You are on page 1of 8

Keracunan Bahan Kimia

Apakah dia keracunan bahan kimia ? Keracunan bahan kimia biasanya melibatkan pendedahan terhadap bahan-bahan kimia biasa seperti bahan kimia rumah, produk pertanian, produk tumbuhan atau produk industri. Apakah sebenarnya yang menimbulkan keracunan? Sesetengah produk rumah tidak beracun. Bahan-bahan ini tidak menimbulkan sebarang gejala apabila dimakan. Walau bagaimanapun, tiada agen kimia yang selamat sepenuhnya. Jumlah yang dimakan itu adalah penting dalam menentukan sama ada sesuatu bahan kimia itu merbahaya atau tidak. Jumlah dos amat penting kerana kebanyakan bahan, walaupun sesetengah darinya dianggap sebagai nutrien akan menjadi beracun jika dimakan dalam jumlah/kuantiti yang tertentu. Bahan-bahan beracun dalam persekitaran boleh memberikan kesan buruk ke atas tubuh badan manusia. Bahan-bahan ini menjejaskan pelbagai sistem penting dalam badan seperti sistem ginjal, saraf, pernafasan, jantung dan pembiakan. Apakah yang berlaku ketika keracunan? Bagaimana sesuatu bahan beracun itu merosakkan badan manusia bergantung kepada pendedahan terhadap jenis bahan itu. Bahan-bahan berbahaya ini menyebabkan keracunan dengan menjejaskan fisiologi normal tubuh manusia. Penyebab
• • • •

Individu yang berisiko mengalami keracunan asid-alkali ialah: Individu yang menyimpan dan menggunakan bahan-bahan kimia rumah Kanak-kanak yang berada di dalam persekitaran di mana tersimpannya bahanbahan kimia berkenaan. Pekerja kilang yang terlibat dengan bahan-bahan kimia berkenaan.

Faktor - faktor risiko
• • • •

Individu yang berisiko mengalami keracunan asid-alkali ialah: Individu yang menyimpan dan menggunakan bahan-bahan kimia rumah Kanak-kanak yang berada di dalam persekitaran di mana tersimpannya bahanbahan kimia berkenaan. Pekerja kilang yang terlibat dengan bahan-bahan kimia berkenaan.

1

kumpulkan sampel muntah untuk membantu mengenal pasti racun jika tiada petunjuk-petunjuk lain. Pertolongan cemas Bagaimana menguruskan keracunan bahan kimia? Racun yang ditelan Jika anda mendapati anak anda berhampiran atau memegang bekas racun yang terbuka atau kosong. Bertenang dan bertindak cepat: • • Jauhkan racun tersebut dari anak anda. sebanyak 57% pendedahan terhadap racun melibatkan produk-produk bukan farmaseutikal seperti alat kosmetik.Insidens Lebih daripada 90% kejadian keracunan bahan kimia berlaku di rumah. tanda-tanda atau bau tertentu pada mangsa. minta ia ludahkannya atau keluarkan dengan jari anda (simpan ini dengan bukti-bukti lain untuk membantu mengenal pasti jenis racun yang ditelan) Jangan cuba membuatkan anak anda muntah (pegawai Pusat Racun Negara atau doktor anda akan menasihatkan apabila langkah ini perlu) Jangan mengikut arahan yang tertera pada label pembungkus racun kerana ia mungkin tidak boleh digunapakai lagi. tumbuh-tumbuhan. Jika mangsa telah muntah. Manakala 43% lagi melibatkan pendedahan terhadap ubat-ubatan dan dadah. anak anda mungkin keracunan. 2 . Di kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah. racun perosak dan peralatan melukis. Keracunan Asid-alkali: • Jika anda atau anak anda dengan tidak sengaja tertelan bahan kimia asid-alkali. Jika racun itu masih berada di dalam mulut anak anda. segera cairkannya dengan meminum susu atau air. Setiap tahun. insiden ini dialami oleh beribu-ribu kanak-kanak dengan tidak sengaja. bahan pencuci. Telefon ambulan (dail 999) dan beri pertolongan kepada mangsa. • • • Kemungkinan terdapat: • • • Kesan merah atau luka terbakar di sekeliling mulut mangsa Nafas berbau bahan kimia Kesan kebakaran. pakaian atau di persekitaran. sebaliknya hubungilah pusat kawalan racun dengan segera untuk mendapat arahan terkini.

Jika mangsa ialah seorang kanak-kanak.  Jika anak anda tersedut gas atau wasap beracun. Jangan menggunakan sebarang salap atau gris. Apakah yang patut dilakukan dalam keadaan berikut? • Racun pada kulit (sentuhan) Jika anak anda tertumpah racun ke atas badannya. Jika bahagian berkenaan terdapat kesan terbakar. Jika anak anda boleh bernafas dengan baik. hubungi Pusat Kawalan Racun untuk arahan selanjutnya.    3 .Resusitasi kardiopulmonari (hubungkan dengan artikel mengenai CPR) dan jangan berhenti sehingga anak anda bernafas dengan sendiri atau sehingga orang lain mengambil alih. wasap beracun mungkin berpunca dari sumber-sumber berikut: o o o Asap dari eksos kereta yang dihidupkan dalam garaj bertutup Dapur minyak gas/tanah. tanggalkan pakaiannya dan bersihkan kulit dengan air suam (jangan sekali-kali menggunakan air panas). Jangan menggunakan ubat titis mata atau salap kecuali jika diarahkan. asap yang berbau kuat dari bahan-bahan pelarut dan pencuci lain.• Kemudian pergi ke Jabatan Kecemasan hospital terdekat dengan segera. pindahkan dia ke kawasan berudara segar dengan segera. Teruskan membersihkan mata untuk selama 15 minit dan hubungi Pusat Kawalan Racun untuk arahan selanjutnya. Kemudian hubungi Pusat Kawalan Racun untuk arahan selanjutnya. lakukan CPR . • Gas atau wasap beracun Dalam sesebuah rumah. Jika anak anda sukar untuk bernafas. Kemudian hubungi 999. Jika anda keseorangan. Jika anak anda berhenti bernafas. hubungi 999 atau perkhidmatan kecemasan tempatan. teruskan membersih dengan air sekurang-kurangnya untuk selama 15 minit walaupun anak anda membantah. anda mungkin memerlukan seseorang untuk memegangnya sementara anda membersihkan matanya. • Racun di dalam mata Bersihkan mata dengan membuka kedua-dua kelopak mata dan menuang aliran air yang suam (jangan menggunakan air panas) ke dalam ruang di sudut mata berhampiran hidung. arang atau kayu yang bermasalah. lakukan CPR selama seminit.

• Ujian-Ujian Pemeriksaan masalah keracunan merangkumi beberapa perkara seperti pemeriksaan fisikal.Tanda dan gejala Gejala-gejala keracunan asid-alkali: • • • • • • • • • Pengeluaran air liur yang berlebihan Kesan luka terbakar pada mulut dan bibir Disfonia (kesukaran mengeluarkan suara) Meleleh air liur atau nafas kanak-kanak tersebut berbau aneh Tanda atau kesan ganjil pada pakaian kanak-kanak berkenaan Kesukaran atau kesakitan ketika menelan Kesakitan retrosternal (kesakitan dirasai di bahagian posterior sternum . Selain dari itu.tekanan darah tinggi. penggumpalan darah yang berlaku merata tempat dalam salur darah (satu keadaan di mana boleh menyebabkan pendarahan spontan berlaku akibat kekurangan faktor pembekuan darah) juga mungkin terjadi. kerosakan hati dan ginjal/buah pinggang dan hemolisis (pemecahan sel darah merah yang membebaskan hemoglobin) mungkin berlaku. tujuan. plat tulang yang membentuk bahagian tengah dinding anterior toraks) Terasa lembut di bahagian leher Muntah darah Komplikasi Komplikasi akibat keracunan asid-alkali: • Penyedutan racun asid-alkali mungkin menyebabkan keradangan trakea dan keradangan bronkus paru-paru. jenis-jenis pertolongan cemas yang disediakan. tempoh. maklumat sejarah keracunan (masa. keterukan gejala. dan sebagainya). Luka terbakar di perut boleh menyebabkan sakit dalam perut yang keterlaluan dan penyekatan saluran esofagus. renjatan. sejarah perubatan dan psikiatri. Bagi kes-kes yang serius. lokasi. Bersedialah untuk sebarang kemungkinan keracunan di rumah dengan mempamerkan nombor telefon Pusat Kawalan Racun di tempat yang boleh dilihat oleh semua. nama racun atau bahan kimia atau bahan campuran yang terlibat. 4 . ujian makmal. Tanda .

Pemberian penawar yang khusus jika ada Menghapuskan racun yang telah diserap Penjagaan sokongan am • • • Apakah dia sirap Ipecac? Sirap Ipecac ialah sejenis agen imetik (agen yang boleh menyebabkan muntah). Ramai doktor mengesyorkan supaya anda menyimpan sirap Ipecac untuk kecemasan. Bagi keracunan kimia. tetapi ia perlu digunakan mengikut nasihat doktor. suhu badan dan status mental. Ia merangkumi: • • Pemulihan fungsi-fungsi penting Pengeluaran sebarang racun yang masih ada di dalam perut (pembersihan perut atau muntah). Rawatan Farmakologi Apakah ubat / dadah yang boleh digunakan untuk merawat keracunan bahan kimia? Rawatan keracunan bertujuan untuk: • • • • Menghalang penyerapan racun seterusnya Mengeluarkan racun Menawarkan racun Mengurangkan komplikasi Pada asasnya. doktor akan memeriksa fungsi saraf dan kardiopulmonari (jantung-paru-paru). tekanan darah.Apakah yang diperiksa oleh doktor semasa pemeriksaan fisikal? Semasa pemeriksaan fisikal. 5 . Doktor juga akan mencari tanda-tanda khususu keracunan yang boleh menentukan sesuatu jenis keracunan tertentu seperti kulit kemerah-merahan (pengaliran darah yang banyak ke saluran darah periferi) dan anak mata yang mengecil. untuk menguruskan keracunan adalah mudah jika ia hanya melibatkan rawatan primer. Ia termasuklah denyutan nadi. sirap Ipecac selalunya digunakan untuk mencetus muntah. kadar pernafasan.

Contohcontoh bahan yang tidak boleh dimuntahkan ialah objek tajam. kumpulkannya dalam bekas untuk diperiksa. Bagaimana menggunakan sirap Ipecac? Beri sirap Ipecac mengikut dos yang disyorkan oleh doktor. muntah perlu dicetuskan dengan cepat untuk mengeluarkan racun kecuali tindakan ini boleh menyebabkan kerosakan lanjut. Asid yang kuat seperti pencuci tandas atau larutan alkali yang kuat (seperti lai . pusat kawalan racun atau pegawai kesihatan lain. lye (air abu) dan asid. produk petroleum. Jika terdapat bukti yang menunjukkan berlakunya perforasi atau penembusan (seperti sakit di bahagian retrosternal dan pengsan).Bilakah anda patut memberi sirap Ipecac? Dalam sesetengah kes. termasuklah: • • • • Racun asid-alkali (yang mengkakis) Tidak boleh dirawat menggunakan prosedur membersih perut atau emesis (muntah) Berikan susu untuk orang dewasa dan ais krim untuk kanak-kanak melalui mulut (secara oral) atau tiub Ryle. Jika muntah tidak berlaku dalam tempoh 20 minit setelah meminum sirap Ipecac. muntah mungkin membahayakan. anda mungkin dinasihatkan untuk mengulangi dos tersebut sekali sahaja lagi. pencuci longkang dan ketuhar atau detergen mesin pencuci pinggan mangkuk) boleh menyebabkan luka terbakar pada kerongkong dan muntah hanya akan membuatkan kecederaan ini semakin teruk. Oleh itu jangan menggunakan sirap Ipecac tanpa arahan doktor. Prognosis Ia bergantung kepada beberapa faktor: 1. jangan beri sebarang bahan melalui mulut dan pesakit perlu dirujuk untuk rawatan perubatan segera Bolehkah keracunan bahan kimia dirawat tanpa ubat-ubatan? Bila seseorang itu telah tertelan racun. Jenis racun yang ditelan 6 . Pengecualian terhadap panduan umum di atas.air abu. pusat kawalan racun atau pegawai kesihatan. Apabila telah muntah .

pastikan bekas itu dilabel dengan sempurna. Jenis pertolongan cemas yang diberikan. pakai alat keselamatan apabila mengendalikan bahan kimia. Jarak masa di antara waktu kejadian dengan waktu rawatan diterima. Pendidikan . 6. • • • Untuk keselamatan di rumah. Jangan sekali-kali menuang bahan-bahan kimia seperti racun rumpai atau agen pencuci ke dalam bekas lain. Sebarang gangguan yang menyebabkan anda terpaksa meninggalkan bahan tersebut tanpa pengawasan mungkin membawa akibat yang buruk.2. Simpan ubat-ubatan.terutama apabila terdapat kanakkanak berhampiran. Pastikan bedak bayi dan losyen terletak jauh dari jangkauan bayi atau kanakkanak. • • • • • • 7 . Jumlah racun yang ditelan 3.terutama label pada produk-produk rumah dan ubat-ubatan. Apabila menggunakan bahan kimia berbahaya. alat dandanan dan bahan / krim pembersih di tempat yang selamat dalam bilik air dan tidak dapat dicapai oleh kanak-kanak. 4. alat dandanan atau produk-produk rumah yang lain dalam laci atau di atas meja kecil di dalam bilik tidur. 5.amalkan tabiat makan yang selamat. Jangan meninggalkan sebarang ubat-ubatan. Apabila anda menyimpan sesuatu bahan atau ubat-ubatan dalam bekas yang tidak digunakan. Penyakit-penyakit lain yang dihadapi. alat kosmetik. Pencegahan Langkah-langkah pencegahan umum termasuklah: • Memahami label . Tempoh masa yang berlalu sebelum pertolongan profesional diperolehi. sentiasa pastikan tudungnya ditutup semula selepas digunakan. Ia amat mudah disalahanggap sebagai makanan atau minuman oleh kanak-kanak. pastikan anda melakukan perkara-perkara berikut: • Seboleh-bolehnya bahan yang berbahaya mesti disimpan dalam almari dinding yang berkunci atau kabinet bawah yang dilengkapi dengan kunci yang tidak boleh dibuka oleh kanak-kanak. Memastikan racun disimpan dengan betul . Sentiasa berwaspada bila menggunakan bahan kimia.untuk kesedaran pesakit dan pengguna. Menjamin keselamatan diri .

Sentiasa baca dan mematuhi arahan pada pek pencuci. Jangan sekali-kali mencampurkan bahan-bahan kimia . Elakkan dari mengguna pencuci longkang dan ketuhar kerana kedua-dua bahan ini merupakan bahan kimia yang kuat dan boleh menyebabkan mata dan kulit anda luka terbakar. pastikan anda: • • • Baca arahan pada bahan kimia untuk kegunaan berkebun dengan teliti dan patuhi semua arahan tersebut dengan betul. Didik kanak-kanak kecil agar tidak memasukkan apa-apa benda ke dalam mulut dan membasuh tangan selepas bermain di luar. • • • 8 . pakai sarung tangan getah yang tebal dan khusus untuk pengendalian bahan sebegini atau pakaian pelindung lain yang disarankan. Jangan sengaja mendedahkan diri anda kepada bahaya bahan kimia seperti menggunakan penyembur kimia dalam ruang yang tertutup. Sebagai langkah keselamatan.anda mungkin menyebabkan letupan atau mengeluarkan wasap beracun. Untuk keselamatan anda. Jangan meninggalkan bekas bahan kimia di tempat terbuka tanpa pengawasan sekiranya terdapat kanak-kanak berhampiran. Pastikan kanak-kanak dan binatang kesayangan berada di dalam rumah semasa anda menggunakan racun di kebun. • • • Untuk keselamatan di kebun.• Semua bahan pencuci perlu digunakan dengan cermat.kemalangan yang berlaku boleh mengancam nyawa. Jika anda terpaksa menggunakan sebarang bahan kakis atau beracun. Cuba gunakan pilihan yang lebih selamat. Jangan memindahkan racun ke bekas makanan atau minuman . sentiasa memakai 'goggles' atau cermin mata pelindung cahaya matahari semasa menyembur racun perosak atau racun rumpai untuk melindungi mata anda dari titisan-titisan racun yang halus. lindungi tangan anda dengan memakai sarung tangan getah atau sebarang sarung tangan berkebun setiap kali mengendalikan racun.