emosi kurang
ditunjukkan anak itu menetapkan standard stabil, terburu-buru
sebagai sebagai tingkah laku yang dan tidak rasional
sesuatu yang perlu dipatuhi anak-
salah.(tak setuju) anak.

18
Sambungan…
Gaya keibubapaan Ciri-ciri ibu bapa Kesan kepada anak

IBBS- -Sentiasa bersedia - Kesannya negatif,


Mempunyai kesedaran mendengar, kerana kebanyakkan
kepentingan emosi -Sentiasa melayan permintaan mereka
anak tetapi tidak anak. dipenuhi.
mempunyai kemahiran -Tidak mempunyai –sukar bersosial, sukar
melayan emosi yang kemahiran menolak bertolak ansur
baik. permintaan. - Bertindak emosional.

IBPE- -Bersedia menghadapi -Dapat memahami


Model terbaik. Kerana emosi dan perasaan emosi sendiri dan
faham emosi dan cara negatif anak-2 orang lain.
mengurus emosi anak. -menjadi pendengar -Konsep kendiri

- Mempunyai yang baik, mereka yang tinggi


kemahiran & mampu --kemahiran dan tidak mempunyai
memberi tunjuk ajar membimbing anak masaalah bersosial.
untuk urus emosi anak mengurus kehidupan -- kehidupan berkualiti.
tanpa bergantung berkualiti. -- Menghargai ibubapa.
sepenuh kepada
ibubapa. 19
Corak membesarkan anak
Earl Schaefer (1959)
 Earl Schaefer(1959)membuat kajian berkaitan
interaksi dua dimensi cara pembesaran anak
yang terpenting;
a-Dimensi pertama menunjukkan darjah
permisif ibubapa iaitu dimensi
autonomi-kawalan.
b-Dimensi kedua menunjukkan darjah kasih
sayang ibubapa iaitu dimensi kasih
sayang dan permusuhan.

 Rohner dan Rohner (1981)mendapati,kedua-


kedua demensi ini adalah sebahagian daripada
cara membesarkan anak yang digunaan secara
umum oleh semua masyarakat.
20
AUTONOMI
PERMISIF

Kebebasan
Terasing Demokratik
Tidak peduli
Bekerjasama
Mengabai
Menolak Menerima KASIH
HOSTILITI
Menuntut SAYANG
SAYANG Memanjakan
Mendesak
Antagonis Mengawal
Diktator Terlalu mengawal
Posesif
AUTORITARIAN
KAWALAN

Corak membesar Anak Schaefer (dlm. Azizi yahaya (2005),


“Membentuk Identiti Remaja” ms142) 21
Sambungan
 Schaefer menentukan corak
membesarkan anak melalui dua
dimensi itu ( lihat rajah di atas ).

 Sekiranya seorang ibu mendapat


markah 60 atas dimensi kasih sayang-
permusuhan dan 80 atas dimensi
autonomi – kawalan,cara
membesarkan anaknya jatuh dalam
lingkungan permusuhan-kawalan dan
dilabel sebagai diktator-autoritarian.

22
sambungan

 Dengan mengkaji interaksi kedua-


dua dimensi itu, kita dapat melihat
makna empat bidang yang hadir
iaitu:
 a- kasih sayang - autonomi
 b- Kasih sayang – kawalan
 c- Permusuhan – autonomi
 d- Permusuhan - kawalan

23
Sambungan (dlm Azizi Yahaya (2005)
Membentuk Identiti Remaja, ms.143.
Jenis ibubapa Ciri-ciri ibubapa Kesan pada anak-anak
Kasih Agak permisif Mempunyai sifat
sayang Melayan dengan berdikari
autonomi baik Suka menjelajah
Demokratik Aktif & asertif
Anak-anak bebas (Baldwin,
mencuba. 1949)
Kasih- Mengawal anak,di Suka bergantung
sayang- ajar bergantung Cenderung tidak
kawalan pada orang dewasa. melawan.
Rasa rendah
diri.Bersopan santun
patuh pada arahan.

24
Samb…
Jenis ibubapa Ciri-ciri Kesan pada anak-anak
ibubapa
Permusuha Ibubapa Pemberontakan, kemarahan dan
n autonomi kurang tidak harmoni.
mengawal Tidak patuh perintah, agresif dan
tingkahlaku tidak menurut arahan.
anak (sears, Mac Caby dan Levin (1957)
Permusuha Ibubapa Kanak-kanak akan menarik diri
n kawalan yang garang, secara sosial dan muram,
suka pergaulan dengan rakan dicirikan
mengawal dengan permusuhan dan perasaan
malu,
Tidak berupaya meluahkan
perasaan permusuhan secara
terbuka, cenderung mengalih
keagresifan kedalam diri sendiri
dengan seksa diri atau bunuh diri.
25
Gaya keibubapaan menurut Islam
1) Lukman Al hakim
2) Dr Abdullah Nasih Ulwan

