Permainan Tradisional

Gasing

Elemen 2

Senarai Kandungan y Penghargaan y Objektif Kajian y Kaedah Kajian y Hasil Kajian y Rumusan y Lampiran y Rujukan .

Penghargaan Terlebih dahulu saya ingin berterima kasih kepada ibu saya kerana memberi sokongan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada selaku guru Sejarah yang sentiasa memberi tunjuk ajar kepada saya untuk menjalankan dan menyiapkan projek sejarah ini. ucapan terima kasih juga kepada rakan saya yang banyak membantu dari menunjuk ajar saya bagaimana untuk menyiapkan projek in dengan lancar. Saya telah berusaha untuk menyiapkan projek sejarah ini dengan sempurna serta dapat menyiapkannya dalam jangka masa yang ditetapkan. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang turut membantu. Selain itu. . Sekain terima kasih.

Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul. y Kajian ini dapat menambah pengetaahuan saya tentang permainan tradisional di kalangan masyarakat mengikut adat Melayu. . y Kajian ini juga dapat menyedarkan orang melayu betapa pentingnya permainan tradisional di kalangan masyarakat melayu di Negara kita kerana melambangkan setiap kaum dan adat tradisinya yang tersendiri. jelas dan tepat.Objektif Kajian y Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih.

htm bagi mengetahui latar belakang permainan yang dimainkan secara terperinci.com untuk mengenai maklumat-maklumat tentang gasing.blogspot.htmldan http://malaysiana. y Saya telah mewawancara individu seperti ibuku iaitu Sophia Binti Abdullah bagi mendapat maklumat-maklumat mengenai permainan traditional.pnm.youtube.my/03/0307gasing. y Saya telah mendapat video daripada laman web www.com/2008/04/sejarah-danasal-usul-gasing-permainan.Kaedah Kajian y Saya telah melayari laman internet iaitu http://dukeamienerev. .

yang bermakna tegak dan kuat semasa berpusing. Buah berembang mudah diperoleh di tepi-tepi pantai berbentuk bulat. Ketika ligat ia disebut "gah". bagi kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina. Bagi ahli silat. Terdapat pelbagai cerita yang timbul berkaitan asal-usul permainan gasing dan inilah yang menyebabkan corak permainan gasing berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain. mereka juga dapat mengeratkan hubungan sesama mereka dan berpeluang berbincang tentang pelbagai perkara. Orang dewasa yang memajukan seni permainan ini. kecekapan. Samping itu. . Ia pula mudah dipusing dengan tangan. Daripada istilah inilah dikatakan bermulanya permainan gasing. Antara kegiatan yang dilakukan ialah bermain gasing. dan kerjasama berpasukan. Buah yang lama dan ligat pusingannya dikira menang. Masyarakat Melayu tradisional juga tidak ketinggalan dalam soal ini. Lama-kelamaan timbul ilham meniru bentuk buah ini dan diperbuat daripada kayu. agak leper dan licin. Dalam menjalankan aktiviti kehidupan sara diri mereka telah mengisi masa lapang dengan pelbagai kegiatan yang dapat menghiburkan hati. satu daripada latihan menguatkan tangan ialah memusingkan buah berembang. Terdapat cerita yang mengaitkan asal permainan gasing ini dengan buah berembang. kepantasan.Gasing popular di Semenanjung terutama di Kelantan. kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan. Mereka bermain gasing untuk beradu kemahiran.Hasil Kajian y Latar Belakang Unsur seni dan permainan adalah keperluan asas kehidupan manusia di dunia dan tidak mungkin dapat dipisahkan daripada kehidupan masyarakat. Gasing bukan sahaja menjadi permainan orang dewasa malah turut dimainkan oleh golongan remaja dan kanak-kanak. Pemusing akan cuba memusingkannya dengan tangan seligat yang mungkin.

y Tujuan Dimainkan Gasing merupakan sejenis permainan tradisional yang begitu popular pada suatu ketikadahulu. Ini terdapat pada gasing leper atau untuk gasing uri sahaja. penaga. ciku atau asam jawa sering digunakan untuk membuat gasing. Jenis kayu yang mudah didapati seperti manggis. Permainan gasing bagi orang Melayu juga mengukur tahap kemahiran dan kepantasan seseorang dalam menghadapi sesuatu situasi. y Alat-alat yang digunakan . Kayu tersebut dilarik menggunakan alat pelarik. bakau. koran. merbau johol dan merbau keradah. jambu batu. keranji juga menjadi pilihan. ianya mudah dilarik tetapi tidak mudah serpih. merbau darah.y Membuat Gasing Kayu yang paling sesuai dari spesis merbau. mengikut saiz dan bentuk gasing yang telah ditetapkan. Selain dijadikan sebagai hiburan dan juga memanfaatkan bahan terbuang. sepan. Sebelum kerja melarik dimulakan besi paksi dibenamkan ke dalam kayu tersebut agar keseimbangan dari segi bulatnya dapat dilakukan ketika melarik. Permainan gasing juga dapat menyerikan lagi rumah tradisional Melayu kerana gelanggang permainan gasing kebiasaannya dibina di halaman rumah dan di bawah pohon yang rendang yang meredupkan gelanggang. limau. seperti melilitkan timah pada kepak gasing tadi agar menambah berat lagi gasing itu hingga seberat lima kilogram dan juga tak mudah serpih. Setelah gasing disiapkan maka kerja-kerja terakhir dilakukan. seperti merbau tanduk. permainan gasing juga dapat mengembangkan idea-idea masyarakat Melayu. dan ini terbukti dengan kemunculan pelbagai bentuk gasing serta teknik permainan. Untuk menambah indah rupa parasnya maka tanduk kerbau dipasangkan dibahagian kepala gasing serta dikilatkan dengan varnis. Kepenatan membanting tulang dalam mencari rezeki menyebabkan orang Melayu dahulu mencari alternatif untuk bergembira tanpa mengeluarkan belanja yang besar dan menggunakan bahan terbuang. Selain itu kayu leban tanduk.

Pada masa sekarang . Tetapi. acuan. dan kuat. Apabila kerja membakal selesai dan kayu telah dilarik menjadi gasing. keras dan liat. Mereka mencuba pula bongkah kayu yang lebih besar. apit. ragum. tua. Peralatan ini seperti pembaris. umpamanya dengan menggunakan busar. kakak tua. pemutar skru.Tukang gasing Melayu tradisional menggunakan peralatan biasa yang mudah ditemui di kebanyakkan kedai dan dimiliki oleh tukang kayu lain. Cara melarik gasing pada zaman dahulu hanya menggunakan peralatan yang terdapat disekeliling sahaja.simpai dipasang bagi mengelakkan gasing mudah pecah. kikir. . retak dan mempercepatkan kayu kering.Pembuat gasing Melayu tradisional telah mengalami dan menjalankan pelbagai cubaan ketika membuat gasing sehinggalah terciptanya berbagaibagai peralatan yang membantu kerja ini. penggarik. berus kikir. Kayu yang akan dijadikan gasing mestilah daripada jenis kayu keras. pelarik busar ini hanya boleh melarik kayu jenis kecil sahaja dan untuk melarik kayu yang lebih besar. player. liat. Melalui bantuan peralatan moden. sesiku. tolok luar. jangka lukis. gandin. kerja membakal sudah boleh dipercepatkan dengan menggunakan gergaji mesin atau gasing hanya dilarik daripada kayu-kayu seperti beroti atau kayu untuk membuat tiang. Kemudian dibentukkan turap dan temin sebagai alat perlindungan bahagian kepala dan patak gasing.Sebelum memulakan kerja-kerja membakal dan melarik. kaedah ini sudah tidak memerlukan masa yang terlalu lama. mesin pelarik. tukang gasing membulat gasing hanya dengan menggunakan kayu bulat sahaja. pahat. andas. tukul. mereka akan menghadapi masalah. gergaji dan lain-lain lagi. tukang gasing perlu memilih kayu. Pada mulanya. gerudi. gunting. Mereka menarah kayu itu sehingga terbentuk gasing. kertas kaca. Gasing yang dibuat begini tidak tahan lama kerana mudah pecah dan sukar dibaik pulih. kapak.

