You are on page 1of 11

Bagai ayam disambar helang

Nasib buruk ; mati tanpa sakit

Bagai kunyit dengan kapur

Sangat mesra atau lekas mesra

Bagai tikus jatuh ke beras

Apabila mendapat untung besar diam sahaja tanpa memberitahu orang lain

Ibarat burung dalam sangkar mata lepas, badan terkurung

Tidak bebas

Seperti aur dengan tebing

Saling membantu

Seperti belut puang ke lumpur

Kembali ke tempat asal

Seperti embun di hujung rumput

Kasih saying mudah hilang

Seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masingmasing

Mementingkan diri sendiri

Seperti harimau menyembunyikan kukunya

Menyembunyikan kebolehan

Seperti hujan jatuh ke pasir

Nasihat yang tidak berguna

Seperti isi dengan kuku

Hubungan yang sangat rapat

Seperti kacang lupakan kulit

Tidak mengenang budi

Seperti lintah darat meminta darah

Meminjamkan wang dengan mengenakan faedah yang sangat tinggi

Seperti tanduk bersendi gading

Padan dan secocok

Umpama menatang minyak yang penuh

Kasih sayang yang tidak berbelah bahagi

Umpama orang mengantuk disorongkan bantal

Mendapat sesuatu yang diperlukan secara tiba-tiba

Anak emas

Anak kesayangan

Ayam tambatan

Seseorang yang menjadi harapan

Bahasa dalam

Bahasa istana

Baik sangka

Berbaik sangka terhadap orang lain

Batu loncatan

Tempat sementara menanti peluang yang lebih baik

Bau-bau bacang

Pertalian saudara yang agak jauh

Bawa alamat

Membawa tanda

Berbalik hati

Berubah hati

Bertali arus

Berterusan

Besar hati

Merasa amat gembira

Bidan terjun

Menggantikan tugas orang lain dengan tiba-tiba kerana ketiadaan orang itu

Bintang terang

Bertuah atau bernasib baik

Buah fikiran

Pendapat atau idea

Buah hati

Orang yang disayangi

Buah tangan

Hadiah

Bulan madu

Tempoh bahagia selepas berkahwin ; pergi melancong selepas berkahwin

Bunga dedap

Cantik tetapi buruk budi bahasa

Buruk selera

Rakus atau tamak

Celik huruf

Boleh membaca

Darah muda

Kurang arif kerana muda

Diam-diam ubi

Orang yang berusaha secara diam-diam

Durian runtuh

Keuntungan yang besar

Jantung hati

Orang yang disayangi

Jinak-jinak merpati

Manja tetapi tidak dapat diperdaya

Kera sumbang

Tidak suka bergaul dengan orang lain

Mandi peluh

Bekerja keras

Lain lubuk lain ikannya

Lain tempat lain adatnya

Mati akal

Tiada pendapat atau idea

Langkah bendul

Mengahwini gadis sedangkan kakaknya belum berkahwin

Mati kutu

Habis idea

Lapang dada

Perasaan lega

Membanting tulang

Bekerja keras

Lintah darat

Orang tengah yang menindas

Menara gading

Universiti

Mencolok mata

Berpakaian seksi

Perang dingin

Konflik yang tidak diheboh-hebohkan

Otak cair

Bijak

Rabun malam

Rabun pada waktu malam

Pandai perak

Tukang perak

Rendah diri

Rasa hina

Pencakar langit

Bangunan tinggi

Ringan tulang

Rajin

Pening-pening lalat

Pening sedikit

Salah adab

Tidak bersopan

Singkat akal

Kurang menggunakan akal fikiran

Alah membeli manang memakai

Biar mahal asal tahan lama

Tangkai jering

Kedekut

Alang-alang mandi biar basah, alang-alang berdakwat biar hitam

Sesuatu pekerjaan itu hendaklah dilakukan dengan sebaik-baiknya sehingga selesai

Tangkap muat

Buat mana-mana yang sempat sahaja

Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan

Sesuatu pekerjaan itu hendaklah dilakukan dengan sebaik-baiknya sehingga selesai

Tidur-tidur ayam

Tidur yang tidak lena

Bagaimana acuan begitulah kuihnya

Kelakuan ibu bapa menentukan kelakuan anaknya

