You are on page 1of 9

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran Tahun Bil. Murid Tema Tajuk Tarikh Masa

: Bahasa Melayu : 2 Titiwangsa : 32 Orang : Kita Pengguna Bijak : Menabung amalan mulia : 2 Ogos 2011 : (60 minit)

Objektif

: Pada akhir pembelajaran, murid dapat ; (i) Menyata sekurang-kurangnya 3 kebaikan mengamalkan amalan menabung secara lisan dengan nada dan intonasi yang sesuai. (ii) Menyatakan sekurang-kurangnya 3 keburukan sekirang tidak menabung secara lisan dengan nada dan intonasi yang sesuai. (ii)Membaca teks Amalan Menabung dengan lancar dengan nada dan intonasi yang betul.

Fokus utama

: 1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan dengan kehidupan seharian dengan menggunakan kata ,ungkapan,ayat,sebutan dan intonasi yang b etul.

PRAKTIKUM 2/2011

Aras 1 i. Berbual tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang sesuai.

Fokus sampingan

: 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca. Aras 1 ii. Membaca ayat dalam teks yang mengandung ayat tunggal dan ayat majmuk berbilang subjek.

Kemahiran bahasa Sistem bahasa

: i. Kemahiran Mendengar dan bertutur ii) Kemahiran membaca

: i. Kata Hubung ii. Peribahasa

Ilmu

: i. Matematik ii. Pendidikan Moral

Nilai

: i. Berjimat cermat. ii. Kesederhanaan.

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) : i. ii. Pembelajaran Kontekstual: i.Mengaplikasi. Kemahiran berfikir : i.Menjana idea ii.Mengenalpasti sebab dan akibat.

PRAKTIKUM 2/2011

Bahan Bantu Belajar (BBB)

: i. Duit RM 1 ii.Video Cara untuk menabung. iii.Teks Cara untuk menabung. iv. v. vi.

Pengetahuan Sedia Ada (PSA)Murid pernah : i.

Didedahkan mengenai amalan menabung melalui iklan di kaca televisyen.

PRAKTIKUM 2/2011

ISI PELAJARAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN

Soalan/Arahan Guru: 1. Cikgu mahu kamu semua berada dalam keadaan bersedia,duduk dengan tegak dan bersihkan kawasan meja kamu sekarang. 2. Sekarang lihat pada tangan cikgu .Apa yang cikgu pegang? Jawapan anggaran:Duit RM 1 3. Adakah kamu semua pernah mengamalkan amalan menabung dirumah? 4. Hari ini kita akan belajar pembelajaran yang bertajuk Menabung Amalan Mulia.

Set Induksi (5 Minit) 1.Guru mengarahkan pelajar supaya berada dalam keadaan bersedia. 2.Guru mengeluarkan sekeping duit RM 1 dan menunjukkannya kepada pelajar. 3.Guru bertanya sama ada murid mengamalkan amalan menabung atau tidak. Jawapan jangkaan : y y Ya, pernah menabung. Tidak pernah menabung.

KB : i. Kemahiran Mendengar Bertutur.

Nilai : i. Berjimat cermat

BBM : i. Duit RM 1

4.Guru memperkenalkan tajuk pengajaran pada hari ini kepada murid.

PRAKTIKUM 2/2011

Soalan/ Arahan Guru: 1. Sekarang mari kita tonton video yang berkaitan dengan amalan menabung. 2. Kamu semua perlu memberikan tumpuan semasa video dimainkan.Cikgu akan tanya soalan selepas video ini habis dimainkan. 3. Video ini mengisahkan cara yang terbaik untuk menyimpan wang dengan teratur. 4. Menabung sangat penting untuk masa depan yang baik kera menabung dapat mengurangkan beban kewangan ketika kecemasan. 5. Jika kita boros berbelanja kita akan menghadapi masalah ketika terdapat kecemasan.

Langkah 1 (15 Minit) 1. Guru menayangkan video Cara untuk menabung kepada pelajar. 2. Guru meminta agar pelajar memberikan tumpuan terhadap isi yang terdapat dalam video Cara untuk menabung. 3. Guru memantau disiplin murid semasa video Cara untuk menabung dimainkan. 4. Guru menerangkan isi kandungan video kepada pelajar secara terperinci. 5. Guru menerangkan kepada pelajar mengenai kepentingan menabung untuk masa hadapan yang baik. 6. Guru menerangkan kepada pelajar akibat jika berbelanja dengan boros. KB : 1.Kemahiran mendengar dan bertutur. Nilai : 1. Berjimat cermat. 2. Kesederhanaan. Kemahiran berfikir : i.Menjana idea ii.Mengenalpasti sebab dan akibat. Ilmu : BBM : i. Video Cara untuk menabung

i. Matematik ii. Pendidikan Moral

PRAKTIKUM 2/2011

Langkah 2 (15 Minit) Soalan/Arahan Guru: 1. Semua berada dalam keadaan bersedia sekarang. 2. Berikan cikgu kebaikan jika kita mengamalkan amalan menabung. Jawapan Anggaran: i. Menjamin masa depan yang baik. ii. Boleh digunakan pada waktu kecemasan. iii. Mengurangkan beban kewangan ibu bapa. 3. Mari kita bincang semula jawapan yang telah kamu berikan sebentar tadi. 4. Berikan cikgu keburukan jika kita boros dalam berbelanja. Jawapan Anggaran: i. Akan susah di masa kecemasan. ii. Berlaku pembaziran. iii. Tidak berbelanja dengan bijak 1. Guru meminta pelajar berada dalam keadaan bersedia dan memberikan perhatian kepada guru. 2. Guru bertanya kepada pelajar mengenai kebaikan amalan menabung.Jawapan yang dikehendaki perlu diperoleh sekurang-kurangnya 3 jawapan yang betul. 3. Guru membincangkan semula jawapan yang diberikan oleh pelajar dan menerangkan semula kelebihan amalan menabung. 4. Guru bertanya kepada pelajar mengenai keburukan jika boros dalam berbelanja.Jawapan yang dikehendaki perlu diperoleh sekurang kurangnya 3 jawapan yang betul. 5. Guru membincangkan semula jawapan yang diberikan oleh pelajar dan menerangkan keburukan jika mengamalkan perbelanjaan yang boros. Nilai : 1. Berjimat cermat. 2. Kesederhanaan. Ilmu : Kemahiran berfikir : i.Menjana idea ii.Mengenalpasti sebab dan akibat. KB : 1.Kemahiran mendengar dan bertutur.

i. Matematik ii. Pendidikan Moral

PRAKTIKUM 2/2011

Arahan Guru : 1. Sekarang cikgu akan edarkan teks Cara untuk menabung kepada kamu semua. 2. Guru membaca teks. 3. Sekarang cikgu mahu kamu membaca teksCara untuk menabung dengan kuat menggunakan nada dan intonasi yang betul. 4. Cuba kamu cari ada atau tidak peribahasa dalam teks tersebut? 5. Makna sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit ialah.... 6. Gariskan perkataan dan,serta dan tapi. 7. Kegunaan perkataan perkataan yang kamu garis tadi adalah..

Langkah 3 (15 Minit) 1. Guru mengedarkan teks Cara untuk menabungkepada semua pelajar. 2. Guru membaca teks Cara untuk menabung dengan kuat kepada semua pelajar. 3. Guru mengarahkan murid untuk membaca teks Cara untuk menabungberamai-ramai dengan kuat dengan menggunakan nada dan intonasi yang sesuai. 4. Guru meminta pelajar mengenalpasti peribahasa yang terdapat dalam teks Cara untuk menabung. 5. Guru menerangkan makna setiap peribahasa yang disebut. 6. Guru meminta menggariskan kata hubung yang terdapat pada teks Cara untuk menabung. 7. Guru menerangkan kegunaan setiap kata hubung yang digariskan.

BBM : i. Teks Cara untuk menabung KB : 1. Kemahiran membaca. 2. Kemahiran mendengar dan bertutur. Nilai : 1. Berjimat cermat. 2. Kesederhanaan. Kemahiran berfikir : i.Menjana idea ii.Mengenalpasti sebab dan akibat. Ilmu :

iii. Matematik iv. Pendidikan Moral

PRAKTIKUM 2/2011

Arahan Guru : 1. Apa yang kamu dapat pelajari pada hari ini. 2. Nilai yang terdapat dalam pengajaran pada hari ini adalah... 3. Hari ini kita telah mempelajari cara untuk menabung dengan bijak. 4. Terima kasih kelas,kita jumpa lagi di pembelajaran akan datang.

Penutup (5 Minit) 1. Guru bertanya kepada pelajar isi pelajaran pada hari ini. 2. Guru menerangkan nilai yang terdapat dalam pengajaran pada hari ini.Guru juga mener angkan kepentingan menabung untuk masa depan. 3. Guru merumuskan isi pelajaran pada hari ini, 4. Guru mengucapkan terima kasih kepada pelajar. 5. Guru menamatkan sesi pengajaran dan pembelajaran. Nilai : 1. Berjimat cermat. 2. Kesederhanaan.

PRAKTIKUM 2/2011

REFLEKSI / CATATAN : ____________________________________________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________________________________________ ______________ ______________________________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________________________________________ ______________________________________ ______________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________________________________________ _______________________________

Tandatangan Pensyarah Pembimbing

Tandatangan Pelajar

_______________________________ Puan Zainab Bt. Wi

______________________________________ Abdul Radhi Bin Ismail

PRAKTIKUM 2/2011

You might also like