Rumusan

Untuk meningkatkan prestasi semasa perniagaan boleh dijalankan dengan meningkatkan kecekapan pengurusan stok. Dengan cara ini, saya dapat mengurangkan risiko stok dengan mengimbangkan stok yang sedia ada. Sekiranya, bilangan stok terlalu banyak, saya boleh mengurangkan tempahan stok sebaliknya jika stok berkurangan, saya boleh membuat tempahan stok dengan lebih kerap. Jika stok berkurangan, saya tidak dapat menepati permintaan pelanggan,

saya mungkin akan kehilangan kepercayaan daripada pelanggan.

Tambahan pula, promosi jualan besar boleh dilancarkan untuk meningkatkan prestasi semasa perniagaan. Melalui promosi, saya dapat menarik lebih banyak pelanggan mengunjungi kedai dan membuat perbelanjaan. Mereka akan belanja lebih banyak dengan harga yang lebih lumayan.

Selain itu, saya boleh meningkatkan tempoh pengutipan hutang daripada penghutang. Dengan cara ini, hutang lapuk boleh diminimumkan kerana penghutang membayar hutang dalam masa yang singkat. Diskaun boleh diberikan kepada mereka untuk mengalakkan mereka menjelaskan hutang dengan cepat.Sehubungan dengan itu, saya boleh mempercepatkan tempoh bayaran kepada pemiutang. Jika saya membuat bayaran kepada pemiutang dalam tempoh yang ditentukan, saya mungkin diberi diskaun yang banyak daripada pemiutang. Sekiranya saya tidak membuat bayaran

kepada pemiutang, nama baik perniagaan saya mungkin akan terjejes dan mereka enggan berniaga dengan saya.

saya juga akan mengurangkan kos operasi untuk meningkatkan prestasi perniagaan dalam jangka masa yang panjang. Di samping itu.Bagi meningkatkan prestasi perniagaan dalam jangka masa yang panjang. Sehubungan dengan itu. Saya boleh membuat kajian yang lebih jelas dan menentukan strategi yang boleh diambil untuk meningkatkan prestasi perniagaan saya . Promosi boleh dilancarkan sebanyak empat kali setahun dengan jualan yang lebih murah terutamanya menjelang musim perayaan seperti perayaan Tahun Baru Cina. Hari Gawai dan sebagainya. Hari Raya Aidilfitri. saya boleh mengadakan promosi lebih kerap untuk menarik lebih banyak pelanggan. saya boleh membuat kajian tehadap perniagaan saya dari masa ke masa.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful