You are on page 1of 18

ANATOMI DAN FISIOLOGI] PJM 3106

ISI KANDUNGAN
PERKARA 1.0 Komponen Sistem Otot Rangka 2.0 Fungsi Otot 3.0 Jenis-jenis otot 4.0 Ciri-ciri Otot 5.0 Jenis-jenis Otot Rangka 6.0 Otot-otot Rangka Utama 7.0 Lekatan Otot 8.0 Interaksi Otot 9.0 Penguncupan Otot 10.0 Halaju Penguncupan Otot 11.0 Rujukan 12.0 Lampiran

MUKA SURAT 2-3
4 5-7 8 8-9 9-12 13 14 15 17 18 19

1

silinder dan banyak nukleus. sistem Pergerakan dan tubuh badan manusia berlaku hasil otot. Diameter diantara 10-100 µm Panjang sehingga 40cm. Otot merupakan suatu organ atau yang dapat bergerak dan merupakan sesuatu yang penting bagi organisme. Berjalur dan bersaiz besar. 1.ANATOMI DAN FISIOLOGI] PJM 3106 SISTEM Otot Manusia direka untuk daripada gabungan bergerak.0 Komponen Sistem Otot Rangka Fiber otot Merupakan sel-sel otot Sel-sel otot berbentuk panjang . Tisu penghubung Endomisium Setiap fiber otot dilitupi selaput tisu penghubung halus yang dikenali sebagai endomisium Perimisium Perimisium adalah membran berserat yang menyaluti beberapa fiber otot bagi membentuk berkas fiber otot yang dikenali sebagai fasikel Epimisium Keseluruhan badan otot yang terdiri daripada fasikel-fasikel ini disaluti tisu penghubung kasar yang dikenali sebagai epimisium 2 . Pergerakan dihasilkan oleh rangka penguncupan dan pemanjangan otot.

Berfungsi untuk melindungi tulang daripada haus apabila bergeseran antara sendi dan sebagai penyerap apabila berlaku hentakanpada tulang. elastik dan tiada saluran darah. Kartilej Tisu lembut tetapi kuat. 3 . Ligamen berfungsi untuk mengekal dan menetapkan tulang pada kedudukannya serta membolehkan pergerakan pada sendi.ANATOMI DAN FISIOLOGI] PJM 3106 Tendon Tisu fiber kolagen yang melekatkan otot kepada tulang Tendon tidak begitu kenyal Ia menghasilkan daya ketegangan yang tinggi Tendon yang lebar di panggil aponeurosis Ligamen Tisu berfiber yang menyambungkan dua atau lebih tulang atau rawan yang boleh bergerak. Kartilej menyaluti hujung-hujung tulang yang membentuk sendi.

4 . Menghasilkan haba Sel-sel badan menghasilkan haba sebagai aktiviti sampingan otot. Menstabilkan sendi Selain menarik tulang-tulang untuk menghasilkan pergerakan. Mengekalkan postur Otot memberi bentuk pada manusia menyokong tubuh badan dan mengekalkan postur. otot-otot jugamembantu menstabilkan sendi-sendi rangka.ANATOMI DAN FISIOLOGI] PJM 3106 2. Otot rangka menghasilkan kebanyakan haba pada badan memandangkan 40% jisim badan terdiri daripada otot rangka.0 Fungsi Otot Menghasilkan pergerakan Penguncupan otot rangka menghasilkan pergerakan seperti berjalan dan menulis. Haba penting bagi mengekalkan suhu normal badan.

0 Jenis. struktur dan fungsinya.jenis Otot Terdapat tiga jenis otot iaitu otot rangka. kardiak dan licin. Otot-otot ini dapat dibezakan berdasarkan lokasi.ANATOMI DAN FISIOLOGI] PJM 3106 3. Jenis-jenis otot 5 .