Lilitan tali biasanya dilakukan sendiri. Pemilihan jari kelingking sama ada sebelah kanan atau kiri bergantung pemain. Kedua-dua kaedah ini penting sebelum memulakan permainan kerana tali yang kemas dan tidak terlalu panjang akan menghasilkan pusingan gasing yang baik. Ibu jari kiri digunakan untuk menekan rambu pada leher gasing. Biasanya cara ini banyak dilakukan oleh pemain yang telah berusia kerana dengan cara ini tali akan menjadi lebih panjang dan menghasilkan cengkaman yang lebih kuat pada gasing. Lilitan tali pada gasing adalah melawan arah pusingan jam dan tali hendaklah ditarik dengan ketat dan kuat. padat dan sejat.y Cara dimainkan Melilit tali Terdapat 2 cara untuk melilit tali iaitu dengan cara melilit di lengan atau melilit di jari kelingking. Cara yang pertama dipakai dengan memasukkan pergelangan tali ke dalam lengan pemain dan cecincin iaitu hujung tali yang diikat membulat akan menjadi penyimpul hidup. iaitu melilit pada lengan dahulu kemudian barulah dililit di sekeliling gasing. gasing akan borot dan membahayakan semua orang. Untuk memudahkan lilitan pada leher gasing. Lilitan kedua dan ketiga hendaklah dilakukan seperti lilitan pertama. Untuk melilit. Lilitan berikutnya pula hendaklah sentiasa mencecah ke bahu gasing untuk mendapatkan lilitan yang kemas. Pusingan lilitan bergantung kepada pemain untuk memastikan pemain selesa dengan lilitan tali tersebut. . labu dan pataknya supaya dalam keadaan rata. pastikan yang tali tidak bertindih atau bersilang. Selepas balingan gasing dibuat. jika keadaan labu tidak rata. kerja meratakannya haruslah dilakukan dengan mengikir. kelembutan dan ketegangan tali. Melilit gasing Terdapat dua cara melilit pada gasing yang biasa diamalkan. Ini akan memudahkan pemain kerana apabila ditarik ia tidak mudah terurai. mengetuk atau menggosok dengan kertas kaca. pemain perlu melilitkan kesemua tali di lengan dengan meninggalkan beberapa sentimeter(cm) untuk memudahkan pemain mengesan kelembapan. Jika ini berlaku. Kaedah yang kedua pula dilakukan dengan membuat lilitan pada jari kelingking pemain. tali akan dililit pada lengan atau tapak tangan sehingga habis bagi memudahkan tugas mengangkat atau menegak uri. Semasa melilit. Pusingan tali pada lengan pula bergantung kepada pemain sama ada dililit pada tangan kanan atau tangan kiri. Cecincin pada hujung tali akan dimasukkan pada jari kelingking oleh pemain seterusnya tali tadi akan dililit pada tapak tangan. Semua gasing yang akan dililit hendaklah dipastikan bahu. Cara lain adalah seperti yang diamalkan oleh pemain gasing tradisional iaitu melilit gasing dengan mengikat pada pokok kayu supaya lilitan menjadi lebih kemas bagi menghasilkan pusingan yang lama. Bagi menghasilakan cengkaman yang kuat biasanya pemain gasing akan menyapu kanji di bahagian bahu gasing. gasing mestilah dipegang dengan tangan kiri dan tangan kanan pula bersedia untuk melilit.

Gasing dihayun tegak serta kuat ke arah sasaran. Setelah gasing terpacak ke bumi. labu atau bahu gasing. Jika tepat mengenai sasaran. gasing hendaklah dipegang secara mengiring dan dihayun ke belakang. Kedudukan tangan kira-kira 30 darjah dari paras lengan. iaitu kepala gasing menghala ke atas dan diangkat tinggi. Gasing diangkat paras bahu sebelum dilepaskan. Hayunan ini akan dilepaskan ke sisi kiri atau kanan pemangkah. Sasarannya pula ialah pada bahagian labu. pangkahan jenis ini kurang sesuai. Gasing yang berbentuk tinggi adalah sesuai dengan jenis pangkahan ini. Tumpuan. Semasa menghayun. Tangan pula diletakkan tegak atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Tangan dihayunkan ke arah sasaran dengan kedudukan gasing tegak sehinggalah tiba ke hadapan. ligat dan tetap. iaitu pusingan sorong tarik dan pusingan sentap. perhatian dan hayunan hendaklah tepat mengenai sasaran supaya gasing akan menghasilkan uri yang ligat. sebelum dilepaskan. kesannya amat ketara kerana ia boleh memecahkan gasing lawan. Pangkah totok Pangkahan dilakukan dari jarak dekat dan pemain perlu membongkokkan badan. Pangkah hentak Untuk melakukan pangkah hentak. Serentak dengan itu mata mestilah tertumpu ke arah sasaran di hadapan. Memangkah gasing Memangkah adalah satu gerakan yang penting dalam permainan gasing. Kedudukan badan mestilah rendah dan kaki berada tidak jauh dari sasaran yang hendak dipusingkan. Pemain memegang gasing dengan kedudukan tegak. meleret atau borot. Hayunan tangan pemain hendaklah mengikut hayunan gasing dan badan membongkok kira-kira 45 darjah. iaitu pangkah totok. separas pula dengan bahu pemangkah.Memusing gasing Terdapat berbagai-bagai gaya dalam memusing gasing. ligat dan kuat. Bagi pusingan sentap. tegak dan kuat. gaya pusingan ini menghasilkan pusingan yang tegak. sedikit sentapan dikenakan dan pastikan ia berada dalam keadaan tegak. Memusing mengikut cara yang betul akan menghasilkan pusingan yang tegak. Sasarannya ialah pada kepala. langkah yang disusun hendaklah mengikut cara yang betul supaya gasing tidak jatuh mengiring. barulah gasing ditegakkan sebelum dilepaskan. Sebab itulah dalam latihan biasa pangkahan ini tidak . pangkah layang dan pangkah tebang. Jika tidak gasing akan meliuk dan pusingan akan menjadi kurang ligat. Umumnya terdapat dua jenis pusingan yang biasa diamalkan. Pangkahan ini bertujuan untuk menghalakan gasing lawan keluar dari gelanggang. kepala atau bahu gasing. badan pemangkah mestilah tegak. Kemudian gasing mestilah di paras bahu dan siku. Kedudukan gasing hendaklah sentiasa mengiring semasa gerakan ini. Pusingan gaya ini agak rendah dan dekat. kuat. Untuk pusingan sorong tarik. Jika menggunakan gasing yang agak berat. Untuk menghasilkan pusingan seperti ini. Tedapat empat gaya pangkahan yang biasa digunakan oleh pemain dalam apa juga pertandingan. gasing mestilah dalam kedudukan mengiring sehingga gasing tiba di hadapan. pangkah hentak.

Pangkahan ini selalunya menghasilkan pusingan yang ligat dan terus keluar dari sasaran selepas memangkah. gasing tanjung dan gasing concord kerana sifatnya yang berat dan pepat. Pangkah layang Kedudukan tubuh pemangkah mestilah tegak. labu. Arah pusingan perlu ditentukan untuk disesuaikan dengan arah pusingan badan ketika membawa gasing. Gasing dihayunkan ke arah sasaran dengan kuat. Mengangkat gasing Setelah gasing dipusingkan atau dipangkah. Gasing pemangkah akan mengenai labu gasing lawan serentak dengan paksinya mencecah ke bumi. Tangan pula hendaklah tegak di atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. pemain mestilah terlebih dahulu menentukan liuk arah pusingan dan kedudukan gasing. Bahagian terendah inilah yang akan diangkat. Pangkahan ini bertujuan mematikan dan merosakkan gasing lawan. Mengangkat gasing memerlukan kemahiran. . Mengangkat gasing dilakukan dengan menggunakan tali dan cokok.digalakkan. cepat dan kencang. Gasing yang paling sesuai untuk tujuan ini ialah gasing lipat kajang. Pangkah tebang Pangkahan ini bertujuan mengeluarkan gasing lawan jauh dari sasaran dan ia juga merupakan pangkahan jarak jauh. Untuk menghasilkan pangkahan yang kuat. Cokok digunakan untuk gasing yang berbentuk leper dan berat. Tali yang digunakan untuk mengangkat gasing mestilah tegang dan ketika mengangkat patak akan dielakkan dari tersentuh tali kerana ini akan mengurangkan keligatan. Kedudukan gasing semasa hendak diangkat hendaklah berada dakam keadaan tegak kerana jika kedudukannya mengiring ia akan menjejaskan keligatan gasing. kepala atau tengkuk gasing. kesabaran dan kecekapan yang tinggi. ia perlu pula diangkat ke tapak uri yang sesuai untuk menjamin keligatannya agar terus terpelihara. kedudukan pangkah mestilah tegak. Jenis gasing yang sesuai untuk melakukan pangkah hentak ialah gasing berembang dan gasing leper. Sasaran pangkahan jenis ini ialah bahagian bahu. Sebelum gasing diangkat. Menentukan liuk bermakna mencari liuk atau kedudukan pusingan terendah bahagian patak dengan bumi.

Andai rakyat Malaysia memahami dan menghayati permainan tradisional sesuatu kaum yang mendalam. ini akan mewujudkan rasa hormat-menghormati antara kaum. Selepas menjalankan projek ini. Seperti peribahasa melayu yang mengatakan tak kenal maka tak cinta.Rumusan Selepas saya menjalankan kajian ini. saya dapat menghayati permainan tradisional orang melayu. Semangat perpaduan yang wujud akan membolehkan perpaduan tanah melayu yang terdapat pelbagai kaum ini terus berkekalan.saya bersyukur menjadi rakyat Malaysia atas keunikan dan kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia. Saya juga rasa sangat bertuah kerana dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang permainan tradisional melayu. Rakyat Malaysia bersatu padu ini dapat bersama-sama dalam semua perkara untuk melahirkan Malaysia yang cemerlang. .

Lampiran y Peta Kelantan yang mempopularkan gasing .

blogspot.html Orang sumber: CD/VCD: 1 )www.youtube.com/2008/04/sejarah-dan-asal-usul-gasing2)http://malaysiana.my/03/0307gasing.Rujukan Internet: 1)http://dukeamienerev.kepvid.com 2) www.htm permainan.com .pnm.

Kerajaan telah menyedari .ELEMEN 3 Soalan Bagaimanakah modal insan yang patriotik dapat dibentuk melalui aktiviti sukan dan permainan? Kepentingan sukan dan permainan khususnya dalam melahirkan modal insan yang patriotik telah menjadi salah satu agenda negara untuk dikembangkan pada segenap lapisan masyarakat.

Oleh itu. Di samping itu.saya bersyukur menjadi warganegara Malaysia.Sehubungan dengan itu.semangat kekitaan dapat diterapkan dalam diri saya dan masyarakat.Hal ini dapat digambarkan melalui sikap kerjasama dan bersatu padu sewaktu wau dimainkan kerana permainan wau memerlukan beberapa orang untuk menaikkannya di udara.negara Malaysia yang aman lagi makmur akan menjadi sebuah negara yang adil dan bertimbang rasa terhadap rakyatnya. Sukan merupakan alat yang penting bagi mewujudkan perasaan bersatu padu.Setiap peserta yang memasuki pertandingan ini perlu mematuhi undang-undang yang ditetapkan sekaligus dapat menjadikan peserta seorang yang lebih berdisiplin. Saya sentiasa berbangga dengan masyarakat zaman dahulu yang berjaya mencipta sebuah permainan tradisional yang bukan sahaja popular malah turut meningkatkan martabat negara kita.Hal ini kerana banyak peraturan yang perlu dipatuhi dalam acara pertandingan wau.Sikap tolong menolong dapat dibentuk sewaktu menghasilkan wau. Selain itu. sikap bersefahaman dan bermuafakat adalah perlu untuk mengukuhkan pasukan dalam memperoleh kemenangan. Permainan sukan seperti sepak takraw atau bola sepak memerlukan ramai pemain. .Keunikan Malaysia yang terkenal dengan pelbagai tarikan seperti wau berjaya menarik minat warga asing untuk melihat sendiri keunikan yang terdapat di negara kita. Melalui festival wau dan pertandingan wau. Masyarakat juga dapat mewujudkan perasaan muhibah atau semangat bermasyarakat kerana sesuatu permainan ini biasanya akan dihadiri oleh pelbagai bangsa.Ini kerana juri bagi pertandingan wau akan berlaku adil untuk memilih pemenang bagi sesuatu pertandingan itu.sikap berdisiplin dapat dibentuk dalam diri kita.bahawa sukan dan permainan adalah saluran yang paling berkesan untuk melahirkan generasi yang akan sentiasa menghargai dan mengamalkan tradisi budaya dan bangsa.

.namun permainan wau tetap dimainkan oleh masyarakat hari ini.Bukan itu sahaja. Oleh itu.tak lekang dek panas. Walaupun pada masa kini banyak permainan lain yang canggih dan moden dipopularkan.negara kita akan menjadi sebuah negara yang menghargai dan sentiasa mengamalkan tradisi.sudah terang lagi bersuluh bahawa aktiviti sukan dan permainan dapat melahirkan modal insan yang bersemangat patriotik.adat turun-temurun dan budaya nenek moyang kita supaya tak lapuk dek hujan.