You are on page 1of 12

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

BAB 6 : RASUK (BEAM)

6.1 Rasuk 6.1.1 Pengenalan

Rasuk merupakan komponen struktur yang dibina secara melintang dan dapat menanggung beban bumbung, dinding dan papak. Ia mengalami momen lenturan, daya ricih serta pesongan. Rasuk adalah elemen struktur yang menanggung beban sisi seperti papak. Kebiasaanya ia mengalami lenturan ricih dalaman serta pesongan apabila beban dikenakan. Antara kegunaan rasuk yang utama adalah : I. Mengambil beban dari papak papak lantai. II. Mengambil beban dari tiang. III. Mengambil beban dari bumbung. Agihan beban kepada raruk bergantung kepada jenis papak. Antaranya adalah : I. II. Papak sehala ialah papak dengan nisbah panjang / lebar = >2.0 Papak dua hala ialah papak dengan panjang / lebar = <2.0

Terdapat beberapa jenis rasuk yang biasa digunakan di dalam pembinaan di Malaysia. Antaranya adalah: I. Rasuk tupang mudah

109

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

II. Rasuk selanjar III. Rasuk julur Kedudukan rasuk juga terdapat di beberapa bahagian bangunan. Antaranya adalah: I. II. III. Rasuk bumi (ground beam) Rasuk tingkat atas Rasuk bumbung (roof beam)

Rasuk Bumbung

Rasuk Tingkt Atas

Rasuk Bumi

Rajah 6.1.i Menunjukkan kedudukan struktur rasuk di sebuah bangunan.

110

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

6.2 Rasuk Konkrit Bertetulang Rasuk konkrit bertetulang terdiri daripada tetulang utama dan tetulang pencekak. Tetulang utama berfungsi bagi menanggung beban, manakala tetulang pencekak berfungsi untuk menetapkan kedudukan dan saiz dimensi tetulang utama. Biasanya rasuk terdiri daripada empat batang tetulang utama. Untuk rasuk yang menanggung beban yang tinggi, penambahan tetulang akan dinyatakan di dalam plan struktur.

Rasuk Konkrit

Tetulang Utama

Rajah 6.1.ii Menunjukkan komponen bagi rasuk konkrit bertetulang. 6.3 Pembinaan Kotak Bentuk Bagi Rasuk Bumi 1. Dibina menggunakan kayu bersaiz 1 x 2 dan papan lapis 12mm. 2. Kotak bentuk perlu dibina mengikut saiz dan ketinggian yang telah ditetapkan didalam pelan. 3. Pembinaannya mestilah kuat dan kukuh untuk menahan getaran semasa kerja kerja pemadatan konkrit dijalankan. 4. Perlu dipastikan tiada kebocoran pada bahagian bahagian serta sambungan sanbungan kotak bentuk bagi mengelakkan kehilangan air konkrit yang boleh menyebabkan honey combing. 5. setelah pemasangan kotak bentuk siap, kerja pengerasan dijalankan bagi memastikan paras permukaan kotak bentuk adalah rata dan searas.

111

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

6. Permukaan papan lapis perlu disapu dengan minyak hitam terlebih dahulu supaya konkrit yang dimasukkan tidak melekat pada kotak bentuk tersebut.

Rajah 6.3.i Menunjukkan permukaan kotak bentuk disapu dengan minyak hitam

Rajah 6.3.ii Menunjukkan pemasangan kotak bentuk bagi pembinaan rasuk bumi.

6.4 Pembinaan Kotak Bentuk Rasuk Bumbung / Tingkat Atas

112

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

1. Berbentuk sama seperti ground beam, tetapi ianya perlu disokong oleh tupang bagi memelihara kedudukan dan sisiannya. Sokongan kotak bentuk dikenali sabagai T-post. 2. Perlu dibina dari tiang ke tiang. 3. Kerja kerja pembinaan kotak bentuk rasuk bumbung / tingkat atas memerlukan papan jalan atau prob terlebih dahulu. 4. Kerja kerja memasang prob akan disertakan dengan kerja kerja menupang menggunakan T-post ataupun peranca. 5. Saiz kayu T-post ialah 2 x 3 dan hendaklah mempunyai jarak lebih kurang 2 kaki antara satu sama lain dibawah kotak bentuk. 6. Kayu yang digunakan untuk T-post adalah dari kayu yang terpilih untuk dijadikan sebagai penyokong kepada kotak bentuk rasuk bumbung / tingkat atas supaya dapat menanggung beban apabila pekerja berdiri diatasnya untuk kerja kerja menuang konkrit. 7. Prob akan dipasang diatas penutup tiang yang dipasang terlebih dahulu pada setiap tiang. 8. Tujuannya untuk memastikan ketinggian tiang adalah sama antara satu sama lain, dan juga melindungi tiang daripada pecah atau retak. 9. Kerja kerja memasang prob perlu dilakukan dengan berhati hati begitu juga dengan kerja kerja meletak tupang dibawahnya. 10. Untuk memastikan keselarian,kerja kerja setting out akan dijalankan dimana benang akan direntang pada papan jalan untuk dijadikan panduan memasang kotak bentuk rasuk bumbung(roof beam). 11. Bagi memastikan kedudukan roof beam adalah selari dengan ground beam, pelambab akan digunakan. Caranya batu pelambab akan digantung dan dijatuhkan bebas. Perlu dipastikan ianya jatuh betul betul pada setiap penjuru ground beam. 12. Kerja pengarasan dijalankan bagi memastikan paras permukaan kotak bentuk adalah rata dan searas.

113

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

Rajah 6.4.i Menunjukkan kerja kerja pemasangan prob dan pemasangan Tpost/peranca.

Rajah 6.4.ii Menunjukkan kerja kerja pemasangan rasuk tingkat atas.

6.5 Pemasangan Tetulang

114

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

1. Sebelum pemasangan tetulang, kotak bentuk perlu diperiksa dari segi saiz, verticality, alignment, rigidity, cleanliness,prob dan aras. 2. Tetulang yang telah siap dibentuk dan diikat akan dimasukkan kedalam kotak bentuk. 3. Ianya boleh berlaku sama ada sebelum, semasa atau selepas kotak bentuk dibina. 4. Block spacer (tauhu) akan dipasang sekali semasa pemasangan tetulang ke dalam kotak bentuk. 5. Tebal block spacer adalah bersamaan dengan tebal penutup konkrit sebagaimana yang dikehendaki dalam plan struktur. 6. Saiz tetulang yang digunakan untuk roof beam biasanya berbeza dengan saiz tetulang ground beam.

Rajah 6.5.i Menunjukkan pemasangan tetulang bagi rasuk bumi(ground beam).

115

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

Rajah 6.5.ii Menunjukkan pemasangan tetulang bagi rasuk bumbung / tingkat atas.

6.6 Penuangan Konkrit 1. Konkrit yang telah siap dibancuh akan dimasukkan ke dalam kotak bentuk yang telah pun siap dipasang tetulang. 2. Perlu dipastikan sebelum penuangan konkrit dilakukan, pemasangan tetulang perlu diperiksa dengan teliti seperti saiz, jenama, grade, lapping, concrete cover, link spacing dan bilangan. 3. Setelah konkrit dituang, kerja kerja pemadatan / penggetaran konkrit perlu dilakukan dengan menggunakan mesin vibrator bagi memastikan tiada ruang ruang udara yang tertinggal didalam bancuhan konkrit. Kaedah manual juga boleh digunakan iaitu dengan mencocok cocok rod besi dalam bancuhan konkrit. 4. Ini akan menghasilkan konkrit yang lebih padat. 5. Jika tidak, akan terdapat ruang ruang udara yang terperangkap serta akan menyebabkan terhasilnya lompang. Ini boleh mengakibatkan struktur konkrit mudah pecah dan tidak kuat. 6. Permukaan konkrit hendaklah diratakan semasa penuangan dan mesti diratakan permukaannya bagi mengelakkan pengasingan bahan bahan.

116

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

Rajah 6.6.i Menunjukkan penggunaan mesin vibrator ketika kerja kerja penuangan konkrit dilakukan.

Rajah 6.2.ii Menunjukkan kerja penuangan konkrit kedalam kotak bentuk rasuk.

6.7 Pengawetan Konkrit

117

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

Semasa air dibancuh

dengan simen, tindakbalas

akan berlaku yang

menyebabkan simen akan membeku dan mengeras. Air hanya cukup untuk tindak balas kimia pada peringkat permulaan sahaja, jika air kurang semasa simen mengeras, konkrit tidak dapat mencapai kekuatan maksimum. Apabila konkrit ditempatkan, kandungan air akan hilang dengan cepat melalui proses penyejatan jika tindakan segera tidak diambil. Tindakan mencegah kehilangan air dari konkrit dinamakan pengawetan konkrit. Pengawetan ialah satu tindakan menjaga konkrit setelah dituang dan dipadatkan sehingga ianya mencapai kekuatan konkrit yang dikehendaki dengan menggunakan air. Amalan pengawetan yang dilakukan adalah seperti berikut : dan sebagainya. Merendamkan permukaan konkrit dengan Membasahkan konkrit dengan air. Amalan air. Kaedah ini sesuai digunakan untuk mengawet lantai konkrit. ini dilakukan pasa tempat tempat seperti tembok, tiang, rasuk dan sebagainya yang sukar diawet dengan cara lain. sejatan. Menggunakan wap air (stim). Biasa digunakan dikilang terutama sekali konkrit prategasan. Menyapu bahan bahan kimia pada permukaan konkrit untuk mengelakkan kehilangan air melalui proses Permukaan konkrit boleh ditutup dengan bahan bahan yang dibasahkan seperti beg guni, jerami, habuk kayu, pasir

6.7.1 Tujuan Pengawetan 1. Memastikan pembentukan kekuatan mampatan yang dikehendaki. 2. Mengelakkan terjadinya kehilangan lembapan yang mengejut ke atas konkrit. 3. Mengelakkan berlakunya keretakan pada permukaan konkrit.

118

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

4. Untuk membiarkan konkrit berada didalam keadaan lembap seberapa lama yang boleh supaya proses pengerasan berjalan secara sederhana sehingga kekuatan yang maksima. 5. Mengelakkan konkrit dirosakkan oleh keadaan atau cuaca sejuk. 6.8 Semburan Anti Termite (racun serangga) Semburan anti-termite dilakukan setelah proses pengawetan konkrit dilakukan. Tujuan ia dilakukan adalah untuk memastikan konkrit tersebut terhindar daripada serangga perosak.

(a)

(b)

119

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

Rajah 6.8.i Menunjukkan kerja kerja semburan anti termite pada rasuk bumi dilakukan. 6.9 Komen dan Cadangan Ketika kerja kerja pembinaan rasuk ini, aspek keselamatan sering diabaikan. Terdapat banyak peraturan keselamatan tidak diberi perhatian yang khusus. Antaranya adalah : 1. Pekerja tidak memakai sarung tangan ketika melakukan kerja kerja membuka kotak acuan rasuk. Ini amat berisiko tinggi kepada pekerja yang mungkin akan menyebabkan tangan tertusuk dengan kayu. 2. Pekerja juga tudak memakai kasut keselamatan safety boot ketika bekerja. Ini mungkin akan menyebabkan kemalangan kepada pekerja sekiranya terpijak paku, kayu atau sebagainya. 3. Pekerja juga tudak memakai topi keselamatan semasa bekerja. Ini amat berisiko tinggi sekiranya terdapat bahan binaan yang berada di tempat tinggi terjatuh ke bawah dan terkena diatas kepala pekerja dibawah. Adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk memastikan peraturan peraturan di tapak bina di patuhi oleh setiap pekerja. Ini adalah untuk mengelakkan daripada kemalangan berlaku di tapak bina dan seterusnya menjejaskan nama baik sesebuah syarikat. Pihak majikan haruslah lebih tegas dalam memastikan peraturan peraturan di tapak bian di patuhi oleh setiap pekerja di tapak bina. 6.10 Kesimpulan Kesimpulannya, pihak majikan atau kontraktor haruslah lebih tegas dalam memastikan undang undang keselamatan di patuhi oleh setiap pekerja binaan. Ini adalah amat penting bagi menjaga prestasi baik syarikat serta mengelakkan berlakunya kemalangan yang tidak diingini berlaku terhadap pekerja. Selain itu, pekerja haruslah lebih peka terhadap keselamatan diri sendiri. Ini adalah kerana apabila kemalangan berlaku ia boleh mengakibatkan kecacatan kekal pada pekerja dan seterusnya akan menyababkan pekerja tidak dapat bekerja seperti biasanya.

120