ANATOMI DAN FISIOLOGI] PJM 3106 Otot kardiak (jantung) Ciri-ciri Lokasi Bentuk Sel Kekerapan kontraksi Kelajuan kontraksi Rentak kontraksi Huraian Dinding jantung Berangkai dan berjalur Luar kawalan dan dikawal oleh perentak jantung Perlahan Ada Rajah 5: Otot kardiak Otot Rangka Ciri-ciri Lokasi Bentuk Sel Kekerapan kontraksi Kelajuan kontraksi Rentak kontraksi Huraian Melekat pada tulang atau kulit Tunggal. panjang dan berjalur Terkawal dan dikawal oleh sistem saraf Dari perlahan ke cepat Tiada 6 .

hormon dan regangan. pundi kencing dan saluran jantung Tunggal dan tidak berjalur Luar kawal dan dikawal oleh sistem saraf. Sangat perlahan Ada pada otot-otot tertentu sahaja 7 .ANATOMI DAN FISIOLOGI] PJM 3106 Rajah 6: Sel otot rangka Otot Licin Ciri-ciri Lokasi Bentuk Sel Kekerapan kontraksi Kelajuan kontraksi Rentak kontraksi Huraian Dinding organ viseral seperti perut.

8 . rectus abdominis. Kebolehkucupan ‡ keupayaan otot menguncup atau memendek apabila menerima rangsangan. Contoh.ANATOMI DAN FISIOLOGI] PJM 3106 4. 5.0 Jenis-jenis otot rangka Otot rangka terbahagi kepada dua jenis iaitu: i. pactoralis major. Kebolehpanjangan ‡ keupayaan otot untuk meregang atau memanjang melebihi asal. Kebolehanjalan ‡ keupayaan otot untuk kembali semula ke keadaan asal selepas meregang atau menguncup.0 Ciri-ciri Otot Kebolehujaan ‡ kemampuan otot untuk menerima dan bertindak balas terhadap rangsangan yang diterima.frontalis. Otot aksial Otot aksial terletak dan melekat pada paksi tulang rangka seperti tulang vertebra. tulang tusuk dan sternum.

6.0 Otot-otot rangka yang utama Rajah 8: Pandangan depan dan belakang otot 9 .ANATOMI DAN FISIOLOGI] PJM 3106 ii. Contoh. patella. Otot apendikular Otot apendikular terletak dan melekat pada tulang apendikular seperti radius.scapula. grastrocnemius. deltoid. biseps. humerus. femur. ulna.

ANATOMI DAN FISIOLOGI] PJM 3106 Bahagian kepala Rajah 9: Otot muka Rajah 9: Otot leher 10 .

ANATOMI DAN FISIOLOGI] PJM 3106 Bahagian badan Rajah 10: Otot tengah badan Rajah 11: Otot belakang badan 11 .

ANATOMI DAN FISIOLOGI] PJM 3106 Bahagian kaki Rajah 12: Otot kaki Bahagian tangan Rajah 13: Otot lengan 12 .

Distal ‡ Bermaksud lekatan otot pada tulang yang jauh dari tubuh badan.ANATOMI DAN FISIOLOGI] PJM 3106 . Terdapat dua tempat lekatan otot iaitu proksimal dan distal. i. ‡ Tempat pelekatan otot pada tulang yang boleh bergerak. ‡ Dikenali sebagai insertion.0 Lekatan otot Setiap otot rangka dilekatkan pada sekurang-kurangnya dua tempat di tulang atau tisu-tisu penghubung yang lain. ‡ Tempat pelekatan otot pada tulang yang kurang bergerak. Proksimal ‡ Bermaksud lekatan otot pada tulang yang hampir dengan tubuh badan. Rajah 14: Lekatan distal 13 . ‡ Dikenali sebagai origin. ii.

antagonis akan mengendur atau relaks. Otot-otot akan bertindak secara berkumpulan iaitu melibatkan: Agonis  Otot-otot penggerak utama (prime movers)  Otot-otot utama menguncup untuk menghasilkan pergerakan khusus  Tindakan agonis menghasilkan lebih daya untuk pergerakan khusus  Contoh: biseps brakii dan brakialis Antagonis  Menghasilkan pergerakan yang berlawanan dengan otot penggerak utama.0 Interaksi otot-otot dalam pergerakan rangka Saling tindakan otot-otot Bermaksud otot-otot dalam tubuh badan saling bertindak atau bekerjasama dalam melakukan suatu pergerakan.  Megawal kelajuan pergerakan dan melicinkan pergerakan yang dilakukan oleh agonis.  Sinergis menambah daya pada pelekatan otot.  Sinergis juga menstabilkan sendi di mana otot-otot itu melekat. 14 .ANATOMI DAN FISIOLOGI] PJM 3106 8.  Contoh: Otot-otot brakioradialis. biseps brakii dan brakialis bertindak sebagai sinergis untuk membengkok sendi siku.  Apabila agonis menguncup.  Contoh: triseps brakii Sinergis  Otot-otot yang membantu otot-otot penggerak utama.  Megawal kelajuan pergerakan dan melicinkan pergerakan yang dilakukan oleh agonis.

ANATOMI DAN FISIOLOGI] PJM 3106 Rajah 15: Pelekatan Otot 9. Terdapat tiga jenis penguncupan otot rangka iaitu: 15 . Sebaliknya apa yang umumnya berlaku pada semua bentuk ialah pembentukan daya hasil daripada interaksi filamen-filamen aktin dan miosin dalam usaha keduaduanya untuk menggelungsur melepasi kedudukan masing-masing dalam fiber otot.0 Penguncupan otot rangka Jenis-jenis penguncupan otot Otot tidak semestinya memendek apabila menguncup.

iii. Penguncupan isotonik boleh berlaku secara konsentrik atau esentrik. Penguncupan Isotonik Bentuk penguncupan di mana fiber-fiber otot memendek bagi menghasilkan daya mengatasi rintangan yang bergerak. Contoh: Pengunaan mesin multi-gym . Penguncupan konsentrik melibatkan pemendekan fiber-fiber otot. Contoh: Aktiviti menolak dinding dengan siku bengkok. Penguncupan Isokinetik Penguncupan fiber otot dengan halaju penguncupan yang tetap sepanjang pergerakan. Penguncupan ini dihasilkan dengan menggunakan peralatan yang dapat mengawal halaju pergerakan tersebut.0 Halaju Penguncupan 16 . Contoh: Penguncupan bisep semasa mengangkat dumbell . 10. Dinding tidak bergerak tetapi otot triseps brakii menguncup dan menghasilkan daya ii. Penguncupan isometrik (penguncupan statik) Penguncupan ini tidak menghasilkan pergerakan tetapi menghasilkan daya. Fiber otot menguncup tetapi tiada perubahan pada kepanjangan otot.ANATOMI DAN FISIOLOGI] PJM 3106 i.

Halaju penguncupan otot berbeza mengikut pergerakan yang dilakukan. Peratusan fiber sentak cepat dan 20 lambat ini dalam otot begantung kepada baka. Fiber ini tidak cepat lesu dan boleh menghasilkan penguncupan dalam jangka masa yang panjang. Terdapat dua jenis fiber otot yang mempengaruhi halaju penguncupan iaitu fiber sentak cepat dan fiber sentak lambat .ANATOMI DAN FISIOLOGI] PJM 3106 Fiber otot boleh diklasifikasikan mengikut kelajuan penguncupan otot. fungsi dan latihan seseorang individu. Contoh: lari pecut. 17 . Fiber sentak cepat Dikenali sebagai fiber jenis II. Mempunyai keupayaan aerobik yang tinggi dan sesuai untuk aktiviti jarak jauh. Mempunyai keupayaan anaerobik yang tinggi dan sesuai untuk aktiviti berintensiti tinggi. Contoh: jogathon. Saiz lebih besar dan berwarna putih. Saiz lebih kecil dan berwarna merah. Fiber ini menyebabkan atlet mudah menjadi lesu. Fiber sentak lambat Dikenali sebagai fiber jenis I. pantas dan memakan masa yang pendek.

Steve Parker (1998). Essentials of Human Anatomy & Physiology. Selangor. Dilayari pada 17 Mac. 2011 dari http://www. Dilayari pada 22 Mac.0 Rujukan Brian R Ward (1996).Pearson Sdn.anatomy-resources.B. Dilayari pada 26 Mac 2011 dari http://www.com. John Wiley& Sons.bloggaul.nih. (2008). Inc. United States. Pusat Perkembangan Kurikulum (2002). Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 4.com/ Jenis-jenis Otot. Bhd. 2011 dari http://www. Rangka dan Pergerakan. Medline Plus : Trusted Health Information for You. London.Marieb (2009). Pusat Perkembangan Kurikulum (2004).htm Web-Shops (2007). The Body and How It Woks. Vivar Printing Sdn. United States and America.com/sweet_candy/readblog/84740/jenis-jenis-otot 18 . Tortora Grabowski (2003). Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 5. Elaine N. Kindersley Book. Darul Ehsan.Bhd.nlm. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Donald A.ANATOMI DAN FISIOLOGI] PJM 3106 11. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.gov/MEDLINEPLUS/ency/ imagepages/ 19678. Educational Cybermall: Human-Anatomy. Principles of Anatomy & Physiology.