BINGKA

Bingka, atau apa yang saya panggil lambakan kek, adalah mudah untuk membuat kerana apabila anda mempunyai semua bahan-bahan siap, hanya melambakkan mereka semua ke dalam mangkuk & sedia untuk dibakar dalam satu minit. Ini adalah baik untuk sarapan pagi atau teh pada waktu petang. RAMUAN: + Kg / -1,5 parut tapioka 270ml Coconut Milk 40g Kelapa parut (jika menggunakan kelapa decicated kering, 20g adalah mencukupi) Gula 400g 3 Telur 2 sudu teh Tepung Sagu / Ubi kayu (berhati-hati tidak melebihi ini, menggunakan sudu kecil metrik) Butter 40g Garam secubit pewarna kuning Kaedah: 1. Gris dan selaras 8-9 timah inci persegi dengan daun pisang. 2. Campur semua bahan-bahan & tuangkan ke dalam bekas yang disediakan. Bakar pada suhu 170C selama 1 jam atau sehingga masak (ujian dengan cucuk sate). Sejukkan sepenuhnya sebelum penghirisan.

KUIH LAPIS MARBLE KOPI a.k.a KUIH LAPIS COKLAT Bahan A: (Loyang bulat 5 inci)
y y y y y y

2 cawan santan 1 cawan tepung gandum 1/2 cawan gula pasir 2 sudu makan tepung beras 2 sudu makan tepung kastad 1 sudu teh garam

Bahan B:
y y y y

1 sudu teh pes coklat/emulco 1 sudu makan serbuk koko 1 sudu makan serbuk nescafe (*akak letak 1/2 sudu mkn je) 1/4 cawan air suam

# bancuh bersama bahan B di atas. Bahan C:
y

1/4 cawan air suam

Cara-Cara:1. 2. 3. 4. 5. 6. Panaskan kukusan. Gaulkan semua bahan A hingga sebati. Tapiskan. (*akak blend jek semua then tapis). Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Masukkan bancuhan bahan B dalam satu bahagian. Kacau rata. Biarkan satu bahagian lagi dengan warna asal dan masukkan bahan C. Kacau rata. Masukkan satu senduk (*akak sukat 1/3 cawan) adunan coklat ke dalam loyang. (*akak panaskan sebentar loyang selepas disapu sedikit minyak). Kukus selama 5 minit. 7. Lapiskan pula dengan adunan asal (plain) dan kukus lagi selama 5 minit.

8. Lapiskan berselang seli hingga habis. Untuk lapisan akhir akak kukus lama sedikit lebihkurang 10 minit. (*untuk kukusan akhir juga akak balut penutup kukusan dengan kitchen towel agar lapisan atas tidak terkena wap). 9. Biarkan kuih benar2 sejuk pada suhu bilik baru dipotong

KUEH LAPIS PANDAN Bahan-bahan A: 1 1/2 cawan tepung gandum 2 s/b tepung beras 2 s/b tepung jagung 3/4 cawan gula 3 cawan santan 1 s/k garam 1/2 cawan jus pandan pewarna hijau 1/2 cawan air Cara: 1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan. 2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian. 3. Masukkan pewarna hijau dan jus pandan dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal/putih dalam 1 bahagian lagi. 4. Tambahkan 1/2 cawan air dalam adunan putih supaya kecairan nya sama dengan warna hijau. 5. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg akan digunakan. 6. Masukkan 1 senduk adunan hijau dan kukus selama 5 minit. 7. Lapiskan 1 senduk adunan asal/putih dan kukus semula selama 5 minit. 8.Lapiskan adunan hijau dan asal/putih berselang seli sehingga adunan habis. 9. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.

KUEH KETAYAP aka KUEH GULUNG Bahan Kulit [batter] 1 cawan tepung gandum 1 cawan air jus pandan [mesinkan 5 helai daun pandan + 1 cawan air dan tapiskan] 1/2 cawan santan/susu segar 1 biji telur beberapa titik pewarna hijau secubit garam Bahan inti: 150 gm gula merah 3 s/b gula biasa 1/2 cawan air kelapa muda [jika ada] ½ biji kelapa parut muda Cara: 1. Untuk inti, masukkan semua bahan inti ke dalam periuk. 2. Kemudian masak di atas api yang sederhana dan kacau agar sebati dan melengas. Angkat dan ketepikan. 3. Untuk kulitnya, masukkan semua bahan di dalam mangkuk. Kacau sebati dan tapiskan 4. Panaskan non-stik pan yang telah dilengser dengan sedikit minyak. 5. Tuangkan sesenduk adunan ini dan lenggang-lenggangkan kuali tadi, supaya adunan rata dan nipis. 6. Setelah masak, angkat dan ketepikan. 7. Masukkan inti di tengah-tengahnya. 8. Kemudian lipatkan bahagian kiri dan kanan lalu gulungkan kemas-kemas. 9. Lakukan sehingga selesai dan hidangkan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful