You are on page 1of 2

KEPENTINGAN MODAL INSAN DALAM MENJANA PEMBANGUNAN NEGARA.

Dalam Rancangan Malaysia Kesebilan (RMK-9), Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menegaskan bahawa salah satu sebab terciptanya modal insan adalah untuk menjana pembangunan negara selari dengan matlamat Wawasan 2020 yang telah dicetuskan oleh Tun Dr. Mahathir iaitu dalam memajukan negara Malaysia setanding dengan negara di seantero dunia. Sesebuah negara yang maju perlulah berlandaskan asas masyarakat yang mampan daripada segenap aspek kehidupan terutamanya dalam aspek rohani, etika dan jasmani. Hal ini boleh diklasifikasikan di bawah satu istilah iaitu ‘modal insan’. Sejarah telah membuktikan bahawa kemajuan sesebuah negara adalah berlandaskan ekonomi yang mantap dan terancang seperti kemajuan yang telah dikecapi oleh negara Jepun dan Amerika Syarikat. Namun, adakah kemajuan tersebut bernilai sekiranya aspek moral setiap insan dalam masyarakat itu masih di bawah takuk yang rendah? Melalui modal insan, sesebuah masyarakat itu akan lebih bertanggungjawab dalam mewujudkan dan membangunkan negara yang bersih daripada pelbagai aspek negatif terutamanya dalam pembangunan ekonomi. Agama Islam juga turut

menegaskan bahawa satu pertiga daripada rezeki adalah datangnya daripada sumber perniagaan yang bersih daripada unsur penipuan dan riba’. Oleh itu, dalam mengejar era globalisasi dan arus pemodenan, kepentingan membangunkan modal insan juga perlu ditekankan agar dapat difahami oleh setiap masyarakat. Modal insan atau human capital adalah ramuan yang penting dalam ekonomi sezaman iaitu kemajuan ekonomi yang hendak dibangunkan oleh kerajaan Malaysia berlandaskan ilmu pengetahuan dan etika yang datangnya daripada modal insan yang berketerampilan dan berwawasan. Faktor kejayaan ekonomi sezaman bukanlah seperti teori ekonomi klasik yang menekankan kepada faktor tanah, modal dan tenaga buruh semata-mata namun lebih mengfokuskan kepada idea-idea yang dihasilkan seperti idea

. Seterusnya. Peningkatan ekonomi ini secara langsung menyebabkan negara Malaysia mampu melebarkan sayapnya ke arena antarabangsa dan menjadi negara yang berupaya untuk bersaing dalam ekonomi dunia yang serba mencabar. pembangunan ICT dan bioteknologi melalui pengeksploitasian ilmu pengetahuan dan peryelidikan daripada modal insan yang merupakan permulaan baru kepada paradigma pembangunan negara yang lebih komprehensif. Contohnya. ekonomi negara akan berkembang dan mengalami peningkatan hasil daripada sumbangan modal insan dalam mewujudkan sebuah negara yang membangun daripada pelbagai aspek.mewujudkan teknologi baru melalui industri masa hadapan.