26
Pendekatan Luqman al-Hakim
Biodata
 Nama sebenar Luqman bin Unqaa’ bin Sadam.
 Beliau adalah anak kepada saudara perempuan nabi
Ayub.(Sepupu)
 Beliau dikatakan dari kalangan anak Aazar dan telah hidup
selama seribu.
 Nabi Daud sempat hidup bersamanya dan mengambil ilmu
darinya, pada tahun 45 Sebelum masihi .
 Beliau seorang Habsyi,keturunan Naubah,dari penduduk ‘Ielah.
 Tinggal di Ramlah Syam,dan dimakamkan di Ar-Ramlah antara
masjid Ar-Ramlah dan pasarnya.Dalam kitab Ruhul Bayan
menyatakan kubur Luqman berada di desa “Sharfanad” lambang
bagi kota Ar-Ramlah.

(dlm Muhammad Khair Ramadhan Yusuf,Terjemahan Ibnu Ghazali(2002)


Kisah Luqman Al-Hakim :123-125)

27
A-Model pendekatan islam menurut
Luqman al-Hakim
 Dirujuk dalam surah Luqman dalam Al-
Quran,Surah ke 31:1-43:411-414)

 Nasihat beliau kepada anaknya jelas


menunjukkan cara didikan keluarga islam sejati
bagi mendapat keredhoan Allah.
 Konsep memberi nasihat,ganjaran,mesra
dengan anak-anak dan tiada hukuman.
 Hukuman mendatangkan perasaan marah dan
benci dalam diri anak-anak terhadap ibubapa.

28
Nasihat Luqman:

 1. Tidak mensyirikkan Allah: Ketua keluarga berusha


menerapkan ilmu dan rasa cinta kepada rasulullah.Apabila
berilmu mudah mengenal Allah.

 2.Bersyukur kepada Allah.Beribadat bersungguh-sungguh dan


berdoa.

 3. Berbakti kepada ibu bapa,jangan derhaka

 4. Taat ibubapa selagi tidak bercanggah dengan syariat


Allah.Jika bertengtangan haram mentaatinya.

 5. Lakukan amal soleh setiap masa.Tunai perintah Allah dan


dekatkan diri padanya.

 6. Dirikan solat

 7. Melakukan amal makruf dan nahi mungkar

 8.Tanamkan sifat sabar dalam diri


29
Kesimpulan:
 Mahu agar ibubapa selalu mengingatkan
anak-anak mereka.
 Lebih menggalakkan kemesraan tanpa
hukuman
 Ibubapa disarankan agar menumpukan
pada pembinaan akhlak mulia.
 Bersifat memberi nasihat pada anak-
anak.

30
B-Pendekatan Dr Abdullah Nasih Ulwan
(2002)dlm,Tarbiatul Aulad(Mendidik Anak-anak)cetakan
38,Darul As-Salam,Kaherah.Mesir

1- Biodata Abdullah Nasih Ulwan


2- Tanggung jawab ibubapa
a) Ketika baru melahirkan anak
b) Ketika kanak-kanak dan remaja.
1.Memupuk iman dan Aqidah
2.Mendidik akhlak
3.Menjaga nafsu
4.Menjaga tubuh-badan
5.Mendidik Aqal
6.Mendidik adab bermasyarakat

31
 Biodata:
 Dr.Abdullah Nasih Ulwan
 Lahir di Halab,Syria, 1928 masihi.
 1949-1952 Mendapat ijazah pertama Universiti Al-Azhar,
bidang Usuluddin.
 1954,melanjutkan pelajaran dalam bidang sarjana Ilmu
Pendidikan.
 Menjadi pensyarah di Universiti King Abdul Aziz Arab
Saudi,dan mendapat Phd di sana.
 Antara buku-buku yang pernah di hasilkan: Hukum
zakat, Pandangan Empat Mazhab, Hak suami Isteri,
Islam dan seks, Islam dan cinta, Takaful keluarga dalam
islam dan banyak lagi.
 Meninggal dunia ketika umur 60 tahun kerana sakit
jantung.di kebumikan di Al-Magla,Mekah pada tahun
1998.

 (Dr. Abdullah Nasih Ulwan (2002) “tarbiyyatul Aulad” Al-


Kaherah, Darul Al-Salam. Cetakan 38 )
32
Tanggungjawab ibubapa menurut Dr
Abdul Nasih Ulwan
1.Ketika dilahirkan:
b) Digalakkan menerima ucapan tahniah.
c) Di Azankan dan di Iqamatkan
d) Tahnik (belah mulut).
e) Cukur Kepala pada hari ke7.Rambut
ditimbang dan di nilai dengan emas dan
di sedekahkan.
f) Aqiqah.
g) Menamakan bayi dengan nama yang
baik.
h) Khitan.

33
Pendekatan model keibubapaan Dr
Abdullah Nasih Ulwan

 1.Memupuk iman dan Aqidah


 2.Mendidik akhlak
 3.Menjaga nafsu
 4.Menjaga tubuh-badan
 5.Mendidik Aqal
 6.Mendidik adab bermasyarakat

34
1.Memupuk Iman dan Aqidah
Memperkenalkan rukun iman
Mengajar ilmu tauhid; contoh; alam
barzah,hari kiamat dan perkara-perkara
ghaib.
Memberitahu hukum fekah (perkara halal
dan haram dalam Islam .
Ajar solat pada umur 7 tahun.(ms. 118)
, ‫ مروا أولدكم بالصلة وهم أبناء سبع سنين‬: (‫قال رسول ال )ص‬
“‫ وفرقوا بينهم في المضاجع‬, ‫واضربوهم عليها وهم أبناء عشر‬
Latih mencintai nabi dan membaca quran.
35
2.Mendidik Akhlak

Membentuk peribadi yang baik


Memberitahu perkara yang baik,
jauhi anak dari sikap menipu,
mencuri, jaga pertuturan, pilih
kawan.
Mendidik anak takut pada
tuhan;menceritakan larangan &
balasan Allah.

36
sambungan

Membimbing anak dari segi


pemakaian;Tidak meniru pakaian
secara membuta tuli,melampau.
Elakkan dengar lagu-lagu yang
lalai;mendengar radio atau
menonton rancangan tv yang tidak
sesuai.
Jaga agama,jaga aqal,jaga
keturunan,diri dan harta
37
3. Menjaga tubuh badan
 Wajib memberi nafkah pada anak-anak.
 Latih anak cara makan dan minum
(basmallah & Hamdallah, jgn
nafas/berdiri,setakat perlu) dan tidur
yang baik(mengiring ke kanan- untuk
jantung).
 Hindari anak dari penyakit
berjangkit;berubat kalau ada
penyakit,mencegah jika boleh.
 Latih anak beriadah;menunggang
kuda,berenang dan memanah. 38
4. Mendidik Akal
 Kewajipan belajar;
a- fardhu Ain
b- Fardhu kifayah
 Sihat Aqal;jaga dari pemikiran yang
tidak baik.
 Hindari dari: merokok, minum arak,
hidu gam dan menagih dadah.
 Berikan hujah dan alasan yang
betul. Serta kesannya.

39
5.Mendidik Nafsu (penyakit hati)
Didik anak menjadi seorang yang berterus
terang, rasa sempurna, suka buat baik kepada
orang, sabar ketika marah, dan hiasi dengan
segala perasaan baik dan akhlak baik.

Hindari rasa;
o Rasa keluh-kesah
o Rasa takut
o Rasa rendah diri
o Rasa dengki
o Rasa marah

40
6.Tanggungjawab terhadap
masyarakat (Adab-adab)

i. Semai sifat-sifat asas rohani:


a-Taqwa(takut pada Allah)
b-Ukhuwah(persaudaraan)
C-Rahmah(belas kasihan)
D-Berbuat baik.(mengutamakan
orang lain)

41
Sambungan

i. Beradab kepada orang lain:


a-Terhadap ibubapa
b-Terhadap adik-beradik
C-Terhadap jiran
d-Terhadap guru
C-Terhadap kawan
e-Terhadap orang tua

42
Sambungan…..
i. Adab-adab umum:

a-Adab makan
b-Adab cakap
c-Ucapan tahniah/takziah
d-memberi salam
e-meminta izin
f-Duduk dalam majlis
g-Adab Berlawak-jenaka
h-Adab Sendawa/ bersin

43
KESIMPULAN
 Peringkat remaja merupakan satu zaman dalam
kehidupan seseorang yang mempunyai pelbagai
cabaran,bukan sahaja kepada remaja itu sendiri tetapi
juga kepada ibubapa.
 Ibubapa perlu memastikan remaja dapat mencapai
potensi mereka semaksimun mungkin.
 Anak yang terdidik dengan kesabaran akan sentiasa
muhasabah dirinya.
 Dalam islam aspek nasihat, beri kasih sayang dan
berpegang teguh pada keimanan amat dititikberatkan
bagi melahirkan generasi yang cemerlang di dunia dan
akhirat.
 Hadis nabi ada mengatakan “ ibubapalah yang
bertanggungjawab mencorakkan anaknya samada
menjadi Majusi, Nasrani atau Yahudi”,

44
Bagi memainkan peranan sebagai ibu bapa yang
berkesan kepada remaja,beberapa perkara
perlu dilaksanakan:-
 Mempelajari lebih lanjut tentang perkembangan
remaja itu sendiri.
 Mempelajari dan menguasai kemahiran
keibubapaan yang lebih berkesan kepada
remaja.
 Ibubapa sendiri perlu mendapatkan lebih
banyak maklumat tentang tentang perubahan
dalam kehidupan masing-masing supaya lebih
peka dengan segala perubahan yang berlaku
pada diri mereka sendiri.

45
SEKIAN

46

You might also like