TAMADUN ISLAM

PENGENALAN KONSEP DAN TAKRIF
ZAMAN MEKAH
Tamadun Islam bermula apabila Nabi Muhammad telah secara rasmi dilantik sebagai Rasulullah (utusan Allah) sewaktu baginda berusia 40 tahun dan bermula daripada tarikh inilah dakwah Islam mula dilakukan oleh baginda. Dalam tahap awal, seruan dakwah Islam dilakukan kepada ahli keluarga yang terdekat dan di kalangan sahabat sebelum disebarkan kepada masyarakat umum. Nabi Muhammad merupakan utusan yang diberikan tanggungjawab oleh Allah untuk menyebarkan serta mengajar ajaran agama Islam kepada manusia keseluruhannya. Agama Islam menjadi dasar kepada Tamadun Islam

Masyarakat Mekah pada masa tersebut merupakan masyarakat Jahiliah. Perkataan Jahiliah bermaksud jahil atau tidak mengetahui. Zaman Jahiliah merupakan zaman yang tidak mempunyai nabi dan kitab suci sebagai petunjuk, tidak mempunyai peradaban atau tamadun, masyarakatnya tidak berakhlak, angkuh dan bongkah masyarakatnya jahil kerana tidak boleh menulis dan membaca. Kehadiran agama Islam mengubah keadaan ini. Masyarakat Mekah yang memeluk agama Islam mula meninggalkan perbuatan-perbuatan semasa zaman Jahiliah dan mengamalkan bentuk kehidupan berlandaskan lunaslunas Islam dan secara langsung mengasaskan satu bentuk ketamadunan baru yang dikenali sebagai Tamadun Islam.

Akidah Tauhid yang berlandaskan kepada kalimah syahadah menjadi asas pembinaan Tamadun Islam yang paling penting. Ia menjelaskan mengenai konsep keesaan dan kemutlakan Allah s.w.t sebagai Tuhan Pencipta Alam dan berkuasa ke atas semua makhluk. Penekanan yang diberikan oleh Nabi ialah percaya bahawa Allah merupakan satu-satunya Tuhan yang harus disembah. Akhlak mulia sejajar dengan seruan Islam turut diberikan penekanan dimana perhambaan dihapuskan dan kaum wanita dibela. Disamping itu persoalan yang paling asas seperti ibadat juga turut dibicarakan terutamanya solat.

ZAMAN MADINAH Dianggap sebagai tempoh perlaksanaan ajaran Islam sebagaimana yang dinyatakan dalam Al-Quran. Ia bermula dengan peristiwa Hijrah yang seterusnya dijadikan penanda penting kepada permulaan kalendar Islam. Hijrah adalah kesan daripada tekanan hebat masyarakat jahiliah di Makkah hingga ke satu tahap ingin membunuh Nabi, maka baginda telah melakukan hijrah ke Madinah.

Di Madinah, Nabi Muhammad telah membentuk satu sistem pemerintahan Islam berasaskan Al-Quran dengan memberikan tumpuan kepada aspek mewujudkan sebuah komuniti Islam bersumberkan PIAGAM MADINAH, Menyusun satu sistem ekonomi berasaskan ajaran Islam seperti mengenalkan Zakat, Jizyah dan Ghanimah dan membuat hubungan luar dengan kerajaan-kerajaan asing. Selain daripada itu, Nabi Muhammad berusaha membentuk ikatan dan jalinan, persaudaraan antara kalangan Muhajirin dan Ansar, Aus dan Khazraj, merapatkan hubungan antara masyarakat Islam dan bukan Islam khasnya Yahudi, pembinaan infrastruktur serta kemudahan-kemudahan asas dan mengembangkan pendidikan.

PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM ZAMAN KHULAFA ALRASHIDIN
Khalifah bermaksud pengganti, iaitu mereka yang dilantik menjadi pemimpin Islam selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Khulafa¶ al-Rashidin dalam sejarah Islam seramai 4 orang iaitu: Sayyidina Abu Bakar al-Siddiq, Sayyidina Umar al-khatab, Sayyidina Uthman bin Affan dan Sayyidina Ali bin Abi Talib. Mereka dididik sendiri oleh Rasulullah s.a.w dan mereka memiliki keimanan yang kukuh bagi meneruskan kecemerlangan tamadun yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w.

Pada prinsipnya mereka bertanggungjawab mengekalkan kepimpinan Rasulullah s.a.w seperti:

1. Memelihara keharmonian agama Islam dan mengawasi pelaksanaan ajarannya dengan tegas. 2. Mempertahankan prinsip pemerintahan Rasulullah s.a.w bagi menjamin keadilan sejagat. 3. Memelihara kedaulatan negara Islam. 4. Menyebar dan mengembangkan agama Islam tanpa batas.

ASAS TAMADUN ISLAM
Terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu Akidah, Syariah dan Akhlak. AKIDAH - Kepercayaan, keyakinan (kamus dewan) Menurut Hasbi al-Siddiqi: Ikatan yang dipegang teguh dan tertanam dalam lubuk jiwa seseorang yang tidak dapat digoncang dan dihuraikan lagi. Akidah Tauhid (mengesakan Allah) merupakan intipati kepada rukun iman yang lain. Ia menjelaskan mengenai konsep keesaan, keunggulan dan kemutlakan Allah s.w.t sebagai Tuhan pencipta Alam dan berkuasa ke atas semua makhluknya.

Akidah menjadi asas utama Tamadun Islam yang tersusun dalam Rukun Iman iaitu: 1. Percaya kepada Allah s.w.t 2. Percaya kepada Malaikat 3. Percaya kepada kitab-kitab Allah 4. Percaya kepada rasul-rasulnya 5. Percaya kepada hari kiamat 6. Percaya kepada ketentuan Qadha¶ dan Qadar

SYARIAH
Setiap yang diundang-undangkan oleh Allah dalam urusan keagamaan melalui wahyunya samaada Al-Quran atau AlSunnah. Terbahagi kepada 2 bahagian iaitu: a. Ibadah Khusus Berkaitan dengan hubungan manusia dengan Allah yang terkandung dalam Rukun Islam iaitu: 1. Mengucap dua kalimah syahadah (Bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah.

2. 3. 4. 5.

Mendirikan Solat. Berpuasa di Bulan Ramadhan Mengeluarkan zakat Menunaikan haji di Mekah.

b. Ibadah Umum Berkaitan dengan hubungan manusia dengan manusia dan manusia dengan alam yang menghasilkan sistem sosial, politik, ekonomi, sains dan teknologi dan sebagainya dalam sebuah tamadun.

AKHLAK
Menurut Imam al-Ghazali: Sifat yang tertanam dalam jiwa yang darinya terbentuk tingkah laku dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan akal terlebih dahulu. Merangkumi akhlak terhadap: 1. Diri Sendiri 2. Keluarga 3. Masyarakat 4. Alam Sekitar 5. Allah s.w.t Akhlak yang perlu diikuti dan dicontohi oleh setiap muslim adalah akhlak Nabi Muhammad s.a.w. sebagaimana yang terkandung dalam al-Sunnah.

SUMBER-SUMBER HUKUM TAMADUN ISLAM Terbahagi kepada empat sumber iaitu al-Quran, Al-Summah, Ijmak dan Qiyas 1. Al-Quran Kalam Allah atau kitab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bahasa arab dengan keterangan dan maknanya yang tepat. Ia mengandungi semua perkara yang menyentuh seluruh aspek kehidupan manusia (akidah, syariah dan akhlak). Al-Quran hendaklah dibaca, diteliti, dikaji, difahami dan dihayati isi kandungannya. Ia merupakan sumber rujukan yang tunggal sebagai pencetus kecemerlangan Tamadun Islam.

2. Al-Sunnah Perkara yang datang dari Rasulullah s.a.w ada berupa perkataan, perbuatan dan pengakuan. adalah sumber kedua selepas al-Quran. a. Perkataan: Meliputi semua perkara yang datang dari Rasulullah s.a.w dalam bentuk kata-kata tentang sesuatu perkara atau keadaan.

sama Ia

b.

Perbuatan: Merangkumi semua perbuatan Rasulullah s.a.w yang menjelaskan syariat atau undang-undang. Perakuan: Perakuan Rasulullah s.a.w terhadap perbuatan yang dilakukan atau perkataan para sahabat di hadapan baginda dengan cara mendiamkan diri (tidak melarang).

c.

3. Ijmak Kesepakatan pendapat di antara para mujtahid atau Ulamak Fiqh pada masa tertentu (selepas kewafatan Rasulullah s.a.w) dalam sesuatu hukum yang tidak terdapat dalam al- Quran dan al-Sunnah. Ijmak diperolehi melalui ijtihad. Ijtihad: Berusaha dalam mengeluarkan hukum terhadap sesuatu perkara yang tidak dinyatakan dalam al-Quran dan al-sunnah. Mujtahid: Ulamak yang mengeluarkan hukum tersebut. Antara contoh Jihad : solat dlm kapal terbang.

4. Al-Qiyas Membandingkan perkara yang tidak dinyatakan hukumnya dalam al-Quran dan al-Sunnah dengan perkara yang ada dinyatakan hukumnya dalam al-Quran dan alSunnah kerana ada persamaan pada illah (sebab hukum tersebut). Contoh: Membandingkan ³dadah atau ecstacy´ yang tidak dinyatakan hukumnya dalam al-Quran dan al-Sunnah sama ada halal atau haram dengan ³arak´ yang ada dinyatakan hukumnya dalam al-Quran dan al-Sunnah iaitu ³haram´ Kerana ada persamaan illah (sebab hukum tersbut) iaitu memabukkan dan menghilangkan akal. Oleh kerana arak diharamkan kerana ia memabukkan dan menghilangkan akal, maka dadah dan ecstacy juga haram kerana ia juga memabukkan dan menghilangkan akal dengan membandingkkanya dengan arak.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful