You are on page 1of 3

Majlis Makan Beradab Asrama 2009 SMK Tamparuli, Dewan Jubli Perak ,28 Mei 2009 - Buat julung

kalinya, Asrama SMKT menganjurkan MAjlis Makan Beradab. Terdapat dua objektif penganjuran majlis pada kali ini iaitu 1. Mendedahkan kepada para pelajar cara untuk menjamu selera dengan beradab dan tertib. 2. Meningkatkan minat pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu melalui aktiviti yang dipertandingkan. Berikut merupakan senarai AJK Majlis:

Penyelaras : Encik Roy Eduardo Encik Shamsul Sabli Cik Nurul Huda Yatau CIk Khadizah Amir Kasan Cik Patricia Agnes Yudin AJK: 1. Sijil : Lizzie Soriman, Roslinda Mathiew 2. Nyanyian : Frona Galimas, Yuhana Amat 3. Syarahan : Emylia Apan, Joseka Dolimi 4. Sajak : Siti Sarah Mohamad, Hamzah 5. Esei : Alinah Gatuah, Sylvia Taiming 6. Pantun : Alcy Yambun, Villon Soliun 7. Karikatur : Bielly Clarke. 8. PA System : Adoniran Omega Jerry, Malsius 9. Juru Acara : Alinah Gatuah , Siti Sarah Mohamad, Adoniram Omega Jerry 10. Keselamatan: Wester Bilog, Norsuadah Mohd Salim 11. Jemputan : Wester Bilog, Norsuadah Mohd Salim 12. Backdrop : Hartono Ensiew, Jubly Demie 13. LCD : Joseka Dolimi 14. Hadiah dan cendreamata : Stela Liman dan Alcy Yambun. 15. Kamera : Joe Johnson, Angelina Yatam (stll Imej), Hartono Ensiew, Frona Galimas (Video) 16. Cabutan Tiket Bertuah : Marcella Bagu, Rome Ayuk

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para tetamu yang hadir iaitu: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Puan Hajah Naelah Binti Mustaffa, Pengetua. Dr Sarkauvi Maseri, Penolong Kanan Pentadbiran. Encik Julian Umpol, Penolong Kanan Kokurikulum. Encik Mohd Noh Solunda, Ketua Warden Asrama. Semua Warden Semua Penyelia Asrama Pihak Dapur Asrama

8. Pihak Kantin Sekolah PROGRAM MAKAN BERADAB ( WARDEN DAN AHLI KELUARGA ASRAMA SMKASAS KALI PERTAMA 2010) Pada 24 April 2010 bersamaan hari Sabtu, telah adakan Program Makan Beradab Keluarga Asrama SMKASAS. Program ini diadakan di Dewan Asrama SMKASAS bermula jam 8.00 malam. Tuan Pengetua Kanan SMKASAS Ustaz Arip b. Sa'aya antara tetamu jemputan yang hadir, selain PK. HEM. Pn. Bainah bt. Abdollah, Ketua Warden, Warden-warden lelaki dan perempuan serta anak-anak didik asrama SMKASAS. Majlis dimulai dengan bacaan doa makan. Selepas menikmati juadah istimewa antaranya ayam masak merah, masak dalca, dan Ikan Siakap Masak Stim, diikuti majlis rasmi antaranya ucapan Ketua Pelajar Saudara Zolfir Wajdi b. Arip, Ucapan Ketua Warden Ustaz Zaki, Ucapan PK. Hem, dan diikuti Ucapan Tuan Pengetua Kanan SMKASAS. Antara intipati ucapan mereka memperihal objektif makan berhadap diadakan antaranya adalah untuk mengumpulkan keluarga asrama, warden dan pentadbir sebagai usaha untuk merapatkan hubungan antara satu sama lain, selain itu setiap pemimpin diberi ruang untuk berucap dan menyampaikan amanat mereka. Ketua pelajar SMKASAS menyatakan rasa tahniah dan kesyukuran kerana warga apsura dan aspuri selama ini memberi komitmen yang baik kepada Lembaga Pengawas sekolah dan BADRI dan situasi ini memberi kelebihan kepada usaha untuk memantapkan disipilin dan akhlak pelajar. Pn. Bainah sebagai PK Hem juga amat gembira kerana anak-anak didik asrama pada tahun ini amat terkawal dari segi akhlakn dan dsipiplinya berbanding tahun-tahun sebelumnya dan ini merupakan satu petanda peralihan budaya yang diharapkan akan berterusan dan bertambah baik pada masa-masa akan datang. Tuan Pengetua Kanan, berasa gembira dan mengharapkan budaya disiplin dan akhlak pelajar akan sentiasa bertambah baik dan ini akan meningkatkan kualiti kehidupan pelajar di asrama. Antara penekanan yang disampaikan oleh beliau pada malam itu adalah soal akademik, dan beliau percaya pelajar SMKASAS boleh....boleh berjaya dan boleh mengalahkan pencapaian pelajar MRSM jika berusaha bersungguhsunggun dan menjalankan prep secara berkualiti. Tambahan pula pihak sekolah telah menyedia dan merancang pelbagai program ke arah meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar dan beliau sempat menyingkap sejarah beliau yang pernah belajar tanpa berguru pada suatu ketika dulu. Beliau juga menasihatkan pelajar supaya mengikis budaya belajar di saat-saat akhir kerana banyak impak negatif jika mereka membudaya belajar seperti itu.Oleh sebab itu, beliau mencabar anak-anak didik asrama supaya belajar dengan sebaik-baiknya dengan menggunakan sepenuh masa dan kemudahan sepanjang program kecemerlangan yang dianjurkan pihak sekolah untuk membaiki pencapaian akademik mereka ke arah pencapaian yang cemerlang. Antara ungkapan yang disampaikan oleh beliau, " Saya percaya anak-anak SMKASAS boleh

cemerlang dan boleh mengalahkan pencapaian sekolah SBP yang ada. Saya ingin mendengar jawapan daripada anda semua. Anda boleh cemerlanggggg!" Terdengar gema suara anak-anak pelajar SMKASAS, " Kami boleh!!!!. Namun, intipati daripada ibu bapa pelajar pula sudah pasti mengharapkan anak-anak mereka berjaya. Diharapkan dengan adanya program cemerlang dirancang dengan penuh ketelitian dan saksama serta menjurus ke arah program yang kondusif pelajar akan dapat menyingkap dan menghasilkan objektif yang diharapkan. Saya sebagai seorang tenaga pengajar, warden, guru dan ibu bapa kepada dua orang anak di sekolah ini yang akan menghapi peperiksaan SPM pada hujung tahun ini akan sentiasa berusaha untuk mengaplikasi pelbagai pendekatan, kaedah, strategi dengan menggunakan peralatan berunsurkan teknologi agar mereka sentiasa ceria dan kondusif sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. InsyaAllah. Diharapkan dengan iringan doa semua pelajar SMKASAS dan juga bekas-bekas pelajar, kecemerlangan pelajar SMKASAS pada tahun 2010 akan digapai selain berpaksikan usaha dan kesungguhan pelajar sendiri. "SMKASAS Kluster Akademik"

You might also like