You are on page 1of 20

“FRANCAIS” DI SEKOLAH Boey Mei Li Guru Cemerlang Geografi SMK(P) Sri Mutiara Pulau Pinang Abstrak Dalam bidang

pendidikan, institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) menawarkan program-program berbentuk kembar dengan universiti luar negara dan universiti tempatan1. Sehubungan itu, sebuah model Pendekatan “Francais” di sekolah telah dirangka melibatkan dua pihak, fasilitator (francaisor) dan pelaksana (francaise). Fasilitator akan menyediakan program/modul, yang telah terbukti berjaya dan berkesan, membimbing dan memantau pelaksana melaksanakan program/modul mengikut ketetapan fasilitator. Melalui pendekatan “Francais” ini, masalah murid-murid yang kurang berminat mempelajari mata pelajaran Geografi pada peringkat SPM di SMK (P) Sri Mutiara dapat diatasi. Antara langkah yang diambil untuk memperkasamata pelajaran Geografi SPM ialah pelaksanaan Program Pembelajaran Bestari Geografi SPM dengan memberi tumpuan kepada Program Ulang Kaji Intensif Berfokus (PUIB) dan menstrukturkan semula pakej elektif tingkatan 4. Hasil daripada input mendorong yang diberikan kepada kedua-dua guru dan murid, output yang diharapkan, iaitu minat terhadap mata pelajaran Geografi meningkat, sikap menjadi positif dan prestasi menjadi cemerlang. Maka, pendekatan “Francais” mempunyai potensi besar menjadi penggerak kepada transformasi pendidikan. Pengenalan Mengikut InvestorWords.com2 “francais” bermaksud suatu bentuk organisasi perniagaan di mana sebuah syarikat (francaisor) yang mempunyai produk atau perkhidmatan yang berjaya, mengikat perjanjian kontrak dengan peniaga lain (francaise) untuk menggunakan tanda perniagaan francaisor. Kaedah operasi dan bimbingan disediakan dengan suatu bayaran. Oleh sebab perniagaan francais telah dicuba dan diuji berjaya, morebusiness.com3 percaya bahawa kaedah francais adalah suatu laluanyang selamat untuk mewujudkan

1

http://www.portal.mohe.gov.my/portal/page/portal/ExtPortal/Agencies/Education_C ost/Twinning_Degree_Program accessed 14.4.11 2 http://www.investorwords.com/2078/franchise.html accessed 10.4.11 3 http://www.morebusiness.com/what-is-franchising accessed 10.4.11

1

pekerjaan kendiri. Pada hari ini, kaedah francais telah membantu beribu-ribu individu menjadi majikan kepada diri sendiri melalui perniagaan sendiri4. Di Malaysia, kejayaan kaedah francais dalam bidang perniagaan adalah ketara tetapi apakah aplikasinya dalam bidang pendidikan? Dalam pendidikan tinggi, institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) berjaya berkolaborasi dengan universiti antarabangsa seperti Universiti Monash, Universiti Nortingham dan Universiti Curtin untuk menawarkan kursus kembar (seperti 3+1, 3+0) kepada rakyat Malaysia dengan kos yang lebih murah jika dibandingkan dengan mengikuti kursus tersebut di luar negara5. Terdapat juga IPTS seperti Kolej Damansara Utama berkolaborasi dengan universiti tempatan (IPTA) seperti Universiti Sains Malaysia untuk menawarkan kursus kepada rakyat6. Bagaimanakah pula di peringkat sekolah? Pernahkah program/modul guru yang terbukti berjaya dan berkesan difrancaiskan dan bolehkah program itu berjaya? Di peringkat sekolah, ramai guru muda mengalami masalah mencari suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang efektif untuk meningkatkan prestasi murid. Berlaku juga situasi di mana seorang guru diminta mengajarkan mata pelajaran bukan opsyen beliau. Terdapat juga guru opsyen Geografi yang berpengalaman mengajar Geografi PMR tiba-tiba diberikan kelas Geografi SPM. Guru-guru yang mengajar kelas-kelas peperiksaan seperti PMR dan SPM merasa tertekan untuk meningkatkan prestasi murid. Dilema yang dihadapi oleh guru-guru mata pelajaran Geografi SPM ialah masalah Geografi semakin dipinggirkan di sekolah sejak dijadikan mata pelajaran elektif. Ramai murid kurang berminat untuk mempelajarinya kerana menganggap Geografi sebagai mata pelajaran yang susah. Justeru, ramai Pengetua tidak terdorong untuk membuka kelas Geografi pada tingkatan empat kerana sambutan kurang menggalakkan. Di sekolah yang menawarkan Geografi SPM, pihak pentadbir pula menawarkan Geografi kepada murid-murid aliran bukan sains yang paling lemah sedangkan Geografi ialah suatu sains iaitu sains kajian bumi7. Hakikatnya ialah Geografi ialah mata pelajaran yang sangat relevan dengan kehidupan seharian dan sangat relevan kepada murid aliran sains. Memandangkan permasalahan ini, suatu pendekatan perlu dicari untuk mengatasi masalah-masalah ini. Antara kaedah yang boleh digunakan ialah kaedah pendekatan “francais” di peringkat sekolah. Objektif pendekatan “francais” ialah untuk memberi peluang dan ruang untuk guru-guru baru dan berpengalaman, opsyen dan bukan opsyen mengajar dengan lebih yakin melalui bimbingan dan pemantauan. Program atau modul yang disediakan, boleh diikuti oleh guru kerana mereka dibimbing dan pelaksanaan program dipantau. Melalui cara ini, program atau modul dilaksanakan mengikut prosedur. Apa yang perlu ditekankan di sini ialah pihak-pihak yang terlibat mesti mempunyai komitmen, proaktif dan bersedia berkolaborasi demi mencapai kejayaan.
4

http://franchises.about.com/od/franchisebasics/a/what-franchises.htm accessed 10.4.11 5 http://www.portal.mohe.gov.my/portal/page/portal/ExtPortal/Agencies/Education_C ost/Twinning_Degree_Program accessed 14.4.11 6 http://www.university-malaysia.com/introduction-to-universities-in-malaysia/kducollege-malaysia/ accessed 14.4.11 7 http://en.wikipedia.org/wiki/Geography accessed 14.4.11

2

Lebih kurang 70% daripada murid datang daripada latar belakang sosioekonomi sederhana ke bawah. Pada masa ini. Pada peringkat awal penubuhannya. sebilangan besar staf akademik terdiri daripada guru baru(satu hingga tiga tahun pengalaman mengajar). bilangan murid ialah seramai 774 orang murid dengan 59 orang staf akademik dan 9 orang staf sokongan. Hubungan baik pihak pentadbir dengan semua staf membolehkan program-program pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan jayanya. SMK(P) Sri Mutiara merupakan sebuah sekolah harian biasa satu sesi yang menawarkan kelas dari tingkatan peralihan ke tingkatan lima. nama sekolah ditukarkan kepada SMK(P) Sri Mutiara dan dirasmikan pada 15 September 1971 oleh Allahyarham YAB Tun Hussein Onn. Sekolah ini juga mempunyai seorang Guru Cemerlang Geografi yang berpengalaman dan dua orang kaunselor. Pulau Pinang sebelum berpindah ke premis sekarang pada 11 Oktober 1969. Walau bagaimanapun. efisien dan komited. anak-anak yang ditinggalkan di rumah kurang dipantau terutama dalam aspek yang melibatkan kemajuan pelajaran mereka. Pengetua baru yang mula berkhidmat di sekolah ini pada 16 November 2010 adalah berpengalaman. ponteng sekolah atau berhenti bersekolah tetapi kembali ke sekolah untuk mengambil peperiksaan PMR atau SPM. Pihak sekolah mendapat sokongan komuniti yang baik terutama daripada Intel melalui program Young Entepreneurs(YE) dan syarikat Schenker Logistics yang menyumbangkan surat khabar untuk program Newspapers in Education (NIE). Pada 21 April 1970. dengan sebilangan kecil sahaja terdiri daripada guru senior gred DG48 ke atas.Latar Belakang Sekolah SMK(P) Sri Mutiara bermula sebagai SMK(P) Jalan Air Itam dan ditubuhkan pada 1 Januari 1969. Oleh sebab kedua-dua ibu dan bapa bekerja untuk menyara keluarga. Hanya sebilangan kecil daripada ibu bapa adalah daripada golongan profesional berpendapatan tinggi. Selain itu. kebanyakan murid yang daftar di sekolah ini mempunyai keputusan UPSR yang kurang 3 . Antara perkara yang boleh menjejaskan kejayaan sekolah ialah faktor-faktor sepertimurid yang bekerja selepas waktu sekolah. SMK(P) Sri Mutiara mempunyai suatu pasukan pentadbir yang dinamik. sekolah tersebut menumpang di SMK Abdullah Munshi.

pencapaian mereka boleh dibanggakan.menggalakkan. Memandangkan kekangan-kekangan ini dan kualiti murid. Prestasi PMR dan SPM adalah seperti dalam Jadual 1 dan 2 di bawah. sementara yang mendapat keputusan yang baik akan meminta pertukaran ke sekolah lain yang lebih berprestij selepas PMR. 4 . prestasi PMR dan SPM SMK(P) Sri Mutiara dijangkakan kurang memuaskan. Sebaliknya.

97 91. 19 87. . 59 92.00 92. 00 81.00 100 .89 88. 61 71.00 100 .77 74.00 100. 35 00 .54 94.74 95. 11 SE J 61. 66 93. 89. 61 85.00 50.93 74. 100 88. 95. 56 90. 43 93.00 100 . 35 92.12 84. 12 BM 91.00 41 23 87 Jadual 2: Prestasi SPM 2003 – 2010 5 .00 FIZ 89. 20 03 20 04 20 05 20 06 20 07 20 08 20 09 20 10 B M 87.97 P M 81. 13 71. 15 93.11 90.69 85.75 90.00 75.08 81. 67 55.00 100 .43 94. 33 96.00 29 65 65 18 100 100 100 91.38 87. 54 86. 24 100 . 62 89.81 92.06 Jadual 1: Prestasi PMR 2005 – 2010 KH 2 92.00 .79 87.00 100 .00 .00 BI O 93.00 100 . 86 90. 59 79. 93.00 52 63 97 92. 74 65.63 96.96 83.00 100 . 02 83. 94.27 94.86 77. 09 88.06 79.59 70.00 93. 83 85. 00 100 .00 100 . 68 BI 88.00 37 82. 33 100 .00 94. 65 81. 86.44 73. 80. 02 66. 00 100 . 80 .00 .00 .00 100 .85 90.00 90.08 ER T 100 . 89 BI 74.60 80. 45 SEJ 94.21 94.00 100 .24 91. 93.00 . . 80 .00 100 .10 85. 49.89 91. 96.Tahun 2005 2006 2007 2008 2009 2010 Th n. 26 82. 10 100 . 21 . 95 94.00 100 . 71 90.00 00 94 67 87. 100 90. 35 59. 75 100 .00 67 33 .00 85 44 44 19 100 100 100 89.00 06 98. 87.00 .31 98.00 92. 62.00 96.29 84. 94. 91 80.56 M AT 67. 26 48. 100 100 68. 80 90.00 100 . 81 93. 26 89. 94.00 100 .64 86.00 10 . 86 93.00 .26 93.45 84. 57 SN 89.60 90.00 100 .00 100 .78 85. 43 90.38 85.59 KM GEO PI MAT SN 97. 03 69.78 96. 95 PI 95.00 100 . 62 76.28 85. 10 67.67 91.39 81.00 10 70 94 91.00 100. 80 78.00 32 85 . 15 . 43 76.71 88.00 BC 100 . 40.00 ES T 100 .00 BT 100. 05 55.00 BT 100 .48 94. 86 66. 73.89 98. 18 80. 100 100 56.00 93. 100 100 64.00 KIM 93.00 GE PS MZ MT PD PA EA O 100 87. 24 95. 08 60.74 84.00 100 .00 100 .67 91. 78 70. .83 94. 100 100 64.00 100 . 10 100 . 05 51.63 96.00 95.00 100. 51 91. 100 75. 76 87. 40 57.31 95. 92. 33 100 . 31 90. 48 KH 4 BC 96. 79 86.65 94. 95 84.00 100 .33 89. 74 87. 08 71.48 100.00 100.64 86.00 . 100 58. 92. 50 61. 71 76. 66 100 . 02 73.53 97.

Antara rumusan penting hasil daripada kajian tersebut ialah. Tahun 10 A 9A 8A 7A 6A 5A 4A Calon 2003 213 0 1 0 2 0 2 2 2004 195 0 0 0 3 1 1 6 2005 215 0 1 2 2 4 4 6 2006 223 0 1 0 1 3 4 7 2007 163 0 0 0 0 0 4 5 2008 189 0 0 0 1 0 4 2 2009 158 0 0 0 0 3 1 7 2010 175 1 2 0 0 2 14 2 Jadual 4: Bilangan Calon Yang Mendapat ‘A’ Dalam SPM Amalan Terbaik Suatu kajian tindakan untuk mengkaji masalah murid-murid lepasan PMR yang tidak terdorong untuk mengambil Geografi SPM. Kecuali Matematik Tambahan. Perak yang melibatkan 31 orang murid tingkatan empat.untuk mendapat output yang diingini. Sekarang mata pelajaran elektif SPM Kesusasteraan Melayu. strategik dan menyeronokkan serta kemahiran belajar. Taiping. Daripada segi murid cemerlang. SMK(P) Sri Mutiara berjaya menghasilkan murid yang mendapat 7 atau 8 A dalam PMR serta 10 dan 9 A dalam SPM seperti yang dapat dilihat dalam Jadual 3 dan 4 di bawah. Tahun 8A 7A 6A 5A 4A Calon 2005 183 0 0 0 2 1 2006 194 0 1 0 2 3 2007 197 1 0 2 4 4 2008 206 0 3 2 4 3 2009 174 0 1 5 4 3 2010 180 0 1 2 1 2 Jadual 3: Bilangan Calon Yang Mendapat‘A’ Dalam PMR Bil. Ekonomi Asas dan English For Science and Technology (EST) tidak lagi ditawarkan. Fasilitator menyediakan program/modul. membimbing dan memantau pelaksana.Pencapaian PMR adalah sederhana sahaja tetapi pencapaian mata pelajaran elektif SPM adalah lebih baik. Pendekatan “Francais” melibatkan dua pihak. Perdagangan dan Ekonomi Asas. Tujuan kajian tindakan tersebut ialah untuk mengkaji sebab-sebab murid-murid lepasan PMR tidak terdorong untuk mengambil Geografi SPM. murid-murid perlu diberi input yang mendorong seperti penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai. Bil. Dapatan kajian tindakan ini bersama-sama model komersial “francais” telah digunakan sebagai asas panduan untuk menyediakan Pendekatan “Francais” di sekolah. Fasilitator (Francaisor) dan Pelaksana (Francaise). telah dijalankan pada tahun 1998 di SMK King Edward VII. motivasi berterusan dan teknik menjawab soalan. 6 . mata pelajaran elektif SPM yang lain pernah mencatat pencapaian 100% lulus. Rajah 1 menunjukkan kerangka Pendekatan “Francais” di sekolah.

Fizik. Matematik. guru bukan opsyen untuk mengajar mata pelajaran tertentu. Pendidikan Islam. Dari tahun 2003 sehingga 2005 hanya terdapat sebuah kelas yang menawarkan pakej Geografi bersama Prinsip Akaun atau Ekonomi Asas. Sejarah. Sejarah. Pendidikan Islam.Menyediakan Modul FASILITATOR Membimbing PELAKSANA Memantau Rajah 1: Pendekatan Francais di sekolah Fasilitator merupakan guru berpengalaman yang mempunyai program/modul yang telah dicuba dan terbukti berjaya dan berkesan. suatu penstrukturan semula pakej elektif dilakukan di mana Geografi di pakej bersama mata pelajaran perdagangan dan dua buah kelas dibuka untuk pakej ini. Masalah yang dihadapi di SMK(P) Sri Mutiara ialah murid-murid lepasan PMR juga kurang berminat untuk belajar Geografi. Bil. panduan dan nasihat kepada pelaksana. Geografi Matematik Tambahan. Murid-murid berebut-rebut untuk memasuki kedua-dua kelas ini dan didorong oleh pelbagai faktor. Perdagangan Geografi. Matematik. Pada tahun 2009. Perdagangan Geografi. Pendidikan Moral Elektif Matematik Tambahan. Pendidikan Moral Teras BM. Perdagangan Ekonomi Rumah Tangga. Kimia. Maka pada tahun 2006. Beliau akan membuat analisis SWOT untuk mengenal pasti kekuatan. BI. Biologi. Pendidikan Seni Visual Pendidikan Seni Visual Jadual 5: Pakej Elektif Tingkatan 4 7 . kelemahan. atau guru beropsyen dan berpengalaman tetapi tiada pengalaman mengajar tingkatan tertentu. Maklum balas yang diterima adalah di luar dugaan. Kemudian suatu program/modul akan disediakan mengikut keperluan berdasarkan pengalaman dan kepakaran fasilitator untuk membantu pelaksana mengatasi masalah tersebut. Peranan pelaksana ialah untuk melaksanakan semua cadangan dalam program/modul mengikut ketetapan. 1 2 3 4 5 6 Kelas 4SK 4SA 4MC 4SZ 4TF 4TT BM. satu lagi pembaharuan dilakukan di mana mata pelajaran Geografi ditawarkan kepada pelajar kelas aliran Sains setelah mata pelajaran EST tidak lagi ditawarkan. Sains. Jadual 5 menunjukkan Pakej Elektif Tingkatan 4. peluang yang ada serta ancaman yang dihadapi supaya masalah dapat dikesan. Pelaksana merupakan guru yang memerlukan bantuan seperti guru baru. sebagai langkah menggalakkan murid belajar Geografi. Pemantauan berterusan oleh fasilitator dijalankan untuk memastikan keakuran kepada kehendak program/modul. BI. Fasilitator akan membimbing dari awal sehingga tamat tempoh pelaksanaan dengan memberi input.

10 100. Faktor yang kedua ialah Program Pembelajaran Bestari Geografi SPM.96 35.95 28.23 41.23 22.15 34.79 12.00 98.52 22. CALON 31 18 24 50 54 61 77 82 1A+2A % 3.76 16.21 87.48 26.57 21.33 42.Sejak penstrukturan semula pajek tingkatan 4.83 32.41 19.00 100. Dari hanya sebuah kelas.22 4.13 11.00 7.50 16.17 8.00 7.17 10.64 4. Jadual 7 merumuskan Program tersebut.00 22.84 19.92 9.00 16. Hasil daripada tindakan menstrukturkan semula pakej elektif bagi tingkatan empat.00 18.00 94.48 23. SMK(P) Sri Mutiara berjaya menarik lebih ramai murid mempelajari Geografi seperti dalam Jadual 6 di bawah.80 9G % 12.15 91.20 7. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Aktiviti Ceramah Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Geografi Yang Efektif Ceramah Cara Belajar Geografi Ceramah Teknik Menjawab Soalan Geografi SPM Bengkel Teknik Menjawab Soalan Geografi 2 Pemantauan Pertengahan Tahun (Kaunseling individu) Menghabiskan sukatan pelajaran Program Ulang Kaji Intensif Berfokus Pemantauan Akhir Tahun dan Sesi Motivasi Post Mortem Prestasi Geografi SPM Strategi Januari Februari April April Jun 31 Julai 1 Ogos – SPM Selepas keputusan PPSPM dianalisis Selepas keputusan SPM diumumkan Sasaran Guru Murid Murid/Guru Murid/Guru Guru Guru Guru Guru dan murid Guru Jadual 7 : Program Pembelajaran Bestari Geografi SPM 8 .00 6. Bil.00 48. TAHUN 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 BIL.41 9.23 33.00 1.67 15.90 0.00 0.17 PERATUS MENGIKUT GRED 3B+4B 5C+6C 7D 8E % % % % 0.. kini terdapat tiga buah kelas setiap tingkatan empat dan lima yang menawarkan mata pelajaran Geografi.48 22.85 8.20 Jadual 6: Analisis Prestasi Geografi SPM 2003 – 2010 Bagaimanakah murid-murid SMK(P) Sri Mutiara boleh berminat kepada matapelajaran Geografi dan berebut-rebut untuk memasuki kelas Geografi? Faktor yang pertama ialah pakej tingkatan empat yang ditawarkan seperti dibincangkan di atas.10 A-E % 87.58 9.09 6.43 19.26 16.11 4. bilangan murid yang berdaftar untuk Geografi SPM semakin bertambah dari 18 orang (2004) kepada 82 orang (2010) seperti dalam Jadual 6 di bawah.67 10.67 12.80 92.

.sussex. tajuk..uk/services/students/let_service/past+papers accessed 11.4..Pengajaran dan pembelajaran melibatkan proses pembelajaran murid dan proses pengajaran guru.4.uea.ac. aras kesukaran (aras pencapaian. Program Ulang Kaji Intensif Berfokus (PUIB) merupakan suatu program ulang kaji yang berstruktur yang menggunakan Bank Item Berstruktur.ac.. Semua soalan ditaip semula dan disusun mengikut turutan berikut: Tema. Dalam panduan menjalankan ulang kaji yang berkesan..11 10 http://www. ketiga-tiga universiti. Ceramah Teknik Menjawab Soalan Geografi diberikan supaya jawapan adalah tepat kepada sasaran (kehendak soalan). Untuk guru pula. Soalan-soalan dipilih dan disusun semula mengikut tema.ac.. kepujian dan cemerlang) dan tahun. Menyedari hakikat ini.uk/studyskills/assessment_evaluation/assess ment/revision_strategies. Bank Item Berstruktur disediakan untuk soalan kertas 1 (aneka pilihan) dengan menggunakan soalan-soalan tahun-tahun lepas. (Soalan )……………………………………………………………………… …………………………………………………………………………….. University Of Manchester8. Tema 1 – Bentuk Muka Bumi Dan Potensinya 1. input ialah seperti kaedah pengajaran Geografi yang pelbagai. Bank Item Berstruktur disediakan dengan menggunakan soalan-soalan tahun-tahun lepas. Motivasi berterusan diberikan kepada murid supaya minat dan keseronokan belajar Geografi akan berkekalan sepanjang masa. Rajah 2: Format Bank Item Berstruktur 8 (Tahun) http://www.. Soalan Geografi SPM mulai dari tahun 2000 digunakan dan Bank ini dikemas kini setiap tahun dengan soalan terkini.html accessed 11.11 9 . contohnya melalui Ceramah Cara Belajar Geografi. aras kesukaran dan tahun.1 Sistem Bumi Aras Kepujian 1. Contoh format Bank Item adalah seperti berikut: Tema 1 – Bentuk Muka Bumi Dan Potensinya 1..1 Sistem Bumi Aras Pencapaian 1.humanities.. input diberikan kepada murid untuk membantu mereka belajar Geografi dengan mudah dan efektif. strategik dan menyeronokkan serta teknik penilaian hasil kerja subjektif murid. Guru digalakkan untuk menerapkan kaedah belajar dalam pengajaran dan pembelajaran bertujuan membantu murid belajar dengan berkesan.uk/s3/?id=70 accessed 11.manchester. University of Sussex9 dan University of East Anglia10 menggalakkan pelajarpelajar untuk menggunakan soalan-soalan tahun-tahun lepas dan menyediakan jawapan contoh sebagi langkah ulang kaji yang berkesan. (Soalan )……………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………. tajuk (Mengikut Huraian Sukatan Pelajaran).11 9 http://www.4.

4 Laut Dan Lautan b Kepentingan dan potensi laut dan lautan 1. tajuk dan aras kesukaran seperti dalam Jadual 8 di bawah.4 Laut Dan Lautan a Terumbu karang 1.1 Sistem Bumi b Struktur bumi 1.4 Laut Dan Lautan c Kesan kegiatan manusia terhadap laut dan lautan ARAS KESUKARAN PENCAPAIAN 1 C2 D 3 C C 1 B2 B 3 A 4 1 D2 B 1 C2 C 3 D4 A 1B KEPUJIAN CEMERLANG 1 A2 D 1 B2 B 3 A 4 A 5B 6B 7D 8 B 9B 10 A 1 C2 D 3 A 4 B 1 A2 A 3 A 4 B 5D 1 B2 D 3 A4 B 5D 1B 1 C2 A 3 B 4 D 1 D2 A 3 D 4 D 1 B2 B 3 B 4 C 1C 1D 1 C2 A 3 B 1 Bentuk Muka Bumi dan Potensinya 1A 1 A2 A 1B 1 B2 C 3 A 4 A 5B 6C 7A 8 C 1 B2 A 1B 1 B2 B 1 C2 B Jadual 8: Skema Jawapan Geografi SPM 2280/1 10 .3 Perubahan Pandang Darat Fizikal c Tindakan air mengalir dan tindakan ombak 1.3 Perubahan Pandang Darat Fizikal d Kesan tindakan air mengalir dan tindakan ombak 1.1 Sistem Bumi c Jenis Batuan dan kepentingan 1. TEMA TAJUK 1.Skema jawapan disediakan mengikut tema.2 Proses Pembentukan Dan Taburan Bentuk Muka Bumi a Pergerakan plat tektonik 1.3 Perubahan Pandang Darat Fizikal a Luluhawa 1.3 Perubahan Pandang Darat Fizikal e Pengaruh kegiatan manusia 1.3 Perubahan Pandang Darat Fizikal b Gerakan jisim 1.1 Sistem Bumi a Sistem bumi 1.2 Proses Pembentukan Dan Taburan Bentuk Muka Bumi b Pembentukan gunung berapi 1.

. L/r S S tanih marin 7 Petrol Tanih. K. ICT J/r.L. dapat dibantu. guru dapat mengesan tema manakah perlu diberikan lebih fokus supaya murid-murid. Satu lagi langkah membantu guru dalam PUIB ialah penyediaan Pemetaan Tajuk untuk kertas 2 (subjektif). K 4 Mig Pir Pend p lebihan. Pend S/j. Pelaksanaan PUIB melibatkan tiga tahap: • Tahap 1 – Perancangan 11 Standard Kandungan dan Standard Pencapaian Mata Pelajaran Geografi Tingkatan 5 KBSM. Pusat Perkembangan Kurikulum.f Bar C pai Histo Bar Garis Bar C pai Peta Tematik Pelab/ Sg Pelanc Peta D/t3 Malaysi Petemp Pengang Pertanian Bandar Msia a Jepun Jadual 9: Contoh Pemetaan Tajuk Daripada Pemetaan Tajuk mengikut Tema. peng LRT 6 Peng Sg udara. P’letak Bbaru kebergan Fungsi 5 P’band perletaka Saling n b LRT. Jadual 9 di bawah menunjukkan contoh pemetaan tajuk Kertas 2 Geografi SPM. Padat. Pend kelahiran kepend. Geografi SPM 2280/2 Pemetaan Tema Mengikut Tahun Tema ‘04 ‘05 ‘06 ‘07 ‘08 ‘09 ‘10 Struktur 1 Penc Sg Sg bumi Huj Ciri Ik 2 KRH P haba Banjir Khatu HPTir 3 HHT Bakau T Sj Pertumb Pir pend Pdt. terutamanya murid yang lemah. S. air S /pantai hutan S hutan Keg.migrasi Kurang a/b pend P’band.Dalam perkataan lain skema jawapan ini boleh bertindak sebagai Minimum Adequate Syllabus (MAS) 11yang sangat berguna untuk murid-murid kategori galus. Pert 8 Pelanc Perlomb Perikanan Pertanian Ind Ekon Perik Gra. 11 .

• • Tahap 2 – Pelaksanaan Tahap 3 – Pemantauan 12 .

Soalan Struktur – Tumpuan kepada teknik menjawab soalan struktur ... Kajian ini dijalankan untuk tempoh selama tiga bulan setengah dan melibatkan seramai 52 orang murid tingkatan lima yang mengambil Geografi SPM..Soalan esei – Tumpuan kepada kemahiran mentafsir kehendak soalan • Mengisi pencapaian PUIB dalam Instrumen Pemantauan Pelaksanaan PUIB (Lampiran 2) selepas setiap pelajaran • Mencatat bilangan dan jenis soalan yang dibincangkan • Melekat Instrumen ini dalam Buku Rekod • Pentadbir menandatangani setiap minggu Jadual 10 : Pelaksanaan PUIB Sasaran Sebelum 31 Julai 1 Ogos hingga SPM 1 Ogos hingga SPM Arnol Jansen dalam artikel bertajuk How To Pass Exams – The Secrets Of Successful Revision12 berpendapat bahawa fleksibiliti dan kesediaan murid menghadapi peperiksaan akan meningkat jika beberapa soalan untuk tajuk yang sama dijawab. ............ perfect. .Tahap 1 Perancangan 2 Pelaksanaan 3 Pemantauan Tindakan • Mencetak Bank Item menggunakan PCG Panitia • Menyediakan Jadual Pelaksanaan PUIB (Lampiran 1) • Melekat Jadual Pelaksanaan PUIB dalam Buku Rekod guru Murid membuat persediaan latihan di rumah • Kertas 1 .. meningkatkan daya ingatan dengan latihan yang berulang. . .. Daripada suatu soal selidik (Lampiran 3) yang diedarkan kepada murid-murid sebelum tamat penggal persekolahan..com/?How-To-Pass-Exams---The-Secrets-of-SuccessfulRevision&id=5935296 accessed 11. Seramai 22 orang murid mengambil bahagian dalam soal selidik dan hasil dapatan adalah seperti dalam Lampiran 3.seronok belajar Geografi. . Antara komen yang positif ialah: “.. Secara purata hampir semua murid bersetuju dan sangat bersetuju bahawa PUIB adalah amat berkesan. merasa lebih yakin... Kaedah yang dicadangkan ini adalah sama seperti yang digunakan untuk menyediakan Bank Item Berstruktur. lebih minat. .. ... dapatan kajian adalah menggalakkan..... harus diteruskan. bertajuk Program Ulang Kaji Intensif Berfokus (PUIB) –Suatu Pendekatan Strategik Untuk MuridMurid Berprestasi RendahDalam Pembelajaran Geografi SPM.4. Apakah impak PUIB terhadap peningkatan prestasi murid dalam Geografi SPM? Suatu kajian tindakan dijalankan pada tahun 2006.Latih tubi soalan bermasalah sahaja • Kertas 2 .” 12 http://ezinearticles.11 13 .

In bermaksud hampir separuh daripada calon Geografi SPM berjaya mencapai gred A dan B sahaja. Pencapaian ini berjaya bertahan untuk dua tahun berturut (2004 dan 2005) kerana hanya sebuah kelas sahaja yang mengambil mata pelajaran Geografi SPM. suatu sinergi pengukuhan pembelajaran akan berlaku. Sebelum pelaksanaan PUIB. Sinergi ini dapat digambarkan dalam Rajah 3.13% daripada calon 2010 berjaya mencapai gred A dan B sahaja. prestasi Geografi SPM meningkat daripada segi kualiti dan kuantiti pada tahun 2004 dengan 22. hanya 3.22% daripada calon berjaya mencapai gred A dan 100% kelulusan. pencapaian merosot sedikit apabila dua buah kelas Geografi dibuka. PUIB Kemahiran Belajar Motivasi murid Teknik Menjawab Soalan Input Yang Mendorong Output Yang Diharapkan Bersikap Positif Minat Meningkat Prestasi Cemerlang Rajah 3: Modul Peningkatan Kecemerlangan Murid 14 . Apabila aktiviti-aktiviti sokongan ini dijalankan bersama-sama PUIB. Maka strategi melaksanakan PUIB dan menstrukturkan semula pakej elektif tingkatan 4 adalah tepat dan berjaya meningkatkan prestasi pencapaian mata pelajaran Geografi SPM. Projek rintis PUIB mula dilaksanakan pada tahun 2004 di SMK(P) Sri Mutiara bagi mata pelajaran Geografi. Dari tahun 2006 sehingga tahun 2008.Apabila dibandingkan pencapaian Geografi SPM sebelum dilaksanakan PUIB dan selepas pelaksanaan.23% daripada calon berjaya mencapai gred A dan peratus kelulusan adalah pada kadar 87. Jadual 6 di atas menunjukkan analisis prestasi geografi SPM sebelum pelaksanaan PUIB pada tahun 2003 dan selepas pelaksanaan sehingga tahun 2010. Semua murid yang berjaya menyatakan program yang paling membantu ialah PUIB. pada tahun 2003.10%. Walau bagaimanapun. Aktiviti sokongan seperti dalam Program Pembelajaran Bestari Geografi SPM juga membantu seperti Ceramah Cara Belajar dan Ceramah Teknik Menjawab Soalan di samping motivasi berterusan secara verbal dan bukan verbal diberikan. apabila Geografi ditawarkan ke kelas sains. Hasil daripada pelaksanaan PUIB. prestasi kualiti meningkat sehingga 45. pencapaian amat menggalakkan.

Dengan input yang mendorong. output yang diharapkan dapat dicapai.dari 52. seterusnya mereka akan bersikap positif terhadap mata pelajaran Geografi.2% . Perak 1998 Pencapaian • tahun Catatan Projek satu • Peratus lulus meningkat 1 38.8 (2003) kepada 2.dari 57. akan merasa seronok belajar Geografi dan ini akan mendorong mereka membuat latihan PUIB. untuk semua mata pelajaran SPM. Apabila minat mereka meningkat. Pulau Pinang 2006 Guru pelaksana beropsyen tetapi tiada pengalaman mengajarkan Geografi SPM • Projek 6 bulan • Guru pelaksana beropsyen tetapi tiada pengalaman mengajarkan Geografi STPM • Melibatkan semua mata pelajaran SPM • Projek setahun • Projek PPD Selatan • Tempoh setahun • PPD mengaku tidak melaksanakan pemantauan • Fokus kepada PUIB untuk waktu prep di asrama • Pemantauan oleh sekolah Melibatkan: • Guru Cemerlang Geografi sekolah menengah • Pakar konten mata pelajaran sekolah rendah (GC dan mantan GC) 3 4 5 • 100% lulus PMR • 100% lulus semua mata pelajaran 6 Program Pembangunan Akademik Kaedah Francais SK Kg Jawa.1% (2004) • NGMP bertambah baik dari 1. Bil. Kejayaan adalah seperti dalam Jadual 11. Impaknya.Rumusan daripada kejayaan PUIB ialah sekiranya murid-murid boleh diberikan input yang mendorong seperti mengetahui cara belajar (Kemahiran Belajar).5% (1998) • GPMP bertambah baik dari 8. Program/Nama Sekolah/Tahun Program Peningkatan Prestasi Geografi SPM SMK Simpang. untuk sekolah lain. mengetahui teknik menjawab soalan peperiksaan dan disokong dengan suatu program ulang kaji intensif yang berstruktur (PUIB) serta motivasi berterusan sepanjang tahun. prestasi Geografi SPM akan meningkat. Pulau Pinang 2011 • Memfokuskan kepada mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik • Masih berjalan Jadual 11 : Aplikasi melalui Pendekatan “Francais” 15 .3% (1997) kepada 90.3 (2004) • 10 mata pelajaran SPM mencatat 100% kelulusan untuk dua tahun berturutturut • 40% daripada sekolah mencatat peningkatan peratus lulus • 2 Program Ulang Kaji Intensif Berfokus Geografi STPM SMK Sg Ara. daerah lain dan untuk sekolah rendah? Perluasan Program Pembelajaran Bestari Geografi dan khasnya PUIB telah dijalankan melalui kaedah Pendekatan “Francais” dan pencapaian adalah amat menggalakkan. Bolehkah PUIB berjaya untuk Geografi PMR dan STPM.0% . minat murid akan meningkat.0 (1997) kepada 6.6 (1998) • Peratus lulus meningkat 17.1% (2003) kepada 74. Pulau Pinang 2004 Program Progres (SPM) SMK(P) Sri Mutiara 2005 Memperkasa Geografi PMR dan SPM Semua sekolah menengah di Daerah Selatan 2006 Perkembangan Staf (Waktu Prep) SMKA Nibong Tebal.

ia masih melalui evolusi untuk menyesuaikannya dengan tuntutan semasa. PUIB ialah program ulang kaji yang berkesan meningkatkan prestasi murid kerana dijalankan secara terancang dan intensif.Tiga rumusan penting boleh dibuat. Kepimpinan instruksionalialah penentu hala tuju sesuatu institusi pendidikan. sesuatu program/projek mungkin tinggal dalam buku sahaja. sokongan daripada Pengetua adalah amat baik. Komitmen. Pemimpin instruksional yang berwawasan. Ketiga. Kemenjadian murid adalah dalam tangan pemimpin instruksional. seterusnya meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan kerana kos kepada francaise adalah percuma. Maka Pendekatan Francais yang fleksibel ialah suatu alternatif untuk pemimpin instruksional terokai demi transformasi pendidikan di Malaysia. sifat proaktif dan kolaborasi pihak fasilitator dengan pelaksana akan menjadi penentu kejayaansesebuah program. proaktif dan penyayang boleh membawa sesuatu institusi ke arah kecemerlangan. pemantauan adalah sangat penting demi menjamin kejayaan sesuatu program. Program/modul yang dirancang mesti suatu yang telah dicuba dan sudah terbukti boleh berjaya. Fasilitator perlu peka terhadap kehendak dan persekitaran sekolah dan latar belakang sosio-ekonomi klien. Dalam kesemua kes yang dikaji. komited. Tanpa pemantauan.Cadangan Walaupun Pendekatan Francais mula diperkenalkan pada tahun 1998. pengalaman guru bukan kriteria utama peningkatan prestasi akademik. Tiada suatu saiz yang boleh memuatkan semua. Saranan kepada pihak pentadbir ialah supaya berfikiran lebih terbuka. Pertama. 16 . Pendekatan Francais ialah suatu amalan terbaik yang boleh membawa impak besar terhadap perkembangan proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah. untuk menerima Pendekatan “Francais” sebagai alternatif kepada usaha kepimpinan instruksional. Pemimpin instruksional seharusnya menggalak dan menyokong pihak-pihak yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran mencapai matlamat sekolah dan negara. Penutup Pendekatan Francais merupakan amalan terbaik pengajaran dan pembelajaran yang berpotensi diperluaskan sebagai langkah dalam SIP. Kedua.

New York: Oxford University Press. Kertas seminar.11 11.06.gov.my/portal/page/portal/ExtPortal/Agencies/Educat ion_Cost/Twinning_Degree_Program accessed 14. http://en.wikipedia. Boey Mei LI. http://franchises.manchester.html accessed 10.html accessed 11.uk/s3/?id=70 accessed 11. 16.4. Strategi Pengajaran Guru Cemerlang: Jemaah Nazir Sekolah.11. http://www. 14. Pulau Pinang: JPN dan MGC PP. PEMANDU: http://www.uea. 2007.sussex.ac. Boey Mei Li. Negeri Sembilan: JNJKMGCM.portal. 18.4.org/wiki/Geography accessed 14. Seremban.11 4. Standard Kandungan dan Standard Pencapaian Mata Pelajaran Geografi Tingkatan 5 KBSM.com/?How-To-Pass-Exams---The-Secrets-of-SuccessfulRevision&id=5935296 accessed 11. 1996. 17-18 Ogos. 2010.Rujukan 1. Kajian Tindakan Program Ulang Kaji Intensif Berfokus (PUIB) .11 3. 12. 15. 2005.4. http://www. Kajian tindakan ‘Masalah murid-murid lepasan PMR yang tidak terdorong untuk mengambil Geografi SPM.investorwords.4. Mind-set Management.uk/services/students/let_service/past+papers accessed 11. ‘Francais’ – Pendekatan Alternatif Ke Arah Kecemerlangan Geografi SPM Dan STPM.Suatu Pendekatan Strategik Untuk Murid-Murid Berprestasi Rendah Dalam Pembelajaran Geografi SPM. Pusat Perkembangan Kurikulum. Boey Mei LI. 2005. NKRA Pendidikan. 1998.university-malaysia.11 2. SMK(P) Sri Mutiara. Pakatan Francais – Suatu Pendekatan Alternatif Ke Arah Kecemerlangan Geografi SPM dan STPM.com/introduction-to-universities-inmalaysia/kdu-college-malaysia/ accessed 14.11 10. Pulau Pinang: USM.gov. http://www.humanities. 27-30. Kertas persidangan EduCon 2005 (Persidangan Pendidikan Pulau Pinang). 2005.my/ 17 .ac. http://www.11 5. http://www. 8. 17.com/2078/franchise.4.4. Pulau Pinang.11 7. 19.moe. Culbert S. 2005.4.htm accessed 10. Prosedur Dan Aplikasi Dalam Geografi. ‘Francais’ – Pendekatan Alternatif Ke Arah Kecemerlangan Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi. 18 Ogos. SMK King Edward. Boey Mei Li. A.4. 2006.com/od/franchisebasics/a/what-franchises. Kementerian Pendidikan Malaysia.4.morebusiness..11 9.mohe.4. Kertas persidangan Persidangan Kebangsaan Guru Cemerlang. Boey Mei Li.uk/studyskills/assessment_evaluation/ assessment/revision_strategies. 2006. http://www. Boey Mei Li. http://www.ac. Seminar Kebangsaan Kerja Lapangan: Kurikulum.11 13.11 6.com/what-is-franchising accessed 10.about. http://ezinearticles.

5..11 19-23. Subjek Tarikh Geog.9.Lampiran 1 Contoh Jadual Pelaksanaan PUIB Bil. Nama Guru : ……………………………………………………………………………….11 12-16.9.11 Tajuk Tafsiran peta topo Bentuk Muka Bumi dan potensinya Cuaca dan Iklim Jumlah Jenis dan Bilangan Soalan Objektif Struktur Esei 5 83 2 70 1 2 153 8 2 Lampiran 2 Instrumen Pemantauan Pelaksanaan Program Ulang Kaji Intensif Berfokus PMR/SPM Tahun 200. Tempoh 1 2 3 5-9.11 Kelas Masa 5SK 1-2 Topik Pencapaian Semakan Topo SPM 2004 – 15 Struktur 2006 18 .3...9.

3 2 Susunan Bank Soalan (mengikut topik dan aras kesukaran) mengukuhkan pemahaman dan penguasaan tajuk .7 77.6 kepadateknik-teknik menjawab yang berbagai-bagai 3 Saya merasa lebih yakin menjawab soalan struktur sekarang 9.18.7 72.0 topografi sekarang 2 Kepelbagaian jenis soalan mendedahkan saya .5 22.7 Nyatakan sebab: Huraian Tidak setuju Setuju Sangat setuju Kertas 2 Soalan Struktur Bil.2 77.1 59. Elemen 1 2 3 1 Saya lebih faham cara menjawab soalan tafsiran peta .2 81.22.6 63.50.4 banyak soalan (552soalan) Saya merasa lebih yakin dengan Kertas 1 sekarang berbanding dengan sebelum PUIB 4.1 31.0 50. Elemen 1 2 3 1 Saya suka mengulang kaji dengan Bank Soalan .3 Nyatakan sebab: 4 5 Persediaan latihan di rumah membolehkan saya membuat .36.63.8 Nyatakan sebab: 19 . Kertas 1 Bil.Lampiran 3 SMK(P) SRI MUTIARA PULAU PINANG Kajian Keberkesanan PUIB Geografi SPM 2006 Tandakan  pada ruang berkenaan dengan merujuk kepada skala berikut: Skala 1 2 3 * Angka adalah dalam peratus.5 18.6 36.8 berkenaan 3 Saya suka cara soalan-soalan objektif dibincangkan dalam kelas 4.

36.06) lebih kurang 3 ½ bulan membolehkan pengukuhan melalui latih tubi dengan berkesan 1 18.0 72.9 54.1 72.4 63.6 22.5 31.11.1 Nyatakan sebab: Umum Saya suka PUIB kerana: Bil.7 2 45.6 esei saya 5 Membantu saya berfikir secara bercabang dan tertumpu .8 63.06 – 10.7 72.8 27.3 27.7 31. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 Elemen Dijalankan secara intensif Tidak membuangkan masa Memaksa saya membuat banyak latihan Tiada masa untuk bermain atau tidur dalam kelas Latihan berbagai-bagai jenis dan bentuk membuka minda Boleh dijalankan walaupun guru tidak dapat hadir Dapat mengukuhkan tajuk-tajuk yang kurang faham Teknik menjawab diperingatkan dan dikukuhkan Dapat melihat kekerapan soalan/tajuk diulangi Dapat mengesan tajuk-tajuk popular/sering keluar Tempoh ulang kaji panjang (27.2 27.2 13.40.3 3 Sumbang saran dengan menggunakan peta minda .3 31.6 6 Saya merasa lebih yakin menjawab soalan esei sekarang.7 77.7 68. Elemen 1 2 3 1 Perbincangan soalan-soalan SPM mendedahkan saya .7.0 22.2 18.3 59.7 18.8 63.3 31.3 50.5 40.5 27.5 54. 4.6 20 .6 86.7 63.4 kepada format dan standard soalan SPM 2 Perbincangan mengikut topik mengukuhkan pemahaman .2 72.Soalan Esei Bil.22.13.6 77.5 memudahkan pemahaman dan mempercepatkan ulang kaji 4 Pendedahan kepada teknik-teknik menjawab yang berbagai-bagai meningkatkan kemahiran menulis jawapan 4.8 3 50.