Tumbuk rusuk

Memberi rasuah

Berat sama dipikul ringan sama dijinjing

Sesuatu pekerjaan yang sukar akan menjadi mudah jika dilakukan bersamasama

Berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak

Sementara menunggu perkara yang baik buatlah sesuatu perkara yang berfaedah

Jauhari yang mengenal manikam

Orang yang arif tentang sesuatu bidang sahaja mengetahui bidang tersebut

Biar putih tulang jangan putih mata

Lebih baik mati daripada menanggung malu

Kalau tak beradaada, tak akan tempua bersarang rendah

Jika tiada tujuan seseorang itu tidak akan melakukan sesuatu perkara

Dapat sama laba, cicir sama rugi

Sesuatu pekerjaan yang sukar akan menjadi mudah jika dilakukan bersama-sama. Sekiranya tidak bekerjasama kesemua pihak akan mengalami kerugian Sesuatu pekerjaan itu hendaklah dilakukan dengan sebaik-baiknya sehingga selesai

Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di pinggir pantai

Jangan melakukan sesuatu pekerjaan yang kita takut menghadapi risikonya

Genggam bara api biar sampai jadi arang

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

Sekiranya sesuatu pekerjaan itu tidak diusahakan masakan dapat hasilnya

Jauh berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa

Banyak pengalaman

Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, ke laut sama direnangi

Sesuatu pekerjaan yang sukar akan menjadi mudah jika dilakukan bersamasama

Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan

Menerima sesuatu dengan tangan yang terbuka, sangat menghargai

Sudah terantuk baru terngadah

Apabila mendapat susah baru teringat akan kesilapannya

Malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut

Orang yang malas tidak akan maju, kalau malu berusaha pasti akan susah

Ada udang disebalik batu

Ada tujuan atau maksud tertentu

Merajuk pada yang kasih, manja pada yang sayang, meminta pada yang ada

Kalau hendak berbesar hati biarlah kepada orang yang mengambil berat tentang hal kita; melakukan sesuatu hendaklah sesuai dengan tempat dan keadaannya supaya perbuatan itu berhasil dengan baik Rajin bekerja akan memperoleh rezeki

Berdiri sama tinggi duduk sama rendah

Sama taraf

Ringan tulang berat perut

Biar titik jangan tumpah

Biar rugi sedikit jangan rugi banyak

Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan

Apabila menyedari bahawa kita telah melakukan kesalahan kita hendaklah insaf dan berusaha untuk membetulkannya

Indah khabar dari rupa

Cerita lebih hebat dari yang sebenar

Ingat sementara belum kena, berjimat sementara belum habis

Sentiasa berhatihati sebelum mengambil sesuatu tindakan

Meredah ranjau dan duri

Mengharungi segala rintangan yang berada di hadapan

Sehari selembar benang lama-lama jadi kain

Sesuatu pekerjaan yang dilakukan sedikit demi sedikit akhirnya akan selesai

Muafakat dijulang ekonomi gemilang

Sekiranya rakyat bekerjasama ekonomi Negara turut berkembang

Bahasa menunjukkan bangsa

Tutur kata seseorang dapat digunakan untuk menunjukkan asal usulnya

Muafakat membawa berkat

Kerjasama membawa kejayaan

Jika usaha terus disemai, kejayaan pasti dituai

Jika berusaha pasti akan membuahkan kejayaan

Orang berbudi kita Kita harus berterima berbahasa kasih kepada orang yang member bantuan kepada kita

Menuntut ilmu itu tiada noktahnya

Ilmu yang dipelajari tiada penghujungnya

Rakyat bersatu negara maju

Perpaduan menjamin kemajuan Negara

You might also like