You are on page 1of 27

1.

0 Pengenalan Sintaksis merupakan cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga mengkaji hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat. Selain daripada jenis dan ragam ayat, bidang sintaksis juga melihat rumus pembinaan unsur subjek dan predikat sebagai penentu pembentukan sesuatu ayat. Tambahan pula, terdapat juga ciri-ciri lain yang akan dipertimbangkan dalam pembinaan ayat, iaitu penanda tatabahasa. Penanda kasus, penanda kala dan unsur keserasian adalah antara penanda tatabahasa yang sering terdapat dalam pembinaan ayat. Penanda kasus memainkan peranan yang amat penting dalam bahasa Inggeris untuk menentukan kegramatisan sesuatu ayat, namun Bahasa Melayu tidak mempunyai unsur sedemikian. Bahasa Melayu juga tiada penanda kala (waktu) seperti dalam bahasa Inggeris, iaitu yang ditandai oleh past tense. Sebaliknya untuk menentukan sesuatu kala atau waktu, Bahasa Melayu menggunakan perkataan sedang, sudah dan akan. Tanpa memperlihatkan unsur keserasian ini ayat yang dibentuk tidak akan menjadi gramatis.

2.0 Frasa dan Binaan Frasa 2.1 Definisi Frasa dalam Bahasa Melayu ialah unit yang boleh terdiri terdiri daripada satu susunan yang terdiri daripada satu patah kata atau rentetan daripada beberapa patah kata yang berfungsi sebagai konstituen dalam ayat, sama ada sebagai subjek, predikat, objek atau keterangan. Dalam contoh di bawah, kain bukan lagi bertaraf perkataan, tetapi boleh dinamakan frasa kerana bentuk itu boleh diperluas menjadi kain batik, sehelai kain dan sehelai kain batik. Kain Frasa Kain batik Sehelai kain Sehelai kain batik

Frasa adalah berbeza dengan klausa iaitu frasa tidak mengandungi subjek dan predikat. Terdapat empat jenis frasa dalam binaan frasa Bahasa Melayu boleh iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. 2.2 Frasa nama Frasa nama ialah frasa yang mengandungi kata nama sebagai unsur intinya. Unsur inti ini boleh wujud secara bersendirian sebagai satu patah perkataan ataupun diikuti oleh penerang sesudah unsur inti tersebut. Contoh frasa nama adalah seperti di bawah: Subjek Adik Adik bongsu saya itu Predikat mengajar di sekolah rendah mengajar di sekolah rendah

Unsur inti bagi subjek dalam ayat yang pertama ialah frasa nama adik yang terdiri daripada satu patah perkataan. Ayat kedua pula menunjukkan bahawa unsur inti bagi frasa nama boleh diikuti oleh penerang. Inti ialah unsur yang menjadi fokus utama bagi sesuatu frasa, mankala penerang pula merupakan penjelasan yang menerangkan makna atau maksud inti tersebut. Seperti dalam frasa adik bongsu saya, intinya ialah adik, manakala penerangnya ialah bongsu saya itu iaitu yang menerangkan adik. Contoh inti + penerang bagi binaan frasa nama adalah seperti berikut: Frasa Nama Inti Ayam Guru Penerang serama putih Bahasa Inggeris

Walaubagaimanapun, terdapat juga unsur bukan nama yang boleh menjadi inti dan menduduki subjek frasa nama, iaitu apabila unsur itu memainkan tugas dan berfungsi sebagai kata nama. Sebagai contoh kata kerja mefitnah dan bersenam serta kata adjektif biru dalam ayat-ayat di bawah: Frasa Nama Inti Menfitnah Bersenam Biru Penerang perbuatan yang terkutuk. menyihatkan tubuh badan. warna kegemaran Ali.

Terdapat juga binaan ayat yang terdiri daripada frasa nama sebagai subjek dan predikat. Contohnya, ayat Encik Isa pensyarah Institut Pendidikan Guru. Dalam ayat ini, frasa nama Encik Isa ialah subjek dan predikatnya ialah frasa nama pensyarah Institut Pendidikan Guru.

2.3 Frasa Kerja Frasa yang unsur intinya terdiri daripada kata kerja dinamakan frasa kerja. Frasa kerja memainkan peranannya sebagai predikat dalam susunan ayat biasa. Contohnya seperti yang berikut: Ayat Subjek Atlet itu Pekebun itu Orang itu Predikat (Frasa Kerja) Berlari dengan pantas. membersihkan padang sekolah. menolak saya dari tangga.

Binaan frasa kerja boleh terdiri kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif. Kata kerja transitif merupakan kata kerja yang memerlukan objek dan kata kerja ini mesti diikuti oleh frasa nama sebagai penyambut untuk melengkapkan kata kerja tersebut. Contohnya adalah seperti berikut: Frasa Kerja Kata Kerja Transitif Mengambil Mencari Menembak Penyambut Bola Rumah Beruang

Selain daripada binaan kata kerja sebagai inti dan diikuti oleh frasa nama sebagai objek, frasa kerja transitif juga boleh mempunyai unsur keterangan. Sebagai contoh, ayat Pak Ali menembak beruang di dalam hutan. Unsur keterangan yang menerangkan kata kerja transitif menembak beruang dalam ayat ini ialah di dalam hutan. Frasa nama, frasa adjektif dan frasa sendi nama adalah antara frasa yang boleh dijadikan unsur keterangan seperti contoh ayat Ibu memandikan adik pagi tadi.

Frasa kerja yang diikuti oleh frasa nama sebagai objek boleh terdiri sama ada daripada satu objek mahupun dua objek. Contohnya ayat Cikgu mengambil bukunya dan Iva menggosok baju adik. Kata kerja transitif yang terdapat dalam ayat pertama, mengambil diikuti oleh satu objek iaitu bukunya, manakala bagi kata kerja transitif ayat yang kedua, menggosok diikuti oleh dua objek iaitu baju dan adik. Kata kerja yang tidak memerlukan objek, iaitu frasa nama sebagai penyambut untuk melengkapkannya ialah kata kerja tak transitif. Contoh ayat-ayat kerja tak transitif ialah Siti menyanyi dalam kamar dan adikku menangis pagi tadi. Merujuk kepada contoh ayat-ayat tersebut, menyanyi dan menangis adalah kata kerja. Kata kerja tersebut tergolong dalam golongan kata kerja tak transitif kerana kata kerja ini tidak diikuti oleh frasa nama sebagai objek. Sebaliknya, kata kerja jenis ini boleh diikuti oleh unsur pelengkap dan penerang. Pelengkap berfungsi untuk melengkapkan kata kerja tak transitif dan hadir selepas kata kerja tersebut. Tanpa pelengkap, ayat-ayat kata kerja tak transitif tidak sempurna, contohnya ayat- ayat berikut: 1) Pasukan itu menjelajahi hutan tersebut berpandukan peta. 2) Ali berbuat jahat. 3) Pak Abu berburu di hutan. Berdasarkan contoh ayat (1), (2) dan (3) menunjukkan kata kerja yang diikuti oleh unsur pelengkap. Pelengkap ini terdiri daripada pelengkap kata nama, pelengkap kata adjektif dan pelengkap frasa sendi nama. Frasa Kerja Kata Kerja Tak Transitif Berpandukan Berbuat Berburu Pelengkap Peta Jahat di hutan

Merujuk contoh di atas, peta ialah pelengkap kata nama, jahat ialah pelengkap kata adjektif dan di hutan pula merupakan pelengkap frasa sendi nama.

Kata nama yang mengikuti kata kerja tak transitif ialah penerang kata nama. Fungsi kata nama ini adalah hanya untuk menerangkan kata kerja dan kata nama tersebut adalah bukan objek. Tambahan pula, ayat yang mengandungi atau terdiri daripada kata kerja tak transitif dengan penerang ini tidak boleh dipasifkan. Contohnya: 1) Ibu berbaju kurung. 2) Malam yang gelap itu, Ali hanya betemankan lilin. Frasa Kerja Kata Kerja Tak Transitif Berbaju Bertemankan Penerang Kurung Lilin

Walaubagaimanapun, terdapat juga kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan penerang atau pelengkap. Contoh ayat-ayat kata kerja tak transitif yang tidak diikuti sebarang penerang atau pelengkap ialah: 1) Mereka bermandi-manda. 2) Azan telah berkumandang. 2.4 Frasa adjektif Frasa adjektif merupakan frasa yang mengandungi kata adjektif atau juga dikenali sebagai kata sifat sebagai unsur intinya. Dalam susunan ayat biasa frasa adjektif berfungsi sebagai predikat, contohnya: Ayat Subjek (Frasa Nama) gadis itu Kucing adik Predikat (Frasa Adjektif) cantik sungguh comot sekali

Frasa adjektif boleh dipindahkan ke hadapan apabila ayat disongsangkan. Contohnya seperti berikut: 1) Cantik sungguh gadis itu. 2) Comot sekali kucing adik. Dalam sesuatu ayat, frasa adjektif boleh menjadi unsur keterangan dan unsur penerang. Kedudukan frasa adjektif adalah selepas kata kerja apabila frasa adjektif tersebut bertugas sebagai unsur keterangan, manakala kedudukan frasa adjektif adalah selepas kata nama sekiranya frasa tersebut bertugas sebagai unsur penerang. Ayat (1) dan (2) di bawah menunjukkan kedudukan frasa adjektif apabila bertugas sebagai unsur keterangan dan ayat (3) serta (4) adalah kedudukan frasa adjektif apabila berfungsi sebagai unsure penerang. 1) Kesihatan atuk beransur baik. 2) Orang itu berbuat jahat. 3) Mila seorang gadis cantik. 4) Adik anak paling manja. Selain itu, frasa adjektif juga boleh mengandungi kata bantu dan kata penguat. Kata bantu dan kata penguat ini boleh diletakkan di hadapan atau belakang frasa adjektif. Kata bantu pula boleh diletakkan sama ada sebelum atau sesudah kata penguat, manakala kata penguat boleh digolongkan kepada tiga jenis iaitu kata penguat hadapan iaitu kata penguat yang terletak di hadapan kata adjektif, kata penguat belakang iaituu kata penguat yang terletak di belakang kata adjektif dan kata penguat bebas iaitu kata penguat yang kedudukannya boleh berada di hadapan dan di belakang kata adjektif. Contoh kata bantu dan kata penguat adalah seperti ayat-ayat di bawah: 1) Kak Kiah masih ayu. 2) Parang itu sangat tumpul sekali. 3) Kami sudah lambat. 4) Abang bijak sekali. 5) Kolam itu amat cetek. 6) Kolam itu cetek amat.
7

Frasa Adjektif Kata Bantu Penguat (Hadapan) masih sudah Sangat Amat Ayu Tumpul Lambat Bijak Cetek Cetek Kata Adjektif Penguat (Belakang) Sekali Sekali Amat

2.5 Frasa sendi nama Frasa sendi nama adalah terdiri daripada satu kata sendi nama dan di belakang kata sendi nama tersebut diikuti oleh satu frasa nama sebagai pelengkapnya. Contoh kata sendi nama adalah di, dari, daripada, dengan, pada, sejak dan sebagainya. Pada kebiasaannya, frasa sendi nama menduduki bahagian predikat ayat dalam susunan ayat biasa. Contohnya: Subjek (Frasa Nama) Buku itu Ayah saya Bunga itu Predikat (Frasa Sendi Nama) daripada nenek. ke pekan. untuk Nawwar.

Terdapat tiga jenis pola binaan bagi frasa sendi nama iaitu: (1) Kata sendi nama + Frasa nama Jenis pola binaan ini mempunyai satu sendi nama yang diikuti oleh satu kata nama sebagai pelengkap. Contohnya: Frasa Sendi Nama Kata Sendi Nama Kepada
8

Frasa Nama Iva

Dari

Kampung Pisang

(2) Kata sendi nama + (Kata nama arah) + Frasa nama Jenis pola ini pula terdiri daripada satu kata sendi nama yang diikuti oleh frasa nama. Kata nama arah akan mendahului frasa nama sebagai unsur pilihan. Contohnya: Frasa Sendi Nama Kata Sendi Nama di ke Frasa Nama Kata Arah dalam belakang Kata Nama Almari Saya

(3) Kata sendi nama + (Kata arah) + Frasa nama + (keterangan) Binaan ini terbentuk apabila ada unsur keterangan yang hadir secara pilihan mengikuti frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu seperti contoh berikut:

Frasa Sendi Nama Kata Sendi Nama di di ke ke Frasa Nama Kata Arah luar luar belakang belakang Frasa Nama rumah rumah pintu pintu Keterangan dengan emak pagar sekolah -

2.6 Fungsi frasa dalam Bahasa Melayu Ayat yang gramatis ataupun tidak ditentukan oleh frasa yang terkandung di dalam ayat tersebut. Ayat yang gramatis adalah ayat yang mempunyai binaan terdiri daripada subjek dan predikat. Oleh itu, ayat yang tidak mempunyai salah satu unsur ini dikatakan sebagai ayat tergantung, tidak sempurna dan mengelirukan. Frasa berfungsi sebagai subjek, predikat, objek dan unsur keterangan. Frasa sebagai subjek Pertama sekali, dalam susunan ayat biasa bahagian subjek diisi oleh frasa nama dan kedudukan subjek tersebut adalah terletak di hadapan predikat. Contohnya, ayat baju adik berwarna merah jambu. Subjek yang diisi oleh frasa nama bagi ayat ini ialah baju adik, manakala predikatnya pula ialah berwarna merah jambu. Gambar rajah 1 di bawah menunjukkan contoh-contoh subjek yang boleh terdiri daripada terdiri daripada unsur-unsur seperti kata nama, kata ganti nama dan kata kerja serta kata adjektif yang bertugas sebagai kata nama.

10

(a) Kata nama Kata nama yang menjadi unsur subjek boleh terdiri daripada kata nama, kata nama khas atau kata nama terbitan. Contohnya, Puan Aina seorang guru. Dalam ayat ini, Puan Aina sebagai subjek dan seorang guru sebagai predikat ayat.

(b) Kata ganti nama Kata ganti nama diri dan kata ganti nama tunjuk boleh menduduki subjek. Contohnya ayat dia sepupu saya dari kampung. Dalam ayat ini subjeknya ialah dia, manakala predikatnya pula ialah sepupu saya dari kampung.

Subjek

(c) Kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama Kata kerja boleh juga menjadi subjek, iaitu dengan mengambil tugas kata nama dan berfungsi sebagai subjek. Contohnya ayat memasak hobinya di waktu lapang. Memasak dalam ayat ini adalah subjek yang bertugas sebagai kata nama.

(d) Kata adjektif yang berfungsi sebagai kata nama Kata adjektif juga boleh menjadi subjek dengan mengambil tugas kata nama dan berfungsi sebagai subjek. Contohnya ayat merah warna bajunya. Merah ialah kata adjektif yang bertugas sebagai subjek dalam ayat ini.

Rajah 1

11

3.0 Bentuk kata tunggal 3.1 Definisi bentuk kata tunggal Golongan perkataan yang terbentuk daripada satu morfem bebas tanpa mengalami sebarang proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan adalah bentuk kata tunggal. Kata tunggal ialah bentuk yang membolehkan perkataan itu berdiri sendiri kerana ia berbentuk kata dasar atau kata akar. Terdapat kata tunggal yang tidak boleh menerima sebarang imbuhan contohnya itu, ini, sana dan situ. Namun, kebanyakan kata tunggal boleh diperluas untuk membentuk kata terbitan. 3.2 Kata tunggal satu suku kata Kata tunggal satu suku kata amat terhad bilangannya dalam Bahasa Melayu dan kebanyakannya adalah perkataan-perkataan yang dipinjam daripada bahasa asing. Selain itu, ada kata tunggal satu suku kata yang terdiri daripada perkataan-perkataan yang dipendekkan seperti engkau menjadi kau dan aku menjadi ku.

Walaubagaimanapun, kata sedemikian sebenarnya tidak diaanggap sebagai kata tunggal satu suku kata. Contoh kata tunggal satu suku kata adalah seperti berikut: Suku Kata KV VK KVK KKVK KKKV KKKVK KKKVKK yu am cat stor skru straw stress skrip pin draf cop gram Cap Draf Contoh Perkataan ya ru

12

3.3 Kata Tunggal Dua Suku Kata Dalam Bahasa Melayu kata tunggal jenis ini amat banyak. Contohnya: Suku Kata V + KV V + VK V + KVK VK + KV VK + KVK KV + V KV + KV KV + KVK KVK + KVK itu air emak anti uncang tua batu pulut lantas Contoh Perkataan ubi aur akan impi untung sua satu perut lontar api ais usang erti unsur jua ratu layak langsung Ala Aib Alang Inti Embun Dua Jitu Lamar Longgar

3.4 Kata Tungggal Tiga Suku Kata Kata tunggal tiga suku kata dalam Bahasa Melayu pada kebiasaannya mempunyai pola susunan konsonan dan vokal yang pelbagai. Namun begitu, kata tunggal jenis ini sedikit dan sebahagian besarnya terdiri daripada kata-kata pinjaman. Contohnya: Suku Kata KV + V + KV KV + V + KVK KV + KV + V KVK + KV + VK KVK + KV +V V + KV + KV KV + KV + KV KV + KV + KVK biasa riadah peria lengkuas bohsia aroma tsunami riwayat Contoh Perkataan piala siuman ceria bengkuang rahsia irama berita memerang tiara kiamat deria sengkuang tempua udara Biara Siasat Setia Manfaat

13

3.5 Kata Tunggal Empat Suku Kata dan Lebih Kata tunggal jenis ini mempunyai empat suku kata. Suku Kata KV + KV + KV + KV KV + V + KV + KV KV + KV + KVK + KV KV + KV + KV + KVK KV + KVK + KV + V V + KV + KVK + KVK KVK + KV + KV + KV KVK + KVK + KV + KV KVK + KV + KV + KV + KVK V + KV + KVK + KV + KV Contoh Perkataan selesema suasana papakerma kurikulum malaysia universal marcapada singgahsana cenderawasih universiti Cosmopolitan Bendahara Paradigm Televisyen Serigala

4.0 Kata Terbitan Kata terbitan ialah kata yang terhasil melalui proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar iaitu proses pengimbuhan. Terdapat empat jenis imbuhan iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan. 4.1 Awalan Awalan merupakan imbuhan yang ditambah pada hadapan kata dasar untuk menghasilkan kata terbitan. Dalam Bahasa Melayu, awalan dapat diimbuhkan pada kata dasar yang terdiri daripada kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Awalan kata nama Antara contoh awalan kata nama ialah pen-, pe, per-, ke-, pra- dan tata-. Rajah 2 di bawah menunjukkan penggunaan awalan kata nama pen-, pe-, per- dan ke-.

14

Awalan pey Awalan ini berbeza dengan awalan pen- kerana apabila diimbuhkan pada kata dasar yang tertentu, tiada perubahan bentuk pada huruf awal kata dasar tersebut. Awalan Kata Nama

Awalan peny Berbeza dengan awalan pe- kerana awalan jenis ini mempunyai empat bentuk alomorf: 1. pe- apabila awalan pen- diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf m, n, ng, ny, r, l dan w.) 2. pem- apabila awalan pen- diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf b dan kata dasar pinjaman yang bermula dengan huruf b, f, p dan v. 3. pen- apabila awalan pen- diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf d, c, j, sy, z dan kata dasar pinjaman yang bermula dengan huruf t dan s. 4. peng- apabila awalan pen- diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf g, kh, h (untuk bunyi konsonan), a, e, I, o, u (untuk bunyi vokal) dan kata dasar pinjaman yang tertentu. Awalan peng- juga menjadi pengeapabila diimbuhkan pada kata dasar yang terdiri daripada satu suku kata. y Awalan keApabila awalan kediimbuhkan pada kata dasar tertentu tidak melibatkan perubahan bentuk pada huruf awal kata dasar tersebut. y Awalan perBoleh diimbuhkan pada kata nama dan kata kerja tanpa melibatkan perubahan bentuk pada huruf awal kata dasar

Rajah 2: Penggunaan awalan kata nama pen-, pe-, per- dan ke-.
15

Awalan Kata Nama dan Contoh pen + nama pen + simpan pen + dengar pen + hitung pe + tunjuk per + tapa per + asap ke + kasih ke + tua juru + latih juru + bahasa tata + susila tata + bahasa maha + guru maha + raja dwi + bahasa sub + topik Penama Penyimpan Pendengar Penghitung petunjuk pertapa perasap kekasih ketua jurulatih jurubahasa tatasusila tatabahasa mahaguru maharaja dwibahasa subtopik

Awalan kata kerja Antara awalan kata kerja dalam Bahasa Melayu ialah men-, ber-, ter-, di-, memper- dan diper-. Awalan men- apabila diimbuhkan pada kata kerja (kata dasar) akan menghasilkan kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Awalan menmempunyai empat alomorf iaitu awalan men- akan menjadi me- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf m, n, ng, ny, r, l dan w. Awalan men- juga akan menjadi me- apabila awalan ini diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k dan s. Huruf-huruuf ini akan digugurkan apabila diimbuhkan pada awaln men-. Selain itu, awalan men- menjadi mem- sekiranya diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf b dan kata pinjaman yang bermula dengan huruf f, p dan v. Apabila awalan men- diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf d, c, j, sy
16

dan z serta kata pinjaman yang bermula dengan huruf t dan s, awalan men- akan menjadi men-. Selain daripada itu, awalan men- juga menjadi meng- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf g, gh, kh, h ( untuk bunyi konsonan), a, e, I, o, u (untuk bunyi vokal) dan kata pinjaman yang hurufnya bermula dengan huruf k. Awalan-awalan yang lain iaitu ber-, ter-, di-, memper- dan diper- hanya mempunyai hanya satu alomorf sahaja. Awalan Kata Kerja dan Contoh men + masak men + naik men + pegang men + beza men + dalam men + genggam ber + angka ter + atas ter + rancang di + tuduh memper + cantik diper + besar memasak menaik memegang membeza mendalam menggemgam berangka teratas terancang dituduh mempercantik diperbesar

Awalan kata adjektif Antara awalan kata adjektif dalam Bahasa Melayu adalah: (a) ter(b) se-

17

Awalan ter- dan Contoh ter + cantik ter+ baik Awalan se- dan Contoh se + nipis se + besar senipis Sebesar tercantik terbaik

4.2 Akhiran Imbuhan yang ditambah pada bahagian akhir kata dasar merupakan imbuhan akhiran. Dalam Bahasa Melayu, akhiran hanya dapat wujud pada kata nama dan kata kerja.

1) Hanya satu akhiran kata nama asli, iaitu an. Imbuhan an boleh bergabung dengan semua bentuk kata dasar. Contoh: a) pakai + an menjadi pakaian b) tuju + an menjadi tujuan Akhiran Kata nama

2) Akhiran kata nama pinjaman pula adalah seperti berikut: y y y y -ah, contohnya sultan+ah -at, contohnya muslim+at -in, contohnya muslim+in -isme, contohnya nasional+isme

Rajah 3: Akhiran kata nama

18

Akhiran Kata Kerja Dalam akhiran kata kerja terdapat dua bentuk, iaitu: (a) - i Akhiran -i ikut + i selam + i sakit + i ikuti selami Sakiti (b) kan Akhiran -kan bengkok + kan lurus + kan rumus + kan bengkokkan luruskan rumuskan

4.3 Apitan Kata terbitan yang terbentuk apabila apitan ditambah pada sesuatu kata dasar, iaitu pada bahagian awal dan akhir kata dasar tersebut. Apitan dapat bergabung dengan kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Apitan kata nama Apitan ke--an Perkataan kepergian kegembiraan y y y kerajaan pe--an pel--an pem--an pen--an perumahan pelbagaikan pembuangan penciptaan y y y y Keterangan Perihal pergi Sifat atau keadaan yang gembira daerah raja atau tempat raja memerintah Kawasan rumah Menjadikan sesuatu itu pelbagai Membuang sesuatu Mencipta sesuatu

19

Apitan kata kerja Apitan Ber--an Perkataan berguguran y Keterangan Sesuatu jatuh beguguran dengan jumlah yang banyak men--i men--kan mencintai mendalamkan y y mengalami sifat cintai menyebabkan sesutau menjadi dalam ke--an memper--i memper--kan kelaparan mempersetujui Memperlihatkan y y y ditimpa rasa lapar bersetuju akan menyebabkan kecekapannya dapat dilihat

Apitan kata adjektif Terdapat hanya satu jenis imbuhan apitan kata adjektif iaitu ke--an. Contohnya, kemelayuan, kebiruan, kejahatan dan ketajaman. 4.4 Sisipan Sisipan ialah imbuhan yang disisipkan antara unsur dalam kata dasar. Selain itu, sisipan juga hanya wujud pada kata nama dan kata adjektif sahaja. Sisipan kata nama Sisipan -el-em-erPerkataan Telapak Kemuning Seruling

20

Sisipan kata adjektif Sisipan -el-em-er-inPerkataan Gelembung Gemilang Gerigi Sinambung

5.0 Analisis Cerpen Cerpen Penyambutan adalah cerpen yang diambil daripada buku kumpulan cerpen, Debu Merah oleh Shahnon Ahmad. Antara kata majmuk boleh di senaraikan dalam cerpen ini adalah seperti berikut: 5.1 Kata majmuk Kata majmuk ialah dua kata dasar ataupun lebih dirangkaikan menjadi satu maksud dan mewujudkan bentuk baharu. Tali leher Tanah liat Jam tangan Kata Majmuk Papan kenyataan Sebagaimana Warganegara Setiausaha Suasana

21

5.2 Kata ganda Selain daripada itu, kata ganda iaitu kata dasar yang mengalami proses pengulangan juga banyak didapati dalam cerpen ini. Kebanyakkannya kata ganda yang terdapat dalaam cerpen ini ialah kata ganda jenis penggandaan penuh. Antaranya ialah: Anak-anak Poster-poster Kata Ganda Kerimut-kerimutkan Pejuang-pejuang Istilah-istilah Banyak-banyak

5.3 Kata nama Golongan kata nama juga banyak ditemui dalam cepen ini, antaranya ialah: Kata Nama Am Lantai Kata nama Surat Rambut Kata Nama Khas Tuan Muhammad Sutan Ali Muda Tuan Sutan Cik Mahaya Tuan Kita Kata Ganti Nama Dia

22

5.4 Kata kerja Kata kerja yang terdapat dalam cerpen Penyambutan ini pula ialah: Berhimpun Ditampal Mengarang Berhenti Kata Kerja Melarang Menjijak Ketawa Menekan Mengalih

5.5 Kata adjektif Golongan kata yang terakhir sekali iaitu kata adjektif. Antara contoh kata adjektif yang terdapat dalam cerpen ini ialah: Kelabu Hitam Ringkas Padat Kata Adjektif Nakal Marah Melebar Putih melepak Tinggi

.
23

Rumusan Setelah menyudahkan kerja kursus ini dalam masa yang ditetapkan, saya dapat mempelajari banyak perkara sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Kerja kursus Bahasa Melayu pada semester ini memerlukan saya mengkaji definisi, jenis dan juga fungsi frasa dalam Bahasa Melayu. Melalui kerja kursus ini saya juga dikehendaki mengkaji bentuk-bentuk kata tunggal dan kata terbitan serta menganalisis sebuah cerpen. Secara keseluruhannya, saya dapat mempelajari serba sedikit mengenai frasa-frasa yang terdapat dalam Bahasa Melayu iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan juga frasa sendi nama. Selain itu, saya juga mengetahui jenis-jenis kata tunggal yang ada dalam Bahasa Melayu serta berpeluang untuk menganalisis bentuk-bentuk kata yang terdapat dalam sebuah cerpen yang bertajuk Penyambutan yang dikarang oleh Shahnon Ahmad di dalam buku kumpulan cerpennya, Debu Merah. Saya juga telah menyenaraikan beberapa contoh perkataan untuk kata majmuk, kata ganda, kata nama, kata kerja dan kata adjektif yang terdapat dalam cerpen tersebut.

24

Refleksi Saya berasa sangat bersukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Apa yang dapat saya gambarkan semasa menerima tugasan ini ialah halanganhalangan yang terpaksa saya hadapi sama ada dari segi masa serta sumber. Namun setelah diberi penerangan daripada pensyarah bahasa Melayu, Encik Mohd Isa Sabar, saya dapat memahami keperluan kerja kursus ini ia serta memudahkan saya merangka setiap proses untuk melaksanakan tugasan ini. Sepanjang proses saya menyiapkan kerja kursus ini, saya dapati bahawa setiap yang saya pelajari selama ini bukan mudah untuk difahami. Sebagai contoh, sebelum ini saya kurang memahami tentang sintaksis. Namun, setelah mengkaji dengan lebih mendalam mengenai sintaksis, saya telah dapat memahami subjek ini dengan jelas. Walaupun sepanjang proses melaksanakan tugasan ini saya terpaksa berkorban sama ada dari segi masa, tenaga, kewangan dan sebagainya, saya tetap berpuas hati kerana hasil kerja keras saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini. Akhir kata, saya sangat bersyukur serta gembira kerana dapat juga saya siapkan kerja kursus ini dengan jayanya walaupun pelbagai halangan terpaksa saya hadapi

sepanjang proses melaksanakan tugasan ini. Namun akhirnya saya dapat menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman mengenai tajuk tugasan yang telah diberi.

25

Bibliografi Buku Siti Hajar Abdul Aziz. (2008), . Bahasa Melayu (siri pendidikan guru) Oxford Fajar Sdn. Bhd, Kuala Lumpur Internet Sintaksis. Diakses pada 22 Februari, 2011. Diambil daripada, http://www.tutor.com.my/stpm/sintaksis/Sintaksis.htm Frasa. Diakses pada 22 Februari, 2011. Diambil daripada, http://ms.wikipedia.org/wiki/Frasa Kata kerja. Diakses pada 22 Februari, 2011. Diambil daripada, http://ms.wikipedia.org/wiki/Kata_kerja Imbuhan kata kerja. Diakses pada 23 Februari, 2011. Diambil daripada, http://www.tutor.com.my/stpm/imbuhan%20kata%20kerja/imbuhan_kata_kerja.htm Imbuhan apitan men-i. Diakses pada 23 Februari, 2011. Diambil daripada, http://tatabahasabm.tripod.com/tata/apitan.htm

26

27