You are on page 1of 2

Kemahiran Menjaringkan Gol Pengenalan Bagaimana pula jaringan gol dikira?

Jaringan dikira sah apabila bola memasuki garisan gol secara lengkap dan penjaringnya tidak melakukan sebarang kesalahan semasa melakukan balingan tersebut, maka ia dikira sebagai jaringan yang sah. Jikalau benteng pertahanan melakukan kesalahan semasa penjaring menjaringkan gol, jaringan itu turut dikira sebagai jaringan yang sah. Namun, jaringan akan dikira sebagai tidak sah sekiranya penjaga masa membunyikan isyarat sebelum bola itu memasuki garisan gol dan jaringan dikira sah sekiranya pemain lawan secara tidak sengaja terjaring ke dalam gol sendiri. Suatu jaringan yang telah diberikan atau diputuskan oleh pengadil adalah muktamad. Pengisytiharan pemenang bergantung kepada jumlah gol yang berjaya dilakukan. Untuk melakukan jaringan, terdapat beberapa teknik atau kemahiran. Antara tekniktekniknya menjaring adalah: 1) Jaringan Bahu 2) Jaringan Lompat 3) Jaringan Lonjak 4) Jaringan Dive Jaringan Bahu Jaringan bahu adalah salah satu daripada teknik atau kemahiran menjaringkan gol. Teknik ini amat disukai terutama bagi pemain yang baru belajar bermain bola baling. Hal ini adalah kerana teknik tidak terlalu sukar untuk dilakukan. Jaringan ini boleh dilakukan ketika berada didalam statik dan berkedudukan bergerak atau berlari. Terdapat tiga fasa semasa melakukan teknik jaringan jenis ini. Antaranya adalah fasa persediaan, fasa balingan dan fasa ikut lajak. Fasa persediaan Bergerak ke arah gol. Bola dibawa dihadapan badan, paras antara abdomen dan bahu

Pelakuan jaringan bermula dengan kaki kiri melangkah ke hadapan Kaki kanan bengkok sedikit di belakang.

Fasa balingan
-

Tangan kanan yang membawa bola di atas tapak tangan dibawa ke belakang, siku dibengkokkan.

Momentum ke hadapan diteruskan. Bola dibawa ke atas kepala. Tangan pelaku diluruskan jauh ke belakang. Hanyunkan tangan ke hadapan dalam aksi membaling bola. Baling bola seberapa kuat yang boleh ke arah gol. Hala tuju bola ke manamana empat penjuru gol.

Tenaga jaringan ialah gabungan kekuatan otot-otot dada, bahu dan lengan, hanyunan lengan, aksi jentikan/sentakan pergelangan tangan dan kekuatan otot-otot jari.

Fasa ikut lajak Badan dan tangan pelaku ikut lajak setelah bola dilepaskan.

You might also like